PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Khamis, Mac 13, 2008

TENGOK MENANG PERLU DENGAN KEINSAFAN

TENGOK MENANG PERLU DENGAN KEINSAFAN
Posted on Thursday, March 13 @ 03:09:24 MYT by greenboc
Tazkirah Oleh al-bakistani

"A
Pilihanraya ke 12 sudah berlalu. Pilihanraya yang melahirkan jangkaan yang tidak disangka-sangka. Jika target kemenangan BA dalam pilihanraya tertumpu kepada Negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi amat mengejutkan, rupa-rupanya dalam pilihanraya kali ini, PAS berjaya mempertahankan Kelantan dan menguasai Kedah, disamping BA menguasai Selangor dan Perak dan DAP di Pulau Pinang.


Pun begitu, kejayaan BA dalam pilihanraya kali ini menyebabkan pelbagai analisa-analisa politik yang berbau UMNO/BN bercakap dalam television. Walaubagaimanapun, kejayaan BA itu menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kehendak rakyat Malaysia kini yang tidak tahan lagi dengan kejahatan yang telah di lakukan oleh BN dalam Negara.

Tahniah di ucapkan kepada mereka yang menang. Kemenangan mereka itu merupakan salah satu usaha dalam menggegarkan musuh-musuh Allah dalam dewan rakyat dan dewan Parlimen, disamping dapat menyampaikan dakwah kepada sahabat-sahabat pakatan politik.

Kepada sahabat-sahabat dari BA yang menang, samada dari PAS atau parti-parti lain, jika dahulu, mereka merupakan seorang yang sombong dan takabbur dengan beberapa keputusan, maka dicadangkan (sengaja tidak digunakan kalimah “dinasihati”) agar jadilah pemimpin yang bersikap seperti bersifatnya Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar, Saidina Omar bin Al-Khattab, Saidina Omar Abdul Aziz dan sebagainya.


Jika dahulu mereka menyatakan, ‘siapa si fulan untuk mempertikaikan keputusan ana’, maka hendaklah dia ubah sikap takabbur ini. Jika mereka tetap dengan sikap sedemikian, selayaknya dia ditegur seperti “pemuda yang mahu membetulkan Omar dengan pedang yang terhunus”.


KELANTAN


Selepas mengundi di DUN Hulu Besut yang merupakan kampong Isteriku, aku sempat menziarahi Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdul Rahman, yang merupakan Tuan Guruku di awal pengajianku tentang ilmu-ilmu Agama selepas menghafaz Al-Quran dahulu.


Tuan Guru Haji Abdullah yang merupakan Tuan Guru dari salah sebuah Pondok yang agak masyhur di Kelantan, iaitu pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan.


Melihat kepada keadaan Tuan Guru, agak mengejutkan. Ini adalah kerana, tubuh tuan guru yang sebenarnya agak berisi, tetapi sekarang tubuhnya menjadi agak kurus. Mungkin disebabkan strok angin yang dihadapi oleh beliau itu yang menyebabkan tubuh beliau menjadi sedemikian rupa.


Dimaklumkan oleh anak beliau, Hamdan, Tuan Guru telah menimpa sakit sedemikian semenjak bulan november yang lepas lagi, disamping umur beliau yang sudah menjangkau 75 tahun.
Selepas itu, aku sempat pergi ke Rantau Panjang, Kelantan bersama keluarga dan sahabat yang bekerja di Arkib Yusuf Rawa.

Dalam perjalanan tersebut, terpampang muka calon-calon yang bertanding di Dun. Antaranya adalah seorang calon BN yang berstatus ustaz.


Melihat muka calon BN itu, aku mula memikirkan tentang suasana politik di Kelantan yang telah dilakukan oleh Pak Lah, PM malaysia. Melihat kepada keadaan rakyat kelantan yang mempunyai semangat dan kefahaman islam yang kuat, maka BN kali ini telah banyak mengemukakan muka-muka ”bani israel” di kelantan untuk mengalahkan calon-calon PAS di Kelantan.


Walaubagaimanapun, segala pujian itu layak diberikan kepada Allah, mungkin berkat usaha dakwah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, Menteri Besar Kelantan dalam siri-siri kuliah beliau telah menjelaskan betapa kebenaran itu bukan tertakluk kepada mereka yang berstatus Ustaz, tetapi terletak kepada perkara yang dibawa oleh seseorang itu.


Dengan keadaan itulah, kelantan berjaya mengekalkan kemenangan dibawah pemerintahan yang mahukan Islam menjadi dasar pemerintahan, disamping ”orang-orang kuat” BN jatuh ”tersembam bumi” sebagai kehinaan yang ditimpakan kepada mereka ekoran dari kesombongan mereka dalam menghadapi pemerintahan PAS sebelum ini.


Firman Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Surah Al-Imran : 26)


MENANG DALAM ”KEDEMOKRASI-DEMOKRASIAN”


Kedemokrasi-demokrasian satu kalimah yang dipopularkan oleh Datuk Dr Siddiq Fadhil. Kalimah ini merujuk kepada maksud, perlaksanakan sistem demokrasi sebenar seakan-akan tidak ada, dalam sesebuah negara yang ditabalkan sebagai negara demokrasi.


Ia di umpamakan seperti kalimah “kekuning-kuningan” yang merujuk kepada warna yang tidak seberapa kuning.

Malaysia merupakan sebuah negara yang dimaksudkan sebagai negara kedemokrasi-demokrasian. Malaysia seperti didakwa oleh pihak pemerintahan BN adalah sebuah negara demokrasi, tetapi apabila diperhatikan kepada perjalanan negara, terutama dalam musim pilihanraya, ia bukanlah seperti sebuah negara demokrasi, bahkan boleh dikatakan sebuah negara yang berbentuk ”kediktatoran”.

Ekoran dari itulah, ruangan kempen pilihanraya telah disekat sedemikian rupa. Pihak pemerintah dibenarkan menyalurkan bahan kempen mereka melalui media massa, tetapi pihak pembangkang tidak sedemikian. Penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pihak ”hakim pilihanraya” iaitu SPR juga berlaku.

Bermula dengan isu duti setem hinggalah kepada isu dakwat yang pernah dipersetujui oleh pihak SPR untuk melaksanakannya, tetapi telah dibatalkan disaat akhir pilihanraya.


Dalam keadaan penipuan dan kedemokrasi-demokrasian itu pun, pihak pembangkang telah menghasilkan satu natijah kemenangan yang mengejutkan.


Semuanya adalah bersebab, kejahatan dan kezaliman dari pihak kerajaan BN yang sudah sampai kepada satu tahap yang melampau yang menyebabkan rakyat sudah memandang ke ”dunia politik lain” dalam mereka berusaha untuk mendapat keamanan dan keselamatan.


Firman Allah;

وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya;
tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”

(Surah Al-Isra’ : 82)


KEMENANGAN INI TIDAK MUTLAQ


Kemenangan di negeri Kelantan dan Kedah, tidak membimbangkan dalam isu perlaksanaan Islam. tetapi, isunya timbul di negeri Perak dan negeri selangor.
Dilihat kemenangan itu, walaupun PAS sebagai salah sebuah parti yang berada dalam kerajaan campuran, tetapi hakikatnya, kemahuan yang PAS ingin lakukan masih lagi tertakluk kepada sahabat-sahabat pakatan, iaitu daripada PKR dan DAP.

Jika mereka bersetuju, itu tidak menjadi masalah, tetapi masalahnya akan timbul apabila cadangan PAS itu ditolak golongan pakatan yang lain.


Walaubagaimanapun, hakikat kemenangan di Selangor dan Perak merupakan kemenangan pihak PAS dalam mendapat ruangan dakwah yang semakin terbuka.


Jika sebelum ini (merujuk kepada selangor), ruangan dakwahnya agak sempit. Khutbah tidak boleh disampaikan dengan perbicaraan tentang hakikat Islam yang sebenar, tetapi lebih tertumpu perkara-perkara furu’ yang melibatkan perkara yang tidak perlu dibincang dalam khutbah jumaat.


Keadaan itu telah berubah kini. Dengan kemenangan inilah, menjadi ruang yang luas kepada pihak pendakwah untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah yang lebih syumul. Maka dengan itu, pendakwah dapat mendedahkan maqasid disebalik pemerintahan Islam. Keadilan disebalik perlaksanaan hukum hudud, Qisas dan Ta’zir dan berbagai-bagai lagi.


Pun begitu, dakwah itu tidak boleh dibataskan kepada golongan muslim sahaja, tetapi hendaklah menjangkau kepada saudara-saudara kita yang tidak seagama.


PENUTUP


Melihat kemenangan yang mengejutkan ini, hakikatnya merupakan satu ujian yang besar akan dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita. Ini adalah kerana, apabila Allah telah memberi kemenangan, bermakna Allah telah memberi satu bebanan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Jika kita dapat lakukannya, kita adalah orang cemerlang disisi Allah. Tetapi, dibimbangi kita adalah orang yang mengkhianati tanggungjawab Allah itu, yang semunya akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.


Sabda Nabi SAW:


كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Maksudnya;

”Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu akan ditanya/dipertanggungjawabkan berkenaan dengan gembalaan kamu. Dan Imam (pemerintah) itu adalah pengembala, dan dia akan ditanya berkenaan dengan rakyatnya”

(Al-Bukhari : 844)


Juga, kemenangan ini tidak selayaknya dijadikan sebagai modal bagi diri kita untuk membalas segala dendam atas kejahatan yang telah dilakukan oleh pihak BN/UMNO, tetapi ianya hendaklah dijadikan sebagai jalan untuk berdampingan dengan mereka dalam menyeru mereka kepada Islam yang sejati.

Tidak mustahil, dengan sikap kita yang pemaaf, disamping kita mengambil sikap berdakwah dengan menyeru mereka kepada kefahaman islam yang syumul, yang memungkinkan mereka dimasa akan datang menjadi orang kuat dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah ini.


Mudah-mudahan kita semua menjadi orang yang dapat menunaikan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT.


Sekian


Wallahu ’Alam


Al-Bakistani

http://al-bakistani.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN