PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Disember 15, 2007

Fatwa Dr. Masyitah: Jual diri kerana terdesak

Fatwa Dr. Masyitah: Jual diri kerana terdesak
Posted on Saturday, December 15 @ 13:04:45 MYT by SongkokPutih
Fikir Sejenak Oleh abdinabu

" Fatwa Dr. Masyitah : JUAL DIRI KERANA TERDESAK Petikan soal jawab Dr Marshitah dalam Harian Metro...Seumur hidup edie belum lagi terdengar yg melacur itu dibenarkan sekalipun dalam keadaan darurat sebagaimana BABI dibenarkan makan sekiaranya dlm keadaan darurat..

Siapa Dr Mashitah? Apa kelayakan dia sehingga mendahului Mufti dan Majlis Fatwa dalam mengeluarkan Fatwa?


Jual diri kerana terdesak

Soalan : SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN DR MASHITAH

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

This post has been edited by edirossa: Jun 25 2005, 07:50 PM


Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

Dipetik dari: Mesera.net:http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=40990 "

Jumaat, Disember 14, 2007

Aurat isteri tanggungjawab suami

Aurat isteri tanggungjawab suami
Posted on Friday, December 14 @ 11:38:02 MYT by SongkokPutih
Darihal Muslimat Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

 SOALAN: ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN: RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Perjuangan Hudud

Perjuangan Hudud
Posted on Thursday, December 13 @ 20:29:56 MYT by greenboc
E-mel Pembaca Oleh mfr_studio2

"Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. "


Kita pejuang hudud
Kita memperjuangkan batas kemanusiaan
hudud itu batas
hudud itu had
musuh hudud adalah kaum yang melampaui batas
mereka melakukan kerosakan atas muka bumi
bila bercakap mereka mencarut
bila makan, minum mereka membazir
bila berikhtilat mereka berzina
bila marah mereka mengamuk
bila menuduh mereka fitnah
bila berbahas mereka mengejek menghina
bila bertindak mereka melulu dan melampau
hudud itu syariah
hudud itu kehormatan
hudud itu maruah
hudud itu keadilan
hudud itu adab
hudud itu akhlak
hudud itu iman
hudud itu batas-batas kesejahteraan
batas aurat demi kesopanan keselamatan
batas pergaulan demi kesucian keturunan
batas percakapan demi ukhuwwah persaudaraan
setiap suatu ada batasnya
setiap suatu ada had nya
mereka yang menceroboh perbatasan
adalah golongan zalim
mereka yang meruntuh batas
demi kebebasan dan keterbukaan
adalah mereka yang melampaui batas
kita memperjuangkan batas agama
kita pejuang hudud yang syumul
jangan malu untuk jadi pejuang hudud
kita golongan paling benar dan lurus

IBN MUKHTAR
(12 Disember 2007)"

Khamis, Disember 13, 2007

SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA

Sabah negeri termiskin di Malaysia
Posted on Thursday, December 13 @ 08:27:35 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh abdinabu

"SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA SIAPA BERMAIN CATUR?

Teringat ketika saya belajar disalah sebuah negeri di Semenanjung sekitar tahun 1974-1982, sekarang baru terasa sangat glamour. Ketika itu kami macam biasa sahaja bila kawan-kawan dari Semenanjung dan juga Sarawak mengatakan kami semua anak orang kaya. Kerana hakikat yang sebenarnya saya dan rakan-rakan memang dari kalangan anak-anak miskin.

Ibu bapa kami tidaklah boleh dikatakan dari golongan sederhana jauh sekali dari golongan berada. Ini dapat kami nilai sendiri perbezaan di antara pondok/rumah kami yang usang dibandingkan dengan apa yang kami lihat di depan mata kami, rumah-rumah yang indah besar dan cantik.

Namun hampir semua rakan dari Semenanjung khasnya tidak percaya sekalipun pernah saya lihatkan bukti gambar rumah kami yang sebenarnya. Mereka berkata; “Entah rumah siapa yang awak gambar ni….”. Biarpun dikatakan dengan bersungguh-sungguh mereka tetap menganggap kami cuba berbohong paling tidak mereka akan katakan bahawa kami suka merendah diri.

Sebenarnya gambaran ini mungkin timbul apabila kami nampak serba mewah kerana ditaja oleh Yayasan Sabah yang ketika itu terkenal kaya raya dengan perusahaan kayu balaknya. Sampai ada kawan-kawan berkata “Alaa ni berapa sangat ler… baru daun kayu balak, belum lagi ranting dan dahannya” bila saya belanja mereka makan. Memang betul ketika itu anak-anak Yayasan Sabah bagaikan “ANAK EMAS”. Orang Sabah yang belajar di Semenanjung bagaikan gambaran kekayaan Negeri Sabah ketika itu yang dipimpin oleh Al-Marhum Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Ketika itu kekayaan bumi Sabah memang menjadi buah mulut bahkan menjadi sebuah negeri yang dicemburui lagaknya pada mata-mata orang tertentu.

Ketika itu saya tidak pernah terfikir bahawa Negeri Sabah bakal menerima nasib malang apabila pimpinan USNO dikuburkan tanpa nisan dengan kemasukan UMNO ke Sabah. Habis tunggang-langgang lintang-pukang pemimpin Sabah apabila dipaksa berkiblat ke Semenanjung yang diterajui UMNO@BN. Tinggallah beberapa kerat manusia yang masih berdegil mempertahankan Sabah dari terus dilapah dan dimamah oleh UMNO@BN. Demi menjaga jangka hayat beberapa Parti di Sabah, ketua-ketua meraka telah diberi kata dua oleh UMNO, sama ada menjadi komponen BN atau Parti mereka akan dikubur. Oleh kerana tiada pilihan maka mereka memilih untuk menjadi komponen BN yang mesti akur dan angguk terhadap apa juga agenda yang telah, sedang dan akan dirancang oleh UMNO@BN untuk negeri Sabah.

Rakyat semua tahu, satu Malaysia tahu bahawa kemenangan UMNO di Sabah bukannya kemenangan yang mutlak. Ada “Katak Lompat” yang kononnya dibeli dengan harga yang bukan sedikit. Dengan masuknya “katak-katak” inilah mencukupkan kaki UMNO untuk menerajui Sabah secara tipu muslihat. Kerja siapa? Faham-faham sajalah sendiri siapa PM ketika itu.

Dengan terbitnya artikel berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/bumiputera-sabah-sarawak-lebih-miskin.html

…maka sahlah apa yang didakwa oleh Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, yang telah menulis “Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Haji Musa Haji Aman” seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/orang-unmo-ini-lagi-berani-dari-saya-dh.html

“Surat Terbuka” ini dibuat apabila DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN membuat Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/laporan-polis-terhadap-ketua-menteri.html

Dan berikut pula adalah Wawancara Malaysia Today dengan Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, penulis 'Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah': http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/kenapa-saya-tentang-musa-aman.html

Dan link seterusnya tidak kurang pentingnya untuk dibaca kerana ianya berkait rapat dengan agenda memfaraidhkan segala khazanah negeri Sabah dilink berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/projek-ic-tun-mahathir-untuk-pti-di.html

Kalaulah tiada perubahan pucuk pimpinan pada PRU akan datang maka status miskin kini mungkin akan meningkat kepada ‘NEGERI YANG PALING PAPA KEDANA’ @ MUFLIS.

Kasihanilah kami……

Wallahu a’alaam!

Sekian terima(lah) kasih.

Azhari(s)

Catatan:

Artikel - 2,3&4 diperolehi dari Mesra.net: http://www.mesra.net/

Rabu, Disember 12, 2007

“SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA” SIAPA BERMAIN CATUR.

“SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA

SIAPA BERMAIN CATUR.

Teringat ketika saya belajar disalah sebuah negeri di Semenanjung sekitar tahun 1974-1982, sekarang baru terasa sangat glamour. Ketika itu kami macam biasa sahaja bila kawan-kawan dari Semenanjung dan juga Sarawak mengatakan kami semua anak orang kaya. Kerana hakikat yang sebenarnya saya dan rakan-rakan memang dari kalangan anak-anak miskin. Ibu bapa kami tidaklah boleh dikatakan dari golongan sederhana jauh sekali dari golongan berada. Ini dapat kami nilai sendiri perbezaan di antara pondok/rumah kami yang usang dibandingkan dengan apa yang kami lihat di depan mata kami, rumah-rumah yang indah besar dan cantik. Namun hampir semua rakan dari Semenanjung khasnya tidak percaya sekalipun pernah saya lihatkan bukti gambar rumah kami yang sebenarnya. Mereka berkata; “Entah rumah siapa yang awak gambar ni….”. Biarpun dikatakan dengan bersungguh-sungguh mereka tetap menganggap kami cuba berbohong paling tidak mereka akan katakan bahawa kami suka merendah diri.

Sebenarnya gambaran ini mungkin timbul apabila kami nampak serba mewah kerana ditaja oleh Yayasan Sabah yang ketika itu terkenal kaya raya dengan perusahaan kayu balaknya. Sampai ada kawan-kawan berkata “Alaa ni berapa sangat ler… baru daun kayu balak, belum lagi ranting dan dahannya” bila saya belanja mereka makan. Memang betul ketika itu anak-anak Yayasan Sabah bagaikan “ANAK EMAS”. Orang Sabah yang belajar di Semenanjung bagaikan gambaran kekayaan Negeri Sabah ketika itu yang dipimpin oleh Al-Marhum Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Ketika itu kekayaan bumi Sabah memang menjadi buah mulut bahkan menjadi sebuah negeri yang dicemburui lagaknya pada mata-mata orang tertentu.

Ketika itu saya tidak pernah terfikir bahawa Negeri Sabah bakal menerima nasib malang apabila pimpinan USNO dikuburkan tanpa nisan dengan kemasukan UMNO ke Sabah. Habis tunggang-langgang lintang-pukang pemimpin Sabah apabila dipaksa berkiblat ke Semenanjung yang diterajui UMNO@BN. Tinggallah beberapa kerat manusia yang masih berdegil mempertahankan Sabah dari terus dilapah dan dimamah oleh UMNO@BN. Demi menjaga jangka hayat beberapa Parti di Sabah, ketua-ketua meraka telah diberi kata dua oleh UMNO, sama ada menjadi komponen BN atau Parti mereka akan dikubur. Oleh kerana tiada pilihan maka mereka memilih untuk menjadi komponen BN yang mesti akur dan angguk terhadap apa juga agenda yang telah, sedang dan akan dirancang oleh UMNO@BN untuk negeri Sabah.

Rakyat semua tahu, satu Malaysia tahu bahawa kemenangan UMNO di Sabah bukannya kemenangan yang mutlak. Ada “Katak Lompat” yang kononnya dibeli dengan harga yang bukan sedikit. Dengan masuknya “katak-katak” inilah mencukupkan kaki UMNO untuk menerajui Sabah secara tipu muslihat. Kerja siapa? Faham-faham sajalah sendiri siapa PM ketika itu.

Dengan terbitnya artikel berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/bumiputera-sabah-sarawak-lebih-miskin.html

…maka sahlah apa yang didakwa oleh Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, yang telah menulis “Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Haji Musa Haji Aman” seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/orang-unmo-ini-lagi-berani-dari-saya-dh.html

“Surat Terbuka” ini dibuat apabila DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN membuat Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah seperti link berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/laporan-polis-terhadap-ketua-menteri.html

Dan berikut pula adalah Wawancara Malaysia Today dengan Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, penulis 'Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah': http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/kenapa-saya-tentang-musa-aman.html

Dan link seterusnya tidak kurang pentingnya untuk dibaca kerana ianya berkait rapat dengan agenda memfaraidhkan segala khazanah negeri Sabah dilink berikut:

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/12/projek-ic-tun-mahathir-untuk-pti-di.html

Kalaulah tiada perubahan pucuk pimpinan pada PRU akan datang maka status miskin kini mungkin akan meningkat kepada ‘NEGERI YANG PALING PAPA KEDANA’ @ MUFLIS.

Kasihanilah kami……

Wallahu a’alaam!

Sekian terima(lah) kasih.

Azhari(s)

Catatan:

Artikel - 2,3&4 diperolehi dari Mesra.net: http://www.mesra.net/

Bumiputera Sabah, Sarawak lebih miskin

Bumiputera Sabah, Sarawak lebih miskin
Oleh NORLIZAH ABAS

KUALA LUMPUR Utusan malaysia 11 Dis. – Masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak merupakan golongan termiskin di Malaysia dan bukan kaum India, demikian menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Penyelaras Residen UN, Richard Leete menegaskan, data yang diperoleh dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai paras kemiskinan mengikut kumpulan etnik pada 2004 menunjukkan kaum India mencatatkan sebanyak 2.9 peratus.

Menurut beliau, bacaan itu jauh lebih baik daripada bumiputera iaitu 8.3 peratus manakala kaum Cina sebanyak 0.6 peratus.

Sehubungan itu, beliau yang juga Wakil Residen Malaysia, Singapura dan Brunei bagi UNDP menafikan dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) bahawa kaum India dipinggirkan di negara ini.

‘‘Saya ingin tegaskan golongan termiskin di kalangan rakyat Malaysia bukan kaum India tetapi masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak,’’ ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian selepas perasmian Persidangan Kemiskinan Antarabangsa: Kemiskinan dan Ketidaksamaan Pendapatan Dalam Abad ke-21 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Seri Dr. Sulaiman Mahbob.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran Monograf Kemiskinan terbitan bersama EPU-UNDP bertajuk Malaysia: Mengukur dan Memantau Kemiskinan dan Ketidaksamaan yang menyertakan beberapa pendekatan baru bagi menentukan garis kemiskinan negara.

Menurut Leete, cara baru itu membolehkan kerajaan menilai paras kemiskinan secara individual kerana garis kemiskinan berbeza di antara komposisi isi rumah dan lokasi tempat tinggal.

‘‘Apa yang pasti, pendapatan isi rumah keluarga yang mempunyai seorang anak berbeza dengan keluarga yang mempunyai 10 anak,’’ ujarnya.

Leete menegaskan, sebab utama yang menyebabkan isi rumah terperangkap dengan kemiskinan ialah sesetengah keluarga cenderung untuk mempunyai ramai anak.

Ujar beliau, kanak-kanak yang lahir dalam keluarga miskin tidak akan mendapat keperluan asas yang sempurna seperti kebersihan, pendidikan dan kesihatan.

Katanya, di antara tahun 1970 hingga 2004, ketidaksamaan pendapatan di Malaysia walaupun menurun daripada 0.5 kepada 0.46, ia merupakan yang tertinggi di rantau ini.

‘‘Apa yang nyata, 75 peratus daripada mereka yang tergolong sebagai miskin menetap di lima buah negeri iaitu Sabah, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Kedah,’’ ujarnya.

Sementara itu, Penasihat Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF), Datuk Dr. Zainal Aznam Yusof berkata, jika dilihat kepada purata pendapatan secara keseluruhan, kaum Cina menduduki tangga teratas, kaum India di tengah-tengah manakala bumiputera di tangga terbawah.

‘‘Dan jika pendapatan bumiputera dipecahkan, kaum pribumi secara perbandingannya lebih miskin daripada kaum Melayu,’’ ujarnya.

Menurut Zainal Aznam, pembukaan koridor pembangunan ekonomi dilihat sebagai pendekatan generasi kedua untuk mengurangkan paras kemiskinan antara wilayah dengan membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan mengurangkan jurang kemiskinan di negeri-negeri.

Katanya, langkah itu merupakan langkah pembangunan jangka panjang selepas penubuhan beberapa agensi kerajaan sekitar tahun 70-an tidak begitu berjaya untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.

‘‘Kini kita ada tiga koridor ekonomi dan dua lagi bakal menyusul. Ia akan dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi bermula daripada peringkat akar umbi,’’ ujarnya.

Selasa, Disember 11, 2007

(Orang UNMO ini lagi BERANI dari saya: - DH)

(Orang UNMO ini lagi BERANI dari saya: - DH)

Ajijul @ Azizul Sanarul,
Ketua Cawangan UMNO,
Kampung Tampi-Tampi Darat,
Peti Surat 81, 91308 SEMPORNA
TEL: 0195888058

YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman,
Ketua Menteri Sabah,
Merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah,
Tingkat 18, Wisma Innoprise,
88300 KOTA KINABALU,

YAB Datuk Seri,

BERTAUBATLAH! JANGAN JADI SERBIA!

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian
YAB Datuk Seri berhubung perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya sekiranya YAB Datuk Seri dapat menerima teguran dalam surat terbuka ini dan menebus nama baik UMNO yang terpalit dan nama Kerajaan Negeri yang tersirna oleh segala macam fitnah dan tohmahan daripada pelbagai pihak.

3. Sebagai Ketua Cawangan UMNO yang menjunjung tinggi Perlembagaan Negara dan UMNO, saya merasakan menjadi tanggung jawab saya untuk menegur dan memberikan pandangan ikhlas kerana orang yang berada di sekeliling YAB Datuk Seri yang terpaksa menutup mulut atas beberapa sebab, terutama untuk survival politik mereka.

4. Saya bukanlah Pro Ketua Bahagian saya, Datuk Haji Shafie Afdal atau memusuhi YAB Datuk Seri. Hati, jiwa dan semangat saya untuk memperjuangkan UMNO di bumi Sabah sekalipun saya bagaikan ‘dinikah paksa’ dengan UMNO kerana Tun Mustapha memfasakhkan USNO.

5. Kini sudah 16 tahun saya menyertai UMNO yang menunjangkan pengaruhnya di Sabah dan sudah diperintah oleh tujuh Ketua Menteri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1994, namun belum ada yang berani mengkhianati amanah Presiden UMNO termasuk Ketua Menteri bukan UMNO seperti Datuk Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Dompok melainkan Tan Sri Chong Kah Kiat yang cuba menghapuskan etnik Melayu di Bandar dengan berselindung di sebalik OPS Nyah II Bersepadu, melainkan YAB Datuk Seri.

6. Ketua Bahagian kami, Datuk Shafie Afdal berhati mulia sekalipun terpaksa apabila beliau mengarahkan kami agar menghormati pucuk pimpinan UMNO yang melantik Datuk Seri sebagai Ketua Perhubungan UMNO menggantikan Datuk Seri Osu Sukam yang dijatuhkan dengan skandal Judi, sekalipun orang lain yang berhutang. Kami tahu semua tingkah laku YAB Datuk Seri ketika pemilihan Ketua UMNO Libaran, namun kami memegang prinsip Datuk Seri bersih daripada amalan politik wang kerana tidak pernah didakwa sekalipun ramai yang membuat laporan.

7. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada YAB Datuk Seri yang sememangnya sudah kaya sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah dan bertambah kaya walaupun belum lima tahun menjadi Ketua Menteri Sabah, namun saya dan ahli-ahli UMNO di Sabah mengharapkan YAB Datuk Seri akan mengadakan perubahan dan membela ahli UMNO yang nasib
mereka lebih buruk daripada banduan di Penjara Abu Gharib!

8. Ketika Tan Sri Chong Kah Kiat cuba menghapuskan ‘orang Melayu’ yang ‘bersetinggan’ di Bandar kerana dinafikan hak untuk mendapat geran hak milik atas tanah yang mereka duduki sejak sebelum merdeka, saya masih boleh bersabar kerana beliau bukan Melayu dan bukan ahli UMNO. Ketika itu hanya Datuk Shafie yang berani berhadapan dengan Tan Sri Chong dan Alhamdullillah kami di Semporna selamat sekalipun nasib saudara kami di Tawau, Lahad Datu, Kunak, Kota Kinabalu, Sandakan dan sebagainya lebih buruk kerana Ketua Bahagian UMNO bagaikan hilang ‘kejantanan’ dan
takut dengan polis dan tentera yang diamanahkan menjalankan Ops Nyah II Bersepadu, termasuklah YAB Datuk Seri sendiri.

9. Nasib ahli UMNO ketika itu lebih buruk daripada khinzir di Melaka sekarang dan khinzir yang terkena JE di Sungai Nipah Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Hak mereka dirampas dan mereka dihalau bagaikan telah dilucutkan kerakyatan apabila dituduh sebagai Pendatang Tanpa Izin. Tidak ada langsung belas ehsan daripada pemimpin UMNO yang kononnya prihatin dan mahu mendaulatkan ‘Ketuanan Melayu’ di bumi Sabah.

10. Rakyat Sabah tidak dapat melupakan betapa kejam dan tidak berperi kemanusiaannya Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Ramli Yusuff dan Panglima Angkatan Tentera Sabah, Brigadier Jenderal Mohd Yassin Yahya yang menjadi ‘Gurkha’ Chong Kah Kiat untuk menghapuskan Tamaddun orang Melayu di bandar.

11. Tetapi YAB Datuk Seri lebih kejam lagi kerana meluluskan tanah seluas 2,450 ekar kepada mereka yang telah diberikan ‘blanket aproval’ oleh Chong Kah Kiat sebagai menghargai jasa mereka ‘menyembelih’ Melayu dengan kuasa Polis dan Tentera. Memang amat memalukan kerana YAB Datuk Seri telah memberikan kelulusan kepada mereka di Kampung Tanjung Labian hingga ke Lok Buani, Lahad Datu yang merupakan tanah adat.

12. Tergamak YAB Datuk Seri menjadikan orang Melayu dan ahli UMNO di Tanjung Labian seperti bangkai anjing yang mati di atas jalan sehingga tidak layak dimandi, dikafan dan disemadikan. Oleh itu tidak hairan jika mereka melakonkan pintomin ‘mengkafankan empat mayat ahli UMNO dengan bendera UMNO dan membacakan talqin’ dan menyampaikan ‘Salam Takziah’ buat Pak Lah.

13. Sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah, sepatutnya YAB Datuk Seri malu dengan protes tersirat dan paling berani yang ditunjukkan oleh ahli UMNO Tanjung Labian sekiranya YAB Datuk Seri membatalkan kelulusan kepada Kinsajaya Sdn.Bhd milik Datuk Ramli Yusuff dan Perniagaan Cerah Sdn.Bhd milik Datuk Yusof Jamli. Bagi saya, mereka sebenarnya berniat mengkhafankan YAB
Datuk Seri dengan bendera UMNO namun simboliknya empat orang ahli UMNO yang sedia berkorban demi survival parti.

14. Begitu juga di Semporna, walaupun saya tidak mempunyai tanah di Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagos, tetapi adik beradik dan saudara mara saya mempunyai ‘customary right’ ke atas tanah berkenaan kerana mereka telah usahakan sejak sekian lama, sebelum YAB Datuk Seri lahir lagi iaitu ketika Semporna masih bergelar Tong Talun. Saya malu kerana YAB Datuk Seri bersubahat dengan Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan atau digelar Sam Benggali di Semporna, menghalau keluar semua penduduk di dalam kawasan hutan simpan berkenaan, mengizinkan pembakaran
rumah, tanaman bukan komersil dimusnahkan, ternakan mereka dirampas dan tidak kurang yang ditangkap dan disumbat ke dalam lokap.

15. Sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, saya hairan kenapa YAB Datuk Seri tidak menghalang kegiatan ‘Barbaric’ dan ‘kanibal’ Jabatan Perhutanan Sabah ini dan memberi peluang membela diri, serta meletak hak ke atas tanah yang mereka usahakan, sejajar dengan kelulusan banyak geran kepada orang perseorangan yang kini telah berpindah milik kepada syarikat BSKL.

16. Tahukah Datuk Seri bahawa Sam Mannan telah memperdaya mereka dengan memberi notis singkat agar penduduk kampung meninggalkan hutan simpan dengan alasan untuk dibangunkan semula sebagai hutan simpan. Tetapi sebaik sahaja penduduk kampung dihalau dengan bantuan polis daripada kawasan berkenaan, YAB Datuk Seri menghantar Datuk K.Y.Mustaffa (Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu) untuk meninjau lokasi dan menuduh penduduk kampung menjahanamkan alam sekitar dengan merompak hak generasi akan datang dan akan menjalankan kerja pemulihan segera hutan.

17. Belumpun sempat penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing daripada mengikuti lawatan ‘haram’ KY Mustaffa, beberapa buah papan tanda telah dipasang memaklumkan kawasan tersebut adalah Hutan Simpan Kelas 1 dan paling menyedihkan YAB Datuk Seri meluluskan ‘Occupation Permit’ (OP) JP/OP/SE/1/05 kepada syarikat Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd yang merupakan anak syarikat Saham Amanah Sabah Berhad (SAS) dengan alasan untuk memulihkan saham SAS yang sudah mati tanpa nisan.

18. Sejak daripada itu, bantahan demi bantahan penduduk kampung hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi dan surat sokongan Perdana Menteri bagaikan segelas air kencing yang sudah pastinya tidak akan dilihat atau didekati oleh YAB Datuk Seri. Jika surat kami, sewajarnyalah menerima nasib yang malang, tetapi ini surat daripada pemimpin tertinggi UMNO dan Ketua Eksekutif Kerajaan Persekutuan yang tidak langsung mendapat perhatian.

19. Antara sedar dengan tidak YAB Datuk Seri telah menyalahguna kuasa merampas tanah rakyat untuk
diberikan kepada seorang Cina Semenanjung iaitu Lee Keat Seong, Chong Yin Teck dan Chong Yin Hong daripada Promise Venture Sdn.Bhd yang menjalankan kerja penyelenggaraan ladang dan mengutip buah kelapa sawit yang ditanam oleh penduduk kampung. Bukankah perbuatan ini lebih kejam, hina dan keji daripada tentera Serbia di Bosnia Herzegovinia. YAB Datuk Seri juga seolah-olah bersubahat (abetting) iaitu bukan sahaja meletakkan pasir ke dalam periuk nasi rakyat Semporna, malah memberikan beras yang akan dimasak kepada ‘musuh’?

20. Sebagai seorang Ketua Cawangan UMNO yang tidak bersekolah tinggi, saya bukanlah biasa dengan
kemahiran teknologi maklumat yang dinamakan IT, tetapi akibat risalah yang disebarluas oleh parti pembangkang terutama KeAdilan membuatkan saya merasakan laman web Malaysia Today lebih bermaruah daripada YAB Datuk Seri sehingga saya belajar menggali kandungan laman web
berkenaan untuk mengetahui kebenaran di sebalik apa yang dikatakan fitnah oleh YAB Datuk Seri.

21. Demi maruah UMNO dan demi menjaga nama baik Yang Di Pertua Agong, saya mencabar YAB Datuk Seri agar tampil menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada YAB Datuk Seri termasuk 81 dalil yang difailkan secara rasmi oleh Naib Presiden KeAdilan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Jika tidak rakyat akan beranggapan YAB Datuk Seri 'bacul dan bersalah' sebelum dibicarakan. Sekalipun Datuk Seri dilepas tanpa dibebaskan oleh Peguam Negara, namun YAB Datuk Seri tetap kotor di mata rakyat kerana terpalit dengan skandal dan rasuah.

22. YAB Datuk Seri juga harus menjawab tuduhan bekas Setiausaha TASK FORCE UMNO, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat yang telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti yang mendakwa bahawa YAB Datuk Seri adalah dalang utama pengeluaran 82,000 kad pengenalan projek kepada mereka yang tidak layak iaitu warga asing ataupun pandatang asing tanpa izin (Pati) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Kenyataan Jabar turut disiar oleh akhbar Harakah. Jika dakwaan ini benar, YAB Datuk Seri tidak boleh menjadi Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah.

23. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah, YAB Datuk Seri sewajarnya menghalang pembinaan Rumah Merah atau Pusah Tahanan Sementara (PTS) kerana mencabar kedaulatan Sabah ke atas wilayahnya sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. PTS ini mendatangkan masalah kepada rakyat yang terpaksa membiayai kos perbelanjaan tahanan termaksud makan minum yang dikontrak kepada kroni YAB Datuk Seri. YAB Datuk Seri juga sewajarnya mengarahkan semua kawasan penempatan pelarian dirobohkan dan penghuninya dihantar balik ke Negara asal mereka yang jauh lebih aman daripada Sabah.

24. Sebagai Ketua Cawangan UMNO, saya merasa sukar untuk memberikan jawapan apabila ahli saya bertanya kenapa YAB Datuk Seri membisu seribu bahasa sedangkan adakalanya tuduhan berkenaan tidak berasas dan memalukan UMNO dan BN. Namun oleh kerana Jeffrey berjaya membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah dalam kes Wisma Bandaraya, sekalipun di mahkamah rakyat (web dan media) maka mereka percaya semua tuduhan itu benar.

25. Isu lawatan YAB Datuk Seri dan Menteri Kabinet Negeri ke projek 1Borneo baru-baru ini begitu menjolok mata kerana rakyat bertanya pentingkah melawat tanah Usia (orang Islam) yang diserahkan kepada saudagar Cina untuk dimajukan sebagai Pusat Perniagaan yang syubahat (belum tentu halal atau haram) sedangkan sepatutnya Kabinet melawat ‘Penaklukan Mout Pock dan ‘Tanjung Nagos’ dengan izin dan subahat YAB Datuk Seri untuk membuktikan bahawa dakwaan YAB Datuk Seri benar.

26. Pembangkang mendakwa YAB Datuk Seri sebagai ‘penjenayah kolar putih dan lanun’. Saya malu kerana YAB Datuk Seri tidak berbuat sesuatu untuk membersihkan nama baik diri dan UMNO termasuk YAB Datuk Seri menganggap seolah-olah bumiputera hanya melukut di tepi gantang kerana semua kroni YAB Datuk Seri terdiri daripada orang Cina yang diimport daripada Semenanjung Malaysia. Dipercayai kebanyakan mereka samseng dan mafia kayu balak dan kegiatan haram, tetapi dimuliakan YAB Datuk Seri sehingga nasib peniaga Melayu seperti katak yang dilanggar kereta di atas jalanraya.

27. Penglibatan dan pembelitan YAB Datuk Seri berhubung bangunan UMNO begitu menjengkelkan sehingga saya rasa muak membaca pelbagai tuduhan yang berasas tetapi tidak meyakinkan YAB Datuk Seri, bahawa telah berlaku salah urus dan kesilapan tadbir tabung derma bangunan UMNO yang dibina di atas tanah milik ipar YAB Datuk Seri (Sapawi Tussin) dan bukannya di atas tanah milik UMNO yang diserahkan untuk dimajukan oleh saudagar Cina.

28. Saya berharap agar YAB Datuk Seri tidak menjadi pemimpin yang diktator seperti Tun Dr Mahathir yang kini telah ditolak oleh rakyat. Nasib YAB Datuk Seri kini lebih buruk daripada Tun Mahathir kerana beliau tidak pernah terpalit secara peribadi dengan segala skandal, rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti yang dihadapi oleh YAB Datuk Seri.

29. Di era pemerintahan YAB Datuk Seri Kerajaan Negeri Sabah semakin papa kedana namun YAB Datuk Seri cuba menegakkan benang yang basah sehinggalah Jeffrey meyakinkan rakyat melalui fakta dan bukti yang nyata, terutama Laporan Ketua Audit Negara. Yang kaya dan berharta hanya YAB Datuk Seri, Kroni, Proksi dan keluarga.

30. YAB Datuk Seri, demi menjaga sisa-sisa maruah YAB Datuk Seri compang camping, berhentilah membohongi rakyat kerana rakyat kini sudah celik IT berkat kesungguhan laman web Malaysia Today mendedahkan bukti dan fakta yang jelas mengatasi pembohongan YAB Datuk Seri dalam pelbagai isu.

31. Walaupun YAB Datuk Seri mengatakan bahawa 81 Dalil Jeffrey adalah fitnah, malafide dan tidak berasas, namun YAB Datuk Seri tidak berani mencabar Dr Jeffrey di mahkamah. Penafian lisan YAB Datuk Seri atau dibebaskan oleh Peguam Negara tidak memberi erti lagi kerana rakyat percaya Jeffrey benar sehingga Berjaya meyakinkan rakyat bahawa YAB Datuk Seri terpaksa meletakkan jawatan atau dijatuhkan secara tidak bermaruah.

32. YAB Datuk Seri, sebenarnya belum terlambat bagi YAB Datuk Seri meraih kembali sokongan rakyat dan terus memerintah Sabah dengan adil dan saksama, namun YAB Datuk Seri sewajarnya sedia untuk melakukan anjakan paradigma YAB Datuk Seri sendiri yang kini disifatkan sebagai Pemimpin yang Anti-Persekutuan dengan pelbagai tindakan yang anti-sosial, anti-nasional, anti-perpaduan dan anti-Melayu dengan menindas orang Melayu terutama ahli UMNO melalui kekangan ekonomi, sekatan politik dan melebarkanjurang kemiskinan.

33. Sebagai Ketua Cawangan UMNO dan menjadi jentera kempen kerajaan, kami terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka harus mengekalkan sokongan kepada BN sedangkan YAB Datuk Seri melayan mereka seperti ular senduk yang disiat kulit ketika hidup untuk diambil darah dan dijadikan makanan peransang seks.

34. Semakin hari semakin jauh rakyat meninggalkan UMNO terutama yang mengalami pahit getir berjuang untuk mendapatkan kuasa, namun setelah BN memerintah, mereka disingkirkan dengan pelbagai cara dan petualang pula yang diberikan tempat sedangkan pejuang dipancung sebelum bicara.

35. Saya juga turut kesal kerana sejak akhir-akhir ini YAB Datuk Seri menyalahgunakan wang rakyat dengan menyewa jet eksekutif dengan harga yang mahal sedangkan ada pengangkutan awam, seolah-olah mahu mengulangi sejarah buruk Sabah apabila pemimpin negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membeli jet atau menyewa jet peribadi. Rakyat semakin jauh kerana merasakan hak mereka telah ditadbir urus dengan tidak cekap.

36. Majlis Pernikahan anak perempuan kesayangan YAB Datuk Seri dengan YB Ustaz Haji Ariffin Ariff adalah amat dinantikan rakyat Sabah, namun sewajarnya mencontohi Raja Nazrin Shah yang tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk majlis rasmi pernikahannya. Untuk menjaga nama baik keluarga YAB Datuk Seri yang tidak berdosa, elakkanlah menggunakan jentera kerajaan dan peruntukan kerajaan kerana saya percaya YAB Datuk Seri kaya raya dan mampu membiayai majlis pernikahan anak YAB Datuk Seri.

37. YAB Datuk Seri, sempena hari baik bulan baik, mintalah ampun daripada rakyat Sabah dan tebuslah dosa YAB Datuk Seri dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah kerana bagi saya, YAB Datuk Seri tidak lagi layak menjadi pemimpin setelah membawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.

38. Jika dengan surat terbuka ini YAB Datuk Seri mengesyorkan saya dipecat, saya akan tetap membela diri walaupun terpaksa mengheret UMNO dan YAB Datuk Seri ke Mahkamah. UMNO bukanlah milik YAB Datuk Seri, saya atau Pak Lah. Ia milik Bangsa Melayu yang merdeka dan berdaulat.

39. Janganlah mengulangi kesilapan sejarah silam YAB Datuk Seri yang pernah membalas dendam dengan musuh YAB Datuk Seri melalui pelbagai cara kerana tidak ada gunanya membelasah atau mencederakan saya. Saya tetap tidak akan berganjak dan akan mempertahankan UMNO sehingga ke titisan darah terakhir saya. clapping.gif

40. Apa yang terkandung di dalam surat terbuka ini adalah pandangan peribadi saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan cawangan saya atau bahagian Semporna. Jangan libatkan mereka dalam hal ini kerana teguran ikhlas saya ini.

Akhir sekali, bertaubatlah sebelum terlambat. Ingatlah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan sehingga YAB Datuk Seri dan keluarga akan terkena kisas. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa atau mencemar batas susila bangsa Melayu.

Sekian, Wassalam.

t.t.

(AZIZUL SANARUL)
Kad Pengenalan 580828-12-5107
No. Ahli 01554790
Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat,
Semporna.

s.k
YAB Datuk Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

Datuk Ahmad Said Hamdan,
Ketua Pengarah BPR,
Ibu Pejabat BPR,
Aras 7, Blok D6, Parcel D,
Pejabat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62007 PUTRAJAYA

Kenapa saya tentang Musa Aman?

Kenapa saya tentang Musa Aman?
Wawancara Malaysia Today dengan Ketua Cawangan UMNO Tampi, Azizul Sanarul, penulis 'Surat Terbuka Buat Ketua Menteri Sabah'

Apabila Malaysia Today menyiarkan Surat Terbuka Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Ajijul @ Azizul Sanarul, ramai pihak yang telah menghubungi beliau untuk mengucapkan Tahniah di atas keberaniannya dan ada juga yang mengucapkan Takziah kerana kononnya dia menempah maut.

Azizul dilahirkan di Kampung Tampi-Tampi Semporna pada 28 Ogos 1958. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kabogan pada 1964 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bubul pda 1967 sebelum melanjutkan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Panglima Abdullah daripada 1971 hingga 1975. Kemiskinan yang melanda keluarga membuatkan beliau terpaksa bekerja di usia muda di beberapa jabatan seperti Pejabat Daerah Semporna, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dan Lembaga Elektrik Sabah. Azizul menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai calon persendirian pada 1977. Pada 1996 Azizul berhenti kerja untuk bergiat cergas dalam politik. Kerjaya politik Azizul bermula pada 1976 iaitu setelah tamat tingkatan lima apabila menyertai USNO. Beliau turut berjuang bersama ahli USNO lain menyebarkan pengaruh Umno di Sabah dan menaja penubuhan Cawangan Umno Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna pada 1991. Pernah menjadi AJK Pemuda Umno Semporna yang ketika itu diketuai oleh Datuk Mohd Shafie Afdal. Turut dilantik sebagai Ketua Zon Pilihan raya Tampi-Tampi. Kecekalan dan ketabahannya dalam politik dan kemasyarakatan menyebabkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Komuniti Bestari Zon Tampi-Tampi oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Azizul dikurniakan Pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu pada 2004, namun beliau hanya bersedia menerimanya pada 2006 di Istana Negeri Sabah. Kini beliau menjalankan perniagaan dan bekerja sendiri.

Wakil Malaysia Today di Semporna, ‘Deep Throat’ Sabah, telah menemuramah beliau di rumahnya di Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna untuk mendapat gambaran sebenar.

MT: Assalamualaikum. Sebelum kita mulakan bual bicara, boleh beri sedikit latar belakang daerah Semporna iaitu tempat asal saudara.

Azizul: Waalaikumus Salam warah matullah hiwabarakatuh. Semporna merupakan sebuah tanjung yang sebelum ini digelar Tong Talun. Majoriti penduduk Semporna bekerja sebagai nelayan dan kebanyakannya berketurunan Bajau. Semporna merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak di Zaman USNO lagi. Pulau Bum-Bum merupakan salah satu pulau terbesar yang berpenghuni dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas merupakan perkampungan nelayan. Semporna menjadi pintu masuk kepada ‘Mutiara Timur’ iaitu Pulau Sipadan dan kini mula dibangunkan sebagai Hub Pelancongan Negara. Saya bangga menjadi anak Semporna dan ahli Umno.

MT: Apakah sebenarnya niat saudara menulis surat terbuka buat Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman? Tidak adakah jalan lain selain daripada surat terbuka?

Azizul: Tidak ada jalan lain lagi. Saya sudah mencuba segala saluran rasmi dan tidak rasmi, namun semuanya melalui jalan buntu. Niat saya hanya satu iaitu menegur pemimpin Umno yang terkeluar daripada landasan perjuangan parti. Surat terbuka ini boleh dibaca semua orang, tapi hanya Malaysia Today berani siarkan surat saya. Yang lain, ‘black-out’.

MT: Bukankah ini mencerminkan saudara kecewa dalam perjuangan atau ada permintaan saudara yang tidak kesampaian dan saudara cuba membalas dendam melalui ‘poison letter’ ini?

Azizul: Ini bukan ‘poison letter’. Ini surat rasmi saya kepada Ketua Menteri Sabah, kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah yang saya salinkan kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah. Saya bertanggungjawab di atas apa yang saya tulis. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Datuk Musa. Saya tidak memerlukan atau pernah memohon sesuatu daripada beliau. Oleh itu tidak timbul soal dendam. Saya tegur beliau demi Umno. Umno Sabah sudah terlalu parah kerana penyalahgunaan kuasa berleluasa dan rasuah semakin menjadi-jadi terutama melibatkan orang ternama seperti Ketua Menteri Sabah. Tidak timbul soal kecewa kerana saya akan mempertahankan Umno selagi hayat dikandung badan.

MT: Kenapa saudara beria-ia benar mahu menegur Musa sedangkan saudara hanya seorang Ketua Cawangan dan bukannya Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Kerja Tertinggi?

Azizul: Memang benar saya hanyalah Ketua Cawangan Umno Kampung Tampi-Tampi Darat dan bukannya Ketua Bahagian atau MKT. Tetapi saudara harus ingat, Pak Lah, Musa, Mahathir dan saya juga adalah ahli Umno dan bukannya berdasarkan hirarki sebagai lesen untuk membuat teguran. Saya penaja Umno dan saya merasakan bertanggungjawab untuk menjaga kesucian dan kedaulatan Umno. Kami rela membubarkan cawangan USNO semata-mata membuka ruang secukupnya untuk Umno memperjuangkan nasib orang Melayu di Sabah yang selama ini dilayan sebagai anak tiri oleh Umno dan pemimpinnya, semata-mata kerana kami bukan ahli Umno ketika itu. Kini setelah 16 tahun berakar umbi di Sabah, saya harus menegur kerana Musa sudah keterlaluan, terutama kes tanah dan bangunan Umno Sabah yang seolah-olah dijadikan Yo Yo oleh Musa tanpa rasa segan atau malu.

MT: Bukankah kes Musa sudah dilaporkan kepada Polis dan BPR? Kenapa tidak menunggu mereka menjalankan siasatan selesai dan pendakwaan dibuat terhadap Musa?

Azizul: Ya saya tahu. Memang Jeffrey dan orang lain sudah lapor. Tapi sampai bila kita mahu tunggu? Rakyat mahukan kebenaran. Ahli Umno tidak lagi boleh bersabar. Polis dan BPR terlalu lembab menjalankan siasatan. Mereka kurang cekap dan takut-takut kerana pengaruh Musa. Peguam Negara juga seolah-olah tidak bertenaga. Saya rasa perlu desak Polis dan BPR mempercepatkan siasatan kerana jika terlalu lama bukti yang ada akan dimusnahkan dan rakyat akan hilang keyakinan kepada kredibiliti Polis dan BPR yang sebelum ini terpalit dengan Skandal Rasuah.

MT: Saudara seolah-olah Pro-Parti Keadilan kerana menyokong laporan polis dan BPR yang dibuat oleh Dr Jeffrey Kitingan. Bukankah sebagai Ketua Cawangan Umno saudara patut melindungi Musa selaku Ketua Badan Perhubungan Umno dan Ketua Menteri Sabah?

Azizul: Saya bukan penyokong Jeffrey atau Pro-Parti Keadilan. Saya ahli Umno dan Ketua Cawangan Umno yang berikrar akan mempertahankan Umno di bumi Sabah. Sebagai warganegara Malaysia saya memegang prinsip Musa tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah di mahkamah. Tetapi sebagai Ketua Cawangan Umno, saya malu kerana dalam setiap perjumpaan Musa mengatakan jangan percaya kepada fitnah pembangkang. Persoalannya, bagaimana saya mahu menjelaskan kepada rakyat, jika tuduhan Jeffrey yang lengkap dengan bukti itu dikatakan fitnah, sewajarnya Musa menyaman Jeffrey dan bukannya mengabaikan laporan berkenaan. Sebagai ahli Umno, saya bertanggungjawab untuk membela nama baik parti saya yang ternyata dicemarkan oleh Musa kerana mendiamkan diri ketika keyakinan rakyat semakin terhakis.

MT: Saudara kata tadi terdapat bukti lengkap. Boleh sebutkah apa antara bukti tersebut?

Azizul: Daripada 81 Dalil yang dilapor oleh Jeffrey, saya tertarik dengan kes Wisma Bandaraya. BPR patut siasat bagaimana tanah Koperasi Belia Sanya (Kosan) di tengah bandar boleh dilupuskan kepada syarikat peribadi Musa Aman iaitu Bestco Sdn.Bhd dengan harga yang murah? Selepas itu, Musa telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan untuk memaksa Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan subsidiarinya berpindah masuk ke bangunan Wisma Bandaraya yang kosong apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri dan penyewa lain berpindah.

MT: Bukankah tidak salah kementerian berkenaan berpindah masuk ke bangunan berkenaan. Kenapa saudara salahkan Musa dalam hal ini?

Azizul: Inilah yang dinamakan ‘Rasuah Kelas Pertama’ yang jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara mandatori selama enam tahun. Musa telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah mengarahkan Datuk Yee Moh Chai berpindah masuk ke bangunan miliknya. Sebagai Menteri Kewangan beliau tahu bahawa adalah menjadi kesalahan rasuah jika membayar sewa berkenaan dengan menggunakan wang Kerajaan Negeri kepada syarikat sendiri yang beliau mempunyai kepentingan. BPR sewajarnya boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. Belum termasuk kes ubahsuai bangunan berkenaan lebih RM10 juta yang diberikan kepada kroninya, Sabico Sdn.Bhd tanpa tender. Kontrak penyewaan juga terlalu lama iaitu 15 tahun.

MT: Apa bukti yang saudara ada untuk menyatakan bahawa Bestco Sdn.Bhd milik Musa sendiri? Bukankah beliau telah meletakkan jawatan atau tidak lagi mempunyai kepentingan?

Azizul: Buktinya mudah diperolehi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telus dan cekap. Musa secara sedar telah melantik isterinya Datin Faridah Tussin sebagai Pengarah Bestco Sdn.Bhd sejak 12 Julai 1999 menggantikan Richard Christopher Barnes iaitu Peguamnya sekarang. Faridah tidak pernah meletakkan jawatan sejak dilantik sehingga kini. Begitu juga Musa yang masih mempunyai 84 % saham dalam Bestco Sdn.Bhd. Jika BPR gagal menjalankan siasatan dan Peguam Negara gagal mendakwa Musa dengan bukti yang terserlah di hadapan mata, saya rasa Ketua Pengarah BPR dan Peguam Negara wajar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas. Soal mereka meletakkan jawatan atau melepaskan pegangan saham tidak patut timbul kerana ketika berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah mereka adalah pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan. Dalam hal ini Pengarah Jabatan Audit Negara seolah-olah turut bersubahat atau gagal menjalankan auditan sehingga tidak dilaporkan di dalam Laporan Audit 2006. Jika dulu BPR terhegeh-hegeh menangkap Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika dalam perjalanan ke pejabatnya atas kesalahan rasuah meluluskan projek kepada adik iparnya, Justin Alip dan meluluskan tanah kepada saudaranya, kenapa BPR membisu apabila Musa melakukan rasuah secara terang-terangan. Kita mahu ketelusan untuk membuktikan integriti.

MT: Bagaimana dengan kes lain? Boleh sebutkan beberapa kes?

Azizul: Banyak kes lain yang boleh menjebak Musa dalam skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antaranya kes pemberian Occupation Permit (OP) kepada syarikat Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd. Musa telah menyalahguna kedudukannya untuk mengarahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah mengeluarkan OP kepada syarikat berkenaan sedangkan beliau tahu tanah berkenaan telah diusahakan oleh penduduk kampung sejak sebelum merdeka lagi. Warisan Jaya Makmur kemudian meng’alibaba’kan kerja penyelenggaraan ladang berkenaan kepada Promise Venture Sdn.Bhd yang dimiliki oleh orang Cina dari Semenanjung.

Persoalannya sekarang, kenapa Musa merampas tanah rakyat dan menyerahkan tanah tersebut yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 kepada syarikat berkenaan? Rasuah bukanlah mempunyai bentuk tetap atau rupa seperti gelas kaca atau kotak permata. Kenapa beliau bersusah payah mahu merampas tanah rakyat dan memberikan kepada orang lain? Kes lain banyak lagi tapi lain kalilah saya sebut. Begitu juga dengan tanah adat di Kampung Tanjung Labian dan Lok Buani, Musa luluskan kepada orang luar yang tidak berhak untuk mendapatkan tanah berkenaan yang telah diusahakan penduduk kampung sejak sebelum merdeka lagi. Ketua Menteri tidak ada kuasa langsung berhubung tanah adat. Begitu juga dengan konsesi pembalakan sama ada di kawasan hutan simpan atau milik Yayasan Sabah yang diberi secara sewenang-wenang kepada proksi dan kroninya. Musa patut sedar sebelum rakyat memberontak, bukan sahaja menolak kepimpinan Musa, malah menarik Pak Lah turun jika isu tanah adat ini tidak diselesaikan dengan baik.

MT: Apa sebenarnya yang saudara mahu?

Azizul: Saya mahu BPR dan Peguam Negara telus dan jangan melindungi Musa semata-mata kerana beliau Ketua Menteri Sabah atau orang yang rapat dengan Pak Lah. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi Undang-undang atau mempersendakan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Janganlah ada pihak yang mahu melindungi Musa semata-mata kerana jawatan dan kuasa beli yang ada dalam tangannya. Namun jika beliau merasakan dirinya tidak bersalah, sudah tiba masanya beliau menyaman Jeffrey dan membersihkan namanya dan Umno.

MT: Selain daripada kes di atas, ada kes lain yang menarik perhatian saudara?

Azizul: Ya. Paling menarik perhatian saya ialah laporan polis yang dibuat oleh Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat. Jabar bukanlah membuat dakwaan liar, malah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti. Jabar mendakwa Musa dalang sebenar yang memberikan 82,000 kad pengenalan projek kepada pendatang asing tanpa izin untuk didaftarkan sebagai ahli Umno dan Pengundi di antara 1991 hingga 1993. Ini dakwaan serius sebagaimana diulangi oleh Jeffrey Kitingan dalam laporan polisnya. Jika dakwaan Jabar dan Jeffrey ini benar, maka Musa adalah Pengkhianat Negara dan Menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong!

MT: Adakah kes yang lebih besar daripada yang saudara sebutkan?

Azizul: Ada. Musa telah mensabotaj ekonomi orang Melayu dan boleh dianggap sebaya dengan Soros terutama dalam Dasar Umno untuk ‘Towering Malays’. Musa telah mengkhianati perjuangan Umno di Sabah dengan menjahanamkan ekonomi orang Melayu apabila memperkayakan kroni dan proksinya yang terdiri daripada orang Cina seperti Andrew Lim, Albert Lim, Admund Looh, Michael Chia, Robert Tan, Terrence Chu, John Nip, Raymond Chan Boon Siew dan Nasir Yeo. Saya sebut yang saya kenal sahaja. Yang lain saya tidak nampak. Tapi inilah hakikatnya, Musa menjual semua hak Melayu kepada Cina termasuklah tanah milik orang Islam (Usia) di 1Borneo yang diserahkan kepada Raymond Chan Boon Siew. Mana orang kuat Usia seperti Tun Sakaran dan Datuk Nasrun? Kenapa tidak berani tegur Musa memalukan umat Islam dan menjatuhkan martabat dan kesucian agama Islam?

MT: Saya rasa pandangan saudara tidak tepat. Bukankah Musa mempertahankan kesucian agama Islam dengan menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat membina Patung Dewa Ma Zhu yang tertinggi di dunia di Kudat kerana terlalu dekat dengan Masjid As-Syakirin dan mencemar kesucian agama Islam?

Azizul: Munafik. Musa terlalu munafik. Dia tidak layak digelar pemimpin Islam. Orang Islam adalah orang Mukmin yang memuliakan semua umat manusia dan tidak mencampuri urusan agama orang lain. Terdapat banyak ayat di dalam Al-Quran yang melarang keras umat Islam menimbulkan sengketa agama dan kaum. Musa tahu. Tetapi sifat munafik beliau mengatasi segala-galanya. Apa kena mengena lokasi masjid As-Syakirin dengan Patung Ma Zhu? Mengarut. Musa cuba provokasi umat Islam agar menentang Chong Kah Kiat yang berani menuding jari ke arahnya, bahkan meletakkan jawatan, sekalipun beliau yang menamakan Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, walau ketika itu ramai yang lebih layak. Mujur juga umat Islam dan penganut agama lain di Sabah tidak terpengaruh dengan hasutan Musa dan beranggapan ianya sengketa peribadi dengan Chong Kah Kiat. Isu ini tidak patut dibesarkan dan sewajarnya Chong Kah Kiat jangan memberi muka kepada Musa. Teruskanlah pembinaan patung berkenaan sebagaimana kejayaan beliau membangunkan Simpang Mengayau. Musa tidak ada hak untuk campurtangan kerana tidak ada pihak yang boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan beragama telah dijamin di dalam perlembagaan dan Musa harus insaf dan sedar untuk bertaubat sebelum rakyat hilang sabar dan berulangnya sengketa agama yang pernah ditimbulkan sekitar 1986 apabila Masjid Negeri Sabah dicat sendiri oleh Umat Islam untuk melakukan provokasi. Musa melakukan yang lebih dasyhat daripada itu kerana ia bukan sahaja menconteng masjid malah mengoyak Perlembagaan Persekutuan!

MT: Kenapa saudara terlalu sensitif dalam hal ini sedangkan saudara beragama Islam dan berbangsa Melayu? Tidakkah boleh memesongkan aqidah saudara dengan menyokong pembinaan patung ini?

Azizul: Kerana saya beragama Islam dan berbangsa Melayulah maka saya membuat teguran ini kerana semua pemimpin Umno mengamalkan sindrom bisu dan takut berkata benar. Saya perlu sampaikan kepada Pak Lah bahawa Musa adalah petualang bangsa dan pengkhianat perjuangan Umno. Beliau cuba mengajak Chong Kah Kiat bermain domino yang akhirnya akan menderita ialah rakyat apabila berprasangka jahat dan menguburkan keharmonian kaum yang telah dipupuk sekian lama. Patung Ma Zhu tidak akan dapat memesongkan aqidah saya walau sesaat. Agama saya, agama saya. Agama Chong Kah Kiat, agama beliau. Lagipun sebenarnya tidak timbul soal agama dalam isu Ma Zhu ini. Patung Ma Zhu adalah projek peribadi Chong Kah Kiat untuk menarik pelancong ke Kudat bagi melengkapkan Pakej Simpang Mengayau. Ini bukan projek agama. Apakah kerana terdapat lebih 60,000 ekor khinzir di Paya Mengkuang, Melaka, maka umat Islam akan memberontak membunuh khinzir berkenaan? Malah ianya diselesaikan dengan baik dengan campurtangan pemimpin Umno. Kita mengambil pendekatan tidak menyakiti hati orang lain, sebaliknya menyelesaikan masalah secara bestari. Saya harap begitu juga dengan kes patung Ma Zhu. Pak Lah wajar campurtangan dan membuat keputusan segera. Musa hanya menjadikan isu ini sebagai asbab untuk mengalih (deviate) perhatian umum terhadap Skandal Rasuah dan salahguna kuasa yang dihadapinya. Saya harap Musa tidak terlalu bacul untuk berhadapan dengan Chong Kah Kiat dalam isu Ma Zhu dan menyelesaikan persengketaan peribadi mereka tanpa melibatkan rakyat dan kerajaan. Jika Sipadan menjadi punca pertikaian mereka, BPR seharusnya menjalankan siasatan rapi kenapa ada rahsia yang mahu disembunyikan Musa, tetapi telah berjaya dibongkar oleh Chong Kah Kiat ke pengetahuan dunia.

MT: Bagaimana saudara berkeyakinan bahawa Patung Ma Zhu akan melonjak ekonomi Kudat sedangkan ianya hanyalah Patung biasa dan Kudat bukanlah destinasi pilihan utama pelancong? Wajarkah patung ini dipindahkan ke tempat lain atau Simpang Mengayau, misalnya?

Azizul: Sebelum Chong Kah Kiat membangunkan Simpang Mengayau dan Sidek Esplanade, Kudat hanyalah sebuah pelabuhan persinggahan kapal ketika lautan bergelora. Suatu ketika dahulu saya membeli sebidang tanah seluas 15 ekar di Simpang Mengayau, Kudat dengan harga RM7,000 sahaja. Tetapi setelah Simpang Mengayau dinaik taraf, ada pihak yang menawarkan kepada saya RM50,000 seekar. Bukankah ini bukti ekonomi melonjak naik semata-mata kerana adanya Simpang Mengayau. Tetapi Ma Zhu ada tarikan sendiri. Saya difahamkan ada lebih 11 juta penganut Ma Zhu di seluruh dunia dan jika sepuluh peratus sahaja yang melawat Kudat, sudah pasti ekonomi Kudat akan melambung lebih tinggi daripada Simpang Mengayau. Jangan lupa penganut Ma Zhu kaya raya dan mempunyai kecenderungan untuk melancong dan melawat Patung Ma Zhu di merata dunia. Mengubah lokasi patung ini ke Simpang Mengayau akan dilihat seperti mengubah kiblat Masjid As-Syakirin!. Tidakkah ini menunjukkan Musa berlaku kejam terhadap Chong Kah Kiat. Sudahlah. Janganlah kacau orang nak bina patung untuk pelancong. Banyak kerja lain kita kena buat. Orang Melayu miskin di zaman Musa lebih ramai daripada Orang Kaya di Zaman PBS. Membina patung Ma Zhu bukanlah seperti mendirikan pondok rehat pelancong. Feng Shuinya kena betul. Jika kita percaya Tajul Muluk, kenapa halang orang amalkan Feng Shui? Patung Ma Zhu memang sesuai di tempat sekarang kerana menjadi panduan dan harapan kepada kapal yang belayar. Tidak ada sebab mau pindah atau ubah. Saya tidak setuju.

MT: Senario ini menunjukkan saudara seolah-olah dalam dilemma. Di satu masa saudara kutuk Chong Kah Kiat dan dalam masa yang sama saudara pro atau penyokong Chong Kah Kiat juga? Tidakkah bercanggah dengan dasar perjuangan saudara dan menyimpang daripada landasan perjuangan Umno?

Azizul: Ya memang benar. Chong Kah Kiat adalah ahli LDP yang juga kerabat komponen BN. Beliau bekas Ketua Menteri Sabah dan menteri Kabinet yang paling berpengalaman. Walaupun saya tidak setuju percubaan beliau menghapuskan etnik Melayu di bandar ketika Ops Nyah II Bersepadu, namun dalam soal ini, saya menyokong Chong Kah Kiat. Kita perlu hormati kepercayaan kaum lain sebagaimana kontrak sosial yang telah kita materai selama ini. Kita perlu ingat, luka di tangan boleh kita ubati, tetapi luka di hati rakyat membarah sampai mati. Kita akan marah jika orang meletakkan khinzir dalam makanan kita, begitu juga dengan marahnya orang India yang beragama hindu apabila kita memberinya makan daging lembu. Khinzir adalah makanan yang dimuliakan oleh masyarakat bukan Islam, manakala lembu pula diterima semua pihak sebagai makanan melainkan orang India kerana lembu dianggap sebagai binatang suci. Chong Kah Kiat mempertahankan kepercayaan nenek moyangnya terhadap Dewa Ma Zhu dan tidak salah jika beliau ingin mendirikan patung berkenaan sekalipun bersebelahan Masjid. Tetapi dalam soal ini, perlu saya jelaskan bahawa Chong Kah Kiat hanya mendirikan Patung Ma Zhu dan bukannya Rumah Ibadat atau Tokong. Jika Marina Resort yang menjadi pusat maksiat (Jackpot dan Pelacuran) tidak dibantah sedangkan asasnya sama iaitu dekat dengan Masjid, maka saya lihat Musa keliru dan secara terang-terangan menyalahguna kuasa. Saya pernah ukur dengan tape. Jarak sebenarnya lebih mega_shok.gif0 meter. Jadi faktor lokaliti bukanlah alasan sebaliknya dendam kesumat dan sengketa peribadi adalah asas yang kukuh dua tokoh ini berseteru tanpa ada bayang penyelesaian.

MT: Kenapakah saudara mencabar Musa meletakkan jawatan? Tidakkah ini keterlaluan?

Azizul: Itulah saranan yang paling tepat untuk Musa. Saya tak boleh paksa dia melakukan harakiri kerana berdosa. Dia patut pulihkan imej dia yang terpalit dengan pelbagai skandal dan rasuah. Jika tidak, kenalah letak jawatan. Itulah hukuman paling ringan untuk dia. Pak Lah kena buat keputusan. Rakyat sudah marah. Saya sudah sampaikan sendiri kepada Pak Lah. Dia mesti dengar. Jangan hanya apabila mahu undi perwakilan baru mau dengar keluhan kami. Saya Ketua Cawangan Umno sejak 1991. Saya tidak pernah derhaka kepada parti. Pak Lah mahu ahli tegur sikap pemimpin, jadi saya tegurlah tanpa selindung. Biarlah Musa letak jawatan dan jangan sampai Pak Lah ditarik turun rakyat dengan memberi undi kepada pembangkang pada pilihanraya akan datang.

MT: Setakat ini ada sesiapa yang menghubungi saudara atau mengancam saudara?

Azizul: Saya sudah lali dengan semua caci maki politik. Ada yang saya layan ada yang saya abaikan. Saya berhak menentukan mahu mendengar panggilan atau membiarkan ianya berdering. Ugutan dan maki hamun sudah menjadi asam garam kepada saya. Bukan senang kami mahu memperjuangkan Umno di Sabah kerana ketika itu tidak ada rakyat mahu menyertai Umno jika USNO tidak dibubarkan. Sayangnya kami kepada USNO tidak ada taranya, tetapi jika pemimpin Umno sekarang mahu menjatuhkan martabat Umno akan saya tentang habis-habisan tanpa mengira siapa dia. Kepada Musa, saya minta janganlah upah orang mengugut saya. Jika anak jantan berdepan di mahkamah atau di hadapan Majlis Tertinggi Umno. Jika saya takut, saya tidak tulis surat terbuka.

MT: Ada apa-apa lagi yang saudara nak beritahu rakyat Sabah?

Azizul: Ya, saya mahu seluruh rakyat Sabah bangun menuntut hak mereka. Saya bukan menghasut, tetapi menuntut hak yang dijamin perlembagaan. Hak untuk menegur, hak untuk bercakap, berhimpun, hak untuk mendapat tanah dan sebagainya. Perjuangan kita berlandaskan agenda iaitu mendaulatkan ‘Ketuanan Melayu’dan Memartabatkan Perjuangan Umno di bumi Sabah. Pemimpin datang dan pergi. Tetapi Umno dan Melayu (bumiputera) harus menjadi tuan kepada bumi ini. Umno bukanlah tempat untuk pengecut menyembunyikan diri, sebaliknya untuk pejuang berani mati.


A: BUKTI... Azizul gambar kecil bersama beberapa bukti pemilikan Musa ke atas Wisma Bandaraya.


B: SAH.... Dokumen SSM membuktikan Datin Faridah sebagai Pengarah Syarikat Bestco Sdn.Bhd.

Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah

20/03: Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Sabah

Category: General
Posted by: Raja Petra
Laporan kes jenayah, pecah amanah, salahguna kuasa, dan rasuah YAB Datuk Seri Haji Musa Haji Aman

Oleh ‘Deep Throat’ Sabah

(PDF version can be downloaded here)





Saya, DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN No. KPT: 471022-12-5367 membuat laporan polis ini atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat dan Pembayar Cukai yang merasakan adalah menjadi tanggung jawab saya melaporkan kegiatan Jenayah, Pecah Amanah, Salah Laku, Salah Guna Kuasa dan Rasuah agar pihak POLIS dapat men-jalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubu-ngan UMNO Sabah yang secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (b) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya. Kenyataan Lengkap saya disertakan bersama ini.

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Ketua Perhubungan PKR Sabah


PKR/TP/JK/PDRM/01 19 Mac 2007
Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Karamunsing,
88300 KOTA KINABALU

Tuan,

LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

SUKACITA saya sekiranya tuan dapat menerima laporan ini sebagai LAPORAN POLIS dan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah kerana telah MELAKUKAN JENAYAH, PECAH AMANAH, RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (b) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya.

Bersama ini disertakan 25 Tuduhan dan beberapa salinan bukti penglibatan beliau dalam kes ini untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, Terima Kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah Rakyat,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah


LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

TUDUHAN PERTAMA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mendesak’ Kabinet Negeri Sabah meluluskan Kontrak Pengswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa II Secara ’Design & Build’ kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN.BHD. bernilai RM450 Juta. Musa secara sedar mengetahui bahawa syarikat berke-naan TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN dan modal untuk menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah RM500 Juta dari-pada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad. Ketika itu syarikat berke-naan masih mempunyai pinjaman sejumlah RM3.4 juta dengan bank berke-naan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM63,000 pada 26 Februari 2004. Syarikat ini diterajui oleh LAWRENCE CHU JAN TOW, proksi beliau. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan secara efektif, efisen dan ekonomi dengan melantik syarikat TIDAK BERPENGALAMAN dan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jemaah Kabinet Menteri Sabah mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997). Musa juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



CABUTAN KERTAS KABINET 2004

2.1 Kabinet telah meluluskan pelaksanaan Bekalan Air Sandakan Fasa II berharga RM450 juta pada 28 Januari 2004. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan telah diminta untuk mengenalpasti syarikat yang sesuai dan seterusnya melantiknya agar pelaksanaan projek tersebut dapat dimulakan secepat mungkin.

3.1 Syarikat CITY BEST CORPORATION telah dikenalpasti sebagai syarikat yang sesuai untuk melaksanakan projek berkenaan....

3.2 Syarikat berkenaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai projek ini. Selain daripada kewangan sendiri, syarikat berkenaan telah mendapat surat sokongan kewangan daripada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 24 Februari 2004 yang memaklumkan bank berkenaan sanggup untuk mempertimbangkan pakej kewangan berjumlah RM500 juta....

4.1 Dengan hormatnya Jemaah Kabinet diminta untuk mengambil perhatian tentang perlantikan syarikat CITY BEST CORPORATION dan seterusnya memperkenankan perlantikan tersebut.



TUDUHAN KEDUA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW juga. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM1.1 juta tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM45 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pen-cegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETIGA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 120/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM18 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan pro-jek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM6 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Aca-ra Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.





TUDUHAN KEEMPAT:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 193/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Nabawan-Se-pulot-Agis, di Keningau, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM10 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berke-naan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu me-ngendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.





TUDUHAN KELIMA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Kementerian Kerja Raya Malaysia menyenaraikan projek Membina Jalan Dari Donggongon-Papar Spurs Secara ’Design and Build’ bernilai RM200 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, KENATEX SDN.BHD. yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW, iaitu CHU KOK KENG dan CHU SOONG TAU. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mem-punyai modal berbayar RM750,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM200 juta kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.





TUDUHAN KEENAM:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan kontrak Penyelenggaraan Jalan Jeroco, di Lahad Datu, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM9.5 Juta melalui PENGECUALIAN TENDER kepada syari-kat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM10,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek yang ’DIANUGERAHKAN’ dan Musa meletak-kan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1, (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETUJUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’memberi tekanan’ kepada Menteri Kewangan II Malaysia, Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada TAN SRI TING PEK KING (setelah menyiapkan pembinaan Terminal II Air Asia) dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya, WCT SDN. BHD yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa telah berjaya memaksa Kerajaan Persekutuan memberikan sebahagian besar projek berkenaan bernilai RM500 juta kepada syarikat Proksinya. Musa secara sedar telah menge-tahui telah menyalahgunakan kedudukannya melobi projek dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KELAPAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarahkan’ sayap Pelaburan Kerajaan Negeri, WARISAN HARTA SABAH SDN. BHD yang memiliki sebidang tanah seluas 3.75 ekar berdekatan Centrepoint Kota Kinabalu dengan melantik syarikat proksi-nya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwakili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM120 Juta. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Sa-ham Sagajuta (Sabah) Sdn.Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat yang berkepentingan iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN. BHD. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KESEMBILAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’menasihati’ Pemilik Syarikat Alam Mesra Sdn.Bhd. Datuk Tengku Adlin ‘mewakafkan’ seluas 25 ekar tanah daripada keluasan tanah yang diluluskan kepada Persatuan Islam Sabah Bersatu (USIA) secara percuma. Sebagai Imbalan, Musa telah ’mengarahkan’ Yang Dipertua USIA melantik syarikat proksinya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwa-kili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA dan RAYMOND CHAN BOON SIEW bekerjasama dengan WARISAN HARTA SABAH SDN.BHD untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM1 Billion. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Saham Sagajuta (Sabah) Sdn. Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat pemegang saham 1Bor-neo, SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN.BHD. Mazlan telah bekerja dengan Musa sejak hampir 30 tahun lalu. Musa secara sedar telah mengetahui telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah mengeluarkan seluas 25 ekar kawasan milik Alam Mesra Sdn. Bhd ’SECARA KHIANAT’ untuk kepentingan peribadinya dan sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KE SEPULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah meluluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada 3 syarikat yang diketuai oleh seorang China yang berasal daripada Filipina, NASIR YEO yang mendapat kad pengenalan projek daripada Musa ketika Musa menjadi Pengerusi TASK FORCE UMNO Sabah. Musa menjadi dalang utama yang mendaftar penda-tang asing tanpa izin sebagai ahli dan pengundi setelah diberi kad pengenalan projek. Nasir telah menggunakan adik iparnya untuk mempengaruhi Musa me-luluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada Nasir Yeo, John Nip, John Lim, Andrew Lim, Michael Chia Tien Foh dan Edmond Looh. Kesemua mereka telah membayar sejumlah RM70 juta kepada Musa sebagai imbalan meluluskan 82,000 ekar konsesi kayu balak kepada mereka. Bayaran dibuat di Hongkong dan Singapura secara peribadi kepada Musa. Musa telah sedar bahawa pemberian konsesi untuk mendapatkan keuntungan segera menyalahi undang-undang dan pecah amanah dan meninggalkan negara untuk mengambil wang di Hongkong dan Singapura tanpa memaklumkan kepa-da Perdana Menteri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

TUDUHAN KESEBELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah de-ngan melantik seorang wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek daripada Task Force UMNO, RAHMAWATI sebagai kerani di Yayasan Sabah. Rahmawati tidak mempunyai sebarang ke-lulusan. Ketika itu ibu bapa Rahmawati juga tidak mempunyai sebarang dokumen. Musa telah membayar sejumlah RM5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani (Bekas Tahanan ISA kerana KP Projek) untuk mendapatkan kad pengenalan projek berkenaan. Musa turut mempu-nyai SKANDAL SEKS dengan gadis berkenaan sehingga melahirkan anak ’LUAR NIKAH’ yang dihantar ke Banjar Masin, tempat asal gadis berkenaan untuk menutup rahsia. Musa menghantar Rahmawati melanjutkan pelajaran ke Australia dengan meluluskan biasiswa Yayasan Sabah kepada RAHMA-WATI yang dinikahinya. Setelah kembali daripada Australia, Musa melantik isterinya (Rahmawati) sebagai PENGURUS WILAYAH YAYASAN SABAH SANDAKAN sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menya-lahguna kuasa melakukan rasuah mengikut Seksyen 2(1), Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

TUDUHAN KEDUA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, arkitek MELVINYEO KIAN-DEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) me-majukan SEMENANJUNG EMAS iaitu tanah seluas 70 ekar di Sutera Harbour dimiliki DANAHARTA MANAGERS SDN.BHD. Musa telah melupuskan tanah Danaharta TL 017544866 seluas 70 ekar kepada Melvin melalui syari-kat ACTALAND SDN. BHD untuk membina 150 lot bungalow mewah berhar-ga RM1.48 juta setiap satu. Melvinyeo Kiandee pemegang kad pengenalan H0439908/630401125039 ialah ahli UMNO (02945593) Kampung Batu Putih Bersatu, Bahagian Libaran dan Musa masih menjadi Ketua UMNO Libaran sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KETIGA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’MENDESAK’ peniaga berbangsa Tiong Hua membeli antara satu hingga tiga lot bungalow yang dimajukan oleh ACTALAND SDN.BHD. Musa telah menjual lot berkenaan pada harga RM88 hingga RM108 sekaki persegi walaupun diperolehi dengan harga RM33 sekaki persegi. Musa telah ’secara langsung’ memperoleh RM55 bagi satu kaki persegi atau RM139 JUTA bagi penjualan 150 lot bungalow berkenaan. Musa telah mencemarkan imej Kerajaan Negeri Sabah dan kedudukannya dengan ’menjual sendiri’ 150 lot bungalow dan menyalah gunakan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan Instrument Kerajaan yang lain untuk kepentingan diri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan MENGGUBAH WANG HARAM di bawah Seksyen 4 (1) (a), (b) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001. Musa juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.





TUDUHAN KEEMPAT BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, MELVIN YEO KIANDEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) pemilik syarikat ACTALAND SDN. BHD yang memajukan tanah TL 017544866 berkenaan MEMUNGUT DEPOSIT 50% daripada nilai harga bungalow mewah berkenaan pada masa menandatangani kontrak jual beli sedangkan pembi-naan belum dimulakan. Kebanyakan pembeli terpaksa membayar RM741,224 sebagai deposit dan bakinya masing-masing 45% iaitu RM667,101.60 hendaklah dijelaskan dalam masa 3 BULAN dan 5% atau RM74,122.40 lagi setelah selesai proses penukaran nama hak milik. Memandangkan ACTALAND SDN. BHD (SPIRAL GLOBE SDN. BHD) hanyalah syarikat pemaju peruma-han dan bukannya syarikat kewangan yang dilesenkan sebagai agen pengambil deposit, maka ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia. Sehubungan itu Musa dan kroninya secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 dan Peraturan Bank Negara Berhubung Agensi Pengambilan Deposit dan Akta Pemaju Perumahan.



TUDUHAN KELIMA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan Sabah yang bertanggung jawab di atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Suria Capital Holding Berhad mengarahkan SABAH PORT SDN. BHD melantik anak saudaranya, MOHD HASNOL BIN AYUB AMAN (H0659323) sebagai PENGARAH pada 17 Jun 2002. Hasnol juga pengarah syarikat S.P. SATRIA SDN. BHD yang membolot semua kontrak kerja di Lembaga Pelabuhan Sabah tanpa SEBARANG TENDER. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.





TUDUHAN KEENAM BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah memungut derma untuk membina BANGUNAN UMNO di atas tapak tanah milik-nya berdekatan Wisma BSN di Karamunsing di Kota Kinabalu. Sehingga kini Musa masih memungut ‘DERMA @ RASUAH’ tabung bangunan berkenaan TANPA PERMIT POLIS walaupun telah mengumpul sejumlah RM160 Juta dan TIDAK MENGISYTIHARKAN pungutan tersebut kepada BENDAHARI UMNO dan MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970, Seksyen 10 (a), (b), (aa), (bb) dan Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETUJUH BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah mengarahkan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH, Datuk KY Mustafa melanjutkan tempoh perkhidmatan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk S Abdillah Hassan yang sepatutnya bersara wajib secara kontrak. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 kerana telah menggunakan perlanjutan tempoh perkhidmatan Setiausaha tetap berkenaan untuk menjalankan ARAHAN yang berasaskan keuntungan kepadanya.

TUDUHAN KELAPAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah mengarahkan Kerajaan Persekutuan MEMBATALKAN khidmat FOMEMA SDN. BHD (agensi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Sabah) dan melantik syarikat proksinya, GROWARISAN SDN. BHD menjalankan tugas penting berkenaan. Musa secara sedar telah membenarkan proksinya, AZLAN BIN NASIR @ YEO GUAN HOCK (anak NASIR YEO) menggunakan alamat rumah kediaman rasmi MUSA, SRI LIBARAN, Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Jalan Airport, 9000 Sandakan sebagai alamat tetap. Azlan dilantik sebagai Pengarah GROWARISAN SDN.BHD pada 2 November 2006. Musa juga sedar bahawa syarikat berkenaan hanya mempunyai modal berbayar RM100 sahaja. Akibatnya GROWARISAN SDN.BHD yang mengambil alih tu-gas Fomema pada Disember 2006 terpaksa melantik FOMEMA SDN. BHD sebagai Subkontraktor kerana mereka tidak mempunyai pengalaman, logistik dan kewangan. GROWARISAN kini bertindak sebagai CETI memungut wang daripada FOMEMA SDN.BHD pada kadar RM15 seorang pekerja asing yang diperiksa TANPA MELAKUKAN SEBARANG KERJA kerana semua kakitangan, sistem komputer dan modal dikeluarkan oleh FOMEMA SDN.BHD yang juga hanya menerima RM15 bagi juga, manakala bakinya untuk yuran klinik, makmal dan x-ray. Oleh itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KESEMBILAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai BENDAHARI UMNO SABAH pada 1991, mempengaruhi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Tun Ghaffar Baba (Allahyarham) melantiknya sebagai Pengerusi Task Force UMNO untuk merekrut pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dan Indonesia dan memberi kad pengenalan projek. Musa telah membelanjakan wangnya sendiri sejumlah RM2 juta untuk membiayai pemberian 82,000 kad pe-ngenalan projek kepada PATI yang diselia oleh Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat. Musa turut memberikan RM10 juta untuk urusan membawa pengundi hantu ke kawasan pilihanraya di seluruh Sabah dan sekaligus mela-kukan Kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Haji Jabar telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti pada 26 Februari 2007. Di antara 1991-1993, Musa dengan sedar dan relahati telah melibatkan diri dalam kegiatan yang memudaratkan Keselamatan Malaysia menaja Sindiket memberi kerakyatan Songsang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada Filipina, Indonesia, Pakistan dan India secara diluar undang-undang dan peraturan Malaysia untuk kegunaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi membolehkan mereka tinggal, bekerja dan bergerak bebas di Malaysia. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesala-han dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8(1) AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 kerana MENGANCAM KESELAMATAN NEGA-RA dan MENDERHAKA kepada YANG DIPERTUAN AGONG.

TUDUHAN KEDUA PULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan kini Ketua Menteri Sabah meluluskan konsesi kayu balak di Benta Wawasan kepada 18 syarikat kroninya TANPA TENDER dan penjualan kayu balak bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni dan nomi-neenya seperti John Lim. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menyalah-guna kuasa dan pecah amanah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997)

TUDUHAN KEDUA PULUH SATU:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yaya-san Sabah BERSUBAHAT dengan SAMSUDIN BIN YAHYA yang mengupah 3 orang lelaki, dua daripadanya Awang Damit dan Muhammad mendatang-kan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, LUE SUE SENG sehingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa dan Rahmawati kepada umum. Sebagai balasannya, Musa telah memilih SAM-SUDIN YAHYA (Mantan Pemandu Teksi) sebagai Calon BN bagi DUN Se-kong pada pilihanraya umum 2004 yang lalu. Lue Sue Seng pula bertanding dalam pilihanraya berkenaan sebagai calon bebas kerana ingin membalas dendam di atas kekejaman Musa. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan jenayah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH DUA:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Ya-yasan Sabah membayar sejumlah tertentu kepada KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN, ILLYAS IBRAHIM untuk menutup kes jenayah yang dilakukan oleh SAMSUDDIN YAHYA dan Tiga orang lagi terhadap LUE SUE SENG. Samsuddin telah ditangkap polis dan dibebaskan dengan campurtangan Musa dan atas budibicara Ilyas Ibrahim. Setelah menjadi Ketua Menteri Sabah, Musa secara sedar telah melantik ILLYAS IBRAHIM yang juga sepupunya sebagai DATUK BANDAR Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan perkhidmatan ILLYAS IBRAHIM (Datuk) sebagai Datuk Bandar dilanjutkan selama 2 tahun lagi sebagai membalas jasa Illyas menutup kes SIASATAN jenayah dan subahatnya. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH TIGA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bersama-sama Ketua UMNO Bahagian Petagas, DATUK YAHYA HUSSIN dan pegawainya, HAJI KAHAR MOHD ZAIN cuba merasuah dan menghalang saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti, HAJI JABAR KHAN NAPI @ YASSER ARAFAT daripada hadir dengan melakukan pelbagai gangguan dan cadangan bagi menghalang Jabar mendedahkan penglibatan-nya dalam kegiatan memudaratkan Keselamatan Negara. Musa secara sedar telah MENGHINA PARLIMEN dan menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH EMPAT:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempengaruhi dan MENGHALANG Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah (BPR) Hajjah Latifah Binti Md Yatim menerima laporan yang saya ingin buat terhadap Musa pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan saya datang pada 12 Februari 2007. Menurut Latifah, pihaknya perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum boleh menerima laporan dan bercanggah dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang pada dasarnya menggesa agar laporan hendaklah dibuat segera. Ketika saya mengunjungi Latifah pada 12 Februari 2007, saya lihat Latifah berada di dalam ketakutan dan meminta agar saya tidak dedahkan kepada media kes Skandal Wisma Bandaraya kerana bimbangkan keselamatan semua. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH LIMA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempenga-ruhi dan merasuah sejumlah RM? (jumlah sebenar tidak dapat dikenalpasti) Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Datuk Zulkifli Mohd Noor 10 hingga 11 Februari 2007 dalam perjumpaan sulit di hotel MANDARIN ORIENTAL Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhubung SKANDAL WISMA BANDARAYA. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam, rasuah dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970; Seksyen 12 (1), (a), (b), (c), (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

ADUAN KHAS:

Sehubungan itu, atas kesedaran dan kepentingan awam, maka saya membuat laporan ini untuk siasatan Polis bagi memastikan Sabah bersih daripada amalan pecah amanah, rasuah dan salahguna kuasa yang didalangi oleh pe-mimpin politik dan kakitangan kerajaan.

Saya juga meminta POLIS membuka semula Fail Siasatan terhadap Kes Lue Sue Seng yang cedera parah dibelasah oleh Musa dan Kuncu-Kuncunya dan menjalankan penyiasatan terperinci bagaimana Ketua Polis Sandakan boleh bersubahat dan mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

Saya turut mencadangkan agar JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN MENGENAI INTEGRITI memanggil Musa memberi keterangan kerana kegiatan subversifnya di antara tahun 1991 hingga 1993 memberi kerakyatan kepada warga asing Filipina, Indonesia, Pakistan dan India dengan kerjasama KAKITANGAN Jabatan Pendaftaran Negara telah mengancam keselamatan negara dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya berpendapat, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk S Abdillah S Hassan yang turut bersubahat dengan Musa adalah PENYIMPAN RAHSIA MUSA (key player) dan siasatan awal polis hendaklah ditumpukan kepada beliau.

Saya tidak membuat laporan di pejabat BPR kerana saya tidak memper-cayai kewibawaan BPR menangani isu rasuah kerana Ketua Pengarah BPR sedang dalam siasatan polis.

Selaku pembayar cukai, saya mengucapkan tahniah kepada Polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional setelah Ketua Polis Negara, TAN SRI MUSA HASSAN telah memulihkan imej polis yang tercemar sebelum ini. SYABAS!

Sekian,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi PKR Sabah
Wakil Pembayar Cukai

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN