Posted on Thursday, March 13 @ 00:07:30 MYT by greenboc
Oleh Ibrahim Baba
Apabila kemenangan dikecapi kita merayakan bagaikan lupa siapa yang memungkinkan kita menang. Kemenangan yang dikecapi ini hanyalah kecil. Sekadar mampu memerintah beberapa buah negeri serta memberi impak dan tekanan di peringkat Persekutuan, kita masih jauh untuk benar-benar merasai kemenangan yang sebenar.
Dalam menyahut kemenangan, kita diajar melalui peristiwa Fath ul Makkah, dengan Allah Azzawajalla telah mengingatkan kita melalui Surah An Nasr;
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Kadangkala IB terasa agak risau melihat pelbagai komentar yang dibuat rakan-rakan, yang mungkin rasa teramat gembira hasil dari kerja bersungguh masing-masing, melakarkan perasaan hati tetapi tidak mengambil iktibar dari peristiwa yang tercatat dalam al-Qur’an.
Kadang-kadang kita terikut dengan budaya mereka yang tidak bercirikan ajaran Rasulullah S.A.W. seperti bersikap “padan muka”, herdik-mengherdik mereka yang tewas, bersorak melampau, melepas geram terhadap lawan, merasa angkuh dan sebagainya. Ini semua dapat kita baca dari kiriman dan komentar yang dibuat oleh rakan-rakan sekelian dalam meluahkan saat kegembiraan mereka.
Kita lupa ingatan Allah untuk kita bertasbih serta mengucap syukur kepada Allah yang telah memungkinkan kita dengan kemenangan ini.
Sekadar mengingati diri saya sendiri serta rakan-rakan sekalian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI