Posted on Thursday, March 13 @ 06:14:41 MYT by SongkokPutih
Oleh alhusseyn
"
Saya menerima kunjungan yang sangat 'luar biasa' apabila tajuk posting saya : Tajol Rosli Dilantik semula MB Perak ? tertera di Penarik Beca.Hampir 8 ribu pengunjung semalam melayari AlHusseyn! Terima kasih kepada semua terutamanya sahabat saya Sang Kutu Bakaq!
Ada yang marahkan saya kerana tajuknya sensasi dan ada juga yang merasakan ‘tersentap’ jantungnya seperti mana kata sahabat saya Sheikh Teluk Intan .Tajuk tersebut ada tanda soal; maka tidak seharusnya menggemparkan sangat -- takut-takut terikut si Zakaria Deros jadinya!
Memang begitulah yang kami rasakan disini ketika mula menerima soksek-soksek tersebut.Memang pun tidak terjangkakan.Orang PAS yang telah memberikan bai’ah mereka dihadapan pemimpin dengan ungkapan yang ‘mendebarkan’ setiap yang mendengar , apatah lagi yang mengucapkannya, diyakini tidak akan berani melompat.Begitu juga dengan DAP yang sangat kental semangat juangnya.Masuk keluar penjara tetap DAP juga!
Kesangsian dan keraguan terhadap kesetiaan ADUN PKR mula menerjah kotak pemikiran kerana terdapat ramai yang pernah berpaling tadah. Macam-macam boleh berlaku dalam suasana yang tidak menentu ini. Kita berharap semua ADUN BA dari kalangan PKR, PAS dan DAP akan tetap dengan pendirian mereka dan tidak mengecewakan rakyat yang telah memberikan undi kepada setiap mereka atas tujuan untuk berubah – dari ketidak adilan kepada keadilan dan saksama untuk semua.
Bekas anak murid saya dulu,Tarmizi Mohd Jam melaporkan : Menurut sumber, semua YB DAP dan PKR masih dikuarantin di Bangunan PKR Negeri, Ipoh dan tidak dibenarkan keluar meninggalkan bangunan tersebut bagi mengelakkan mereka "dibeli" oleh pihak BN.
Begitu juga YB dari PAS. Tetapi keutamaan kuarantin YB-YB dari DAP dan PKR. Amat bimbang dalam keadaan segenting ini!
Sebagaimana yang dimaklum, undang-undang tubuh negeri Perak menyatakan Menteri Besar mestilah dari Melayu Islam. Namun ada peruntukan yang membolehkan Sultan mengenepikan peruntukan tertsebut dan menggunakan budi bicaranya sendiri – yakni Baginda Sultan boleh melantik dari kalangan DAP yang mempunyai 18 perwakilan berbanding dengan PAS dan PKR yang cuma ada 6 dan 7 perwakilan.
Ketiga-tiga parti, PAS, PKR dan DAP masing-masing telah menyatakan persetujuan terhadap sebarang keputusan pihak istana.
Dato’ Husam Musa tergesa-gesa telah turun ke Ipoh dan membuat persidangan media memberi jaminan dan pengesahan tentang keterbukaan PAS terhadap sebarang keputusan al-Sultan.
Pesuruhjaya PAS Perak telah mengarahkan supaya kami semua bertenang dan melakukan sembahyang hajat dan mendoakan keselamatan Negeri Perak dan semoga wakil dari PAS akan berjaya dilantik sebagai MB , memandangkan beliau adalah pilihan yang terbaik dari segi pencapaian akademiknya.
PAS yang hanya memenangi 6 kerusi DUN, jika dilantik sebagai MB, itu adalah ‘bonus’ bagi PAS yang memangnya tidak menjangkakannya. Serahkan kepada Allah yang menentukannya.
Jika dari kalangan DAP yang dipilih menjadi MB , itu juga adalah hak mereka kerana kemenangan besar meragut 18 kerusi DUN. Apa yang pentingnya ialah Umno dan konco-konconya kini tertiarap tanpa lagu; dan Barisan Rakyat akan menerajui pentadbiran negeri dengan adil dan saksama kepada semua, tidak kira golongan mana dan keturunan.
Ada juga yang konon khabarnya nak balik ke negeri asal masing-masing.Yang dari Johor terutamanya, dah bertahun-tahun menumpang cari rezeki kat bandaraya Ipoh ini , katanya tidak sanggup tinggal di Perak dibawah MB etnik Cina.Mereka yang dari Selangor atau Kedah tidak pula menyatakan apa-apa…Mereka merungut dan menggerutu tentang perlantikan MB dari kalangan bukan Melayu.Konon katanya , DAP akan menindas orang Melayu? Hei! Siapa yang yang membela Noryahati , gadis sunti dari Bukit Katil Melaka yang di perkosa oleh Ketua Menteri Melaka dari Umno ketika itu? Guan Eng terpaksa merempat berbulan-bulan lamanya dalam penjara kerana kes tersebut. Melayu rogol Melayu yang di hukum Cina!
Kamulah , wahai orang-orang Melayu Umno yang patut disalahkan kerana mereka tidak mahu berubah. Melayu tetap dengan ‘dulu, kini dan selamanya’ dan terus menerus mengundi Umno.Tetapi etnik Cina dan India telah ‘bulat’ memberi sokongan dan undi mereka kepada BA. Sekiranya Melayu Umno memberikan undi mereka Kepada PAS tempohari, dan PAS memenangi kesemua 21 kerusi yang ditandingi, sudah pasti MB Perak akan dilantik dari kalangan Melayu PAS.
Umno mesti bangkit menghadapi kenyataan bahawa orang Melayu kini sudah mula menyokong DAP. ‘Dulu, kini dan selamanya’ sudah tidak relevan lagi.Berubahlah wahai saudara-saudaraku yang masih dalam Umno.
Walau apa pun, ‘let us be blind colours’ – tak kisah siapa yang jadi MB. Kita akan terima . Yang pentingnya ialah , BA mampu bekerjasama dan mentadbir dengan lebih baik dari BN.
Bahawa DAP di Pulau Pinang telah membuktikan kemenangannya adalah kemenangan rakyat bilamana Kerajaan Negeri Pulau Pinang memansuhkan kompaun dan saman parking serta lesen penjaja
Pilihan raya kali ini menunjukkan politik berasaskan kaum telah berubah secara radikal dan BN tidak mungkin dapat terus bergerak dengan bentuk asalnya.
Kita berharap akan berlaku perkara yang lebih baik di Perak sebagai bukti kejayaan rakyat adalah kegembiraan rakyat.Biarlah Tajol Rosli dan konco-konconya meratap membawa diri….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI