PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Mac 15, 2008

Kurangkan potfolio Kabinet untuk parti komponen BN yang kalah

Kurangkan potfolio Kabinet untuk parti komponen BN yang kalah
Harakahdaily
Sat | Mar 15, 08 | 2:27:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Seminggu sudah berlalu tetapi masyarakat pelbagai lapisan masih "berhujah dan berdebat" mengenai kejutan keputusan pilihan raya umum, baik kedai kopi, warung mamak, pejabat mahupun di institusi pengajian tinggi, lapor Haslinda Zainal, wartawan Bernama.

Keputusan yang memberi prestasi terburuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam sejarah telah dihurai ramai pemerhati dan penganalisis politik, masing masing dengan hujah dan pandangan tersendiri.

Persoalannya sekarang, rakyat tertunggu-tunggu barisan Kabinet baru yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seawal-awalnya Isnin depan.

Adakah komposisi Kabinet yang baru ini akan lebih menawarkan perkhidmatan cemerlang dan mampu bertugas dengan lebih baik berbanding barisan terdahulu agar kesilapan lama tidak berulang.

Bagaimana pula dengan nasib perwakilan daripada parti komponen BN yang mengalami kekalahan teruk dan kehilangan begitu banyak kerusi.

Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof berkata parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Gerakan harus menerima kekalahan dan tindakan sesetengah pemimpin untuk berundur bagi memberi perhatian kepada parti wajar dipuji.

Bagi beliau, jalan singkat dengan dilantik sebagai Senator bagi memudahkan perwakilan yang kalah mempunyai harapan cerah untuk tersenarai dalam barisan Kabinet bukanlah kaedah terbaik kerana rakyat sudah bersuara dengan jelas mengenai apa yang mereka mahukan.

Pada 2004, MCA menang 31 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan mereka mempunyai kuota empat menteri, lapan timbalan menteri dan dua setiausaha parlimen sebelum Parlimen dibubarkan 13 Feb lepas.

Namun kali ini, MCA hanya menang 15 dari 40 kerusi yang ditandingi. Selasa lepas, presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting mengambil keputusan untuk menolak sebarang jawatan dalam Kabinet kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha membina semula parti.

Parti Gerakan pula yang hanya menang dua kerusi Parlimen daripada 12 yang ditandingi juga mengumumkan tidak mahu meminta sebarang jawatan menteri Kabinet. Sebelum ini, Gerakan mempunyai satu menteri, tiga timbalan menteri dan dua setiausaha parlimen.

MIC yang juga tewas teruk termasuk Presidennya Datuk Seri S.Samy Vellu dan timbalan Datuk G.Palanivel hanya mempunyai tiga orang wakil Parlimen kali ini. Parti kaum India itu sebelum ini mempunyai satu jawatan menteri, tiga timbalan menteri dan tiga setiausaha parlimen.

Dr Mohammad Agus berkata Perdana Menteri perlu mengurangkan portfolio daripada wakil parti komponen BN yang kalah bagi memberi laluan kepada muka baru yang lebih berwawasan.

"Terlalu awal untuk kita katakan komposisi Kabinet yang akan dilantik nanti tidak mampu bekerja, tetapi yang kalah portfolio mereka perlu dikurangkan, bagi memilih barisan baru perlu memberi perhatian kepada dua perkara iaitu berdasarkan parti dan negeri yang banyak menyumbang kepada kemenangan BN," katanya kepada Bernama di sini.

Pada pilihan raya umum minggu lepas, BN Sabah dan Sarawak telah menyumbang besar kepada kemenangan BN iaitu di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) memenangi 14 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (enam), Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (empat), Parti Progresif Demokrasi Sarawak (SPDP) (empat).

Di Sabah pula, Parti Bersatu Sabah (PBS) menang tiga kerusi, Parti Maju Sabah (SAPP) (dua), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Liberal Demokratik masing-masing satu kerusi.

Mengikut komposisi pelantikan pada 2004, selain MIC, MCA dan Gerakan, Abdullah memberikan 21 jawatan menteri, 18 timbalan menteri dan 11 setiausaha parlimen kepada Umno.

PBB mempunyai dua kuota menteri, satu timbalan menteri dan satu setiausaha parlimen, SUPP mempunyai satu kuota menteri dan satu timbalan menteri manakala UPKO dan PBS masing-masing mempunyai satu kuota menteri.

SPDP pula mempunyai satu jawatan timbalan menteri.

Dr Mohammad Agus berkata jawatan Menteri Kabinet wajar diberikan kepada parti berkenaan tetapi kerusi mereka agak terhad di dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata menteri kabinet yang bakal dilantik perlu mempunyai ciri-ciri yang diingin rakyat seperti berketrampilan untuk memegang amanah, mempunyai rekod kerja yang baik dan yang penting tidak menafikan masalah rakyat.

"Jangan lantik mereka yang akan menafikan suara rakyat, gagal untuk memahami hati rakyat. Bila mereka menafikan suara rakyat dengan menggunakan media ia seolah-olah memperbodohkan intelektual rakyat," katanya.

Beliau berkata peluang perlu diberi kepada muka-muka baru yang menang bagi membuktikan kebolehan mereka untuk menterjemahkan hasrat dan suara hati rakyat.

"Malang jika selama empat tahun negara ditadbir dengan pelbagai rancangan tetapi rakyat tidak dapat melihat pelaksanaannya, ada (muka baru) yang harus dilihat keupayaan mereka untuk dinilai, kita perlu tindakan drastik kerana negara perlu dipacu," katanya. Dalam satu wawancara semalam, Abdullah menegaskan beliau tidak akan melantik semula menteri yang tewas, sebaliknya Kabinet baru akan dianggotai pemimpin yang berwibawa dan mampu melaksanakan apa yang dirancang kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN