Sunday, March 09, 2008
Mahathir atau Anwar?
Ada gusti-gusti lembut di sini mengenai siapakah yang berjasa menjerumuskan Datuk Seri Abdullah Badawi ke jurang kejatuhannya, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim?Kalau setakat pilihan raya kecil Ijok, bolehlah saya katakan hanya Dr Mahathir sahaja yang saya nampak. Saya tidak nampak Anwar melakukan perkara itu. Mungkin ada, tetapi saya tidak nampak.
Tetapi, menjelang pilihan raya umum semalam, saya yakin dan pasti kedua-duanya mempunyai saham yang sangat besar untuk membangkitkan rakyat mengajar Abdullah cukup-cukup.
Mereka yang selalu melawat blog kutu ini tentu tahu bahawa saya tidak suka Anwar. Tetapi, Mat Salon kata, "when credit is due, it should be given".
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah..." (al-Ma'idah: 8)Sambil itu, jangan lupa baca pandangan Dr Mahathir dalam temubual bertajuk "Khairy to blame for BN's electoral defeat" (Malaysiakini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI