Azizan angkat sumpah jawatan MB Kedah
ALOR STAR 9 Mac — Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman di sini, petang ini.
Azizan, 64, menyempurnakan upacara angkat sumpah itu yang berakhir 3.30 petang ini di hadapan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Pemilihan Pesuruhjaya Pas Kedah itu sebagai Menteri Besar dibuat selepas parti itu memenangi paling banyak kerusi berbanding dua lagi parti pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-12, semalam.
Pakatan pembangkang memenangi 21 kerusi dengan Pas meraih 16 kerusi, PKR (empat) dan DAP (satu) berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memena ngi 14 daripada sejumlah 36 kerusi DUN. Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.
Bagi 15 kerusi Parlimen di Kedah, Pas memenangi enam kerusi, PKR (lima) dengan BN (empat).
Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Univer siti Al-Azhar, Mesir dan Undang-Undang dari Universiti of Kent, United Kingdom, ialah bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ang gota jawatankuasa PAS Pusat. — BERNAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI