PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, November 15, 2008

Nak ulas sajak kematian, tapi tak bertudung

Nak ulas sajak kematian, tapi tak bertudung
Dilulus terbit pada Tuesday, November 11 @ 12:12:29 MYT oleh syamil

Analisis Isu Oleh keretaburuk

" Berita di TV3 semalam (09.11.08), saya tidak pasti apakah nama dia, seorang ahli psikologi mengulas mengenai sajak kematian dan pada pendapatnya, beliau tidak bersetuju sajak tersebut dipertontonkan di sekolah kerana mental kanak-kanak akan sentiasa ingat perkara yang menakutkan.

Kenapa ahli psikologi boleh berkata demikian mengenai perkembangan kanak-kanak? Ini lah contoh ahli akademik yang berkiblatkan teori barat. Perkembangan manusia berdasarkan ahli psikologi barat adalah berpecah-pecah mengikut pandangan teori masing-masing contohnya seperti Jean Piaget menekankan perkembangan manusia berdasarkan perkembangan kognitif dan Skinner yang memyokong perkembangan manusia dari segi perkembangan tingkah laku.

Perkembangan manusia dari perspektif islam seperti Al Ghazalie atau Ibnu Khaldun adalah berdasarkan perkembangan keseluruhan insan tersebut termasuklah nafsu untuk membentuk seorang insan seimbang dan harmonis. Sumbangan tokoh-tokoh islam ni tak sempurnakah? Jean Piaget yang terkenal itu pun mencedok hasil karya sarjana islam. Tapi orang kita , orang islam seperti doktor pakar tersebut berkiblatkan barat tapi sayang tidak bertudung, bukannya nak insaf. Minit-minit akhir video tersebut, si mati ada menyebut dan kata-kata itu sesuai untuk dihayati oleh pemimpin UMNO.


http://keretaburuk12.blogspot.com/

Baja dari najis?

Baja dari najis?
Dilulus terbit pada Sunday, November 09 @ 01:14:59 MYT oleh TokPenghulu

Bicara Agama Oleh sobrima

"Dari web Ust Zaharuddin

BUAHAN MENGGUNAKAN NAJIS SEBAGAI BAJA

Soalan :

Assalamualaikum wrt

Saya ada satu masalah : Apakah hukumnya memakan buah-buahan hasil dari penggunaan najis binatang terutamanya dari khinzir/anjing dan sebagainya.

Sekian terima kasih.

Jawapan :

Waalaikumussalam

Buah-buahan dan tanaman merupakan antara nikmat rezeki yang dikurniakan olehAllah kepada hambanya, bukan sahaja manusia,binatang,serangga malahan kepada seluruh lain juga dapat menikmati faedah daripada tumbuhan ini.

Dalam masa yang sama, tumbuhaan juga tanda agung tentang kekuasaan ilahi dan dhaifnya kejadian manusia. Lihatlah daripada sebiji benih kontang yang kecil akhirnya bercambah,bertunas dan membesar hingga tinggi menongkat langit dan mencabar angin , namun lama kelamaan ia akan tumbang juga mengikut giliran kepada putaran sistem alam "yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti pula denga tanaman lain" begitu jugalah manusia "dari janim kelua sebagai seorang bayi,membesar gagah dan akhirnya mati berselimutkan tanah jua. Ya itulah tanda keesaan dan kekuasaan Allah , berkuasa menjadikansegala-galanya dan kepadanya jua kiata akan kembali.

Berkaitan dengan soalan saudara tersebut,para ulama` telah bersepakat mengatakan 'keharusan' menggunakan najis dalam pembajaan tanaman memamdangkan zat-zat galian dan unsur-unsur penyubur yang memang telah terbukti terkandung dalam bahan kumuhan haiwan tersebut dan ianya memang diketahui oleh petani itu sendiri. Nabi juga pernah bersabda (( Kamu lebih mengetahui dalam urusan keduniaan kamu )) maka hadis ini sebagai dalil keizinan untuk kita mempergunakan kepandaian dan pengalaman dalam urusan keduniaan kita selama mana tidak bercanggah dengan syariat.

Najis sebenarnya telah djsucikan apabila ia bertemu dengan tanah dan ianya telah diakui sendiri oleh para doktor yang mengatakan memang tanah adalah sebagai satu ejen penyah kuman yang amat berkesan &ldots; kerana itulah juga Nabi menyuruh kita menyucikan najis khinzir dengan tanah, begitu juga keadaannya dengan zat haiwan ini telah terlerai dan terurai didalam proses penyerapan makanan dan air dalam sistem tumbuh-tumbuhan ianya secara langsung tidak memberi kesan kepada kesucian buah-buahan tersebut kerana zatnya telah sebati dalam tanah. Ia juga berlaku secara tidak langsung antara zat galian dan pertumbesaran tanaman tersebut, maka ianya dibolehkan selama mana tidak mengubah rasa, warna dan bau buah-buahan tersebut kepada baunan najis. Jika ini terjadi maka ianya haram untuk dimakan.

Sebagai contohnya, kita dibenarkan memakan ayam kampung walaupun kita tahu ayam itu pernah makan najis dan kekotoran namun ianya diharuskan oleh fuqaha` selama mana ianya tidak memberi kesan kepada daging ayam tersebut kepada bau atau rasa najis, dan ini ada disebut di dalam kitab -kitab feqah. Jadi begitulah qias kita terhadap masalah buah-buahan tadi.

Persoalan juga bukan bererti hanya najis biasa sahaja yang boleh dimaafkan, malahan semua najis samada "najis mutawasitah" atau "najis mughallazah" juga termasuk di dalam perkiraan ini. Ianya telah diharuskan oleh para ulama` di dalam perbincangan hukumnya, persoalan tergamak,jijik atau kesannya kepada jiwa dan diri adala diluar perbahasan hukum tadi.Ianya tergolongan dalam bab adab,syubahat dan wara`. Wallahua`lam"

Shalat khusyu

Shalat khusyu
Dilulus terbit pada Wednesday, November 12 @ 13:29:49 MYT oleh syamil

Artikel Oleh serabutperut

"

1. Adakah anda merasa berat dan malas untuk sembahyang.....
2. Adakah anda merasa rimas jika mengikut imam yang sembahyangnya lebih dari 10 minit.....
3. Adakah fizikal anda melakukan aktiviti sembahyang tapi hati memikirkan hal-hal duniawi.
4. Adakah anda tidak pernah merasa gian untuk sembahyang.
5. Adakah sembahyang anda berjaya menundukkan nafsu dan mencegah perbuatan mungkar.
6. Adakah anda tidak merasai kesihatan tubuh badan dengan amalan sembahyang.
7. Adakah bila disebut nama 'Allah' hati anda bergetar.
8. Pernahkah airmata anda mengalir kerana teringatkan allah.

Sesungguhnya jawapan untuk perkara diatas adalah terletak pada sembahyang yang khusyuk. Sila kunjungi web www.shalatcenter.com untuk mendapatkan cara-cara khusyuk sembahyang yang berlainan denagn cara-cara yang diajarkan sebelum ini daripada buku-buku dipasaran dan yang diperdengar oleh ustaz sebelum ini. Amalkan betul-betul dan rasailah perubahan perjalanan rohani anda.

Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang 6 bulan

Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang 6 bulan
Dilulus terbit pada Friday, November 14 @ 08:00:00 MYT oleh TokBatin

Open Artikel Oleh husamjr

"
PETALING JAYA: Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut:

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.”


Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa ini: "Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya."

Majlis Agama Islam dan Adat istiadat melayu Perlis terpanggil membuat fatwa ini memandangkan senario yang berlaku di Malaysia kini.

"Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

"Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut," jelas Dr Asri.

Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup.

Katanya lagi, di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga.

"Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat," jelas Mufti Perlis yang akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Mufti Perlis pada akhir bulan ini.

Menurut Dr Asri, antara Asas Alasan kenapa fatwa ini dibolehkan ialah kerana dlil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami
menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa audaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.

Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya.

Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu).

Pendapat ini, kata Dr Asri, disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan Fatwa ini ialah untuk menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.

- Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan. - Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

"Dan kesannya pula ialah pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah," jelas Dr Asri.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/13/mstar_berita/20081113101602&sec=mstar_berita"

National Treasure

National Treasure
Dilulus terbit pada Friday, November 14 @ 23:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Bahan Umum Oleh High_Castle

" Sekadar Berkongsi ILMU

"FREEMASONRY, pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, mempunyai sepuluh (10) program antarabangsa. Program ini dalam istilah Freemasonry dinamakan 'HARAR' atau 'SATANIM', berlambangkan kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.


PROGRAM PERTAMA
Program pertama dalam istilah Freemasonry dinamakan 'TAKKIM' :

PADA ZAMAN NABI ISA A.S. :
Orang orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa A.S. Diantaranya fitnah keji - 'Nabi Isa A.S. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan pada kerajaan Rome. Tetapi Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Isa A.S. dan sebagai gantinya Judas tersalib di Golgota. Maka setelah wafatnya Nabi Isa A.S., Yahudi berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa A.S. yang sudah disebarkan dengan 'TAKKIM' iaitu :

- Merosakkan ajaran Nabi Isa A.S. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas.
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu.
- Saul (Paulus) dijadikan tandingan Nabi Isa A.S.

PADA ZAMAN ISLAM :
- Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang-orang Yahudi memupuk Munafiqin dan Muhadin. Mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri Nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belahkan kaum Ansar dan Muhajirin.
- Melaga-lagakan Ali R.A. dan Muawiyah R.A. sehingga Aisyah R.A. masuk campur.
- Membuat ratusan hadis-hadis palsu, memasukkan dongeng Israeliyat, mengubah penafsiran Al-Quran dan sebagainya.
- Mendangkalkan aqidah umat Islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya. Maka lahirlah cendikiawan-cendikiawan Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya.
- Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan Al-Quran dan hadis sesuai dengan alam pemikiran Freemasonry.
- Menghidupkan sunnah-sunnah jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang.
- Menjadikan Islam supaya Tasyabbuh, selari dengan Nasrani dan agama lain. Diantaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya.

PROGRAM KE-DUA
Program ke-dua dinamakan 'SHADA' - Bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia :

- Salah satunya ialah di India ketika Islam bangkit untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis dan menyerukan 'Jihad Fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dengan Freemasonry menubuhkan gerakan anti-Jihad. Antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dengan ulama menganggotai Freemasonry. Ditunjukkannya seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', dia mendakwa dirinya sebagai Nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya. Rabithah Alam Islami yang bersidang di Makkah 14-18 Rabiul Awal, tahun 1394 memutuskan bahawa ajaran Ahmadiah itu bukan Islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme.
- Dan kes-kes 'aliran sesat Islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinan besar ianya berkaitan dengan program Freemasonry.

PROGRAM KE-TIGA
Program ke-tiga dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan - mengembangkan Freemasonry tempatan (domestik) dalam satu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemasonry.
- Mendukung teori-teori bertentangan.
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba untuk kalah-mengalahkan.

PROGRAM KE-EMPAT
Program ke-empat dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas.
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (Atheism dan Freethinker)
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'.
- Mengembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik. Mendirikan Bait-Satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke-alamnya. Mengorganisasi kaum gay, lesbian, Lutherian serta menggalakkan perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.

PROGRAM KE-LIMA
Program ke-lima dinamakan 'BABILL' - Iaitu memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa dan menjaga kemurnian bangsa Yahudi.

PROGRAM KE-ENAM
Program ke-enam dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa Goyim (orang selain Yahudi)
- Menggalakkan perempuan-perempuan Yahudi agar menjadi subur (fertile).

PROGRAM KE-TUJUH
Program ke-tujuh dinamakan 'PROTOKOL' - Dalam istilah Freemasonry. Protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam Suhyuniah (Zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol.
Isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia. Diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi. Dengan program protokol ini, bangsa Yahudi dapat menjadi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik (spin-master, dsb) dan penerangan (medium, media) dunia.

PROGRAM KE-LAPAN
Program ke-lapan ini disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan. Pepatah Yahudi mengatakan ”Jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat. Jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan.
- Menyebarkan ejen Kasisah, iaitu Intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempat-tempat maksiat.
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus.

PROGRAM KE-SEMBILAN
Program ke-sembilan dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam Plotis yang fahamannya terumbang-ambing.
- Alim-ulama Plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Islam.
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemasonry.

PROGRAM KE-SEPULUH
Program ke-sepuluh ini dinamakan QORNUN :
- Orang-orang yang terpilih yang disyaki berbahaya kepada Freemasonry diangkat agar menjadi kaya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry.
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama. Memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).
- Musuh-musuh Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry.
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat. Bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi. Kemudian pemimpin-pemimpin bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya.

Dari data-data tersebut dapat kita lihat bahawa begitu berkembangnya program-program Freemasonry dan Allah S.W.T. telah memberi peringatan dalam Al-Quran bahawa mereka (Freemasonry) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lainnya. Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah S.W.T. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program Tansiq iaitu penyatuan hati umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para Rasul-Rasul seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang Insya-Allah pasti akan menyaingi dan menghancurkan program-program Freemasonry. - END

15 Perkara Penyebab BALA

15 Perkara Penyebab BALA
Dilulus terbit pada Friday, November 14 @ 23:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Tazkirah Oleh ae_zin

" Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi)

Jumaat, November 14, 2008

Taubat Seorang Pejuang

Taubat Seorang Pejuang
Dilulus terbit pada Friday, November 14 @ 16:00:00 MYT oleh TokBatin

Fikir Sejenak Oleh tantawi08

"
Masih terngiang - ngiang di telinga saya , perkataan yang pernah dipopularkan oleh al Imam Hassan al Hudhaibi . Perkataan ini sering diulang - ulang oleh naqib saya Syeikh Ahmad Laasyin ( beliau pernah dipenjara bersama Asy Syahid Syed Qutb Rhm ) , dulunya beliau adalah Imam Masjid Syahid di Tanta .

Saya lekatkan banner perkataan tersebut di dinding rumah saya sewaktu menginap di Syari' al Hulwa berhadapan dengan Madrasah Jil Muslim lil Banat di Tanta satu masa dulu . Masih segar pastinya dalam ingatan ini bersama rakan - rakan seperjuangan yang sangat menghayati makna dan maksud perkataan tersebut.


Perkataannya ringkas tapi nyata ia cukup besar maknanya bagi diriku sebagai seorang pejuang . Ianya bagai satu energy yang cukup luar biasa bagi diri saya sewaktu meredah segala cabaran dan merempuh segala halangan untuk berjaya mencapai status seorang pejuang.

Juga masih dalam ingatan ini , sewaktu kami para nuqaba' menjalani terapi muhasabah di satu subuh yang hening . Naqib saya masa tu Ust. Musthafa Saari dibantu Ust. Zulqarnain Hassan telah membuat dua garis . Satu garis permulaan dan satu lagi garis akhir . Jarak antara garis mula dengan garis akhir sekitar 10 kaki ( lebih kurang 20 tapak ) .

Kami lebih kurang 12 orang ( kalau tak salah ingatan saya ) berbaris digaris mula dengan arahan supaya memberi fokus kepada setiap tapak yang akan kami lakukan menuju ke garis akhir . Itu pun kalau setiap aktiviti dan amal Islami yang dibacakan oleh Naqib satu persatu dengan penuh tertib telah dilakukan oleh kami secara jujur dan benar .

Setiap amal dan aktiviti yang tidak kami lakukan , pastinya ia mematikan langkah kami . Ada 20 amal dan aktiviti yang dibacakan oleh Naqib dan memadai dengan 20 langkah untuk kami sampai ke garis akhir dengan satu amal yang dilaksana bersamaan satu langkah .

Ayat tema kepada terapi muhasabah ini adalah perkataan yang saya maksudkan tadi :

أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم

Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu
nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.

Terapi Muhasabah yang Menginsafkan

Dipertengahan jalan menuju ke garis akhir , nyata waktu itu saya agak terkebelakang berbanding sahabat - sahabat yang lain seperti meluru laju kerana setiap amal yang disenaraikan oleh Naqib rupanya dilakukan oleh mereka dengan baik . Sementara saya gagal dalam banyak amal Islami yang sepatutnya menjadi kewajipan kepada kami para nuqaba' melakukannya.

Ya , saya masih ingat bagaimana saya gagal untuk puasa isnin dan khamis malah saya juga gagal menginfaqkan sebahagian harta yang saya miliki pada minggu tersebut. Kegagalan demi kegagalan sudah pasti mematikan langkahan saya dan akhirnya saya mula menyedari bahawa kedudukan saya dengan garis akhir agak jauh .

Kedudukan ini tentu sahaja menyebabkan naqib saya ( amir ) tidak berpuas hati dengan prestasi saya selaku salah seorang dari para nuqaba' harapannya.

Lalu saya disergah oleh Ust. Musthafa . " Ust. Din ! anta tengok kedudukan anta sekarang , masih terlalu jauh untuk sampai ke garis akhir ! Anta tahu apa maksudnya ? Maksudnya anta gagal untuk layak sebagai seorang pejuang ! "

Saya cuba bertahan . Menahan gelora emosi yang mula diserang rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pejuang .

Ust Zulqarnain menambah : " Ust. Din , kalau macam ni keadaan anta macam mana anta nak jadi pemimpin ? Memimpin Gerakan Islam tidak seperti memimpin persatuan kebajikan ! Kenapa minggu ini prestasi amal anta terlalu lemah ? anta lupa tanggungjawab ? anta bermain - main dengan perjuangan ini ? anta ingat nak jadi pejuang cukup setakat pandai pidato ? kemana perginya semua taujihat yang kami berikan kepada anta selama ini ? "

bertalu - talu persoalan diterjah kepada saya oleh Ust Zulqarnain . Perasaan saya makin sukar dikawal dan akhirnya dalam suasana yang penuh hening disubuh hari , saya menangis kesal . saya meraung penuh insaf .

Suasana agak emosional , saya hampir pengsan dalam esakan yang cukup memilukan , mengenang diri yang nyata tidak layak untuk menjadi seorang pejuang sedang saya selalu mendambakan status sebagai seorang pejuang , malah saya bangga memperkenalkan diri kepada sahabat - sahabat bahawa saya adalah seorang pejuang . Saya malu ...

Saya ingat lagi , agak lama juga saya diselubungi rasa bersalah dan saya menangis dan terus menangis sehingga memaksa rakan - rakan anggota madrasah Nuqaba' yang turut menyertai Terapi Muhasabah itu , memujuk dan menyabarkan saya .

Demikian secebis kenangan 14 tahun yang lalu sewaktu saya direkrut dan dikaderkan oleh abang - abang yang lebih senior dalam perjuangan ini . Sebahagian mereka kini menjadi pemimpin , memimpin Gerakan Islam di negeri masing - masing . Pun turut di akui , ada juga mereka yang dulunya mentarbiyah saya , kini mereka hilang dari peta rajah perjuangan di tanahair hari ini . Mungkin mereka berjuang di luar negara . Wallahua'alam .

Bukan Zaman Rekrut

Sekarang saya dan kita semua berada di medan berbanding sebelumnya kita bagaikan berada di kem . Ertinya kita bukan lagi berada di madrasah nuqaba' dan tidak juga berada di dalam tamrin panjang ( mua'skar ) yang mana kita dibina , dilatih , dibentuk , dikader , ditegur , dimarah , dibimbing , dipimpin , diajar dan dinasihat oleh pimpinan .

Hari ini kita bergerak meredah cabaran dan menyerap tekanan dengan tahap upaya sendiri berbekalkan skima pentarbiyah yang telah diambil sejak sekian lama .

Cukup lama diri ini tidak ditegur , dididik , dimarah , dibimbing , dinasihat , diajar dan dikader seperti dulu . Logiknya , kalau dulu pun ( dalam suasana pengkaderan ) saya masih gagal dalam banyak aktiviti amal islami , bagaimana saya boleh berjaya dalam suasana begitu lama saya tidak dibimbing dan ditegur ?

Taubat

Sukar sungguh untuk layak jadi pejuang yang tangguh dan tahan uji . Mungkin saya boleh berjaya dalam satu bahagian tetapi gagal dalam banyak bahagian yang lain . Berhadapan pula dengan tekanan dan cabaran dari luar serta tidak kurang karenah dalaman yang cukup menguji kesabaran .

Antara yang membuat diri ini sering gagal ialah keupayaan dan stamina diri yang masih lemah dalam menangkis serangan kemahuan ( nafsu ) yang datang dari diri sendiri . Ianya sering memerangkap dan menjadikan diri ini leka dan lalai dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pejuang dan pemimpin .

Banyak sungguh dosa diri ini ! Ya Allah , Ampunkan daku ! Syaithan tentu saja gembira dengan perkembangan ini . Ya Allah ! Janganlah Kau biarkan diriku yang lemah ini terkapai - kapai dihanyutkan arus leka dan lalai dibuai nafsu .

Ya Rabbi Ya Allah ! Kurniakan hidayahMu buat diri ini agar aku mampu thabat di atas landasan perjuangan suci ini . Biarpun aku tidak layak menjadi pemimpin tetapi jangan sekali - kali kau biarkan aku tidak layak untuk menjadi pejuang agamaMU ya Allah !

Henti tayang Sajak Kematian - Mufti Perlis

Henti tayang Sajak Kematian - Mufti Perlis
Dilulus terbit pada Friday, November 14 @ 19:11:52 MYT oleh TokPenghulu

Analisis Isu Oleh puyuh


" KANGAR 13 Nov. - Tayangan Sajak Kematian yang memaparkan rakaman video keadaan mayat menerima azab dalam kubur kepada murid-murid sekolah rendah perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada keadaan khurafat.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, penayangan rakaman yang nyata tidak benar sama sekali itu bukan pendekatan agama Islam dalam memberikan pembelajaran kepada umatnya, terutama kanak-kanak yang tidak dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

Katanya, penayangan rakaman video itu tidak membawa apa-apa faedah selain menjurus kepada keadaan khurafat terhadap umat Islam.

''Saya amat berdukacita mengenai penayangan rakaman video ini dan perbuatan ini perlu dihentikan segera.

''Ini merupakan perkara yang tidak betul (rakaman keadaan azab) dan ia perbuatan penceramah yang ingin mencari 'makan'," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video Sajak Kematian di sekolah yang memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.

Timbul perdebatan mengenai perkara itu kerana ada pihak yang bersetuju dengan penayangannya dan ada pihak yang menolak tayangannya atas pelbagai alasan.

Sementara itu, mengulas mengenai fatwa pengharaman pengkid, Dr. Asri berkata, Majlis Fatwa perlu menyemak kembali fatwa tersebut kerana kemungkinan ada pihak termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merasakan ada kewujudan pilih kasih dalam fatwa tersebut.

Katanya, pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa itu memang tindakan yang wajar tetapi pada masa yang sama, fatwa berkaitan lelaki lembut perlu dinyatakan dengan jelas agar tidak wujud keadaan pilih kasih atau double standard.

''Kita mengetahui kes lelaki lembut menyerupai perempuan lebih banyak daripada kes pengkid yang ada kalanya perlu dicari dan diselidik dengan teliti.

''Bagaimanapun, bagi kes lelaki lembut menyerupai perempuan ini saya berpendapat ia lebih ramai daripada pengkid... kalau ingin haramkan adalah lebih diharamkan kedua-duanya," jelasnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm"

Misteri Bahtera Nabi Noh

Misteri Bahtera Nabi Noh
Dilulus terbit pada Friday, November 14 @ 19:03:20 MYT oleh TokPenghulu

Maklumat Oleh janggut83

Misteri Bahtera Nabi Noh

" Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun..

Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar sama..

Sedang orang2 Islam dudk berpeluh tubuh,langsung tak ambil tahu tentang The Great Noah Ark itu, pihak2 CIA telah menggunakan satelit dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon.

Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud
'Gunung Kesengsaraan' atau dgn nama lainya iaitu Gunung Ararat.
Namun, hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya. Yg sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sahingga ke hari ini, Cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Gunung Ararat & dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yg masih menjadi tanda tanya, kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri hanya semata2 kerana gambar tersebut.

Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati secara misteri..

Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera..??

Mengapa..??

Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Gunung Ararat itu? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark..

Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum djumpai,kerana selama itu orang menafikannya..

Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar..

Sebnarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yg kita emua bayangkan.

Hakikatnya pada zaman mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu.

Di kaki gunung Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri
elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam (hari ini kita menggunakan karban & zink,bateri purba menggunakan tembaga
dan besi, namun begitu ianya tetap boleh berfungsi dgn baik)

Kalau nak diikutkan kecanggihan orang2 zaman dulu, memang banyak, Contohnya orang2 Minoan di Crete Island meninggalkan kesan pembinaan tokong yg menunjukkan betapa majunya keupayaan arkitek mereka. Mereka menggunakan batu susunan dalaman dan sistem pengudaraan hawa dingin semula jadi.

Baru2 ni di China, seorang mumia permpuan yg telah ditanam 2,100 tahun dijumpai dengan badannya tidak jejas apa2. Apabila di x-ray, Saintist terperanjat..mana tidaknya, makanan terakhir di dalam ususnya pun masih
lagi tidak musnah. Teknologi skrg pun tak bole mencapai tahap begitu..

Orang2 Mayan mampu mengira tahun solar dengan tepat iaitu 365.2420 hari lebih tepat sebanyak 2/10.000 sehari. Bayangkan betapa majunya..

Baiklah,mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nabi Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C ..

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya langsung tak sama dgn bentuk kapal laut skrng. kalau nak tau rupa bentuk "Noah Ark" sebenarnya ialah lebih kurang seperti kotak kasut..

Mengikut para pendaki yg pernah melihat "Noah Ark" di puncak Gunung Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat.

"Noah Ark" itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ni. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut'. Tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Utk pgthuan semua > cubit
itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan olh orang2 zaman dahulu. Kalau diambil 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi dlm anggaran.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi.

Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Dan saintis tak tahu berapa tan berat binatang yg berada kat dalam bahtera. Tapi,ini semua kiraan anggaran sahaja.
Kalau The Great Noah Ark ini berada di Gunung Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar?

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq.

Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turki, kemungkinan ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu..

Sesetengah dari peninggalan sejarah itu telah dijumpai. Sebuah 'sauh' purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh tulah yg digunakan oleh 'Nabi Nuh' untk mendarat ke puncak Gunung Ararat.

Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Gunung Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Wallahuallam..

Pada tahun 1917, Maharaja Russia, Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera/saintis/tentera dlm usaha mencari dan menyelidik The Great Noah Ark itu.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Gunung Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' itu.

Dalam keadaan kagum, mereka mengambil gambar sebanyak yg boleh. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu adalah berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi (bahagian selebihnya tenggelam didalam salji)

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist - 1917 meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Kalau dari sebelah selatan, Gunung Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding2 batu yg curam. Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki.

Gunung Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah' itu dulu. Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasier dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasier itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yg ditutupi dgn airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yg diikuti angin, hujan dan salji. Angin yg bertiup biasanya 100 batu/jam.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turki.

Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran, Turkey".

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turki & Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turki.

Keluasan dasar (bawah) Gunung Ararat itu kira2 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki.Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan jatuh ke dalam jurang Ahora..

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Gunung Ararat (Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977)

Noah Ark Kelihatan Dari - Air Force One (Flight Peribadi US) President. Mr.Ronald Bennet adalah bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara, tinggal di sebuah bandar La Jolla, California, membuat pengakuan:

"Saya adalah jurufoto dan wartawan ygb meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana2 bagi membuat laporan tentang aktiviti US. President.

Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki. Kami memandang ke tingkap. Kami nampak dengan jelas.." sebuah kotak panjang seperti bahtera yg besar. Sebahagiannya ditutupi dgn airbatu."

Gambar The Noah Ark Yg Hilang
Seorg jurutera minyak telah menaiki helikopter di bhg Utara Gunung Ararat kerana urusan perniagaan. Tiba2 dia terkejut melihat satu kotak besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yg mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dgn rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar2 yg tlh diambil olehnya itu kpd semua rakan2 di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yg sama dia cuba mencari bantuan kewangan utk menjalankan satu ekspedisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dgn rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dgn badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.

Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa
almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digelidah org 10 hari sebelum kejadian.

Filem dan gambar Noah Ark telah hilang. Ramai kwn2 baik
jurutera itu mengesahkan yg mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inci dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi
Seorang Paderi Christian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana telah membuat pengakuan pada sebuah media, ada seorang kawannya, seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Gunung Ararat.

Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana2. Dan keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.

Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar', anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat utk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu.
Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini. Mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

suara dari telapak kaki"

Khamis, November 13, 2008

Fatwa sesat halal melacur dapat sambutan!

Fatwa sesat halal melacur dapat sambutan!
Dilulus terbit pada Thursday, November 13 @ 12:00:00 MYT oleh TokBatin

Artikel Oleh dewa


" Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan bahawa dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka. Mungkin terpengaruh dengan fatwa ustazah UMNO agaknya.

Sebelum ini, kenyataan bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).

Berhubung kes di Pulau Pinang tersebut, seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.

"Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran kerana mahu menyara anaknya kerana gajinya sebagai jaga terlalu kecil.


"Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Ustaz Ismail berkata, tindakan ustazah UMNO, Dr. Mashitah menyatakan bahawa ibu tunggal boleh melacur dalam keadaan darurat untuk menyara anak-anak adalah satu kenyataan tidak berdasarkan kepada nas mahupun hadith.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (pindaan 2005) di Dewan Rakyat sebelum ini. “Saya terkejut yang berhormat Dr Mashitah seorang yang mengaji, tetapi mengeluarkan kenyataan seperti ini” katanya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mashitah seharusnya memberi jawapan bahawa ibu tunggal yang dalam keadaan darurat lebih baik meminta sedekah atau buat kerja lain daripada berzina. Secara jelas dalam Islam tidak ada kias yang membolehkan seseorang yang darurat itu melacur kerana melacur ini adalah berzina, katanya. Ujar beliau, di dalam Al-Quran sendiripun secara jelas memperincikan soal haramnya aktiviti penzinaan.

“Jangan mendekati zina” kata Ustaz Ismail yang memberi maksud petikan ayat Al-Quran.


Justeru, beliau menyeru Dr. Mashitah supaya prihatin terhadap apa yang telah diucapkannya berhubung isu pelacuran seperti yang dilapor dalam akhbar sebelum ini.


Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru PAS Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain supaya turun padang dan mengadakan aktiviti-aktiviti untuk membantu ibu tunggal. Saya khuatir jika dibiarkan UMNO yang menguruskan, habis dilacurkan pula ibu tunggal-ibu tunggal ini.

AIR MATA - ADAM A.S.

Air Mata Nabi Adam A.S.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak
ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari
lima orang.
Pertama,orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orangyang suka minum arak."

Simpanlah baik2 email ini dan sebagai peringatan kita
setiap hari.

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain
semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Wassallam.

HUKUM - MEROKOK

Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. .

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

SOALAN:

Apakah hukum merokok? Ramai ustaz mengatakan hukumnya adalah makruh. Betulkah pendapat ini?
AMEER

JAWAPAN:

Merokok tidak membantu seseorang mencapai kecemerlangan diri kerana ianya amat memudaratkan bagi kesihatan manusia. Berhubung dengan ini Nabi telah bersabda, “Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Di dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap
bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Rokok mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia yang toksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antaranya ialah, aseton (bahan untuk menanggalkan pengilat kuku), asid asetik (cuka), ammonia (bahan pencuci tandas), arsenik (racun), butana (cecair alat pemetik api), kadmium (bateri), karbon monoksida (asap dari ekzos kereta), DDT / dieldrin (alat pembunuh pepijat), etanol (arak), formaldehid (bahan pengawet katak mati), hexamine (alat pemetik api untuk majlis jamuan), hidrogen sianida (racun), naftalena (ubat gegat), nikotin (bahan pembunuh serangga), asid stearik (lilin) dan toluena (bahan pelarut di industri).

Rokok juga mengandungi sejenis dadah berbahaya. Ia bernama nikotin. BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang menghisap rokok, dadah nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila amalan ini berterusan, KETAGIHAN menguasai dirinya.

Kini terdapat lebih daripada 1.2 bilion orang perokok di seluruh dunia. Separuh daripada mereka dijangka akan meninggal dunia sebelum waktu yang sepatutnya akibat menghidap pelbagai penyakit yang berpunca daripada rokok. Mengikut laporan Berita Harian Online bertarikh 3 Jun 1997, pada pertengahan abad ke-20, rokok membunuh lebih 60 juta manusia di negara maju saja. Satu kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia menganggarkan bahawa penggunaan tembakau menyebabkan kerugian global sebanyak AS $200 bilion (RM 500 bilion) setahun.

Sehubungan dengan ini, Surgeon General Amerika yang merupakan autoriti tertinggi berhubung dengan polisi-polisi kesihatan di Amerika, telah mengeluarkan sebuah laporan berhubung dengan bahaya merokok pada tahun 1964. Di dalamnya dimuatkan rumusan berhubung rokok dan bahayanya berdasarkan lebih kurang 7000 kajian yang telah dilakukan sebelum itu. Antara perkara yang dijelaskan ialah, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh rokok seperti sakit jantung dan barah paru-paru, telah menjadi punca 400,000 kematian di kalangan golongan dewasa di Amerika setiap tahun. Sejak laporan Surgeon General Amerika itu dikeluarkan, dianggarkan 10 juta orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit yang berpunca dari amalan merokok. Antara penyakit itu (di samping barah paru-paru dan penyakit jantung) ialah, radang saluran pernafasan (chronic bronchitis), kanser secara umum (kanser mulut, kerongkong, esofagus dan peti suara), di samping kesan ke atas kandungan serta bayi dalam kandungan, seperti kelahiran tidak cukup bulan, risiko keguguran dan bayi mati sebelum atau selepas dilahirkan.

Pada tahun 2004 Surgeon General Amerika mengeluarkan satu lagi laporan berkaitan dengan rokok, iaitu 2004 Surgeon General's Report—The Health Consequences of Smoking. Ia menunjukkan hampir kesemua organ dalam badan manusia menerima padah kesan daripada merokok. Penyakit-penyakit yang dikenal pasti berpunca daripada tabiat merokok telah bertambah berbanding yang sebelumnya. Antara penyakit yang baru itu ialah aneurisme aorta bahagian abdomen (aneurisme ialah bengkak atau gelembung pada pembuluh darah arteri), penyakit selaput mata atau katarak, barah serviks, barah buah pinggang, barah pankreas, barah perut, radang paru-paru (pneumonia) dan radang tisu serta struktur yang mengelilingi gigi (periodontitis) .

Pada tahun 2006 pula, satu lagi laporan dikeluarkan oleh Surgeon General Amerika, iaitu The Health Consequences of Involuntary Exposure to Tobacco Smoke: A Report of the Surgeon General. Ia memfokuskan kesan negatif asap rokok (sama ada yang dihembus keluar oleh perokok atau asap daripada puntung rokok) ke atas mereka yang tidak merokok. Asap ini dikenali juga sebagai secondhand smoke. Laporan ini menunjukkan asap rokok ini mengandungi lebih daripada 250 bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser seperti formaldehid, benzena, vinil klorida, arsenik, ammonia, dan hidrogen sianida. Ia menjadi punca kematian kepada ramai bayi dan golongan dewasa yang terdedah kepada asap rokok ini.

Malaysia dan Rokok

Laporan Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM (PenawaRacun, bilangan 52, Mac 2004), menunjukkan bahawa 14 peratus daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 juta perokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 September 2005.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun. Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 25 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan 25 peratus berpunca daripada strok. Negara mengalami kerugian kira-kira RM 20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti kesan daripada merokok.

Tambahan daripada itu pembaziran yang berlaku kerana tabiat merokok amat mengejutkan. Utusan Online bertarikh 25 September 2006 melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok.

Apakah Hukum Merokok?
Melihat kepada kemudaratan dan pembaziran yang disebabkan oleh rokok, seperti yang dipaparkan sebelum ini, maka tidak ada hukum yang lebih sesuai baginya melainkan HARAM. Antara ulama yang mengharamkannya ialah, Syeikh Ahmad As-Sanhuri Al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim Al-Liqani dari Mesir, Syeikh Abdul Ghaith Al-Maliki dari Moroko, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syria, Syeikh Ibrahim bin Jam’an dari Yaman, Syeikh Abdul Malik Al-‘Isyami dan Muhammad bin ‘Alamah dari Mekah dan Madinah, dan ramai lagi. Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatawa Mu’asirat telah berkata, “Dari penjelasan yang telah diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap sebagai salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram.. (Berdasarkan kajian terkini), penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya”.
Penetapan hukum haram ini sudah pasti ada dalil dan hujahnya. Antara dalil dan hujah itu ialah:

Rokok Adalah Khabaith

Allah berfirman: “Dan dia (Rasul ) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (khabaith).” (Al-A’raf ayat 157) Ayat ini menunjukkan sesuatu yang khabaith (keji) diharamkan oleh Islam. Imam Syafie mentafsirkan khabaith sebagai ‘sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji’. Rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia toksik dan beracun sudah pasti termasuk dalam kategori ini.

Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan Diri
Merokok melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan maruah agama. Tambahan daripada itu mereka yang merokok seolah-olahnya telah membunuh diri mereka sendiri. Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” (an-Nisa ayat 29) Dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Rokok Memudaratkan Orang Lain
Asap rokok mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain. Nabi bersabda: “DILAKNAT seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin dan menipunya.” (Riwayat Tirmizi)

Rokok Membawa Kepada Pembaziran.
Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok dan ini adalah satu pembaziran. Pembaziran ditegah oleh agama. Allah berfirman: “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Isra ayat 27)

Merokok Menguntungkan Musuh

Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam dari usaha-usaha dakwah dan jihad di jalan Allah. Di samping itu pembelian rokok membantu untuk menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh menggunakan wang itu untuk menindas umat Islam. Allah telah berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah ayat 2)

Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya
Rokok mengandungi nikotin dan nikotin sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Segala yang memabukkan, termasuk dadah berbahaya, diharamkan oleh agama. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah., beliau berkata: “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Justeru, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah HARAM menurut pandangan Islam.

Oleh Dr. Danial b. Zainal Abidin
M.B.Ch.B., Universiti Iskandariah

Rabu, November 12, 2008

Malam Pertama Itu Indah dan Asyik?

Malam Pertama Itu Indah dan Asyik?
Dilulus terbit pada Wednesday, November 12 @ 15:30:00 MYT oleh TokBatin

Tazkirah Oleh ustad_poyo

" “Bila Malam Menjelma.. Memayungi Semesta.. Tercipta Rasa yang Terindah!”

As-Sarawaki, 7 Mei 2007: Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu email yang telah diforwardkan oleh seorang sahabat yang berjaya menjentik hati dan rasa. Biasanya saya tidak begitu berminat membaca email-email yang diforward atau email-email berantai, tetapi email yang satu ini sesungguhnya telah menggugah jiwa saya. Ia tentang malam pertama!!

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara!

Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Kemaskini: Alhamdulillah, saya telah berkahwin pada 14 Disember 2007 dan merasai nikmat malam pertama perkahwinan!!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam inilah yang menjadi isi kandungan email tersebut. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

MATI

“Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

RPK Tahu Sesuatu Yang Kita Tak Tahu: Anwar Jadi PM Disemb...

RPK Tahu Sesuatu Yang Kita Tak Tahu: Anwar Jadi PM Disemb...
Dilulus terbit pada Wednesday, November 12 @ 15:30:00 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh Kopitiam

Teman baca dalam artikel di bawah yang disiarkan oleh Malaysia Today...

When the press asked him, minutes after he was released from ISA detention last Friday, his opinion with regards to Najib taking over as Prime Minister in March 2009, Raja Petra replied with confidence, and of course very cheekily, that he does not care about Najib taking over in March 2009 because Anwar Ibrahim will instead be taking over in December 2008. Was he just being cheeky or does he know something the rest of us do not?


Bala ‘U-turn’ and Raja ‘no-turn’

Menurut artikel ini lagi, sesuatu yang kita tunggu2 akan berlaku jika RPK dipanggil untuk memberi keterangan...

I was told that Raja Petra is working on a second Statutory Declaration or Affidavit in preparation for his trial that will confirm many things not said in the first Statutory Declaration -- which is the basis of his criminal defamation charge. The second Affidavit will be naming names of very senior personalities who walk in the corridors of power and who hold titles such as Tun and Tan Sri. Raja Petra appears to be going for broke and seems bent on bringing down as many people with him as he possibly can if he were to suffer a fall.

Hmm..menarik ni..!!


--
Posted By Firdaus Omar to Kopitiam Bang Nan

Solawat ke Atas Nabi SAW

Solawat ke Atas Nabi SAW
Dilulus terbit pada Wednesday, November 12 @ 15:00:00 MYT oleh TokBatin

Tazkirah Oleh shamatun

"
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."


Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."


Ulasan:

Sahabat-sahabat sekalian. Jika kita melihat kepada senario masyarakat Islam di Malaysia sekarang, kebanyakkan orang kita meraikannya sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Awal Hijrah, tetapi tidak sehebat Jom Heboh, Konsert Gang Starz, Anugerah Skrin dan Sambutan Tahun Baru. Kenapa tidak kita merayakan sambutan tadi dengan hebat dan gemilangnya melebihi perayaan-perayaan yang banyak mengundag kepada murka Allah taala.

Tengoklah akan kelebihan orang yang banyak bersolawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Yang peliknya, dalam sambutan Maulidur Rasul, bagus doh bersolawat, tapi dalam masa bersolawat tu, ada juga yang mencemarkan sambutan tersebut. Iaitulah dengan adanya percampuran lelaki dan perempuan dan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Ditambah pula, lepas sambutan tersebut, masih ada lagi orang Islam yang masih dengan fahaman Sekular, Liberal dan Kebangsaan. Kan ni bermasalah namanya. Sama-samalah kita fikirkannya.

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang dikemukakan ini, saya harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Isnin, November 10, 2008

Anarki dan Mengisi Kekebalan Tubuh


Anarki dan Mengisi Kekebalan Tubuh
Konsultasi & FAQ Oleh : Redaksi 17 Jun, 08 - 2:20 am

imageAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Pak Ustad, mungkin bukan wewenang pak ustad untuk menjawab namun hanya mohon saran hubungannya dengan akidah. Suasana memanas saat ini setelah insiden Monas kemarin, ada hal yang ganjil di mana 8000 Banser Anshor mengisi tubuh dengan kekebalan guna siap berperang melawan FPI, Astagfirullah. Dilakukan di Musholla, habis berwudhu' lantas dituliskan rajah bahasa arab di punggung, diberi air, doa-doa dan spiritual lainnya hingga mengetes kekebalan.

Bagaimana pandangan Pak Ustad dari sisi akidah Syariah, kenapa kyai-kyai NU tidak bersuara? Mau dibawa ke mana akidah mereka?

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/Nazl

Jawaban
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

imageSedikit mengomentari insiden di Monas kemarin, kami sampaikan bahwa tidak ada pihak yang paling berbahagia saat ini melihat sesama umat Islam saling bermusuhan dan baku hantam, kecuali iblis laknatullahi 'alaihi.

Inilah momen yang paling membahagiakan Iblis yang sejak zaman nabi Adam 'alaihissalam sudah punya dendam kesumat untuk menimbulkan permusuhan di kalangan anak-anak Adam.

Sudah lama iblis merasakan sesak dada karena melihat umat Islam di negeri ini semakin dekat dengan agama. Sudah lama Iblis sakit hati melihat semakin hari semakin banyak saja para wanita di negeri ini yang menutup aurat dan pakai jilbab.

Sudah lama Iblis kecewa melihat begitu banyak pengajian dan majelis taklim menjamur bukan hanya di desa, bahkan di gedung-gedung pencakar langit di Jakarta, sehingga orang semakin banyak yang mengenal lebih dalam tentang agamanya.

Sudah lama Iblis tidak pernah tersenyum dan bermuka masam, karena selama ini melihat umat Islam dari berbagai elemen bersatu, melepaskan dan melupakan perbedaan yang kerap menghantui mereka.

Namun pada hari-hari belakangan ini, Iblis bisa kembali menari-nari kegirangan, berputar-putar dan memiringkan badannya ke kanan dan ke kiri diiringi musik. Iblis tertawa lebar, hidungnya mekar, dadanya menggelembung bahagia.

Betapa tidak, karena Iblis akhirnya bisa melihat pemandangan yang sudah lama tidak lagi disaksikannya, yaitu ketika anak cucu Adam memukuli saudaranya sendiri, apapun penyebabnya, lalu orang lain yang tidak tahu urusan lantas ikut-ikutan mau membalaskan dendamnya, maka Iblis dan teman-temannya mulai berpesta.

Musik telah dimainkan, batu dan kayu dilemparkan, dendam kesumat diletupkan, permusuhan semakin menjadi-jadi tanpa bisa dizinakkan. Kita jadi teringat pada firman Allah SWT ketika dahulu mengingatkan bahwa Iblis memang memimpikan hal itu.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu. (QS. Al-Maidah: 91)

Sikap Umat Islam
Sebagai muslim, tentu kita malu kalau harus ikut kejeblos dengan jebakan-jebakan Iblis yang inginnya memperluas permusuhan dan konflik horizontal di tengah umat Islam.

Padahal sesungguhnya akar masalahnya bukan urusan anarki, melainkan urusan penyimpangan akidah Ahmadiyah yang sejak dulu kesesatannya telah disepakati ulama.

Sayangnya begitu banyak di antara kita sendiri yang jadi korban penggiringan opini media massa milik Iblis atau setidaknya yang mendukung Iblis, yang inginnya ada konflik horizontal. Kami yakin sekali bahwa media adalah kekuatan keempat yang amat berpengaruh di dalam suatu negara. Bahkan terkadang jauh lebih kuat dari seorang Presiden sekalipun.

Apalagi kalau media itu membentuk jaringan dan sama-sama menggiring opini sambil terus memanas-manasi publik untuk melakukan character assasination kepada kelompok tertentu. Masih ditambah dengan kekuatan pihak asing (baca: yahudi) yang juga ingin melumat Islam di negeri ini. Wah, ini memang sangat dahsyat.

Buktinya, saudara-saudara kita di daerah yang kurang informasi objektif sampai harus mengisi tubuh dengan ilmu kebal dan makan gotri pakai pisang. Kalau kita tanya, untuk apa melakukan itu, jawabnya tentu bisa beragam. Tetapi yang paling kuat justru untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih anarkis. Sayang sekali.

Masyaallah, kalau pun perbuatan FPI itu dianggap anarkis, pertanyaannya adalah: Apakah anarki itu harus selalu dilawan dengan anarki? Apakah 'kezaliman' dihadapi dengan kezaliman juga? Lalu apa bedanya antara kedua belah pihak itu?

Sekarang sekian orang yang bertanggung-jawab dari perbuatan insiden Monas itu sudah ditangkap polisi, atau tepatnya telah menyerahkan diri dengan komitmen dan bertanggung-jawab. Bahkan Habib Rizik pun juga sudah ditangkap. Lalu mau apa lagi?

Apakah kekerasan memang harus selalu melahirkan kekerasan lainnya? Apakah mengisi ilmu kebal dan bermacam persiapan itu untuk melukai sesama anak Adam? Untuk menyakiti lagi umat Muhammad SAW?

Belum puaskah Iblis kita layani dengan hembusan angin nerakanya, sehingga kita harus terus menerus melakukan semua bisikan jahatnya?

Ilmu Kebal Dalam Perspektif Aqidah Islam
imageKami bukan memusuhi orang yang menggunakan ilmu kebal, namun kalau kita kaji lebih dalam di setiap even peperangan yang dijalankan oleh Rasulullah SAW, maka kita lihat bahwa sepanjang sejarah kita tidak menemukan indikasi beliau SAW menggunakannya.

Padahal kalau dipikir-pikir, Rasulullah SAW pernah diminta oleh para jin muslim untuk mengisi pengajian. Bahkan para shahabat sampai kebingungan mencari beliau SAW.

Ketika hari berganti, tiba-tiba Rasulullah SAW muncul lagi dan beliau mengatakan telah diundang oleh sekumpulan jin yang ingin belajar agama Islam.

Kalau kita pikir secara logika, mengapa beliau SAW tidak minta bantuan jin untuk mengisi para shahabat dengan ilmu kebal sehingga tidak mempan dibacok atau disabet dengan pedang? Mengapa para jin itu tidak ikut perang melawan para kafir Jahiliyah di Medan Badar, Uhud, Khandak dan lainnya?

Jawabnya ada di masa Nabi Sulaiman 'alaihissalam. Beliau adalah nabi terakhir yang diberi kekuasaan dan wewenang untuk memanfaakan bangsa jin oleh Allah SWT. Sepeninggal beliau, para nabi yang lain tidak diberikan wewenang itu. Mereka diminta berjuang di jalan Allah dengan segala resiko fisik.

Maka Nabi Zakaria pun harus mati di gergaji oleh kaumnya yang membangkang. Padahal kalau memang dibolehkan, seharusnya Nabi Zakaria pun minta bantuan jin untuk diberi ilmu kebal agar tidak mempan dibacok.

Seandainya meminta bantuan jin dan mengisi raga dengan ilmu kebal itu dibenarkan secara aqidah, seharusnya Rasulullah SAW tidak perlu patah giginya dan hancur mukanya saat dilempari batu di Thaif. Dan semua peperangan selama 23 tahun di zaman kenabian itu tidak perlu menghasilkan sejumlah syuhada'.

Namun karena aqidah Islam melarang kita meminta bantuan kepada jin, meskipun jin muslim sekali pun, maka kita tidak pernah melihat para mujahidin sepanjang zaman yang pakai ilmu kebal.

Kalau pun ada pertolongan dari Allah, maka pertolongan itu turun dengan sendirinya. Itu adalah karamah yang Allah berikan kepada siapa saja dari para hambanya yang shalih, yaitu yang beraqidah benar, menjalankan hukum halal dan haram secara benar, dan juga selalu menghindari diri dari dosa, kebencian, kebengisan dan dendam.

Para mujahidin sepanjang zaman tidak menang berjihad melawan orang kafir karena ilmu kebal, atau karena diisi dengan amalan tertentu, atau karena dirajah atau diberikan amalan tertentu. Mereka menang karena semata pertolongan Allah. Karena yang mereka lawan adalah orang kafir, bukan sesama umat Islam sendiri.

Karena yang mereka tegakkan adalah kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW, bukan kepentingan sesaat, bukan dendam yang tidak jelas, juga bukan kepentingan dan agenda orang-orang di belakang layar.

Itulah jihad yang dilakukan para mujahidin di masa lalu, dan itulah yang dilakukan oleh para pahlawan di negeri kita sendiri. Dengan cara itulah kita melawan Belanda dan Jepang di masa lalu. Jihad kita bukan untuk memukuli sesama muslim karena berbagai persoalan yang tidak jelas, hanya karena dipanasi oleh media yang sangat berat sebelah.

Semoga Allah SWT melindungi kita dari beragam jebakan Iblis yang inginnya kita selalu berseteru dengan sesama muslim. Semoga Allah memadamkan tipu daya Iblis dan memenangkan agama-Nya.

Wallahu a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Ahmad Sarwat, Lc
dipetik dari: http://swaramuslim.net/hikayat/more.php?id=6003_0_14_0_M

Berpacaran Di Banda Aceh

Berpacaran Di Banda Aceh
Dilulus terbit pada Monday, November 10 @ 07:09:11 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh ibnuhasyim

"

Ibnu Hasyim
CATATAN PERJALANAN:



MALAM itu saya sempat melawat ke suatu kawasan rumah-rumah kediaman mangsa-mangsa tsunami. Kampung itu menjadi contoh terbaik di kalangan banyak kawasan mangsa tsunami. Sempat saya bertemu seorang lelaki perpengaruh dan banyak pengalaman, yang mengetuai di kalangan mereka..



“Hanya tinggal saya dan isteri saya. Anak-anak saya semua telah meninggal dunia diragut tsunami. Selepas tsumani saya jual banyak tanah-tanah saya, saya wakafkan masjid di sini dan akan wakafkan sebuah lagi..” Kata beliau yang sudah berusia 62 tahun. “Cuma saya risaukan masa depan Aceh.. Pemimpin-pemimpin dan generasi mudanya…”





“Kenapa?” Saya tanya.



“Masalah pemimpin-pemimpin… contohnya kurang yang berpendidikan agama, akibatnya tidak telus wang pembahagian tsunami. Remajanya, dulu lepas tsunami semuanya hampir berpakaian menutup aurat dan baik pergaulan. Kini sudah mulai berkurangan.. Bahkan di Banda Aceh inipun sudah ada tempat-tempat muda-mudi dibenarkan berpacaran. Berpasang-pasangan bukan muhrim di remang-remang kota, atau di atas kereta (Atas motosikal.. Motosikal disebut kereta di Aceh).”



“Benarkah?” Saya tanya bagaikan terkejut…



Memang dikatakan sejak Mac 2001, telah dilaksanakan ‘hukum syariat Islam’ di Tanah Rencong ini. Sudah ada contoh kes yang berakhir dengan hukum ‘cambuk’ atau sebat kepada penjudi. Bahkan pernah suatu waktu diadakan konset hiburan di stadium, penonton dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Bahkan seorang penulis bernama Dudi Gurnadi menggambarkan kesan syariat tersebut ke atas sosio budaya hingga selepas tsunami, dalam tulisannya pada Mac11, 2006, setelah sebulan penulisnya berada di Banda Aceh. Antaranya berbunyi…



“ 1…Hampir sebagian besar wanita Aceh ketika di tempat umum ataupun berkendaraan selalu menggunakan jilbab atau minimal kerudung dan biasanya menggunakan baju lengan panjang. Hal ini berbeda dengan sebagian besar bule-bule (orang-orang barat) wanita NGO yang tidak berkerudung ataupun berjilbab walaupun berada di tempat umum. Biasanya, ketika sudah sampai tempat tujuan kerudung atau jilbab tersebut akan dilepas walaupun disitu ada pria yang bukan muhrimnya.



2…Jarang sekali saya melihat pria menggunakan celana pendek (celana hawaii) di tempat umum, mungkin di Jakarta jamak yah liat (lihat) pemandangan seperti ini. Bahkan saya tidak pernah liat yang bertelanjang dada. Ah ini sih kebangetan telanjang dada di tempat umum, cuma saya juga belum pernah liat ada petani yang bertelanjang dada lagi mencangkul, abis belum sempet jalan-jalan ke sawah sih.



3…Ketika berada di pantai Lhokga tidak ada satu pun bule wanita yang berani menggunakan bikini atau pakaian terbuka, namun beberapa pria entah lokal atau bule berani bertelanjang dada untuk menikmati berenang di pantai. Kekekeke, gak tau kalo ada Polisi Wilayatul Hisbah (kalau di Malaysia disebut pegawai pencegah maksiat) ditangkep gak tuh.



4…Sangat sulit untuk menemukan minuman beralkohol di Aceh walaupun kadar alkoholnya kecil. Jangan pernah berharap anda bisa mendapatkan Anker Bir atau Bir Bintang dengan mudah di Aceh. Ditempat-tempat tertentu anda bisa mendapatkannya seperti misalnya di Cafe Country Steak yang sebagian besar pengunjungnya adalah bule. Sayangnya yang boleh memesan bir hanya orang bule, orang lokal ataupun orang Indonesia jangan berharap bisa pesan bir tersebut.



5…Beberapa tempat rekreasi untuk umum seperti pantai Ujong Bate ditutup pintu masuknya (entah oleh siapa ditutupnya) bahkan dipalang dengan sebuah pagar kawat sehingga tidak ada orang yang dapat menikmati keindahan pantai tersebut. Mungkin pantai Ujong Bate ditutup karena sering dijadikan ajang berbuat mesum. Ini masih tebakan saya loh, sebab ada peringatan sejenis (papan tanda) di Pantai Lhoknga yang bunyinya kurang lebih adalah ‘Dilarang berbuat mesum di pantai ini’. Ketika saya mengunjungi Pantai Ujong Bate, ternyata tetap saja ada beberapa orang yang nekat menerobos pagar tersebut untuk menikmati keindahan sunset, termasuk saya dengan beberapa rekan, namun tidak untuk tujuan mesum dong ah, plis deh.”



Begitu, lebih kurang gambarannya…



Lelaki berpengalaman itu tadi terus bersuara seolah-olah mencabar saya, “Kalau encik tak percaya, malam ini juga encik boleh pergi lihat di Blang Padang, kawasan rumah kediaman pemimpin-pemimpin di Banda Aceh, tiada Polisi Wilayatul Hisbah (Pegawai Pencegah Maksiat) yang mengawalnya! Anak-anak muda bebas berpacaran di remang-remang celahan kelompok cahaya lampu jalanan, hatta hingga lewat jam 12 pun…”



Hal ini membuat saya berminat dan mengajak teman saya pergi meninjaunya dengan naik motosikal. Sesampai di sana, memang betul seperti dikatakan lelaki itu. Berpasang-pasang berdudukan di bangku-bangku yang disediakan oleh peniaga-peniaga kedai makan. Bersenda-gurau kecil. Tetapi tidaklah seteruk macam pasangan-pasangan di Malaysia. Kerana mereka masih memakai tudung, pakaian agak tidak menjolok, dan berkelakuan agak selaras dengan pemakaiannya.



Walaupun begitu, menurut lelaki berpengalaman itu tadi, padanya itulah muqaddimah kepada proses ke arah keruntuhan moral dan akhlak generasi Aceh selanjutnya. Ke arah men’Jakarta’kan dan menjajah budaya Aceh yang Islamik. Saya fikir-fikir betul juga pandangan beliau. Kerana kira-kira tahun 70an lalu semasa saya di Pulau Pinang, ramai anak-anak muda jadi rusak akhlaknya kerana gara-gara wujudnya pusat-pusat rekreasi seperti di Kebun Bunga, Tanjung Bunga, Padang Kota, Padang Broom (bercumbuan dalam kereta) dan banyak lagi.



Di KL pun begitu masa itu, contohnya di Lake Gerden, Jalan Duta (maksiat dalam kereta), dan Beer Garden Ampang Park. Memang awalnya tidak ketara sangat, kerana ianya langkah membiasakan.. iaitu muqaddimah. Hingga kini tiada orang pedulikan tempat-tempat begitu lagi, kerana lebih banyak tempat-tempat lain yang lebih hebat sarang maksiatnya. Itulah dikatakan ‘muqaddimah’ atau pendahuluan tadi!



“Akhirnya saya mahu tanya, apa pandangan encik mengenai cara selesaikan masalah ini?” Beliau minta pandangan saya pula.



“Pada saya kita kena kembali kepada perkara pokok. Iaitu kalimat agung manusia yang bernama Islam. Kalimat yang perlu dibeberkan tiap hari ‘La ilaha illAllah’, tiada tuhan lain melainkan Allah. Kalimat yang perlukan tuntutan pengorbanan. Perlu terpahat di dada perjuangan, 5 prinsipnya. Allah sebagai matlamat perjuangan. Rasul sebagai idola kepemimpinan. Al-Quran sebagai perlembagaan dan perundangan. Jihad sebagai jalannya… dan syahid menjadi idaman dan cita-cita.



Apabila diletakkan Al-Quran sebagai perlembagaan dalam hidup, dalam bernegara atau berpolitik, termasuk dalam parti, dalam masyarakat, keluarga juga individu, maka selamatlah kita di dunia dan di akhirat. Samada menang bertarung atau mati syahid, dua-duanya adalah kemenangan. Segala tindakan politik, ekonomi dan social, semuanya mesti dalam lingkungan konsep ‘La ialha illAllah’ tadi.



Apabila kita meletakkan ‘La ilaha illAllah’, atau Al-Qur’an, Al-Hadis, Ijmak Ulama & Qias dalam perundangan dan perlembagaan negara, maka parti lokal Aceh kita, bukan lagi di berada di bawah tempurung lokal kedaerahan, bahkan melebar meluas ke peringkat nasional dan global..” Itu jawapan saya.



Beliau boleh mengangguk dan bersetuju nampaknya. Mukanya pun nampak berseri-seri. Demikian catatan perjalanan di Aceh untuk kali ini. Allahu akbar. La ilaha illAllah! Wallahu aklam.



Catatan Perjalanan ke Indonesia:
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober, 08
Banda Aceh.

Sesatnya Ajaran Ahmadiyah..

Sesatnya Ajaran Ahmadiyah..
Dilulus terbit pada Monday, November 10 @ 07:06:20 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh ibnuhasyim

Ibnu Hasyim:
Catatan Santai


SEBAGAI lanjutan dari Catatan Perjalanan saya dari Medan, ‘Kisah Debat Ajaran Ahmadiyah’, maka saya perlengkapkan, atas permintaan beberapa pelayar weblog dengan catatan berikut..


AHMADIYAH adalah suatu aliran yang meyakini ada nabi setelah Nabi Muhammad saw, mereka meyakini Mirza Gulam Ahmad sebagai nabi mereka. Selain itu mereka mempunyai kitab suci yang dikenal dengan nama Tadzkirah sebagaimana umat Islam mempunyai Al-Qur`an. Semoga artikel ini dapat sebagai peringatan akan bahaya aliran sesat ini. Artikel ini dikutip dari Buletin LPPI

1.. Aliran Ahmadiyah-Qadiyani itu berkeyakinan bahwa Mirza Ghulam Ahmad adalah Nabi dan Rasul, kemudian barangsiapa yang tidak mempercayainya adalah kafir murtad

2.. Ahmadiyah-Qadiyani memang mempunyai Nabi dan Rasul sendiri yaitu Mirza Ghulam Ahmad dari India

3.. Ahmadiyah-Qadiyan mempunyai kitab suci sendiri yaitu kitab suci Tadzkirah.

4.. Kitab suci”Tadzkirah” tersebut adalah kumpulan wahyu yang diturunkan “tuhan” kepada Mirza Ghulam Ahmad yang kesuciannya sama dengan kitab suci Al-Qur’an, karena sama-sama wahyu dari Tuhan, tebalnya lebih tebal dari Al-Qur’an, dan kitab suci Ahmadiyah tersebut ada di kantor LPPI

5.. Kalangan Ahmadiyah mempunyai tempat suci tersendiri untuk melakukan ibadah haji yaitu Rabwah dan Qadiyan di India. Mereka mengatakan: “Alangkah celakanya orang yang telah melarang dirinya bersenang-senang dalam haji akbar ke Qadiyan. Haji ke Makkah tanpa haji ke Qadiyan adalah haji yang kering lagi kasar”. Dan selama hidupnya “nabi” Mirza tidak pernah haji ke Makkah

6.. Kalau dalam keyakinan umat Islam para nabi dan rasul yang wajib dipercayai hanya 25 orang, dalam ajaran Ahmadiyah Nabi dan Rasul yang wajib dipercayai harus 26 orang, dan Nabi dan Rasul yang ke-26 tersebut adalah “Nabi Mirza Ghulam Ahmad”

7.. Dalam ajaran Islam, kitab samawi yang dipercayai ada 4 buah yaitu: Zabur, Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Tetapi bagi ajaran Ahmadiyah Qadiyan bahwa kitab suci yang wajib dipercayai harus 5 buah dan kitab suci yang ke-5 adalah kitab suci “Tadzkirah” yang diturunkan kepada “Nabi Mirza Ghulam Ahmad”

8.. Orang Ahmadiyah mempunyai perhitungan tanggal, bulan dan tahun sendiri. Nama bulan Ahmadiyah adalah: 1. Suluh 2. Tabligh 3. Aman 4. Syahadah 5. Hijrah 6. Ihsan 7. Wafa 8. Zuhur 9. Tabuk 10. Ikha’ 11. Nubuwah 12. Fatah. Sedang tahunnya adalah Hijri Syamsi yang biasa mereka singkat dengan H.S. Dan tahun Ahmadiyah saat ini adalah tahun 1373 H.S (1994 M atau 1414 H). Kewajiban menggunakan tanggal, bulan dan tahun Ahmadiyah tersendiri tersebut di atas perintah khalifah Ahmadiyah yang kedua yaitu Basyiruddin Mahmud Ahmad.

9.. Berdasarkan firman “tuhan” yang diterima oleh “nabi” dan “rasul” Ahmadiyah yang terdapat dalam kitab suci “Tadzkirah” yang artinya: “Dialah tuhan yang mengutus rasulnya “Mirza Ghulam Ahmad” dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama-agama semuanya.(“kitab suci Tadzkirah” hal. 621).
Berdasarkan keterangan yang ada dalam kitab suci Ahmadiyah di atas BAHWA AHMADIYAH BUKAN SUATU ALIRAN DALAM ISLAM, TETAPI MERUPAKAN SUATU AGAMA YANG HARUS DIMENANGKAN TERHADAP SEMUA AGAMA-AGAMA LAINNYA TERMASUK AGAMA ISLAM.

10.. Ahmadiyah mempunyai nabi dan rasul sendiri, kitab suci sendiri, tanggal, bulan dan tahun sendiri, tempat untuk haji sendiri serta khalifah sendiri yang sekarang khalifah yang ke-4 yang bermarkas di Inggris bernama: Thahir Ahmad. Semua anggota Ahmafiyah di seluruh dunia wajib tunduk dan taat tanpa reserve pada perintah dia. Orang di luar Ahmadiyah adalah kafir dan wanita Ahmadiyah haram kawin dengan laki-laki di luar Ahmadiyah. Jika tidak mau menerima Ahmadiyah tentu mengalami kehancuran.

11.. Berdasarkan “ayat” kitab suci Ahmadiyah “Tadzkirah” bahwa tugas dan fungsi Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasul yang dijelaskan oleh kitab suci umat Islam Al-Qur’an, dibatalkan dan diganti oleh “nabi” orang Ahmadiyah Mirza Ghulam Ahmad.

(i).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” Tadzkirah: Artinya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab suci’Tadzkirah” ini dekat dengan Qadiyan-India. Dan dengan kebenaran Kami menurunkannya dan dengan kebenaran dia turun.” (“kitab suci” Tadzkirah hal.637)

(ii).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” Tadzkirah: Artinya: ”Katakanlah-wahai Mirza Ghulam Ahmad-jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku” (“kitab suci” Tadzkirah hal. 630)

(iii).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” Tadzkirah Artinya: “Dan Kami tidak mengutus engkau-wahai Mirza Ghulam Ahmad-kecuali untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam”. (kitab suci “Tadzkirah” hal. 634)

(iv).. Firman “tuhan” dalam kitab suci “Tadzkirah”: Artinya: “Katakan wahai Mirza Ghulam Ahmad-sesungguhnya aku ini manusia biasa seperi kamu, hanya diberi wahyu kepadaku”.(“kitab suci Tadzkirah hal. 633)

(v).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” Tadzkirah: Artinya: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu - wahai Mirza Ghulam Ahmad - kebaikan yang banyak” (“kitab suci” Tadzkirah hal.652)

(vi).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” Tadzkirah: Artinya: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan engkau - wahai Mirza Ghulam Ahmad - imam bagi seluruh manusia” (“kitab suci” Tadzkirah hal. 630)

(vii).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” “Tadzkirah”: Artinya: “Oh, pemimpin sempurna, engkau - wahai Mirza Ghulam Ahmad - seorang dari rasul, yang menempuh jalan betul, diutus oleh Yang Maha Kuasa, Yang Rahim” (“kitab suci” Tadzkirah hal. 658-659)

(viii).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” Tadzkirah: Artinya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam lailatul qadr” (kitab suci Tadzkirah hal. 519)

(ix).. Firman “tuhan” dalam “kitab suci” Tadzkirah: Artinya: “Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah-lah yang melempar. (Tuhan) Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan Al-Qur’an” (“kitab suci” Tadzkirah hal.620)

Dan masih banyak lagi ayat-ayat kitab suci Al-Qur’an yang dibajaknya. Ayat-ayat “kitab suci” Ahmadiyah Tadzkirah yang dikutip di atas, adalah penodaan dan bajakan-bajakan dari kitab suci Umat Islam Al-Qur’an. Dan Mirza Ghulam Ahmad mengaku pada umatnya -orang Ahmadiyah-bahwa ayat-ayat tersebut adalah wahyu yang dia terima dari “tuhannya” di India.

12.. PENODAAN AGAMA DAN HUKUMNYA

(i).. Pada Kitab Undang-undang Hukum Pidana diadakan pasal baru yang berbunyi sbb: PASAL 56 a: Dipidana dengan pidana penjara selama-lamanya lima tahun, barang siapa dengan sengaja di muka umum mengeluarkan perasaan atau melakukan perbuatan: a. yang pokoknya bersifat permusuhan. Penyalahgunaan atau penodaan terhadap suatu agama di Indonesia.

(ii).. Surat edaran Dirjen Bimas Islam dan Urusan Haji Nomor D/BA.01/3099/84 tanggal 20 September 1984, a.l.: 2. Pengkajian terhadap aliran Ahmadiyah menghasilkan bahwa Ahmadiyah-Qadiyan dianggap menyimpang dari Islam karena mempercayai Mirza Ghulam Ahmad sebagai Nabi, sehingga mereka percaya bahwa Nabi Muhammad saw bukan nabi terakhir.

13.. LARANGAN


(i).. Malaysia telah melarang ajaran Ahmadiyah di seluruh Malaysia sejak tanggal 18 Juni 1975.

(ii).. Brunei Darussalam juga telah melarang ajaran Ahmadiyah di seluruh Brunei Darussalam.

(iii).. Rabithah `Alam Islami yang berkedudukan di Makkah telah mengeluarkan fatwa bahwa Ahmadiyah adalah KAFIR dan KELUAR DARI ISLAM.

(iv).. Pemerintah Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan keputusan bahwa Ahmadiyah adalah KAFIR dan TIDAK BOLEH pergi haji ke Makkah.

(v).. Pemerintah Pakistan telah mengeluarkan keputusan bahwa Ahmadiyah adalah golongan MINORITAS NON MUSLIM.

14.. KESIMPULAN

(i).. Ahmadiyah sebagai perkumpulan atau jemaat didirikan oleh Mirza Ghulam Ahmad di Qadiyan - INDIA (sekarang Pakistan) tahun 1889, yang kerana perbedaan pandangan tentang penerus kepemimpinan dalam Ahmadiyah dan ketokohan pendirinya berkembang dua aliran, yaitu Anjuman Ahmadiyah (Ahmadiyah Qadiyan) dan Anjuman Ishaat Islam Lahore (Ahmadiyah Lahore).Kedua aliran tersebut mengakui kepemimpinan dan mengikuti ajaran serta paham yang bersumber pada ajaran Mirza Ghulam Ahmad.

(ii).. Jemaat Ahmadiyah masuk dan berkembang di Indonesia sejak tahun 1920-an dengan menamakan diri Anjuman Ahmadiyah Qadiyan Departemen Indonesia dan kemudian dinamakan Jemaat Ahmadiyah Indonesia (JAI) yang dikenal dengan Ahmadiyah Qadiyan, dan Gerakan Ahmadiyah Lahore Indonesia (GIA) yang dikenal dengan Ahmadiyah Lahore.

(iii).. Mirza Ghulam Ahmad mengaku telah menerima wahyu, dan dengan wahyu itu dia diangkat sebagai nabi, rasul, al-Masih Mau`ud dan Imam Mahdi. Ajaran dan faham yang dikembangkan oleh pengikut Jemaat Ahmadiyah Indonesia khususnya terdapat penyimpangan dari ajaran Islam berdasarkan Al-Qur`an dan Al-Hadits yang menjadi keyakinan umat Islam umumnya, antara lain tentang kenabian dan kerasulan Mirza Ghulam Ahmad sesudah Rasulullah saw.(BALITBANG DEPAG RI, Jakarta, 1995 hal. 19, 20,21)

PENUTUP


Sebagai penutup brosur ini, kami kutip sebuah ayat Al-Qur`an yang mengancam orang yang mengaku menerima wahyu serta menulis kitab dengan tangannya sendiri, kemudian dikatakannya dari Allah swt dengan dusta yang amat keji seperti yang dilakukan oleh nabi Mirza di atas. Allah swt berfirman: Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikataknnya: Ini dari Allah, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaanlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan. (Q.S. Al-Baqarah 79)

Catatan: Apabila PB Ahmadiyah berkeberatan dengan isi brosur ini, alangkah baiknya diselesaikan melalui debat terbuka yang disaksikan oleh umat.

Sumber:

(i).. Buletin LPPI. Masjid Al-Ihsan Lt.III Proyek Pasar Rumput Jakarta 12970 Telp/Fax. (021)8281606.
(ii).. www.perpustakaan-islam.com
(iii).. Qur'an Digital dotcom ‘Judul asli:Membongkar Kesesatan dan Kedustaan Ahmadiyah’ Oleh: Muslim.
(iv).. ABB Center. www.abbcenter.org. Jl. Cempaka no. 2A, Semenromo, Cemani, Grogol Sukoharjo / Surakarta Jawa Tengah Indonesia.

Sekian, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim.com

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN