PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Ogos 22, 2009

Demi bahasa, suaranya naik menjulang di Permatang

Demi bahasa, suaranya naik menjulang di Permatang
Azamin Amin
Sat | Aug 22, 09 | 1:50:46 am MYT

PERMATANG PASIR,22 OGOS: Setelah matanya berair,perit dan sakit terkena gas pemedih mata, dia sudah tidak berganjak. Biarpun sudah berusia 75 tahun, dengan 'kedegilan' dan cekal hati,dia terus bangkit berjuang, bercakap dan bersuara 'tanpa' henti.

Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, Bahasa Melayu yang telah dihina.

Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membantah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah 'mengorbankan' kebijaksanaan pelajar melayu,utamanya di desa nun jauh di sana.

Tanpa jemu,beliau kembali muncul dengan 'surah' yang sama - kecewa dengan sikap sambil lewa kerajaan mendengar rintihan rakyat dan pejuang bahasa. Sekaligus memberi amaran,untuk menganjurkan kalikedua himpunan besar-besaran memabnath dasar itu.

Lalu di Permatang Pasir, Pak Samad tanpa segan silu, berada di pentas PAS bagi menyampaikan mesej dan isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan para pemimpin Umno agar mansuhkan dasar yang merosakkan anak bangsaitu.

"Suara seniman tidak diendahkan pemimpin Umno.Justeru saya akan terus bersuara dimana-mana pentas yang menjemput saya.

"Jika mereka boleh melaksanakan dasar PPSMI dalam masa 6 bulan,kenapa mengambil masa 3 tahun untuk mansuhkan.

"RM5 billion diperuntukkan tetapi tidak pernah saya dengar ada dana sebanyak itu untuk bahasa Melayu,"ujarnya di sidang media di Pusat Khidmat Dun PAS Permatang Pasir pada sebelah pagi,21 Ogos.

Hadir sama,mendengar luhan hati Sasterawan Newgaraituialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS (2) Pulau Pinang dan calon PAS yang tidakasing lagi, Ustaz Salleh Man.

Beliau sebelum itu menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar PPSMI di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan dan mengulangi pendiriannya ketika berceramah di UPU Tanah Liat,pada sebelah petangnya.

Beliau sempat menutup kalimah perjuangan itu dengan dua bacaan sajak yang cukup menusuk dan begitu dalam maknanya sehingga suara'keramatnya'itu disambut sorai ramai para pengundi,penyokong dan peminatnya.

Sajak itu dilihat mengkritik pemimpin yang kononnya membela Melayu tetapi hanya pandai berkata-kata dan secara sinis mempersendakan watak-watak pemimpin itu.

"Saya terdengar ada pemimpin yang menyatakan bahawa pimpinan PAS tidak melakukan apa-apa..tetapi yang lebih parah lagi ialah ada pemimpin yang sama dan parti yang sama tidak juga melakukan apa-apa selama lebih 50 tahun."

Sajak itu cukup memukau hadirin, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, AJK PAS Mohammad Sabu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, calon PAS, Ustaz Salleh Man dan ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.

Malam ini, Pak Samad dan beberapa exco Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dijadual berkempen di pentas PAS bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu.

Kehadiran Pak Samad itu nyata memberi nilai tambah yang besar kepada kempen PAS kerana beliau sangat dikenali sebagai budayawan agung yang menolak penggadaian bahasa Melayu yang dilakukan Umno dan BN.

Dan selain kemunculan tokoh terkenal itu melaungkan masa depan bahasa, kehadiran beliau lebih memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang kerana di usia 75 tahun itu Pak Samad masih bersemangat dan menggigit nurani pemimpin negara dan rakyat jelata._

Bersama rakyat pertahankan kemenangan, slogan PAS

Bersama rakyat pertahankan kemenangan, slogan PAS
Oleh Hazayani Zakaria
Fri | Aug 21, 09 | 7:29:50 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Selaras dengan slogan "Bersama Rakyat Pertahankan Kemenangan di Permatang Pasir", calon PAS di Dun Permatang Pasir merayu kepada pengundi di kawasan itu agar menyokong beliau dengan memberi undi kepadanya pada 25 Ogos ini.

Salleh yang sudah empat hari berkempen mendekati seluruh masyarakat di sini hari ini menegaskan akan meneruskan usaha yang telah dilaksanakan oleh Adun terdahulu, Allahyarham Dato' Mohamad Hamdan Abdul Rahman.

Ia selaras dengan dasar perjuangan parti dan aspirasi Pakatan Rakyat, katanya.

Jika memenangi pilihanraya kecil ini, beliau akan meneruskan amanah yang telah ditinggalkan Allahyarham dan berusaha untuk memberi nilai tambah kepada agenda yang telah dibawa Alahyarham sebelum ini.

Beliau dalam satu sidang media di markas induk PAS dekat sini pagi tadi turut menyatakan iltizammya untuk memperkukuhkan kedudukan institusi Islam di kawasan itu.

"Saya akan terus komited memperkukuhkan suara dan peranan agama Islam sertaorang Melayu, merperkasa peranan institusi masjid dan surau, serta menangani permasalahan sosial remaja dan golongan wanita,"ujarnya.

Meskipun PAS hanya mewakili satu kerusi sahaja dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat, namun tegasnya ia tetap membawa pengertian yang besar kerana PAS dapat bersama-sama PKR dan DAP dalam pentadbiran negeri.

Beliau yakin Pakatan Rakyat mampu menjadi pengantara dalam menyalurkan komitman kerajaan negeri kepada rakyat khususnya di Permatang Pasir. _

Pemuda Pakatan dan BN berdebat 23 Ogos?

Pemuda Pakatan dan BN berdebat 23 Ogos?
Dzulfikar Mashoor
Fri | Aug 21, 09 | 7:41:18 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Kalau Pemuda Umno menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' sebagai modal bertemu pengundi, Pemuda Pakatan Rakyat petang tadi menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Negara' pula sebagai serangan balas untuk 5 hari berbaki kempen di N11 Permatang Pasir.

Ekoran itu, Pemuda Pakatan mencabar Pemuda BN berdebat secara terbuka mengenai kedua-duanya.

Merujuk surat yang ditandatangani Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Loke Siew Fook, debat itu dijadualkan pada Ahad 23 Ogos jam 9.30 malam di Permatang Tengah iaitu di sebuah kedai makan.

Wakil Pemuda Umno Rosli Hamid yang menerima surat jemputan itu berjanji akan menyerahkannya kepada Khairy.

�Bukan jaminan untuk saya kata Pemuda setuju, tapi saya akan berikan kepada Ketua Pemuda kami (Khairy),� katanya.

Debat Terbuka 'Siapa Pengkhianat Negara' anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu merupakan strategi terbaru pembangkang selepas Pemuda PAS sendiri gagal berwacana ilmiah dengan Khairy dalam isu 'Benarkah Umno Memperjuangkan Islam' sebelum ini.

Tekad Pemuda Pakatan mengadakan debat terbuka itu dikatakan untuk memastikan 39 peratus pengundi muda kekal memberi undi kepada calon PAS Mohd Salleh Man 25 Ogos depan.

ImageBagi Pemuda Pakatan, rekod menang kesembilan-sembilan peti undi saluran muda � saluran 5 (21-25), saluran 4 (26-40) dan saluran 3 (41-50) dalam pilihanraya umum ke-12 lalu tidak boleh disandarkan sepenuhnya bahawa PAS akan kekal di Permatang Pasir.

Pengundi muda merupakan masyarakat berfikir, membaca, aktif, akses internet serta tidak mudah terpengaruh oleh cakap-cakap kosong orang politik semata-mata.

Dalam kepercayaan Pemuda Pakatan, bukan sahaja isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' patut dibincangkan, malah isu 'Siapa Pengkhianat Negara' juga perlu diperdebatkan, asalkan atas fakta dan rasional oleh semua pihak.

"Saya lihat isu itu (pengkhianat bangsa) diucapkan Umno dengan penuh emosi dan langsung tidak meningkatkan minda dan ilmu orang Melayu. Maka, setiap isu terutamanya berkaitan kepentingan negara perlu diperdebatkan secara ilmiah dan berfakta," jelas Badrul Hisham Shaharin.

Bercakap di depan Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh, Badrul berkata, jika Umno berani, mereka akan menyertai debat terbuka dan mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar Pengkhianat Bangsa, secara fakta dan ilmiah.

Jelasnya lagi, Ketua Pemuda Umno Mohd Khairy Jamaluddin sendiri pun tidak berupaya mempertahankan peribadi Muhyiddin yang dikatakan 'Pengkhianat Negara' ekoran menjual 51,170 hektar tanah Johor/negara kepada Singapura dengan harga RM350 juta sewaktu menjadi Menteri Besar Johor (1980).

Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar berharap Pemuda Umno dapat menyertai debat itu untuk menjernihkan kesangsian rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.

"Isunya (siapa pengkhianat) sekarang bukan lagi ke atas bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tetapi, melibatkan kepentingan negara."

Kelmarin, semua media melaporkan Muhyiddin menafikan pendedahan tersebut, dan mengganggapkan dakwaan itu sebagai fitnah.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata." _

Bekas SU BN Pulau Pinang yang pecat Rohaizat dari Majlis Peguam

Bekas SU BN Pulau Pinang yang pecat Rohaizat dari Majlis Peguam
Oleh Hazayani Zakaria
Fri | Aug 21, 09 | 3:35:35 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.

Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Khalid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Barisan Basional Pulau Pinang sebelum ini. Ketika itulah dia pernah memangku jawatan Ketua Menteri.

Mahfuz mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini.

Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Menurut Mahfuz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya.

"Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya," kata Mahfuz.

Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah," kata Mahfuz.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Propaganda UMNO Rugikan Umat Islam Menuju Kesesatan

Propaganda UMNO Rugikan Umat Islam Menuju Kesesatan
Posted on Friday, August 21 @ 07:08:05 PDT by TokPenghulu
Agama Oleh: Mellayunet

"Bukan main sedap segelintir yang kononnya seperti seorang pejuang Islam mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz. Tak payahlah saya ulangi lagi di sini, rasanya semua pun tahu. Ayuh semua kita renung betul2 perkara ini.

Buangkan segala rasa kepartian dalam diri kita. Letak tangan di dada kita sebagai seorang Islam dan pertimbangkan perkara ini satu demi satu.

Memang benar bahawa Syurga Neraka ini adalah urusan Allah S.W.T. tetapi Dia telah memberikan panduan untuk kita memilih ke manakah destinasi sebenar yang kita mahukan antaranya. Sedarkah kita semua yang Kita selalu bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah jamin, tetapi kita tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Fahamkah kita dengan ayat ini?

Apa yang Allah jamin kepada kita? Rezeki. Itulah yang dijanjikan oleh Allah untuk setiap hambanya di muka bumi ini tidak kira siapa kita. Dan kita bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, tetapi kita langsung tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Syurga! Sedarkah kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari nikmat Syurga. Dan di mana letaknya nikmat itu di dunia ini?

Adakah kita melaksanakan kelima-lima Rukun Islam dan keenam-enam Rukun Iman sepertimana yang dituntut oleh Islam? Ayuh kita jawab soalan-soalan ini secara satu persatu. Buka Minda kita seluas-luasnya untuk tentukan di mana kita sebenarnya, adakah kita mencari Syurga atau Neraka?

Mula-mula, Hanya Jawap YA Atau TIDAK…

Adakah Anda Mengaku Anda Adalah Seorang Islam? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Yakinkah Anda Dengan Kewujudan Allah S.W.T.? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Yakin Dengan Allah, Bersediakah Anda Untuk Melaksanakan Segala Perintahnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Mengaku Beriman dengan Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Dan Mengaku Anda Adalah Umatnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran Yang Diutuskan Sebagai Panduan Sepanjang Zaman? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Kita Lihat Sekejap Sepotong Ayat Al-Quran dan Fahami Maksudnya, Kemudian Tanya Diri Kita Adakah Kita Percaya Dan Mahu Apa Yang Dikatakan?

(إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا (١٠٥

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahiNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 217.].

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

(٤٤ ".....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 260.].

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩) أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ

(٥٠ "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan engkau dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq." [Al-Maidah: 49]

Dah Fahamkan Isi Kandungannya??? Kita Sambung Dengan Soalan-Soalan Tadi…

Kalau Tadi Anda Mengaku Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran, Adakah Anda Mahu Undang-undang Islam Yang Allah Perintahkan Kepada Kita Digunakan di Malaysia Atau Anda Mahu Undang-undang Yang Digunapakai Sekarang hasil Ciptaan Seorang Manusia Ciptaan Allah S.W.T Yang Bukan Beragama Islam Bernama Lord William Reid?. Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Soalan Terakhir Selepas Ini Agak Mencabar Minda Kita. Tabahkan Hati dan Mengucaplah Dua Kalimah Syahadah Jika Anda Tersalah Pilih Jawapan. Kali ini Jangan Jawap Ya Atau Tidak. Jawaplah Berdasarkan Pilihan Yang Ada…

Parti Politik Apakah Yang Memperjuangkan Kesemua Di Atas??? PAS Atau UMNO?

Terserahlah Kepada Anda Untuk Menjawabnya, Akal Sudah Diberikan Allah, Anda Hanya Perlu Menggunakannya Sahaja.

Kesimpulannya, Adakah Anda Masih Dalam Perjalanan Mencari Syurga Atau Anda Sedang Sesat Menuju ke Neraka Tanpa Anda Sedari? Fikirkanlah Wahai Semua Umat Islam!!!!

Tok Guru: Islam stail UMNO confirm tak ke syurga..

Tok Guru: Islam stail UMNO confirm tak ke syurga..
Posted on Friday, August 21 @ 07:06:23 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: dewa

"Letih rasanya jadi orang politik ni. Kenyataan asyik diputarbelit. Keghairahan melampau untuk memfitnah ulamak ini semakin menjadi-jadi. Kenyataan beliau diputarbelitkan satu persatu.

Mari kita lihat satu persatu kenyataan Tok Guru yang diputarbelitkan oleh akhbar barua pengampu:

1. Tok Guru kata: Kalau orang jahat fikir mereka samseng sangat, di akhirat kelak, mereka akan tahu Allah lebih samseng (kuat).

Akhbar kata: Tok Guru kata Allah Samseng! (kalau tok guru kata orang zalim yang ganas perlu ingat bahawa di akhirat kelak, azab Allah lebih ganas, nescaya akhbar barua pengampu ini akan kata Tok Guru kata Allah pengganas)

2. Tok Guru kata: Kita sedia berunding dan bekerjasama dengan kerajaan pusat. Hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat boleh diperbaiki.

Akhbar kata: Oh. Tok Guru setuju kerajaan perpaduan

3. Tok Guru kata: Nasihat saya tak mesti didengar

Akhbar tulis tajuk besar-besar : 'NASIHAT SAYA MESTI DIDENGAR'

4. Tok Guru kata: Islam stail **** tak membawa ke syurga kerana menentang perundangan Islam.

Akhbar kata: Tok Guru dah menghina. Mempolitikkan agama.

5. Tok Guru kata: Saya tak pelik DAP hina Islam kerana mereka kafir tapi saya pelik orang Islam hina Islam. Kita akan tarbiyah dan nasihat DAP.

Akhbar kata: Tok Guru benarkan DAP hina Islam.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan !

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan !

Posted by nikmj in General, al-quran, islam, news, puasa, utusan malaysia.
Tags:
trackback

TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya. Sebagai antara ikhtiar kita untuk digolongkan dalam golongan terpilih ini, marilah kita mempersiapkan diri menyambut Ramadan dengan menghimbau kembali makna dan martabat bulan yang mulia ini.

Ramadan itu adalah bulan yang tertinggi darjat dan martabatnya di sisi Islam. Pada bulan inilah Allah memfardukan puasa ke atas kaum muslimin dan dicatatkan sebagai kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Firman Allah SWT dengan maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa. (al-Baqarah :183)

Di bulan Ramadan juga, Allah SWT menurunkan kitab suci al-Quran dan dipilih di antara malamnya suatu malam yang dinamakan lailatul qadar yang mana ia adalah lebih utama daripada seribu bulan. Allah SWT berfirman dengan maksudnya: Di dalam bulan Ramadan itulah diturunkan al Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia… (al-Baqarah: 185)

Kelebihan Ramadan

Mengenai kelebihan bulan Ramadan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: “Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari”.

Bulan Ramadan dikenali dengan ‘bulan kesabaran’. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya.

Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga.”

Menurut pendapat cendekiawan Islam, sabar boleh dibahagi kepada tiga:

Pertama: Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.

Kedua: Sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Ketiga: Sabar dalam menerima takdir Allah SWT yang perit dan menyakitkan.

Kesemua jenis sabar ini terangkum di dalam ibadah puasa, kerana mereka yang berpuasa perlu bersabar dalam mentaati perintah Allah SWT, bersabar meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah iaitu kehendak syahwat dan bersabar menghadapi keperitan rasa lapar, dahaga dan lemah badan kerana melakukan ibadah puasa.

Ramadan juga adalah bulan digandakan amalan kebaikan yang dilakukan. Abu Bakar ibn Abi Maryam r.a berkata daripada sheikh-sheikhnya, bahawa mereka berkata: “Apabila tiba bulan Ramadan, maka hendaklah kamu meluaskan nafkah pada bulan tersebut, kerana memberi nafkah pada bulan tersebut digandakan pahalanya seperti memberi nafkah pada jalan Allah dan sekali bertasbih pada bulan tersebut lebih afdal daripada seribu tasbih pada bulan yang lain. Satu solat yang dikerjakan pada bulan Ramadan lebih afdal daripada seribu rakaat solat yang dikerjakan pada bulan yang lain”.

Ramadan adalah bulan yang digandakan segala amal kebaikan. Allah SWT menggandakan ganjaran amalan berpuasa melebihi amalan-amalan yang lain. Maka berpuasa di bulan Ramadan sudah tentu menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding puasa pada bulan lain. Inilah antara kesan kemuliaan bulan Ramadan dan puasa Ramadan yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya.

Ibadah puasa merupakan suatu kefardhuan yang jami’, (komprehensif dan merangkumi ibadah-ibadah yang lain) dan ibadah yang kamil (sempurna dan lengkap) kerana melalui puasa seseoraang mampu mengenal kemanisan iman dan ihsan. Intipatinya ialah hati dan roh.

Tujuannya supaya orang yang berpuasa dapat menghayati dan merasai kehidupan golongan soleh yang telah berjaya menyucikan jiwa dan raga, orang-orang yang luhur dan mendekatkan diri kepada Allah SWT, tidak melakukan kefasiqan, perbalahan, kemaksiatan zahir dan batin.

Ibadah puasa juga merupakan suatu amalan simbolik, menjadi rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya. Lantaran itu, orang yang berpuasa diberi keistimewaan Allah SWT memilih dari senarai carta ibadah-ibadah yang lain untuk disimpan di dalam perbendaharaannya sebagai jaminan untuk dipersilakan masuk ke syurga dan layak bertemu dengan-Nya.

Rasulullah SAW mengungkapkan dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan daripada Tuhan-Nya yang bermaksud: “Semua amalan anak Adam adalah bagi dirinya melainkan puasa. Ia adalah bagi-Ku dan Akulah yang membalasnya”.

Kerana Allah

Ramai kalangan ahli fikah, ahli sufi dan ulama yang lain membahaskan makna hadis ini dengan lebih terperinci. Di antara huraian mereka yang ialah :

Pertama: Seseorang yang berpuasa akan meninggalkan segala lintasan dan keinginan nafsunya semata-mata kerana Allah SWT. Jika diteliti, perkara demikian tidak terdapat pada ibadah yang lain melainkan di dalam puasa.

Misalnya, bagi seseorang yang solat terpaksa meninggalkan keinginan syahwatnya termasuk makan dan minum, namun masanya tidak panjang seperti masa berpuasa. Malah, orang yang hendak mengerjakan solat, makruh mengerjakan solat dalam keadaan dirinya berkeinginan untuk makan.

Oleh itu, disuruh mendahulukan makan daripada solat. Berbeza keadaannya bagi orang yang berpuasa. Dia perlu menahan nafsunya dan keletihan berpuasa sepanjang waktu siang. Bahkan sesetengah negara, ia terpaksa menahan dahaga dan lapar dalam cuaca yang amat panas atau sejuk.

Sekalipun orang yang berpuasa kadang-kala terlalu berkeinginan untuk mendapatkan apa yang diinginkan oleh nafsunya, tetap juga ditinggalkan semata-mata kerana Allah, walaupun perkara tersebut boleh didapati atau dilakukan di tempat yang tidak diketahui oleh seorang manusia pun.

Ini menunjukan tanda keimanannya yang sahih dan benar. Orang yang berpuasa mengetahui bahawa Allah sentiasa melihat perbuatannya, sekali pun ketika berada di tempat yang tersorok atau tersembunyi. Lantaran itu, Allah berfirman selepas itu, maksudnya: “Sesungguhnya dia meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku”.

Sebahagian salafussoleh berkata: “Berbahagialah orang-orang yang meninggalkan syahwatnya kerana suatu janji ghaib yang tidak dapat dilihatnya”.

Apabila seseorang mukmin yang berpuasa itu yakin bahawa Allah meredainya ketika dia meninggalkan syahwatnya demi keredaan Tuhannya, maka dia beroleh kelazatan dengan meninggalkan nafsu syahwatnya lantaran keimanan dan keyakinannya itu. Dia memandang bahawa pahala atau azab yang bakal diperolehinya adalah lebih besar daripada kelazatan tidak berpuasa yang tidak dilihat oleh orang lain. Bahkan, bagi sesetengahnya kebencian melakukan perbuatan yang dimurkai Allah tersebut adalah lebih besar daripada ketakutan terhadap azab seksa akhirat akibat tidak berpuasa.

Oleh kerana inilah, kebanyakan orang yang beriman, sekali pun mungkin terlintas membatalkan puasa Ramadan tanpa sebarang keuzuran, tidak akan melakukannya. Sebabnya, mereka mengetahui bahawa Allah SWT akan murka terhadapnya sekiranya dia berbuka. Inilah tanda keimanan seseorang mukmin.

Maka kelazatannya berpindah kepada perkara yang diredai Allah SWT sekalipun perkara tersebut bertentangan dengan kehendak nafsunya. Malah dia berasa perit untuk melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah, sekali pun perkara itu cocok dengan kehendak syahwatnya.

Kedua: Puasa juga adalah rahsia di antara seseorang hamba dengan Tuhannya. Ia tidak dapat dilihat atau ditinjau oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT. Sehingga dikatakan bahawa amalan puasa tidak dicatat oleh Malaikat Hafazah (pencatat amalan).

Demikianlah sekelumit kecil daripada kebesaran dan kemuliaan Ramadan yang melayakkannya dianggap sebagai Tamu Agung yang datang berkunjung. Wajiblah bagi kita menyambut, melayan dan menunaikan segala hak tetamu istimewa ini, yang belum tentu akan datang berkunjung lagi dalam hidup kita, dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan! (UM)

LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 19/8/09

LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 19/8/09

Posted by nikmj in General, National.
Tags:
trackback

Sila klik REFRESH url untuk berita terkini

03.40 pm : Coroner agrees police should investigate contents of letter, adjourns inquest to 2pm Monday.

3.25pm: Gobind says matters raised in the letter clearly relate to material facts and circumstances relevant to the inquest.

He says he is making an application to the court for the letter to be investigated and has informed Teoh’s family accordingly.

Tan Hock Chuan, for the Attorney-General’s Chambers, said the prosecution has no objection for further investigation to be carried out. “All of us are interested to know the truth. These are allegations that must be investigated by police. Let the police investigate to verify the truth or otherwise of the allegations.”

It is learnt that the coroner and all interested parties viewed the letter earlier in the afternoon.

03.20 pm : Gobind tells coroner he received letter with explicit details not raised in inquest, wants police to investigate

3.15pm: Gobind Singh Deo says Teoh’s family is in the court. He said there is a new development to the case.

03.12 pm : Inquest for today resumes. Teoh’s father, mother, brother, and his younger sister seen attending the session. His mother is holding Teoh’s picture in the front row.

02.00 pm : Updates will continue soon once the data is available

MACC legal affairs director Datuk Abdul Razak Musa is lawyer holding watching brief for the organisation.

Yesterday wraps up

A second forensic pathologist has testified that Teoh Beng Hock may have committed suicide based on the absence of defensive wounds or signs that he was restrained.

Dr Prashant Naresh Samberkar, who is attached to the Universiti Malaya Medical Centre, also said evidence indicated that the political aide was conscious when he landed on the fifth floor of Plaza Masalam last month.

On why he believed Teoh had deliberately thrown himself off the building, Dr Prashant gave several reasons, including “no sign of asphyxiation, for example, pressure on the neck which can cause scratch or pressure abrasions on the neck.”
“There is no evidence of tongue bite or any injury to the tongue which could occur in case of a struggle,”he said.

Teoh, the political secretary to Selangor executive councilor Ean Yong Hian Wah, had gone to the MACC office at the 14th floor of Plaza Masalam here on July 15 to be questioned over alleged irregular disbursement of state funds.

He was found dead at the buildings fifth floor service corridor the following day.

On marks and the damage on Teoh’s right shoe that counsel holding a watching brief for Teohs family and the Selangor government had suggested were drag marks, Dr Prashant said the marks were consistent with a fall from a high place.

To a question by government-appointed counsel Tan Hock Chuan on injuries found in and around Teoh’s anus that counsel Gobind Singh Deo and the state’s counsel Malik Imtiaz Sarwar had suggested had been inflicted upon him, he said: “These injuries were sustained as a result of the impact at the time of landing.”

He also dismissed suggestions by Gobind and Malik Imtiaz on Monday that Teoh may have been clubbed on the head before his plunge.

He also said Teoh had probably squatted on the window sill before the plunge as marks on both the shoes co-relate with the width of the window sill.

On whether a person would freeze up in fear if he were being held in that position on the window sill, Dr Prashant said yes, adding that there would also be not much of a struggle.

Gobind: Do you agree that someone could have held him there in that position?

Dr Prashant: It is possible.

On Dr Prashant’s testimony that there were “disturbances”

in the area around the window, like smudges and finger drag marks, Gobind asked the pathologist if these could be due to some form of resistance.

Dr Prashant: Yes.

Gobind: Shows that the person standing there had resisted falling?

Dr Prashant: Possible, sir.

The pathologist also gave reasons why he believed Teoh was alive at the time of impact, citing the amount of soft tissue injury, bruising and haemorrhaging.

Dr Prashant said the injury to the skull, especially the collection of blood clots in the skull at the top of the head, also indicated that Teoh had been alive when he hit the floor.

The inquest before coroner Azmil Muntapha Abas continues today.

Untuk inkues hari sebelumnya, klik sini

Kesederhanaan jiwa Salleh Man pikat pengundi

Kesederhanaan jiwa Salleh Man pikat pengundi
Azamin Amin
Fri | Aug 21, 09 | 2:56:59 am MYT

PERMATANG PASIR, 21 OGOS: Walaupun 'mencuri' masa tidurnya yang sepicing itu, namun beliau dengan raut keletihan masih tenang dan tersenyum menyambut kedatangan kami.

Sambil meminta sikat daripada saya untuk menyisir rambutnya, beliau kemudiannya bersimpuh di lantai bersiap sedia untuk ditemubual. Begitu sederhana sikap Ustaz Salleh Mohd Man, tanggapan awal kami.

Sebenarnya,ketika itu kira-kira jam 8.30 malam, beliau sedang menunggu masuk waktu solat isyak sambil melabuhkan lena di bilik rehat Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir kerana seharian suntuk memenuhi jemputan dan terlibat aktiviti bersama masyarakat dan tanpa banyak pilihan lain untuk mewawancara,melainkan kami 'mengganggu' satu-satu masa rehatnya yang ada.

Beliau yang dilihat agak malu dengan lensa kamera,cuba membetulkan kain pelikat dan kopiahnya sambil mencari posisi duduk yang baik dan mengambil buku nota kecil dari poket bajunya. Rupanya disitu terdapat catitan ringkas visi dan misi agenda beliau sebagai wakil rakyat.

"Ada catit ni...tak larilah jawapan nanti.Senang ini sebagai rujukan,"katanya yang dilihat begitu tertib dan tidak mahu jawapan 'kosong' dan tanpa makna diberikan kepada kami.

Bertanya bagaimana beliau menghadapi keadaan kehidupannya yang 'sekelip mata' berubah, tatkala bergelar calon PAS dan bakal wakil rakyat Permatang Pasir, Ustaz Salleh begitu bersahaja merendah diri menjelaskan keadaan.

Sebenarnya, berperang dan berjuang dalam pilihan raya bukanlah kali pertama bagi Ustaz Salleh Man.Sejak 1986, beliau pernah bertanding di 4 kawasan iaitu di DUN Sungai 2, Parlimen Tasik Gelugor, Pinang Tunggul dan Permatang Berangan. Beliau sudah diuji dan mangli. Image

"Penat terasa hilang bila tengok bakti yang ditunjukkan jentera kita yang bersemangat.

"Selain itu sokongan yang tinggi dari segi moral dan dengan sambutan kemesraan yang kita dapat dari para pengundi,mereka telah memberi harapan yang tinggi pada kita untuk teruskan apa yang Pak Hamdan (Allahyarham Dato'Hamdan Abdul Rahman) buat sebelum ini,"jelasnya dengan nada suara yang perlahan.

Sejak subuh pagi,lepas solat beliau turun dari rumah, ke tempat yang telah ditetapkan, bermula dari Pekan Permatang Pauh, sehingga petang. Hari ini sahaja, Ustaz Salleh sudah melawati enam kawasan untuk bertemu masyarakat setempat dengan aneka aktiviti yang diaturkan.

Antara tempat yang disinggah dan mendapat sambutan masyarakat pelbagai bangsa ialah pasar,kedai kopi, masjid,pekan Permatang Pauh dan menyaksikan anak-anak muda bermain takraw dan bolasepak.

Kata Ustaz Salleh ketika kunjungannya di Bukit Merah, di tempat kawasan yang padat dengan penduduk cina, sambutan sangat membanggakan di samping 'laungan' semangat menunjukkan tanda dan isyarat awal kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Kecil,25 Ogos depan.

Selain itu semangat paling indah bagi Ustaz Salleh apabila isteri tersayang dan lima orang anaknya sentiasa menyokong perjuangan beliau yang merupakan graduan Universiti Malaya dalam Pengajian Islam. Image

Sambil sembang-sembang santai, Ustaz Salleh kecewa apabila orang mula menyerang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan tuduhan liar sedangkan yang bertanding dan berdepan dengan calon pihak lawan ialah beliau sendiri.

"Jangan alih perhatian. Saya yang bertanding,kenapa Tok Guru yang diserang?"katanya membayangkan pihak lawan sudah tiada modal untuk menyerang beliau yang pernah menubuhkan sekolah agama persendirian.

Beliau dalam pada itu turut menasihati ramai tidak kira pihak lawan mahupun para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya mengutamakan kesihatan sekaligus mengambil langkah berjaga-jaga yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak Influenza A H1N1. Image

Tidaklupa katanya,bermunajatlah kepada Allah sentiasa supaya dilindungi penyakit yang menggerunkan ini.

"Maaf...saya ada 8 ceramah kelompok malam ini..jadi nak siap-siap dulu ya,"katanya merendah diri sambil tersenyum lalu,tanpa membuang masa kami pun berundur diri tatkala melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.

Hampir setengah jam kami menemuramah sedangkan masa yang diberikan pada awalnya oleh pihak urusetia hanyalah 10 minit sahaja, namun kerana melihat kerancakan penuh semangat Ustaz Salleh,lalu terlajak melampaui masa.

Akhir kata beliau berharap para pengundi membuat keputusan yang bijak dan supaya aspirasi dan legasi Pak Hamdan dapat diteruskan katanya mengakhiri perbualan dengan penuh adab sederhana. _

Adun Kota Siputeh tidak maklum kepada Speaker

Adun Kota Siputeh tidak maklum kepada Speaker
Oleh Bashir Ishak
Thu | Aug 20, 09 | 3:07:30 pm MYT

ALOR SETAR, 20 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dato' Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN, Dato' Dr. Abdul Isa Ismail atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUn yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Demikian kata Speaker Dun Kedah, Datuk Abdul Isa dalam sidang medianya hari ini.

Menurut Dr Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, Abu Hassan memperolehi sijil cuti sakit dari sebuah klinik swasta di Jitra pada 9 hingga 10 Ogos dan dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 10 Ogos dan difakskan ke pejabat Speaker pada 12 Ogos.

Image"Sebaliknya, saya hanya mendapat makluman dari beliau melalui surat yang bertarikh 10 Ogos yakni sehari selepas sidang dewan dan difakskan pada 12 Ogos. Beliau sendiri hadir menyerahkan surat yang asal pada 16 Ogos.

"Yang peliknya, dalam surat beliau menyebut dia dia sakit, dia tak beritahu saya tapi dia hantar SMS kepada Ketua Pembangkang. Dia boleh hantar SMS kepada Mahdzir tapi tak boleh bagitau saya.

"Kalau saya tak ada pun, dia boleh menghubungi pejabat. Beliau bukannya orang baru tapi telah menjadi Adun selama empat penggal. Ketua Pembangkang juga tidak memaklumkan kepada saya,"jelasnya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Abdul Isa menyatakan pada hari dewan bersidang, terdapat seorang lagi ahli dewan iaitu Suraya Yaakob (BN-Sungai Tiang) yang tidak hadir tetapi telah mengemukakan surat kebenaran untuk tidak menghadiri sidang kerana berada di luar negara.

"Saya telah meluluskannya dan juga membuat pengumuman semasa sidang dewan bermula. Bagaimanapun, Adun Kota Siputeh tidak mengemukakan sebarang surat. Perkara ini tak sepatutnya terjadi memandangkan dia adalah seorang Adun yang veteran.

"Begitu juga, setiap ahli dewan telahpun dibekalkan dengan satu salinan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Peraturan-peraturan Dewan yang seharusnya mereka baca dan fahami," ujarnya.

Selain itu, Dr Abdul Isa telahpun menghantar surat kepada Abu Hassan menjelaskan kesalahan yang telah dilakukannya selain menghantar surat makluman kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertarikh 17 Ogos berkaitan kekosongan kerusi tersebut mengikut undang-undang yang ada.

"SPR juga telah memberi maklum-balas melalui surat bertarikh 19 Ogos menyatakan perkara ini telah dipanjangkan kepada SPR Pusat.

"Bagi perkara ini, saya berharap agar pihak SPR mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan," katanya lagi. _

Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong

Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong
Hazayani Zakaria
Thu | Aug 20, 09 | 11:49:31 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.

Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

ImageMenurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat (gambar) itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira".

Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu.

Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu.

"Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.

CERITA YUSRI

Menurut Yusri, isu bermula apabila pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi untuk tujuan pembelian sekeping tanah bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Koperasi kemudian meluluskan pinjaman itu dan memasukkan wang RM320,000 itu dalam akaun klien di pejabat guaman mereka, Saif Ariff and Rohaizat.

Image"Saya yang menyiapkan draf perjanjian ini," kata Yusri(gambar bawah).

Namun koperasi mulanya hanya mengambil RM100,000 untuk tujuan perniagaan selebihnya dikekalkan dalam akaun itu kerana masalah traNsaksi dengan penjual tanah.

Seorang pelanggan kenalan Rohaizat kemudiannya meminta Rohaizat membantunya membiayai satu pembelian tanah bernilai RM130,000.

Rohaizat bersetuju dan memberikan pinjaman RM100,000 dengan menggunakan wang koperasi itu dengan syarat ia dibayar balik segera. Namun, kawannya gagal membayar balik wang itu.

Rohaizat bertindak mengambilalih tanah itu dan cuba dijual dengan cara dibuat pecahan lot. Namun, ia gagal dijual sepenuhnya.

Oleh kerana kegagalan mereka menjual semua tanah lot itu, menyebabkan firma mereka gagal membayar balik wang koperasi itu.

Sebahagian wang itu juga digunakan Rohaizat untuk membantu rakannya yang juga pemaju perumahan dan juga ahli politik dari Perak.

Wang itu juga digunakan untuk mengembangkan firma guaman mereka apabila sebuah pejabat dibuka di Ipoh.

Yusri bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Ekoran itu, Yusri tidak lagi memantau akaun-akaun klien di cawangan Butterworth sehinggalah dia meinggalkan firma pada November 2003. _

Pendedahan akan dibuat lagi terhadap Rohaizat

Pendedahan akan dibuat lagi terhadap Rohaizat
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Aug 21, 09 | 9:50:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menurut beliau, pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.

"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.

"Saya bukan mengugut beliau tetapi saya sayangkan beliau sebagai anak muda yang sepatutnya menggilap masa depan sebelum masuk ke gelanggang untuk bertanding dalam pilihan raya," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil itu.

Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz juga mendedahkan bagaimana seorang wargatua menerima wang palsu dalam satu sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya.(gambar) Image

Menyangkal tuduhan bahawa calon PAS bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man pernah menggelapkan wang RM600,000, Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu supaya supaya pihak yang menuduh membuat laporan polis dengan segera.

"Bawa segala bukti yang ada, bila, di mana dan berapa banyak wang digelapkan oleh Ustaz Salleh dan segera lapor kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau yang menyifatkan pihak yang menuduh itu tidak bertanggungjawab dan tidak ada kejantanan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar.

Mohamad pula memberi reaksi spontan, "Tuduhan tanpa bukti seperti itu menguntungkan kita. Bagus tu".

Beliau menggesa Umno agar mengemukakan lebih banyak lagi tuduhan tanpa bukti.

Dakwaan awal mengenai perkara itu dibuat dalam dua blog penyokong Umno.

Tuduhan itu dipercayai sebagai tindak balas kepada pendedahan bahawa calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman telah dibatalkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Rayuannya supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.

Yusri mengadakan sidang akhbar pagi ini menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Menurut beliau, pada tahun 2002, koperasi tersebut telah mendapat pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Ketika wang itu berada dalam akaun tersebut, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma tersebut untuk membiayai bayaran baki RM100,000.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Bagaimanapun, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat pula telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Menjawab dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, Yusri menyifatkannya satu pembohongan.

"Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut," kata beliau. _

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin
Oleh Afyan Ali
Fri | Aug 21, 09 | 10:33:02 am MYT
GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

/Pemudagombak.com_

PAS setuju sediakan pentas untuk Yusri

PAS setuju sediakan pentas untuk Yusri
Nazri Abdullah
Thu | Aug 20, 09 | 2:11:40 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: PAS setuju menyediakan pentas untuk bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahin, calon BN di Permatang Pasir, Yusri Ishak untuk membela dirinya selepas dituduh Umno sebagai pihak yang bersalah sehingga Rohaizat dipecat dari Majlis Peguam.

Ini ekoran permohonan Yusri kepada PAS dan PKR agar menyediakan pentas untuk beliau menjawab segala tuduhan Umno itu.

Tindakan Yusri itu juga menguatkan lagi dakwaan banyak pihak bahawa Rohaizat sememangnya terlibat dalam kes tersebut sehingga dipecat oleh Majlis Peguam atas tuduhan penyelewengan wang.

Ianya tepat sebagai menjaga maruah dirinya sekaligus memperlihatkan sikap sebenar Umno BN yang sanggup mencemarkan imej pihak lain demi menutup pekung sendiri.

Umno telah menjadikan Yusri sebagai manggsa persinggahan demi menyucikan imej calon mereka, Rohaizat yang sedang dipalit dengan tuduhan pecah amanah melibatkan transaksi jual beli tanah bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Mengalu alukan tindakan Yusri itu, Naib presiden PAS, Salahudin Ayub memberitahu, PAS bersedia memberikan pentas kepada Yusri seperti yang dimintanya bagi memperjelas perkara sebenar demi membersihkan maruah dirinya yang dicalar sebegitu rupa oleh Umno BN.

"Kita akan menyediakan pentas kepada dia (Yusri), bila bila masa dia bersedia. Kita sangat alu alukan, kita tiada masalah."

Image"Dia (Yusri) telah manjadi mangsa Umno. Ketua Penerangan Umno, Ahmad Mazlan yang fitnah dia, dan dia bertanggjawab membersihkan dirinya," Katanya ketika dihubungi sejurus selesai sidang media Yusri di Yayasan Salam pagi tadi.

Umno sepanjang kempen mereka, mengangkat Rohaizat sebagai seorang pemimpin yang berkualiti, berpelajaran tinggi dan professional. Mereka juga meletakkan doktrin kepada pengundi bahawa Rohaizat adalah "wira" kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan tidak melarikan diri dari kes yang menimpanya.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Muhyidin Yasin dan Naib presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi antara yang bermati matian mempertahan Rohaizat.

Namun disebelah pihak umno yang lain, Veteran mereka, Tengu Razaliegh Hamzah dalam blognya mempersoal pemilihan Rohaizat seoalah oleh BN ketandusan calon yang berkualiti untuk ditawar kepada rakyat

Jika disedari, tindakan pembersihan imej oleh Umno itu sebenarnya telah bercanggah dengan pendirian Rohaizat sendiri apabila hanya meletakkan dirinya sebagai ahli perniagaan pada borang penamaan calon 17 Ogos lalu dan bukannya sebagai seorang Peguam.

Ianya sekali lagi mengelirukan masyarakat, khasnya pengundi Permatang Pasir yang sedang menunggu satu jawapan tuntas adakah tindakan meletakkan "ahli perniagaan" tersebut ada kaitan dengan isu pecah amanah semasa dia menjadi peguam seperti yang didakwa.

Ekoran itu, Salahudin sekali lagi mencabar Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka bagi membuktikan adakah benar Rohaizat calon yang bersih dari dakwaan pecah amanah.

"Hal ini nampaknya menjadi semakin menarik, dan saya terus cabar Zahid Hamidi untuk berdebat dengan saya bagi membuktikan calon Umno adalah "padi basah" dan tiada harga," cabarnya. _

Kematian Teoh: Surat dakwa pegawai SPRM terlibat

Kematian Teoh: Surat dakwa pegawai SPRM terlibat
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Aug 20, 09 | 2:29:21 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Surat misteri yang dihantar kepada peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo, menuduh seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dengan kematian pembantu Exco Selangor itu.

Surat itu yang ditulis di dalam Bahasa Melayu itu juga menamakan pegawai kanan itu sebagai orang yang terlibat secara peribadi menyoal Teoh di saat-saat terakhir sebelum beliau mati.

Sambil menuntut supaya pegawai kanan itu disiasat, pengirim surat itu yang mendakwa diri mereka sebagai "para pegawai SPRM" juga menuduh pegawai kanan itu terlibat dengan rasuah.

Menurut Malaysian Insider, surat itu juga menceritakan apa yang didakwanya berlaku ketika Teoh disoalsiasat.

Tetapi surat itu tidak menceritakan bagaimana Teoh mati di mana punca kematian beliau masih lagi dalam siasatan inkues yang ditubuhkan untuk menyiasat kematiannya.

Surat itu juga menuduh pegawai kanan itu terlibat dengan rasuah yang melibatkan siasatan-sasatan sebelum ini.

Perincian mengenai siasatan-siasatan tersebut juga disenaraikan.

Surat itu juga menuntut siasatan bebas dijalankan ke atas pegawai kanan itu berikutan dakwaan rasuah ke atasnya dan dakwaan penglibatannya dalam kematian Teoh.

Penemuan surat itu menimbulkan persoalan adakah berulang episod yang berlaku dalam siasatan suruhanjaya yang menyiasat kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu dalam tahanan polis dahulu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor akhirnya mengakui beliau telah mencederakan Anwar dan memohon maaf kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan keluarganya.

Semalam, mahkamah koroner yang mengendalikan inkues keatas kematian Teoh mengarahkan polis melakukan siasatan lanjut terhadap kandungan sepucuk surat misteri yang mengandungi butiran berkaitan kematian .

Koroner Azmil Muntapha Abas yang meneliti kandungan surat itu berkata ia jelas terdapat beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan prosiding inkues tersebut.

"Oleh itu, saya perlu mengarahkan pegawai penyiasat kes ini Ahmad Nazri Zainal untuk menyiasat kandungan surat ini yang berkaitan dengan skop prosiding inkues bagi menentukan punca kematian (Teoh)," Bernama memetik beliau berkata.

Surat tersebut diterima semalam oleh Gobind daripada seseorang sebaik prosiding inkues itu berakhir lewat petang.

"Semalam, saya telah menerima sepucuk surat bertarikh 5 Ogos yang mengandungi perkara-perkara berkaitan prosiding inkues, tetapi saya tidak boleh memberitahu kandungannya di sini (mahkamah)," kata Gobind sebaik prosiding bermula pada jam 3 petang.

"Dengan ini, saya ingin membuat permohonan kepada mahkamah supaya mengarahkan pegawai penyiasat untuk menyiasat kandungan surat itu yang sangat penting dan relevan dalam prosiding inkues ini," katanya.

Surat yang mengandungi lima muka surat bertaip itu kemudian diserahkan kepada koroner Azmil Muntapha untuk diteliti.

Peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan, tidak membantah permohonon Gobind terhadap siasatan lanjut itu dan berkata: "Dakwaan dalam surat ini perlu disiasat oleh polis kerana kita semua berada di sini untuk mendapatkan kebenaran dalam perkara ini.

"Ada beberapa nama disebut dalam surat itu. Pihak polis perlu diberikan peluang untuk mengesahkan kebenaran dakwaan dalam surat ni atau pun sebaliknya," kata Tan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lepas di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. _

KOMEN:

Klik: Ini dia SURAT yang dimaksudkan..

Khamis, Ogos 20, 2009

Yusri buat penjelasan atas pentas PAS (Tambah Video-Ambuyat)

Yusri buat penjelasan atas pentas PAS
Abdul Rahim Sabri
Ogos 20, 09
12:40pm
Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - akan menggunakan pentas ceramah pembangkang bagi membersihkan dirinya berhubung kes pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak berkata, beliau akan menemui kepimpinan PAS dan PKR untuk menggunakan pentas ceramah mereka bagi memberi penjelasan mengenai isu tersebut serta membersihkan dirinya.

Rohaizat kini berdepan dengan isu pembatalan lesen guamannya oleh Majlis Peguam berhubung kes pecah amanah membabitkan wang anak guamnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Yusri berkata, tanpa berbuat demikian, beliau tidak ada ruang untuk membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Beliau memanggil sidang akhbar tersebut bagi menjawab laporan Utusan Online yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan rakan kongsi Rohaizat - Yusri - dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Yusri juga turut membaca kenyataannya bagi membuat penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh KPGNPP pada 2002.

Mengulas lanjut, Yusri berkata beliau akan menemui kepimpinan PAS dan PKR selepas itu untuk membincangkan perkara tersebut.Menurut Yusri, beliau mula mengenali Rohaizat di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1989 dan menjadi rakan kongsinya dalam firma guaman tersebut antara 1999 hingga 2003.

Menurutnya, beliau tidak lagi menjadi peguam dan kini menjalankan kontrak perladangan.

Bagaimanapun, Yusri menjelaskan bahawa lesen guamannya tidak dibatalkan tetapi beliau yang tidak memperbaharuinya sejak 2004.

Ditanya mengapa beliau tidak memperbaharui lesen guamannya, Yusri berkata tidak sesuai dengan profesyen tersebut.

Mengenai latarbelakangnya, Yusri berkata, beliau pernah aktif dalam Umno tetapi berhenti membayar yuran sejak 1998.

Ditanya mengenai laporan yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Rohaizat membuat Akuan Bersumpah (SD) bagi membersihkan namanya, Yusri berkata, perkara itu amat kecil dan semua orang boleh buat.

“Sebelulm ini, kita sumpah guna al-Quran. Hari ini, kita guna SD. Ini satu perkara kecil,” katanya.

Mengenai pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini, Yusri meminta para pengundi supaya membuat penilaian yang teliti sebelum memilih calon.

KOMEN:
Tambahan Video baru ditemui...



Ambuyat.

Pendedahan surat anggota SPRM berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo.

The shit has hit the fan

Posted by admin
Thursday, 20 August 2009 14:20

Image

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

UMNO taknak mengaku kafir tapi sokong murtad? Kritikan Tok guru tepat

UMNO taknak mengaku kafir tapi sokong murtad? Kritikan Tok guru tepat
Posted on Wednesday, August 19 @ 16:14:41 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: dewa

"UMNO merupakan sebuah pertubuhan misteri yang pelik. Tidak. Lebih tepat lagi kalau kita gunakan istilah abnormal. UMNO cukup teruja untuk menuduh musuh politiknya peliwat, pengkhianat, pendurhaka dan banyak lagi. Orang Yahudi dan kafir Quraish pun tak pernah memfitnah para nabi atau musuh politik mereka sebagai pengkhianat atau peliwat.

Artikel ini mengkaji usaha terkini UMNO untuk memudahkan orang murtad. Pelik lah UMNO ni. Kalau orang kata ajaran dan budaya yang dibawa UMNO ni sesat dan tidak membawa ke syurga, mengamuk sakan. Tapi sokong murtad pulak. Kalau anak-anak ahli UMNo murtad belaka, saya tak dapat nak agak reaksi ahli UMNO. Kemungkinan besarnya tak kisah. Mari lihat agenda murtad di Malaysia:

“Sesiapa antara kamu yang surut daripada agamanya, lalu mati dalam keadaan tidak beriman, maka segala amalan mereka akan terhapus di dunia dan akhirat,mereka itu menjadi penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya.” (al - Baqarah 217)

Murtad masalah besar di Malaysia. Seorang bekas menteri (hamid Othman) pernah berkata apabila masalah murtad ini dibawa kepadaya; “Yang murtad ini kecil berbanding dengan yang masuk Islam”. Kalau anak dia murtad, elok benarlah kita cakap macam tu balik dekat dia. Menteri agama pulak tuh.

Mengikut kajian 27 May 1998, jumlah murtad dari 30 April 1990 hingga 30 April 1997 berdasarkan permohonan menukar nama disebabkan pertukaran agama daripada Islam ke agama lain adalah berjumlah 689 orang (ini tidak termasuk yang tidak memohon untuk menukar nama walaupun telah bertukar agama) .

maknanya 11 tahun dulu pun dah 698 orang secara rasmi memohon murtad. Yang tak rasmi tak terkiralah.

Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu , Dato’ Hashim Yahaya berkata lebih kurang 3 000 orang Islam memohon untuk keluar Islam di Wilayah Persekutuan sahaja, dan pihak berkuasa tidak boleh berpuat apa-apa kerana ketiadaan undang-undang yang menyekatnya. Usaha PAS menghalang murtad disekat UMNO dan Sister-In-Islam. Tun Mahathir yang merupakan pujaan hati pennganut UMNO memberi amaran agar PAS jangan cuba-cuba melaksanakan hukum Islam atau hudud. Memandangkan kita menggunakan sistem federalisme, ianya diluar bidangkuasa PAS.

Masyarakat Islam ketika zaman British sangat sensitif terhadap isu murtad, dan sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan aqidah seorang Islam. Tetapi kerajaan UMNO kini tidak melakukan sebarang tindakan, malah membiarkan orang Islam terus dimurtadkan dengan jumlah yang begitu ramai. Lihat saja isu Natrah. Sekiranya UMNO dibiarkan, kelak habis murtad anak-anak kita agaknya.

Usaha terkini UMNO untuk menghalang anak mualaf yang bawah umur dari masuk Islam dengan mewajibkan anak-anak mesti kekal dengan agama ibubapa sewaktu perkahwinan sedang direalisasikan. Sekarang ni UMNO halang anak mualaf dari masuk Islam, jangan terkejut pulak kalau UMNO menghalang ibubapa Islam dari melarang anak mereka murtad di masa hadapan atas dasar kebebasan bersuara. Waktu tu, ahli-ahli UMNO akan termenung sendirian sambil berkata: "dulu aku Islam hadhari, lepas tu aku 1malaysia, akhirnya kini anak aku dah jadi kafir pulak. huhu"..

memang tepat tindakan Tok Guru yang kata Islam stail UMNO ni tak membawa ke syurga. Yang UMNO bawa itu bukan Islam tetapi 1Malaysia yang patut diubah kepada 1Neraka.

Fahamilah kenyataan Nik Aziz

Fahamilah kenyataan Nik Aziz
Posted on Wednesday, August 19 @ 16:16:57 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: kunal

"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz telah menjadi isu hangat hinggakan ada yang mencadangkan ia dibawa ke majlis fatwa. Bagi mereka yang faham dan ikhlas, kenyataan TGNA bukan tiada asasnya. Cuma mereka yang pura pura tidak faham sahaja yang mempertikaikannya dan mengelirukan rakyat yang tidak faham.

Bagi sesiapa yang mengenal UMNO, dasar perjuangan, perlembagaannya, tindakan pemimpinnya pasti akan faham mesej yang disampaikan oleh TGNA.

Begitu juga bagi sesiapa yang memahami Islam dan akidah Islam itu sendiri juga akan memahaminya.

Sepatutnya bila seorang Ulama mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara kita sebagan seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat menyuluh dan menilai diri, adakah akidah dan perjuangan serta apa yang kita perjuangkan itu bertepatan dengan Islam itu sendiri atau tidak.

Kita tidak seharusnya melenting dan menyerang TGNA dengan pelbagai tuduhan. Bagi mereka yang bijaksana, mereka hanya perlu meminta TGNA memberikan hujah hujah yang menyokong pendapatnya.

Inilah yang diajar oleh Allah melalui rasulnya Nabi Muhammad yang dicintai.

Selepas itu jika di merasakan dan mendapati hujah hujah TGNA tidak betul dan tidak tepat maka perbetulkanlah dengan membawa hujah hujah yang betul.

Bukannya menyerang membabi buta yang akhirnya merosakkan ummah dan orang awam yang tidak faham terutamanya berkaitan dalam kidah Islam.

Sebenarnya ada beberapa golongan manusia yang cepat melenting dan menyerang membabi buta.

1. Golongan munafik.

Dalam fikiran golongan ini hanya satu. Ia itu ingin merosakkan umah dan Islam itu sendiri.

2. Golongan yang cerdik pandai tapi suka mengampu.

Golongan ini sanggup membuat apa sahaja atas kepentingan peribadi dan kelazatan dunia.

3. Golongan jahil dan sombong.

Golongan ini akan mempertahan sesuatu tanpa ilmu. Dan akan menutup telinga bila datang kebenaran.

4. Golongan jahil yang ikhlas.

Golongan ini suatu hari akan mudah mendapat hidayah bila diberi hujah hujah yang betul. Insaallah.

Sebab itulah golongan 1, 2 dan 3 tidak suka berhujah. Mereka lebih suka menyerang dan menghentam serta menggunakan orang lain sama ada agensi untuk menundukkan pihak lawan.

Bertafakurlah sejenak.

Selamilah hati.

Tanyalah kehendaknya.

Fahamilah sendiri.

Rabu, Ogos 19, 2009

Menjawab- Video Klip Nizar NAFI Negara Islam

Ini dia Video yg menyebabkan org UMNO tersengih menyeringai gigi... sampai ketelinga....konon tak ada siapa yang boleh jawab...



Jawapan Ana:

Salam!!!
ha...
Beri ana peluang menjawab.

Kalau nak kata TIADA TULIS dalam Perlembagaan PAS memang betul..... tapi bila sebut berpandukan Al-Quran dan Al-Hadith.... nak kata apa lagi??? kalau bukan Kerajaan Islam.... dan ia tak penting disebut/ditulis atau disebut TERSURAT namun makna yg TERSIRAT sudah difahami... Kita dengar sejarah Islam... Pemerintahan Khulafaur-Rasyidin tak sebut (Tersurat) kerajaan Islam... demikian juga Kerajaan Pimpinan Nabi SAW..
bab ni kira selesailah...

Benda ni juga telah dijawab oleh Us.Ghazali dalam "Debat Olok-Olok UMNO Vs PAS-Dalam Isu TAKFIR...

Mod: Maaf ana terpaksa letak Link:
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/video-debat-olok-olok-umno-vs-pas-dalam.html

KEDUA: PENTING....
Cuba lihat semula video klip tersebut....
1- Siapa berani mengesahkan bahawa video klip tersebut tidak diedit..
2- Video klip ni..kalau bawa gi mahkamah TAK LAKU punya..
3- Suara DS M.Nizar sahaja yg kedengaran....gambar mana??? sungguh meragukan....
4- Ana yakin DS M.Nizar tak sedangkal itu cara ia menjawab..... lepas tu diam..
5- Tiba2 pula bunyi org beristigfar... dan ditulis di situ siapa????

teruskan....
Ana ikuti thread ini...
"Org UMNO jangan ingat kita ....TERTIPAH...hahaha"

Ambuyat.

KOMEN:
Kini hangat dibincangkan di sini....

Pisah agama dan politik tidak masuk syurga - sarjana Islam

Pisah agama dan politik tidak masuk syurga - sarjana Islam
Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?

Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.

Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;

"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.

"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."

Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.

Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.

"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.

"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.

Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.

Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.

Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.

"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.

"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.

"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.

Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.

Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali. _

PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz

PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz
Md Sabri Said
Wed | Aug 19, 09 | 2:10:00 pm MYT
ImageBUKIT MERTAJAM, 19 0gos: PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran.

Naib Presiden Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz.

�Media pro-Umno yang melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu mesti mendedahkan kenyataan beliau secara verbatim untuk semua mengetahui apa yang sebenarnya diucapkan,� kata Salahuddin.

Mursyidul Am yang juga menteri besar Kelantan itu dilapor sebuah akhbar harian sebagai berkata bahawa ahli Umno tidak akan masuk syurga, melanjutkan lagi serangan bertalu-talu terhadap pemimpin PAS itu.

Nik Aziz sebelum ini diserang media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam.

Beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu dengan berkata tidak menghairankan orang bukan Islam yang kurang faham menghina Islam tetapi amat mengejutkan apabila Umno yang anggotanya beragama Islam sendiri menolak pelaksanaan Islam.

Umno menolak pelaksanaan hudud yang dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan yang merampas negeri itu daripada Umno pada 1990.

Pertembungan ini sejak itu terus mencorakkan persaingan PAS dengan Umno dalam merebut undi pengundi Melayu Islam, menjadi isu agama sebagai fokus kedua-dua parti.

Semalam, Nik Aziz menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.

Calon BN umpama padi basah

Image(Sidang media Salahudin dan Dr Dzulkifli Ahmad di Permatang Pasir)

Sementara itu, Salahudin juga menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) N11, Rohaizat Othman umpama 'padi basah' yang jika dijual pastinya rugi kerana terdapat pemotongan yang ketara.

Baginya, amat malang Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih seorang calon yang banyak masalah dengan orang ramai apabila berbohong mengenai status kerjayanya serta pernah menyeleweng dan pecah amanah membabitkan wang Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil berjumlah RM140 ribu.

"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, " jelasnya pada sidang media di Markaz Besar Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi.

Sebagai rakyat yang bijak sambung Salahudin, mereka harus menilai dengan baik selari dengan pengalaman pengundi di sini yang sudah tiga penggal memilih calon PAS, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Umno lupa lokasi ini kawasan petani ujarnya, bila sebut padi basah tentu mereka lebih memahami dan tahu menilai apa yang PAS persoalkan.

Salahudin memuji langkah pemilihan calon sepertimana yang diamalkan di negara Amerika Syarikat walaupun dasar luar negara berkenaan teruk namun soal pemilihan kepimpinan negara mereka memandang tinggi dan berhati-hati.

Rakyat di sana akan mempertikaikan siapa tukang masak di rumahnya, orang gajinya, di mana anaknya dihantar kesekolah dan sebagainya bukan seperti di negara ini membuat pemilihan yang tidak kena yang akhirnya mendatangkan masalah berat pada negara.

Jesteru itu bagi pengundi di Permatang Pasir, latar belakang calon BN sudah cukup membuktitkan BN tiada calon yang berkalibar.

"Tidak timbul dia hero sebagaimana yang dinyatakan oleh kepimpinan Umno kononya calon BN telah melunaskan hutangnya. Mungkin dia melunaskan hutang sebab nak masuk calon jika tiada habislah orang yang menjadi mangsa, "jelas terangnya.

Jika anda mempunyai sebarang pendapat mengenai tulisan ini, hantar kepada uRespons@gmail.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya Jika tulisan anda baik, kami akan paparkan untuk tatapan pembaca lain. _

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN