Posted on Wednesday, July 29 @ 06:05:21 PDT by TokPenghulu

"Editor Blog : GoMalaysian [links]
Blog Link : links

"Utusan Melayu" juga tidak ketinggalan dalam isu ini, mereka juga mempersoalkan kenapa Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan untuk menyiasat kes ini? mereka mengganggap ianya tidak perlu.
Apakah Motif Mereka Mengaitkan Isu Kematian Teoh Beng Hock Dengan Isu Perkauman?
Marilah kita mula dengan satu cerita lama...
Seorang Xiu Chai (golongan cerdik pandai atau cendiakawan pada zaman china purba) telah diupah oleh sebuah keluarga yang kaya raya untuk mendidik anaknya.
Maka, cendiakawan tersebut telah memikirkan pelbagai langkah untuk mengambil hati taukenya supaya dia tidak dipecat.
Pada satu hari, orang kaya tersebut ingin menguji tahap pembelajaran anaknya lalu dia telah menanyakan satu soalan kepada anaknya (pada zaman
purba China, orang ramai di China suka untuk berbalas pantun, dimana salah seorang daripada golongan cerdik pandai suka mengeluarkan satu ayat dan orang lain harus menyambung ayat itu dimana ayat tersebut harus mempunyai maksud yang sama atau bertentangan, ianya seperti pantun).
Soalannya bermula dengan perkataan "Payung".
Anaknya tidak dapat membalas, pada masa yang sama, dia ternampak seekor ketam yang berkeliaran lalu menjawab "ketam".
Bapanya terpengun. Lalu cendiakawan tersebut terus menjawab "Bagus, Bagus!" untuk memastikan dia tidak dimalukan oleh anak muridnya.
Cendiakawan menjelaskan, payung adalah berdiri tegak, ketam adalah berjalan secara mendatar, maka ia adalah saling berkaitan (kerana payung adalah tegak dan ketam berjalan secara mendatar, maka mereka mempunyai maskud yang bertentangan).
Cerita ini telah mengingatkan saya tentang laporan beberapa surat akhbar yang mengaitkan isu kes kematian Teoh Beng Hock dengan isu perkauman.
Ketua editor NST, Zainal Ariffin telah menulis sebuah petikan di Berita Harian yang mempertahankan tindakan dan cara siasatan SPRM yang kini diserang pelbagai pihak atas kes kematian Beng Hock itu.
(Note: Berita Harian : Kematian Teoh timbulkan pelbagai spekulasi politik)
Dia berkata: Bukan Melayu yang mempersoalkan tindakan dan cara siasatan SPRM adalah sama seperti mencabar kewibawaan Melayu kerana SPRM adalah sebuah organisasi yang dimiliki orang Melayu.
Malah dia juga mempersoalkan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) mengkritik SPRM, serta menyamakan tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim sanggup mencabar kewibawaan Melayu seperti kaum lain.
Kenapa kematian seorang remaja yang berwawasan boleh dibandingkan dengan mencabar kewibawaan orang Melayu?
Saya tak faham kenapa mereka boleh dipilih untuk menjawab jawatan yang begitu tinggi serdangkan mereka mempunyai otak dan pemikiran sebegini.
"Utusan Melayu" juga tidak ketinggalan dalam isu ini, mereka juga mempersoalkan kenapa Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan untuk menyiasat kes ini? mereka mengganggap ianya tidak perlu.
(Note : Utusan : Antara misteri dan politiking)
Mereka kata mengapa kes seorang pelajar universiti yang jatuh dari bangunan tinggi tidak disiasat, mengapa pula kes Teoh Beng Hock ini harus disiasat? adakah kerana dia seorang warga bukan Melayu?
Tolonglah, Tuhan harus menyelamatkan dan mengubati mereka kerana mempunyai pandangan yang begitu rupa, kenapa mereka boleh menyamakan
Kes Kematian Teoh Beng Hock (yang jatuh dari Pejabat SPRM dengan sebab-sebab yang tidak diketahui) dengan pelajar universiti itu?
Zaini, ketua editor Utusan Melayu (yang pernah mendakwa MP Seputeh Teresa Kok mengharamkan pembesar suara surau dan menyebabkannya ditahan dibawah ISA dan dilepaskan kemudian kerana tidak mempunyai bukti beliau pernah melakukan tindakan tersebut) juga mengambarkan babak apabila SPRM membuka komputer Beng Hock dihadapannya, kelihatan Beng Hock sangat terkejut.
Saya tertanya-tanya bagaimana dia tahu muka Beng Hock kelihatan terkejut pada masa itu? adakah dia berada di sisi Beng Hock pada masa itu?
sekiranya ya, polis harus menjemput dia untuk menjalankan siasatan kerana dia merupakan saksi yang penting dalam kes ini.
Kalau tidak, adakah polis harus menangkapnya? kerana polis pernah berkata sesiapa yang cuba mengambarkan, atau memberikan maklumat yang salah akan ditahan dibawah akta yang sesuai.
Tujuannya sangat mudah, untuk menyalahkan Teoh Beng Hock.
Kenapa manusia sangguo mengeluarkan tuduhan terhadap seorang mangsa yang sudah mati? Adakah beliau sudah tidak dapat menjawab tuduhan itu?
Ya, inilah pemikiran seperti Cendiakawan itu, untuk mengambil hati bosnya, tapi perbuatannya adalah seribu kali ganda lebih buruk daripada cenkiadawan tersebut."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI