Posted on Thursday, July 23 @ 03:12:55 PDT by TokPenghulu


Setelah beberapa kezaliman pihak polis yang mengakibatkan kematian tahanan yang kebanyakanya kaum India,kini berlaku pula kematian dari kalangan orang Cina di tangan SPRM.
Semua rakyat yang cintakankeadilandapat mengagak bagaimana punca berlakunya kematian keatas Beng Hock sehinggakan UMNO jadi cacing kepanasan.
Pernahkah kita mendengar pemimpin atau penyokong UMNO mengkritik atau mengambil tindakan terhadap polis yang menyalahguna kuasa sehinggakan ada yang cedera, koma dan mati? Kini berlaku pula di pejabat SPRM, pun tiada komen-komen dar ikalanganUMNOyang mengutukkejadianitu,mengapa? Kerana ini semua adalah perancangan UMNO untuk meneruskan kezaliman terhadap rakyat yang tidak berupaya melawan atau bertindak.
Kerana apa?Kerana semua ajensi penguatkuasa undang-undang adalah bersekongkol dengan UMNO.
Dengan kematian Beng Hock tanpa disangka membuatkan UMNO mengelabah, bimbang orang Cina akan mengamuk dan MCA dan Gerakan akan meninggalkan BN,jika ini berlaku maka tamatlah riwayat UMNO untuk selama-lamanya. UMNO yang selama ini menjadi kuda tunggangan MCA dan Gerakan amat takut sekiranya orang-orang Cina mendesak MCA dan
Gerakan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat.
Tapi jangan lupa,siapakah dalang sebenar yang memainkan peranan dibelakang SPRM terhadap kerajaan Selangor ini?Adakah Khir Toyo yang direstui oleh UMNO Pusat? Sejak berkuasa dan sehingga Selangor jatuh,sudah bermacam-macam dakwaan dengan bukti , kepada SPRM danpolis berhubung Khir Toyo ini, tapi satu pun tak lekat, semuanya masuk bakul sampah.
Begitulah hebat dan berkuasanya Khir Toyo terhadap Polis dan SPRM di Selangor ini. Oleh itu, wahai kaum Cina dan India, bangkitlah, tinggalkan BN dan mari bersama PR untuk menghancurkan puak zalim UMNO ini dari terus berkuasa, jika tidak akan lebih banyak kematian, penindasan dan kematian akan berlaku lagi.
Islam menjamin keadilan, tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun hatta menzalimi haiwan sekali pun adalah haram.Itu sebabnya PAS mempertahankan Beng Hock walaupun dia orang Cina, kerana dalam Islam adalah lebih baik berkawan dengan orang kafir dari berkawan dengan orang Islam tetapi zalim dan munafik. Si munafik UMNO ini sebenarnya lebih jahat dan zalim dari orang kafir diMalaysia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI