LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock bermula (29 Julai 2009)
12.36 pm : Suasana di lobi mahkamah selepas inkues ditangguhkan.
12.35 pm : Keadaan di sekitar mahkamah mulai lengang. Orang ramai termasuk wartawan mula beredar meninggalkan pekarangan mahkamah selepas inkues ditangguhkan.
12.24 pm : Gobind Singh Deo dalam sidang akhbarnya berkata, penangguhan itu disambut baik dan ia menunjukkan ketelusan mahkamah.
Ini bagi membolehkan pasukan peguam keluarga mangsa mengkaji dokumen kes berkenaan.
12.02 pm : Peguam Gobin Singh Deo akan mengadakan sidang media
11.59 am : Magistrate postpones Teoh inquest to Aug 5, will decide whether witness statements shared with lawyers before witness testimonies.
11.57 am : Tan adds chemist tested 102 people for DNA. Tan tells inquest DNA report reveals one other unknown male’s DNA found on Teoh’s clothes.
11.45 am : Magistrate Azmil resumes Teoh inquest
11.21 am : Saksi dalam inkues Teoh berada di luar sementara menunggu prosiding bermula.
11.10 am : Teoh’s lawyers say Tan’s appointment ‘unusual’ but lawful, saying its rare, unsure if first time in Malaysian legal history. Tan unsure why he was asked to lead AG team two days ago. “I don’t know why,” he said, adding its AG’s discretion & legal in law. Prosecution’s Tan says can share documents with lawyers but was told not to give witnesses’ statements, asks them to see it first.
11.05 am : Gobin Singh Deo merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibekalkan dengan semua dokumen termasuk rakaman percakapan saksi mengikut seksyen 122 Kanun Acara Jenayah. Bagaimanapun, Tan Hock Chuan berhujah rakaman itu tidak boleh dibekalkan kerana Mahkamah Tinggi sama sudah membenarkan pemohonan pendakwa untuk penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara rayuan didengar dan diputuskan Mahkamah rayuan
10.59 am : Media berkumpul di lobi bagi mendapat reaksi daripada beberapa Exco kerajaan negeri termasuk Ean Yong Hian Wah iaitu majikan kepada Teoh.
10.50 pagi : Tan tidak pasti mengapa beliau diminta mengetuai kumpulan Peguam Negara dua hari lepas. “Saya tidak tahu sebab apa,” katanya, dan ia adalah bidangkuasa Peguam Negara dan sah di sisi undang-undang.
10.47 am : Adun DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh dan Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah (bekas majikan teoh) sedang berbual ketika mahkamah ditangguhkan setengah jam.
10.37 am : Timbalan Pendakwaraya, Mohd Idham Ghani keluar dari bilik saksi menuju ke biliknya.
.
10.34 am : Pihak pendakwa sudah bersedia dan akan membekalkan salinan kesemua dokumen kecuali rakaman percakapan beramaran saksi. Koroner menangguhkan prosiding selama setengah jam sebelum memberikan tarikh bila inkues akan ditangguhkan kerana beliau perlu menyemak tarikh notis bagitahu inkues akan dijalankan diberitahu kepada keluarga si mati. Kerana mengikut undang-undang ia perlu dimaklumkan 2 minggu sebelum inkues bermula.
10.10 am : BH: Manoharan yang juga saksi dalam inkues ini mengadakan sidang media di luar mahkamah.
10.00 pagi : Gobind meminta penangguhan inkues kerana siasatan polis baru berakhir dan laporannya mungkin belum siap. Juga Gobind meminta lapran mengenai bedah siasat, forensik dan & DNA. Peguam Malik & dan Ketua Majlis Peguam, Hisyam menyokong permohonan Gobind untuk menangguhkan pendengaran mahkamah koroner.
9.55 pagi : Jika PM bersetuju, Inkues ini menjadi sudah tidak perlu,” kata Gobind.
9.52 pagi : Gobind menyatakan inkues mesti sebahagian Suruhanjaya Diraja, beliau mahu mahkamah tangguhkan prosiding sehingga mesyuarat kabinet hari ini membincangkan isu tersebut.
9.50 pagi : Gobind menyatakan ahli keluarga dan lain-lain hadir inkues dengan protes.
9.40 pagi : Mahkamah benarkan ketiga-tiga pihak di dalam inkues sekalipun bantahan pendakwa terhadap penglibatan Majlis Peguam.
9.30 pagi : Gobind memohon untuk mengambil bahagian di dalam inkues bagipihak keluarga si mati, kerajaan Selangor dan Majlis Peguam.
9.15 pagi: Prosiding inkues bermula.
8.50 pagi: Peguam Gobind Singh Deo, M. Manoharan dan Sankaran Nair serta Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah.
8.30 pagi: Kira-kira 50 wartawan dibenarkan memasuki Mahkamah Majistret 5 untuk mengikuti inkues.
8 pagi: Keluarga Teoh tiba di mahkamah, terdiri daripada bapa, abang, adik perempuan dan tunangnya.
7.5 0 pagi: Pihak polis mula mengedarkan pas kebenaran mendengar inkues kepada wakil-wakil media.
7 pagi: Wakil-wakil media mula berkumpul di hadapan Mahkamah Majistret 5 seawal pukul 7 pagi.
KLIK: Untuk MAKLIMAT TERKINI -Hari ini-.... Hangat!!! (Ambuyat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI