PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Mac 15, 2008

Hishammuddin gali kubur, KJ paling dibenci

Hishammuddin gali kubur, KJ paling dibenci
Abdul Halim Mohd Rashid
Sat | Mar 15, 08 | 6:00:46 pm MYT

Tidak bertanggungjawab.

Itulah kecaman Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau berundur serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Ketika menuduh Mukhriz tidak bertanggungjawab, Hishammuddin sempat mengangkat dirinya sebagai "tidak akan lari daripada tanggungjawab selagi saya menjadi Ketua Pemuda dan amanah yang diletakkan di atas bahu saya akan dipikul dengan penuh azam".

Memang, dia tidak akan lari dari tanggungjawab menggali kubur politiknya bersama-sama Abdullah dan menantunya, Khairy Jamaluddin.

"Gali, galilah kubur politik engkau bersama-sama Khairy dan bapa mertuanya, Hishammuddin!" kata seorang rakan di dalam Umno yang ditemui tadi.

Selepas Allahyarham Tunku Abdul Rahman Al-Haj dalam pilihan raya umum 1969 (Perikatan banyak kehilangan kerusi diwakili Melayu di samping kerusi-kerusi lain) dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pilihan raya umum 1999 (Barisan Nasional hanya mendapat 35 peratus undi Melayu), siapa boleh menafikan Khairy adalah orang yang paling dibenci oleh orang-orang Melayu? Bukan sahaja orang-orang Melayu, malah majoriti besar rakyat.

Apa yang didakwa kemenangannya di Rembau semakin dipertikaikan (selain gangsterisme yang didedahkan oleh Che' Gu Bard, bagaimana 957 undi untuk Parlimen Rembau hilang?). Jangankan orang lain, orang-orang Umno sendiri tidak percaya Khairy menang. Mereka menuduh beliau wakil postal (votes). Bukan wakil rakyat.

Selepas dibenci, Tunku dikasihi manakala Dr Mahathir pula dihormati. Ketika Tunku kembali ke sisi Tuhannya, beribu-ribu rakyat berebut-rebut untuk mengerjakan solat jenazah untuknya di Masjid Zahir, Alor Setar.

Pandangan-pandangan Dr Mahathir pula sehingga kini ditagih oleh rakyat. Kenyataan-kenyataannya dijadikan senjata untuk memerangi Abdullah dan Khairy serta juak-juak mereka dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimana dengan Khairy? Orang-orang Umno sendiri memeranginya sekarang. Kebencian mereka terhadap Khairy meluap-luap sehingga ke tahap menuntut bapa mertuanya berundur.

Pada masa yang sama, dalam usaha terdesak untuk mempertahankan kepimpinan Abdullah, mereka yang dituduh sebagai "barua-barua Khairy" mengadakan tunjuk perasaan di sana sini.

Mereka menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai slogan perang atau battle cry mereka.

Kalau bosan dua tiga hari ini, bolehlah bergelak ketawa dengan berita-berita seperti "3,000 bantah hapus DEB di P. Pinang" (Utusan Malaysia), "Bertam buat laporan polis berikutan kenyataan Guan Eng" (Bernama), "Peguam buat laporan polis terhadap Guan Eng" (Utusan Malaysia), "Pentadbiran baru kerajaan Selangor didakwa boneka DAP " (Utusan Malaysa), "DAP lupa fakta DEB � Samy Vellu" (Utusan Malaysa), "DEB: Umno demo bantah Guan Eng" (Malaysiakini), "Hapuskan DEB tindakan orang buta sejarah" (Bernama) "Tindakan DAP hapus DEB akan cetus ketegangan antara kaum, kata Khoo" (Bernama), "DEB: Guan Eng diselar" (Utusan Malaysia), "KM Pulau Pinang berdolak-dalik"(Utusan Malaysia) dan banyak lagi.

Tetapi yang paling kelakar ialah berita Utusan Malaysia bertajuk "Amaran kepada Guan Eng - Jangan buat kenyataan semarakkan ketegangan kaum � PM".

Kononnya!

Kenapa Abdullah tidak cakap mengenai ketegangan kaum ketika pentadbirannya membuang DEB? Dalam posting bertajuk "Bila Mahathir dan Razaleigh berkongsi pentas", Datuk A Kadir Jasin melaporkan:

Tengku Razaleigh dalam pidatonya yang kemas dan mantap menyesali tindakan-tindakan yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak gagal mencapai matlamatnya.

Beliau lebih kecewa kerana kini Umno dan pemerintahan yang dipeloporinya bukan sahaja tidak lagi komited kepada idealisme DEB, malah bulat-bulat menolak serta bertindak dengan cara yang mensabotaj keunggulan visi Tun Abdul Razak itu.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merujuk kepada konsep pokok Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) dan pewujudan dua zon bebas (Free Access Zone) sebagai contoh mutakhir penolakan DEB oleh pentadbiran sekarang.

Kedua pemimpin veteran itu bimbang aset negara, khasnya yang dipegang oleh Bumiputera, akan jatuh ke tangan orang asing dan tidak mungkin boleh ditebus kembali.

Dalam posting bertajuk "DEB sedang tenat atau sudah ditalkinkan" pula, Kadir melaporkan:

Beberapa saat sebelum khatib Masjid Negara membaca khutbah Jumaat 15 Jun memuji �pemimpin negara� kerana menaikkan gaji kakitangan awam, seorang eksekutif kanan sebuah bank berbisik kepada saya.

Katanya, di dalam suatu majlis anjuran Kelab Perniagaan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Business Club), seorang pembesar negara yang sangat besar berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dihapuskan.

Mengikut cerita beliau yang disampaikan secara tergesa-gesa kerana khatib akan memulakan khutbah memuji pemerintah, seorang eksekutif asing bertanya kepada pembesar yang sangat besar itu apakah syarat pemilikan Bumiputera yang dikecualikan di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) akan diperluaskan ke seluruh negara jika IDR berjaya.

Pembesar yang sangat besar itu, menurut eksekutif bank terbesar di Persekutuan Malaysia itu berkata: �Jawapan ringkasnya adalah ya.�

Untuk penjelasan lanjut mengenai penghapusan DEB di Wilayah Pembangunan Iskandar itu, sila baca posting blogger Umno, The �thirteen million plus Ringgit� guy bertajuk "Musa calls NEP be revoked in South Johor?".

Sebab itulah seorang lagi blogger Umno, A Voice bertanya, entah di manakah Umno semasa Tun Musa Hitam dan Pak Lah mengakhirkan DEB di WPI?

Mempertahankan pemerintahan Abdullah, yang menurut Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sudahpun nyawa-nyawa ikan, akan membawa kehancuran dan pemberontakan lebih besar. Bezanya, pemberontakan kali ini bukan dari rakyat umum tetapi dari ahli-ahli Umno sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN