Posted on Tuesday, July 21 @ 19:00:00 PDT by AbuJihad

"

Berita di atas
1. Jangan sekali – kali dan tidak sayugia kita orang – orang islam menaruh sebarang syak dan wasangka , bila membaca berita di atas
2. Mungkin DS Najib tidak berkesempatan selama ini untuk menziarahi tanah suci , makam Rasullah , Kaabah dan Madinah.
3. Ini sahaja kesempatan yang ada , walaupun 1001 kesibukan dalam tugasan seharian.
4. Tahniah kepada UMNO dan teamnya , kerana berjaya membentuk imej yang baik kepada pemimpin agung mereka , ketika menghadapi situasi yang begitu mencemaskan , yang boleh membunuh semua ‘planning’ Najib dalam 100 hari pertama , seperti Pakej – pakej Rangsangan ekonomi 1 & 2 , 11 bonus , 1Malaysia dan sebagainya lagi.
5. Tetapi , adakah ‘grand design’ gambar di atas mampu menyekat memontum rakyat untuk menurunkan UMNO/BN dalam PRU-13 sedikit masa lagi ?
6. Hanya menunggu masa dan saat serta ketikanya sahaja lagi.Bukan SPRM Tetapi UMNO
Kalau dilhat berita dari semua sumber , samada media kerajaan atau media alternatif Pakatan Rakyat , semuanya menumpukan hentaman , kecaman , kutukan , rasa tidak puas hati , dan seumpamanya kepada SPRM.
Kesian kat Pegawai dan kakitangan SPRM !!! Meraka Cuma menjalankan tugas dan arahan sahaja.
Siapa yang mengarahkan semua ini , hatta sehingga membunuh Teo Beng Hock ? Mungkin tidak salah kalau dikatakan semuanya ini adalah arahan dari UMNO
Tetapi tidak adil kalau dituduh seluruh pimpinan dan ahli UMNO terlibat mengarahkan Teo Beng Hock dibunuh , seperti kata YB Lim Guan Eng
Jadi , siapa yang harus dipertanggungjawabkan ?
Najib ? Muhyidin ? atau siapa ?
Rakyat 1Malaysia harus fokus kepada hanya beberapa orang sahaja, tidak mungkin 3.5 juta ahli UMNO terlibat dengan arahan ini
Biar kita lebih spesifik , jelas dan objektif , mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab
Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Selangor , Abdul Shukur Idrus , semacam bersetuju dengan Prof , SPRM tidak harus dipersalahkan dalam hal ini , Kita harus mengesan siapakah di sebaliknya.
Najib Lakukan Umrah
Kenapa Najib dan keluarga tiba – tiba sahaja berada di Mekah ?
Tidak baik menaruh syak wasangka dalam urusan sesuci ini. Tetapi berlakunya peristiwa mengerjakan umrah ini dalam waktu ini , menyukarkan rakyat 1Malaysia , khususnya orang – orang melayu samada yang beragama islam atau bukan islam untuk tidak menyimpan syak dan ragu – ragu di atas ‘keikhlasan’ Najib ini
Adakah Najib terpaksa diarahkan supaya menunjuk baik dalam waktu – waktu sebegini , sebagaimana Najib dan Muhyidin terpaksa hadhir beberapa jam di Ijtimak Tabligh Sedunia di Nilai ketika PRK Manek Urai berlangsung. Nasib baik strategi yang diarahkan oleh ‘think tank’ UMNO tidak berkesan.
Bagi Prof , tindakan Najib ini menyerlahkan lagi keterlibatannya secara langsung dalam ‘pembunuhan’ Teo Beng Hock ini !!! Kata orang – orang tua , bukannya orang tua – tua , sekilas ikan di air , sduah tahu jantan betinanya.
Baca kenyataan DSAI ini" Hangat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI