PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, April 04, 2009

Kenapa isteri pertama Najib dipinggirkan?

Kenapa isteri pertama Najib dipinggirkan?

SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.

Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.

Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Resipi - Udang Masam


Resipi - Udang Masam
Dilulus terbit pada Saturday, April 04 @ 07:19:14 MYT oleh TokPenghulu

Bahan Rencah Oleh matuse68

"Udang Masam

Bahan Bahan:
500 gm udang
6 helai daun limau nipis
Air secukupnya
1 tangkai daun bawang



Bahan Bumbu:
2 biji tomato (Tumbuk kasar)
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
4 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
Garam dan gula

Cara Menyediakan:
1. Rendam udang dengan air limau dan garam.
2. Tumis bahan bumbu dengan daun limau purut hingga naik bau.
3. Masukkan udang, kacau hingga berubah warna.
4. Tuangkan air, masak kuahnya pekat, sedikit mengental.
5. Akhir sekali masukkan daun bawang. Lain resipi disini..

Batang Ai (Video)

Batang Ai (Video)
Dilulus terbit pada Saturday, April 04 @ 15:30:00 MYT oleh TokPenghulu

Video Klip Oleh malma



Dah tgk cklip nie kan....?

Agak-agak la, dari mata kasar kita, sapa yang menang di hari penamaan calon tu?

Menurut survey yang dilakukan oleh MAFREL, PR telah mendahului dari segi populariti. Keadaan nie mungkin akan terus bertambah menjelang hari pembuangan undi nanti.

Stesen televisyen AL-JAZEERA Asia juga turut sama mengikuti perkembangan terbaru di Sarawak ini. Memandangkan Al-Jazeera sebelum ini pernah membuat satu dokumentari berkenaan penyelewengan di Sarawak, jadi inilah masanya untuk mereka membuktikan kebenaran tersebut dan juga bagaimana penerimaan rakyat Sarawak kepada perubahan.

Ada sedikit berita yang kurang enak didengar daripada beberapa orang rakan yang menyokong BN yang merupakan anak tempatan. Berkenaan calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat yang sebelum ini pernah manjadi wakil kepada BN yang memenangi pilihanraya2 yang lepas iaitu Jawah Gerang. Ramai yang mempersoalkan kredibiliti beliau, tentang tiada kemajuan dan pembangunan yang di kawasan yang diwakili beliau. Mungkin ini antara isu yang akan dimainkan oleh BN. Walaubagaimanapun, mungkin ada sebab beliau tidak dapat membangunkan kawasan beliau. Mungkin tidak mendapat sokongan/dimainkan dari kerajaan sebab itu beliau keluar dari BN dan menyertai PR.

Harap Batang Ai akan menjadi titik tolak kebangkitan rakyat di Sarawak yang akan mengadakan pilihanraya DUN selewat-lewatnya tahun 2010.

TV3 dan Utusan putar belit laporan kes Nizar di Perak

TV3 dan Utusan putar belit laporan kes Nizar di Perak
Oleh : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Laporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.

Utusan melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-

“ IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”

Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-

1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.

4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.

6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.

Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.

...Penulis adalah peguam untuk Datuk Seri Nizar untuk kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saya sanggup serahkan Malaysia kepada Nizar - Anwar

Saya sanggup serahkan Malaysia kepada Nizar - Anwar




BUKIT GANTANG, 4 April: Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup menyerahkan Malaysia pada Haji Ir Nizar Jamaluddin jika PR dapat memerintah negara ini ekoran sifat ikhlas, kuat bekerja, amanah dan mampu memberikan khidmat terbaik.

Ini, ujarnya, terbukti bila mana Haji Nizar telah berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan baik dan lancar sehinggakan mendatangkan rasa kurang senang pihak BN yang akhirnya melakukan rampasan kuasa.

“Saya mendapati beliau seorang yang tidak mengambil balak, menjaga kepimpinan bersih boleh membantu rakyat miskin dari kalangan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang dicapkan sebagai pengkhianat bangsa sedangkan di kalangan mereka yang mengamalkan rasuah, minum arak, tangkap orang dan sebagainya dianggap sebagai panglima.

“Apa istimewanya BN yang tidak mampu laksanakan perubahan pada masyarakat berbanding PR yang dalam satu tahun sahaja mampu melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN,” tegasnya yang mendapat sambutan hadirin.

Anwar berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah di UPU Sungai Tinggi dekat sini, baru-baru ini yang turut disertai sama oleh Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan naib Presiden Keadilan, Dr Lee Boon Chye.

Dalam majlis ceramah itu sebanyak lebih RM1500 berjaya dikutip dari ribuan yang hadir sedangkan berhadapan majlis ceramah PR kelihatan majlis forum perdana anjuran BN tidak mendapat sambutan ramai sedangkan kos khemah sahaja melebihi RM10 ribu.

Jumaat, April 03, 2009

Kerajaan Haneyya hargai peranan Mesir dan tuntut agar tidak tunduk kepada tekanan luar.


Kerajaan Haneyya hargai peranan Mesir dan tuntut agar tidak tunduk kepada tekanan luar.

Written by admin from on April 3rd, 2009 | 0 Comments

Jumaat, 03/04/2009 - Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir yang menaungi dialog nasional Palestin dan menyeru semua pihak yang berdialog untuk meneguhkan pendirian Palestin, memelihara prinsip-prinsip nasional dan menolak tekanan-tekanan luar, terutamanya syarat-syarat zalim yang diletakkan oleh jawatankuasa empat pihak (Amerika, Kesatuan Eropah, Russia dan Cina).

Jurucakap rasmi kerajaan Palestin, Tahir al-Nunu berkata dalam kenyataan akhbar pada Khamis (4/2) yang diterima oleh Pusat Media Palestin, “kami menganggap mana-mana seruan untuk membuat pengguguran terhadap mana-mana kepentingan politik dengan slogan ‘realiti’ atau lainnya, sedangkan pihak zionis sentiasa tidak menghiraukan hak-hak rakyat kita, bahkan tidak menghiraukan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh PLO, adalah satu tindakan sia-sia dan memusnahkan kepentingan rakyat kita dan isu nasionalnya, serta membuka peluang kepada penguasaan Zionis-Amerika di rantau ini.

Kenyataan kerajaan Palestin ini dikeluarkan selepas kegagalan pusingan rundingan yang berlangsung sekarang di Kaherah yang sepatutnya mencapai persetujuan yang boleh menamatkan perpecahan di kalangan pejuang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Pejuang Palestin berjaya membunuh rejim Zonis di Bethlehem.


Pejuang Palestin berjaya membunuh rejim Zonis di Bethlehem.
Written by admin from on April 3rd, 2009 | 0 Comments

Jumaat, 03/04/2009 - Radio Israel menyiarkan seorang Zionis-Israel mati dan beberapa yang lain cedera apabila pejuang Palestin melakukan serangan. Kejadian berlaku di selatan Bethlehem. Polis Israel terus ke tempat kejadian dan melakukan siasatan. Sehingga kini belum ada yang mengaku melakukan serangan tersebut.sumber :

http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Markas Parti apakah ini???(Gambar)


Markas Parti apakah ini???(Gambar)

KOMEN:cucu
kalau di sabah, pemandangan begini biasa. tapi Naib Presiden UMNO dan MT UMNO tu tak fikir pun. kawasan Parlimen Semporna, lagi banyak. cuba Shafie Afdal pergi melawat pulau Denawan ke, Pulau Bum-Bum ke, Pulau Larapan Ke, Pulau Pababag ke, baru datuk Naib Presiden tau. MT UMNO yang baru menang jawatan pun, sila lawat kawasan anda juga..

Siti Norhaliza akan dikenakan tindakan 'gam' oleh media AMNO (gambar)


Siti Norhaliza akan dikenakan tindakan 'gam' oleh media AMNO

di'gam' kerana membuat lawatan kpd TGNA pada hari Tun D letak jawatan...

lagu siti yang ni pun pernah kena gam dulu

Siti Nurhaliza - Lelaki (warkah Seorang Anak)

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini
Tuhanlah yang maha ESA

aku rasa ini lagu untuk DSAI.....!!!!
kena tang ayat rangkap akhir tu..
.

Berita Sedih: Najib Jadi PM Ke 6


Berita Sedih: Najib Jadi PM Ke 6
Dilulus terbit pada Friday, April 03 @ 20:50:33 MYT oleh TokPenghulu

Coretan @ Luahan Oleh ummuabbas

" Baru terbaca berita di pemudabesut.blogspot .com yang menyatakan ‘Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan’.

Gembira juga kalau ia benar-benar berlaku namun takdir Allah mendahului perancangan dan usaha manusia.

Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk menghindar Najib jadi PM termasuk usaha terakhir, Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


Namun apakan daya, dalam sebuah negara ‘Malaysia Boleh’ ini, segala yang buruk boleh diangkat menjadi pemimpin. Manakala yang baik pula ditindas dan dianiaya.


Berita terbaru yang dilaporkan Utusan Online dan Berita Harian Online bahawa Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke 6 begitu menghibakan.


Cukuplah kalamullah dari ayat 216 Surah al-Baqarah ini menjadi penawar bagi kita,

“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. “


Allah jua yang Maha Mengetahui segala perkara yang akan berlaku dan rahsia yang tersirat.


Lagikan Firaun yang mengaku tuhan itu, Allah izinkan dia berkuasa di Bumi Mesir. Namun kuasa Firaun tidak lebih dari istidraj bagi hamba yang takabbur sepertinya. Akhirnya, kuasa Firaun tenggelam bersama jasad Firaun dalam belahan laut mukjizat Nabi Musa.


Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Anbiya’ ayat 35,

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”


Biarkan Najib dengan amalannya. Moga di penghujung hayatnya, dia masih sudi dan mahu kembali kepada Tuhan.



Manakala kita tetap akan terus menolong menyekat Najib dan para sekutunya dari menzalimi rakyat marhaen.


Kita lakukan itu semua kerana menunaikan amanat Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi,

انصر أخاك ظالما أو مظلوما
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi.”


Hadis direkod Imam Bukhari.



Moga cebisan hidup kita yang tersisa ini mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.


Tahniahlah Najib! Impianmu tercapai jua walau ia sangat menyedihkan kami, pendokong Pakatan Rakyat. Hu..hu..hu..



Ummu Abbas
7 Rabiul Akhir 1430H
1.06pm
http://keranacinta.wordpress.com/

Nizar dibenar cabar Zambry sebagai MB

Nizar dibenar cabar Zambry sebagai MB

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Ini berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

Hakim Abdul Aziz berkata bahawa semasa hujahan, kedua-dua pihak iaitu peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Said yang mewakili Pejabat Peguam Negara, bersetuju bahawa keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zamry sebagai Menteri Besar dan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak boleh dihakimi, tetapi Mohammad Nizar dalam permohonannya tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah cuma mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar.

Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah selewatlewatnya Selasa depan.

Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih menteri besar yang sah selain memohon injunksi melarang Zambry daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar.

Beliau memohon bagi mendapatkan tafsiran Perkara 16 (6) UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan Sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.

Sulaiman memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul kerana Mohammad Nizar tidak pernah mempersoalkan kuasa sultan.

Kamaludin pula berkata beliau akan mendapat arahan lanjut daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada untuk membuat permohonan sebagai pencelah semasa perbicaraan kes itu atau pun memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. BERNAMA

Kisah TUN Vs Shabery - B.harian 05042008

Kisah TUN Vs Shabery - B.harian 05042008

KUALA LUMPUR: Pelbagai masalah yang didakwa berlaku dalam Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga parti itu kini dikatakan seolah-olah berada di ambang kehancuran, sebenarnya berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri itu sendiri ketika memimpinnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata di sebalik kritikan lantang Dr Mahathir, beliau sebenarnya ialah individu yang menghancurkan Umno kerana memperkenalkan pelbagai peraturan tidak demokratik, termasuk menghalang Presiden dan Timbalan Presiden dicabar.

Beliau berkata, Umno 'dicekik dan dilemaskan' sedikit demi sedikit ketika zaman Dr Mahathir menjadi Presiden sehingga menyebabkan parti itu diharamkan pada 1988.

"Ketika kepemimpinan Dr Mahathir, Umno mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain... kita tidak mahu Umno yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Mahathir.

"Umno pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Dr Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin Umno.

"Saya sedih terpaksa bercakap perkara ini tetapi ingatlah bahawa keterbukaan Pak Lah (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) jangan diambil kesempatan.

"Di bawah Dr Mahathir, tak ada peluang RTM nak keluar berita cerca kerajaan dan kepemimpinan kerana Dr Mahathir tidak benarkan, tetapi zaman sekarang beliau sendiri menikmati segala-galanya (untuk mengkritik kerajaan)," katanya.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata demikian selepas majlis perhimpunan bulanan dan menyampaikan amanat sulungnya kepada kakitangan Kementerian Penerangan di Angkasapuri, di sini semalam. Hadir sama, Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Umno kini lemah dan menghadapi pelbagai masalah kerana ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu hanya menjadi pak turut dan tidak berani menasihatkan Presiden.

Ahmad Shabery berkata, persoalan mengenai siapa yang berani atau sebaliknya tidak harus timbul kerana sejarah sudah membuktikan bahawa paling ramai pemimpin Umno yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah ketika pemerintahan Dr Mahathir.

"Jadi, jika dikatakan Pak Lah bertindak terlalu keras, saya rasa perlu diimbau kembali sejarah. Saya juga masih ingat ahli MT tak boleh 'ditabal' pada peringkat bahagian masing-masing. Ketua bahagian di Kelantan tak boleh ditentang oleh lawan.

"Ini semua pada zaman Dr Mahathir dan pada waktu itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, tetapi hari ini beliau menyatakan Umno sekarang tak demokratik, seolah-olah masa beliau demokratik sangat," katanya.

Ahmad Shabery berkata, Dr Mahathir juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa sekarang ahli peringkat akar umbi mulai marah kepada Umno kerana kononnya Bahagian Umno tidak mendengar pendapat ahli bawahan.

"Sebenarnya, masa pilihan raya umum baru-baru ini, masyarakat peringkat akar umbi tiada masalah, orang Felda gembira harga sawit naik, harga getah naik. Yang mungkin marah sikit ialah orang di Lembah Klang kerana harga minyak dan barang lain naik," katanya.

Beliau juga memberikan contoh pada Pilihan Raya Umum 1999, berlaku penolakan pengundi besar-besaran terhadap Dr Mahathir termasuk kira-kira 22 peratus undi dari Selangor berbanding Pilihan Raya Umum 1995 dengan dua negeri tumbang kepada pembangkang.

"Cuma pada waktu itu, Dr Mahathir diselamatkan oleh pengundi Cina. Namun, beliau tidak berhenti walaupun akar umbi marah. Memang benar orang Melayu marah, tetapi Dr Mahathir tidak berundur, malah menyarankan tiada pertandingan menentang beliau," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, pula mendakwa tindak tanduk Dr Mahathir sendiri yang sebenarnya menjadi punca Umno semakin berpecah dan lemah sekarang, sama seperti ketika beliau mula menerajui parti itu pada awal 1980-an.

"Contohnya, pada awal 1980-an, Dr Mahathir selaku Presiden mahu Tun Musa Hitam menjadi timbalannya hingga mengetepikan kehendak ahli yang mahukan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga menyebabkan parti berpecah.

"Pada 1998 ketika Umno semakin pulih dan kuat, Dr Mahathir menghadapi masalah pula dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memecatnya menyebabkan sekali lagi Umno berpecah.

"Sekarang, beliau sekali lagi campur tangan walaupun sudah bersara dengan menggesa Pak Lah meletak jawatan, malah mahu supaya pemilihan Presiden parti pada Disember ini tak perlu menggunakan sistem kuota sedangkan beliau sendiri yang perkenalkan.

"Saya sebenarnya bersetuju dengan pendapat bahawa Umno kuat, tetapi yang mencederakan parti itu ialah Tun Mahathir," katanya pada majlis penyampaian sumbangan bantuan untuk mangsa ribut di Parit Buntar, Perak, semalam.

Nazri berkata, Dr Mahathir mahu sistem kuota pemilihan Presiden yang diperkenalkannya selepas menang tipis, iaitu hanya 41 undi terhadap pencabarnya Tengku Razaleigh pada pemilihan 1987, dimansuhkan.

"Saya masih ingat apa yang Dr Mahathir mahu ketika itu kerana sekarang saya masih jadi Ahli Parlimen, Menteri dan Ahli MT. Bagaimanapun, ketika itu tiada sesiapa pun memintanya meletak jawatan malah parti terus memberi sokongan kepada beliau.

"Dulu Dr Mahathir berkata walau menang satu atau dua undi beliau tetap menang. Jadi macam mana bila Pak Lah menghadapi keadaan seperti sekarang, beliau mahu Pak Lah letak jawatan sedangkan mandat yang diperoleh cukup selesa. Inilah yang dikatakan Melayu mudah lupa," katanya.

Mahathir masuk umno kali ke-4 macam masuk Jamban! (gambar??? sorry!)


Mahathir masuk umno kali ke-4 macam masuk Jamban!
Kali pertama jadi ahli umno LAMA
lepas tu kena pecat
masuk balik umno LAMA
umno LAMA diharamkan
buat umno BARU
Keluar umno BARU
masuk balik umno BARU

Macam masuk keluar JAMBAN jer!
UMNO = JAMBAN mahathir!

hau!hau!hau!

Khamis, April 02, 2009

Israel menahan trak yang membawa senjata ke Tebing Barat.


Israel menahan trak yang membawa senjata ke Tebing Barat.
Written by admin from on April 2nd, 2009 | 0 Comments

Khamis, 02/04/2009 - Sumber Israel melaporkan pengawai kastam di terminal sempadan Arava antara Jordan dan Tebing Barat telah menahan sebuah trak yang membawa senjata api ke Tebing Barat.

Trak tersebut sampai di sempadan tersebut tiga minggu lepas dan ditahan selepas disyaki walaupun pemeriksaan awal tidak menemui sebarang bahan senjata api.

Selepas dibantu pengawai bomba yang menggergaji badan trak tersebut dan berjaya menjumpai segala macam senjata api. Israel sedangg menyiasat dengan lebih lanjut mengenai penghantaran senjata ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Palestin mesti kaji semula perbincangan dengan zionis.

Palestin mesti kaji semula perbincangan dengan zionis.
Written by admin from on April 2nd, 2009 | 0 Comments

Khamis, 02/04/2009 - Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menganggap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luarnya, Lieberman mengenai ketidak sungguhan mereka untuk mengadakan perjanjian damai kekal dengan Palestin dan keinginan mereka untuk membatalkan perjanjian-perjanjian lalu dengan pihak berkuasa Palestin serta keengganan mereka untuk memberikan komitmen kepada resolusi-resolusi sidang Annapolis, merupakan suatu perkara yang sepatutnya menjadi pertimbangan pihak pimpinan kerajaan Palestin yang terlibat dalam perbincangan untuk mengkaji semula pendirian mereka.

Yusuf Rizqah, penasihat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan khas yang dikeluarkan kepada Pusat Media Palestin pada Rabu (1/4), “kami suka untuk memberikan peringatan tentang keperibadian dan ideologi melampau yang dianuti Lieberman. Beliau amat fanatik dengan fanatik yang tidak sihat serta menafikan hak orang lain dan berusaha untuk memusnahkan rakyat Palestin serta menafikan hak mereka sepenuhnya.

Dunia hari ini juga telah mendengar bahawa dia hanya mengiktiraf pelan ‘jalan damai’ dengan menolak segala pelan-pelan damai yang lain sebelum ini.” Perkara ini sepatutnya menuntut pimpinan Palestin yang terlibat dalam perbincangan agar mereka mengkaji semula pendirian mereka serta mengambil langkah perlu bagi mengelakkan daripada terlibat dalam apa yang dinamakan sebagai perbincangan yang sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa faedah dengan pihak zionis.

Beliau turut menjelaskan adalah amat ketara bahawa kenyataan-kenyataan Lieberman dibuat dengan rasa bongkak dengan menyifatkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Olmert semasa berbincang dengan Arab dalam pelbagai isu sebagai mainan dan sia-sia sahaja.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

New York mula kempen boikot Motorola.


New York mula kempen boikot Motorola.
Written by admin from on April 2nd, 2009 | 0 Comments

Khamis, 02/04/2009 - Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Motorola Israel telah bertanggungjawab membuat fuis yang digunakan dalam bom berangkai, bom pemusnah perlindungan bawah tanah dan bermacam-macam bom lagi serta alat telekomunikasi canggih yang digunakan oleh tentera Israel yang dikatakan paling selamat. Orang ramai menjerit dan melaungkan “Motorola Apartheid”,” “Jangan Beli Produk Israel”, dan “Selamat Tinggal Israel”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Sambutan luar biasa masyarakat ke atas MB Nizar (Video yob)

Sambutan luar biasa masyarakat ke atas MB Nizar (video yob)

Gurindam Dua Belas (Mesti BACA)

Gurindam Dua Belas
Dilulus terbit pada Thursday, April 02 @ 10:45:34 MYT oleh TokPenghulu

Penulisan Kreatif Oleh masa_depan

"Salam...

Di sini diletakkan Gurindam 12 peninggalan Almarhum Raja Ali Haji, Tokoh penting di dalam dunia Melayu Islam (1808-1873). Di harap karya beliau dapat dijadikan sedikit panduan untuk kita yang masih barada alam dunia ini sebelum mengikut jejak langkah beliau ke alam barzakh....

Gurindam 1

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.


Gurindam 2

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.


Gurindam 3

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjaian yang membawa rugi.


Gurindam 4

Hail kerajaan di daiam tubuh,
jikalau lalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur2.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.


Gurindam 5

Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.


Gurindam 6

Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,


Gurindam 7


Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.


Gurindam 8


Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.


Gurindam 9


Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.


Gurindam 10


Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.


Gurindam 11

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.


Gurindam 12

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.


Wassalam.....

Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz (gambar)


Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz (gambar)
Dilulus terbit pada Thursday, April 02 @ 19:23:45 MYT oleh TokPenghulu

Berita Oleh 110km_blogspot

"Dipetik dari siasahdaily.com

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Gadis Seksi menjadi Umpan Kempen BN (gambar)


Gadis Seksi menjadi Umpan Kempen BN

Dilulus terbit pada Thursday, April 02 @ 13:16:32 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh H.M.

BN dilihat cuba memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang berlangsung di majlis makan malam yang dihadiri menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian.

Tiga artis Cina menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu menteri agama itu sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut, selepas selesai majlis ceramah.

Majlis ceramah dan makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu.

Tiga gadis tersebut berseluar pendek hitam dan singlet biru.

Dalam ucapannya, timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Tambahnya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram. Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. "Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya. Ditanya keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan BN bagi menarik pengundi Cina, Ahmad Zahid berkata, ia "harus dihormati kerana sebahagian daripada budaya Cina."

Bila ditanya pemberita sama ada cara mengadakan tarian tersebut berjaya memancing untuk BN, Zahid menyifatkannya sebagai kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hari orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina. "Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid. Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Zahid percaya oleh kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Cina, sokongan mereka kepada BN semakin meningkat.

malaysiakini

PANAS! FRU tolong pasang poster BN di Bukit Gantang


PANAS! FRU tolong pasang poster BN di Bukit Gantang

Ustaz Nasaruddin dan Dr. Hatta menunjukkan gambar sekumpulan FRU yang ditugaskan untuk mengawal kerja-kerja menaikkan poster pilihanraya BN di Bukit Gantang. Perkara ini menimbulkan seribu satu tanda tanya kepada para pengundi di Bukit Gantang, apakah bidang tugas FRU diperluas untuk menjadi 'security guard' kepada UMNO sehinggakan kerja-kerja untuk menaikkan poster pilihanraya BN memerlukan sepasukan FRU untuk membantu. Jatuh merudum 'standard' pasukan FRU, kesian.

Rabu, April 01, 2009

Israel bebaskan Romhi, Ketua Parlimen Palestin.


Israel bebaskan Romhi, Ketua Parlimen Palestin.
Written by admin from on April 1st, 2009 | 0 Comments

Rabu, 01/04/2009 - Tentera penjajah Zionis Israel semalam, Selasa (31/3) membebaskan Dr. Mahmoud Romhi, Ketua Dewan Legislatif Palestin yang juga salah seorang pemimpin Hamas setelah lebih dari dua setengah tahun meringkuk di penjara Israel.

Dalam sambutan meraikan pembebasannya, Romhi mengatakan bahawa kegembiraanya tidak akan sempurna sehingga semua tahanan dan wakil rakyat dibebaskan Israel dari penjara mereka. Bahkan semua tahanan Palestin. Beliau menegaskan bahawa mereka yang ditahan di penjara Israel membawa pesanan kepada rakyat Palestin yakni sukarnya menyelesaikan persatuan dan perdamaian nasional

sumber : COMES
penterjemah : osman

Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.


Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.
Written by admin from on April 1st, 2009 | 1 Comment

Rabu, 01/04/2009 - Sumber Fatah di Lubnan menyatakan Setiausaha Agung Fatah, Sultan Abu Al-Ainain terlibat dalam pembunuhan pimpinan Fatah, Kamal Madhat. Abu Al-Ainain turut bekerjasama dengan Muhammad Dahlan dalam menjaya konspirasi ini. Seorang wakil PLO di Lubnan menyatakan pembunuhan sesama ahli Fatah telah bermula. Kamal Madhat mati akibat di bom.

Kedua-dua kem dalam Fatah sekarang ini berada dalam keadaan berjaga-jaga. Ini kerana dijangkakan serang balas akan berlaku. Konflik antara dua kem ini menjadi semakin tegang.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Kerajaan baru zionis patut ambil pengajaran.


Kerajaan baru zionis patut ambil pengajaran.
Written by admin from on April 1st, 2009 | 0 Comments

Rabu, 01/04/2009 - Ketika membuat komentar terhadap kenyataan Perdana Menteri Zionis yang baru, Mushir al-Misri, seorang pimpinan HAMAS berkata, “kami tetap berpegang teguh dengan opsyen dan prinsip kami. Kami tidak akan sekali-kali tunduk.” Sambil menegaskan bahawa pendekatan mengugut tidak akan berjaya ketika berhadapan dengan rakyat Palestin dan pimpinan mereka yang dipilih dengan majoriti besar.
Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar bertulis yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada Selasa (31/3), “kerajaan zionis baru yang lebih ganas itu hendaklah mengambil pengajaran daripada kerajaan-kerajaan zionis yang lalu dan jangan cuba mengharung pengalaman-pengalaman yang telah gagal sebelum ini dan cuba memancing taruhan-taruhan yang merugikan, terutamanya cubaan untuk mengenepikan para pejuang dan mengkesampingkan HAMAS daripada pentas politik melalui kepungan, sekatan, pencerobohan, ugutan dan ancaman atau melalui perjanjian pertukaran tawanan serta tekanan-tekanan yang sentiasa dilakukan regim zionis.”

Beliau menegaskan lagi, “zionis hendaklah sedar di hadapannya hanya ada satu pilihan sahaja, iaitu bertindakbalas secara positif terhadap semua hak rakyat Palestin serta merealisasikan perjanjian pertukaran tawanan dan gencatan senjata dengan segera, serta berundur sepenuhnya daripada bumi Palestin dan membenarkan kepulangan semua pelarian ke tanah air mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

BUKIT GANTANG : Undang-Undang & Arahan Yang di Keluarkan Semakin ALTANGILA..

BUKIT GANTANG : Undang-Undang & Arahan Yang di Keluarkan Semakin ALTANGILA..

12 Permit Untuk BN 3 Untuk PR

Polis Perak dibidas hari ini keana ketidak-adilan serta mengenepikan permohonan permit parti dari Pakatan Rakyat di dalam permohonan mengadakan ceramah untuk pilihanraya Bukit Gantang.

Daripada 15 permit yang diluluskan, 12 adalah untuk Barisan Nasional dan hanya 3 untuk Pakatan Rakyat.

Tindakan polis yang menolak permohonan permit untuk DAP memberikan ceramah di Taman Molek, Jalan Simpang, Simpang, Taiping di sini juga disifatkan sebagai satu tindakan yang melanggar perlembagaan negara iaitu kebebasan untuk berucap dan bercakap.

Ahli Parlimen Taiping merangkap pengarah pilihan raya DAP di Bukit Gantang, Nga Kor Ming membidas tindakan polis menolak permohonan permit itu sebagai satu tindakan terdesak dari pihak Barisan Nasional (BN).

“Jika alasan penolakan permintaan itu adalah relevan tidak mengapa, kami boleh terima tetapi alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah DAP bukan parti yang bertanding.

“Tindakan terbaru BN ini menunjukkan bagaimana mereka menggunakan polis untuk menafikan hak kami untuk mendekati rakyat.

“Apa yang lebih kami kesalkan di sini ialah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang seharusnya menjadi orang tengah dan memastikan pilihan raya berjaya dengan adil, telus dan bersih juga kini seolah-olah memihak kepada BN.

“Sudalah media arus perdana dan media elektronik sudah disekat, kekuatan kami iaitu ceramah menggunakan mulut pula kini tidak dibenarkan.

“Ini merupakan satu ancaman kepada demokrasi negara dan penindasan kepada Pakatan Rakyat (PR),”katanya dalam satu sidang media di wisma DAP di sini semalam.

Chua: BN sukar hadapi jentera Nizar

Chua: BN sukar hadapi jentera Nizar

Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.

BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.

"Namunn begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar."

Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.

"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.

"Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar menyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

Ditemui Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering, beliau berkata Trong setakat ini masih dianggap "kawasan kelabu-hitam" bagi BN.

Penandaan warna ini dibuat oleh parti-parti politik untuk menentukan aras sokongan yang diterima berdasarkan culaan undi. "Putih" bermakna menyokong kepada sesebuah parti, "hitam" (pihak lawan) dan "kelabu" (tidak pasti atau 50-50).

Nolee Ashilin bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi.

Katanya, petugas BN itu menyebarkan risalah perkembangan politik Perak supaya para pengundi memahami krisis antara BN dengan Pakatan yang berlarutan sejak Februari.

Kempen sulung Anwar tidak sentuh kes Altantoya


Kempen sulung Anwar tidak sentuh kes Altantoya

SUNGAI PETANI: Ceramah pertama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Selambau di sini, malam tadi berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini serta tanpa menyentuh isu-isu yang dilarang polis iaitu mengenai wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.

Ceramah beliau yang diadakan di dua tempat berasingan bagi kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Anwar dalam ucapannya memfokuskan kepada isu-isu yang sering dilaung-laungkan sebelum ini iaitu yang menyentuh tentang kaum India termasuk insiden kematian tahanan lokap, A Kugan,lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta kesengsaraan penduduk akibat sikap rakus pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Semalam, polis dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran supaya isu Altantuya dan keputusan Sultan Azlan Shah dalam isu politik Perak tidak disentuh semasa berkempen oleh mana-mana parti politik di tiga pilihan raya kecil iaitu di DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira dari parti politik yang didapati mengapi-apikan atau mengeluarkan kata-kata yang dianggap sebagai menghasut.

Walaupun isu Altantuya yang sering disebut-sebut Anwar di dua pilian raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tidak disentuh semalam, namun ia tetap disentuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyampaikan ceramah sebelum beliau malam tadi iaitu N Gobalakhisnan, Wan Abdul Wahid Endut dan Saifuddin Nasution.

Ceramah yang bermula jam 10 dan berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam berlangsung dengan aman dan dalam kawalan pihak berkuasa.

Hal ini berbeza dengan ceramah beliau pada 24 Mac lalu yang terpaksa dibatalkan apabila pihak polis terpaksa menyuraikan penonton-penonton yang hadir dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana diadakan tanpa permit polis.

Anwar dalam ucapannya menjelaskan, walaupun pemilihan calon PKR, S Manikumar mendapat tentangan segelintir pihak termasuk dari dalam PKR sendiri, namun Manikumar dikatakan sebagai calon yang paling layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat di Bukit Selambau.

"Dia ni ada kebolehan, cerdik dan boleh diangkat sebagai pemimpin India yang akan menjadi Exco kerajaan negeri.

"Ya, memang dia tidak ada pengalaman, baru 35 tahun tetapi kita tahu dia bersih sebab kita sudah interview dia selama dua jam bagi memastikan dia bersih daripada rekod jenayah," katanya

Fuh!!NIZAR masuk bilik gerakan UMNO..respect brader!!


Fuh!!NIZAR masuk bilik gerakan UMNO..respect brader!!


CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bilik gerakan BN ARIF, (Angkatan Rakyat Insaf) ketika berkempen di pekan Simpang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, hari ini.

errrr... gerombolan kudeta ada boleh buat camni???
gambar terbaik musim rampasan!!lima bintang!! Surprised Surprised


gentleman boh!!
Masuk dengan niat baik dan turut berdoa agar petugas Umno diberikan hidayah Allah untuk kembali kepada Islam sebenar

http://pas-sana-sinun.blogspot.com/

APABILA USTAZAH MEMAKAI SERAGAM POLIS


Gambar Polis Wanita Iran

APABILA USTAZAH MEMAKAI SERAGAM POLIS

Menutup aurat adalah satu tuntutan agama yang wajib dilaksanakan sepanjang masa tatkala dilihat oleh golongan "Ajnabi" atau yang bukan "Mahram". Bila dikatakan bahawa aurat wanita itu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, maknanya memakai sarung kaki atau stoken menjadi wajib bila pakaiannya (kain/jubah) tidak mampu menutupi kakinya.

Maknanya wanita muslimah mukminah wajib memakai pakaian berikut:
1- Baju, sama ada baju jubah yang labuh atau baju kurung yang tidak ketat yang tidak menampakkan susuk atau bentuk badan terutama dada dan juga punggung. Baju yang ketat dan jarang adalah haram dipakai kerana ia boleh menampakkan apa yang digelar oleh Al-Quran sebagai perhiasan wanita.
2- Memakai tudung kepala atau telekong atau mini telekong yang menutupi sekelian rambutnya dan labuh boleh menutupi sekitar dadanya.
3- Memakai sarung kaki atau stokin sekiranya kakinya masih boleh dilihat. Stokin mestilah yang boleh menutup kakinya sepenuhnya kerana dengan memakai stokin yang jarang masih tidak memadai.

KO-KURIKULUM DI SEKOLAH-SEKOLAH

Unit beruniform seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap dan lain-lain telah diwajibkan disemua sekolah yang akan dinilai sebanyak 10% dan dijadikan prasyarat untuk melayakkan seseorang itu layak menyambung ke mana-mana Universiti (dalam negara?).

Musykil

Adakah kewajipan tersebut jika dilanggar akan menyebabkan seseorang murid itu tidak akan diterima masuk ke mana-mana Universiti? Atau masih ada Universiti yang boleh menerima atas kehendak Universiti itu sendiri? Kalau satu-satu sekolah itu tidak mengikut arahan tersebut bagaimana pulak. Bolehkah satu-satu sekolah itu memohon pengecualian dari arahan ini? Apa akan jadi kepada sekolah atau murid yang tidak mengindahkan arahan ini.

MASALAH YANG TIMBUL

Apabila sekolah Agama sama ada Kerajaan Negeri atau Persekutuan dilibatkan dengan program Ko-kurikulum serupa ini ia nampak sangat janggal. Guru-guru dan murid perempuan yang selama ini taat menutup aurat mereka seperti yang disyariatkan, tiba-tiba terpaksa mangabaikan aurat mereka apabila mereka terpaksa memakai uniform Kadet Polis dan yang lain seumpamanya.

Apabila ustazah juga terpaksa membelakangkan batas-batas aurat dengan memakai uniform tertentu pada satu hari dalam seminggu seperti setiap hari rabu, mana perginya ajaran syariat Islam sebenar yang diwajibkan memakainya setiap masa sebelum ini? Seolah-olah Jabatan Pelajaran Malaysia di bawah Islam Hadhari ini membenarkan/mewajibkan para guru dan murid beragama Islam melanggar batas-batas aurat yang dikehendaki syarak satu hari dalam seminggu.

ULASAN DAN CADANGAN

Kalau kita nak fikirkan tidaklah jauh mana bezanya ketrampilan antara murid yang terlibat ko-kurikulum bahagian Unit beruniform ini dengan yang tidak terlibat. Kalaupun memang ada taklah sehebat mana manfaatnya (berbanding dengan dosa) bagi yang mengikutinya dan demikian sebaliknya. Bahkan apa yang kita dengar ialah rungutan dari guru-guru dan juga murid yang terpaksa juga melaksanakan benda ni walaupun hanya umpama "Melepaskan batok di tangga" ala kadar dan sambil lewa sahaja.

Kalaupun memang dah tak boleh nak elak kena buat juga maka ingin saya mencadangkan agar apalah kiranya:
1- Sekolah Agama Islam Negeri dikecualikan dari perkara ini.. atau kalau tak boleh juga...
2- Berilah kelonggaran agar guru-guru dan murid-burid beragama Islam khasnya di Sekolah Agama Negeri menyesuaikan potongan baju yang ada kepada yang dianggap harus kepada kaum wanita muslimah seperti menukarnya kepada bentuk JUBAH atau mana-mana yang menepati tuntutan syarat (kena cari pakaian alternatif contoh seperti pakaian Polis Wanita Iran).

Sekian sedikat luahan rasa seorang guru muslim yang rasa ngilu matanya melihat ustazah kini pakai uniform polis..... sungguh sedih dan menyebabkan air mata ini menitis apabila anak-akan kita diajar untuk menutup aurat dengan sempurna tiba-tiba satu hari dalam seminggu mereka memperagakan pakaian yang gagal memenuhi tuntutan Agama kita yang maha suci.

Kalau tidak kita memikirkan tentang keagamaan anak-anak kita siapa lagi??? Saya hanya melaksanakan tanggung jawab saya apabila meresakan perkara ini perlu diambil perhatian serius. Dosa mereka adalah kerana ketempangan dasar dan kepincangan kita dalam mendidik mereka. Akhir sekali saya sudah menyampaikan yang hak, terpulanglah kepada yang berwajib untuk bertindak. Apa yang penting saya tak mahu didakwa di akhirat nanti.

Sekian terima(lah) kasih.

Ambuyat/Azhari(s)
1:39pm 1 April 2009

Artikel Berkaitan:
Seloka KITA dan AURAT (1)

Selasa, Mac 31, 2009

Forum anggota parlimen Islam kesal atas tindakan Israel menculik ahli MP.

Forum anggota parlimen Islam kesal atas tindakan Israel menculik ahli MP.
Written by admin from on March 31st, 2009 | 0 Comments

Selasa, 31/03/2009 - Forum Kebangsaan yang dihadiri oleh anggota parlimen Islam dengan tegas mengecam Israel kerana menculik para penggubal undang-undang juga sebagai rakyat Palestin, mereka juga menggesa Israel membebaskan semua MP dan para menteri daripada penjara Israel tanpa syarat.

Dalam surat yang diterima oleh PIC, Abdelmajid Manasera iaitu pengerusi forum berkenaan yang secara jelas menolak segala penghinaan terbuka yang digunakan Israel dengan mengugut HAMAS perkaitan isu Jerusalam dan tawanan.

Manasera menyeru semua negara arab dan negara islam yang lain turut serta dalam beberapa perancangan meneruskan tekanan terhadap Israel yang secara terus menerus bertindak kejam terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ammar

Atas dasar kesatuan, kerajaan HAMAS di Gaza bebaskan 38 tawanan FATAH.


Atas dasar kesatuan, kerajaan HAMAS di Gaza bebaskan 38 tawanan FATAH.
Written by admin from on March 31st, 2009 | 0 Comments

Selasa, 31/03/2009 - Gerakan HAMAS di Gaza, yang mana kerajaan yang dipilih rakyat Palestin bersetuju membebaskan 38 tawanan sekutu mereka, parti Fatah. Tindakan tersebut diambil apabila meneliti ia adalah baik untuk menjayakan pembentukan kesatuan dalam kerajaaan.

Tawanan yang dibebaskan termasuk dua daripadanya sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup, dan selainnya pula menjalani hukuman penjara tempoh yang panjang. Sebagai balasan, HAMAS berharap parti FATAH yang sedang memerintah ( bukan atas pilihan raya, tetapi sebab sokongan US dan Israel) di Tebing Barat, agar membebaskan tawanan gabungan HAMAS yang ditawan kerajaan FATAH.

Seorang penggubal undang-undang dari parti HAMAS, Ashraf Jum’a amat pasti atas inisiatif pembebasan tawanan adalah langkah yang baik. Beliau menambah bahawa terdapat beberapa tawanan FATAH lagi yang belum dipastikan status pembebasan, tetapi tidak menyatakan jumlah secara tepat.

Dua parti besar dalam sistem politik Palestin bersaing untuk memerintah sejak HAMAS menang dalam Pilihan Raya Umum pada 2006. Pilihan Raya seterusnya dikatakan pada Januari 2009, tetapi ditangguhkan kerana percubaan meluas secara kejam Israel di Gaza. HAMAS dan FATAH direncanakan akan membuat perjumpaan membahaskan berkenaan kesatuan kebangsaan awal April ini. Usaha sebelumnya dalam membentuk kesatuan dalam kerajaan telah menemui kegagalan.

Berikut senarai tawanan yang akan dibebaskan:

Zaher Fadel Al-Khalidi
Hassan Mohammad Nisseo
Hani Mamdouh Salem
Amin Hamdan Asaliyah
Hijazi Mas’oud Al-Ghafari
Ashraf Saleh Ghabayen,
Hazim Ziad Ashour
Nael fathy Sa’id
Jihad Yousef Abu Al-Ola
Rashad Sa’d Ad-Din Abu Halabiyah
Yousef Atta Al-Khour
Tamer Hassan Abu Ali
Na’im Sha’ban Harara
Hassan Mohammad Az-Zanat (hukuman seumur hidup)
Ashraf Jmei’an Abu Ghayadh
Suffian Mohammad Ad-Dabbaki
Wael Abd Ar-Rahman Ghneim
Zaki Rashad As-Sakani
Mohammad Mahmoud Shahin
Shadi Ali Abu Al-Ouf
Wajih Ramadan An-Najjar
Qabil Maher Al-Masri
Mohammad Ali Shabat (hukuman 2 tahun penjara)
Mu’taz Suleiman Al-Ijel
Luay Sa’d Mhanna
Midhat Khader Al-Ijel
Mohammad Tayseer Abu Nada
Sameh Awadallah Dahlan
Mohammad Younis Al-Habibi
Khalil Omar Al-Habbash
Nidal Mohammad Abu Oudah
Ra’fat Abd Ar-Raziq Al-Ashri
Shadi Khader Ahmad
Nael Jamal Harb
Mohammad Khalil Kuheil (hukuman seumur hidup)
Mahmoud Abd Al-Karim Zeidiya
Ahmad Abd Al-Aziz Mwannas
Hussam Ali Abu Qourah

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ammar

Asad: Israel harus ditentang.


Asad: Israel harus ditentang.
Written by admin from on March 31st, 2009 | 0 Comments

Selasa, 31/03/2009 - Presiden Syria, Basyar al-Asad menegaskan perdamaian dengan Zionis-Israel tidak akan berhasil tanpa disertai dengan tekanan kumpulan pejuan. Ini menunjukkan sokongan terhadap para pejuang. Asad bercakap ketika menghadiri KTT Arab di Doha. Sehingga kini, tidak ada lagi rancangan perdamaian yang berjaya kerana terdapat banyak perkara-perkara asas perdamaian tidak dipenuhi.

Beliau turut menyatakan negara haram Zionis-Israel dibangunkan atas penindasan, kezaliman dan pengusiran rakyat Palestin. Dalam keadaan kerajaan Zionis-Israel sekarang yang ekstrim, maka adalah hampir mustahil untuk terlaksananya perdamaian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Mahyuddin Yassin dan Tengku Adnan di panggil dengan rasuah! (Video)

Mahyuddin Yassin dan Tengku Adnan di panggil dengan rasuah!
Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 12:20:18 MYT oleh AbuJihad

Video Klip Oleh Nur Iman

Wa ni malas nak menulis sebab dah banyak sangat orang yang tulis, hehe..tapi andengan panas yang tak di sengajakan ni sudah cukup untuk membuatkan bakal timbalan pendana menteri Malaysia ni tak dapat tido lena sepanjang kempen di PRK P.059 Bukit Gantang



Lu tengok la sendiri bagaimana rakyat sampaikan pesanan mereka terus ke telinga mereka ni...;)

Calon BN Doakan Kemenangan untuk Pakatan Rakyat


Calon BN Doakan Kemenangan untuk Pakatan Rakyat
Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 17:40:07 MYT oleh TokPenghulu


Maghrib 29 Mac 2009, di Masjid Simpang, Ir Mohamad Nizar telah mengimamkan solat, antara makmumnya ialah calon UMno-BN Ismail Saffian, Muhyiddin Yassin dan Zambry Khadir, ntah apa yang didoakan oleh Ir Mohamad Nizar, tapi mamat-mamat BN ni kemain mengaminkannya...hahaha..!!

- dari blog Rona Rona Dunia!


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

--
Dicatat Oleh Hijat Panjang... ke ApSeReNaPeTe - " hentam ajer lah labuuu...

Resipi Hari Ini - Sup Ayam Ala-Mamak


Resipi Hari Ini - Sup Ayam Ala-Mamak
Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 07:47:13 MYT oleh AbuJihad

Bahan Rencah Oleh matuse68

"

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]


5 cawan air
1 baang serai [ketukkan]
garam
bawang goreng

Bahan Tumbuk:
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan Rempah Tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara Memasak:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang. Lain-lain resipi disini...

Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi


Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi
Dilulus terbit pada Monday, March 30 @ 22:44:38 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh putraazhari

" Semakin sayang Allah Taala kepada kita, semakin kuat diuji Iman kita kepada-Nya. Namun dipenghujungnya diberikan sebaik-baik penawar setelah kita bertahan dan bertemu jalan penyelesaian dengan penuh kesabaran, iaitu ketenangan yang hakiki di hati. Lembut hidayah-Nya menyapa dalam tarbiah.

Pelbagai masalah hari ini adalah bermula dengan perasaan kasih sayang. Jika direnung kembali, semuanya akan bertaut menjadi satu iaitu soal cinta.

Bermula dengan pemilihan calon suami isteri itu lagi, hinggalah hubungan antara ibu bapa dan anak-anak mereka, dan seterusnya sebuah masyarakat yang memahami rukun kehidupan madani dapat diwujudkan. Jika baik dari awalnya, maka eloklah akan ianya hingga generasi seterusnya.

Payah nak mengubah cara hidup ini, namun at least berusaha. Kerosakan sebuah cinta hakiki yang semakin menjadi-jadi di zaman ini, ternyata kini berada di peringkat kritikal. Bayangkan anak-anak yang baru dilahirkan dan janin-janin dibuang tanpa ada perasaan belas dan ihsan. Sedangkan anak kucing yang mati pun, ibunya meratapi sedih pemergiannya.

Krisis perceraian yang membuak-buak disekeliling kita. Menjadi suami isteri dalam jangka masa yang terlalu singkat, yang tidaak pernah kita bayangkan kini seumpama buih dilautan. Anak-anak kecil yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Betapa hancur kerohanian mereka dengan perceraian tersebut, menyaksikan perbalahan ibu bapa. Kesemua ‘kebencian’ itu akan mereka serap ke dalam jiwa dan mungkin diulang siar setiap masa. Mungkin dari segi fizikal, memang kita tidak nampak kesannya, namun di hati siapa yang tahu. Mereka adalah salah satu pembentukan sebuah masyarakat pada masa akan datang.

Barangkali didikan kita terhadap sesuatu isu dan melihat kesannya itu juga, kurang dalam masyarakat kita. Tidak usah lihat jauh, subjek-subjek yang memerlukan seseorang itu berfikir di universiti pun sudah dianggap ‘tidak diminati’ oleh kelompok mahasiswa, umpamanya falsafah. Jadi apabila mereka dihadapkan dengan isu-isu seperti ‘couple’, memilih pasangan, cinta, kerjaya dan sebagainya, mereka akan menjadi seperti robot dan kaku untuk bertindak matang. ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Dalam kehidupan ini tiada semuanya yang mutlak kecuali apa yang telah ditetapkan di dalam el Quran dan Sunnah baginda saw.

Sebuah Matlamat Dalam Jaga

Pencerahan adalah lawan pada ketidakmatangan yang ditempa sendiri. Ramai yang melawan pencerahan kerana tidak bersedia mengakui kesalahan diri sendiri. Ramai yang tidak sanggup mengambil kata-kata diri sendiri itu, dari perspektif tanggunjawab yang perlu dilaksanakan. Sebab itu barangkali, ada yang selesa menyandarkannya kepada sebuah nama yang boleh dianggap besar sebagai lapis hujah, namun kesedaran untuk merubahnya jauh sama sekali untuk dipratikkan. Jauh panggan dari api.

Persoalan cinta adalah satu isu yang penting kerana cinta adalah salah satu keperluan hidup dan merupakan fitrah insani yang terletak di dalam hati. Merasainya membuatkan kita seperti bersemayam di mahligai bahagia kerana keasyikannya membuai dan menempa lembut. Penulis lebih suka dan cenderung untuk menghuraikan persoalan atau isu cinta ini, ketika orang ramai tengah sibuk berkenaan isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Kerana selain daripada kita menumpu terhadap isu sebegitu kita juga tidak boleh lupa persoalan cinta yang, insha-Allah dapat membantu dalam menyejukkan dan menenangkan hati kita dalam menghadapi kegawatan sekarang ini. Bukan matlamat utama, tetapi sekadar memenuhi keperluan yang dinyatakan tadi mengikut kaca mata Islam.

Pemikiran penulis seolah-olah sedikit sebanyak dipenjara oleh buruknya kesan ‘virus cinta’ yang melanda umat, khususnya golongan umat yang mengaku berjuang di jalan-Nya. Wabak yang menatijahkan mereka yang diangkat menjadi pimpinan tidak mahu melepaskan belenggu cinta. Penyakit Persatuan Mencari Isteri (PMI) dan kudis bercinta ‘ala islamik’ yang makin merebak. Paling menyakitkan ialah kudis ini. Tiada ubat yang paling mujarab, kecuali kembali pada-Nya.

Ramai yang menelan ‘pil cinta Islamik’ sebagai satu alasan menghalalkan bercinta. Ramai yang berteleku Di Atas Sejadah Cinta, meratib Ketika Cinta Bertasbih, dibuai Ayat-Ayat Cinta, dan menerima Aku Terima Nikahnya tanpa berteleku di atas sejadah Qiamullail, meratib istighfar minta dipelihara dari nafsu, mengalun ayat-ayat cinta secara istiqamah dan menjalankan kehidupan beragama sebelum bersedia untuk menerima seruah nikah. Mudahnya, yang dipetik dari penulisan-penulisan ini hanyalah ideologi ‘cinta islamik’ tanpa penghayatan kehidupan beragama secara menyeluruh. Perkara yang sama berlaku kepada Islam;

“choose what you like, leave out the others”

Mengapa kita sukar memperolehi jawapan yang menenangkan? Kita asyik salah dalam membuat kesimpulan? Kita terpinga-pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul di hadapn kita?

Ramai ulama’ memberikan jawapan bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama; kita tidak atau kurang membaca. Kedua; kita terlalu banyak membaca tanpa cuba untuk memahaminya.

Tanyalah dengan jujur, apa yang kita baca hari ini?

Allah Taala berfirman; “Bacalah” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama Tuhan-Mu” Ertinya, sebagai seorang muslim, kita perlu membina diri sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keEsaan-Nya. Jika tidak, anda dan kita semua akan melampaui batas.

Sindrom ‘bangau oh bangau’ makin berleluasa sekarang nampaknya. Kenapa mesti letakkan kesalahan dan tanggungjawab pada sesuatu jemaah sahaja? Bukankah kita semua adalah pemimpin pada diri sendiri. Maka tanggungjawab ni mesti pertamanya diletakkan di bahu sendiri. Kewujudan lajnah-lajnah atau persatuan bak cendawan selepas hujan bukanlah sebagai kuasa pemutus yang muktamad. Jika ada kesilapan, maka mereka yang terpaksa bertanggungjawab. Sebaliknya individu itu sendiri adalah penimbang tara yang terbaik. Setiap daripada kita tahu dan secara logik kita faham apa perbuatan yang baik, dan apa perbuatan yang buruk.

Nabi saw bersabda; “Perkara yang aku larang kamu daripada melakukannya, hendaklah kamu jauhkan diri daripadanya. Dan perkara yang aku perintahkan kamu lakukan, hendaklah kamu laksanakan dengan sepenuh keupayaan kamu. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan oleh banyakkan persoalan mereka, serta percanggahan ke atas apa yang diajarkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada mereka” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi

Berkahwin adalah satu peringkat hidup untuk menambah fungsi dalam kehidupan. tanpa berkahwin, kehidupan masih sebuah kehidupan dan tanggungjawab kita adalah untuk berterusan mentaati-Nya sama ada di dalam perkahwinan atau di luar perkahwinan.

Janganlah kita berkahwin semata-mata kerana untuk mengelak zina dan maksiat tanpa tahu tujuan utama. Terlalu lemah alasan tu. Kerana perkahwinan bukannya dibina di atas menjauhkan perkara maksiat. Sebaliknya perkahwinan dibina apabila kematangan fikiran sudah dapat mengatasi emosi. Ianya memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Tidak cukup kalau sebelah isteri sahaja atau daripada pihak suami sahaja. Kalau setakat nak mengelak zina, lebih baik berpuasa dan selalu berteleku di atas sejadah, habis cerita.

Cuba kita survey, berapa ramai yang kahwin semata-mata kerana kerana Allah untuk jauhkan zina. Jarang sangat, dalam seribu mungkin ada satu. Alasannya mudah, sebab memang dah suka sama suka dengan pasangan tu. Sampai tidak boleh control untuk berhubung selalu,hantar khidmat pesanan ringkas (sms) ,Yahoo Messenger dan sebagainya. Kononnya, minta tolong kejutkan untuk bangun tahajud dan sebagainya

Kalau kat kampus, kita boleh tengok di kalangan rakan-rakan walaupun tidak semua, boleh hidup dan dilatih dalam suasana yang ’syadid’, 'iklim baik’, dan 'biah solehah’. Tapi realiti yang berlaku bila keluar dari alam kampus, masing-masing sudah mula pudar dan hanya menunggu lusuh dari pegangan diri.

Dalam perkahwinan, kenikmatan rumahtangga dan tanggugjawab yang besar datang dalam satu pekej yang tidak boleh dipisahkan. Masalahnya remaja yang bercinta tidak sabar lalu menikmati kemanisan berumahtangga sebelum bersedia memikul tanggungjawab. Akibatnya mereka mengalami kejutan budaya apabila berhadapan amanah yang menuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi. Rasa manisnya sudah habis kerana telah mengecapinya sebelum kahwin lagi. Bila sudah kahwin, yang tinggal hanya lampin dan kerenah anak-anak. Setelah diketahui usaha mencari yang baik-baik itu sukar, mengapa tidak berusaha memperbaiki diri dan pilih sahaja yang ‘taklah baik sangat’ tapi boleh dididik menjadi baik?

Teringat Saidina Ali dan Fatimah az Zahra yang serba susah tetapi hidup penuh keimanan. Sentiasa dalam kelaparan, tetapi penuh ketakwaan. Syurga Firdausi tempat mereka. Apalah kesusahan kita berbanding dengan mereka? Fikirkan.

Jangan jadikan alasan, bila isteri curang atau sudah tidak bernafsu memenuhi tuntutan diri, untuk mecari lain, berpoligami. Pada penulis poligami itu adalah madu. Namun tak semua dapat menghirupnya kerana mungkin disebaliknya racun yang bisa merosakkan. Nilai diri dengan Iman bukan dengan nafsu untuk mendapatkan madu. Jika berlandaskan Iman dan cahaya agama, insha-Allah ianya menjadi sebahagian nikmat kurniaan Allah. Namun jika nafsu jadi sandarannya khuatir madu bertukar menjadi racun.Tidak kurang yang mendapat madu, ramai juga terkena racun poligami. Jentik hati tanya Iman.

Semoga kita semua sedar sebelum terngadah. Tahu apa yang perlu dilakukan. Tahu yang perlu didahulukan dan yang perlu dikemudiankan. Gunalah pencerah akal yang sihat dan ilmu yang sentiasa menemani dalam bertindak. Berdoalah selalu kepada-Nya semoga segala-galanya berjalan seperti yang dirancang dan bisa dicernakan di dalam kehidupan seharian.

Semoga sebuah ‘Cinta Bertasbih Di Mihrab Ilahi’ sentiasa memayungi kita.

ameen

http://puteraazhari.blogspot.com/

Ibu tunggal diperkosa?

Ibu tunggal diperkosa?
Dilulus terbit pada Monday, March 30 @ 15:29:04 MYT oleh TokPenghulu

Aduan @ Laporan Oleh fmy

Bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu tunggal ini, diperkosa oleh lelaki yang dikenali? Dan orang yang dikenali itu beza umurnya adalah 7 tahun dari ibu tunggal ini...perbualan antara mereka seperti adik dan kakak.

Tiba-tiba dan memang tak diduga oleh ibu tunggal ini yang hidupnya akan jadi begitu. Nak kata ibu tunggal ni keterlaluan dari segi pakaian, tidak pun. Atau pun, di zaman ini, lelaki-lelaki ni dah buta matanya...yang tak menunjukkan keseksian pun dihentam semacam. Seperti tidak percaya, dengan umurnya yang hampir 40 tahun, mempunyai anak, masih sampai lagi hati lelaki melakukan pekerjaan terkutuk itu. Langsung tiada hormat dari lelaki yang dianggap seperti adik. Menurut apa yang diceritakan oleh ibu tunggal ni, sewaktu dia diperkosa, kudratnya memang tak dapat melawan kudrat si lelaki, walau macamana ditolak pun, tetap tak berganjak, yang mampu dilakukan ialah berkata 'ya allah, ya allah, tolong aku, kesian anak-anak aku mempunyai ibu seperti aku'.

Dan yang paling menyakitkan hati ibu tunggal ni, tidak ada kata-kata maaf pun yang keluar dari mulut lelaki ini. Dan bila ditanya kenapa buat begini, dengan selamba lelaki ni menjawab, 'tak tahanlah kak'. Sakitnya hati mendengarkan kata-kata begitu.

Dan memang niat ibu tunggal ni hendak membuat laporan polis, sebab itu, tanpa mencuci apa-apa yang sepatutnya, dia terus menyarung pakaian yang ditanggalkan oleh lelaki ini. Pergi ke klinik, doktor di situ mengarahkannya ke hospital kerajaan. Tetapi, waktu itu, jam telah menunjukkan pukul 8 malam. Macamanalah dia hendak pergi, dengan anak-anaknya lagi...lepas itu hendak ke balai polis. Dia tak nak apa yang berlaku di depan mata mereka ...balai polis, hospital, menjadi tanda tanya dan igauan mereka.

Akhirnya, demi anak-anak dia memadamkan niatnya untuk ke balai polis dan hospital kerajaan. Jauh di sudut hatinya, dia berdoa semoga Tuhan membalas apa yang telah dilakukan oleh lelaki ini.

Cuma yang dikhuatiri kalau-kalau ada gambar beliau dirakamkan. Kalau tersebar, alangkah malunya.

Boleh forumers beri pendapat, apa yang patut dibuat oleh ibu tunggal ni? Boleh ke dia membuat report lagi sedangkan bahan bukti telah tiada. Yang ada cuma seluar dan pakaian dalam yang melekat air mani lelaki tu."

SIAPA GADAI TANAH ADAT BDC DI SABAH?


SIAPA GADAI TANAH ADAT BDC DI SABAH?
Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 12:01:38 MYT oleh AbuJihad

Artikel Oleh anaqsabah

" WALAUPUN kes Saman No. S21-114-2002 yang difailkan oleh OKK Hassnar M.P Ebrahim (gambar) hanya kes salah tangkap atau salah tahan, namun Peguam Negara Malaysia telah mengkategori kes ini sebagai kes penting di dalam fail PN/SBH/HQ/ 13/06/2003 kerana melibatkan integriti Kerajaan Persekutuan.

Hassnar dalam saman sivilnya mencabar Inspektor Majari Awaljari dan 11 yang lain di Mahkamah Tinggi Sandakan kerana polis telah menyalahguna kuasa menangkapnya secara salah dan berniat jahat sehingga mencemarkan imejnya sebagai peniaga dan pemimpin masyarakat.

Ketika ditemui sabahkini.net, Hassnar mendakwa beliau bukan sahaja menuntut pampasan di atas kerugian harta, kesengsaraan fizikal, kecederaan nama baik, malah ingin agar tanah yang dirampas dikembalikan kepada mereka yang berhak.

"Tanah ini adalah tanah adat, bukan tanah setinggan. Kerajaan Berjaya telah membenarkan penduduk tinggal dan mendirikan rumah BDC dengan membangunkan segala prasarana. Kenapa pula Kerajaan BN yang robohkan dan rampas tanah adat tersebut?," ujar Hassnar yang menceritakan bahawa beliau ditangkap polis ketika membantu penduduk BDC membuat laporan polis setelah rumah mereka dirobohkan dalam Ops Nyah II Bersepadu pada 2002.

Walaupun ketika itu, Musa Aman hanya menjadi Ketua Perhubungan UMNO Sabah, namun kata Hassnar telah mengeluarkan kenyataan bahawa tanah tapak rumah bumiputera yang tersilap dirobohkan akan dibangunkan sebagai projek perumahan yang mampu dimiliki oleh penduduk kampung yang majoritinya berpendapatan rendah.

"Tetapi apabila Musa menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1 April 2003, dua hari selepas hari jadinya, Musa telah meluluskan tanah tersebut kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) seluas lebih 100 ekar," ujar Hassnar yang menyebut Musa telah mendesak kroninya mengadakan usahasama untuk memajukan tanah tersebut sebagai pusat komersil dan bukannya projek perumahan untuk rakyat.

Modus operandi yang dilakukan sama seperti tanah Usia di 1Borneo, tetapi kata Hassnar, tanah adat di BDC yang difaraidkan kepada MPS dimajukan oleh kroninya.

"Musa harus menafikan tidak mempunyai kaitan langsung dengan syarikat yang menjalankan kerja menimbus tanah dan membina hotel lima bintang di atas tanah berkenaan? Apakah beliau tidak terlibat jika kediaman rasminya dijadikan alamat pengarah syarikat?," tanya Hassnar yang telah menyampaikan sapena kepada Musa agar hadir memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 13 April 2009.


Tegas Hassnar, beliau kesal kerana tanah adat BDC berkenaan telah dicagarkan dengan Sabah Development Bank Berhad untuk mendapatkan pinjaman sejumlah RM104 juta bagi membiayai projek mewah tersebut.

”Saya tidak pasti pinjaman tersebut dibuat atas nama syarikat mana, tetapi saya pasti dua syarikat yang memajukan tanah adat berkenaan, Integral Acres Sdn.Bhd dan Compo Sdn.Bhd menggunakan alamat kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Libaran, ” tegas Hassnar yang kesal kerana Musa sanggup menjual maruah orang Melayu dengan menyerahkan tanah berkenaan kepada ’Orang Cina’.

Hassnar yang sebelum ini menggelarkan dua syarikat berkenaan sebagai 'Mafia' kerana berpendapat tidak ada mana-mana undang-undang di dunia ini yang boleh merampas tanah orang Melayu sesuka hati tanpa pampasan dan diserahkan kepada Orang Cina untuk apa juga tujuan.

”Ini adalah perlakuan jenayah dan Ketua Menteri Sabah telah bersubahat dengan penjenayah,” ujar Hassnar yang keberatan memberikan maklumat secara terperinci kerana kesnya menentang perobohan rumah orang Melayu di BDC ketika era Chong Kah Kiat sedang dibicarakan di mahkamah.

Projek 'hantu' membangunkan tanah adat BDC ini diluluskan kepada syarikat, anak kroni Musa Aman, Nasir Yeo dan Andrew Lim tidak teratur dan mempunyai agenda apabila tidak mempamerkan sebarang notis atau papantanda projek sebagaimana yang diwajibkan di dalam semua projek kerajaan.

Maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati proksi Musa, Andrew Lim Nyuk Foh adalah Pengarah Maxland Sdn.Bhd. Manakala pemegang saham Maxland Sdn.Bhd disembunyikan sebaliknya dinyatakan sebagai Priceworth Industries Sdn.Bhd.

KRONI...Nasir Yeo, jutawan bankrap menggunakan anaknya sebagai proksi Musa Aman untuk membangunkan projek di tanah adat orang Melayu.


Semakan maklumat Priceworth Industries Sdn.Bhd juga menunjukkan Andrew Lim Nyuk Foh adalah Pengarah syarikat berkenaan, namun sekali lagi maklumat pemegang saham dikaburkan dengan menamakan Priceworth Wood Product Berhad.

Lebih mengejutkan, Mantan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Tan Sri Sabaruddin Chik turut menjadi Pengarah Priceworth Wood Product Berhad bersama Andrew Lim Nyuk Foh, Ooi Jit Huat, Ramlee Mohd Shariff, Kwan Tack Chiong, Chok Syn Vun.

Pemegang utama saham Priceworth Wood Product Berhad ialah Cimsec (Tempatan) Sdn.Bhd iaitu 45.34 juta saham dan Andrew Lim Nyuk Foh pemegang saham kedua terbanyak iaitu 11,051 juta saham dan Sabaruddin Chik sebanyak satu juta saham.

Manakala sebuah syarikat yang terlibat dengan pembinaan hotel lima bintang ialah Integral Acres Sdn.Bhd yang turut melantik Andrew Lim Nyuk Foh dan Azlan Nasir @ Yeo Guan Hock sebagai Pengarah syarikat dan dimiliki oleh Campo Sdn.Bhd dan Priceworth Wood Product Berhad yang masing-masing memegang 2.45 juta dan 2.55 juta saham.

Azlan Nasir @ Yeo Guan Hock turut menjadi Pengarah Campo Sdn.Bhd dan menjadi salah seorang pemegang saham utama dengan 1.2 juta saham disamping Hamidah Mohd Kamdi, Kan Kam Mun dan Betny Chin Sang @ Elizabeth Chin.

Sementara itu, dalam perbicaraan baru-baru ini, Setiausaha MPS, Mohamad Hamsan Awang Supain (gambar) ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Sandakan mengakui bahawa terdapat usahama yang dimaterai antara MPS dengan syarikat swasta untuk membangunkan kawasan seluas 100 ekar di BDC sebagai perumahan dan bangunan komersil.

Berikut, nota prosiding mahkamah;
PW8 Mohamad Hamsan Bin Awang Supain
[591006-12-5339]
Affirms and states in English
Secretary of Majlis Perbandaran Sandakan

Examination in chief of PW 8:
Q476 Where were you born?
A Kampung Bilit, Kinabatangan.

Q477 When did you first come to know or see kampung Perpaduan or Kampung BDC, Sandakan?
A I actually came to know the kampung when I joined Majlis Perbandaran Sandakan in Year 1987.

Q478 Do you have any relatives or friends that stay at Kampung BDC?
A Yes.

Q479 Can you give their names and relationships with you?
A My auntie by the name of Hajah Atnan binte Haji Sandukung but she has passed away. That is the immediate family stay in Kampung BDC. I have some friends that I know who also stay there.

Q480 Do you know when your late auntie start to reside at Kampung BDC?
A She started to reside at Kampung BDC in 1982.

Q481 Was she the native of Sabah?
A Yes.

Q482 From which ethnic group?
A Orang Sungei.

Q483 Since you worked in MPS are you aware whether MPS had collected assessment and other rates from the residents at Kampung BDC?
A Yes, MPS charged house assessment at BDC area but it was stopped for some reason due to new policy.

Q484 Can you inform the Court what was the zoning of the area in 2002?
A It was a state land.

Q485 What is the present status of the area where the houses had been demolished?
A About a hundred acres of land in that area were given a title to Majlis Perbandaran Sandakan.

Q486 What was the purpose of land use in the title?
A There was a joint venture project between the MPS and a company. The proposed project of the joint venture was to have a mixed development consisting residential and commercial buildings.

Q487 What is the name of the joint venture company?
A I can't remember.

Q488 When was the joint venture signed?
A After the demolition.

Q489 Do you know the name of the office in MPS who knows the name of the company?
A The President.

Q490 Are you aware of the operation code named OPS Nyah II?
A Yes, I do.

Q491 What was the purpose of that operation?
A It was conducted with the directive of the higher authority to clean up all the illegal immigrants in Sabah. At the time same time when we found out the illegal immigrants staying in any squatter area, the authority would chase them away and demolished the houses.

Q492 How many houses were demolished at Kampung BDC in Year 2002 under OPS Nyah II?
A I can't remember the exact number but there were several thousand plus.

Q493 Were all the houses that were demolished occupied or owned by illegal immigrants?
A There were some bumiputra owned the houses there also but some were rented out to illegal immigrants.

Q494 If the exercise were to get rid of illegal immigrants, why were the houses owned and occupied by the natives from Sabah also demolished?
A I came to understand that these are directives from the higher authority i.e. the State Government of Sabah.

Q495 Did you receive a subpoena to testify and to produce documents at this trial?
A Yes.

Q496 Are you able to produce the documents that are specified in the subpoena?
A Yes. We can produce but not at this moment as we need sometime to dig up the document. This is because some of the documents were before I joined the MPS.

Q497 How long will it take?
A End of the month.

Q498 Can you refer to page 22 PBD1, the first paragraph. Are you aware of this type of statement being made by the then Deputy Prime Minister that OPS Nyah II was not meant to demolish houses or local squatters?
A Yes.

Q499 Look at page 25, 3rd paragraph. Can you confirm whether you are aware of such statement being made by the 8th defendant Datuk Ramli Yusuf?
A Yes.

Q500 Refer to page 36 PBD1, 1st paragraph. Are you aware of such statement being made by the then Chief Minister?
A Yes.

Q501 Can you inform the Court who led the OPS Nyah II at Kampung BDC/Kampung Perpaduan?
A It was led by Sandakan OCPD, Chief police officer.

Q502 What is his name?
A Tuan Suhaimi.

Q503 Did you attend any meeting on OPS Nyah II that was chaired by Tuan Suhaimi?
A Yes, I attended once.

Q504 Did you raise any objection to the demolition of houses belonging to the natives staying at Kampung BDC in view of the assurance by the Prime Minister and the State Police Chief that only houses of illegal immigrants were to be demolished?
A No, because we were informed that these are directives from the higher authority.

Q505 Who was the person who informed that it was directive from the higher authority?
A The chairman i.e. OCPD.

Q506 Is it your evidence that there is a higher authority than the Prime Minister of Malaysia and the Chief Police Officer of Sabah?
A No.

Q507 What do you understand when the OCPD Tuan Suhaimi used the words 'higher authority'?
A I guessed he was referring to the State Government of Sabah.

Q508 Can you inform the Court which government agency authorized the reclamation and filling of the site of the houses that had been demolished under OPS Nyah II?
A Majlis Perbandaran Sandakan. They submitted the development plan and it was discussed in Town Planning Committee and I assume everything was in order and the Committee approved.

Mr Ansari: Pending the documents which we asked for, I have no further questions for this witness at the moment.I leave it to the Court to decide whether the cross-examination is to be done today or after the documents have been produced.

Mr Ritikos: I believe it is better to defer the cross-examination until my learned friend has finished his examination in chief.

Court: Cross-examination to defer until conclusion of examination in chief of PW8. PW8 is released subject to recall.
Adjourn to 1.45 p.m.

Signed. Y.A. Puan Yew Jen Kie
At 12 noon.

http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1011:siapa-gadai-tanah-adat-bdc-di-sabah&catid=69:tanah-adat&Itemid=75

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN