Ir Mohamad Nizar dijangka MB Perak |
Johari Jaffar Sun | Mar 09, 08 | 11:01:23 am MYT | |||||
IPOH, 9 Mac (Hrkh) - Adun Pasir Panjang, yang juga Setiausaha PAS Negeri Perak, disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Perak yang baru apabila pakatan parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan di negeri ini.
Persetujuan telah diberikan oleh DAP dan KeADILan Negeri untuk memilih calon dari PAS sebagai Menteri Besar yang baru dalam satu mesyuarat BA di Pejabat PAS Perak lewat pagi tadi jam 4.00 pagi. Keputusan pilihan raya semalam memihak kepada BA di mana DAP memenangi 18 kerusi, KeADILan (7) dan PAS (6). Kemenangan 31 kerusi Dun membolehkan parti politik pembangkang menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Wakil pimpinan pakatan BA Negeri Perak dijadualkan akan mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada hari ini bagi membolehkan seorang Menteri Besar Perak baru dilantik. Ir Mohamad Nizar Jamaludin merupakan seorang jurutera Perunding (Mekanikal - Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator). Beliau merupakan lulusan Bachelor Sains (BSc. Mechanial Engineering). - mks. Cetak
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI