PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Mei 16, 2009

Lagu HARI GURU-2009 (Video)

Lagu HARI GURU-2009 (Video)

Salam....
Mari kita dengar lagu Sempena Hari Guru 2009.
Boleh dibawa dalam Majlis Sempena Hari Guru Peringkat Sekolah.... bila diadakan nanti... nyanyi sama-sama...
Selamat menonton.... dan berlatih.



Sekian terima(lah) kasih.

Ambuyat.

SEMPENA HARI GURU-GURU OH GURU (Osman Awang)

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

DUN Perak Bubar Isnin?


Satu pengumuman besar dijangka dibuat pihak istana Perak Isnin depan yang mungkin mampu memecahkan kebuntuan politik yang melanda negeri itu dan seterusnya mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber pengumuman itu ada kena mengena dengan desakan rakyat Perak yang mahukan mandat mereka dikembalikan untuk memilih kerajaan pilihan mereka semula setelah Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa terhadap kerajaan sah Pakatan Rakyat 5 Februari lalu.

"Kemungkinan pihak istana mengumumkan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah besar memandangkan situasi kemelut politki di anatara Pakatan Rakyat dan BN nampaknya tidak ada jalan keluar.

"Desakan rakyat supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan mungkin sudah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak istana dan demi kebaikan, kemakmuran dan kestabilan negeri Perak langkah ini sajalah yang terbaik bagi mengatasi krisis tersebut," sumber memberitahu TV Antara.

Sekiranya ini berlaku Perak akan menyaksikan pilihan raya negeri pertama setelah pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU ke 12, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi sementara BN pula mendapat 28 kerusi.

Perbuatan BN memujuk 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat keluar daripada gagasan itu dan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN bebas telah mencetuskan krisis politik yang paling buruk dalam sejarah moden Perak yang turut mengheret institusi raja, badan-badan kehakiman dan legislatif.

Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangani ini juga mungkin mempengaruhi pihak istana untuk memperkenankan pembubaran DUN.

Antara yang paling penting ialah senario persefahaman yang telah wujud di antara Pakatan Rakyat dan BN berkaitan jalan penyelesaian krisis politik Perak.

Beliau juga berkata isu sama ada DUN Perak akan dibubarkan atau tidak kini terletak ditangan Sultan.

Walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkeras tidak mahu mengadakan pilihan raya baru negeri melalui pembubaran DUN namun kini beliau dilihat sudah berlembut dan mahu berdialog dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pula atas dasar mahu melihat penyelesaian kemelut politik tersebut diatasi secara aman bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan BN tetapi prinsip pembubaran DUN tetap dipertahankan.

Ini kerana menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hak rakyat perlu dikembalikan semula jika amalan demokrasi sihat mahu diwujudkan di negera ini serta menolak budaya kedurjanaan politik.

Walaupun menurut perlembagaan pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar namum pensyarah undang-undang Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan mempunyai kuasa khas yang jarang digunakan yang membolehkan baginda membubarkan DUN selaku kedudukan sebagai Sultan.

"Dalam keadaan di mana sesuatu keadaan itu tidak lagi boleh diselesaikan melalui kompromi politik dan juga proses perundangan baginda Sultan boleh menggunakan "reserve power" baginda untuk membubarkan Dewan tanpa merujuk kepada Menteri Besar apatah lagi dalam keadaan di Perak sekarang yang mempunyai dua penyandang jawatan," Prof Aziz berkata.

Guru Dan Ibu-Bapa "Menyiram dan Membaja" - Kerajaan ???

SELAMAT HARI GURU- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


16 Mei yang dinobatkan sebagai satu hari yang disarankan untuk mengenang segala jasa guru yang dikenal sebagai “HARI GURU” seluruh negara Malaysia. Saban tahun tarikh ini dinanti oleh anak didik untuk melafazkan ucapan “Selamat Hari Guru” disamping tidak sedikit murid yang menyampaikan hadiah biarpun kecil. Setiap tahun hari guru disambut diperingkat sekolah, diperingkat daerah seterusnya diperingkat negeri dan diperingkat kebangsaan.


Tiada siapa menafikan betapa guru adalah insan mulia yang pertama mengajar kita tulis , baca dan kira. Gurulah yang bertanggung jawab menyebabkan kita berada ditahap yang kita ada sekarang. Derhaka kepada guru pulak menyebabkan kita berada dalam balasan Allah SWT dengan kedudukan kita yang kita rasa sekarang. Kerana taat kepada guru kini kita menerima pulangan (pahala) yang baik dengan kedudukan (darjat orang berilmu) yang membanggakan. Kerana selalu ingkar arahan guru ketika dialam persekolahan dahulu kini nasib kita ada sedikit malang (dosa) tak seperti kawan-kawan kita yang kita gelar “ulat buku” yang rajin belajar disamping taat kepada guru.


Apapun sekarang ini disaat kita sedang menerima “ganjaran dunia” sesuai dengan apa yang pernah kita lakukan sebagai seorang murid atau pelajar atau penuntut satu ketika dahulu, kita sering mengungkapkan kata-kata keluhan dan penyesalan. Kalaulah aku menjadi murid yang taat dan rajin ketika belajar dahulu sudah tentu aku mendapat kedudukan yang baik atau lebih baik dari kedudukan aku sekarang. Kita akhirnya mengakui Simpulan Bahasa Melayu yang sering diulang-ulang oleh guru ketika memberikan nasihat: “Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna”. Ketika guru menyebut simpulan bahasa itu bukan kita tak faham, cuma rasa menyesal itu yang gagal dibayangkan bagaimana rasanya.


Kini nak menyesalpun sudah tiada gunanya. Setiap kali rasa menyesal itu timbul maka setiap kali pulak kita akan terbayang wajah guru yang dulu pernah kita benci kerana tak jemu-jemu memberi nasihat yang menyebabkan kita jadi meluat, marah dan akhirnya jadi murid yang bermasaalah. Ya, bermasalah kerana terpengaruh dengan kawan atau rakan sebaya yang haho-haho yang terdapat dalam perjalanan antara sekolah dan rumah. Di rumah demikian nasihat, didikan serta bimbingan oleh ibu-bapa dan di sekolah pula sekian pengajaran serta tarbiyah oleh para guru yang berdidikasi. Ibu-bapa dan para guru ibarat menyiram dan mambaja setiap hari, namun liku-liku dan ranjau sepanjang jalan antara rumah dan sekolah bagaikan menyembur racun. Ibu-bapa dan guru ibarat mamberi madu sedangkan selain dari rumah dan sekolah hidangan racun bagaikan ABC, bagaikan Teh Tarek, bagaikan minuman kegemaran. (tak mahu sebut Coca Cola dan Pepsi produk US/Yahudi yang wajib di BOIKOT).


Siapa yang tidak tertarik dengan nama “Sure Heboh”, siapa yang tidak tergoda dengan Karaoke, Cyber Café, Pusat Permainan Video bahkan Pusat Snooker yang menjadi kegilaan para remaja yang gilakan hiburan kerana cuba lari dari tekanan suasana rumah dan persekolahan (kononnya). Walaupun tiada apa-apa tekanan di rumah dan juga di sekolah, tarikan untuk turut bergelumang dengan gejala sosial sesama remaja memang tidak mudah dikalahkan. Biasanya pertarungan melawan nafsu memang diungguli oleh syaitan, apabila kita kosong dari pengisian Iman dan Taqwa. Namanya juga remaja, bila masa dadanya dipenuhi Iman dan Taqwa? Sedangkan semasa pengisian Iman dan Taqwa itu remaja sering tuang, selalu sangat ponteng. Paling tidak anak-anak yang bermasalah ini akan terjebak dengan ROKOK bila dicabar dan dimalukan oleh kawan-kawan sebagai pondan, yang tragis apabila mereka terlibat dengan najis DADAH, dan yang paling tragis terlibat dalam kumpulan SAMSENG dan Mat Rempit.


Dalam dua daripada tiga (2/3) institusi iaitu rumah, sekolah dan “Ranjau dan Duri” antara keduanya yang berusaha mempertahankan kesucian dan maruah anak-anak pun masih ramai yang tewas atau kecundang dalam pergelutan menentang hawa nafsu tunggangan syaitan. Cuba bayangkan apabila “Ranjau dan Duri” yang negatif itu menyerang dan merebakkan virusnya ke dalam rumah dan juga sekolah. Terbukti kini banyak rumah yang turut tidak aman angkara anak-anak yang mendapat masalah di antara dua institusi ini. Sekolah juga tidak terkecuali bila masalah disiplin meningkat. Semuanya gara-gara Ranjau dan Duri dalam perjalanan dari rumah ke sekolah. Itu belum masuk kira “Ranjau dan Duri” yang sengaja diwujudkan di dalam rumah (Tv/Astro) kerana inginkan hiburan.


Thema Hari Guru 2009


“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” itulah thema sempena hari guru tahun ini. Nampaknya memang GAH, tapi hakikatnya slogan akan hanya tinggal slogan dan thema akan hanya tinggal thema yang tidak akan membuahkan hasil apa-apa. Pihak guru dan Ibu-Bapa bagaikan sebelah tangan dan pihak ketiga (antara rumah dan sekolah) yang dikuasai oleh kerajaan (termasuk media massa) adalah tangan yang sebelah lagi. Kalaulah tangan dari pihak Guru dan Ibu-Bapa bertepuk tanpa disahut/disambut oleh tangan Kerajaan masakan menghasilkan bunyi. Apa yang kita lihat sekarang ialah sambutan atau sahutan dari tangan Kerajaan itu seperti tidak ikhlas untuk mendengar bunyi tepukan gemuruh tanda meraikan sebuah kejayaan. Maknanya hasrat untuk melahirkan anak-didik yang berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang yang mampu membina negara dan bangsa hanya ibarat “mimpi disiang hari”.


Apa yang ingin disarankan ialah supaya kita sama-sama berganding bahu berpegang tangan dengan hati dan tekad yang ikhlas berjuang kerana Allah SWT demi agama, bangsa dan negara. Tanpa ada keikhlasan, hasrat kita untuk melihat anak-anak kita berjaya adalah angan-angan kosong apa tah lagi untuk merealisasikan thema “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” jauh panggang dari api.


SELAMAT HARI GURU


Ambuyat nak ambil kesempatan sempena Hari Guru ini mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua pengunjung/pembaca artikel ini yang menjawat jawatan sebagai guru. Tidak lupa marilah sama-sama kita doakan guru-guru kita yang pernah mengajar kita dahulu dari peringkat rendah hingga kita menamatkan pengajian, semoga mereka semua dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia (yg muslim dan non-muslim) dan di akhirat (muslim sahaja) Insya Allah Amin ya Rabbal 3alamin!

Sekian terima(lah) kasih.

Ambuyat.

Anak pendatang jadi MENTERI ?

Sumber

Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my


ADA pihak yang sangsi dengan kebolehannya namun pelantikan Ramatoulaye Yade sebagai Menteri Hak Asasi Manusia Perancis tetap disambut baik di peringkat antarabangsa.

Usianya yang masih muda ditambah dengan personaliti menarik, Ramatoulaye atau lebih mesra dengan panggilan Rama, 33, diramal mempunyai masa depan cerah dalam arena politik di negaranya.

Pelantikan Rama untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan pimpinan Presiden Nicholas Sarkozy dikatakan memberi dimensi baru menerusi pengiktirafan terhadap kebolehan wanita.

Anak kepada pasangan profesor ini dilahirkan di Dakar, Sinegal dan dunia politik sememangnya sudah tidak asing lagi bagi Rama.


Bapanya sebelum ini pernah menjadi setiausaha peribadi kepada bekas Presiden Sinegal yang pertama, Leopold Sedar Senghor.

Ibu bapanya bercerai ketika beliau masih kanak-kanak dan Rama mengikuti ibunya berpindah ke Paris bagi memulakan hidup baru.

Kata Rama, perceraian ibu bapa meninggalkan kesan besar dalam hidupnya namun beliau tidak menjadikannya sebagai halangan untuk menggapai cita-cita sejak kecil iaitu terbabit dalam dunia politik.

Biarpun masih muda, Rama dikatakan mempunyai pengalaman luas dalam dunia pentadbiran dan politik yang sedikit sebanyak membantu melicinkan tugasnya sekarang.

Selepas menamatkan pengajian, Rama bekerja dengan pihak berkuasa tempatan di Paris sebelum berpindah ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis.

Sebelum memegang jawatan kini, beliau pernah berkhidmat sebagai pentadbir di dewan senat antara 2003 dan 2007.

Rama juga pernah menjawat jawatan pengarah komunikasi dan menjalankan urusan pentadbiran di bahagian penguatkuasaan tempatan.

"Saya sedar dunia politik memang mencabar. Sebelum terbabit secara serius, saya terlebih dulu menimba pengalaman sebanyak mungkin di pelbagai bahagian serta agensi kerajaan.

"Tidak kira walau di mana sekalipun, cabaran di bidang politik tetap ada.

"Namun, apa yang penting ialah kita perlu kuatkan semangat dan buat yang terbaik kerana tanggungjawab besar tergalas di bahu kita," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Joseph Zimet, penasihat kepada Setiausaha Kerajaan, Jean Marie Bockel.

Keberanian serta kelantangan beliau ketika membahaskan isu berkaitan hak asasi dan keganasan terhadap wanita memang diakui ramai.

Pada satu forum yang diadakan di Geneva, baru-baru ini, Rama dengan berani menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menggiatkan usaha untuk mengatasi masalah pencabulan hak terutama membabitkan wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia.

Rama turut mempersoalkan badan dunia itu yang bertindak dengan resolusi tidak seimbang terutama membabitkan negara Timur Tengah.

Beliau turut menyeru badan dunia itu supaya mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah berkaitan wanita terutama yang membabitkan agama, tradisi, kebudayaan dan sejarah.

"Golongan wanita perlu diberi hak mereka yang sepatutnya. Walau di mana mereka berada dan apapun warna kulit, hak mereka tidak boleh dinafikan.

"Dengan keadaan politik dunia yang tidak stabil ini, saya menjangkakan wanita di seluruh dunia bakal berdepan dengan pelbagai pencabulan hak asasi yang sepatutnya mereka nikmati.

"Wanita tidak mengharapkan layanan kelas pertama, tetapi cukuplah jika segala hak asasi kami dihormati masyarakat. "Alangkah baiknya jika masyarakat di seluruh dunia memahami bahawa wanita juga sebahagian daripada mereka dan kami tidak boleh diketepikan begitu saja," katanya yang pernah menghasilkan sebuah buku berjudul Noirs de France, terbitan Editions Calmann-Lévy pada 2007.

Sementara itu, media di negara berkenaan, baru-baru ini, melaporkan Sarkozy kini dilaporkan sedang menimbang memecat Rama kerana keengganannya melepaskan jawatan untuk berkhidmat di Parlimen Eropah.

Sehingga kini, ura-ura itu hanya berlalu begitu saja kerana apa yang pasti, Rama mempunyai jadual lawatan kerja ke luar negara yang penuh untuk diikuti sehingga akhir tahun ini.

Serlah aura bertudung- (Aurat ?-Ambuyat)

myMetro

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my


























AURA cantik bakal menyerlahkan seseorang apabila tampil dengan pakaian sepadan bersesuaian dengan diri. Busana Muslimah yang menawan dan berhemah semakin mendapat ruang di hati mereka yang mahukan penampilan sedemikian.

AURA cantik bakal menyerlahkan seseorang apabila tampil dengan pakaian sepadan bersesuaian dengan diri. Busana Muslimah yang menawan dan berhemah semakin mendapat ruang di hati mereka yang mahukan penampilan sedemikian.

Bahkan, dalam menyemarakkan lagi busana yang semakin mendapat tempat di hati generasi kini, suntikan moden kontemporari dalam pemakaiannya menjadi sebab ramai yang memilihnya.

Mencantikkan penampilan seseorang dengan inspirasi tudung menarik akan membuatkan dirinya dilihat penuh mempesona yang menjadi sebahagian aliran fesyen berbusana Muslimah hari ini.

Menurut perunding imej, Zaiton Alias, kebanyakan penggemar memilih tudung atau selendang bukan hanya kerana mahukan imej menutup aurat semata-mata.

Katanya, pesona dibawa dalam satu-satu aliran busana dengan suntikan menawan membuatkan ramai teruja untuk memanfaatkan pakaian berkenaan ke majlis tertentu ataupun untuk tujuan santai.

"Kebanyakan memilih busana Muslimah disebabkan pengaruh yang pelbagai. Ada yang terpikat kerana keelokan penataan dalam rekaan atau tertarik dengan corak alirannya.

"Tidak dinafikan jenis atau fesyen tudung atau pakaian yang diutarakan penuh kemasan dan corak menarik, turut menjadi tarikan," katanya.

Mengenai kesesuaian tudung dan alirannya yang sesuai dengan cita rasa pengguna selain senang diolah, juga antara sebab tudung sedemikian menjadi tumpuan ramai.

"Sebenarnya tarikan penting turut terletak kepada jenis tudung yang senang, ringkas dan mudah disuai padan dengan pakaian.

"Seseorang penggemar harus ada kemahiran untuk memilih sendiri pakaian untuk disesuaikan dengan tudung pilihan.

"Untuk mengolahnya pula, perlu kreatif supaya anda kelihatan begitu menarik dengan penampilan tudung yang amat mempesonakan. Ini kerana ramai yang malas bertudung jika rekaan tudungnya sukar dipakai dan tiada nilai komersial," katanya.

Melihat kecenderungan penggemar tudung yang sukakan penampilan ringkas, kasual dan ada tarikan tersendiri, membuatkan kebanyakan pereka berlumba untuk memenuhi impian penggemar untuk tampil bergaya.

Dalam memenuhi impian untuk menjadikan lebih ramai menyenangi pakaian atau tudung jenamanya itu, dia sering mencetuskan idea terkini dalam setiap karyanya.

Memikirkan bukan mudah menggarap idea untuk seni ciptaan tudung, dia bangga kerana kebanyakan tudungnya mampu memenuhi selera penggemar di pelbagai peringkat usia baik remaja mahupun yang berusia.

KOMEN:
Memang cun, cantik dan mengancam... tapi sayang Tudung hanya sebagai bahan mencari glamour... nak serlahkan lagi KECANTIKAN... bukan kerana NAK TUTUP AURAT seperti yang dikehendaki oleh Ajaran Islam...

Tutup AURAT bukan sekadar pakai tudung.... KLIK untuk membaca artikel menganainya supaya kita bukan sahaja nampak cantik dimata manusia bahkan cantik pada pandangan agama kita yang maha suci.

Transformasi kapcai terkini- (Bukan untuk MEREMPIT-Ambuyat)

Kosmo

Selain melepasi pelbagai ujian getir daripada jurutera tempatan, GT128 juga mendapat pengiktirafan Kawasaki Thailand.




SESI tunggang uji motosikal kali ini diadakan di lokasi yang agak jauh. Litar yang cukup sinonim dengan acara perlumbaan Cup Prix, Litar Pasir Gudang, Johor Bahru menjadi medan buat sekumpulan wartawan menguji kemampuan sebenar jentera terbaru keluaran Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas).

Model yang mula dibangunkan sejak tahun 2006 itu diberi nama Modenas GT128. Cuba mengangkat falsafah Grand Touring (GT), jentera itu direka bagi memenuhi setiap kemahuan kumpulan sasar yang umumnya terdiri daripada golongan muda.

Justeru, tidak hairanlah jika penampilan GT128 cukup sporty. Ia juga sarat dengan pelbagai ciri yang membuatkannya lebih menyerlah berbanding pesaingnya.


MODENAS yakin GT128 dapat mengukuhkan lagi penguasaannya dalam pasaran kapcai Malaysia.


Dari segi reka bentuk dan teknologinya, Modenas mahu GT128 dilihat sebagai satu bentuk transformasi dan berbeza berbanding model-model moped dan skuter yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.

Tidak sabar untuk mengujinya, terik matahari tidak kami hiraukan. Selepas memakai sarung tangan, pad pelindung siku dan lutut, sebanyak tujuh buah GT128 pelbagai warna bersedia untuk beraksi.

Sesi itu diketuai oleh bekas pelumba terkenal negara, Shahrul Yuzi yang memberi peluang kepada setiap penunggang membiasakan diri dengan laluan litar sebanyak dua pusingan. Kemudian, kami dibiarkan melayan selekoh untuk tiga kali pusingan lagi.

Pendikit minyak dipulas, model keluaran ke-14 Modenas yang dilengkapi dengan unit enjin daripada Kawasaki itu seakan-akan menjanjikan tunggangan yang bertenaga.


GT 128 dilengkapi dengan meter rpm dan panel paparan digital.


Dipadankan dengan transmisi rotary empat kelajuan, GT128 boleh dikatakan berupaya melalui laluan bengkang bengkok dan mendaki dengan baik. Cuma, kadangkala GT128 terasa kehilangan kuasa tork untuk mendapatkan kembali momentum, terutama ketika penunggang perlu melepaskan pendikit sebelum memasuki selekoh.

Sebenarnya, GT128 menggunakan unit enjin yang sama pada model Modenas X-Cite iaitu model terlaris bagi pasaran eksport Modenas terutama di Greece dan Iran. Enjin 130cc ini disokong oleh rakan kongsi Kawasaki Heavy Industries Ltd. dan menepati tahap piawaian EURO 2.

Ia terbukti sebagai enjin yang tahan lasak, menjimatkan petrol dan mesra alam. Modenas mendakwa dengan tangki penuh 4.3 liter, anda boleh pergi sejauh 209 kilometer. Lebih spesifik lagi, sejauh 64.4 kilometer bagi setiap liter petrol jika anda menunggang pada kelajuan 80 km/j.

Kapcai itu dibina daripada kerangka jenis underbone. Sistem suspensi yang diletakkan pada setting paling keras sewaktu sesi ujian itu pula membantu memberikan rasa lebih stabil ketika penunggang ingin mengubah haluan sama ada ke arah kiri atau kanan.

Jika Yuzi berjaya memerah seluruh tenaga GT128 untuk mencatat kelajuan maksimum sekitar 160km sejam, penunggang amatur cuma memperoleh pecutan paling tinggi 140km/j.


ENJIN bersesaran 130cc ini cukup kuasa dan menepati piawaian EURO 2.


Pada kelajuan ini, meter rpm berada pada takat 7,000 rpm. Pada masa yang sama, getaran pada perehat kaki dapat dirasa dengan agak ketara.

Rekaan kowling dan fairing pada bahagian hadapan GT128 bukan sekadar untuk memenuhi syarat estetika atau aerodinamiknya. Malah, ia direka bentuk bagi menyalurkan udara yang mencukupi ke arah enjin. Aplikasi ini penting berikutan GT128 menggunakan sistem penyejukan udara pada enjinnya.

Mahu menawarkan aspek keselamatan yang optimum, GT128 hadir bersama brek cakera pada roda hadapan dan belakangnya. Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa jarak membrek dapat dipendekkan, selain penunggang tidak perlu berusaha lebih untuk menarik dan menekan tuil brek yang ada.

Paparan meter yang ada pada GT128 tidak terhad pada meter kelajuan analognya sahaja. Ia turut dilengkapi dengan panel paparan digital yang memberikan maklumat berguna kepada penunggang seperti penunjuk aras petrol, keupayaan bateri dan ikon minyak enjin akan berkelip jika sudah tiba masa untuk anda menukarnya.


LAMPU belakang menampilkan rekaan yang moden.


Tidak cukup lagi kelebihannya? GT128 juga dilengkapi dengan pengesan posisi pendikit minyak (throttle positioning sensor) yang berupaya mengoptimumkan penggunaan bahan api, di samping lampu utama berkembar yang lebih terang dan lebar.

Faham tentang limitasi sebuah kapcai, GT128 masih boleh menjadi sebuah kenderaan harian yang memuaskan. Apatah lagi harganya di bawah paras RM5,000 membuatkan model itu cukup kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Harith Abdullah memberitahu, pihaknya optimis dan yakin mampu menjual sebanyak 2,000 unit GT128 setiap bulan. Angka tersebut membolehkan jenama itu meningkatkan penguasaan pasarannya kepada 15 peratus, berbanding 11 peratus pada tahun lalu.

Model itu didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu putih, hijau, oren dan kelabu. Penarafan? Berdasarkan kepada skala satu hingga 10, saya beri tujuh untuk Modenas GT128.

Norman berpeluh-peluh ketika ditangkap

Kosmo


NORMAN dan Memey hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam bagi perbicaraan kes khalwat mereka.


KUALA LUMPUR – Setelah lebih setengah jam pintu diketuk, pelakon Norman Hakim yang berbaju T putih dan berseluar pendek ketat paras paha ditemui sepasukan penguat kuasa pejabat agama dalam keadaan berpeluh-peluh di dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas bangunan pejabat sewaannya.

Sebaliknya, pelakon Memey Suhaiza yang lengkap berpakaian seluar panjang dan baju pula kelihatan tenang duduk di kaunter hadapan di tingkat bawah pejabat itu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Demikian keterangan saksi pertama, Abdul Rahman Lail Abdullah, 32, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam dalam perbicaraan khalwat pasangan itu yang ditahan di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang dekat sini pada pukul 3 pagi 30 Oktober 2008.

Abdul Rahman yang mengetuai operasi Pejabat Agama Daerah Gombak pada pagi tersebut berkata, mereka terpaksa memecahkan pintu utama pejabat di tingkat atas setelah Memey dan abang Norman, Mohamad Sofi mendakwa mereka tidak mempunyai kunci bilik itu.

Setelah diperiksa, pasukannya menjumpai sebuah bilik kecil dipercayai tempat menyimpan barang dan mempunyai ruang yang sangat terhad manakala tombol pintunya pula dikunci dari luar.

Abdul Rahman berkata demikian ketika disoal pegawai pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohamad Nazri Basrawi.

Awas!!! - Influenza H1N1 landa Malaysia

Influenza H1N1 landa Malaysia


MANGSA kes pertama influenza H1N1 dipercayai terlepas saringan kesihatan di KLIA kerana dia hanya demam sehari selepas tiba dari New York.


KUALA LUMPUR - Selepas merebak ke 34 negara, mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematian, wabak influenza A (H1N1) akhirnya dikesan di Malaysia semalam dengan mangsa pertamanya seorang pelajar yang tiba dari New York, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 191 penumpang lain dengan pesawat MH091 Boeing B777-200 Penerbangan Malaysia.

Sewaktu tiba, dia dikatakan sihat tetapi mengalami demam dan sakit tekak selepas tiba di rumahnya. Dia kemudian dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh kelmarin.


SUASANA di KLIA tetap seperti biasa semalam selepas negara dikejutkan dengan penemuan kes pertama influenza A yang menjangkiti seorang pelajar selepas dia tiba di lapangan terbang itu pada Rabu lalu.


Sebaik disahkan positif influenza A, dia terus dikuarantin dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa kesihatan bertindak mengarahkan perintah kuarantin rumah terhadap lima ahli keluarganya sementara usaha mengesan 191 penumpang lain dilakukan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dalam penerbangan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan laporan kes pertama di Malaysia itu ketika dihubungi Bernama semalam.

Tiong Lai turut menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat.

KOMEN:

Hapuskan jerlah babi-babi tu.... jangan dok ternak lagi... ni apa... Malaysia dilaporkan sebagai (antara) pengeluar daging babi terbesar di dunia.

Sepatutnya dah tak ada negara menternak dan tiada manusia yang makan babi kerana bukan hanya H1N1 ini sahaja yang dikesan lahir dari babi. Sebelum ini kita pernah dengar Virus Nipah yang juga berasal dari binatang yang diharamkan ini.

Bagi mereka yang masih makan daging yang diharamkan oleh semua agama ini cuba KLIK link berikut sabuah video YouaTube yang membongkar kemudharatan yang terdapat dalam daging babi. Selamat MENONTON.....

Jumaat, Mei 15, 2009

Batu Nisan - Untuk - ISLAM HADHARI

As-Salamu 3alaikum!

Ambuyat nak ajak para pembaca REHAT-REHATKAN minda sedetik dua dari kekalutan politik tanah air khasnya Perak Darul-Ridzuan.

Nak cakap tentang ISLAM HADHARI

ISLAM HADHARI yang begitu sinonim dengan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi nampaknya telah lenyap dari sebutan bibir mereka yang kerjanya suka MENGAMPU dari JAKIM (maaflah-kalau kasar) bersama BERSARANYA PM ke-5 itu.

Syukurlah, dengan hilangnya ISLAM HADHARI dari telinga kita barulah terasa lega hati kita dengan ISLAM sebenar yang menjadi amalan hidup kita seharian. Tiada lagi kekeliruan dan keraguan tentang ISLAM yang SYUMUL. Maka selepas ini kalau ada lagi istilah baru dikahwinkan dengan kalimah ISLAM, kita bakal tidak akan tertipu lagi. Kerana kita telah pernah tertipu satu masa dahulu apabila ISLAM yang SYUMUL itu cuba DIHADHARIKAN yang menyebabkan kita yang belajar, berilmu dan beramal dengan ISLAM yang SYUMUL ini melenting apabila ISLAM cuba DIHADHARIKAN.

Marilah kita lupakan, kita kuburkan dan kita letakkan "Batu Nisan" di atas kubur ISLAM HADHARI yang telah meninggal dan ditinggalkan oleh mereka yang dahulunya mengagong-agongkannya. Jangan ada JENAMA baru pulak yang muncul ditempelkan ke atas kalimah Islam yang suci. Begitulah apabila kita gunakan Islam untuk tujuan politik, berbanding dengan berpolitik sesuai dengan tuntutan Islam.

Para ulamak pula janganlah terbawa-bawa dengan arus politik yang bertentangan dengan kehendak agama. Berbaktilah untuk agama dengan IKHLAS LILLAHI TA3ALA bukan berbakti kepada yang lain. Cukuplah sekali tuan-tuan ikut kehendak pihak-pihak tertentu dalam melabelkan Islam. Ucapkan bye-byelah kepada Islam Hadhari, Kolam Masjid Hadhari, Kampung Hadhari dan lain-lain lagi yang diberi gelaran hadhari sebelum ini.

Rasanya tidak keterlaluan kalau Ambuyat sarankan agar tuan-tuan BERTAUBAT beristigfar memohon ampun kehadrat Allah SWT kerana telah sewenang-wenang menodai kesucian Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW. Syukurlah kita masih hidup dan sempat bertaubat. Alangkah harunya kalau kita sudah mati dan apabila ditanya oleh Malaikat: " Apa AGAMA-mu?" dan.... (sedihnya) tuan-tuan jawab: "Islam HADHARI adalah agamaku" (wal 3iyazubiLlahi min zalik)

Sekian terima(lah) kasih.

Ambuyat.

2 budak korban kolam keli

Kosmo


DI KOLAM inilah mayat Munirah dan Akib Ikmal ditemui semalam.



MUNIRAH



AKIB IKMAL


BESUT - Dua kanak-kanak bersaudara ditemui tidak bernyawa dalam sebuah kolam ikan keli sedalam dua meter di Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila di sini tengah hari semalam.

Mangsa, Munirah Abdul Ghafar, 3, dan anak saudaranya, Akib Ikmal Shukri, 2, ditemui terapung di dalam kolam ikan yang terletak di belakang rumah keluarga mereka.

Menurut ibu Akib Ikmal, Norazila Abdul Ghafar, 22, ketika kejadian dia sedang mencuci pakaian manakala ibunya, Safinah Jusoh, 45, pula memasak di dapur.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu dia berasa hairan kerana tidak mendengar suara anak dan adik perempuannya, lalu mencari mereka di dalam rumah.

"Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar menuju ke kolam ikan milik ayah, Abdul Ghafar Mohamad, 49, yang tidak berpagar dan terletak tidak jauh dari belakang rumah.

"Saya terkejut apabila ternampak mayat Adib Ikmal terapung, tetapi Munirah tak ada di situ.

"Saya memanggil jiran-jiran dan mereka menemui mayat Munirah tenggelam di dasar kolam," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Isteri bunuh suami digantung

Kosmo


SHAMIM ketika dibawa keluar dari
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah yang merupakan ibu kepada empat orang anak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah disabitkan bersalah membunuh dan menanam suaminya di belakang rumah mereka, lima tahun lalu.

Shamim Bano Mohammed Farooque, 41, yang pada mulanya tenang akhirnya tidak dapat menahan perasaan lalu menangis sejurus selesai prosiding apabila tiada anak dan saudara-mara datang menemuinya semalam.

Turut dijatuhkan hukuman serupa ialah Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39, sepupu Shamim yang dituduh bersubahat menyebabkan kematian Reyaz Ahamed Maruf, 39.

Ketika membacakan penghakimannya, Datuk Zaharah Ibrahim berkata, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes yang dipinda terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan melampaui keraguan munasabah.

Shamim hanya menganggukkan kepala apabila ditanya Zaharah sama ada faham hukuman manakala seorang jurubahasa terpaksa menerangkan kepada Javeed.

Kedua-dua mereka yang berasal dari India diperintah membela diri pada 21 November 2008 atas tuduhan menyebabkan kematian Reyaz di rumahnya di No. 20, Jalan 4/12G, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi dekat sini antara pukul 10 malam, 7 November 2004 dan 3 pagi, 8 November 2004.

Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Reyaz ialah pemilik bersama sebuah syarikat Cyplass Engineering Sdn. Bhd. iaitu sebuah kilang kitar semula di Semenyih manakala Javeed ialah pekerja kilang tersebut.

Mayat Reyaz ditemui tertanam di belakang rumahnya setelah kehilangannya dilaporkan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat sesak nafas dan terdapat kesan jerutan pada lehernya.

Sorok mayat bayi bawah katil

Kosmo

SUNGAI PETANI - Misteri bau busuk yang dihidu oleh sebuah keluarga selama dua hari di rumah mereka terjawab dengan penemuan mayat bayi lelaki yang mulai reput di bawah katil anak perempuan mereka di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila mereka mendapati mayat bayi yang sempurna sifatnya itu dilahirkan oleh anak perempuan kedua mereka yang berusia 27 tahun.

Kejadian itu terbongkar apabila pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menyerbu rumah berkenaan, petang semalam ekoran laporan Hospital Sik yang meragui penjelasan wanita itu ketika dia mendapatkan rawatan di hospital itu.

Difahamkan, keluarganya tidak perasan anak mereka yang bekerja sebagai operator kilang itu mengandung memandangkan badannya yang agak gempal dan sikapnya yang pendiam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, wanita itu melahirkan bayi tersebut seorang diri di dalam biliknya pada 11 Mei lalu.

"Bagaimanapun bayi yang cukup bulan itu mati sewaktu dilahirkan. Kerana terlalu takut dimarahi keluarga, dia bertindak menyembunyikan bayi itu di bawah katilnya.

"Dia meminta bantuan seorang saudaranya menghantarnya ke Hospital Sik setelah mengadu sakit perut," katanya.

Menurut Hashim lagi, pemeriksaan hospital kemudian mendapati wanita itu mengalami pendarahan yang agak teruk kerana baru lepas bersalin.

Berita paling pilu

myMetro

Oleh Zaitie Satibi, Shahrul Nizam Mohamad dan Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my


DOA...Natirah dan suaminya, Mat Zakri Jawa berdoa di
pusara ayahnya, semalam.

KUALA LIPIS: “Ini berita paling memilukan pernah saya terima,” kata Natirah Yunus, 45, anak Yunus Mat Ajab, 68, yang terbunuh dalam nahas ngeri di Kilometer 24, Jalan Lipis-Jerantut berhampiran Kampung Kerambit, dekat sini, malam kelmarin

Lebih memilukan kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Temerloh untuk menziarah seorang saudara yang meninggal dunia.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu turut mengorbankan isteri Yunus yang juga ibu tiri Natirah, Rosnani Che Bidin, 35, serta abangnya, Li, 47, manakala seorang lagi abang Natirah, Nazri, 36, serta seorang saudara mereka, Ahmad Yusof Khamis, 53, cedera apabila Proton Iswara dinaiki bertembung sebuah lori balak tanpa muatan ketika hujan lebat.

Ahmad Yusof dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAH), Temerloh.

Difahamkan, ketika kejadian, kereta dipandu Li gagal mengelak lori berkenaan yang terbabas ke laluan bertentangan ketika melalui selekoh tajam di tempat kejadian sebelum terperosok di bawah kenderaan berat itu.

Natirah, seorang suri rumah berkata, dia menerima berita kemalangan ngeri itu kira-kira jam 11.30 malam selepas dimaklumkan suami, Mat Zakri Jawa, 46.

“Kira-kira jam 9.45 malam, suami ada menelefon arwah ayah bagi mengetahui lokasi mereka kerana saya sekeluarga dari Maran sudah tiba ke rumah saudara yang meninggal dunia.

“Dalam perbualan telefon itu, suami sempat berpesan kepada arwah abang supaya memandu dengan cermat kerana hujan lebat.

“Bagaimanapun, kurang dua jam kemudian, suami menerima berita buruk daripada seorang sepupu memaklumkan semua mereka terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian bapa dan ibu tirinya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap pelik kecuali abang yang meninggal dunia ada menyatakan hasrat mahu membiayai persekolahan seorang anaknya yang belajar dalam tingkatan enam.

“Dua hari lalu, arwah Li ada menelefon saya dan memberitahu mahu membantu menanggung persekolahan anak saya yang dianggap seperti anak sendiri kerana arwah belum berumah tangga.

“Hasratnya itu dinyatakan berulang-kali dan saya bersetuju kerana sekurang-kurangnya bantuan itu dapat mengurangkan beban saya, tetapi tidak kesampaian selepas arwah terbunuh dalam kejadian itu.

“Bagaimanapun, saya reda dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata sebaik melalui tempat kejadian, sebuah lori balak tanpa muatan yang dalam perjalanan dari Jerantut ke Lipis dipercayai terbabas ketika mengambil selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta dipandu Li merempuh bahagian tengah lori berkenaan lalu terperosok di bawahnya menyebabkan semua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Li dan dua penumpang belakang, Yunus dan Rosnani meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang belakang, Ahmad Yusof parah.

“Bagaimanapun, Nazri yang duduk di sebelah pemandu cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis (HKL),” katanya.

Menurutnya, pemandu lori terbabit berusia 39 tahun sudah membuat laporan dan ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian dan jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Teris,” katanya.

Anwar lawat Penanti esok

Friday, 15 May 2009 • Kategori: Nasional

KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim akan turut menghadiri beberapa program yang telah dianjurkan di Penanti esok.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh akan turut memberikan ceramah umum di Kampung Tok Elong, Penanti pada jam 10 malam esok bersama-sama dengan Naib Presiden KeADILan Mustafa Kamil Ayub dan Bendahari Pas Dr Hatta Ramli.

Pada petang itu, Anwar akan menemui komuniti cina dalam satu majlis minum petang di Semambu sebelum menyampaikan kuliah Magrib di Pasjid Padang Ibu.

Selepas itu, beliau akan bersembahyang serta akan menyampaukan kuliah Isyak di Masjid Berapit sebelum ke ceramah kelompok di Mukim 9, Tanah Liat.

Seluruh rakyat dijemput hadir.

“HATI SEORANG IBU”

Khutbah Jumaat : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“HATI SEORANG IBU

(15 MEI 2009 / 20 JAMADIL AWWAL 1430)


Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan taqwa kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: HATI SEORANG IBU.


Muslimin Yang Berbahagia,

Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat ke-dua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah Azza Wajalla juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:


Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Surah al-Israa’:23)


Muslimin Yang Berbahagia,

Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu.


Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:



Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.


Muslimin Yang Berbahagia,

Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.


Dalam hal ini, Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?. Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.


Muslimin Yang Berbahagia,

Mimbar hari ini merasa dukacita kerana masih terdapat kes penderhakaan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita terhadap ibu. Antaranya ada yang menunjukkan kedegilan melawan cakap ibu, lari meninggalkan rumah kerana tidak suka dinasihati ibu, membiarkan ibu yang sakit bersendirian, meminggirkan ibu tanpa khabar berita, mengherdik ibu, mengkhianati harta benda ibu, menjadikan ibu sebagai orang gaji, malah ada yang sanggup memukul ibu. Apa yang ganjilnya, ada segelintir dari kalangan kita yang berebut-rebut mencium tangan orang lain tetapi jarang sekali mencium tangan ibu sendiri yang sebenarnya ada keberkatan.


Insaflah, perbuatan menderhakai ibu bapa akan mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di dunia kita akan menerima giliran diderhakai oleh anak-anak kita, dan begitulah seterusnya. Manakala di akhirat akan menerima kemurkaan Allah Azza Wajalla. Ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”


Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru bagi pihak ibu-ibu kepada anak-anak dan jemaah sekalian, marilah kita bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja. Inilah kewajipan anak-anak yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:


Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Sural al-Israa’:24)


Antara Bonus KFC dan Bonus HPA. Lihat lah kehebatan sistem ekonomi Islam

Friday, May 15, 2009

Where We Are





just click the picture to read..

Khamis, Mei 14, 2009

SEJARAH DAN KELEBIHAN AYAT KURSI

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Mahathir: BN sure kalah kalau buat Pilihanraya DUN Perak

Dipetik dari SINI


Perak: Mahathir saran undi tak percaya, pilihan raya sukar buat BN

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?

"Tapi itu hanya pandangan saya, saya tak buat apa-apa survey...undian.

"Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya negeri jika DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.

"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis politik kedudukan Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

"Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baik," katanya.

Padanpun MAKSIAT Banyak...

Salam... (Takkan asyik ceter POLITIK jer!!!)

Orang kata... zaman modern ni... terlalu banyak yang TIRUAN... bukan bahan dan barangan saja... manusia/orang pun ada yang tiruan.....

Mukminah adalah gelaran kepada wanita ISLAM & BERIMAN... mereka ini jelas dilihat sebagai wanita muslimah yang mukminah dengan KETAATAN mereka terhadap tuntutan agama...

Tapi kini banyak sekali yang TIRUAN....
mereka menutup AURAT tapi bukan kerana tuntutan agama tapi kerana GLAMOUR... atau mengikut trend semasa.... Mereka ini tak layakpun digelar "Muslimah" kecuali gelaran "Limah" jauh sekali gelaran "Mukminah" paling-paling gelaran "MINAH" sahaja....

Golongan Limah dan Minah inilah yg BANYAK terjebak dalam maksiat... sekaligus MEMALITKAN LUMPURNYA kepada wanita Muslimah dan Mukminah. Maka seringlah kita dengar orang kata: "Perempuan BERJILBAB jual diri" atau ... "Wanita BERTUDUNG dicekup sedang......"

Malu....
Last-last terciptalah Lagu "MINAH TUDUNG".... yang bertujuan mendedahkan golongan TIRUAN ini, sekaligus berharap agar wanita Islam MENUTUP aurat dengan sempurna SESUAI dengan tuntutan Agama Islam yang Maha Suci.

Sila Baca artikel BERIKUT:

Minah Tudung-Video@Lirik (Tak tutup AURAT)

Yang sedihnya... kerana lagu ni... Muslimah/Mukminah jadi tersipu-sipu bila lagu ini dikumandangkan dikhalayak ramai... yg peliknya pulak, Minah dan Limah yang tak pakai tudung senyum dan ketawa (Mengejek) memandang Muslimah dan Mukminah yang "Menutup Aurat" itu.... Entahlah ...dunia..dunia...

Hah... nak tanya PENDAPAT Antum semua...
Silakan!!!
KOMEN:
Sedang dibincangkan di-DDF

Tragedi 13 Mei 1969 dimulakan oleh Umno sebab dia KALAH!

Sumber: Dari DDF


Pilihanraya umum pada 10 Mei 1969,
masa tu pilihanraya dibuat 2 hari
yakni pada 10 dan 11 Mei,
Keputusan memang lambat keluar
pada 12 mei barulah keputusan
keseluruhan dapat diumumkan
dan umno/perikatan telah hilang banyak
kerusi dan DUN selangor Perikatan
nyaris2 tewas, di perak pula
pembangkang PPP menang banyak
kerusi, manakala di penang
Perikatan kalah dan gerakan
menguasai DUN Penang

Umno selangor sudah jadi cara marba
lalu mereka mulakan provokasi
dengan mengatakan tanah melayu
akan dirampas oleh bangsa cina

provokasi umno ini sedikit sebanyak
termakan juga oleh orang melayu
pemuda umno diketuai oleh
datuk harun idris telah mula
membuat kacau dikampung
baru kuala lumpur dan disitulah
bermulanya tragedi berdarah
13 mei yang sememangnya
dimulakan oleh umno!

SEBAB APA?
SEBAB UMNO KALAH!
UMNO TAKKAN TERIMA KALAU
DIA KALAH!

KOMEN:
Ikuti perbincangan seterusnya di DDF

Fakta Islam Dalam Veterinar (Sub7anLlah!)

Dipetik dari: DDF


Prof Madya Dr Rashid :
Fakulti Perubatan Veterinar UPM

Pogram: Simposium Kecemerlangan Al Quran Menerusi Perspektif Sains

1- Lalat menggunakan enzim untuk mengubah kandungan makanan yang dihinggapinya. Sebab itulah makanan tersebut sudah tidak elok untuk dimakan.

2- Perkataan Somalia dari perkataan Somal yang bermaksud- perahlah susu untuk tetamu datang.

3- Tiap satu rumput di muka bumi ini ada satu malaikat yang menjaganya. Subhanallah

4- Dalam sembelihan, orang Barat memotong spinal cord dalam haiwan. Sebenarnya tindakan ini menyebabkan daging berlebihan dan daging berwarna merah.

5- Dalam otak ikan ada kandungan Aluminium yang tinggi, sebab itulah orang Somalia tidak makan ikan walaupun negara tersebut banyak laut.

6- Negara Somalia paling banyak Hafiz didunia baik lelaki atau perempuan.

7- Nabi Yunus di telan ikan Nun di negara Somalia

8- Katak akan duduk menghala ke Timur pada waktu rehat (kiblat). Katak akan berzikir bila ‘duduk saja’. Sebab itu kita dilarang untuk membunuh katak.


KOMEN:

Sub7anLlah!!!

Bangangnya ayat UMNO keparat

Sumber

UMNO melalui media kuda tunggangannya selalu guna ayat yang mengelirukan bertujuan memesongkan fikiran rakyat. PAdahal maksud BERTENANG ialah jangan buat huru-hara, kacau bilau atau rusuhan. Bukannya bermaksud jangan ada gesaan untuk bubarkan DUN Perak itu. UMNO memang bangang bin bodoh :

CUBA BACA NI.....

Gerakan saran bubar DUN, Pemuda PAS saran bertenang

PULAU PINANG: Gerakan Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya segara memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya negeri.

Pengerusinya Datuk Dr Teng Hock Nan berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya memimpin urusan pentadbiran negeri itu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam bahawa ia terpulang kepada Zambry untuk memutuskan tindakan susulan ekoran kemelut politik yang berlarutan di negeri itu.

"Saya kuat mengatakan rakyat Perak perlu mempunyai kata putus dalam hal ini kerana setiap kerajaan memerlukan kesahihan dan keraguan hanya boleh diselesaikan menerusi pilihan raya semula," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan permohonan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Teng berkata Zambry harus menghentikan prosiding mahkamah untuk menentukan kesahihan jawatan Menteri Besar.

Katanya dengan mengembalikan kuasa memilih kerajaan baru kepada rakyat yang semestinya mahu bersuara dalam perkara ini, maka Barisan Nasional (BN) sekali lagi menunjukkan ianya mendukung prinsip demokrasi serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Sementara itu di IPOH, Dewan Pemuda Pas Perak meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Ketuanya Mohamad Zawawi Abu Hassan berkata beliau yakin baginda akan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berharap semua pihak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama ini.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang diisytihar oleh Mahkamah Tinggi sebagai menteri besar yang sah, telah memohon untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu. BERNAMA



13 Mei-Kelantan cetus deklarasi perpaduan nasional

13 Mei 2009: Kelantan cetus deklarasi perpaduan nasional
Lanjusoh
Wed | May 13, 09 | 1:30:18 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Mei (Hrkh) - Tanggal 13 Mei 1969, sejarah hitam negara tercatat. Ramai penduduk menjadi mangsa rusuhan antara kaum. Ia masih diingati sehingga ke hari ini. Iklan

Mungkinkah peristiwa seumpama itu berulang kembali, seperti yang pernah berlaku di Kampung Medan beberapa tahun lalu.

Ekoran peristiwa itulah kerajaan mengubal Dasar Ekonomi Baru (1970 - 1990). Dan paling menarik apabila PAS dipelawa Tun Abdul Razak Hussien berada dalam kerajaan Barisan Nasional pada 1974.

Mengingatkan peristiwa itu buat julungkali kerajaan PAS di Kelantan mencetus deklarasi perpaduan nasional dan keamanan sejagat 13 Mei 2009 pada satu sidang akhbar yang agak luar biasa hari ini.

Sidang akhbar itu dihadiri hampir kesemua anggota Exco kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, sebahagian wakil rakyat, penjawat awam dan pemimpin PAS yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.

"Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.

"Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahu pun dalam negeri sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan.

"Saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidaktentuan dan serba salah. Mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi," katanya.

Menurutnya apa yang ada dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara kini hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana berkecamuk.

Kata beliau sekarang banyak berlaku ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang memegang amanah, namun telah mengkhianatinya.

"Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan

"Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya.

Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T sebagai premis kebahagiaan yang pertama.

Dan keduanya rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat. - mj _

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN