PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Selasa, Disember 11, 2007

(Orang UNMO ini lagi BERANI dari saya: - DH)

(Orang UNMO ini lagi BERANI dari saya: - DH)

Ajijul @ Azizul Sanarul,
Ketua Cawangan UMNO,
Kampung Tampi-Tampi Darat,
Peti Surat 81, 91308 SEMPORNA
TEL: 0195888058

YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman,
Ketua Menteri Sabah,
Merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah,
Tingkat 18, Wisma Innoprise,
88300 KOTA KINABALU,

YAB Datuk Seri,

BERTAUBATLAH! JANGAN JADI SERBIA!

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian
YAB Datuk Seri berhubung perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya sekiranya YAB Datuk Seri dapat menerima teguran dalam surat terbuka ini dan menebus nama baik UMNO yang terpalit dan nama Kerajaan Negeri yang tersirna oleh segala macam fitnah dan tohmahan daripada pelbagai pihak.

3. Sebagai Ketua Cawangan UMNO yang menjunjung tinggi Perlembagaan Negara dan UMNO, saya merasakan menjadi tanggung jawab saya untuk menegur dan memberikan pandangan ikhlas kerana orang yang berada di sekeliling YAB Datuk Seri yang terpaksa menutup mulut atas beberapa sebab, terutama untuk survival politik mereka.

4. Saya bukanlah Pro Ketua Bahagian saya, Datuk Haji Shafie Afdal atau memusuhi YAB Datuk Seri. Hati, jiwa dan semangat saya untuk memperjuangkan UMNO di bumi Sabah sekalipun saya bagaikan ‘dinikah paksa’ dengan UMNO kerana Tun Mustapha memfasakhkan USNO.

5. Kini sudah 16 tahun saya menyertai UMNO yang menunjangkan pengaruhnya di Sabah dan sudah diperintah oleh tujuh Ketua Menteri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1994, namun belum ada yang berani mengkhianati amanah Presiden UMNO termasuk Ketua Menteri bukan UMNO seperti Datuk Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Dompok melainkan Tan Sri Chong Kah Kiat yang cuba menghapuskan etnik Melayu di Bandar dengan berselindung di sebalik OPS Nyah II Bersepadu, melainkan YAB Datuk Seri.

6. Ketua Bahagian kami, Datuk Shafie Afdal berhati mulia sekalipun terpaksa apabila beliau mengarahkan kami agar menghormati pucuk pimpinan UMNO yang melantik Datuk Seri sebagai Ketua Perhubungan UMNO menggantikan Datuk Seri Osu Sukam yang dijatuhkan dengan skandal Judi, sekalipun orang lain yang berhutang. Kami tahu semua tingkah laku YAB Datuk Seri ketika pemilihan Ketua UMNO Libaran, namun kami memegang prinsip Datuk Seri bersih daripada amalan politik wang kerana tidak pernah didakwa sekalipun ramai yang membuat laporan.

7. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada YAB Datuk Seri yang sememangnya sudah kaya sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah dan bertambah kaya walaupun belum lima tahun menjadi Ketua Menteri Sabah, namun saya dan ahli-ahli UMNO di Sabah mengharapkan YAB Datuk Seri akan mengadakan perubahan dan membela ahli UMNO yang nasib
mereka lebih buruk daripada banduan di Penjara Abu Gharib!

8. Ketika Tan Sri Chong Kah Kiat cuba menghapuskan ‘orang Melayu’ yang ‘bersetinggan’ di Bandar kerana dinafikan hak untuk mendapat geran hak milik atas tanah yang mereka duduki sejak sebelum merdeka, saya masih boleh bersabar kerana beliau bukan Melayu dan bukan ahli UMNO. Ketika itu hanya Datuk Shafie yang berani berhadapan dengan Tan Sri Chong dan Alhamdullillah kami di Semporna selamat sekalipun nasib saudara kami di Tawau, Lahad Datu, Kunak, Kota Kinabalu, Sandakan dan sebagainya lebih buruk kerana Ketua Bahagian UMNO bagaikan hilang ‘kejantanan’ dan
takut dengan polis dan tentera yang diamanahkan menjalankan Ops Nyah II Bersepadu, termasuklah YAB Datuk Seri sendiri.

9. Nasib ahli UMNO ketika itu lebih buruk daripada khinzir di Melaka sekarang dan khinzir yang terkena JE di Sungai Nipah Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Hak mereka dirampas dan mereka dihalau bagaikan telah dilucutkan kerakyatan apabila dituduh sebagai Pendatang Tanpa Izin. Tidak ada langsung belas ehsan daripada pemimpin UMNO yang kononnya prihatin dan mahu mendaulatkan ‘Ketuanan Melayu’ di bumi Sabah.

10. Rakyat Sabah tidak dapat melupakan betapa kejam dan tidak berperi kemanusiaannya Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Ramli Yusuff dan Panglima Angkatan Tentera Sabah, Brigadier Jenderal Mohd Yassin Yahya yang menjadi ‘Gurkha’ Chong Kah Kiat untuk menghapuskan Tamaddun orang Melayu di bandar.

11. Tetapi YAB Datuk Seri lebih kejam lagi kerana meluluskan tanah seluas 2,450 ekar kepada mereka yang telah diberikan ‘blanket aproval’ oleh Chong Kah Kiat sebagai menghargai jasa mereka ‘menyembelih’ Melayu dengan kuasa Polis dan Tentera. Memang amat memalukan kerana YAB Datuk Seri telah memberikan kelulusan kepada mereka di Kampung Tanjung Labian hingga ke Lok Buani, Lahad Datu yang merupakan tanah adat.

12. Tergamak YAB Datuk Seri menjadikan orang Melayu dan ahli UMNO di Tanjung Labian seperti bangkai anjing yang mati di atas jalan sehingga tidak layak dimandi, dikafan dan disemadikan. Oleh itu tidak hairan jika mereka melakonkan pintomin ‘mengkafankan empat mayat ahli UMNO dengan bendera UMNO dan membacakan talqin’ dan menyampaikan ‘Salam Takziah’ buat Pak Lah.

13. Sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah, sepatutnya YAB Datuk Seri malu dengan protes tersirat dan paling berani yang ditunjukkan oleh ahli UMNO Tanjung Labian sekiranya YAB Datuk Seri membatalkan kelulusan kepada Kinsajaya Sdn.Bhd milik Datuk Ramli Yusuff dan Perniagaan Cerah Sdn.Bhd milik Datuk Yusof Jamli. Bagi saya, mereka sebenarnya berniat mengkhafankan YAB
Datuk Seri dengan bendera UMNO namun simboliknya empat orang ahli UMNO yang sedia berkorban demi survival parti.

14. Begitu juga di Semporna, walaupun saya tidak mempunyai tanah di Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagos, tetapi adik beradik dan saudara mara saya mempunyai ‘customary right’ ke atas tanah berkenaan kerana mereka telah usahakan sejak sekian lama, sebelum YAB Datuk Seri lahir lagi iaitu ketika Semporna masih bergelar Tong Talun. Saya malu kerana YAB Datuk Seri bersubahat dengan Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan atau digelar Sam Benggali di Semporna, menghalau keluar semua penduduk di dalam kawasan hutan simpan berkenaan, mengizinkan pembakaran
rumah, tanaman bukan komersil dimusnahkan, ternakan mereka dirampas dan tidak kurang yang ditangkap dan disumbat ke dalam lokap.

15. Sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, saya hairan kenapa YAB Datuk Seri tidak menghalang kegiatan ‘Barbaric’ dan ‘kanibal’ Jabatan Perhutanan Sabah ini dan memberi peluang membela diri, serta meletak hak ke atas tanah yang mereka usahakan, sejajar dengan kelulusan banyak geran kepada orang perseorangan yang kini telah berpindah milik kepada syarikat BSKL.

16. Tahukah Datuk Seri bahawa Sam Mannan telah memperdaya mereka dengan memberi notis singkat agar penduduk kampung meninggalkan hutan simpan dengan alasan untuk dibangunkan semula sebagai hutan simpan. Tetapi sebaik sahaja penduduk kampung dihalau dengan bantuan polis daripada kawasan berkenaan, YAB Datuk Seri menghantar Datuk K.Y.Mustaffa (Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu) untuk meninjau lokasi dan menuduh penduduk kampung menjahanamkan alam sekitar dengan merompak hak generasi akan datang dan akan menjalankan kerja pemulihan segera hutan.

17. Belumpun sempat penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing daripada mengikuti lawatan ‘haram’ KY Mustaffa, beberapa buah papan tanda telah dipasang memaklumkan kawasan tersebut adalah Hutan Simpan Kelas 1 dan paling menyedihkan YAB Datuk Seri meluluskan ‘Occupation Permit’ (OP) JP/OP/SE/1/05 kepada syarikat Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd yang merupakan anak syarikat Saham Amanah Sabah Berhad (SAS) dengan alasan untuk memulihkan saham SAS yang sudah mati tanpa nisan.

18. Sejak daripada itu, bantahan demi bantahan penduduk kampung hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi dan surat sokongan Perdana Menteri bagaikan segelas air kencing yang sudah pastinya tidak akan dilihat atau didekati oleh YAB Datuk Seri. Jika surat kami, sewajarnyalah menerima nasib yang malang, tetapi ini surat daripada pemimpin tertinggi UMNO dan Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan yang tidak langsung mendapat perhatian.

19. Antara sedar dengan tidak YAB Datuk Seri telah menyalahguna kuasa merampas tanah rakyat untuk
diberikan kepada seorang Cina Semenanjung iaitu Lee Keat Seong, Chong Yin Teck dan Chong Yin Hong daripada Promise Venture Sdn.Bhd yang menjalankan kerja penyelenggaraan ladang dan mengutip buah kelapa sawit yang ditanam oleh penduduk kampung. Bukankah perbuatan ini lebih kejam, hina dan keji daripada tentera Serbia di Bosnia Herzegovinia. YAB Datuk Seri juga seolah-olah bersubahat (abetting) iaitu bukan sahaja meletakkan pasir ke dalam periuk nasi rakyat Semporna, malah memberikan beras yang akan dimasak kepada ‘musuh’?

20. Sebagai seorang Ketua Cawangan UMNO yang tidak bersekolah tinggi, saya bukanlah biasa dengan
kemahiran teknologi maklumat yang dinamakan IT, tetapi akibat risalah yang disebarluas oleh parti pembangkang terutama KeAdilan membuatkan saya merasakan laman web Malaysia Today lebih bermaruah daripada YAB Datuk Seri sehingga saya belajar menggali kandungan laman web
berkenaan untuk mengetahui kebenaran di sebalik apa yang dikatakan fitnah oleh YAB Datuk Seri.

21. Demi maruah UMNO dan demi menjaga nama baik Yang Di Pertua Agong, saya mencabar YAB Datuk Seri agar tampil menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada YAB Datuk Seri termasuk 81 dalil yang difailkan secara rasmi oleh Naib Presiden KeAdilan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Jika tidak rakyat akan beranggapan YAB Datuk Seri 'bacul dan bersalah' sebelum dibicarakan. Sekalipun Datuk Seri dilepas tanpa dibebaskan oleh Peguam Negara, namun YAB Datuk Seri tetap kotor di mata rakyat kerana terpalit dengan skandal dan rasuah.

22. YAB Datuk Seri juga harus menjawab tuduhan bekas Setiausaha TASK FORCE UMNO, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat yang telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti yang mendakwa bahawa YAB Datuk Seri adalah dalang utama pengeluaran 82,000 kad pengenalan projek kepada mereka yang tidak layak iaitu warga asing ataupun pandatang asing tanpa izin (Pati) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Kenyataan Jabar turut disiar oleh akhbar Harakah. Jika dakwaan ini benar, YAB Datuk Seri tidak boleh menjadi Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah.

23. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah, YAB Datuk Seri sewajarnya menghalang pembinaan Rumah Merah atau Pusah Tahanan Sementara (PTS) kerana mencabar kedaulatan Sabah ke atas wilayahnya sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. PTS ini mendatangkan masalah kepada rakyat yang terpaksa membiayai kos perbelanjaan tahanan termaksud makan minum yang dikontrak kepada kroni YAB Datuk Seri. YAB Datuk Seri juga sewajarnya mengarahkan semua kawasan penempatan pelarian dirobohkan dan penghuninya dihantar balik ke Negara asal mereka yang jauh lebih aman daripada Sabah.

24. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya merasa sukar untuk memberikan jawapan apabila ahli saya bertanya kenapa YAB Datuk Seri membisu seribu bahasa sedangkan adakalanya tuduhan berkenaan tidak berasas dan memalukan UMNO dan BN. Namun oleh kerana Jeffrey berjaya membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah dalam kes Wisma Bandaraya, sekalipun di mahkamah rakyat (web dan media) maka mereka percaya semua tuduhan itu benar.

25. Isu lawatan YAB Datuk Seri dan Menteri Kabinet Negeri ke projek 1Borneo baru-baru ini begitu menjolok mata kerana rakyat bertanya pentingkah melawat tanah Usia (orang Islam) yang diserahkan kepada saudagar Cina untuk dimajukan sebagai Pusat Perniagaan yang syubahat (belum tentu halal atau haram) sedangkan sepatutnya Kabinet melawat ‘Penaklukan Mout Pock dan ‘Tanjung Nagos’ dengan izin dan subahat YAB Datuk Seri untuk membuktikan bahawa dakwaan YAB Datuk Seri benar.

26. Pembangkang mendakwa YAB Datuk Seri sebagai ‘penjenayah kolar putih dan lanun’. Saya malu kerana YAB Datuk Seri tidak berbuat sesuatu untuk membersihkan nama baik diri dan UMNO termasuk YAB Datuk Seri menganggap seolah-olah bumiputera hanya melukut di tepi gantang kerana semua kroni YAB Datuk Seri terdiri daripada orang Cina yang diimport daripada Semenanjung Malaysia. Dipercayai kebanyakan mereka samseng dan mafia kayu balak dan kegiatan haram, tetapi dimuliakan YAB Datuk Seri sehingga nasib peniaga Melayu seperti katak yang dilanggar kereta di atas jalanraya.

27. Penglibatan dan pembelitan YAB Datuk Seri berhubung bangunan UMNO begitu menjengkelkan sehingga saya rasa muak membaca pelbagai tuduhan yang berasas tetapi tidak meyakinkan YAB Datuk Seri, bahawa telah berlaku salah urus dan kesilapan tadbir tabung derma bangunan UMNO yang dibina di atas tanah milik ipar YAB Datuk Seri (Sapawi Tussin) dan bukannya di atas tanah milik UMNO yang diserahkan untuk dimajukan oleh saudagar Cina.

28. Saya berharap agar YAB Datuk Seri tidak menjadi pemimpin yang diktator seperti Tun Dr Mahathir yang kini telah ditolak oleh rakyat. Nasib YAB Datuk Seri kini lebih buruk daripada Tun Mahathir kerana beliau tidak pernah terpalit secara peribadi dengan segala skandal, rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti yang dihadapi oleh YAB Datuk Seri.

29. Di era pemerintahan YAB Datuk Seri Kerajaan Negeri Sabah semakin papa kedana namun YAB Datuk Seri cuba menegakkan benang yang basah sehinggalah Jeffrey meyakinkan rakyat melalui fakta dan bukti yang nyata, terutama Laporan Ketua Audit Negara. Yang kaya dan berharta hanya YAB Datuk Seri, Kroni, Proksi dan keluarga.

30. YAB Datuk Seri, demi menjaga sisa-sisa maruah YAB Datuk Seri compang camping, berhentilah membohongi rakyat kerana rakyat kini sudah celik IT berkat kesungguhan laman web Malaysia Today mendedahkan bukti dan fakta yang jelas mengatasi pembohongan YAB Datuk Seri dalam pelbagai isu.

31. Walaupun YAB Datuk Seri mengatakan bahawa 81 Dalil Jeffrey adalah fitnah, malafide dan tidak berasas, namun YAB Datuk Seri tidak berani mencabar Dr Jeffrey di mahkamah. Penafian lisan YAB Datuk Seri atau dibebaskan oleh Peguam Negara tidak memberi erti lagi kerana rakyat percaya Jeffrey benar sehingga Berjaya meyakinkan rakyat bahawa YAB Datuk Seri terpaksa meletakkan jawatan atau dijatuhkan secara tidak bermaruah.

32. YAB Datuk Seri, sebenarnya belum terlambat bagi YAB Datuk Seri meraih kembali sokongan rakyat dan terus memerintah Sabah dengan adil dan saksama, namun YAB Datuk Seri sewajarnya sedia untuk melakukan anjakan paradigma YAB Datuk Seri sendiri yang kini disifatkan sebagai Pemimpin yang Anti-Persekutuan dengan pelbagai tindakan yang anti-sosial, anti-nasional, anti-perpaduan dan anti-Melayu dengan menindas orang Melayu terutama ahli UMNO melalui kekangan ekonomi, sekatan politik dan melebarkanjurang kemiskinan.

33. Sebagai Ketua Cawangan UMNO dan menjadi jentera kempen kerajaan, kami terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka harus mengekalkan sokongan kepada BN sedangkan YAB Datuk Seri melayan mereka seperti ular senduk yang disiat kulit ketika hidup untuk diambil darah dan dijadikan makanan peransang seks.

34. Semakin hari semakin jauh rakyat meninggalkan UMNO terutama yang mengalami pahit getir berjuang untuk mendapatkan kuasa, namun setelah BN memerintah, mereka disingkirkan dengan pelbagai cara dan petualang pula yang diberikan tempat sedangkan pejuang dipancung sebelum bicara.

35. Saya juga turut kesal kerana sejak akhir-akhir ini YAB Datuk Seri menyalahgunakan wang rakyat dengan menyewa jet eksekutif dengan harga yang mahal sedangkan ada pengangkutan awam, seolah-olah mahu mengulangi sejarah buruk Sabah apabila pemimpin negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membeli jet atau menyewa jet peribadi. Rakyat semakin jauh kerana merasakan hak mereka telah ditadbir urus dengan tidak cekap.

36. Majlis Pernikahan anak perempuan kesayangan YAB Datuk Seri dengan YB Ustaz Haji Ariffin Ariff adalah amat dinantikan rakyat Sabah, namun sewajarnya mencontohi Raja Nazrin Shah yang tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk majlis rasmi pernikahannya. Untuk menjaga nama baik keluarga YAB Datuk Seri yang tidak berdosa, elakkanlah menggunakan jentera kerajaan dan peruntukan kerajaan kerana saya percaya YAB Datuk Seri kaya raya dan mampu membiayai majlis pernikahan anak YAB Datuk Seri.

37. YAB Datuk Seri, sempena hari baik bulan baik, mintalah ampun daripada rakyat Sabah dan tebuslah dosa YAB Datuk Seri dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah kerana bagi saya, YAB Datuk Seri tidak lagi layak menjadi pemimpin setelah membawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.

38. Jika dengan surat terbuka ini YAB Datuk Seri mengesyorkan saya dipecat, saya akan tetap membela diri walaupun terpaksa mengheret UMNO dan YAB Datuk Seri ke Mahkamah. UMNO bukanlah milik YAB Datuk Seri, saya atau Pak Lah. Ia milik Bangsa Melayu yang merdeka dan berdaulat.

39. Janganlah mengulangi kesilapan sejarah silam YAB Datuk Seri yang pernah membalas dendam dengan musuh YAB Datuk Seri melalui pelbagai cara kerana tidak ada gunanya membelasah atau mencederakan saya. Saya tetap tidak akan berganjak dan akan mempertahankan UMNO sehingga ke titisan darah terakhir saya. clapping.gif

40. Apa yang terkandung di dalam surat terbuka ini adalah pandangan peribadi saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan cawangan saya atau bahagian Semporna. Jangan libatkan mereka dalam hal ini kerana teguran ikhlas saya ini.

Akhir sekali, bertaubatlah sebelum terlambat. Ingatlah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan sehingga YAB Datuk Seri dan keluarga akan terkena kisas. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa atau mencemar batas susila bangsa Melayu.

Sekian, Wassalam.

t.t.

(AZIZUL SANARUL)
Kad Pengenalan 580828-12-5107
No. Ahli 01554790
Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat,
Semporna.

s.k
YAB Datuk Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Datuk Ahmad Said Hamdan,
Ketua Pengarah BPR,
Ibu Pejabat BPR,
Aras 7, Blok D6, Parcel D,
Pejabat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62007 PUTRAJAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

Catat Ulasan

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN