PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Selasa, Oktober 28, 2008

BERTAJUK: KERTAS KERJA LENGKAP KURSUS INTENSIF KEFAHAMAN ISLAM (KIKI)

BERTAJUK: KERTAS KERJA LENGKAP KURSUS INTENSIF KEFAHAMAN ISLAM (KIKI)

Disediakan dan dibentangkan
Oleh: Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit

NYANGKUANI
Segala Puji dan Puja serta Syukur yang setinggi-tingginya dirafa'kan ke hadrat Allah S.W.T serta Salawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W. , Ahli Keluarga Baginda dan Para Sahabat serta Para PengikutNya hingga Hari kiamat.

Demi keberkatan Rejab "Malam Israk dan Mikraj" juga menjelangnya "Nisfu Sya'ban" sekali gus menjangkau ambang "Ramadhan Al-Mubarak" pada tahun 1425H bersamaan 2004M pada tahun ini, marilah kita sama-sama melangkah menuju Taqwa dan meraih Magfirah serta Keridhaan Allah S.W.T. dengan langkah Al-Mujahidin Fi SabiliLah.

Marilah sama-sama kita memuliakan ketiga-tiga bulan (Rejab, Sya'ban dan Ramadhan) yang penuh keampunan keridaan dan keberkatan ini dengan satu "Pengisian" ke arah menggapai "Cinta Allah dan Rasul" dengan mempertingkatkan amal demi kemantapan Iman dan mencapai Makam Taqwa sehingga digolongkan dalam kalangan mereka yang "Muttaqin dan Solehin", demi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.

RasululLah S.A.W pernah bersabda: "Anak kunci syurga itu ialah sembahyang dan anak kunci sembahyang itu ialah bersuci" (Mafhum Hadis yang masyhur).

Bulan Rejab yang dimuliakan Allah S.W.T. dengan peristiwa "Israk dan Mikraj" yang membawa misi dan visi keunggulan agama Islam, di mana Allah telah menyerahkan "Anak Kunci Syurga" (sembahyang 5 waktu) itu kepada KekasihNya untuk disampaikan kepada sekalian umatNya. Peristiwa penyerahan ini telah berlaku sejak 1426 tahun yang lalu (setahun sebelum Nabi berhijrah) yang mana pada ketika itu juga "Anak Kunci Sembahyang" (bersuci) diserahkan demi melengkapkan "Tiang Agama" (sembahyang).

Maka melalui kertas kerja yang kecil ini akan dimuatkan dengan ringkasan "Anak Kunci Sembahyang" iaitu BERSUCI "Anak Kunci Syurga" iaitu SOLAT dan juga PUASA dengan sedikit penerangan yang dianggap pembuka minda kepada para peserta kursus ini untuk menggali lebih dalam tentang hal ini melalui kelas-kelas bimbingan yang bakal diadakan di masjid-masjid dan surau-surau, dari masa kesemasa. Adalah diharapkan, para peserta yang dipilih oleh Allah mengikuti kursus singkat ini akan terus berjinak-jinak dengan "Rumah Allah" menjadi penghuni "Taman-Taman Syurga" disamping tidak jemu-jemu mengajak kawan-kawan yang lain untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah.

Seandainya setiap ibu bapa dapat mengajak anak-anaknya melangkahkan kaki mendekati "Rumah Allah", para "Remaja Sibuah Hati Mesyarakat" dapat mengajak kawan sebaya mereka mendekati "Taman-Taman Syurga", dengan mengadakan berbagai aktiviti berfaedah dari masa kesemasa, Insya Allah ganjaran yang besar dari Allah bukan saja akan kita terima di akhirat nanti, bahkan akan kita kecapinya sebagai nikmat, kesenangan, kesejahteraan, kegembiraan dan kebahagian di dunia ini. Apakah tidak dikatakan nikmat, senang, sejahtera, gembira dan bahagia kalau kita dikurniakan ibu bapa "Mithali" yang penyayang, anak-anak yang soleh yang mengikut kata serta berbudaya cemerlang, gemilang dan terbilang. Rumah tangga kita bergelar "Rumahku Syurgaku" di mana tiada lagi anak-anak yang liar dan tidak selesa duduk dirumah bersama ibu bapa, kerana mereka benar-benar dapat merasa "Kasih Sayang" ibu bapa "Mithali" itu setiap masa tanpa perlu mencari yang "palsu" di luar rumah yang dikhuatiri bersalut kepura-puraan oleh godaan hawa nafsu dan syaitan melalui kawan-kawan yang menjadi tonggangan syaitan. Bila semua ini berlaku dalam setiap ahli keluarga sekampung, tidakkah kampung kita bergelar kampung yang "Aman"? Kalau ada keterlanjuran yang dilakukan oleh anggota kampung yang berupa nila setitik, tidak akan dibiarkan merosakkan susu sebelanga oleh anggota kampung yang lain sudah tentu susu itu masih dan terus sesuai untuk dinikmati bersama akan manis dan lemaknya. Buangkan "Nafsu Nafsi" yang merosakkan diri, keluarga dan kampung kita, dengan menggantikannya dengan sifat bekerjasama bersafahaman, barulah tercipta perpaduan yang unggul sepertimana yang dikehendaki oleh agama kita yang suci.

Pendek kata kita bukan sahaja wajib mempelajari dan mengamalkan kaedah bersuci sebagai "Anak Kunci Sembahyang" serta solat sebagai Anak Kunci Syurga, Puasa dan lain-lain tuntutan agama, bahkan wajib mengamalkan segala ilmu yang dituntut itu dengan niat hati yang ikhlas kerana Allah, barulah segala amalan kita itu layak dinilai dan diberi ganjaran. Kalau kesemua ini diabaikan maka segala amalan kita hanya akan sia-sia.

Selamat berkursus dan diharap dapat menumpukan perhatian dengan penuh khyusuk seterusnya dapat memahami, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Untuk menambahkan lagi ilmu yang ada dari masa kesemasa, janganlah malu bertanya kepada mereka yang arif. Sebaiknya setelah kesedaran ini timbul, maka segeralah mencari kata sepakat untuk menganjurkan kelas-kelas bimbingan dan seumpamanya demi merealisasikan impian (objektif) kita bersama iaitu; Ke arah "Penduduk kampung - Yang tak tahu/ tak mahu Sembahyang- SIFAR" tercapai Insya Allah AMIN Ya Rabbal Alamin!



Sekian terima(lah) kasih,



Wassalam!



"MINIMA MASA MAKSIMA USAHA"
PASTI BERJAYA INSYA ALLAH!



Abu Edda Soyiddeeqa.
24 Rejab 1425H/09 September 2004M




1. SEBAB BERSUCI

1.1- BERHADATH.(Pada Badan)

1.1.1- HADATH KECIL:
Berhadas kerana batal air sembahyang oleh perkara-
perkara yang membatalkan "wudhu". Cara bersuci
dari hadas kecil ialah dengan berwudhu atau mengambil
air sembahyang.

1.1.2- HADATH BESAR.
Berhadas kerana melakukan sesuatu yang "Mewajibkan
Mandi".Cara bersuci dari hadas besar ialah dengan
melakukan "Mandi Wajib".

1.2- NAJIS (Pada badan, pakaian dan tempat).
Sesuatu yang kotor dan jijik seperti tahi, muntah, nanah dan
seumpamanya. Cara menyucikannya ialah dengan menghilangkannya
(tertakluk kepada jenis/bahagian najis).

2. ALAT BERSUCI

2.1- Istinjak (Kerana berak atau kencing): Alat yang digunakan
untuk bersuci ialah: Air (mutlaq) , atau batu atau sesuatu
yang kesat seperti kertas dan sebagainya.
2.2- Berwudhu dan Mandi Wajib: alat yang digunakan ialah air
(mutlaq).
2.3- Tayammum: (kerana ketiadaan air untuk berudhu dan mandi) Alat
yang digunakan ialah: Debu tanah yang suci.
2.4- Membasuh Najis: Alat yang digunakan ialah air (mutlaq) bagi
najis biasa (mukhaffafah dan mutawassitah). Atau air mutlaq
(6 kali) dan air mutlaq bercampur tanah (sekali) untuk
menyucikan najis berat (Mughalazah).
2.4- Memersihkan (Menyamak) kulit bangkai (binatang halal): Alat
yang digunakan ialah sesuatu yang kelat seperti tawas
sekalipun najis seperti tahi burung merpati.
3. KAEDAH/CARA BERSUCI

3.1- BERSUCI DARI HADATH KECIL:
DENGAN MENGAMBIL WUDHU ATAU AIR SEMBAHYANG.
3.1.1- SYARAT WUDHU 7 PERKARA.
3.1.1.1- Islam.
3.1.1.2- Mumaiyiz.
3.1.1.3- Suci dari haid dan nifas.
3.1.1.4- Menggunakan air yang suci lagi
menyucikan (mutlaq).
3.1.1.5- Tidak ada benda yang menghalang air
dari sampai kepada kulit anggota wudhu
seperti getah yang melekat ditangan.
3.1.1.6- Tidak ada pada anggota wudhu itu benda-
benda yang boleh mengubahkan sifat-
sifat air (warna, bau atau rasa)
seperti sabun, bedak, dakwat yang
banyak dan sebagainya melekat pada jari
atau muka.
3.1.1.7- Tahu rukun-rukun wudhu.

3.1.2- RUKUN WUDHU 6 PERKARA.
3.1.2.1- Niat.
3.1.2.2- Membasuh muka.
3.1.2.3- Membasuh dua tangan hingga dua siku.
3.1.2.4- Membasuh kepala.
3.1.2.5- Membasuh dua kaki hingga kebuku lali.
3.1.2.6- Tertib.

3.1.3- YANG MEMBATALKAN WUDHU 5 PERKARA.
3.1.3.1- Keluar sesuatu daripada kemaluan
hadapan (qubul) atau belakang (dubur).
3.1.3.2- Hilang aqal dengan sebab mabuk, sakit,
gila atau pitam dan sebagainya.
3.1.3.3- Tidur dalam keadaan dua punggungnya
tidak tetap.
3.1.3.4- Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan
yang bukan mahramnya (halal nikah)
dengan tidak berlapik.
3.1.3.5- Menyentuh qubul atau dubur manusia
dengan tapak tangan atau perut jari
(tanpa berlapik).

3.2- BERSUCI DARI HADATH BESAR:
DENGAN MANDI WAJIB (JUNUB).

3.2.1- YANG MEWAJIBKAN MANDI 6 PERKARA:
3.2.1.1- Jima'/bersetubuh (dengan memasukkan khasyafah
(kepala) zakar atau kadarnya kedalam faraj), walaupun
tidak keluar air mani.
3.2.1.2- Keluar air mani sama ada dalam keadaan jaga ataupun
tidur, dengan sebab bersetubuh ataupun bukan.
3.2.1.3- Mati, kecuati mati syahid dalam peperangan di antara
orang islam dengan kafir kerana menegakkan agama
Allah.
3.2.1.4- Haidh, iaitu darah yang keluar daripada rahim
perempuan tiap-tiap bulan ketika sihat, yang boleh
bermula daripada ia berumur sembilan tahun.
Sekurang-kurang masanya sehari semalam, biasanya
enam atau tujuh hari, dan sebanyak-banyaknya 15 hari
dan malamnya. Lebih dari 15 hari disebut darah
"Istihadhah" (penyakit).
3.2.1.4- Nifas, iaitu darah yang keluar dari rahim perempuan
sesudah melahirkan anak. Sekurang-kurang masa
nifas itu satu lahzaah (sekejap) selepas beranak,
biasanya 40 hari dan sebanyak-banyaknya 60 hari,
selebihnya adalah darah penyakit.
3.2.1.5- Beranak (Bersalin).
3.2.2- PERKARA YANG HARAM BAGI ORANG YANG
JUNUB (bersetubuh atau keluar mani) 6 PERKARA.
3.2.2.1- Sembahyang.
3.2.2.2- Tawaf.
3.2.2.3- Menyentuh Al-Quran.
3.2.2.4- Mengangkat Al-Quran.
3.2.2.5- Membaca Al-Quran, walaupun satu ayat atau satu
huruf, dengan perlahan atau nyaring. (kecuali dengan
niat zikir semata-mata)
3.2.2.6- Berhenti di dalam masjid, walaupun pada kadar
thumakninah (sekali baca subhanalLah). Tapi tidak
haram kalau hanya lalu tanpa berhenti, tetapi kalau
berulang-ulang haram.

3.2.3- PERKARA YANG HARAM BAGI ORANG YANG
HAIDH DAN NIFAS 9 PERKARA.
3.2.3.1- Sembahyang.
3.2.3.2- Tawaf.
3.2.3.3- Menyentuh Al-Quran.
3.2.3.4- Mengangkat Al-Quran.
3.2.3.5- Membaca Al-Quran.
3.2.3.6- Berhenti dalam masjid walaupun kadar thumakninah.
3.2.3.7- Masuk ke dalam masjid jika ditakuti (menitis
darahnya) terkena najis kepada masjid.
3.2.3.8- Puasa.
3.2.3.9- Bersetubuh atau berseronok-seronok di antara pusat
dan lutut.
3.2.4- MANDI
3.2.4.1- PENGERTIAN MANDI
Mandi ialah mengalirkan/menyampaikan air (mutlaq)
pada seluruh badan dengan niat tertentu (samada
fardhu kerana junub atau kerana haidh atau nifas,
atau sunat seperti mandi sunat hari jumaat).
3.2.4.2- RUKUN MANDI 3 PERKARA
3.2.4.2.1- Niat. Iaitu niat mandi wajib atau
mengangkat hadath besar bagi yang junub,
dan niat mengangkat hadath haidh atau
nifas pada permulaan air terkena pada
badan.
3.2.4.2.2- Menghilangkan najis terlebih dahulu
sebelum mandi, serta menanggalkan benda
yang boleh menghalang air sampai kepada
anggota badan atau sesuatu yang boleh
mengubah sifat-sifat air.
3.2.4.2.3- Menyampaikan dan meratakan air (mutlak)
ke seluruh badan (yang zahir termasuk bulu
dan rambut dan semua bahagian badan
termasuk barang yang zahir daripada faraj
perempuan ketika ia duduk semasa "Qadha'
Hajat" (buang air kecil atau besar).

4. TAYAMMUM

4.1- PENGERTIAN TAYAMMUM
Tayammum ialah menyapu muka dan kedua tangan (hingga kesiku)
dengan debu tanah yang suci dengan syarat-syarat dan niat tertentu.
4.2- TUJUAN TAYAMMUM
Tujuannya adalah sebagai pengganti wudhu atau mandi (wajib) bagi
mereka yang tidak dapat menggunakan air kerana halangan-halangan
tertentu.

4.3- SYARAT-SYARAT TAYAMMUM 6 PERKARA
4.3.1- Ada keuzuran menggunakan air seperti sakit atau ketiadaan air.
4.3.2- Masuk waktu sembahyang dengan yakin. Maka tidak sah
bertayammum sebelum masuk waktu dengan yakin.
4.3.3- Berusaha mencari air terlebih dahulu dalam sekitar jauh anak
panah.
4.3.4- Uzur memakai air kerana perkara-perkara berikut:
4.3.4.1- Takut hilang nyawa.
4.3.4.2- Takut cedera pada anggota yang sakit.
4.3.4.3- Takut kena penyakit.
4.3.4.4- Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi
lemah atau menimbulkan cacat dan parut yang keji
pada anggota yang biasa nampak.
4.3.4.5- Takut akan keselamatan dirinya daripada binatang
buas atau musuh, atau takut atas hartanya daripada
pencuri, atau takut ia terpisah dari kawannya.
4.3.5- Berhajat kepada air untuk minuman dirinya atau manusia atau
binatang yang dilindungi nyawanya, walaupun hajat itu untuk
masa akan datang seperti perjalanan masih jauh.
4.3.6- Tanah yang suci yang berdebu, maka tidak sah bertayammum
dengan tanah yang bercampur dengan kapur atau pasir.
4.4- FARDHU TAYAMMUM 5 PERKARA
4.4.1- Niat. Wajib niat tayammum kerana mengharuskan (sama ada)
sembahyang (jika-tentukan fardhu untuk menunaikan 1 solat
fardu dan beberapa sunat- jika ditentukan sunat hanya untuk
menunaikan solat sunat bukan solat fardhu), tawaf, membaca
Al-Quran atau sebagainya (mengikut yang ditentukan).
4.4.2- (Mula berniat ketika) Memindahkan debu tanah kepada
anggota (dua tapak tangan).
4.4.3- Menyapu muka (seperti wudhu-dengan debu ditapak
tangannya dan hendaklah berkekalan niatnya sehingga ia
menyapu sebahagian dari mukanya).
4.4.4- Menyapu dua tangan serta dua siku.
4.4.5- Tertib.
4.5- YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 3 PERKARA
4.5.1- Semua yang membatalkan wudhu.
4.5.2- Melihat air atau mendapat air, jika ia bertayammum kerana
tiada air.
4.5.3- Murtad (keluar dari agama islam).


Makna Solat:

Solat ialah: Beberapa perkataan dan perbuatan yang ditentukan yang dimulakan dengan "Takbiratul Ihram" dan disudahi dengan "Salam" menurut syarat-syarat yang tertentu.
Hukum Solat:
Solat terbahagi kepada 3 hukum:
1- Fardhu 'Ain (Wajib kepads setiap individu yang mukallaf)
1.1- Solat 5 Waktu iaitu:
1.1.1- Subuh 2 Raka'aat.
1.1.2- Zuhur 4 Raka'aat.
1.1.3- 'Asar 4 Rak'aat.
1.1.4- Maghrib 3 Raka'aat.
1.1.5- 'Isyak 4 Raka'aat.
1.2- Solat Juma'at 2 Rak'aat serta 2 Khutbah.
2- Fardhu Kifayah (Wajib dilakukan oleh individu tertentu – yang lain tidak wajib
bila sudah ada yang melaksanakannya) Iaitu: Sembahyang Jenazah/mayat.
3. Sunat: terbahagi kepada 2:
3.1- Solat Sunat yang tidak disunatkan berjemaah:
3.1.1- Solat "Rawatib" iaitu solat sebelum atau sesudah solat fardhu.
Solat Rawatib terbahagi kepada 2:
3.1.1.1- Solat Rawatib yang dihukumkan "Sunat Muakkadah" ada 8:
3.1.1.1.1- 2 Raka'aat (Qabliyah) sebelum fardhu Subuh.
3.1.1.1.2- 2 Raka'aat sebelum fardhu Zohor.
3.1.1.1.3- 2 Raka'aat (B'adiyah) selepas fardhu Zohor.
3.1.1.1.4- 2 Raka'aat selepas fardhu Maghrib.
3.1.1.1.5- 2 Raka'aat selepas fardhu 'Isyak.
3.1.1.1.6- 1-11 Raka'aat Solat sunat Witir sesudah fardhu 'Isyak.
3.1.1.1.7- 2 Raka'aat sebelum fardhu Juma'at.
3.1.1.1.8- 2 Raka'aat selepas fardhu Juma'at.
3.1.1.2- Solat Rawatib yang dihukumkan sunat "Ghairu Muakkadah" 5:
3.1.1.2.1- 2 Raka'aat lagi sebelum fardhu Zohor.
3.1.1.2.2- 2 Raka'aat lagi selepas fardhu Zohor.
3.1.1.2.3- 4 Raka'aat sebelum fardhu 'Asar.
3.1.1.2.4- 2 Raka'aat (ringan) sebelum fardhu Maghrib.
3.1.1.2.5- 2 Raka'aat sebelum fardhu 'Isyak.
3.1.2- Solat Isyrak. 2 Raka'aat.
3.1.3- Solat Dhuha. 2-8 Raka'aat
3.1.4- Solat Tahiyatul Masjid. 2 Raka'aat ketika masuk ke dalam masjid iaitu
sebelum duduk.
3.1.5- Solat Istikharah. Kerana menentukan pilihan, 2 Raka'aat. Bila-bila masa
afdhal waktu malam yang tenang.
3.1.6- Solat Hajat. 2 Raka'aat Bila-bila masa ada hajat.
3.1.7- Solat Tahajjud. Selepas bangun tidur tengah malam, 2 raka'aat sehingga
tidak dihadkan bilangannya sehingga ditutup dengan witir sebelum azan
subuh.
3.1.8- Solat Tasbih.
3.2- Solat sunat yang disunatkan berjemaah 4:
3.2.1- Solat Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
3.2.2- Solat Tarawiih.
3.2.3- Solat Minta Hujan.
3.2.4- Solat Gerhana matahari atau bulan.

Waktu-Waktu "Haram Solat":
Haram mengerjakaan solat sunat semata-mata (Mutlak)- (Tidak haram bagi solat Qadha) pada 5 waktu:
1- Lepas solat Subuh hingga terbit matahari.
2- Dari terbit matahari hingga sampai kadar segalah atau 7 hasta pada pandangan mata.
3- Pada masa matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir, kecuali pada hari jumaat.
4- Lepas solat Asar sehingga tenggelam/masuk matahari.
5- Ketika cahaya matahari kekuning-kuningan kerana hampir masuk hingga matahari masuk.

Syarat-syarat "Wajib Bersolat":
Wajib bersolat kepada orang yang memiliki 6 keriteria berikut:
1- Islam.
2- Beraqal.
3- Baligh.
4- Suci daripada "Haidh dan Nifas". (Haram sembahyang dan tak wajib qadha)
5- Sejahtera pendengaran dan penglihatan. Jika ia tuli dan buta sejak lahir atau sebelum mumaiyiz sekalipun ia boleh berkata-kata tidak wajib. Tetapi jika ia tuli dan buta setelah mumaiyiz wajib.
6- Sampai seruan islam kepadanya.

Syarat-syarat "Sah Solat":
Sah Solat seseorang yang memiliki 9 keriteria berikut:
1- Islam
2- Beraqal.
3- Suci daripada "Hadath kecil dan besar".
4- Suci daripada "Najis" pada badan, pakaian dan tempat solat.
5- Masuk waktu.
6- Mengadap "Qiblah"/Kiblat.
7- Menutup "Aurat".
8- Mengetahui "Rukun-rukun solat".
9- Tidak melakukan "perkara yang membatalkan solat".

Rukun Solat:
Rukun Solat itu 13 perkara:
Niat.
Berdiri betul bagi yang kuasa berdiri.
Takbiratul Ihram.
Membaca Al-Fatihah.
Ruku' serta Thumakninah padanya.
I'tidal serta Thumaknindah padanya.
Sujud serta Thumakninah padanya.
Duduk antara dua sujud serta Thunakninah padanya.
Membaca Tahiyat Akhir.
Duduk membaca Tahiyat Akhir.
Membaca Salawat ke atas Nabi pada Tahiyat Akhir.
Memberi Salam.
Tertib.

Rukun Solat 3 bahagian:
1. Rukun Qauli: Iaitu perkataan atau bacaan ada 5 perkara:
1.1- Takbiratul Ihram.
1.2- Membaca Al-Fatihah.
1.3- Membaca Tahiyat Akhir.
1.4- Membaca Salawat ke atas Nabi pada Tahiyat Akhir.
1.5- Memberi Salam yang pertama.
2. Rukun Fi'li: Iaitu perbuatan ada 6 perkara.
2.1- Berdiri Betul.
2.2- Ruku'.
2.3- I'tidal.
2.4- Sujud.
2.5- Duduk antara dua sujud.
2.6- Duduk membaca "Tahiyat Akhir".
3. Rukun Qalbi: Iaitu Pekerjaan Hati ada 2 perkara:
3.1- Niat.
3.2- Tertib.
Sunat Solat 2 perkara:
1. Sunat sebelum solat 2 perkara:
1.1- Azan.
1.2- Iqamah.
2. Sunat-sunat dalam solat 2 jenis:
2.1- Sunat "Ab'aadh" 7 perkara:
2.1.1- Membaca Tahiyat Awal.
2.1.2- Membaca Salawat ke atas Nabi pad Tahiyat Awal.
2.1.3- Duduk Tahiyat Awal.
2.1.4- Membaca "Qunuth".
2.1.5- Membaca Salawat dan Salam dalam Qunuth.
2.1.6- Berdidi kerana Membaca Qunuth.
2.1.7- Membaca Salawat ke atas "Keluarga Nabi" dalam Tahiyat Akhir.
* Jika tertinggal sama ada sengaja atau lupa mana-mana 1 "Sunat ab'aad" disunatkan SUJUD SAHWI (sujud dua kali dengan membaca (*) tasbih tertentu) sebelum memberi salam.
(*) سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُوْ
2.2- Sunat "Hai ah" – banyak:
Semua selain dari "Rukun" yang 13 dan "Sunat Ab'aadh" yang 7 itu.

Perkara "Makruh" ketika solat:
Iaitu perkara yang jika tidak dilakukan mendapat pahala- ada banyak:
Berpaling ke kiri atau ke kanan.
Memandang ke atas/mendongak.
Berdiri sebelah kaki.
Berludah ke pihak kanan atau hadapan. (Ke kiri harus)
Berlebih-lebihan mendongak atau menunduk kepala ketika ruku'.
Bercekak pinggang.
Menyingsing kain atau baju.
Mengerjakan solat dengan menahan kentut atau kencing atau berak.
Dan lain-lain yang terkeluar dari "Rukun yang 13", "Sunat Ab'aadh" yang 7 dan "Sunat "Hai ah". Atau bukan langsung berkaitan dengan solat.

Perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam solat:
1- Lelaki sunat merenggangkan 2 siku ketika ruku' dan sujud- perempuan sunat merapatkan.
2- Lelaki sunat meninggikan perutnya daripada pahanya ketika ruku' dan sujud- perempuan sunat merendahkan.
3- Lelaki sunat membaca kuat/nyaring pada bacaan-bacaan tertentu- perempuan sunat perlahan.
4- Lelaki sunat membaca tasbih "SubhanalLah" ketika berlaku sesuatu perkara yang berkehendak supaya diingatkan dengan "Qasad Zikir", seperti imam lupa sesuatu perkara- perempuan sunat menepuk tangan kanan ke atas tangan kiri.

Perkara "YANG MEMBATALKAN" solat 10 perkara:
1- Berkata-kata dengan senghaja walaupun sedikit.
2- Perbuatan yang banyak (3 kali) dan berturut-turut, sama ada terlupa atau senghaja.
3- Kedatangan hadath kecil atau besar.
4- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian atau tempat.
5- Terbuka aurat dengan senghaja.
6- Berubah niat, seperti niat berhenti/keluar/membatalkan solat.
7- Membelakangkan kiblat atau berpaling dada daripada kiblat.
8- Makan atau minum walaupun sedikit.
9- Gelak atau ketawa.
10- Murtad.

Solat BERJAMA'AH:

Iaitu Solat beramai-ramai sekurang-kurangnya 2 orang.

Hukum Berjama'ah:
Hukum berjama'ah itu seperti berikut:
1- Fardhu 'Ain: Iaitu pada Solat Juma'at.
2- Fardhu Kifayah: Iaitu pada solat 5 waktu.
3- Sunat: Iaitu pada Solat Jenazah dan pada solat sunat yang disunatkan berjama'ah.
4- Makruh: Iaitu orang yang solat "Tunai" (Adaa an) mengikut (beerimamkan) orang yang solat "Qadha" dan demikian sebaliknya.

Kelebihan Solat Berjama'ah:
Solat berjama'ah lebih afdhal daripada solat berseorangan sebanyak 27 kali ganda.

Syarat Solat Berjama'ah:
Syarat solat berjama'ah itu 14 perkara:
1- Makmum berniat mengikut Imam.
2- Makmum mengikut perbuatan Imam.
3- Makmum berdiri di belakang Imam.
4- Makmum dan Imam berhimpun dalam satu tempat.
5- Makmum mengetahui gerak geri Imam.
6- Makmum tidak terdahulu atau tidak terkemudian daripada Imam dengan 2 "rukun fi'li".
7- Takbiratul Ihram Makmum terkemudian daripada Takbiratul Ihram Imam.
8- Aturan solat Imam sama dengan aturan solat Makmum.
9- Makmum jangan menyalahi perbuatan imam pada perekara sunat yang buruk pada penglihatan.
10- Sah solat Imam pada iktikad Makmum.
11- Jangan Imam itu menjadi Makmum kepada yang lain.
12- Jangan Imam itu orang yang cacat bcaannya sedangkan Makmum baik bacaannya.
13- Jangan kurang martabat Imam daripada Makmum.
14- Tidak ada dindnig di antara Imam dan Makmum.

Hukum MASBUQ dan MUAFIQ dalam solat berjama'ah:

Makmum itu terbahagi kepada 2, iaitu:
1- Muafiq: iaitu makmum yang bersama-sama imam dari mula mengangkat Takbiratul Ihram, atau sempat membaca Al-Fatihah berserta imam pada raka'at yang pertama.
2- Masbuq: iaitu makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah berserta imam pada raka'at yang pertama.

SOLAT JUMA'AT:

Solat Juma'at ialah solat 2 raka'at yang dilakukan berjama'ah dalam waktu zohor pada hari juma'at sebagai ganti solat zohor.

Hukum Solat Juma'at:

Hukum Solat Juma'at adalah Fardhu 'Ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap orang laki-laki yang cukup syaratnya.
Hukum Solat Juma'at dari segi tempat tinggal adalah seperti berikut:
1- Orang Mustauthin, iaitu orang yang tinggal tetap ditempat didirikan solat jumaat itu, adalah fardhu 'ain ke atasnya menunaikan solat jumaat, dan ia termasuk dalam bilangan 40 ahli juma'at.
2- Orang Muqim, iaitu orang yang tinggal disuatu tempat buat sementara waktu sahaja, adalah fardhu 'ain keatasnya menunaikan solat jumaat, tetapi ia tidak termasuk dalam bilangan 40 ahli juma'at.
3- Orang Musafir, iaitu orang yang dalam perjalanan yang jauh, adalah tidak wajib keatasnya menunaikan solat jumaat, tetapi sunat ia bersolat juma'at, dan jika ia menunaikan solat juma'at maka tidaklah wajib lagi ke atasnya solat zohor pada hari juma'at itu, dan ia tidak termasuk dalam bilangan 40 orang ahli juma'at.

Syarat Wajib Juma'at:
Syarat Wajib Jumaat itu 7 perkara:
1- Islam.
2- Laki-laki.
3- Baligh.
4- Beraqal.
5- Mustauthin atau Muqim.
6- Tidak uzur.
7- Merdeka. (Bukan Hamba).

Syarat Sah Juma'at:
Syarat Sah Juma'at itu ada 6 perkara:
1- Hendaklah Solat Juma'at itu didirikan dalam waktu zohor.
2- Hendaklah juma'at itu didirikan dalam kawasan tempat kediaman orang-orang yang hendak mendirikan juma'at itu.
3- Jangan didahului atau disertai oleh takbiratul ihram bagi solat juma'at yang lain di dalam kawasan itu.
4- Hendaklah juma'at itu didirikan dengan berjama'ah.
5- Hendaklah jama'ah itu tidak kurang dari 40 orang ahli juma'at yang mustauthin.
6- Dua Khutbah sebelum solat jumaat.

Dua Khutbah Juma'at:
Membaca 2 Khutbah sebelaum Solat Juma'at.

Rukun 2 Khutbah:
Rukun 2 Khutbah itu 5 perkara:
1- Dimulai dengan memuji Allah, seperti perkataan : "الحمد لله"dalam kedua-dua khutbah.
2- Salawat ke atas Nabi S.A.W. seperti perekataan : "اللهم صل على محمد" dalam kedua-dua khutbah.
3- Berpeesan (memperingatkan) sidang jama'ah supaya bertaqwa kepada Allah di dalam kedua-dua khutbah itu, seperti perkataan : "اتقوا الله".
4- Membaca satu ayat daripada Al-Quran dalam salah satu daripada dua khutbah itu, sebaik-baiknya dalam khutbah yang pertama.
5- Doa' bagi orang-orang mukmin dalam khutbah kedua, seperti perkataan:
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات"

Syarat Sah 2 Khutbah:
Syarat-syaarat sah 2 khutbah itu 10 perkara:
1- Hendaklah segala rukun khutbah itu dibaca dalam bahasa Arab.
2- Hendaklah dibaca dalam waktu zohor sebelum solat juma'at.
3- Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah itu, dan berturut-turut di antara segala rukun-rukunnya, dan berturut-turut di antara khutbah itu dengan solat juma'at.
4- Orang yang membaca khutbah hendaklah suci daripada hadath, dan suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempatnya, tetapi orang yang mendengar khutbah tidak disyaaratkan sedemikian.
5- Orang yang membaca khutbah hendaklah menutup aurat, tetapi orang yang mendengar khutbah tidak disyaratkan demikian.
6- Orang yang membaca khutbah hendaklah berdiri, tetapi jika ia uzur harus ia duduk.
7- Orang yang membaca khutbah hendaklah duduk sekejap di antara 2 khutbah kadar thumakninah, dan bagi yang mambaca khutbah secara duduk kerana uzur maka wajib diceraikan khutbah itu dengan diam.
8- Orang yang mendengar khutbah itu hendaklah cukup bilangan 40 orang daripada ahli juma'at, dan orang yang membaca khutbah termasuk dalam bilangan itu jika ia ahli juma'at.
9- Cukup bilangan 40 orang daripada ahli juma'at itu hendaklah ada dari mula-mula berkhutbah hingga selesai solat juma'at.
10- Orang yang membaca khutbah itu hendaklah lelaki.

Perkara yang sunat dalam 2 khutbah:
Perkara-perkara sunat dalam 2 khutbah itu ialah:
1- Khatib memberi salam kepada sidang juma'at, kemudian baru duduk.
2- Memegang pedang atau tongkat atau sebagainya.
3- Ketika duduk di antara 2 khutbah disunatkan khatib memanjangkan sedikit dasanya kadar bacaan suratul Ikhlas serta sunat surah itu dibaca.

Sunat Juma'at:
Sunat-sunat juma'at itu banyak di antaranya ialah:
1-Mandi dengan niat mandi sunat juma'at, waktunya ialah daripada terbit fajar sodiq dan afdhalnya ialah ketika hampir masanya pergi ke masjid.
2-Membersihkan badan dari bau-bau yang busuk.
3-Memotong kuku jika panjang, memotong rambut yang panjang, mencabut bulu ketiak, menggunting misai dan mencukur bulu ari-ari.
4-Memakai wangi-wangian.
5-Memakai pakaian yang elok dan bersih, dan yang afdhalnya pakaian putih.
6-Diam tatkala khutbah dibaca dan mendengar dengan hati-hati.
7-Solat tahiyatul masjid manakala masuk kedalam masjid sebelum duduk. Tetpi dika ia masuk kedalam masjid ketika imam membaca khutbah maka disunatkan ia solat sunat juma'at qabliyah dua raka'at yang ringan (tidak panjang) sebelum ia duduk dan ia tidak disunatkan solat tahiyatul masjid.
8-Niat iktikaf ketika ia duduk di dalam masjid seperti lafaznya:
"نويت الإعتكاف فى هذا المسجد لله تعالى"
9-Bersalam-salaman setelah selesai solat juma'at.


MAKNA PUASA:

Pada Bahasa: Menahan diri.
Pada Isthilah Syara': Menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit "Fajar Sodik" hingga "Tenggelam Matahari.

KEDUDUKAN (TAHAP) PUASA MENGIKUT PENDAPAT IMAM GHAZALI DALAM KITABNYA IHYA ULUMIDDIN MENYEBUT:
Puasa ada 3 kedudukan/tahap:
a. Puasa "al-Umum": Menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Disebut juga sebagai puasa orang kebanyakan (biasa-dari segi tahap keimanannya).
b. Puasa "al Khusus": Menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa.
Imam Ghazali berpendapat untuk mencapai tahap puasa "al-Khusus" iaitu puasa "Orang Yang Soleh" maka perlu menyempurnakan 6 perkara berikut:
2.1- Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang
tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang
boleh mengganggu dan melalaikan hati dari mengingati Allah
S.W.T.
2.2- Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak
berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.
Hendaklah lebih banyak berdiam diri dan mamperbanyakkan zikir
dan membaca Al-Quran.
2.3- Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syara'. Ini
kerana setiap perkataan yang diharamkan jika dituturkan maka
haram juga didengar.
2.4- Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti
menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan
perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak
ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari
makanan halal tetapi berbuka dengan makanan yang haram.
2.5- Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan yang halal
sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak
ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh
dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu
mematahkan keinginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya
sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan
semua makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang
harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak
biasa dimakan ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.
2.6- Hendaklah timbul dihatinya rasa takut dan pengharapan kepada
Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh
Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun
puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang
rugi dan celaka.

c. Puasa "Khusus al-Khusus": Menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan yang kepentingannya untuk agama kerana ia termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: "Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa yang seperti ini ialah tahap para Nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Tahap puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan".

HUKUM MENGERJAKAN PUASA RAMADHAN:

Hukumnya adalah Fardhu 'Ain (Ke atas setiap individu muslim-kecuali mereka yag tidak diwajibkan seperti yang belum baligh, yang haidh dan nifas dsb lihat: orang yang berpuasa). Manakala selain dari bulan Ramahdan tidak wajib. Selain dari puasa wajib ada puasa sunat. Namun ada 6 hari yang diharamkan berpuasa iaitu: 2 Hari Raya, 3 Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dan Hari Syak (tidak pasti dengan awal Ramadhan).

RUKUN PUASA:
Rukun puasa ada 3 perkara:

1. ORANG YANG BERPUASA:

Orang yang berpuasa itu hendaklah ia seorang:
(a) Muslim: Tidak wajib bagi orang yang kafir kerana puasa itu adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah.
(b) Baligh (Sampai Umur): Puasa tidak wajib ke ats kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil.
(c) Ber'aqal (berakal): Tidak wajib ke atas orang yang gila.
(d) Berkeupayaan (Tidak mengidap penyakit yang kronik yang membahayakan dirinya jika berpuasa): Tidak wajib kepada mereka yang ada penyakit (tidak mampu atau tiada upaya berpuasa) yang tidak diharap akan sembuhnya kerana terlalu tua atau jika ia berpuasa boleh mendatangkan mudharat kepada nyawanya. Akan tetapi wajib diganti dengan secupak makanan bagi setiap sehari puasa yang ia tinggalkan. Maka harus berbuka bagi orang yang sakit, mengandung dan menyusukan anak sekiranya ia bimbang puasa boleh mendatangkan mudharat ke atas dirinya atau anaknya, dan dia wajib menggantikannya (mengqadha'nya) semula selepas ramadhan. Bagi sakit biasa maka tidak boleh meninggalkan (berbuka) puasa.
(e) Suci daripada haidh dan nifas: Bagi mereka yang kedatangan haidh atau nifas maka tidak wajib baginya puasa. Jika mereka berpuasa dihukumkan haram dan tidak sah. Sekiranya haidh dan nifas datang pada siang hari (puasa) maka batallah puasanya pada hari itu. Sekiranya ia telah suci dari haidh atau nifas pada malam hari, wajib ke atasnya berpuasa pada hari esoknya sekalipun belum sempat mandi wajib. Mereka ini hendaklah mengqadha puasa yang tertinggal selepas bulan ramadhan.

2. NIAT:

2.1- Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat.
2.2- Niat itu di dalam hati dan bukannya dengan lisan dimana tidak
disyaratkan "Talaffuz" (menyebut lafaz niat dengan lisan).
2.3- Ketika niat, wajib menentukan jenis puasa (sama ada puasa sunat atau
ramadhan atau qada') seperti Ramadhan bagi puasa Ramadhan.
2.4- Bagi puasa-puasa yang wajib, (seperti Ramadhan, Qada' Ramadhan,
atau Nazar wajib) niat disyaratkan hendaklah dibuat pada waktu malam
hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum (azan) subuh.
Pendapat yang sahih dalam mazhab Imam Syafi'e tidak sah niat
serentak dengan ketibaan waktu fajar (sodik-azan subuh). Bagi puasa
sunat pula, dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir
matahari (masuk waktu zohor).
2.5- Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa
yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafi'e, Abu Hanifah
dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad . Mengikut pendapat Imam
Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja
untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada
malam pertama Ramadhan.

3. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH
MEMBATALKAN PUASA:

Perkara yang membatalkan puasa ada 8 perkara:
3.1- Memasukkan sesuati ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada
beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak termasuk merokok.
3.1.1- Ijma' ulamak mengatakan terbatal puasa dengan makan dan
minum.
3.1.2- Suntikan melalui kemaluan atau zakar adalah membatalkan
puasa. Manakala suntikan melalui kulit pula ulamak dalam
Mazhab Syafi'e berselisih pendapat. Menurut pendapat Dr.
Yusuf al-Qardhawi, ia tidak membatalkan puasa.
3.1.3- Perkara-perkara yang tidak dapat dihindarkan seperti habuk
jalan dan air liur adalah tidak membatalkan puasa, puasa terbatal
dengan menelan kahak yang keluar dari kepala atau dada dengan
sengaja.
3.1.4- Batal puasa memasukkan jari atau sebagainya kedalam dubur
atau faraj.
3.1.5- Puasa adalah batal dengan memasukkan sesuatu ke dalam
telinga dengan sengaja.
3.1.6- Kesemua perkara di atas tadi (1-5) jika dilakukan dengan tidak
sengaja, tersilap atau terlupa maka ia tidak membatalkan puasa.

3.2- Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari ke dalam
mulut) adalah membatalkan puasa dan wajib diganti (qada'). Bagi
muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu
tidak membatalkan puasa.
3.3- Keluar darah Haidh atau Nifas: walaupun di penghujung waktu puasa
adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti.
3.4- Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana bercumbuan atau
memeluk isteri, atau dengan tangan maka ianya membatalkan puasa dan
wajib diganti.
3.4.1- Sekiranya air mani itu keluar kerana mimpi atau berangan-angan
maka tidaklah membatalkan puasa .
3.4.2- Keluar air mazi tidak membatalkan puasa.
3.5- Jima' (Bersetubuh):
3.5.1- Haram berjima' bagi orang yang berpuasa pada siang harinya dan
ia membatalkan puasa tidak kira sama ada ia dilakukan difaraj
atau dubur, keluar mani ataupun tidak. Liwat yang dilakukan pada
lelaki, kanak-kanak atau binatang juga adalah membatalkan
puasa.
3.5.2- Suami dan isteri yang melakukan jimak (disiang hari puasa
Ramadhan) wajib ke atas kedua-duanya mengkqad'kan puasa
mereka yang terbatal.
3.5.3- Kaffarah (denda – akibat melakukan persetubuhan disiang hari
puasa Ramadhan) hanya wajib (dilaksanakan) ke atas lelaki
(suami) dan tidak wajib ke atas perempuan (isteri).
3.5.4- Kadar Kaffarah ialah membebaskan seorang hamba. Bagi yang
tidak ada hamba maka hendaklah ia berpuasa selama 2 bulan
berturut-turut (tanpa terputus walaupun sehari). Sekiranya ia tidak
mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang fakir miskin.
3.5.5- Sesiapa yang menjima' isteri sebanyak 2 hari berpuasa
(Ramadhan) atau lebih, maka kaffarahnya juga 2 kali kaffarah
atau lebih.
3.6- Murtad:
Ulama' bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah
puasanya dan wajib qadha' hari yang ia murtad, sekiranya ia kembali
memeluk Islam.
3.7- Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar
walaupun satu saat maka batal puasanya.
3.8- Menukar niat:
Sesiapa yang berniat untuk berbuka puasa maka batallah puasanya.
Pendapat ini dipegang oleh Imam Syafi'e, Abu Thur, Abu Hanifah dan
pendapat yang paling jelas dalam Mazhab Hambali.


ADAB-ADAB DAN SUNAT PUASA:

1- Bersahur dan mengakhirkan sahur.
Bersahur merupakan amalan sunat. Waktu bersahur ialah bermula dari pertengahan malam hingga terbit fajar (Sodiq-azan solat Subuh) namun sunat mentakhirkan waktu sahur (sekira-kira 20 minit sebelum azan solat subuh- imsak sudah siap sahur). Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan seteguk air.
2- Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari (sebaik saja
azan Maghrib berkumandang). Disunatkan berbuka puasa dengan buah tamar
(kurma) Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat berdoa' ketika
berbuka puasa. Doa'nya adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ َوِبكَ ءَامَنْتُ وَعَلى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
بِِرَِحْمَتِكَ يآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
3- Sunat beri'tikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada malam sepuluh
terakhir Ramadhan.
4- Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan
tujuan puasa. Puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum, tetapi
juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah
sama ada berupa iktikad, perbuatan atau peraturan. Rasulullah S.A.W juga
memerintahkan orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan dan
permusuhan maka hendaklah ia sabar dan berkata: "Aku berpuasa"
5- Tadarrus Al-Quran. Jibril A.S. bertadarrus Al-Quran dengan Rasulullah S.A.W. pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.

PERKARA YANG HARUS KETIKA BERPUASA:

1. Menjirus (membasahkan) kepala (dengan air):
Ini kerana terdapat hadith yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman dimana sesetengah sahabat Nabi S.A.W. menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah S.A.W. menjirus air ke atas kepalanya dan baginda (ketika itu sedang) berpuasa, demikian itu dilakukan kerana dahaga atau kerana kepanasan."
2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai dihalkum
atau tidak. Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan
halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafi'e dan Ibnu
Munzir meriwayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Ata', Hassan
Al-Nakhaie serta Al-Auzai'e. Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.
3. Makan, minum dan berjimak sehingga terbit fajar. Harus juga kepada orang
yang berpuasa mengakhirkan mandi junub selepas terbit fajar. Begitu juga
kepada wanita yang datang haidh dan nifas, adalah harus melewatkan mandi
wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam
hari.
4. Merasa makanan tanpa menelannya. Ulama-ulama Mazhab Syafi'e
berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasa makanan
seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukannya
kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hambal: "Aku lebih suka jika dapat
dihindari dari merasa makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah
mengapa".

PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERPUASA:

1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk secara berlebihan. Imam Syafi'e dan sahabat-sahabat dalam Mazhab telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika berwudhuk tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhab Syafi'e ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasanya berdasarkan hadith yang bermaksud:
"Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwudhuk) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali engkau berpuasa"
2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-
turut. Hukumnya adalah makruh menurut jumhur ulama. Manakala
pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafi'e pula hukumnya adalah
haram.
3. Bagi suami yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh
mencium isterinya kerana ditakuti akan merangsang naluri dan
membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.
4. Makruh bersiwak (Menggosok/ memberus gigi) selepas gelincir
matahari menurut Imam Syafi'e dan Ahmad.

QADHA' DAN FIDYAH PUASA:

1- Seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur atau tanpa uzur wajib mengqadha' puasanya di luar bulan ramadhan.
2- Seseorang yang melambatkan qadha' puasanya kerana uzur syari'e yang berterusan, seperti ia masih musafir atau sakitnya berterusan hingga ke Ramadhan tahun berikutnya di mana tiada ruang langsung untuk mengqadha'kan puasa tersebut, hukumnya harus ia melewatkan qadha' dan tidak wajib ia membayar fidyah sekalipun ia telah melangkau beberapa Ramadhan. Cuma wajib ke atasnya qadha' bilangan hari-hari puasa yang ia tinggalkan.
3- Sekiranya ia melewatkan qadha' puasa yang ditinggalkannya hingga melangkau ke Ramadhan tahun berikutnya tanpa uzur syari'e, maka wajib ke atasnya qadha' dan fidyah (1 hari=1 qadha' + 1 fidyah). Dan sekiranya ia melampaui 2 kali Ramadhan atau lebih maka wajib 2 kali fidyah atau lebih iaitu bagi sehari puasa yang ditinggalkan disamping qadha' (melangkau 2 Ramadhan maka 1 hari = 1 qadha' + 2 fidyah) Maknanya yang berganda fidyahnya mengikut tahun manakala puasa qadha'nya kekal mengikut berapa hari yang ia tinggalkan.
4- Sunat menyegerakan qadha' puasa bagi mereka yang uzur syari'e. Bagi mereka yang meninggalkan puasa tanpa uzur syari'e maka: pendapat pertama wajib disegerakan dan tidak boleh bertangguh; pendapat yang kedua boleh dilambatkan dan ini pandangan kuat di sisi ulama-ulama Mazhab Syafi'e di Iraq. Pendapat pertama adalah pandangan sahih yang dipilih oleh Imam Nawawi.
5- Sunat menyegerakan qadha' puasa secara berturut-turut.
6- Qadha' puasa tidak boleh dilakukan pada hari-hari bulan Ramadhan, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, 3 Hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zul hijjah) dan hari syak.

QADHA' PUASA BAGI YANG MENINGGALKAN PUASA KERANA HAMIL ATAU MENYUSUKAN ANAK:

Bagi orang yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudharat pada dirinya sendiri, maka wajib ke atasnya qadha' dan tidak wajib fidyah.
Sekiranya ia berbuka kerana takut bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa mudharat, pendapat paling jelas dalam Mazhab Syafi'e ialah wajib qadha dan fidyah.

HUKUM ORANG YANG MATI DAN BELUM SEMPAT MENGQADHA'KAN PUASANYA:

Terdapat dua keadaan:
Keadaan pertama: Sekiranya simati tidak mengqadha' puasanya kerana uzur yang berterusan dan tiada ruang yang memungkinkannya mengqadha' puasanya seperti sakit, musafir, pengsan, nifas, hamil atau menyusukan anak dan uzur tersebut berterusan hingga ia mati maka tidak wajib ke atas warisnya qadha' puasa dan membyar fidyah untuknya.
Keadaan kedua: Simati berkemungkinan mengqadha' puasanya yang ditinggalkan dan ada ruang untuknya berbuat demikian tetapi ia tidak melakukannya kerana uzur atau sengaja sehingga ia mati, maka ada dua pendapat:
Qaul Jadid Imam Syafi'e: Wajib dikeluaarkan daripada harta peninggalannya, secupak makanan rasmi untuk setiap hari yang ia tinggalkan dan walinya tidak sah mengqadha' puasa simati.
Qaul Qadim Imam Syafi'e: Walinya boleh mengqadha'kan puasa bagi simati, tetapi bukanlah wajib hukumnya, dan wali boleh memilih sama ada mengqadha'kannya atau membayar fidyah.
Pendapat ini adalah yang paling sahih di sisi Imam Nawawi dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi'e yang mengkaji pendapat Imam Syafi'e. Ini kerana terdapat banyak hadith sahih berhubung masalah ini. Antaranya Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mati dan ke atasnya puasa (yang belum ia qadha'kan) maka hendaklah walinya berpuasa untuknya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wali yang boleh mengqadha' puasa simati ialah setiap kerabat kepada simati
walaupun bukan waris yang berhak mewarisi hartanya.
Sah qadha' puasanya yang dilakukan oleh orang asing dengan izin wali simati
atau simati sendiri, sama ada diberi upah atau tidak iaitu sama sepereti ibadah
Haji. Tidak sah jika tidak mendapat keizinan terlebih dahulu dari wali simati
atau simati sendiri.
5. Pendapat yang jelas di sisi Imam Nawawi ialah sah puasa yang dilakukan oleh
30 orang bagi menggantikan 30 hari yang ditinggalkan oleh simati di mana
qadha' tersebut dilakukan pada hari yang sama.

FIDYAH:

Secupak makanan rasmi sesebuah negara untuk sehari puasa yang ditinggalkan.
Fidyah boleh diserahkan kepada seorang fakir miskin sahaja. Contohnya fidyah untuk sebulan puasa yang ditinggalkan boleh dibayar kepada seorang fakir miskin.
Kaffarah (denda) berbeza dengan fidyah di mana seorang fakir miskin tidak boleh menerima lebih dari secupak makanan yang dibayar kerana kaffarah.
Ringkasan:
1. Wajib qadha' sahaja: Bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana sakit, musafir, nifas, haidh, pengsan, gila, terlupa niat, sengaja berbuka atau jimak (bagi isteri sahaja).
2. wajib Fidyah sahaja: Bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana hilang upaya berpuasa kerana terlalu tua atau sakit yang tiada harapan sembuh.
3. Wajib qadha' dan fidyah serentak: Bagi mereka yang tidak mengerjakan qadha' puasa hingga melangkau ke Ramadhan lain; dan berbuka kerana hamil atau mengandung kerana takut mudharat ke atas bayi dalam kandungan atau susuan di mana bukan takut mudharat ke atas diri sendiri.
4. Wajib qadha' dan kaffarah: Puasa yang batal kerana jimak (bagi suami sahaja).

PUASA SUNAT ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL:

1. Sunat berpuasa sebanyak enam hari dalam bulan Syawal sama ada ia berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan atau tidak (tidak penuh kerana uzur seperti datang haidh) atau langsung tidak berpuasa sepanjang Ramadhan (kerana uzur seperti musafir).
2. Dalilnya ialah hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud: " Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan enam hari dalam bulan syawal, maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun" (Hadith Riwayat Muslim)
3. Puasa 6 hari balam bulan Syawal boleh dilakukan berselang seli tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya Pertama. Ini kerana melewatkannya akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera melakukan ibadah adalah afdhal.
4. Menurut ulama terkemudian dalam Mazhab Syafi'e sepereti al-khatib al-Syarbini dan Imam Ramli, orang yang menunaikan puasa kerana qadha', nazar atau sebagainya (selama 6 hari) dalam bulan Syawal, akan memperolehi pahala puasa sunat Syawal.

"Selamat berkursus dan semoga mendapat manfaat"
MINIMA MASA MAKSIMA USAHA – PASTI BERJAYA

Sekian Terima(lah) Kasih,
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit.

Alhamdulillah: Tamat pada 12.52 Pagi
Isnin 20 September 2004M
Bersamaan dengan 05 Sya'ban 1425H.



MIATUTAH
Para peserta yang budiman!
Demikianlah secara ringkas 3 kertas kerja yang bertajuk BERSUCI, SOLAT & PUASA"yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kesinambungan minat kita untuk terus mendalami lagi ilmu-ilmu islam yang lain dengan mempelajarinya secara khusus serta berguru kepada mereka yang berkelayakan.
Ketahuilah menuntut ilmu itu adalah kewajiban yang tiada tolak ansur padanya kecuali kepada mereka yang dilahirkan cacat atau disebut "bukan mukallaf". Adapun kepada kita yang dilahirkan "Mukallaf" ini sudah tentu memerlukan segala cabang ilmu, tidak kira berbentuk duniawi apatah lagi ukhrawi demi menelusuri kehidupan dunia yang fana dan sementara ini sebagai jambatan menuju alam akhirat yang baka' yakni kekal abadi.
Ilmu membezakan seseorang dengan seorang yang lain, di dunia apatah lagi di akhirat. Orang yang beramal tanpa ilmu (hanya ikut-ikut – tanpa belajar) sebagai pak turut hanya akan sesat di dunia dan di akhirat nanti segala amalannya tidak dikira lalu ia akan dicampakkan ke dalam api neraka. Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya lagi dahsyat, kerana ia akan dicampakkan ke dalam api neraka terlebih dahulu sebelum orang-orang munafik dan penyembah berhala. Hanya orang yang berilmu beriman dan beramal soleh sereta mereka yang berpesan-pesan agar melakukan kebenaran dan berpesan-pesan agar menegakkan kesabaran sahaja yang untung di dunia dan untung di akhirat, manakala yang lain semunya rugi. Bukan sahaja rugi di akhirat nanti bahkan di dunia ini pun mereka hidup dalam rugi serugi-ruginya.
Para peserta dari kalangan "Ibu Bapa" ingatlah. Kita sebagai nakhoda kapal kepada anak-anak kita yang bertanggung jawab mempastikan mereka menjadi anak yang "Soleh". Merekalah yang akan mendoakan kita ketika kita kelak menjadi penghuni alam "Barzakh" (kubur). Bukan tok imam bukan juga para guru atau usataz yang dipanggil untuk membacakan "Surah Yaasiin, Tahlil dan Doa'" untuk kedamaian kita bersemadi di sana, kerana itu tertakluk kepada bermacam syarat yang bukan sedikit untuk sampai kepada kita yang mendambakannya setiap ketika. Mereka tiada "power" atau "autority" untuk mempastikan kita sejahtera di sana, berbanding dengan anak "Soleh" yang kita tinggalkan yang doanya pasrah dan ikhlas untuk ibu ayah tercinta. Segala pohon dan pintanya untuk kesejahteraan kita tidak boleh dijual beli atau perlu diupah atau disogok dengan sepinggan nasi. Siang dan malam doa' sang anak tiada berhanti, mengharapkan ayah dan ibunya dilimpahi rahmat oleh Ilahi.
Jadi, marilah sama-sama kita melangkah mulai hari ini, mari kita solehkan anak-anak kita sebelum kita dipanggil menyahut seruan Ilahi. Pertama kita solehkan diri kita sendiri kemudian pasangan yang dicintai seterusnya anak-anak "buah hati pengarang jantung" kita solehkan sekali. Ingatlah anak-anak yang "soleh" adalah kerana ibu bapanya "soleh". Tak usah "Ngalih" untuk menjadi hamba Allah yang "soleh".
Kepada para "REMAJA" anak-anak tercinta "Sahutlah Seruan ini". Pangkat "SOLEH" adalah milik kita. Kebahagiaan rumah tangga di dunia dan dan kebahagiaan hidup di akhirat terletak pada sejauhmana kesolehan kita menjadi hamba Allah dimaya fana ini.
Sekian terima(lah) kasih.


Abu Edda Soyiddeeqa.
Jumaat 1.45am 25 Rejab 1425H/10 September 2004M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN