PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Jun 20, 2009

Cari suspek samun, jumpa wang palsu

Cari suspek samun, jumpa wang palsu


ABDUL JALIL menunjukkan wang kertas
palsu nilai RM10 dan RM50.


AMPANG JAYA - Tembelang dua lelaki dan seorang wanita mencetak wang kertas palsu untuk dibelanja di pasar malam di Lembah Klang terbongkar apabila mereka ditahan di sebuah apartmen di Puncak Athenaeum Bukit Antarabangsa di sini Rabu lalu.

Serbuan pada pukul 1 pagi itu dilakukan selepas polis menjalankan siasatan terhadap satu laporan samun yang dilakukan oleh empat suspek di Taman Perwira, Banting dua hari sebelum itu.


KOMPUTER yang digunakan dalam kegiatan mencetak wang palsu.



SALAH sebuah rumah di Kondominium Puncak Athenaeum
di Bukit Antarabangsa inilah dijadikan tempat tiga suspek
mencetak wang kertas palsu.


Kejadian samun di Banting itu membabitkan sebuah van rokok yang telah dipintas empat suspek yang menaiki sebuah kereta Mercedes dan menggunakan senjata api.

Suspek-suspek telah memaksa pemandu dan pembantu van rokok itu supaya menyerahkan wang RM18,000 kepada mereka.

Polis yang menyiasat kes itu menerima maklumat empat suspek terbabit tinggal di tingkat sembilan sebuah kondominium di Puncak Athenaeum.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu polis tidak menyangka kes lain yang terbongkar dan bukan kes empat lelaki menyamun van rokok.

"Sebaik rumah itu dimasuki, dua lelaki dan seorang wanita sedang leka mencetak wang kertas palsu nilai RM10 dan RM50," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan di sini semalam.

Menurut beliau, suspek-suspek yang berusia 33 hingga 40 tahun ketika itu sibuk dan tergamam apabila rumah mereka diserbu polis.

Pelatih bakar pusat serenti, cabar polis

Pelatih bakar pusat serenti, cabar polis


KEADAAN sebuah blok pentadbiran di Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor yang terbakar malam tadi.


TASIK GELUGOR - "Saya melihat dua pelatih pusat serenti yang menutup muka ala ninja berlari dengan membawa tong minyak manakala beberapa pelatih lain dengan kayu menaiki traktor mengelilingi tiga blok pentadbiran yang sedang terbakar."

Demikian cerita seorang penduduk, Ali Osman, 58, yang menyaksikan kejadian rusuhan yang tercetus di Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor di sini semalam.

Ali yang tinggal kira-kira 500 meter dari pusat serenti tersebut berkata, rusuhan itu diketahui pada pukul 6 petang selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya.

"Keadaan di pusat serenti tersebut hura-hara dengan sorakan pelatih yang merusuh dan mereka kelihatan ganas," kata beliau semasa ditemui tidak jauh dari pusat serenti itu malam tadi.


ANGGOTA FRU bersiap sedia untuk mengawal rusuhan yang tercetus disebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan pelatih.


Kata beliau, tindakan membabitkan hampir semua pelatih di situ menyebabkan pegawai di pusat serenti itu berundur keluar.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Amir berkata, pelatih di pusat serenti itu jelas menguasai pusat serenti itu dan mereka langsung tidak menghiraukan arahan polis.

Malah kata Amir, ada beberapa kumpulan pelatih itu mencabar anggota polis yang cuba menghampiri mereka.

Kata beliau, dalam keadaan tegang itu beberapa buah kenderaan pegawai di pusat itu juga dibakar.


ANGGOTA FRU masuk ke dalam Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor untuk mengawal rusuhan yang tercetus malam tadi.


Bagaimanapun, Amir memberitahu, pada pukul 8 malam, anggota polis, bomba dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masuk ke dalam pusat serenti itu menyebabkan pelatih-pelatih tersebut berundur ke belakang.

Lahir lelaki, mungkin besar jadi wanita

Lahir lelaki, mungkin besar jadi wanita


RODZAKE dan isterinya, Zatul Bazamah Abdul Rahman bermesra dengan Nabil di rumah mereka di Kampung Batu Lima, Kuala Perlis, semalam.



KERATAN Kosmo! kelmarin.


KUALA PERLIS - Bayi lelaki berusia 10 bulan yang lahir tanpa kemaluan, Muhammad Nabil Mustaqim mungkin membesar sebagai wanita jika alat sulitnya itu disahkan tidak akan tumbuh.

Bapanya, Rodzake Namis, 35, berkata, mereka akan meminta pandangan pakar perubatan dan tokoh agama sebelum memutuskan perubahan jantina bayi malang itu.

"Saya rela tukar jantina Nabil jika alat sulit dia tidak tumbuh dan sifatnya pula lebih cenderung seperti perempuan.

"Mungkin cara itu mengelak dia mendapat aib pada masa depan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 5 di sini semalam.

Anak Raja Petra tukar pengakuan

Anak Raja Petra tukar pengakuan


Raja Azman yang menukar pengakuan tidak bersalah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.



KERATAN Kosmo! 20 Mei.


SHAH ALAM - Anak kedua editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan mencuri, memiliki motosikal curi dan melakukan pecah rumah.

Raja Azman Raja Petra, 33, yang diwakili peguam J. Chandra dan Amarjit Singh Sidhu menukar pengakuannya selepas semua pertuduhan dibacakan semula di hadapan Majistret Norkamilah Aziz.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan mulai 14 hingga 16 September ini.

Raja Azman dengan tangan bergari kelihatan bersahaja semasa dihadap ke mahkamah. Tiada seorang pun ahli keluarganya hadir.

Chandra ketika ditemui pemberita di luar kamar mahkamah memberitahu, beliau diminta untuk mewakili Raja Azman dalam kes itu atas arahan ahli keluarga anak guamnya itu.

Menurut beliau, pihaknya juga akan menguruskan ikat jamin anak guamnya berjumlah RM10,500 yang ditetapkan mahkamah pada 19 Mei lalu.

Tiada penipuan - Ayatollah

Tiada penipuan - Ayatollah


AYATOLLAH ALI KHAMENEI (kiri) menjadi imam solat Jumaat di sebuah masjid di Teheran semalam.


TEHERAN - Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam menegaskan tiada penipuan undi dalam pilihan raya presiden baru-baru ini dan memberi amaran akan menangkap penunjuk perasaan jika mereka terus mengadakan demonstrasi untuk menuntut pilihan raya baru diadakan.

Ali Khamenei memihak kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad selepas presiden berkenaan mengumumkan kemenangannya pada pilihan raya 12 Jun lepas sebagai satu keputusan mutlak.

Kenyataan pemimpin tertinggi itu meletakkan calon yang menentang Mahmoud, Mir Hossein Mousavi dan para penyokongnya berada dalam keadaan buntu sama ada melepaskan tuntutan supaya pilihan raya baru diadakan atau sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Iran.

Laman-laman web pro-Mir Hossein tidak memberi reaksi berhubung amaran Ali Khamenei itu dan setakat ini, tiada pengumuman menyatakan terdapat perubahan tentang satu tunjuk perasaan yang dijadualkan diadakan petang ini di sini.

Dalam khutbah Jumaatnya di Universiti Teheran, Ali Khamenei turut menuduh media asing dan Barat cuba mencetuskan keadaan huru-hara di Iran.

"Sesetengah musuh kita di beberapa pelosok dunia mahu menggambarkan kemenangan mutlak tersebut seperti diselubungi keraguan," katanya.

Menurutnya, jumlah 11 juta undi yang membezakan Mahmoud dan saingan utamanya, Mir Hossein merupakan bukti penipuan tidak berlaku.

"Jika perbezaan tersebut adalah 100,000, 500,000 atau satu juta, seseorang boleh menyatakan penipuan mungkin berlaku. Namun, bagaimanakah untuk menipu jika berlaku perbezaan undi sebanyak 11 juta undi," katanya.


SEORANG jemaah membawa poster Ayatollah Ali Khamenei dan Ayatollah Ruhollah Khomeini ketika solat Jumaat di sebuah masjid di Teheran semalam.


Ucapan beliau itu merupakan yang pertama selepas ratusan ribu penyokong Mir Hossein membanjiri jalan-jalan raya di sini dalam demonstrasi terbesar sejak bantahan menumbangkan pemerintahan beraja Iran diadakan beberapa dekad lalu.

Pada masa yang sama, Ali Khamenei menegaskan bahawa beliau telah mengarahkan Majlis Revolusi supaya menyiasat dakwaan berhubung berlakunya penipuan undi dalam pilihan raya itu.

Majlis berkenaan sebelum ini menyatakan ia bersedia mengadakan kiraan semula undi secara terhad iaitu di kawasan-kawasan yang terdapat dakwaan penipuan tersebut.

- AP

Peluang Mesir kembali cerah

Peluang Mesir kembali cerah


PEMAIN Mesir meraikan kejayaan mereka menewaskan Itali 1-0 pada aksi Piala Konfederasi kelmarin.


JOHANNESBURG - Mesir kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke separuh akhir Piala Konfe- derasi 2009 selepas menewaskan juara dunia, Itali 1-0 kelmarin.

Ia merupakan kejutan kedua yang dipamerkan juara Afrika itu selepas mereka turut mempamerkan kebangkitan sebelum tewas 3-4 kepada Brazil pada aksi pembukaan awal minggu ini.

Pada aksi Kumpulan B di Stadium Ellis Park kelmarin, Moha- med Homos muncul wira Mesir selepas dia menjaringkan gol tunggal pada minit ke-40 menerusi tandukan cantik hasil daripada satu sepakan sudut.

"Ini adalah keputusan yang luar biasa," jelas jurulatih Mesir, Hassan Shehata.

"Kami sebenarnya bermain lebih baik ketika berdepan Brazil, namun hasilnya tidak memihak kepada kami.

"Begitupun, kami tidak berputus asa dan kali ini, kami telah buktikan dengan menewaskan Itali yang juga juara dunia."

Dengan kemenangan itu, Mesir kini berkongsi kedudukan kedua bersama Itali dengan tiga mata ketika Brazil terus unggul selaku pendahulu dengan enam mata.

Namun, peluang Mesir untuk mara ke separuh akhir dilihat lebih cerah apabila mereka akan berdepan pasukan tercorot, Amerika Syarikat pada perlawanan terakhir Isnin ini, manakala Itali berdepan juara bertahan, Brazil. - Reuters

Manek Urai: Umno berpecah dua


Manek Urai: Umno berpecah dua
Muda Mohd Noor | Jun 20, 09 1:23pm
Peluang Umno menang di Manek Urai bukan hanya ditentukan oleh calon yang sesuai tetapi juga sama ada dua kumpulan Umno dalam bahagian tersebut, boleh bersatu.

Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika satu kumpulan tidak menyokong, Umno sukar menang di Manek Urai.

Jika tidak ditangani segera, kata sumber itu, jentera kempen BN Manek Urai boleh berpecah kepada dua kumpulan.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama.

"Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005," kata sumber kepada Malaysiakini.

Isu jawatan ketua bahagian

Sumber itu mendakwa Ramzi telah menyingkirkan semua orang Zaid - sama ada di peringkat bahagian mahupun di cawangan-cawangan.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat Umno bahagian pertengahan tahun lalu, 28 cawangan mahu mencalonkan Wan Zaid bertanding jawatan ketua bahagian Kuala Krai.

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal kerana mesyuarat mereka dikatakan tidak sah dan sekaligus gagal mencalonkan Wan Zaid untuk mencabar Ramzi.

Berikutan itu, Ramzi mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian tanpa bertanding.

"Tetapi pengaruh Datuk Wan Zaid di sini masih banyak lagi kerana disokong oleh 28 cawangan.

"Sebab itu masih ada orang Umno yang berharap beliau dicalonkan untuk bertanding di DUN Manek Urai," katanya.

'Peruntukan tak cukup'

Menurutnya lagi, jika isu antara Ramzi dan Wan Zaid tidak ditangani, maka jentera pilihanraya BN Manek Urai tidak bersatu padu.

Tambahnya, sehingga hari ini ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing.

"Ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil.

"Sebab itu, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihnaraya," kata sumber itu.

DUN Manek Urai mempunyai sembilan peti undi.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penanamaan calon dan 14 Julai hari mengundi.

H1N1: 7 lagi kes baru disahkan, 51 pelajar dikuarantin

H1N1: 7 lagi kes baru disahkan, 51 pelajar dikuarantin

PUTRAJAYA: Tujuh lagi kes baru bagi jangkitan Influenza A (H1N1) disahkan sehingga pukul 10 pagi ini, enam daripadanya merupakan kes import dan satu lagi kes penularan tempatan, menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 42.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tujuh kes itu termasuk seorang murid perempuan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Davidson, Kuala Lumpur yang berusia 11 tahun, yang merupakan cucu kepada pesakit kes ke-31 yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata, murid itu pulang bercuti dari Melbourne, Australia bersama keluarganya dan tiba di negara ini melalui pesawat Air Asia XD7 2723 pukul 7 pagi Selasa lalu, kemudian pergi ke sekolah pada hari Rabu dan Khamis sebelum mengalami demam dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan, dan disahkan positif Influenza A (H1N1) semalam.

Berikutan itu, 51 rakan sekelas murid itu dikuarantin sejak malam tadi kerana didapati mempunyai kontak rapat dengan murid berkenaan, namun sehingga kini kesemuanya masih berada dalam keadaan sihat, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah dan Hari Keluarga kementerian di sini hari ini.

Liow berkata, kementerian juga sedang mengenal pasti sama ada guru-guru dan rakan-rakan di kelas yang lain di sekolah itu mempunyai kontak rapat dengan murid berkenaan, dan jika ada mereka akan turut dikuarantin.

Bagaimanapun, katanya, sekolah itu tidak akan ditutup sepenuhnya melainkan jika terdapat penularan tempatan berlaku.

"Jika berlaku satu wabak, jika terdapat satu lagi kes di kelas itu, ketika itu barulah kami merujuk Majlis Keselematan Negara untuk buat cadangan menutup sekolah tersebut tapi buat masa ini tak perlu," katanya.

Liow turut menyeru agar orang ramai, termasuk ibu bapa dan guru-guru di sekolah terbabit agar tidak panik kerana langkah kawalan telah diambil dengan segera dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Berikutan itu juga, beliau berkata, kementerian akan mengkaji untuk melihat kemungkinan pelaksanaan proses saringan di sekolah iaitu untuk mengukur suhu badan murid-murid sekolah supaya virus itu boleh dikesan lebih awal bagi mengelakkan virus ia menular di mana-mana sekolah.

Katanya, Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Pengarah Pelajaran akan berbincang mengenainya dalam masa terdekat kerana ia memerlukan kajian yang mendalam dan menyeluruh, katanya. BERNAMA

[BERITA TERDAHULU]

PUTRAJAYA: Tujuh lagi kes influenza A (H1N1) disahkan dan yang terbaru melibatkan seorang kanak-kanak perempuan sekolah rendah berusia 11 tahun di Kuala Lumpur.

Ia menjadikan jumlah kes tersebut kini meningkat kepada 42 kes.

Kementerian Kesihatan juga menyatakan, antara tujuh kes tersebut, satu melibatkan penularan tempatan, namun kementerian tidak memberi maklumat lanjut berhubung kes itu.

Pelajar itu dikatakan baru sahaja pulang daripada bercuti di Melbourne bersama neneknya yang turut mencatatkan kes wabak itu yang ke-30 semalam. Mereka tiba dengan pesawat Air Asia flight X D7 2723 pada pukul 7 pagi 16 Jun lalu.

Palajar itu telah ke sekolah pada hari berikutnya, justeru telah menyebabkan kesemua 51 rakan sekelasnya turut dikuarantin di rumah masing-masing.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang medianya hari ini berkata, pihaknya kini sedang menjalankan pemeriksaan jika pelajar kelas-kelas lain dan guru-guru mempunyai kontak rapat dengan pelajar tersebut.

Ditanya sama ada sekolah terbabit akan ditutup, Liow berkata, hal itu bergantung kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan.

Katanya, ketua pengarah kesihatan dan pelajaran dijangka bertemu bagi membincangkan secara lanjut mengenai langkah-langkah mengawal wabak itu di sekolah-sekolah.

Bangunan pusat serenti terbakar, 30 penghuni bolos dalam rusuhan



Bangunan pusat serenti terbakar, 30 penghuni bolos dalam rusuhan

BUTTERWORTH: Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.

Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.

Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam.

Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sesiapa yang cedera dalam rusuhan itu ataupun ditahan sebagai tebusan," katanya.

Beliau berkata, rusuhan itu dipercayai berpunca daripada sembilan penghuni pusat yang ditahan di dalam sel kerana didapati masih positif dadah walaupun menjalani proses pemulihan.

Ketika ditanya jumlah petugas pusat itu yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian, tanpa menyatakan dengan jelas Ayub berkata, jumlah mereka adalah mencukupi. BERNAMA

PAS umum calon Manek Urai 26 Jun

PAS umum calon Manek Urai 26 Jun
Salmiyah Harun
Sat | Jun 20, 09 | 11:40:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi.

Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti.

Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS. - mns_

Media baru bakal pengaruhi pengundi Manek Urai

Media baru bakal pengaruhi pengundi Manek Urai
Nyza Ayob
Sat | Jun 20, 09 | 11:55:08 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin tidak menolak kemungkinan kehadiran media baru seperti internet dan blog secara tidak langsung boleh mempengaruhi pengundi di Manek Urai walaupun kawasan tersebut adalah kawasan luar bandar.

Beliau berpandangan, mungkin terdapat pengundi muda yang telah berhijrah ke bandar dan mempunyai akses terhadap internet dan maklumat yang diperolehi melalui media baru ini seterusnya akan disampaikan kepada ibu bapa atau penduduk di Manek Urai.

Bagaimanapun katanya, pendekatan peribadi seperti mencula undi dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh parti-parti yang bertanding boleh menjadi efektif jika mengenai tempat dan sasarannya dalam mempengaruhi pengundi terutama golongan yang masih mencari-cari parti mana yang harus diundi.

"Pendekatan tersebut saya kira lebih berkesan dalam konteks pilihan raya kecil Manek Urai ini. Parti-parti yang bertanding mempunyai ruang yang kuat kerana dalam tidak mempunyai pilihan raya di tempat lain pada waktu ini.

"Sebagai contoh jika parti A menggunakan pendekatan peribadi dari rumah ke rumah, parti B juga harus berbuat demikian. Jika tidak, kempen secara langsung tidak akan berkesan," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu katanya, dalam menghadapi pilihan raya kecil, kehadiran media dan penyampaian maklumat akan memberi kesan kepada pengundi-pengundi yang belum tetap pendirian terhadap sesuatu parti atau 'atas pagar'.

Jelasnya, dalam mana-mana pilihan raya, akan ada golongan ini. Justeru katanya, golongan ini perlu diyakinkan dengan perjuangan dan matlamat parti agar mereka boleh mengundi kepada parti yang berkenaan.

Sama ada media ini memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pilihan raya, beliau berpandangan, ia bergantung kepada golongan mana yang disasarkan oleh media terbabit.

"Sebagai contoh jika sasaran media itu kepada golongan penyokong kuat PAS, apa sahaja propaganda yang disampaikan oleh media arus perdana mungkin pengaruhnya sangat kurang terhadap mereka. Ini kerana mereka telah mempunyai pendirian yang tetap.

"Tetapi bagi golongan yang masih terumbang ambing dan masih berkira-kira parti mana yang mereka perlu undi, peranan media ini betul-betul mempengaruhi mereka," katanya. - mns_

Isu perpaduan terpulang pada Presiden - Ustaz Azizan

Isu perpaduan terpulang pada Presiden - Ustaz Azizan
Izwan Abdul Halim
Sat | Jun 20, 09 | 12:21:24 pm MYT

ALOR SETAR, 20 Jun (Hrkh) - "Alhamdulillah...(sambil menadah kedua belah tangan) baru dia tau PAS ikhlas? Lama dah ikhlas, tapi depa (mereka) yang tak ikhlas dengan kami!," demikian reaksi spontan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta wartawan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa PAS ikhlas untuk berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini 17 Jun lalu, Ustaz Azizan bagaimanapun enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung polemik tersebut.

"Kerajaan Perpaduan ni yang bercakap Presiden (PAS), biar dialah selesai, saya ni orang bawah saja. Saya tiada komitmen apa pun. Perpaduan baguslah... semua berpakat! Dengan DAP, PAS, Umno, Gerakan, MCA kita pakat dok sekali semua, perpaduanlah macam tu agaknya atau macam lain? Saya tak tahu, nak cakap macam mana?

"Kalau kita dah jelas konsep itu bolehlah beri komen. Mungkin perpaduan ni semua parti duduk bersama dan menggerakkan negeri bersama...mungkin! Perpaduan macam sekarang PAS, DAP, KeADILan itu perpaduan juga, kerajaan juga. Perpaduan peringkat BN macam MCA, MIC, Gerakan, Umno dan lain-lain, (itu) perpaduan juga.

"Kalau semua perpaduan tak bagus juga, tak ada pembangkang. Pembangkang mesti ada. Kalau tak ada pembangkang kita tak tahu mana kerja betul mana tidak betul, semacam semua. Kalau pun salah tak ada siapa tegur kita, pembangkang perlu. Kalau semua bersatu tak betullah, tak ada maknalah. Tak ada dalam dunia satu kerajaan saja memerintah tak ada parti pembangkang. Mesti ada pembangkang barulah demokrasi itu hidup," ujarnya sekadar menyatakan pandangan.

Oleh itu beliau berharap agar pihak media menunggu penjelasan dari Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri.

"Lagipun dalam PAS tak semua sokong. Masa muktamar hari tu pun banyak pandangan-pandangan yang tak merestuai tentang apa yang dikatakan perpaduan kerana orang tidak jelas apa itu perpaduan, nak buat orang tak tahu.

"Tapi orang merestui Hadi untuk berunding dengan sesiapa sahaja. Sebagai parti politik, sebagai kerajaan kita boleh berbincang dengan sesiapa sahaja. Kita dengarlah, kita setuju belum tahu lagi. Perundingan itu menunjukkan keterbukaan kita.

"Saya tidak mahu kata 'yes or no' sebab saya bukan orang yang melontarkan idea. Tetapi ingatan saya masa muktamar baru ni dia (Presiden) cakap dia bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja, itu 'good'. Tok Guru Nik Aziz pun berunding dengan Lee Kuan Yew," ujarnya menerangkan keterbukaan PAS itu. - mns_

Poster Nik Aziz punya nilai komersil yang tinggi kata Wan Rahim

Poster Nik Aziz punya nilai komersil yang tinggi kata Wan Rahim
Salmiyah Harun
Sat | Jun 20, 09 | 12:27:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.

Jelasnya, hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

"Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi," katanya.

Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

"Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau," katanya ketika dihubungi.

Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

"Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masiang-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.

"Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung," jelas beliau. - mns_

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali
Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. - mns_

Jumaat, Jun 19, 2009

Manek Urai tanpa poster Hadi

Manek Urai tanpa poster Hadi
Jimadie Shah Othman | Jun 18, 09 12:30pm
eksklusif Berbeza dengan pilihanraya kecil lain, DUN Manek Urai menyaksikan kelainannya apabila poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan dinaikkan sebagai strategi kempen.

Jentera pilihanraya PAS Kelantan berhasrat menonjolkan poster calon bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar sebagai sebahagian strategi "melokalisasi" kempen tersebut.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Ia bertujuan melokalisasi (strategi) kempen pilihanraya kecil ini. Ini lawan kepada (pendekatan) Umno yang kita tahu akan cuba menasionalkannya.

"Ini pilihanraya tempatan (negeri),” kata Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Nasir Daud kepada Malaysiakini hari ini.

Ketiadaan poster Abdul Hadi - yang selalunya dinaikkan bersama Nik Aziz - menimbulkan spekulasi bahawa dua tokoh atasan PAS ini tidak lagi sealiran, khususnya dalam isu kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun PAS Kelantan menafikan tindakan tersebut ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan - yang hangat diperkatakan dan memberi gambaran dua tokoh sedang bergeser.

“Ia tidak ada kaitan langsung dengan isu kerajaan perpaduan. Ini (hal) pilihanraya kecil,” kata Nasir sambil menyifatkan perkara itu sebagai “geder” atau khabar angin.

Lawat kawasan


Bagaimanapun, tambahnya, poster-poster belum lagi dicetak.

"Yang sudah ada sikit-sikit itu (dibuat) sendiri-sendiri," kata Nasir, yang juga penduduk tempatan Kuala Krai - tidak berapa jauh dari Manek Urai.

kuala berang by-election 270804 pas postersDitanya sama ada tindakan tidak mencetak poster presiden itu akan membuatkan Abdul Hadi berkecil hati, Nasir hanya menjawab: "Tidak apa".

Sementara itu, beliau turut menafikan terdapat usaha PAS dari negeri-negeri tertentu memboikot kempen pilihanraya kecil PAS di DUN itu.

"Pada 13 Jun lalu mereka sudah datang membuat lawatan ke kawasan dan berjumpa dengan orang tempatan.

"Malam tadi baru saja (ahli jawatankuasa PAS pusat) Abu Bakar Chik datang," katanya.

Nasir berkata, jentera PAS dari negeri lain akan mula turun ke Manek Urai mulai esok.

Malaysiakini difahamkan, Abu Bakar termasuk dalam senarai pemimpin yang "tidak dialu-alukan" oleh PAS negeri di Manek Urai.

Dikatakan, termasuk dalam senarai itu ialah Abdul Hadi, timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.

Dewan Harian PAS akan bermesyuarat Isnin ini - dijangka membincangkan soal kerajaan perpaduan dan persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Pemuda PAS: Kes liwat Anwar tidak jejas Pakatan

Pemuda PAS: Kes liwat Anwar tidak jejas Pakatan
Jimadie Shah Othman | Jun 18, 09 4:37pm
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula awal bulan depan tidak akan menggugat kerjasama dalam Pakatan Rakyat, walaupun penasihat PKR didapati bersalah, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

"Takdir, katakanlah, mahkamah mensabitkan kesalahan (terhadap Anwar) sekalipun, saya rasa sukar untuk diterima oleh rakyat. Kerana ketelusan institusi kehakiman gagal dipulihkan kerajaan Umno-BN," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Jika di situ (pemulihan institusi) tidak selesai, selama-lamanya orang melihat sama ada Datuk Seri Anwar, atau sesiapapun, hanya mangsa kepada kezaliman Umno dan BN."

Nasrudin – yang mendapat gelaran At-Tantawi di kalangan rakan-rakan ketika menuntut dalam bidang syariah di Mesir – diminta mengulas cabaran pembangkang mengekalkan kerjasama yang dilihat bergantung kepada karisma Anwar untuk mempertautkan PAS dan DAP yang dilihat tidak serasi dalam banyak perkara.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar kes liwat Anwar terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara 1 hingga 24 Julai ini.

Nasrudin juga mengulas isu paling hangat dalam parti itu, idea pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang diutarakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tampil dengan imej seorang ulama muda, Nasrudin mengumpamakan perbincangan PAS-Umno itu satu usaha berdakwah Musa kepada Firaun.

"Misalnya bagaimana Allah menghantar nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?" katanya.

"Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi.

"Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).

"Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno)."

Nasrudin, yang mengakui menyertai PAS antaranya selepas terpesona dengan ketokohan Abdul Hadi berkata, sekiranya pemimpin parti itu "bijak dan tepat" mengambil tindakan, idea kerajaan perpaduan tidak akan menjadi masalah.

Bapa kepada enam anak itu menambah, idea yang diutarakan presidennya hanyalah "gagasan yang terbuka kepada perbahasan" dan dapat membentuk kematangan di kalangan ahli PAS jika perbezaan pandangan ditangani dengan baik.

"Ini bukan baru. Sudah banyak kali. Sebelum ini berlaku dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudian Barisan Alternatif. Ini semua adalah siri-siri ijtihad politik, apabila berlaku ijtihad politik, sedikit sebanyak berlakulah pergolakan atau perbahasan terbuka," katanya.

"Tetapi apabila dibuat keputusan dalam muktamar, saya percaya ahli akan bertaut kembali," kata anak kelahiran Besut itu.

Nasrudin turut merumuskan, masalah dalam Pakatan Rakyat selama ini hanyalah berpunca daripada "salah faham" dan dapat diselesaikan melalui penubuhan sekretariat bersama di pelbagai peringkat.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS masih memikirkan mekanisme pendekatan bagi mendekati Umno – yang disifatkannya masih dikekang oleh manupulasi media, terumamanya yang dikuasai pemerintah.


Sedutan wawancara Bahagian I. Bahagian kedua wawancara ini akan diterbitkan esok.

Peguam Anwar: Tiada bukti Saiful diliwat

Peguam Anwar: Tiada bukti Saiful diliwat
S Pathmawathy | Jun 18, 09 3:29pm
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi
Idris Ahmad
Thu | Jun 18, 09 | 9:20:58 pm MYT

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Mahfuz, Salahuddin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

Mahfuz, Salahuddin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jun 18, 09 | 1:59:41 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.

Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.

Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.

"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.

"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.

"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.

Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.

Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.

Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.- wann/mks. _

"Kami berpegang teguh memperkukuh Pakatan Rakyat - Ahli Parlimen PAS

"Kami berpegang teguh memperkukuh Pakatan Rakyat - Ahli Parlimen PAS
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jun 18, 09 | 7:12:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen PAS berpendirian berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN.

Demikian kenyataan yang dibacakan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mwakili ahli-ahli Parlimen di Lobi Dewan Rakyat petang tadi.

Bercakap lanjut, Dr Hatta berkata, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya ingin menegaskan bahawa persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah merupakan agenda PAS.

Ia selaras seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008, ujar Dr Hatta.

"Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh kalangan ahli-ahli Parlimen PAS._

Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz
Mohd Yusri Amin
Thu | Jun 18, 09 | 8:30:42 pm MYT

KOTA BHARU, 18 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri pemimpin tertinggi parti itu bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Katanya, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang akan melibatkan hanya pemimpin utama PAS.

"Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan.

"Tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Khas Perhubungan PAS Kelantan di JKR 10, petang tadi.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, gabungan pakatan pembangkang sekarang merupakan kerajaan perpaduan yang sebenar.

"Kenapa perlu nak cari yang lain. Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan Islam fobia oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya. Inilah kerajaan perpaduan," katanya.

Sementara itu pada mesyuarat tersebut beliau mengumumkan kesemua jawatan utama di Perhubungan PAS Kelantan kekal kecuali setiausaha dilantik muka baru iaitu Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menggantikan Dato' Takiyuddin Hassan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato' Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya III, Dato' Mohd Amar Abdullah.

Bendahari, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah. Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Haji Abdul Fatah Harun.

"Hari ini mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan," katanya.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan ketika dihubungi merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Pesuruhjaya melantiknya sebagai setiausaha baru PAS Kelantan. - mj _

Tutup pintu 'Kerajaan Perpaduan' jika hanya dengan Umno

Jumaat 19 Jun 2009 | 25 Jamadil Akhir 1430 Hijrah

Tutup pintu 'Kerajaan Perpaduan' jika hanya dengan Umno
Khairul Azlam Mohamad
Thu | Jun 18, 09 | 8:50:42 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 18 Jun (Hrkh) - PAS bertegas tidak akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media jika hanya melibatkan kerjasama antara PAS dan Umno.

Jika berlaku penglibatan PAS-Umno itu merupakan 'campuran' dan bukan 'perpaduan' sebagaimana gagasan idea yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata demikian pada sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

"Kerajaan Perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Serawak baru jadi 'perpaduan'.

"PAS dengan Umno tidak timbul langsung dalam soal 'Kerajaan Perpaduan' dan jika hanya dengan PAS-Umno tidak perlu kita (PAS) heboh-hebohkan.

"Tidak berlaku 'perpaduan' jika hanya dengan Umno-PAS. Saya rasa tidak ada orang PAS yang berfikir begitu (gabung PAS-Umno) sahaja.

"Presiden PAS pun tidak bercakap begitu (PAS-Umno). Jika PAS bergabung dengan Umno pun tidak jadi Kerajaan Perpaduan lagi," jelasnya.

ImageKatanya, PAS sekali-kali tidak akan bergabung dengan Umno sahaja sebagaimana yang pernah dilalui oleh parti itu suatu ketika dahulu.

Menurutnya, kekeliruan yang timbul mungkin kefahaman terhadap konsep "Kerajaan Perpaduan" yang disama-ertikan dengan gabungan PAS-Umno.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan hanya Presiden PAS (Ustaz Hadi) yang layak untuk menjelaskan kekeliruan serta kekusutan berkait dengan isu tersebut.

Namun begitu, katanya sebahagian dari konsep Kerajan Perpaduan itu adalah melibatkan semua parti-parti politik di negara ini dan kerajaan tanpa pembangkang.

Menurutnya, kerajaan perpaduan tersebut mestilah dipandukan oleh Islam sebagaimana tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 iaitu 'Islam Memimpin Perubahan'.

"Jika semu orang (parti) menerima Islam Memimpin Perubahan itu. Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja Islam dan perjuangan Islam ialah PAS. Jadi PAS yang akan memimpin 'Kerajaan Perpaduan'.

"Jika semua orang setuju, DAP setuju, PKR setuju, Umno setuju, MCA setuju, MIC setuju, parti-parti di Sabah, Serawak setuju dan semua setuju. Jadilah Kerajaan Perpaduan yang berlandaskan kepada Islam," tegasnya.

Maka, kata Dato' Harun kerajaan perpaduan tanpa pembangkang akan wujud serta tidak ada siapa lagi yang dianiaya dan dizalimi.

Menurutnya, jika berlaku sebarang perubahan kerajaan, badan kehakiman, suruhanjaya pilihan raya (SPR), perundangan, dasar ekonomi dan dasar luar negara sekali pun mesti dipandu dengan Islam.

Justeru itu, katanya isu kerajaan perpaduan merupakan satu saranan menarik pernah dikemukakan oleh PAS dan semua parti-parti lain serta rakyat Malaysia harus berfikir. - mks. _

Khamis, Jun 18, 2009

PGM Sandakan rampas 2,900 biji telur penyu

PGM Sandakan rampas 2,900 biji telur penyu

SANDAKAN: Polis Gerakan Marin (PGM) merampas 2,900 biji telur penyu yang cuba diseludup masuk dari negara jiran dengan tertangkapnya seorang rakyat Filipina di Sungai Batu Putih di sini semalam.

Dua bot pam atau tongkang turut dirampas dalam operasi 9.50 malam itu.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan, Cif Insp Fauzi Abdul Kadir berkata rakyat Filipina yang ditahan itu berusia 49 tahun, bagaimanapun seorang lagi pemandu bot berkenaan berjaya melarikan diri.

"Kedua-dua pam bot itu membawa telur penyu yang diperolehi dari pulaupulau di sekitar kawasan negara jiran dan dipercayai mahu dihantar ke Sandakan untuk dijual secara haram di Bandar Sandakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya nilai keseluruhan telur penyu itu dianggarkan RM5,220 berdasarkan harga di pasaran haram RM1.80 sebiji. BERNAMA

Polis rampas RM160,000 syabu di Kota Kinabalu

Polis rampas RM160,000 syabu di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Polis menahan lima orang termasuk seorang wanita dan merampas dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM160,000 di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata tangkapan pertama dibuat di Inanam pada kira-kira pukul 2.10 petang membabitkan dua lelaki berusia antara 24 dan 46 tahun serta seorang wanita berusia 31 tahun di dalam sebuah kereta Perodua Kancil.

Melalui tangkapan itu, polis Bahagian Narkotik Kota Kinabalu merampas dua paket dadah jenis syabu seberat lebih kurang 100 gram yang dianggar bernilai RM54,000 yang ditemui dalam beg wanita terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata tangkapan kedua membabitkan dua lelaki berumur antara 24 dan 70 tahun dibuat kira-kira 10 minit kemudian di hadapan sebuah kedai makan di kawasan itu.

"Polis menemui satu bungkusan plastik berisi syabu seberat 50 gram yang dianggar bernilai RM27,000," katanya.

Ahmad Sofi berkata siasatan lanjut polis turut menemui tiga paket syabu seberat 150 gram dianggar bernilai RM81,000 dalam seluar dalam seorang daripada lelaki yang ditahan dalam tangkapan pertama itu.

Lelaki itu kemudian ditahan pada pukul 3 petang di kawasan balai polis daerah Kota Kinabalu, katanya. BERNAMA

PAS bincang isu Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan Isnin ini

PAS bincang isu Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan Isnin ini

KUALA LUMPUR: Desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini yang akan dipengerusikan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beberapa pemimpin parti itu.

Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau memang terkejut dengan kenyataan yang agak keras oleh Nik Aziz terhadap Nasharuddin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap ianya adalah satu permulaan perpecahan parti.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula berkata, mengikut tradisi parti, perkara sedemikian akan diputuskan pada mesyuarat parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Taib Azamuddin Md Taib pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara tersebut.

Semalam, Nik Abdul Aziz secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Anggota Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin masalah itu mampu diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan Pas manakala pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan berhubung perkara itu daripada Presiden PAS pada mesyuarat Isnin ini.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Nik Abdul Aziz seharusnya meminta penjelasan daripada Nasharuddin sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

"Sebagai ketua, tok guru (Nik Aziz) boleh panggil Nasharuddin, minta penjelasan, tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan kenyataan akhbar semata-mata.

"Memang tok guru menentang (kerajaan perpaduan) tapi terlampau awal untuk buat keputusan begini kerana akan timbul kekeliruan dan jadi tidak seronok di kalangan ahli," katanya.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin berkata kenyataan Nik Aziz itu adalah disebabkan beliau risau penguasaan PAS terjejas di Kelantan. BERNAMA

Penganalisis politik anggap kenyataan Nik Aziz keterlaluan

Penganalisis politik anggap kenyataan Nik Aziz keterlaluan

PETALING JAYA: Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan dilihat sebagai keterlaluan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tindakan tersebut akan lebih mengeruhkan lagi hubungan sesama ahli dalam PAS.

"Bagi saya tindakan Nik Aziz itu agak keterlaluan kerana beliau tidak boleh terikat dengan gaya politik dan pemikiran konservatif," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Nik Aziz itu yang turut menyifatkan cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam PAS serta pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Ahmad berkata pada dasarnya Nik Aziz tidak melihat tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengesyorkan mengenai kerajaan perpaduan tersebut akan memberi kebaikan kepada parti itu.

"Nik Aziz tak nampak tindakan Hadi itu adalah untuk hidupkan kembali karier politik PAS yang hampir ditelan oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP.

"Adalah lebih baik PAS berkawan dengan Umno...kawan tak semestinya nak kahwin, kawan untuk kebaikan bersama," katanya.

Malah Ahmad berkata Nik Aziz masih fobia dengan kerajaan campuran yang terjalin antara Umno-PAS pada tahun 1973-1977.

"Jelas kelihatan Nik Aziz masih takut dan fobia dengan pengalaman lalu sewaktu PAS menjalinkan hubungan dengan Umno hingga terbentuknya kerajaan campuran.

"Tapi itu semua kisah lama dan Nik Aziz perlu lebih terbuka dalam soal ini.

"Saya tak boleh kata Nik Aziz tak matang dalam soal ini kerana beliau adalah orang lama dalam bidang politik, tapi sememangnya tindakan beliau kali ini memang tak tepat," katanya.

Kata Ahmad lagi tindakan Nik Aziz membantah pembentukan kerajaan perpaduan juga seakan mahu terus menanam sikap benci dan marah kepada Umno.

"Kenapa benci sangat dengan Umno, mereka sudah banyak berubah dengan menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak berkualiti.

"Kita perlu beri mereka peluang... kalau kerajaan campuran dulu gagal, tak semestinya idea kerajaan perpaduan yang disyorkan kini juga akan gagal," katanya.

Sementara itu Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siva Murugan Pandian pula berkata, Nik Aziz seharusnya mengelak membuat kenyataan seperti itu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan dalaman PAS.

"Kenyataan itu hanya akan memanjangkan lagi masalah dalaman dalam PAS yang berlanjutan sejak isu kerajaan perpaduan mula dibangkitkan," katanya.

"Perkara ini akan menimbulkan kesan besar terutamanya kepada penyokong Nasharuddin kerana beliau baru sahaja mengekalkan jawatanya sebagai Timbalan Presiden PAS," katanya.

Pisau tertanam di tengkorak

Pisau tertanam di tengkorak


GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah pisau yang tertanam di kepala Ciesla (gambar kecil).





ABERDEEN - Satu keajaiban berlaku kepada seorang pemuda, Michal Ciesla, 28, selepas seorang lelaki menikam di mukanya dengan menggunakan sebilah pisau yang tumpul dan tertanam di tengkoraknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ciesla ditikam selepas satu pergaduhan tercetus di antara dia dengan lelaki itu, Mark Mearns, pada Ogos tahun lalu.

Pergaduhan itu berlaku kerana Ciesla mendakwa teman wanita Mearns yang merupakan seorang pelacur sebagai penipu.

Penyerang Ciesla dipenjarakan kelmarin selepas pergaduhan itu berlaku.

Menurut Ciesla: "Saya tidak percaya dan terketar-ketar apabila doktor menunjukkan gambar X-ray. Adalah sesuatu yang mengagumkan kerana kerana saya masih selamat."

Doktor-doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan pisau itu yang tertanam beberapa sentimeter daripada otaknya.

Hakim yang melihat gambar mangsa yang mengerikan itu memutuskan Mearns dipenjarakan selama 39 bulan. - Agensi

Air liur gadis 18 tahun dijual

Air liur gadis 18 tahun dijual


LAMAN web menunjukkan Li menjual air liur gadis remaja yang berumur 18 tahun
di Beijing.


BEIJING - Seorang wanita, Zhou Li di sini menjual air liur gadis remaja untuk tujuan kesihatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Li mengenakan bayaran sebanyak AS$3.25 (RM11.40) bagi setiap botol yang mengandungi air liur itu di kedainya di Beijing, China.

Laman web kedainya itu memaparkan kartun dan maklumat berhubung air liur tersebut.

Menurut maklumat berkenaan, air liur itu diperoleh daripada gadis-gadis yang berumur 18 tahun ketika mereka sedang tidur. - Agensi

Pakar fotografi didakwa edar gambar Manohara

Pakar fotografi didakwa edar gambar Manohara


Manohara


JAKARTA – Seorang anggota peguam bela Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mengancam akan membuat aduan terhadap pakar fotografi dan komunikasi, Roy Suryo yang didakwa telah mengedarkan gambar peribadi milik model itu.

Menurut akhbar Kompas.com semalam, Roy didakwa menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan tubuh Manohara kepada media.

“Kita akan segera membuat aduan (kepada pihak berkuasa). Perlu ada tindakan terhadap Roy,” kata peguam bela Manohara, Farhat Abbas.

Bagaimanapun, Roy menafikan dia menyebarkan gambar-gambar itu.

Menurutnya, dia diminta oleh keluarga Manohara untuk membantu mengesahkan keaslian gambar yang memaparkan luka-luka pada tubuh bekas model tersebut akibat didera oleh Tengku Muhammad Fakhry.

Manohara yang merupakan bekas model terkenal di Indonesia mendapat liputan meluas selepas ibunya mendakwa dia didera oleh suaminya.

Gadis yang berumur 17 tahun itu kembali ke Jakarta baru-baru ini dengan bantuan polis dari Singapura ketika dia berada di pulau tersebut. – Agensi

12 hari dikurung jadi hamba seks tujuh lelaki

12 hari dikurung jadi hamba seks tujuh lelaki


DI rumah inilah didakwa seorang remaja perempuan dikurung selama 12 hari sebelum berjaya melepaskan diri semalam.



PERHENTIAN bas di hadapan Kompleks Teruntum, Kuantan ini seorang remaja perempuan dibawa pergi oleh teman
lelakinya dengan sebuah kereta.


KUANTAN - Akibat percayakan teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun terpaksa melalui peristiwa hitam selama 12 hari dikurung dan dirogol oleh tujuh lelaki dalam sebuah rumah di sebuah taman di sini sebelum berjaya melarikan diri kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, remaja terbabit telah menerima tawaran teman lelakinya untuk menghantarnya pulang selepas menonton wayang di Kompleks Teruntum kira-kira pukul 11 malam 5 Jun lalu.

"Selepas selesai menonton wayang, remaja perempuan tersebut dipercayai telah menunggu bas di tempat menunggu bas di hadapan kompleks itu.

"Tiba-tiba, datang sebuah kereta yang dinaiki oleh teman lelakinya lalu menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah kakaknya," kata beliau ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini semalam.

Ketika dalam perjalanan, lelaki itu dipercayai tidak membawa remaja perempuan itu terus pulang ke rumah kakaknya, sebaliknya mengajak dia ke rumah abangnya.

Jentera PAS retak di Manek Urai?

Jentera PAS retak di Manek Urai?
Jimadie Shah Othman | Jun 18, 09 9:36am
Tidak cukup muktamar dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan, isu itu bakal membawa retak pula pada jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini semalam, Dewan Pemuda PAS di enam negeri termasuk Terengganu – negeri presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea tersebut – akan memboikot kempen di Manek Urai.

Idea tersebut bagaimanapun ditentang oleh keras oleh Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta bekas naib presiden Datuk Husam Musa, exco kanan kerajaan negeri.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS di muktamar ke-55, Husam dan seorang lagi naib presiden yang lantang menolak cadangan kerajaan perpaduan, Mohamad Sabu, tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden, yang berjaya dikekalkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Kerajaan perpaduan dan kekalahan Husam dikatakan tidak disenangi akar umbi PAS di Kelantan yang berdiri teguh di belakang Nik Aziz berhubung isu tersebut.

Malah, Ahad lalu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan supaya tidak menyertai kempen pilihanraya kecil DUN tersebut, antara 6 hingga 14 Julai.

'Buang masa'

Seorang pemimpin KPP Yap Kok Seng dilaporkan berkata, kehadiran mereka hanya akan "mengelirukan pengundi" dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

Susulan perkembangan tersebut, sumber-sumber itu berkata, ahli-ahli Dewan Pemuda PAS merasakan kehadiran mereka di Manek Urai hanya "membuang masa dan tidak memberikan apa-apa kesan bagi mengekalkan kerusi tersebut".

"Kalau datang tidak boleh naik pentas berceramah, buat apa kita datang?" kata sumber-sumber itu lagi.

Sehingga kini, tambah mereka, PAS Kelantan belum berhubung dengan negeri-negeri mengenai persediaan menghadapi pilihanraya kecil itu walaupun ia akan berlangsung tidak lama lagi.

"Biasanya, sebulan awal (sebelum tarikh mengundi) kita dah tahu dah," tambah sumber-sumber.

Sementara itu, sumber PAS Kelantan pula memaklumkan, akar umbi PAS di negeri itu amat marah dengan Nasharuddin yang terus-menerus berbeza pandangan dengan Nik Aziz berhubung isu kontroversi itu.

"Jadi, kalau dia (mereka) tidak boikot kita pun, kita yang akan boikot dia di sini.

"Dia bolehlah datang, tetapi saya rasa dia tak boleh duduk dalam majlis yang ada Tok Guru," kata sumber itu lagi.

Tidak boleh berkempen

Semalam, Nik Aziz menggesa Nasharudin meninggalkan parti itu dan sekali gus meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri besar itu juga dilaporkan berkata, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi satu lontaran idea peribadi.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok," Nik Aziz dipetik berkata.

Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu, mesyuarat jentera pilihanraya Kelantan telah memutuskan "pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS" yang tidak boleh berkempen dan berceramah di Manek Urai.

Bagaimanapun, pengarah pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar menafikan khabar angin tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, kesemua 14 Dewan Pemuda PAS negeri telah diberikan tugas memantau DUN Manek Urai berdasarkan sembilan daerah mengundi yang dibahagi-bahagikan mengikut negeri.

"Tidak timbul perkara itu (boikot). Kalau benar, kenapa Kelantan yang keluarkan senarai (pembahagian kawasan kempen) ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rabu, Jun 17, 2009

Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia

Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia
Salmah Mat Husain
Wed | Jun 17, 09 | 3:47:04 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.

"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'

Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. - mj _

Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan
Wan Abdul Rahman Wan AB Latif
Wed | Jun 17, 09 | 9:41:17 am MYT

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

Takrifan dan latarbelakang sejarah

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.

(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP). _

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz

Umno perangkap PAS isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz
Salmah Mat Husain
Wed | Jun 17, 09 | 4:18:25 pm MYT

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu kata beliau isu tersebut tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan PAS kerana ia merupakan satu padangan peribadi pemimpin tertentu sahaja.

"Kerana itulah pemimpin Pakatan Rakyat pun tidak tahu, begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Jadi bagaimana nak hubungkaitkan dengan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bawalah dulu benda itu dalam mesyuarat parti, kemudian dalam Pakatan, kalau PAS dan Pakatan Rakyat bersetuju lainlah masalahnya.

"Ini dengan Pakatan tidak dibincang dalam parti pun begitu juga, macamana kita nak proses benda ni.. sebab tu saya kata benda ni direka oleh boneka Umno," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.

Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

"Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

"Begitu juga PAS dengan Pakatan Rakyat juga nampak bercelaru. Ini bererti mereka menganggap telah berjaya memecah belahkan PAS.

"Tetapi Alhamdulillah dapat dibendungkan dengan kenyataan saya sebelum ini," tambahnya.

Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan percaya PAS ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetus presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mj _

Kelantan tuntut kerajaan pusat bayar royalti minyak RM1 bilion

Kelantan tuntut kerajaan pusat bayar royalti minyak RM1 bilion

KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Beliau berkata menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini.

Husam berkata adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebihlebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini, Husam berkata jika Barisan Nasional (BN) benar-benar serius untuk menjadikan agenda kerajaan perpaduan satu realiti, BN tidak perlu meletakkan calon untuk bertanding.

Beliau berkata dengan BN tidak meletakkan calon mereka, ia akan membuktikan keikhlasan BN dalam menjayakan agenda kerajaan perpaduan.

"Kalau serius BN tidak akan letak calon, kalau letak calon juga nampak sangat mereka mainmain mengenai kerajaan perpaduan," katanya.

Di KUALA LUMPUR, anggota Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu pada kempen pilihan raya kecil itu.

"Sekiranya negerinegeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benarbenar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. BERNAMA

Nizar harap segera peroleh penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan

Nizar harap segera peroleh penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mempersoalkan kelewatan Mahkamah Persekutuan menyediakan penghakiman bertulis kepadanya berhubung keputusan status Menteri Besar Perak yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bulan lalu.

Beliau berkata, kelewatan memperoleh penghakiman bertulis telah menyebabkan pihaknya terpaksa menangguhkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Keputusan Mahkamah Rayuan untuk buat penghakiman sungguh cepat. Kita juga alu-alukan supaya alasan itu dikeluarkan cepat tapi sehingga hari ini, ulasan itu tidak kelihatan," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 22 Mei lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu yang memihak kepada Mohammad Nizar.

Mohammad Nizar berkata, peguam beliau telah menghantar surat kepada ketiga-tiga hakim tersebut dan satu salinan kepada setiausaha masing-masing untuk mendapatkan salinan penghakiman bertulis itu, namun masih gagal mendapatkannya.

Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan itu pada minggu ini walaupun tanpa penghakiman bertulis tersebut memandangkan tempoh 30 hari untuk melakukannya akan tamat Isnin ini.

"Kita terpaksa membuat permohonan pada minggu ini walaupun tiada alasan."Bayangkan bagaimana kami hendak merangka soalan-soalan tanpa merujuk kepada mana-mana alasan (dalam penghakiman bertulis)," katanya.

Sementara itu, Mohammad Nizar turut meminta satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca krisis politik Perak.

"Kita minta kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kes rampasan kuasa di Perak kerana kami sebenarnya hendak tahu kalau ada kena mengena dengan rasuah.

"Kita nak tahu siapa rasuah siapa supaya ia tidak berlaku di mana-mana lagi pada masa akan datang," katanya.

Laungkan "Bubar DUN": Saya buat apa yang patut, kata Nizar

Laungkan "Bubar DUN": Saya buat apa yang patut, kata Nizar

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan beliau melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kelmarin adalah reaksi spontan yang tidak langsung dirancang.

Bagaimanapun kata beliau, apa yang dilakukan sebaik mengangkat sumpah adalah "apa yang patut dibuat."

Beliau berkata, ia adalah reaksi yang meluahkan perasaannya serta seluruh rakyat Perak berhubung krisis politik yang melanda negeri itu pada masa ini.

"Ia merupakan satu situasi spontan yang membawa kesan luar biasa.

"Sebagai seorang yang mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan, tidak boleh kalau dalam hati rasa lain.

"Apa sahaja yang saya kata dan percaya dalam hati, ia perlu seiring," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Dewan Rakyat kecoh selepas Mohammad Nizar melaungkan perkataan "Bubar DUN" Perak sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Beliau dan enam lagi Ahli Parlimen Pakatan iaitu Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai) telah diarah keluar Dewan dan digantung sidang selama dua hari kerana melanggar peraturan Dewan selepas kesemua mereka enggan menanggalkan lilitan bertulis "Bubar DUN".

Mohammad Nizar berkata, saat tersebut adalah peluang keemasan untuk beliau melaungkan perkataan itu kerana semua menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di dalam Dewan.

"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik.

"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat," katanya.

Sementara itu, Ngeh meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf atas tindakan beliau menghalau mereka keluar kerana katanya, tidak ada peruntukan khusus yang menyatakan lilitan seperti yang dipakai mereka Isnin lalu adalah menyalahi peraturan Dewan.

"Speaker Parlimen tidak ada hak menghalau kami keluar kerana tidak ada dalam perintah tetap Parlimen di mana Speaker ada kuasa menggantung kami kerana memakai lilitan itu," katanya.

Calon SPM aliran Sains Agama dibenarkan ambil 11 subjek

Calon SPM aliran Sains Agama dibenarkan ambil 11 subjek

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan untuk memberi pengecualian kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran Sains Agama untuk mengambil 11 mata pelajaran maksimum bagi peperiksaan itu tahun depan.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun, 10 mata pelajaran maksimum SPM bagi tahun 2010 yang ditetapkan sebelum ini masih kekal untuk calon lain.

"Kementerian bersetuju dengan rayuan daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama supaya pelajar diizinkan mengambil 11 mata pelajaran, ia merupakan pengecualian terhadap pelajar yang perlu mengambil aliran Sains dan Agama sekaligus," kata Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, dalam sidang media sebelum mengadakan perbincangan dua hala dengan delegasi Persidangan Menteri Pelajaran Komanwel di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Muhyiddin berkata pengecualian itu hanya untuk peperiksaan pada tahun 2010 dan akan kembali kepada 10 mata pelajaran maksimum bagi calon aliran Sains Agama pada tahun 2011.

"Ini kerana mereka tidak boleh tukar (mata pelajaran) dengan segera, tetapi mulai 2011 semua calon akan ambil 10 mata pelajaran sahaja, maknanya kita beri tempoh kepada sekolah agama untuk membuat pengubahsuaian dan calon memilih mata pelajaran yang benar-benar dikuasai mereka," katanya.

Beliau berkata selain empat mata pelajaran teras yang diambil oleh calon aliran berkenaan, tujuh mata pelajaran elektif yang diambil ialah AlQuran, Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Muhyiddin berkata keputusan itu diharapkan dapat menyumbangkan kepada pembinaan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kekuatan "pendidikan pengetahuan" tetapi juga "pendidikan insaniah".

Beliau berkata di samping itu, ia akan menolak sesetengah persepsi yang mengatakan Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

"Jika ambil sejumlah (mata pelajaran) yang banyak itu, sudah pastinya ia menjurus kepada keputusan yang baik dan ia menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan, maka kita akan bangunkan potensi murid dalam jurusan yang dipilih secara lebih intensif dan komprehensif," katanya.

Beliau berkata dengan itu guru dan pelajar juga akan mempunyai lebih masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang pastinya mampu membangunkan potensi akal, jasmani dan emosi pelajar secara seimbang dan selari dengan falsafah pendidikan negara. BERNAMA

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN