Posted on Monday, March 10 @ 07:59:12 MYT by SongkokPutih
Oleh mumayu
"Oleh: Mumayu
Dr. Asyraf Wajdi Datuk Dusuki |
Asyraf Wajdi menyifatkan kehadirannya di pentas politik tanah air adalah masa terbaik baginya untuk merealisasikan ideanya semasa menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1999-2000.
“Setiap persatuan pelajar ada idealismenya sendiri, jadi ini merupakan masa paling sesuai untuk saya menterjemahkan idea tersebut di dunia sebenar,” katanya.
Di tempat kelahirannya di Tumpat, namanya bagi masyarakat setempat mudah sahaja mengingatkan orang tentang ayahnya, seorang bekas pemimpin politik dan moyangnya Tok Selehor, ulama terbilang.
Dalam dirinya seakan-akan mula bersatu warisan mereka dan tokoh muda itu mengejutkan ramai kenalan apabila beliau sanggup meninggalkan dunia kesarjanaan dengan memasuki alam politik dam memilih UMNO dan Barisan Nasional sebagai wadah perjuangan.
Pencalonannya menjadikan kerusi Parlimen Tumpat sebagai salah satu kerusi panas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam, apabila beliau berhadapan dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar, namun beliau tewas.
Bagi mereka yang mengenali Asyraf Wajdi, beliau dilihat calon paling sesuai untuk mencabar Datuk Kamaruddin yang telah mempertahankan kerusinya.
Graduan terbaik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2000 itu meletakkan formula yang berasaskan kasih sayang menjadi agenda utama beliau dalam berkempen, tetapi rakyat Tumpat Kelantan tidak dapat menerima asas kasih sayang itu tanpa berpandukan adunan Islam yang sebenar.
"Ramai pemimpin yang ada pada masa kini, seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lahir daripada pentas kepimpinan persatuan pelajar dan tidak salah baginya untuk turut sama mengikut jejak langkah mereka," Katanya.
"Bekas pensyarah di Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa itu menjelaskan langkahnya untuk menyertai UMNO kerana sedar hanya parti itu sahaja yang mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara," jelasnya.
“Ia selaras dengan jiwa saya yang mahu memperjuangkan Islam dan melihat tidak ada parti lain yang mampu untuk melaksanakan Islam di negara ini," katanya lagi.
Tanggal 8 mac 2008 menyaksikan beliau tersedar dari mimpi, bahawasanya jejak langkah yang dipilih beliau tersasar jauh menyimpang, sekiranya beliau betul dan serius ingin berdakwah untuk Islam yang syumul, jejak langkah Umno-BN bukan jalan yang terbaik untuk beliau menyampaikan mesej dakwah kerana Islam tidak mengizinkan korupsi dalam kepimpinan dan pentadbiran serta meninggalkan sebahagian besar ajaran dan undang-undang agama Allah..
Allah memperingatkan dalam surat Al Baqarah ayat 85
”Apakah kamu beriman(mengikuti) kepada sebahagian isi Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lainnya. Tidaklah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripada mu, melainkan ditimpa kehinaan didunia dan di akhirat akan diberi azab yang pedih!”
Jelas sekali dari peringatan Allah diatas, sekiranya umat Islam, jamaah atau parti yang mengikuti hanya sebahagian ajaran agama Allah dan sebagian dilupakannya, maka jejak langkah umat Islam, jamaah atau parti ini akan melahirkan masyarakat yang tidak sempurna, pincang, dan lemah serta jauh dari ajaran agama. Yang pada akhirnya umat atau masyrakat yang tidak sempurna iman, pincang dan lemah mudah menjadi umat khufur. Kesimpulan jelas Umno-BN bukan wadah sebenar untuk berdakwah.
P19 TUMPAT |
Jumlah Pengundi: 80,072 Peratusan Kaum: M: 92.16 % C: 3.24% I:0.45 % L:0.43 % |
1. Datuk Kamaruddin Jaffar (Pas) (36,714) 2. Dr. Asyraf Wajdi Datuk Dusuki (BN) (27,337) |
Majoriti: 9,377 Jumlah undi: 65,083 Peratus mengundi: 81.28% Undi rosak: 1,032 |
Penyandang: Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas) (Majoriti: 1,820 undi) |
Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yang telah memberi sinar harapan dan kemenangan kepada pejuang Islam hari ini di kala Islam dihimpit dan dilemahkan dengan segala taktik kotor dan jijik. Islam tidak akan dapat dijulang tanpa melalui pelbagai cabaran kedunian yang telah menjadi sunnatulrasul. Dalam mana kita berkeinginan untuk menegakkan Islam, telah menjadi kewajipan kepada kita melalui kesukaran dan menghadapi pelbagai cabaran dengan penuh berhikmah dalam menempuh ranjau berduri kedunian.
Harapan saya kepada Al-fadhil Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki, tinggalkan jalan mudah yang menjanjikan kesenangan dunia dalam berdakwah, kembalilah mengikut jejak langkah para ulama yang sentiasa berliku namun sentiasa bersabar, syukur dan zuhud serta beramanah dalam memerintah.
Kampus Negara: http://kampusnegara.net/
[Dari Kampus ke Lapangan Umat]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI