Posted on Thursday, March 13 @ 14:45:54 MYT by greenboc
Berlangsungnya majlis angkat sumpah sepuluh orang Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah terbukti negeri ini muncul sebagai negeri pertama melaksanakannya dan terpadam desas-desus kononnya mempunyai pertelingkahan untuk memilih calon paling layak.
Selepas Menteri Besar, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai ketua kerajaan pada 9 Mac lalu, beliau hanya mengambil masa dua hari untuk membentuk kerajaan di negeri ini.
Katanya, ini terhasil dari sikap kerjasama padu dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Kelmarin, selepas istiadat perlantikan oleh Sultan Kedah, Kedah juga sudah mengadakan Mesyuarat Exco pertama di bilik Mesyuarat Kerajaan Negeri di Blok B, Wisma Darulaman.
Sepuluh yang dilantik itu adalah, Ir. Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi, Haji Mohd Taulan Mat Rasul, Haji Amiruddin Haji Hamzah, Hajjah Siti Aishah Ghazali, Dr. Haji Hamdan Mohd Khalib, Dr. Ismail Salleh, Haji Abdullah Jusoh, Tan Wei Shu, Mohd. Radzhi Salleh dan Arumugam A/l Vengatarakoo.
Berikut adalah potfolio bagi semua Exco negeri Kedah Darulaman.
YAB. USTAZ HAJI. AZIZAN ABD RAZAK - Menteri Besar
J/K Perancangan Ekonomi Negeri
J/K Perancang
J/K Tanah
J/K Hasil Bumi & Sumber Asli
J/K Majlis Tindakan Negeri
J/K Keselamatan Negeri
J/K Agama
J/K Kewangan
YB. HAJI. IR. PHAHROLRADZI HAJI ZAWAWI
J/K Pembangunan Luar Bandar
J/K Pembangunan Usahawan
J/K Kerjaraya
YB. HAJI MOHAMED TAULAN MAT RASUL
J/K Perumahan
J/K Kerajaan Tempatan
YB. HAJI. IR. AMIRUDDIN HAJI HAMZAH
J/K Industri Dan Pelaburan
J/K Sains Dan Inovasi
J/K Pertanian
YB. HAJJAH SITI AISHAH HAJI GHAZALI J/K Pembangunan Wanita
J/K Kebajikan
YB. DR. HAJI HAMDAN MOHAMED KHALIB
J/K Belia
J/K Sukan, Kesenian & Warisan
J/K Kebudayaan
YB. DR ISMAIL SALLEH
J/K Kesihatan
J/K Penerangan
J/K Badan Bukan Kerajaan (NGO)
J/K Pembangunan Insan
YB. HAJI ABDULLAH JUSOH
J/K Pendidikan
J/K Teknologi Maklumat & Komunikasi
YB. TAN WEI SHU (KeADILan)
J/K Alam Sekitar
J/K Hal Ehwal Masyarakat Cina
J/K Sumber Tenaga Manusia
J/K Pengangkutan
YB. MOHAMMAD RADZHI SALLEH (KeADILan)
J/K Pelancongan
J/K Pembangunan Masyarakat
YB. ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO (KeADILan )
J/K Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
J/K Hal Ehwal Masyarakat Siam
J/K Koperasi, Perpaduan, Pekerja Ladang & Hal Ehwal Masyarakat India
Sementara itu, Ustaz Azizan juga telah melantik Mohd. Sanusi Md.Noor sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, beliau adalah Bendahari Dewan Pemuda PAS Kedah dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik yang juga calon PAS kawasan Dun Belantik, dalam pilihanraya baru-baru ini.
Beliau juga telah melantik Roslizan Zakaria sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, Roslizan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri dan Setiausaha PAS Kawasan Jerai. - wann
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI