Jin saka punca pendarahan usus? |
Bersama Dato' Dr Haron Din
SAYA telah menjalani perubatan moden selama 18 tahun, tetapi para doktor gagal membantu menyembuhkan penyakit saya. Penyakit itu adalah pendarahan usus yang tidak pernah sembuh. Baru-baru ini saya telah di'scan' oleh seorang ustaz. Beliau mendapati, katanya ada jin saka dan jin-jin lain. Katanya semua jin-jin itu boleh dibuang melalui rawatan auraterapi beliau. Apakah risiko jika saya menjalani rawatan tersebut. Penjelasan Dato' amat diharapkan.
Salmah Ismail
menerusi e-mel
SETIAP penyakit ada ubatnya (maksud hadis). Allah tidak menurunkan segala penyakit, melainkan diturunkan bersama-sama dengannya penawar (maksud hadis).
Antara ubat, atau penawar yang senang didapati ialah al-Quranul Karim. Firman Allah (mafhumnya): "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar (shifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah al-Israk ayat 82)
Anda sakit, anda telah berusaha dengan cara yang betul iaitu dengan berjumpa doktor, terutamanya doktor pakar untuk mengikhtiarkan kesembuhan.
Jika sudah 18 tahun anda berusaha, dan sehingga kini belum ada kesembuhan, maka jangan sesekali berputus asa.
Anda harus terus berusaha mencari penawarnya. Tentu ada penawarnya berdasarkan kepada hadis dan al-Quran yang saya nyatakan di atas.
Perihal ada ustaz yang 'scan', memberitahu ada jin saka dan sebagainya, saya tidak tahu betulkan perbuatannya itu ataupun tidak.
Apa yang boleh saya fahami daripada cerita anda, seolah-olahnya ustaz itu boleh mengetahui perkara yang ghaib.
Perihal saka menyaka ini atau gangguan jin dan sebagainya, adalah perkara ghaib.
Mengetahui penyakit dengan cara 'scan' sebegini adalah juga ghaib. Perihal mendakwa mengetahui yang ghaib adalah perkara yang amat serius dalam syariat Islam.
Tidak boleh sedemikian. Islam melarang dengan sekeras-kerasnya. Dalam al-Quranul Karim, Allah berfirman (mafhumnya): "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Surah al-An'aam ayat 59)
Firman Allah (mafhumnya): "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun.
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)." (Suratul Jin, ayat 26-27)
Dalam as-Sunnah, banyak terdapat hadis Rasulullah s.a.w. mendatangi tukang tilik atau pengubat-pengubat yang mendakwa mengetahui yang ghaib. Antaranya hadis daripada Sufayyah bin Abi Ubaid katanya (mafhum): "Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang mendatangi arrafan (tukang tilik atau pengubat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib), lalu menanyakannya sesuatu, maka perbuatan itu mengakibatkan ibadatnya kepada Allah SWT tidak diterima selama 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)
Imam al-Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal, meriwayatkan hadis (mafhumnya): "Sesiapa yang mendatangi kaahin dan bertanya sesuatu kepadanya, dan mempercayainya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah (al-Quran) kepada Nabi Muhammad s.a.w."
Apa itu kaahin? Dalam Kamus al-Munjit disebut kaahin itu adalah orang yang mendakwa mengetahui segala rahsia dan hal-hal yang ghaib. Kaahin juga bermaksud, mengubat atau tukang tilik atau orang yang menolong seseorang itu melepaskan kesusahannya. Semuanya dilarang kerana boleh membawa syirik kepada Allah SWT.
Mengenai rawatan orang yang dimasuki makhluk halus seperti cara yang disyariatkan oleh Allah SWT, adalah harus melakukannya, seperti menggunakan doa, solat hajat, membaca ayat-ayat tertentu dan merawatinya dengan cara yang betul, itulah cara yang patut dilakukan.
Saya tidak begitu arif mengenai auraterapi. Anda rujuklah kepada yang lebih arif. Sekian sahaja, wallahua'alam.
KOMEN:
Dipetik dari: DetikDialy
Sikit-sikit BOMOH!!! Sikit-sikit BOMOH!!!
Salam....
BalasPadamAdalah MENG'AIBKAN kalau seorang USTAZ mendatangi seorang BOMOH...untuk tujuan perubatan.
Namun LAGI MENG'AIBKAN kalau yang menjadi BOMOH itu adalah seorang USTAZ...
....kesian belajar tinggi-tinggi... AQIDAH tak terjaga...
Wal 3iyazu biLlahi min zalik!!!
Lagi 1001 KALI 'AIB kalau ustaz tersebut lepasan Universiti Timur Tengah...
BalasPadamHarus di Tembak jer dengan Senapang GAJAH...
Sesat lagi menyesatkan.
JAKIM dan Jabatan Agama tak boleh pandang RINGAN benda ni.... org beginilah sepatutnya DITANGKAP... DIDAKWA dan DEKENAKAN HUKUMAN yg setimpal....
BalasPadamBenda macam ni BERSEPAH..... namun ????
Entahlah..!!!!
Kalau dah namanya BOMOH... mana ada yg tak BOHONG??? mana ada yg Tak Menipu... berdusta dan SYIRIK... menduakan Tuhan..
BalasPadamBersahabat dengan JIN... dsb.
Baca BETUL2.. apa yg Dato' Dr. Harun Din kata kat atas tu...
Allah Yarham P.Ramlee pun dah banyak kali ingatkan dalam banyak filem arahan beliau... pun masih nak BERBOMOH jugak...
heran bin ajaiblah MELAYU ni.....