Posted on Thursday, March 13 @ 03:05:24 MYT by greenboc
Oleh ahmadhadeed
"
Sikap Lim Kit Siang memboikot angkat sumpah MB Perak menunjukkan beliau tidak faham sejarah Malaysia. Kita tidak tahu mengapa DAP begitu memusuhi PAS walau pun PAS menunjukkan sikap yang amat toleran kepada kaum bukan Islam. Alhamdulillah hubungan PAS dan DAP adalah longgar dan hanya dalam semangat gabungan parti pembangkang. Namun sikap Lim Kit Siang tidak berapa sensitive dengan raja Melayu dan meraikan DEB amatlah tidak matang
Mempersoalkan kuasa Sultan bermakna mempersoalkan perjanjian Pangkor dan perjanjian kemerdekaan Malaysia. DAP perlu paham bahawa yang melantik mereka bukan saja orang Cina tetapi juga orang Melayu Pilihanraya adalah SEBAHAGIAN DARI manisfestasi sistem pelembagaan Malaysia BUKAN Keseluruhan pelaksanaan pelembagaan Malaysia. Terdapat banyak lagi tonggak asas pelembagaan malaysia selain pilihanraya dan ini tidak boleh di nafikan oleh orang Cina atau India.Saya merasakan sikap Lim Kit Siang tidak ' representative' sikap orang Cina dan saya khuatir Lim Kit Siang akan berakhir menjadi ' the last chinese chauvinist' in Malaysian politics yang tidak digemari oleh semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI