Ustaz Azizan menghadap Sultan Kedah tubuh kerajaan negeri |
Helmi Khalid Sun | Mar 09, 08 | 10:51:45 am MYT | |||||
ALOR STAR, 9 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan pemakluman bahawa pakatan PAS dan KeADILan telah berjaya menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.
Majlis akan berlangsung pada jam 3.00 petang ini di Istana Anak Bukit, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah memaklumkan Tuanku Sultan telah memperkenan menerima menghadap rombongan dari PAS yang diketuai Ustaz Azizan. Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin memaklumkan bahawa rombongan ini akan turut disertai semua Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Haji Hassan Abdul Razak. Keputusan pilihan raya semalam menyaksikan PAS berjaya memenangi 16 kerusi Dun, KeADILan empat kerusi, masing-masing satu kerusi oleh DAP dan Bebas. Ustaz Azizan malam tadi dalam sidang akhbar sulungnya berkata, pembentukan kerajaan baru di Kedah ini adalah dengan pakatan bersama parti KeADILan yang memenangi empat kerusi Dun. "Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, kita akan bekerja ke arah Kedah Sejahtera Untuk Semua," tegas Ustaz Azizan. Sementara itu beliau menyerahkan kepada persetujuan di peringkat DAP Pusat untuk menentukan sama ada seorang wakilnya, yang memenangi Dun Kota Darulaman untuk menyertai pakatan ini atau sebaliknya, kalau DAP tidak sertai pakatan ini, dia akan jadi pembangkang yang baik, jelas Ustaz Azizan. Selain DAP, satu kerusi dimenangi telah dimenangi calon bebas, Arumugam Vengatapakoo di Dun Bukit Selambau. Bagi kerusi Parlimen, BA memenangi 11 dari 15 kerusi dengan enam dimenangi PAS dan lima KeADILan. Cetak
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI