PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Mac 15, 2008

Popularkan Barisan Alternatif untuk tandingi BN

Popularkan Barisan Alternatif untuk tandingi BN
Maulana Purnama
Sat | Mar 15, 08 | 2:06:16 pm MYT

Ketika pemimpin-pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) bertelagah dalam merebut jawatan menteri besar, timbalan menteri besar dan ahli exco kerajaan negeri, maka para ahli, aktivis, penyokong dan pengundi ketiga-tiga parti itu wajar tidak menghiraukan telatah buruk mereka itu.

Sebaliknya ahli, aktivis, penyokong dan pengundi ketiga-tiga parti itu mesti merapatkan barisan dan mengukuhkan Barisan rakyat demi mempertahankan kemenangan yang mereka capai pada 8 Mac lalu.

Perkara pertama ialah parti. Parti hanyalah alat tetapi ia amat penting dalam kerja berorganisasi. Apabila disebut urutan nama parti itu, wajar disebut dengan rangkaian ini, iaitu PAS, DAP dan KeADILan. Dan bukannya DAP, PAS dan KeADILan atau KeADILan, DAP dan PAS.

Memang perkara ini tidak penting tetapi untuk keselarasan dan keselesaan berbicara, wajar diseragamkan sebutan. Sebutlah PAS dahulu barulah DAP dan KeADILan. Bukannya PAS itu saja penting. Semua parti adalah penting dan setaraf dalam perjuangan ini. Memanglah bagi penyokong PAS, parti itu adalah lebih penting. Tetapi lain-lain ahli parti beranggapan yang serupa terhadap parti mereka.

Bolehlah masing-masing mendahului parti mereka. Umpamanya ahli PAS akan menyebut PAS dahulu baru diikuti dengan KeADILan dan DAP. DAP diletakkan akhir kerana ia tidak dipimpin oleh orang Islam. Begitu juga dengan ahli DAP. Mereka boleh mendahului DAP, baru diikuti dengan KeADILan kerana PAS dianggap seteru ideologi mereka.

Sementara bagi ahli KeADILan, mereka mendahului KeADILan diikiuti dengan PAS dan kemudian DAP. Ini kerana KeADILan dan PAS adalah anggota Barisan Alternatif (BA) tetapi tidak DAP. DAP keluar daripada BA pada tahun 2003. Sungguhpun hakikatnya penyokong ketiga-tiga parti tidak peduli dengan BA atau apa. Yang mereka tahu barisan pembangkang hanyalah satu.

Di peringkat kerajaan, kerjasama secara rasmi hanyalah BA. Justeru kerajaan BA terbentuk di Kelantan dan Kedah saja. Ini kerana PAS-KeADILan mewujudkan BA. Di Kedah pada mulanya PAS mahu meletakkan wakil DAPnya sebagai exco tetapi dibatalkan kerana DAP di Pulau Pinang enggan meletakkan wakil PAS dalam exconya.

Alasan DAP. Kerajaan Pulau Pinang bukannya kerajaan BA. Ia hanya kerajaan DAP-KeADILan.

Kebingungan pemimpin ini terlihat di Selangor dan Perak. Di kedua-dua negeri itu, ia bukannya kerajaan BA. Ini kerana ia adalah kerajaan campuran BA dan DAP. Tetapi kerajaan BA-DAP tidak sedap didengar.

Letaknya huruf I di antara B dan A, kemudiannya disambung dengan DAP, maka jadilah Biadap. Itulah istilah yang digunakan oleh Utusan Malaysia terhadap DAP apabila penasihatnya, Lim Kit Siang menghalang ahli dewan undangan negeri (Adun) PAS Perak menghadiri majlis angkat sumpah apabila istana memilih wakil PAS sebagai Menteri Besar.

Padan muka kepada pembangkang apabila majlis itu ditangguh. Memalukan dan memilukan hati para penyokong.

Di mana penasihat-penasihat parti, Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Bukannya hendak menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah.

Sementara penasihat PAS, atau jawatannya Mursyidul Am, yang bermakna penunjuk umum, Nik Abdul Aziz Nik Mat membiarkan saja pergolakan itu berlaku.

Kerajaan Perak dan Selangor ialah kerajaan tiga parti pembangkang itu: PAS, KeADILan dan DAP. Untuk lebih tepat lagi kerajaan Perak perlu disebut sebagai kerajaan DAP-KeADILan-PAS kerana DAP menguasai kerusi terbanyak walaupun menteri besarnya datang dari PAS.

Sementara kerajaan Selangor ialah kerajaan KeADILan-DAP-PAS kerana KeADILAN mempunyai Adun paling ramai.

Tetapi sebenarnya itu semua mengarut. Hakikatnya yang menyokong mereka bukan saja penyokong tiga-tiga parti secara keseluruhan tetapi juga dua parti kecil yang menggunakan lambang KeADILan iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Demokratik Malaysia (MDP).

Walaupun PSM dan MDP adalah parti kecil, tetapi ia memiliki penyokongnya yang turut memberi sumbangan kepada kemenangan pembangkang keseluruhannya. PSM menang di dua tempat iaitu kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak dan kawasan negeri Kota Damansara, Selangor.

Justeru ia turut menyumbang kepada kemenangan pembangkang di Selangor dan Perak. Walaupun ia tidak berdaftar, tetapi ia telah lama berfungsi. Maknanya, pada hakikatnya ia adalah parti politik. Ia merupakan parti politik de facto, seperti mana Anwar adaah pemimpin de facto PKR.

Maka seharusnya apabila disebut nama-nama parti pembangkang urutannya adalah demikian, PAS, KeADILan, DAP, PSM dan MDP. Bukanlah ia bermakna PAS lebih besar dan bulat daripada parti-parti lain, Tetapi untuk mengelak percekcokan dari kalangan parti, maka urutan itu harus mengikut siapa lebih tua.

PAS yang ditubuhkan pada tahun 1955 wajar berada di depan diikuti dengan KeADILan (Parti Rakyat Malaya ditubuhkan pada tahun 1955 dan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999 dengan percantuman berlaku pada 2006), diikuti DAP (ditubuhkan pada tahun 1965), diikuti PSM (1998) dan MDP (1999).

Tetapi barisan pembangkang ini memerlukan satu nama. Paling baik nama itu ialah Barisan Rakyat. Ia membezakan daripada istilah BA yang hanya merujuk kepada KeADILan-PAS.

Dalam poster yang diedarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang, Barisan Rakyat diletakkan sebagai merangkumi PAS, KeADILan, DAP, PSM, MDP dan Pasok. MDP tidak diletakkan lambang. Pasok adalah sebuah parti Sabah. Tetapi poster itu mengelirukan.

Biarlah masa ini apabila disebut Barisan Rakyat, ia merujuk kepada lima parti di semenanjung iaitu PAS, KeADILan, DAP, PSM dan MDP.

Usaha dibuat untuk mencari parti pembangkang di Sarawak dan Sabah supaya boleh diletakkan dalam Barisan Rakyat. Syarat utama parti pembangkang Sarawak dan Sabah itu ialah kesediaan dan komitmen mereka menolak Barisan Nasional (BN).

Ini kerana terdapat parti pembangkang di Sabah dan Sarawak hanya bersedia untuk menjadi pembangkang di peringkat negeri dan tidak di pusat.

Istilah Barisan Rakyat mempunyai sejarah tersendiri. Pertama kali muncul ialah menjelang pilihan raya tahun 1978. Pada masa itu BN amat kuat dengan PAS juga menjadi antara parti utama dalam BN.

Melihat kejayaan BN, maka dicadangkan supaya satu barisan alternatif ditubuhkan bagi menandingi parti kerajaan itu. Secara utamanya, ia merupakan kerjasama antara DAP dan PRM yang pada masa itu dikenali sebagai Parti Sosialis Rakyat Malaysa (PSRM)

Tetapi parti pembangkang lain juga turut serta. Pada masa itu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga berpecah ekoran hadirnya dalam BN. Pengasasnya Allahyarham Syed Hussein Al-Attas telah pun keluar. Begitu juga dengan Mendiang Tan Chee Khoon, seorang tokoh Gerakan. Beliau menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas).

Pada waktu yang sama, PSRM juga berpecah. Pengasasanya Allahyarham Ahmad Boestamam enggan menerima kepimpinan Kassim Ahmad dan perkataan sosialis yang dimasukkan ke dalam nama parti PRM itu. Beliau dan penyokongnya menubuhkan Parti Marhaen yang dianggap sebagai pewaris PRM.

Bagaimanapun kemudian Parti Marhaen dibubarkan dan Ahmad Boestamam menyertai Pekemas untuk memperkuatkan elemen Melayu di dalamnya.

Maka istilah Barisan Rakyat sesuai digunakan semula. Ia perlu dijadikan istilah umum bagi usaha barisan pembangkang menjadi kerajaan alternatif kepada BN. Barisan Rakyat mempunyai nilai-nilai yang berbeza daripada BN. Ia berorientasi rakyat dari segi perjuangan iklas untuk membezakannya dengan kerakusan kuasa elit yang selama ini diamalkan oleh BN.

Maka sepanjang sejarah Malaysia, Barisan Rakyat juga merujuk kepada kemenangan pembangkang dalam pilihan raya tahun 1990, 1999, 2008 dan pada masa-masa akan datang.

Dipetik daripada Detikdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN