MAYAT Michael Jackson yang telah dihiris dan dipotong semasa bedah siasat dilakukan tidak dapat lagi diteruskan untuk proses bedah siasat selanjutnya kerana sudah tiada bahagian pada tubuhnya untuk dibedah lagi, ianya didedahkan semalam.
Menurut laporan ada mengatakan ibu Michael, Katherine, ada mengarahkan ujian baru dijalankan ke atas mayat anaknya itu kerana yakin kematian anaknya itu berpunca dari perbuatan khianat seseorang.
Namun, menurut Timbalan Pemeriksa Perubatan Los Angeles, Dr. Paul Gliniecki mengatakan, bedah siasat terbaru tidak dapat dijalankan kerana tidak ada gunanya.
"Semasa bedah siasat dijalankan, seluruh tubuh badan Michael telah dipotong dan dihiris... sudah tiada ruang lagi untuk dibedah.
"Sewaktu bedah siasat kedua juga, agak sukar untuk kami lakukan, inikan pula untuk kali ketiga," katanya.
Kesemua organ dan tisu di dalam tubuh Michael telah dikeluarkan. Pihak koroner juga masih tidak dapat mengenalpasti punca kematian Michael, 50, pada 25 Jun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI