| Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my Mon | Jul 13, 09 | 9:05:54 am MYT | |
| Sebaik sahaja Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggalas tugas sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia, lantas beliau memperkenalkan konsep One Malaysia atau Satu Malaysia. Tidak jelas apakah tujuan sebenar konsep One Malaysia diperkenalkan. Secara umumnya ia adalah satu gagasan baru yang diperkenalkan kepada rakyat Malaysia, kononnya untuk mencapai kesepaduan dan kesamarataan dalam pelbagai bidang. Lalu, para juak-juak kerajaan Umno-BN, tanpa memikir dan memahami apakah sebenarnya One Malaysia, terus mencanang dan mewar-warkannya, kononnya ia adalah konsep terbaik yang harus diterima oleh rakyat Malaysia. Hakikat sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno-BN sendiri tidak jelas dan tidak tahu apakah maksud sebenarnya One Malaysia. Mereka mencanang dan menyokong One Malaysia kerana ianya merupakan idea yang dicetuskan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno. Kerana sudah menjadi tradisi Umno-BN, untuk menjadi 'pak angguk' dan 'pak turut' kerana takutkan kuasa yang ada pada seorang yang bernama PM, walaupun kemungkinan langkah yang diambil merugikan rakyat. Tindakan mereka ini hanya menambah kekeliruan di kalangan rakyat. Rakyat tertanya-tanya apakah selama ini rakyat Malaysia tidak bersatu padu sehingga BN terpaksa mengemukakan satu konsep yang baru. Apakah langkah yang bertujuan perpaduan diperkenalkan selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang kuasa di beberapa buah negeri? Apakah rakyat dianggap berpecah belah hanya kerana mereka tidak lagi mahu memberikan sokongan dan mandat kepada BN? Yang berpecah belah dan ditolak rakyat sebenarnya ialah Umno-BN. Najib sepatutnya membuat reform untuk memperbaiki Umno dan BN terlebih dahulu. Walaupun Najib mendapat mandat besar sebagai Presiden Umno, namun beliau tetap gagal menyatupadukan Umno. Ramai orang-orang Umno semakin kecewa dengan parti. Lantas mereka menyertai Pakatan Rakyat. Najib sebagai Pengerusi BN juga gagal untuk mengawal parti seperti MCA yang sentiasa diselubungi dengan kesangsian dan berbelah bahagi sama ada untuk kekal atau keluar daripada BN. Parti MIC juga sentiasa mendesak BN lantaran presiden dan pemimpin utamanya diketepikan daripada arena politik negara. Parti Gerakan juga, selepas tewas besar di Pulau Pinang, terus bercempera walaupun presidennya diberi tugas besar di peringkat nasional. Najib nampaknya tidak mempunyai fokus yang jelas terhadap corak pemerintahannya. 100 hari beliau menjadi PM, lebih banyak mengundang negatif daripada positif. Justeru, daripada beliau memperkenalkan One Malaysia, hanya sebagai gula-gula kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan bukan Melayu yang menolak Umno-BN, lebih baik beliau memperkenalkan konsep One-Umno atau One BN. One Malaysia hanyalah sebuah ideologi baru atau fahaman baru yang bakal menjejaki nasib seperti konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi PM dahulu. Islam Hadhari sudah dilupakan oleh rakyat Malaysia, One Malaysia bakal menjejaki nasib yang sama. Ianya bakal menjejaki nasib dasar PPSMI yang diperkenalkan PM ke empat, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, yang banyak menyusahkan rakyat, daripada membawa kebaikan. Islam Hadhari, PPSMI dan One Malaysia hanyalah bermotifkan politik, dicanang dan dilaksanakan dalam waktu yang singkat tanpa memikir implikasi yang sebenarnya kepada rakyat. Ianya adalah sebuah retorik seorang PM, yang dicanangkan hanya untuk meraih populariti selepas imej parti yang menunjangi kerajaan tercalar teruk sehingga ditolak rakyat. Hakikat sebenarnya ialah, kepercayaan terhadap kemampuan BN memerintah negara sudah semakin pudar dihati rakyat. Rakyat sudah beralih arah kepada Pakatan Rakyat, sebagai platform baru untuk membawa keharmonian, kesejahteraan dan kebajikan untuk semua rakyat. - mks._ |
BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
STOP: SINGGAH- BACA NI DULU-BERITA HANGAT!!!
- ALBUM: Himpunan Membantah PPSMI (7 Mac 2009)
- BARU- Penerangan Berkaitan Isu Rampasan Kuasa BN Di Perak
- BULAN PERNAH TERBELAH-DIBUKTIKAN OLEH AMERIKA
- DERMALAH-MASJID TOK GURU
- DS Ir MOHD NIZAR-KU LI
- JANGAN TANGGUH LAGI-DAFTARLAH SEKARANG SEBAGAI AHLI PAS
- MATI TERBAKAR DI KELAB MALAM DI THAILAND-TAHUN BAARU 2009
- REHATKAN MINDA-SEBENTAR
- RELEASE TENSION
- SAUDARA NON-MUSLIM-KLIK SINI
- SEE THE WORLD'S TOP 100 WONDERS BEFORE YOU DIE
- SEKALI TENGOK MASIH TAK PUAS-JANGAN KETINGGALAN
- SUBHANALLAH!!!-LIHATLAH KEBESARAN ALLAH!
- SURAT DAJJAL DARI KAPAR 1
- SURAT DAJJAL DARI KAPAR 2
KHUSUS EL-KHUSUS TERHANGAT
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
- 1-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. BAHAGIAN -I
- 2-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. BAHAGIAN-II
- 3-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.WBAHAGIAN-III
- 4-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W BAHAGIAN-IV
- 5-KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W. BAHAGIAN-V(AKHIR)
- BENARKAH BULAN TERBELAH DIZAMAN NABI SAW
- BULAN PERNAH TERBELAH?
- HIKAYAT BULAN TERBELAH
- MUKJIZAT NABI SAW
- MUKJIZAT NABI SAW DIBUKTIKAN BENAR OLEH AMERIKA
- MUKJIZAT RASULULLAH MEMBELAH BULAN
Isnin, Julai 13, 2009
One Malaysia yang kabur lagi keliru
Islam jamin keadilan untuk bukan Islam
| Harakahdaily Sun | Jul 12, 09 | 2:31:16 pm MYT | |
| MARANG, 12 Julai (Hrkh) - Islam tetap akan memberi jaminan keadilan hak terhadap orang bukan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hak orang bukan Islam di negara ini tetap dijamin dengan adil. Oleh itu, katanya masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dalam urusan kebebasan hak kehidupan, perkahwinan dan makanan. "Kita (PAS) jamin boleh selesai kerana hak orang bukan Islam tetap dijamin dengan adil dalam keadaan kita memelihara masyarakat sekeliling. "Apa lagi dalam suasana negara dilanda penyakit H1N1 pada hari ini dan itu perlu dipandang dengan serius. "Kita tidak boleh haram (makan babi) walau itu membawa penyakit tetapi itu hak orang bukan Islam yang mesti kita beri kepada mereka," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Star, Kedah. Ustaz Abdul Hadi berkata hak orang bukan Islam dijamin oleh al-Quran dan Hadis dalam masalah kehidupan, perkahwinan dan makanan mereka. "Dijamin oleh al-Quran, dijamin oleh Hadis Nabi s.a.w. supaya hak orang bukan Islam dalam masalah kehidupan mereka, perkahwinan mereka, makanan mereka hendaklah diberi kebebasan dengan kawalan-kawalan yang manasabah. "Kita (PAS) serah kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan kawalan yang munasabah dengan tidak menafikan hak orang bukan Islam," ujarnya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini. - mks. _ |
'Tukar agama seketika tak apa' - kata petugas Umno
| Wartawan Kita Sun | Jul 12, 09 | 6:37:05 pm MYT | |
| KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - "Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai. Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri. Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah. "Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini. Menurutnya, setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200. Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi. Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi. - mj/mks. _ |
Mengapa Najib tidak muncul di Manek Urai?
| Lanjusoh | Foto Miji Sun | Jul 12, 09 | 1:30:04 pm MYT | |
| KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - Mengapakah Dato' Seri Najib Razak tidak muncul-muncul di Manek Urai? Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini. Kini tinggal sehari lagi kempen menjelang pilihan raya Selasa ini, namun Perdana Menteri tidak muncul. "Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang? "Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini. Perdana Menteri nampaknya menyerahkan tugas membawa cabaran Umno di Manek Urai kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan hari ini beliau hadir pada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru. Umno terpaksa menggunakan orang di luar Manek Urai hadir pada program yang dianjurkan memandangkan penduduk tempatan seperti tidak menghiraukan sehingga kehadiran Muhyiddin pun kurang mendapat sambutan. Hari ini ramai guru dari seluruh Kelantan diarah hadir bagi memperlihatkan program dihadiri Timbalan Perdana Menteri mendapat sambutan. Malah guru yang hadir berada jauh dari khemah yang disediakan, seperti tidak menghiraukan ucapan pemimpin Umno. Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin. Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus. Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk 'special branch', bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas.
Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau, PAS juga merasa bimbang kerana tidak tahu apa sebenar fungsi mereka sehingga terlalu ramai di Manek Urai. Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh. Kata beliau, polis meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas. "Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat," katanya. Beliau juga mendakwa ada sebuah rumah yang didiami isteri kepada seorang pegawai polis telah dijadikan markas Umno. Abdul Fatah juga berkata, kerajaan pusat menggunakan secara berleluasan jentera kerajaan bagi membantu kempen BN termasuk Kesedar, Risda, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian dan banyak lagi kementerian lain. Menurutnya, sehingga kini kerajaan pusat dan Petronas belum lagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti kepada kerajaan Kelantan. - mj/mks. _ |
Sikap Obama, Sarkozy jeling gadis jadi tumpuan, Najib Rosmah bila lagi?

Isnin 13 Julai 2009 | 20 Rajab 1430 Hijrah
| Sikap Obama, Sarkozy jeling gadis jadi tumpuan, Najib Rosmah bila lagi? |
| Othman Jailani Sun | Jul 12, 09 | 7:31:25 pm MYT | |
| Foto Obama menjeling seorang remaja Brazil, Mayara Tavares, 16, baru-baru ini tiba-tiba menjadi amat popular di internet. Mayara sebenarnya seorang remaja biasa yang terlibat dalam gerakan kemasyarakatan di negaranya. Di Rome baru-baru ini, sekumpulan anak muda dikenali sebagai 'Junior 8' (J8) dari negara membangun dan negara industri telah bertemu di Italy ketika pemimpin Kumpulan Negara Lapan (G8) hadir mengadakan sidang kemuncaknya. Kumpulan anak muda J8 itu turut hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Setiap wakil J8 itu berpeluang bertemu dan bergambar bersama pemimpin negara mereka. Laman sesawang J8 menulis latar belakang Mayara sebagai berikut:- "Mayara Tavares berusia 16 tahun dan tinggal di pinggir Rio de Janeiro, Brazil. Beliau mewarisi minat nenek dan bapanya untuk mengambil bahagian dalam masyarakat dan pergerakan sosial selain menjadi seorang aktivis memperjuangkan bagi hak kanak-kanak dan dewasa dalam masyarakatnya. "Beliau baru-baru ini bertindak sebagai penyelidik dengan menemuramah masyarakat mengenai kehidupan mereka dan bagaimana rasanya hidup sebagai setinggan di bandar Rio de Janeiro. "Menerusi hasil kerjanya inilah beliau cuba memperbaiki kehidupan masyarakat miskin di sebahagian besar pusat bandar, inisiatif dijalankan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unicef, di Brazil. "Beliau juga menjadi seorang anggota Forum Belia dalam kawasannya dan berharap terus membabitkan rakan sebayanya dalam kerja ini." Mayara dengan pakaian menarik perhatian Bukanlah suatu hal yang ajaib jika seorang lelaki yang berada di puncak kekuasaan yang tertinggi dengan tiba-tiba menjadi rambang mata ketika melihat wanita-wanita cantik. Dan, itulah yang berlaku kepada Obama dan Nicholas Sarkozy Khamis lalu ketika sesi bergambar sidang kemuncak G8 itu sedang berlangsung. Maka wakil J8 Brazil, Mayara pun berjalan dengan mengenakan pakaian berwarna terang untuk bertemu Presiden Brazil, Luiz InĂ¡cio Lula da Silva. Penampilan menarik gadis remaja itu secara tidak langsung mendapat perhatian Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama saat itu. Para penganalisis foto mula menjalankan analisis terhadap sikap Obama dan Sarkozy gara-gara tindakan mereka memerhatikan di bahagian belakang Mayara tersebut. Ada pihak berpendapat bahawa Obama berkemungkinan melihat ke bahagian belakang Mayara dan dalam masa yang sama, ruang kesempatan itu turut diambil Sarkozy. Seorang pemudahcara GMA News, ketika melaporkan kejadian itu berkata, Obama itu mungkin sedang memerhatikan kakinya, mungkin beliau sedang memerhatikan langkah seorang wanita yang sedang datang dari arah belakangnya. "Obama mungkin juga sedang membantu seorang wanita yang datang dari arah belakang untuk maju ke depan bersama. "Tetapi, untuk Sarkozy, tak begitu jelas� tak begitu jelas," kata pemudahcara itu dengan nada menyindir, diiringi gelak ketawa para penonton video klip itu yang kini telah tersiar ke serata dunia melalui YouTube. Sebenarnya gerak laku Sarkozy yang berada jauh sedikit ketika memandang Mayara itu ternyata kelihatan lebih jelas lagi berbanding Obama yang sikapnya itu terlindung oleh sebab seorang wanita berkulit hitam yang baru tiba mencelah dari arah belakangnya. Gambar yang seolah-olah menunjukkan Obama memandang belakang gadis itu kini amat popular di internet hingga laman Drudge Report menjadikannya sebagai gurauan dengan menyiarkan foto itu dengan judul: 'Second stimulus package' (pakej rangsangan kedua). Sebenarnya, isunya di sini, bukanlah soal Obama dan Sarkozy memandang ke belakang Mayara itu yang menjadi persoalan. Sudut pandang kita kali ini ialah tentang bagaimana laporan Barat terhadap insiden bergambar dan rakaman bervideo itu dilakukan. Bidang analisa gambar kurang di Malaysia? Di kebanyakan negara membangun, kita mungkin sudah mencapai tahap membanggakan dalam bidang kewartawanan foto (photo journalism). Tetapi bagaimana pula dengan kewartawanan video? Gambar (foto) dan gambar bergerak (video) sebenarnya menceritakan lebih seribu pengertian berbanding laporan pegun, iatu melalui tulisan teks seperti yang biasa kita laporkan dalam akhbar dan majalah. Analisis kandungan (content analysis) adalah teknik popular untuk membuat kajian tesis di universiti. Kita juga memerlukan penganalisis gambar dan gambar bergerak (video) yang berpengalaman dalam hal ini. Baru-baru ini, ketika Najib mengumumkan 11 hadiah mesra rakyat bagaikan seorang raja yang sedang meraikan ulangtahun kelahirannya, kita tergerak juga mahu bertanya kepada Najib berhubung isu tahanan Guantanamo itu. Presiden Perancis Sarkozy ada kaitan dengan Najib sedikit sebanyak berikutan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis itu. Manakala Obama yang memandang belakang Mayara itu juga ada kaitan dengan Najib berikutan tersiarnya gambar Najib menjawab panggilan Obama berhubung pembebasan tahanan Guantanamo. Jika wartawan kita, bloggers, pengamal media semakin berani membuat siasatan serta berani membuat pendedahan bergambar dan pendedahan dengan video, itu sudah pun membuktikan bahawa kita akan mencapai tahap kewartawanan yang tinggi juga. Bukan sedikit keraguan yang melimpah keluar di hati kita berhubung tersiarnya gambar Najib sedang menerima panggilan Obama untuk membebaskan Guantanamo itu. Pelbagai soalan boleh kita majukan, misalnya, pada jam berapa gambar itu diambil? Adakah Najib sudah bersedia memanggil jurugambar akhbar ke rumahnya untuk bersedia menerima panggilan telefon daripada Obama pada masa-masa yang telah diputuskan? Atau, adakah Najib mengupah jurugambar untuk datang mengambil gambar, lalu gambar itu diserahkan kepada pihak akhbar untuk disiarkan keesokannya? Adakah gambar itu benar-benar tulen diambil pada ketika Najib sedang berbual dengan Obama? Jika benar Najib berbual dengan Obama tentang Guantanamo, kenapa sehingga sekarang Obama masih membisu? Bualan itu benar-benar terjadikah? Sememangnya, gambar Najib, Abdul Razak Baginda dan Altantuya di sebuah restoren itu adalah rekaan. Tapi, pendedahan video tentang keterlibatan Rosmah dengan aktiviti ilmu hitam itu agak jelas dan ia bukannya dibuat-buat. Kita tidak perlu membuat apa-apa analisis lagi berhubung perkara tersebut sebab tuduhan itu bukannya bersifat samar-samar lagi. Jikalau suatu akta pernah cuba dibangkitkan dalam suatu usul di Parlimen untuk menjerat Anwar Ibrahim berhubung DNA, kenapa tiada usaha mengangkat usul bagi mewujudkan akta mengekang kegiatan ilmu sihir bertujuan menangkat penjenayah ilmu hitam? Umno, BN dan Najib akan masih kekal berkuasa jika rakyat masih belum sedar dan bijak bertindak. Najib tidak perlu menghabiskan masa mencari kaedah menjinakkan hari rakyat dengan 11 hadiah mesra rakyatnya. Akhirnya, kita mahu bertanya: Tahanan rakyat kita di Guantanamo akan menerima faedahkah melalui pengumuman 11 hadiah yang disifatkan Najib sebagai Mesra Rakyat itu? Tahanan di Guantanamo bukan rakyat kitakah? Gambar Obama dan tembelang Sarkozy memandang ke arah belakang Mayara kini sudah tersiar di internet dengan meluasnya. Jadi, bila lagi pendedahan klip video Rosmah Puaka itu mahu dialihbahasa dalam bahasa Inggeris, Perancis dan bahasa Mongolia untuk dijadikan bahan perdebatan oleh kalangan masyarakat antarabangsa? - mks. _ |
Ahad, Julai 12, 2009
Tragedi Natrah antara bukti Umno tidak serius bela Islam
Posted on Saturday, July 11 @ 21:09:24 PDT by BudakJalanan
Oleh Mat Zain Mat Isa
Kebany
akan media cetak, Jumaat (10 Julai) melaporkan kematian Maria 'Bertha' Hertogh yang pernah bergelar Natrah binti Maarof. Beliau dilaporkan meninggal pada Khamis di rumahnya di Huijberhen, selatan Belanda, akibat leukemia.
Wanita Belanda berusia 72 tahun itu diketahui umum sebagai orang yang pernah menggemparkan negara kita apabila menjadi objek utama konflik agama pada 1950.
Namun tidak ramai yang sedia mengakui bahawa kanak-kanak yang dibesarkan sebagai orang Islam itu sebenarnya menjadi mangsa sentimen agama dan perkauman penjajah.
Bahkan tidak ramai yang sedar bahawa nasib seburuk itu menimpa Natrah adalah disebabkan sikap tidak serius penguasa politik Melayu-Islam di negara kita ketika itu, khususnya para pemimpin Umno, dalam membela dan mempertahankan akidah kanak-kanak itu.
Natrah atau nama sebenarnya Huberdina Maria Hertogh ialah anak pasangan Belanda Adelaine dan Adrianus Petrus Hertogh. Orang-orang Belanda memanggilnya Bertha.
Bapanya itu adalah sarjan tentera di dalam Tentera Diraja Hindia Timur Belanda di Indonesia. Adelaine pula memang menetap di Jawa, bersama kedua ibu bapa.
Maria adalah anak ketiga pasangan itu. Dia dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi.
Apabila tentera Jepun menduduki Indonesia pada 15 Februari 1942, sebilangan tentera Belanda menjadi tawanan perang. Antara tawanan itu Adrianus yag ketika itu berusia 37 tahun.
Adelaine yang ketika itu sedang mengandungkan anak keenam mereka akhirnya menyerahkan Maria untuk dijadikan anak angkat kepada Che Aminah Mohamad. Wanita berasal dari Kemaman, Terengganu itu ketika itu menetap di Jawa bersama suaminya, Maarof Haji Abdul, yang memiliki perniagaan emas di Bandung. Kebetulan pula Aminah adalah kenalan agak rapat dengan ibu Adelaine, Louise Winterberg, seorang pelakon opera Melayu di situ.
Sejak itu Maria dibesarkan sebagai seorang kanak-kanak Islam dan diberi nama Matrah binti Maarof. Sejurus sebelum Belanda kembali merampas semula tanah jajahan daripada Jepun, beliau meninggalkan Bandung dan pulang ke kampung halamannya di Kemaman.
Di situlah Natrah menarik perhatian Pegawai Pentadbir Inggeris(Timur), Sir Arthur Locke. Kedengkian dan perasaan terhinanya melihat seorang anak Belanda dibesarkan sebagai orang Melayu beragama Islam mengubah seluruh kehidupan Natrah selepas itu.
Pentadbir Inggeris itulah yang telah menggunakan tipu muslihat memujuk Aminah supaya membawa Natrah menemui Konsul Belanda di Tanah Jajahan Singapura. Kononnya beliau ikhlas mahu membantu Aminah mendapatkan surat keterangan yang sah tentang pengambilan Natrah sebagai anak angkat.
Setelah termakan pujukan itu, Aminah membawa Natrah ke Singapura. Maka berlakulah apa yang berlaku. Pihak Konsulat Belanda membantu kedua ibu bapa kandung kanak-kanak berusia 13 tahun itu membuat tuntutan mahkamah hak penjagaan ke atas Maria.
Perbicaraan dilakukan di bawah undang-undang Inggeris. Natrah diasingkan daripada Aminah. Sementara menunggu perbicaraan, beliau ditempatkan di bawah pengawasan gereja. Gambar-gambar Natrah dipaksa kembali kepada agama ibu bapanya yang disiarkan akhbar membangkitkan kemarahan umat Islam.
Rujukan-rujukan terhadap ajaran agama Islam secara negatif dan jahat oleh para peguam pembela ibubapanya di mahkamah juga amat mengguris hati umat Islam yang mengikuti perbicaraan tersebut dan perkembangan kes itu.
Umat Islam bangkit membantah. Akidah Natrah cuba diselamatkan. Maruah Islam mesti dipertahankan.
Jawatankuasa Tindakan Natrah ditubuhkan. Nadi penggeraknya ialah Karim Ghani, Presiden Liga Islam dan Persatuan Dakwah Islam Se-Malaya berpusat di Singapura. Beliau juga editor akhbar India Muslim, Malaya Nanban dan dua akhbar lain.
Karim Ghani dibantu sahabat karibnya, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selaku Editor akhbar Melayu Raya, Dr Burhanuddin menghasilkan siri tulisan yang membangkitkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam terhadap konflik dan perebutan hak penjagaan ke atas Natrah. Tidak sedikit peranan beliau dalam membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap mainan kuasa dan penghinaan terhadap Islam oleh penjajah.
Ringkasnya, berlakulah apa yang berlaku. Natrah dikembalikan kepada ibu bapanya. Mereka segera kembali ke Belanda. Rusuhan tercetus dan 18 nyawa terkorban. Beratus lagi ditahan dan dibicarakan.
Apa yang diakui cacatan sejarah, dan amat dikesalkan, peranan Umno selaku parti anak emas penjajah ketika itu hampir tiada di sepanjang pergolakan itu. Jika ada pun sokongan diberikan, ianya sangat minima. Antaranya dari pergerakan kaum ibu Umno bahagian Johor Bahru dan Negeri Sembilan.
Sardon Jubir, seorang aktivis muda Umno ketika itu terlibat secara langsung di atas profesionnya sebagai peguam. Beliau menyertai pasukan pengamal undang-undang memberi khidmat guaman kepada Aminah yang cuba menyelematkan Natrah.
Catatan sejarah mengesahkan Sardon selaku penyokong kuat Umno ada mencuba menyeret Umno ikut serta memainkan peranan sepatutnya dalam pergolakan itu, namun gagal. Umno tidak bersedia campur tangan dan tidak mahu memanfaatkan hubungan baiknya dengan penjajah untuk mencari penyelesaian lebih baik.
Malah ada penulis sejarah menafsirkan bahawa Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar sengaja menyisih diri dan mengelak daripada terlibat dengan konflik tersebut. Sedangkan di atas kedudukan beliau sebagai pemimpin utama parti paling rapat dan disayangi penjajah British, Datuk Onn diharap dapat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penjajah itu.
Banyak pihak beranggapan sikap, pendirian dan tindakan penjajah ketika itu dijangka tidak sekeras apa yang berlaku sekiranya Umno tidak ?mendiamkan diri? dalam menangani kes tersebut.
Peranan Umno hanya muncul selepas tragedi berakhir. Umno hanya cuba memulihkan imej dan reputasi sebagai parti berkuasa di negara selepas Natrah sah dikembalikan kepada ibubapanya. Datuk Onn sendiri dicatatkan menyertai sepuluh pemimpin Islam menemui Gabenor Singapura untuk mendesak agar Natrah dikembalikan kepada Aminah.
Hanya selepas tragedi selesai juga, Kapten Hussein Onn selaku Setiausaha Agung Umno muncul mengarahkan ahli-ahli parti itu menyumbang kepada ?Tabung Rayuan Natrah?.
Tidak dinafikan Umno memainkan peranan penting dalam merayu dan membela sekumpulan umat Islam yang ditahan ekoran kejadian itu. Mereka yang pada awalnya dijatuhi hukuman mati dan penjara, akhirnya dibebaskan.
Tunku Abdul Rahman yang mengambilalih jawatan Presiden Umno daripada Datuk Onn dalam satu catatannya mendakwa pembebasan mereka itu adalah hasil usaha pihak partinya.
"Semasa saya mengambil alih kepiminan Umno, saya telah bertindak dan menyuruh David Marshall membela nasib mereka yang terlibat. Kami berusaha bersungguh-sungguh dan berhempas pulas supaya hukuman mati dikurangkan kepada penjara seumur hidup.... Setelah 13 tahun dalam penjara, mereka dibebaskan," coret Tunku pada 1988.
Ya, tanpa hipokrasi kita boleh mengakui peranan dimainkan Umno itu. Namun apa yang dikesalkan ia hanya dibuat setelah selesai tragedi tersebut. Sepertimana disebutkan tadi, harapan agak tinggi diletakkan kepada pemimpin Umno sedari awal konflik tercetus.
Dengan pengaruh yang dimiliki parti itu, dijangkakan kesudahan kes tersebut tentu tidak seteruk apa yang berlaku sekiranya Umno mengambil peranan serius dalam membela Natrah. Malangnya hal itu tidak berlaku.
Pembelaan selepas itu hanya terhadap mereka yang menjadi mangsa konflik. Umno berjaya menyelematkan beberapa nyawa dari hukuman mati. Itu kita boleh ucap tahniah dan terimakasih.
Namun perlu diingat, dalam tragedi Natrah, perkara utama yang menjadi pendorong konflik berdarah itu ialah soal akidah anak kecil itu. Umat Islam sanggup berkorban nyawa bukan kerana menyelamat diri mereka dari ditangkap dan dihukum, tetapi kerana mempertahankan kesucian akidah seorang budak yang dipaksa murtad.
Itulah fakta dan hakikat yang cuba dikelirukan Umno, hanya semata-mata bagi mengelakkan ia dipandang tidak memperjuangkan Islam. Sebab itu apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu (8 Julai) lalu mencabar PAS supaya membuktikan bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam, ia bagaikan membuka ruang bagi PAS mendedahkan fakta dan catatan sejarah yang sememangnya tidak menguntungkan Umno.
Dalam kenyataannya itu di tengah-tengah kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Kelantan, Muhyiddin mendakwa parti ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada PAS.
Memang lah secara logiknya, jika benar Umno ada meletakkan apa-apa agenda Islam dalam perjuangannya, maka Umno boleh mendakwa ia lebih dahulu memperjuangkannya berbanding PAS.
Sebab utamanya ialah kerana Umno ditubuhkan pada 1946, lima tahun lebih dahulu daripada PAS yang ditubuhkan pada 1951. Tapi itu hanya hujah loyar buruk.
Apa yang dipersoalkan ialah sejauh manakah keseriusan Umno dalam memperjuangkan Islam dan mempertahankan akidah umatnya? Senarai bukti-bukti yang boleh dikemukakan bagi memperkukuhkan pertikaian itu amat panjang.
Umno yang ada sekarang mungkin boleh mendabik dada sudah banyak "memperjuangkan syiar Islam", sepertimana didakwa Muhyiddin. Namun, tidak ada mana-mana pemimpinnya yang akan dapat memadamkan catatan sejarah berkaitan tragedi berdarah di Singapura hampir 60 tahun lalu itu. Tragedi Natrah adalah antara bukti paling awal bahawa Umno tidak serius dalam memperjuangkan Islam. - mks. _
Kegagalan Rosmah Najib 100 hari, sorotan ke atas Surah Al-Lahab
Posted on Saturday, July 11 @ 21:14:47 PDT by BudakJalanan
Oleh Arifin Mahmud
Baru-baru
ini di Unisel, ada gesaan keras dalam kalangan pelajar sendiri supaya Rosmah Mansur tidak lagi menjadi NC di universiti tersebut. Pandangan ini mempunyai asas yang kuat.
Rosmah tidak mempunyai kelayakan akademik yang meyakinkan. Adakah hanya kerana beliau isteri Perdana Menteri, maka wajar beliau menerima kedudukan tinggi itu di Unisel?
Ketibaan Rosmah itu bukan hanya di Unisel, malah isteri Perdana Menteri itu kerap diundang ke universiti-universiti. Terbaru, ketibaan beliau disambut dengan contengan dinding di Universiti Malaya. Kerap kali dakwaan bersilang telah kita dengar ke atas Najib ini.
Dan, akar kemusnahan Najib ini bukan bermula daripada rakan-rakannya, tetapi melalui isterinya.
Rakan-rakan dalam pemerintahannya bukanlah liabiliti besar bagi Najib, tetapi Rosmah itu sendirilah bebanan besar terhadap Najib ke atas 'perjuangannya' selama ini.
Najib perlu meneliti apakah yang terjadi ke atas Taj Mahal, lambang cinta Shah Jihan ke atas isterinya. Juga, Najib perlu mengkaji kesan pengaruh permaisuri Perancis yang turut menyumbang kepada revolusi Perancis.
Pada zaman ini, mungkin kesan pengaruh isteri pemerintah yang telah menyumbang kejatuhan suaminya adalah Imelda Marcos di Filipina.
Wanita pertama yang dicela dalam al-Quran
Ketika baginda Rasulullah s.a.w sedang berusaha keras menyampaikan seruan dakwahnya, tiba-tiba Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri datang memberikan ungkapan celaka ke atas dakwahnya itu.
"Binasa engkau he Muhammad! Adakah hanya kerana ini, engkau menghimpunkan kami di sini?!" herdik si Abu Lahab. Serta merta, tanpa bertangguh, maka turunlah ayat al-Quran yang menggemparkan.
"Binasa tangan Abu Lahab kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa," demikian Allah s.w.t menyambut celaan Abu Lahab dengan pantas sekali.
Jika direnung kalimat demi kalimat sebagai yang tertera dalam Surah al-Lahab ini, kita akan dapati telah wujudnya semacam saling kaitan antara tindakan Abu Lahab itu dengan perancangan oleh isterinya.
Jika ditinjau hubungan itu dengan Najib bersama isterinya, nescaya hal itu sedikit sebanyak ada jugalah persamaannya. Mungkinkah Rosmah banyak membantu Najib dalam hal-hal tertentu sebagai isteri Abu Lahab yang tidak terkenal namanya, tetapi telah diperihalkan Tuhan di dalam al-Quran itu?
Nama isteri Abu Lahab ini adalah Arwa dan digelar Ummu Jamil. Jadi, marilah kita sama-sama merenung hubungan Rosmah, Najib seperti mana hubungan Arwa, Abu Lahab ini.
Pertamanya, untuk kali pertamanya dalam al-Quran telah wujud celaan dan cercaan balas ke atas musuh Islam sedangkan pada saat itu, ayat al-Quran sunyi daripada kritikan balas semacam itu.
Wahyu-wahyu yang diturunkan sebenarnya cenderung ke arah membangun fikiran Tauhid, meneguhkan akar tunjang keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan dan bukannya membelasah musuh Allah.
Tetapi, dengan tiba-tiba, Allah s.w.t telah mengisytiharkan perang ke atas Abu Lahab, malah kali ini isteri kepada bapa saudara Rasulullah s.a.w itu sendiri. Walhal Arwa itu bukanlah orang lain malah ibu saudara baginda sendiri. Dalam hal inilah, Abu Jahal sedikit berbeza dengan Abu Lahab.
Apakah celaan Allah ke atas Abu Lahab ini mungkin ada terkait langsung dengan isterinya, Arwa? Apakah isteri Abu Jahal itu tidak setebal itu permusuhannya dan tidak begitu keras permusuhan ke atas baginda, berbanding Arwa atau gelarannya Ummu Jamil itu? Wallahu'alam.
Tiada faedah usaha mereka
Diriwayatkan, sebelum ini telah berbagai-bagai usaha yang telah dilakukan Ummu Jamil dan Abu Lahab guna menyekat kemaraan dakwah Rasulullah s.a.w itu. Antara kaedahnya adalah menyekat laluan jalan baginda ketika berpergian untuk membuat seruan agama itu.
Sebab itulah, mungkin ketika Abu Lahab mencela baginda itu, kemuncak kemurkaan Tuhan itu telah tiba dan menyebabkan celaan ke atas Abu Lahab dan isterinya kekal sehingga kini di dalam al-Quran.
Pertamanya, tangan Abu Lahab dicela Tuhan sebagai akan binasa termasuklah batang tubuhnya sendiri. Ini bermaksud, segala usaha melalui tangan Abu Lahab itu tiada ertinya lagi malah tubuhnya sendiri akan dijilat api neraka. Apakah Najib juga akan bakal menerima padah yang sama? Wallahu'alam.
Ayat kedua berbunyi, 'Tiada berfaedah kepadanya harta bendanya serta apa yang dia usahakan.' Ayat ini bermaksud, segala harta kekayaan Abu Lahab yang menggunung dan usaha yang beliau lakukan selama ini dengan kekayaan itu guna menyekat dakwah baginda juga sangat tercela di sisi Tuhan.
Mungkinkah amalan Najib mengaut komisen yang banyak daripada pembelian helikopter Nuri termasuk komisen pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis sehingga mengakibatkan terbunuhnya Altantuya dari Mongolia itu dapat ditenggelamkan oleh 'amal solehnya' menjelang 100 hari pemerintahan ini?
11 hadiah untuk rakyat menjelang 100 hari pemerintahan Najib itu tidak dapat menenggelamkan usaha gelap beliau membeli tiga Adun Perak hingga membawa musibah tsunami politik dan gerhana siasah di Perak. Dengan kekayaan komisen kapal selam Scorpena, helikopter Nuri, PR di Perak telah rebah.
Najib, Abu Lahab di dalam neraka?!
'Kelak dia (Abu Lahab) akan masuk ke dalam api yang bergejolak.' Firman ini juga ditujukan kepada Najib jika beliau masih belum bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada rakyat ke atas segala usaha beliau yang banyak menyusahkan rakyat selama ini.
'Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.' Ayat ini tiba-tiba ditujukan kepada Arwa atau Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab. Terbelalak mata Ummu Jamil mendengarkan dirinya turut dicelakan oleh anak saudaranya sendiri dalam pidato itu.
Pidato itu bukan sebarang pidato, kerana isinya langsung diterima dari langit. Mungkin, seksaan seperti ini juga yang bakal diterima oleh Rosmah kelak di neraka dengan sebab beliau menyekat usaha kebaikan selama ini secara tersirat.
Kayu bakar yang dibawa oleh Arwa dan Rosmah nanti mungkin gambaran kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan di dunia ini kerana telah membantu usaha suami mereka dalam perkara kejahatan.
Seorang isteri yang baik sepatutnya bertindak menasihatkan suaminya agar tidak terjebak dalam kancah maksiat dan kemungkaran. Lihatlah perilaku Asiah yang bersuamikan Fir'aun itu. Dengan kelembutannya dia memujuk agar Musa yang masih bayi itu tidak dibunuh, sebaliknya dipelihara.
Tapi, sikap dan nilai-nilai semacam itu tidak terbit dari jiwa Ummu Jamil dan Rosmah. Sebaliknya, wanita seperti Rosmah ini melindungi Najib daripada pertuduhan rakyat ke atasnya yang terkait dengan model dari Mongolia itu. Malah, yang terbaru, zaujah Najib kini terpalit dengan dakwaan ilmu hitam pula.
Jika benar, pengamal ilmu hitam ini tentulah akan 'beristirehat' di neraka kelak sehinggalah zaujah Najib ini benar-benar bertaubat dan membuang segala amalan yang dilakukannya selama ini.
'Yang di lehernya ada tali dari sabut.' Nas ini pula menjelaskan kepada kita bahawa Arwa kelak, selain dia membawa kayu api, maka di lehernya ada tali yang diperbuat daripada sabut.
Jika sabut ini seperti sabut kelapa, agak aneh juga. Sabut kelapa tentulah terbakar hangus dengan cepat, dijilat api. Mungkin sabut ini seperti rantai besi yang berjeriji tajam, tercangkuk di leher Arwa. Bilah-bilah gerigi besi tajam dan runcing di hujungnya inilah yang mungkin menikam daging leher Rosmah kelak.
Hukuman yang seperti ini mungkin agak istimewa dan termasuk dalam kategori hukuman yang 'special' kerana isteri penguasa, isteri mustakbirin cuma sedikit jumlah bilangannya dan isteri penguasa yang tak menegur kesilapan suaminya, malah mewah pula dengan maksiat, mereka ini amat dimurkai Allah.
Abu Lahab tergolong dalam kumpulan pembesar Quraisy, golongan penguasa dan pembesar. Isterinya Arwa adalah pembesar. Maka, demikianlah halnya dengan Najib dan Rosmah.
'Universiti' Hogwart, gedung ilmu sihir?
Alkisahnya, wujudlah dakwaan kejam ke atas Rosmah mutakhir ini yang mengaitkan dirinya dengan hal ehwal ilmu sihir, ilmu hitam. Dakwaan yang mengeruhkan imej beliau ini perlu dijernihkan segera.
Dalam negara ini, bukannya sukar sangat untuk kita mencari gerangan siapakah yang telah mengirim hal perkhabaran di internet. Semuanya boleh dijejak dengan mudahnya oleh pihak polis.
Tapi, zaujah Najib dan PM sendiri tidak ambil kisah dan tidak peduli mengenai hal tersebut. Walhal, polis boleh bertindak menangkap golongan yang telah mencemarkan imej Rosmah itu.
Kita tidak khuatir sangat jika Rosmah adalah wanita biasa, tapi beliau dilihat sebagai wanita pertama dan dalam keadaan begitu pun, imejnya telah runtuh, diruntuhkan oleh jelmaan gelap yang disiar di internet baru-baru ini berhubung keterlibatannya dengan ilmu haram tersebut.
Rosmah sebagai Naib Canselor Unisel, wajib ke atasnya memelihara maruah diri, keluarga dan suaminya sendiri. Tindakan segolongan pelajar termasuk warga Unisel yang cemas sehingga mahu Rosmah segera berundur, meletakkan jawatan sebagai NC universiti itu adalah tindakan yang sangat wajar.
Tak lama lagi, pawagam-pawagam kita akan menyiarkan filem Hollywood Harry Potter versi baru; sebuah fiksyen yang mengisahkan segolongan anak muda yang dilatih belajar ilmu sihir di sebuah institusi.
Nama institusi pendidikan itu ialah Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Atau, dalam ungkapan yang mudah disebut, Sekolah Hogwarts, pusat latihan ahli-ahli sihir yang dibangunkan dengan bertujuan mencetak ratusan ahli-ahli sihir untuk keperluan yang entah tidak diketahui apa motifnya.
Apakah perjuangan institusi ini? Kita pun tidak tahu. Namun, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry sudah cukup membayangkan kepada kita bahawa sudah ada idea-idea kasar untuk membangun sebuah gedung pengetahuan, menara ilmu yang melatih tenaga-tenaga penyihir pada masa hadapan.
Rosmah tak perlu letak jawatan sebagai NC Unisel jika warga universiti itu memang ingin menjadikannya sebagai Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry atau Universiti Hogwarts, Selangor. _
Jangan Jatuhkan Kelantan (Dr. Maza-Ambuyat)
| Jangan Jatuhkan Kelantan |
Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
“Melihat ke
pada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.
Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”
Kalaulah Natrah tahu...
Kalaulah Natrah tahu...
Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.

PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu.
Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.
Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda.
Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu.
Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.

Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.
Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British.
Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.
Khamis lalu, Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia.
"Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.
"Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam.

![]() |
| |
![]() |
| NATRAH meninggal dunia di Belanda pada usia 72 tahun, Khamis lalu. |
"Sedangkan semasa di bawah jagaan Che Aminah, hubungan Natrah dengan ibu angkatnya itu cukup mesra dan penuh kasih sayang.
"Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980)," kongsinya.
Natrah cuba bunuh suami
Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989.
"Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun.
"Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut 'cabai kerawit'. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu," kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia.
Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya.
"Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik," katanya.
Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu.
"Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya.
"Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara.
"Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya...
"Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar 'mereka'...
"Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini," ujar anak kelahiran Perlis ini.
Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam.
"Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama," luahnya.
Ini bukan kubur Hang Tuah?
Ini bukan kubur Hang Tuah?
Adakah khabar kehebatan laksamana termasyhur Melaka itu hidup kerana dia benar-benar wujud atau ia hanyalah suatu mitos keperwiraan?

DIA berlari dalam hujan lebat namun tidak basah. Pandai pula bermain senjata dan tangkas dalam gerak aksi persilatan. Dia pahlawan terulung sepanjang Kesultanan Melayu Melaka menikmati rahmat kegemilangannya. Itulah antara gambaran mengenai hebatnya Hang Tuah.
Hanya berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, atau yang dibaca dari hikayat lama, peri kewujudan Hang Tuah masih menjadi tanda tanya.
Walau disebut dalam Hikayat Hang Tuah (yang tidak diketahui penulisnya) dan juga dalam kitab Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang, laksamana masyhur Melaka ini dianggap sekadar watak ciptaan. Ceritanya juga dianggap sebagai modal penglipur lara untuk menghiburkan waktu senggang rakyat sejak dahulukala.
Antara hujah yang masih didebatkan adalah mengenai Sejarah Melayu itu yang ditulis kira-kira sekurun selepas kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis. Tun Seri Lanang sendiri pun menulis berdasarkan cerita yang disampaikan leluhur dan kelompok masyarakat sebelumnya.
Segolongan ahli sejarah dan cendekiawan hari ini berpendapat bahawa naskhah yang menyentuh tentang Hang Tuah itu bukanlah histografi yang tepat. Lantaran digarap dalam pelbagai versi, menjadi sukar untuk para pengkaji menemui kata setuju terhadap pembuktian kewujudannya.
Jejak hingga ke kubur
Tidak pula bagi Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin. Beliau yang dihubungi Jurnal memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.

Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.
"Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.
"Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?," soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.
Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.
"Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?
"Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15," rumus Mohd. Jamil.
Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.
"Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini," kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.

![]() |
| |
![]() |
| MOHD. ISMAIL |
Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.
"Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.
"Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula," katanya.
Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.
Wira Melayu diperlekeh
Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.
Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.
Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.
"Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut," katanya memberi contoh.
"Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.
"Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan," tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina.
ARKIB BERITA
-
▼
2009
(1925)
-
▼
12 Jul - 19 Jul
(16)
- One Malaysia yang kabur lagi keliru
- Islam jamin keadilan untuk bukan Islam
- 'Tukar agama seketika tak apa' - kata petugas Umno...
- Mengapa Najib tidak muncul di Manek Urai?
- Sikap Obama, Sarkozy jeling gadis jadi tumpuan, Na...
- Tragedi Natrah antara bukti Umno tidak serius bela...
- Kegagalan Rosmah Najib 100 hari, sorotan ke atas S...
- Jangan Jatuhkan Kelantan (Dr. Maza-Ambuyat)
- Kalaulah Natrah tahu...
- Ini bukan kubur Hang Tuah?
- Badan Raja Pop seperti kedai ubat
- Akhil Hayy dengan siapa?
- 'kepala' ah long diburu
- PPSMI: Segera mansuh, jangan tunggu 2012!
- BN 'mandulkan' institusi masjid
- ISA:BN tidak wajar dimaafkan, mangsa dianiaya dan ...
-
►
5 Jul - 12 Jul
(75)
- Sabah: Kenapa Negeri Ke-2 Terkaya jadi miskin bawa...
- KENDURI LUKMAN & HADIBAH
- Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'
- KERAJAAN PUSAT SEDUT RM25.95 BILION DARIPADA SABAH...
- LABIAN TAPAK AGROPOLITAN SILAM
- KONSEP 1MALAYSIA DI CELAH KEMELUT KEMISKINAN TEGAR...
- RM551.4 JUTA RUMAH RAKYAT TERMISKIN?
- DAP Kedah Kembali Menyertai PAKATAN RAKYAT
- KENAPA PKR KALAH PRU12, APAKAH STRATEGI UMNO SABAH...
- SURAU TAMBISAN YANG KEHILANGAN IMAN!
- Kg Buah Pala.. KENYATAAN AKHBAR yang TAK ADA DLM A...
- Video Klip DS Najib : Tiada Gunanya ! dan Benarkah...
- 'Demo lagi, segerakan mansuh PPSMI'
- Pemansuhan PPSMI hasil perjuangan rakyat
- Koh Tsu Koon, BN punca isu Kampung Buah Pala
- Selesai urusan kroni punca pemansuhan PPSMI dikuat...
- Pertemuan Ustaz Azizan & Lim Kit Siang: Masalah di...
- Johari Kasim mohon maaf pada Ketua Menteri
- Umno hanya ada tiga cara untuk menang di Manek Ura...
- PPSMI: Kerajaan cuma tangguhkan pemansuhan bukan m...
- Muhyidin Yassin gadai maruah Melayu Johor
- 'Jendela' dibuka, tetap istiqamah dengan dasar par...
- Isu Kedah, KeADILan jumpa MB petang semalam, jumpa...
- Mana perginya RM254 bilion?
- Kerajaan Kedah beri penjelasan lanjut isu roboh pu...
- Manek Urai: Masa untuk rakyat nilai KPI Najib
- Sipadan sedia menjadi World 7 Wonders of Nature ba...
- Nik Aziz banding Umno dengan Ayah Pin, al-Arqam
- Kes Anwar ditangguh ke 15 Julai
- Dr Mahathir pertikai mansuh PPSMI
- PPSMI dimansuhkan mulai 2012
- Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'
- Ibu lahir kembar 3 perempuan
- Hilang ingatan bila jumpa mayat
- ► 28 Jun - 5 Jul (52)
- ► 21 Jun - 28 Jun (58)
- ► 14 Jun - 21 Jun (77)
- ► 7 Jun - 14 Jun (73)
- ► 31 Mei - 7 Jun (38)
- ► 24 Mei - 31 Mei (63)
- ► 17 Mei - 24 Mei (93)
- ► 10 Mei - 17 Mei (87)
- ► 3 Mei - 10 Mei (114)
- ► 26 Apr - 3 Mei (75)
- ► 19 Apr - 26 Apr (115)
- ► 12 Apr - 19 Apr (74)
- ► 5 Apr - 12 Apr (30)
- ► 29 Mac - 5 Apr (50)
- ► 22 Mac - 29 Mac (68)
- ► 15 Mac - 22 Mac (81)
- ► 8 Mac - 15 Mac (65)
- ► 1 Mac - 8 Mac (71)
- ► 22 Feb - 1 Mac (88)
- ► 15 Feb - 22 Feb (99)
- ► 8 Feb - 15 Feb (68)
- ► 1 Feb - 8 Feb (33)
- ► 25 Jan - 1 Feb (48)
- ► 18 Jan - 25 Jan (85)
- ► 11 Jan - 18 Jan (90)
- ► 4 Jan - 11 Jan (39)
-
▼
12 Jul - 19 Jul
(16)
-
►
2008
(1647)
- ► 28 Dis - 4 Jan (30)
- ► 21 Dis - 28 Dis (40)
- ► 14 Dis - 21 Dis (35)
- ► 7 Dis - 14 Dis (26)
- ► 30 Nov - 7 Dis (27)
- ► 23 Nov - 30 Nov (13)
- ► 16 Nov - 23 Nov (29)
- ► 9 Nov - 16 Nov (20)
- ► 2 Nov - 9 Nov (13)
- ► 26 Okt - 2 Nov (15)
- ► 19 Okt - 26 Okt (16)
- ► 12 Okt - 19 Okt (3)
- ► 5 Okt - 12 Okt (10)
- ► 28 Sep - 5 Okt (6)
- ► 21 Sep - 28 Sep (6)
- ► 14 Sep - 21 Sep (6)
- ► 7 Sep - 14 Sep (2)
- ► 31 Ogos - 7 Sep (4)
- ► 24 Ogos - 31 Ogos (14)
- ► 17 Ogos - 24 Ogos (2)
- ► 6 Jul - 13 Jul (3)
- ► 29 Jun - 6 Jul (4)
- ► 15 Jun - 22 Jun (3)
- ► 8 Jun - 15 Jun (2)
- ► 1 Jun - 8 Jun (2)
- ► 18 Mei - 25 Mei (8)
- ► 27 Apr - 4 Mei (4)
- ► 13 Apr - 20 Apr (5)
- ► 6 Apr - 13 Apr (7)
- ► 30 Mac - 6 Apr (25)
- ► 23 Mac - 30 Mac (83)
- ► 16 Mac - 23 Mac (158)
- ► 9 Mac - 16 Mac (170)
- ► 2 Mac - 9 Mac (154)
- ► 24 Feb - 2 Mac (111)
- ► 17 Feb - 24 Feb (165)
- ► 10 Feb - 17 Feb (91)
- ► 3 Feb - 10 Feb (83)
- ► 27 Jan - 3 Feb (100)
- ► 20 Jan - 27 Jan (131)
- ► 13 Jan - 20 Jan (16)
- ► 6 Jan - 13 Jan (5)
-
►
2007
(76)
- ► 30 Dis - 6 Jan (14)
- ► 23 Dis - 30 Dis (8)
- ► 16 Dis - 23 Dis (12)
- ► 9 Dis - 16 Dis (24)
- ► 2 Dis - 9 Dis (7)
- ► 25 Nov - 2 Dis (2)
- ► 18 Nov - 25 Nov (2)
- ► 11 Nov - 18 Nov (7)
LINK PALING POPULAR
- BUKTI-BUKTI KEBESARAN ALLAH-SATU PENILAIAN
- FATWA: HUKUM SYARI'AT- OPERASI SYAHADAH OLEH PEJUANG PALESTIN
- HUDUD: UNDANG-UNDANG YANG PALING RASIONAL
- HUKUM-MENGHADIRI MUKTAMAR PERDAMAIAN MADRID
- HUKUM-MERAIKIAN SAMBUTAN DEEPAVALI DAN PERAYAAN KAUM BUKAN ISLAM DARI KACAMATA YANG LAIN
- JODOH-PERLU DICARI ATAU CUMA DINANTI?
- PERISTIWA-SOLAT GERHANA MATAHARI-26 JAN.2009
- SENARAI PRODUK USA/ISRAEL YANG DIBOKOT OLEH ULAMAK
- SYED QUTB MENOLAK KONSEP ISLAM HADHARI
- TEKS-DOA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM
- TEKS-WASIAT SYA'RAWI KEPADA HUSNI MUBARAK
- TOKOH-TOKOH ULAMAK KELANTAN
- VIDEO 1-DOA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM
- VIDEO 2-DOA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM
- VIDEO MENGENAI - KEHARAMAN MENGUCAP SELAMAT HARI NATAL
- VIDEO- WASIAT SYA'RAWI KEPADA HUSNI MUBARAK
BAHAN UMUM
- ABU NAWAS
- AJARAN SESAT DALAM SENARAI JAKIM
- AJARAN SESAT DI MALAYSIA
- AYAT-AYAT CINTA NOVEL TERLARIS...HANGAT
- BATU TERGANTUNG-ISRAK & MIKRAJ NABI SAW
- DAJJAL DAN SIMBOL SETAN-TOTO TASMARA
- KELEBIHAN SERTA KUMPULAN SALAWAT POPULER
- KESIMPULAN MENGENAI GAMBAR BATU TERGANTUNG
- KETIKA CINTA BERTASBIH-TERHANGAT SELEPAS AYAT-AYAT CINTA
- MENGENAI-FATWA AJARAN SESAT
- PROGRAM TOP TEN UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR
- SELOKA SEMPENA PERAYAAN MAULDUR RASUL
MASALAH AGAMA
- A MUSLIM BOOK OF PRAYER (SOLAT)
- ADAB BERPAKAIAN
- ADAB PERGAULAN
- ADAB-ADAB MASJID
- BEKAL MENYAMBUT AIDIL ADHA
- BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH
- FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNAT SEPANJANG TAHUN
- FLASH-BELAJAR SOLAT (MUDAH)
- HARI RAYA BERSAMA RASULULLAH SAW
- HUKUM MENINGGALKAN SOLAT
- INFO-IBADAH HAJI DAN QURBAN
- KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT
- KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
- KITAB AS-SOLAH (THE BOOK OF PRAYER)
- KITAB PUASA
- MASALAH AQIQAH
- MASALAH QURBAN
- MENGHIDUPKAN 10 TERAKHIR RAMADHAN
- MENGURUSKAN JENAZAH
- QADHA DAN QADHAR
- QADHA DAN QADHAR OLEH IBNU AL-QAIYIM AL-JAUZIYAH
- SOLAT DHUHA
- SOLAT KHUSYUK ITU MUDAH
- SOLAT/SEMBAHYANG CARA NABI SAW
- SUDUT HUKUM
- SUNNAH Vs BID'AH
- TANDA-TANDA HARI KIAMAT
- TANDA2 KIAMAT-HARUN YAHYA
- TATACARA QURBAN MENGIKUT NABI SAW
BAHAN BACAAN
- AL-MANHAJ
- APA ERTINYA SAYA MEMELUK ISLAM-FATHI YAKAN
- APA YANG-KITA KETAHUI TENTANG-MASJID-AQSA
- BIOGRAFI IMAM SYAFII
- DETIK HIDUPKU-HASAN AL-BANA
- HUKUM MUZIK NYANYIAN DAN NASYID
- HUKUM-HUKUM ISLAM OLEH -IBNU AL-QAYYIM AL-JAUJIYAH
- IBLIS BERTEMU RASULULLAH SAW
- KELEBIHAN SERTA KUMPULAN SALAWAT POPULER
- KISAH-KISAH PARA NABI BAH. 1
- KISAH-KISAH PARA NABI BAH. 2
- KITAB KLASIK ISLAM (B. Arab/B. Inggeris/B. Melayu)
- LUASNYA-NERAKA
- MALAPETAKA AKHIR ZAMAN
- MENGUAK MISTERI MUHAMMAD S.A.W-BENJAMIN KELDANI
- MUKJIZAT SAINTIFIK
- NABI ISA Vs DAJJAL
- ORANG-ORANG YANG MASUK SYURGA TANPA HISAB
- PESAN HARI INI
- PETUNJUK SEPANJANG JALAN - SAYYID QUTB
- RAHSIA MASJID AL-AQSA
- SIRAH NABAWIYAH-MUSTAFA SIBAIE
- TERAPI RASULULLAH DALAM PENYEMBUHAN-PENYAKIT CINTA
- TOKOH MUSLIM-RABIAH AL-ADAWIYAH
KOLEKSI-MEMELUK AGAMA ISLAM
- 14.200 WARGA INGGERIS MASUK ISLAM-KEBANYAKKANNYA PARA ELIT
- 19 REMAJA MENTAWAI MASUK ISLAM
- 37 TENTERA KORSEL MEMELUK ISLAM SEBELUM KE IRAQ
- 40 PASUKAN KORSEL MASUK ISLAM DI IRAQ
- ADHI TRISNANTO : ISLAM AGAMA RASIONAL
- AGUS SLAMET : ADA APA DENGAN ISLAM SEHINGGA DIBENCI ?
- AGUSTINUS PARYONO : KENA BOIKOT SETELAH BERTAUHID
- BEKAS PELAYAN TUHAN YESUS-MASUK ISLAM
- DOKTOR NEUROLOGI-MASUK ISLAM- SETELAH MENEMUI KEAJIBAN ALLAH
- JOANNES LUKAS-SEBAK SELEPAS MENELITI AYAT AL-MA'IDAH
- KENAPA SAYA MEMELUK AGAMA ISLAM
- KENAPA-MEREKA MEMILIH ISLAM ?
- KISAH MOHD ALI SHILHAVI-AL-QURAN MENDEKATKANNYA-KEPADA ISLAM
- KISAH PENYANYI ROCK INGGERIS (YUSOF ISLAM) MASUK ISLAM
- KISAH US.MOHD FARHAN-MASUK ISLAM
- KISAH-ABRAHAM DAVID MANDEY-MASUK ISLAM
- KISAH-ISLAMNYA-YUSOF ESTES
- KISAH-SAUDARA BARU-DI NEW YORK
- KOLEKSI VIDEO - BARU MEMELUK ISLAM
- MENGAPA SAYA MASUK ISLAM - BEKAS PEDERI (INDON) 1
- MENGAPA SAYA MASUK ISLAM - BEKAS PEDERI (INDON) 2
- MICHAEL JACKSON MEMELUK ISLAM
- MIMPI INDAH-BUKA PINTU HATI MOKHTAR-PELUK ISLAM
- PEDERI BESAR SABAH-MASUK ISLAM!
- RAHMAT ISLAM UNTUK-RAHMAT PURNOMO
- WENDY WONG MENJADI WANI WONG ABDULLAH
BONGKAR KRISTEN-OLEH MANTAN BIARAWATI HJH. IRENE HANDONO
MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 01/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 02/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 03/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 04/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 05/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 06/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 07/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 08/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 09/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 10/11
- MUSTAHIL KRISTEN BISA MENJAWAB 11/11
KOLEKSI NASYID
- A IS FOR ALLAH BY YUSOF ISLAM
- ALARMME-RATU HATIKU
- AMAR-SELAWAT BURDAH
- ASMAUL-HUSNA
- BISMILLAH-YUSOF ISLAM
- BROTHERS-DOA PERPISAHAN
- BROTHERS-TEMAN YANG SEJATI
- DIWANI-YA RASULULLAH
- FAR EAST-MENENTI DI BARZAKH
- FARSHY AL-TURA-MESHARY ALARADA
- GOD IS THE LIGHT-YUSOF ISLAM
- HIJAZ-SAHABAT SEJATI
- HIJAZ-SEBUAH PERTEMUAN
- IN TEAM-DOA SEORANG KEKASIH
- MESTICA-DESTINASI CINTA
- MY MOTHER-YUSOF ISLAM
- NOWSEEHEART-DAMAI YANG HILANG
- ORKES EL-SURAYA MEDAN-SELIMUT PUTIH
- RABBANI-INTIFADHA
- RABBANI-TAL'AL BADRU 'ALAINA
- RAIHAN-IMAN MUTIARA
- SAFF ONE-RAYUAN NURANI
- SALLI ALA MUHAMMAD-YUSOF ISLAM
- SAUJANA-SEPOHON KAYU
- UMMI-AHMAD BUKHATIR
- UNIC-ANTARA DUA KASIH
KOLEKSI TERBAIK LAGU-LAGU ARAB
- ABD. HALIM HAFIZ-AHWAK
- ABD. HALIM HAFIZ-HAWIL TAFTAKIRNI
- ABD. HALIM HAFIZ-QARIA EL-FINGGAN
- ABD. HALIM HAFIZ-RESALA MIN TA7T EL-MA
- ABDEL WAHAB-3ENDAMA YA2TI EL-MASA2
- ABDEL WAHAB-A7EB 3ESHET EL-7OREYA
- ABDEL WAHAB-LEH LEH YA 3EEN
- FAIRUZ-AL-BINT EL-CHALABIYA
- FAIRUZ-AL-QUDS
- FAIRUZ-ALLAH MA3AK YA HAWANA
- FAIRUZ-NEHNA WAL AMAR JIRAN
- FAIRUZ-SA'ALTAK HABIBI
- FAIRUZ-SYAIF EL-BAHR SYU KIBER
- FAIRUZ-YA TAIR
- FARID EL-ATRASH-ADNAITANI BIL HAGR
- FARID EL-ATRASH-HEBBEENA
- FARID EL-ATRASH-LAW TISMA3NI
- FARID EL-ATRASH-YA ALBI KIFAYA DAK
- UMMU KALTHUM-ANSAK
- UMMU KALTHUM-INTA 3UMRI
- UMMU KALTHUM-TALEAL BADRU 3ALAINA
- WARDA-WALLA ZAMAN
KOLEKSI VIDEO KLIP YOUTUBE
- Agenda Besar Ummu Hadhari
- Ahmad Deedat explain about Trinity in Christian Religion
- Ahmed Deedat debates with American Soldiers (1 of 11)
- Al Kuliyyah - Kenapa Membujang
- Belongings of Prophet Muhammed (PBUH)
- BONGKAR KRISTIAN 1/6
- CERAMAH: OLEH BEKAS PELAKON ALI SETAN-HJ. AZMIL MUSTHAPA
- Cinta Remaja
- Contoh Kepercayaan Karut- Us. Zaharuddin Abd. Rahman
- DEBAT: AL-QURAN Vs INJIL
- DEBAT: MUALLAF Vs MURTADDIN
- Dua - The Amazing n emotional Dua of Shaykh Al Mohaisany
- FILEM: AYAT-AYAT CINTA
- Is Jesus God? Ahmed Deedat vs Anis Sorrosh (1 of 22)
- ISLAMNYA: YUSOF ESTES
- ISU FATWA DR MASHITAH
- Isu Samseng - Haji Hadi jawap Zam
- JODOH-Al Kuliyyah - Jodoh
- KOLEKSI VIDEO DARI - MUSLIM VIDEO.COM
- MENGENALI PERIBADI ANDA-DR FADHILAH KAMSAH
- Menteri biadab
- Miracles of Islam/Allah
- Muhammed in the bible - Ahmed Deedat 1 of 11
- Penyalahgunaan Ayat Seribu Dinar-Us. Zaharuddin Abd. Rahman
- Ummu Hadhari
- US. FARHAN-MASUK ISLAM-US. TAJUDDIN 1/3
- US. FARHAN-MASUK ISLAM-US. TAJUDDIN 2/3
- US. FARHAN-MASUK ISLAN-US. TAJUDDIN 3/3
- YouTube ISLAM-KOLEKSI CERAMAH/DEBAT- B.I
MESTI BACA
- 10 CIRI-CIRI KITA DAH TUA (18SX)
- 10 JENIS MAKANAN ANTI-KOLESTROL
- 10 POKOK PALING MENAKJUBKAN
- 8 PETUA MENGATASI CEMBURU
- ADAB MINUM-Nabi SAW.
- ADAKAH ANADA INGIN MELIHAT WAJAH NABI S.A.W?
- AL-QURAN:TEMAN DI KUBUR
- Antara penjelasan mengapa tiada jodoh
- Antara Sabar dan Syukur
- Antara Video 'Games' Yang Menghina Islam
- Apa itu Tabarruj....?
- APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN
- ASMAUL HUSNA DAN KELEBIHANNYA
- Atok umur 65thn kawin budak darjah lima. (Video)
- AURAT-PENGENALAN RINGKAS
- Awas! Skim cepat kaya internet haram di sisi agama...
- Ayat Kursi penguat semangat Aminah
- Azan 24 jam
- BAHANA NAFSU 18SX
- BATU TERGANTUNG-SIAPA ADA CERITA MENGENAINYA
- BERILMU SEBELUM SOLAT-WAJIB
- Berjumpa Jesus dalam hutan
- BERMAKSIAT JADI BERTAMBAH MUDAH
- BERPOLITIK DI DALAM MASJID
- BETULKAH AIR ZAM-ZAM BOLEH JADI UBAT?
- Bolehkah unta masuk lubang jarum?
- BUDAK 13 TAHUN JADI BAPA (gambar)
- BUKU-BUKU YANG DIHARAMKAN
- BUMIPUTERA SABAH-SARAWAK LEBIH MISKIN
- DAHSYATNYA PROSES SAKARATUL MAUT
- Dead in burn at night club at Thailand
- Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati
- DOA UNTUK PENGANTIN
- ETIKA KERJA ISLAM -
- FADHILAT SURAH AL-FATIHAH
- FAKTA-SIAPA KATA KELANTAN MISKIN
- FATWA HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL QURAN
- FATWA-ROKOK HARAM
- FATWA-SKIM CEPAT KAYA
- FATWA-TENTANG AIR MUSOFFA DLL
- GAJI DAN ELAUN PM, TPM, MENTERI, AGONG DLL.
- GAJI MENTERI-RAKYAT TAK BISING MENTERI TAK NAFI
- Gambar Kontroversi
- Gejala Riddah Kian Meluas
- GOLONGAN YG DIMURKAI ALLAH
- HENTI SAMBUT VALENTINE
- HUDUD-UNDANG2 PALING RASIONAL
- HUKUM MELAWAK
- IBLISPUN-TERKEJUT(perangai UMNO)
- ILMU KEBAL PADA PANDANGAN ISLAM
- INFO-KANSER PAYU DARA
- JANGAN TUNGGU SEHINGGA PINTU TAUBAT TERTUTUP
- Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia
- Keberkatan surah al-ikhlas
- Kekalutan Doa Pengantin Yusuf Dan Zulaikha
- KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN
- KELEBIHAN-MANDI
- Kenali Gerakkan Freemasonary
- Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?
- KENAPA HATI PERLU DIJAGA
- KENAPA SAYA TENTANG MUSA AMAN
- KENYATAAN -MENGHINA ISLAM-OLEH DR MAHATHIR DLL
- KEPADA SEMUA PENGHISAP ROKOK
- KEPUTUSAN Seminar The Five Gospels BUKTIKAN INJIL KARANGAN MANUSIA
- KERAJAAN PUSAT SEDUT RM25.95 BILION DARIPADA SABAH...
- KERANA SEHELAI BULU MATA
- KESIMPULAN MENGENAI-BATU TERGANTUNG
- KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
- KEZALIMAN I.S.A. TERDEDAH DISIDANG HAK ASASI PBB GENIVA
- Kezaliman ISA terdedah di sidang hak asasi PBB Gen...
- Khalifah Umar Abd Aziz
- KHASIAT BUAH PISANG
- Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah
- Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di Amerika
- KISAH IBLIS KUNJUNGI NABI SAW
- KONSEP TABARRUJ MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN WANITA
- Kuku Anda Panjang..???
- LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA MENTERI SABAH
- Luasnya Neraka
- LUCU KAN?
- Makanan Rasulullah S.A.W.
- MAKNA AMBUYAT ???
- MANUSIA YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT
- Mati terbakar di Kelab Malam Thailand-Tahun Baru 2009
- MAULIDUR AGENDA KERAJAAN BN
- Melayu mudah lupa (SAJAK YG PALING KU BENCI)
- MELAYU-OSMAN AWANG
- MEMPERINGATI TRAGEDI MEMALI
- MENITI USIA SENJA BERPANDUKAN ISLAM
- MENUTUP AURAT-BUKAN SEKADAR PAKAI TUDUNG
- MURTAD Mengikut Pandangan Ulamak Islam
- MURTADKAH MEREKA???
- Nak Daftar Sebagai Ahli PAS?
- Nilai Tudung Wanita
- ORG UMNO NI LEBIH BERANI DARI SAYA (DHZ)
- PENCURI MATI TERSEPIT DILANTAI RUMAH (gambar)
- PERAYAAN KRISMAS, EASTER, VALENTINE DAY DAN HALLOW...
- Perbuatan buruk nampak baik
- PERIHAL BATU TERGANTUNG DI MASJIDIL AQSA
- PERKAHWINAN DALAM ISLAM
- Perkahwinan dari Perspektif Islam
- Perkataan ALLAH tidak boleh diguna oleh orang Kristian
- Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?
- PROJEK- IC- TUN MAHATHIR-UNTUK PTI
- QADA DAN QADAR (I)
- RAHASIA SAINS MODERN YANG DI UNGKAP AL'QURAN
- RAHSIA 5 JARI
- RAHSIA PERMAKANAN-GENIUS-GENIUS MUSLIM
- Sains bukti sembelihan Islam kaedah terbaik
- SAJAK: KEMATIAN
- Sakitnya Mati
- SALINAN SURAT DAJJAL DARI KAPAR
- SEJARAH DAN KELEBIHAN AYAT KURSI
- SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO KEPADA SULTAN-SULTAN
- Sejarah Solat 5 Waktu
- SELAMATKAH DIRI DI PADANG MAHSYAR?
- SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
- SOLAT PENANDA ARAS KEKUATAN AKHLAK
- SUAMI 37 ISTERI 106-BAHAGIA TANPA PETUA
- SURAT "DAJJAL" DARI KAPAR (!?)
- TAK PERCAYA HUKUM ISLAM=TAK SAH SOLAT
- TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
- TANDA-TANDA DUNIA DIPENGHUJUNG NYAWA
- Tandas Berbentuk Perempuan Bertudung
- TAUBAT NASUHA
- TERAPI PENYEMBUHAN PENYAKIT MELALUI SOLAT
- TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN
- Tidur sebagaimana sunnah Rasullullah S.A.W.
- Tips Motivati Kerja Dari Dr. Fadhilah Kamsah
- UMNO@BN - SEMEMANGNYA SAMSENG-LIHATLAH SENDIRI
- Wanita Yang Menolak Perkahwinan
KOLEKSI ARTIKEL OLEH AMBUYAT
- AL-QURAN & KELUARGA BAHAGIA
- AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH
- AMAL YANG MEMBUKA PINTU SYURGA
- APABILA USTAZAH MEMAKAI SERAGAM POLIS
- AURAT-MASIH RAMAI YANG KELIRU (Video)
- Batu Nisan - Untuk - ISLAM HADHARI
- BATU TERGANTUNG-SIAPA ADA CERITA MENGENAINYA
- Berjumpa Jesus dalam hutan
- Betapa kecilnya kita - Maha Besar Allah SWT (YouTube)
- BISMILLAH JANGAN DILUPA
- BUKAN PEREMPUAN SAHAJA CANTIK
- Coke and Raw Pork = Worms? You MUST see this video!
- Doa Imam besar Makkah yang menyentuh hati.
- Fatwa Dr. Masyitah: Jual diri kerana terdesak
- Gejala MURTAD meremangkan Bulu Roma
- GEMPAR..!!Satu lagi PENGHINAAN ke atas Agama ISLAM...
- Guru Dan Ibu-Bapa "Menyiram dan Membaja" - Kerajaan ???
- HUKUM MEROKOK
- ILMU KEBAL - DENGAN HANYA 4 HURUF
- KESILAPAN IBU-BAPA DALAM MENDIDIK ANAK
- KESIMPULAN MENGENAI BATU TERGANTUNG
- Ketawalah SEDIKIT-MENANGIS Banyak (Video)
- Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah
- KISAH 2 BATANG PEN
- KISAH IBLIS INGIN BERTAUBAT
- KISAH NABI SAW DENGAN PENGEMIS BUTA
- KURSUS INTENSIF KEFAHAMAN ISLAM(KIKI) LENGKAP
- Lagu HARI GURU-2009 (Video)
- MALAM PERTAMA ITU-INDAH DAN ASYIK?
- MASJID SDA K. KINABALU-GEREJA JADI MASJID
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (1)
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (2)
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (3)
- Membentuk Generasi berilmu dan berakhlak mulia (4)
- Mengapa saya masuk Islam - BEKAS PEDERI KRISTEN (INDONESIA)-1
- Mengapa saya masuk Islam - BEKAS PEDERI KRISTEN (INDONESIA)-2
- Mesti BACA - Mengapa Umat Islam Tidak Makan Daging Babi (Khinzir) - YouTube
- Minah Tudung-Video@Lirik (Tak tutup AURAT)
- Padanpun MAKSIAT Banyak...
- Penubuhan Kelab/Nadi PAS Azhari Mesir
- POLIGAMI - HIKMAH DISEBALIK KETENTUAN ALLAH.
- POLIGAMI - HUKUMnya WAJIB???
- PROGRAM TOP TEN
- RAHSIA BERKESAN-TAK TAKUT BERKHATAN
- Rentetan video Amah pijak anak majikan (Video)
- SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA
- Satu Peringatan untuk semua termasuk diri saya sendiri
- SEJARAH DAN KELEBIHAN AYAT KURSI
- SELOKA : KITA & AURAT 1
- Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat
- Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat II
- Seloka : BERSIH - Perhimpunan 100 Ribu Rakyat III (Akhir)
- SELOKA : KITA & AURAT 2
- SELOKA : KITA & AURAT 3
- SELOKA : KITA & AURAT 4
- SELOKA BERTAJUK: REMAJA HANYA SE”X”
- SELOKA/PANTUN : KITA Vs. CUAI DAN EGO
- SELOKA: KEPENTINGAN SOLAT
- SEMPENA HARI GURU-GURU OH GURU (Osman Awang)
- SERUAN BERSATU DALAM BERDAKWAH - JAKIM BIAR IKHLAS
- Still drinking Coca Cola? Watch this!
- UBAT SARANAN RASULULLAH S.A.W.
- UNTUNGNYA POLIGAMI
- Video Debat Olok-olok UMNO Vs PAS dalam isu takfir


"Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka," katanya. 








