Monday, March 10, 2008
Abdullah Badawi : Lebih baik Angkat Kaki dari Mengangkat Sumpah
Abdullah Badawi dilihat sebagai seorang manusia yang tidak tahu menilai harga dirinya sendiri.Dia sesungguhnya tidak bijak kerana masih tidak mahu menerima hakikat kekalahan BN dalam PRU 12 ini . Kekalahn BN dibeberapa tempat dan kawasan dalam pemilihan yang baru lalu adalah isyarat yang jelas penolakan rakyat terhadap kepimpinannya. Kecundangan calun-calun BN menyebabkan kejatuhan 5 kerajaan negeri serta penafian 2/3 majoriti BN di Parlimen adalah disebabkan protes rakyat terhadap gaya kepimpinannya yang tidak berkesan selama ini.
Abdullah masih belum sedar dari tidurnya dan terus mengigau dengan dengan berkata : Saya Tidak Akan Letak Jawatan
Dan apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya semalam merupakan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Abdullah menjelaskan:
“Saya tidak lihat begitu, tetapi rakyat telah buat keputusan tidak mahu memberi undi majoriti dua pertiga kepada kerajaan BN.” Klik disini
Abdullah masih tidak dapat melihat sebab matanya terlelap.? Rakyat menarik semula mandat dua pertiga yang pernah diberikan kepada BN selama ini masih belum difahami sebabnya oleh Abdullah.Kejatuhan 5 negeri ketangan Barisan Rakyat juga masih belum dapat menyedarkannya dari lamunan. Apa jenis manusia Abdullah ini?
Abdullah dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pagi esok.Adalah lebih baik bagi Abdullah‘ angkat kaki’ dan memberi peluang kepada orang lain menerajui Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI