Monday, March 10, 2008
Berita yang tak dapat masuk Harakah
Kerajaan rakyat: Husam akan temui Guan Eng
KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri dari pembangkang benar-benar merupakan kerajaan rakyat.
"Selain kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak, kunjungan hormat itu juga merupakan tanda sokongan dan solidariti dengan kerajaan Pulau Pinang yang baru," katanya.
Husam kini dalam rangka lawatan ke beberapa tempat di seluruh negara bagi mengukuhkan lagi solidariti rakyat dengan kerajaan-kerajaan rakyat yang baru dipilih di lima negeri.
Dalam pilihan raya umum Sabtu lalu, lima negeri yang bernasib baik mendapat kerajaan rakyat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.
Empat negeri mendapat kerajaan rakyat yang baru manakala Kelantan mengekalkan kerajaan rakyat yang sedia ada.
Sementara itu, tekanan-tekanan semakin dipertingkatkan di dalam Umno supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI