PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Mac 22, 2008

Giliran PAS menerajui ummah

Giliran PAS menerajui ummah
Roslan Shahir 
Sat | Mar 22, 08 | 12:45:16 pm MYT

Agenda penyatuan Melayu Islam tiba-tiba menjadi topik hangat sejurus suara rakyat diterjemahkan melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) baru-baru ini.

Beberapa pihak khasnya yang cenderung dan kuat menyokong Umno sebelum PRU lalu tiba-tiba terpanggil untuk memperjuangkan isu ini setelah ia lama terpendam dan dimatikan.

Mengapa baru kini ianya dibangkitkan?

Bagi mereka yang mudah emosional sehingga mengenepikan rasional, isu agenda penyatuan Melayu Islam menjadi kononnya mendesak kerana keputusan PRU ke 12 menunjukkan Pulau Pinang telah jatuh ketangan orang bukan Melayu, keadaannya juga cemas di Perak dan Selangor. Suara bukan Melayu semakin besar di Parlimen dan di Dewan-dewan Negeri. Kuasa politik Melayu semakin rapuh dan mengecil.

Maka kononnya atas alasan itu juga semua pihak yang ada unsur dan kepentingan Melayu sepatutnya bersatu dan menyatukan kuasa politik Melayu Islam dalam satu gagasan bagi menangani kemerosotan kuasa politik Melayu Islam itu.

Anehnya formula penyatuan itu berharap dan bertenggek di atas Umno, Umno lah nanti yang akan menerajui gagasan ini demi perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam yang konon-konnya semakin terhakis dan mahu pupus itu. Sedangkan realitinya yang terhakis dan semakin pupus itu bukannya kuasa politik Melayu Islam tetapi sesungguhnya kuasa politik Umno dan BN.

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dipetik oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebagai berkata bahawa Umno sebenarnya telah hilang kredibilitinya untuk bercakap berkenaan Melayu dan Islam kerana mereka sesungguhnya selama ini telah mencemarkan imej Melayu dan Islam.

Semua pihak perlu akui bahawa kebangkitan rakyat pada PRU ke 12 lalu adalah berpunca pada ketidakpuasan hati mereka terhadap pentadbiran dan gaya kepimpinan Umno dan BN. Ringkasnya rakyat termasuk orang Melayu Islam telah menolak Umno BN khasnya di lima buah negeri dan dibeberapa kerusi di negeri-negeri yang lain.

Baru-baru ini saya berkesempatan hadir dalam satu majlis yang bertujuan membicarakan isu ini. Beberapa individu dan pimpinan NGO Melayu Islam termasuk yang cenderung kepada Umno telah mengunjungi Presiden PAS untuk membincangkan isu agenda penyatuan Melayu Islam.

Di dalam majlis tersebut Presiden PAS telah menjelaskan bahawa PAS tidak pernah mengenepikan atau menutup pintu rundingan bagi penyatuan Melayu Islam. Masalahnya selama ini hanya PAS yang ikhlas dan jujur manakala pihak lain khasnya Umno semata-mata mementingkan survival dan kedudukan politik mereka.

Buktinya hanya kini setelah Umno hilang hampir 27% kerusinya di Parlimen, gagal menggugat Kelantan dan tersungkur jatuh di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor barulah pihak-pihak berkepentingan mahu mengusulkan isu ini sedangkan sebelumnya PAS tidak pernah dipedulikan malah dimusuhi dan ditentang habis-habisan.

Bagaimana Umno boleh prihatin dan cemberu pada isu perpaduan Melayu Islam sedangkan Umnolah juga yang menyerang kerajaan Melayu Islam PAS di Kelantan dan sebelumnya di Terengganu.

Kerajaan PAS didiskriminasi dan dianak tiri seolah-olah pimpinannya musuh dan bukan sebangsa dan seagama seperti mereka. PAS dipandang serong, ulamak dan cerdik pandai PAS menjadi seolah warga kelas kedua. Masjid, surau dan madrasah ditutup buat pimpinan PAS yang layak dan berwibawa.

Selain itu kakitangan kerajaan yang menyokong PAS diambil tindakan, ditukarkan, disekat kenaikan pangkatnya. Kontraktor dan pembekal PAS disenarai hitamkan, biasiswa dan pinjaman tidak diperuntukkan untuk anak-anak dan keluarga PAS.

Tiba-tiba hari ini pihak-pihak tertentu mahu mengajak PAS memikirkan agenda penyatuan Melayu Islam!

Sekarang ini rakyat telah bersuara. Umno sudah duduk dikerusi belakang. Sekarang ini adalah giliran PAS dan parti-parti rakannya yang lain. Berilah peluang dan kesempatan untuk PAS dan rakan-rakannya membuktikan kebolehan dan keupayaan mereka setelah Umno dan Bn gagal lebih 50 tahun.

Agenda penyatuan Melayu Islam penting demi survival ummah, tetapi ianya kini digelanggang PAS. PAS lah yang akan menerajui dan memimpinnya. Marilah jika kita benar-benar prihatin dan mengambil berat, sama-sama kita bekerja melalui PAS untuk memungkinkan orang-orang Melayu Islam dan seluruh rakyat Malaysia terpelihara dan selamat./wann.

Nota Pengarang : Penulis (Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir) adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS

Alahai Mat Said, bakal MB Terengganu

Alahai Mat Said, bakal MB Terengganu
Abdul Halim Mohd Rashid 
Sat | Mar 22, 08 | 10:40:54 pm MYT

Dari segi undang-undang negara, tidak baik kalau dibuat apa-apa spekulasi mengenai istana. Tetapi saya yakin tindakan Sultan Terengganu memperkenankan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB) negeri itu adalah tindakan yang sangat bijaksana. Ini bukan sinis atau sarcasm.

Kebaikan pertama yang dilihat ialah laporan Malaysiakini bertajuk "MB T'ganu: 23 wakil BN pulau Ahmad". Tidak kiralah sama ada apa yang mereka hendak buat itu jadi atau tidak jadi.

Sebaik sahaja diumumkan bahawa orang itu telah diperkenankan menjadi MB, Tranugkite melaporkan, Adun-Adun yang memboikot Mat Said telah menyerahkan kepada BPR untuk menyiasat salah laku beliau semasa membuat projek di Kijal. Bukan satu tetapi dua kes yang akan disiasat oleh BPR terhadap Mat Said. Tranungkite juga menyiarkan memo kepada Mat Said.

Hebat rupa-rupanya Mat Said ni. Amdang81 (amdang81.blogspot.com) telahpun menyiarkan posting bertajuk "MB Baru Terengganu Pencabul dan Perogol?"

Kalaupun Adun-Adun Umno Terengganu berjaya menghalang Mat Said dari menjadi MB, sekurang tindakan Istana Terengganu memasyhurkan namanya itu berjaya mendedahkan siapa Mat Said dan Umno.

Dalam perkembangan lain, sebuah akhbar tempatan melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) harus memohon maaf di atas kesilapan memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.

Menurut beliau, ia merupakan kesalahan besar kira-kira 20 tahun lalu yang meninggalkan kesan sehingga hari ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut juga memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

Salleh juga adalah salah seorang Exco Kerajaan Neger Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dari tahun 1999 hingga tahun 2004 dahulu. (Video mengenai Mat Said dan pautan-pautan di sini di sini)

KERJA JAHAT: AMENO VS AMENO:MAT SAID DISIASAT BPR

KERJA JAHAT: AMENO VS AMENO:MAT SAID DISIASAT BPR
Posted on Saturday, March 22 @ 21:29:08 MYT by greenboc

BeritaOleh yb_pmn

"a
MAKIN HANGAT: Isu Mohd Said dilantik MB Terengganu menuju kehancuran dalam kemelut BeEnd /Ameno Terengganu. 

Terkini, Adun yang memboikot Mohd Said telah menyerahkan kepada BPR untuk menyiasat salah laku beliau semasa membuat projek di Kijal. Bukan satu tetapi dua kes yang akan disiasat oleh BPR terhadap Mat Said.

Inilah lakonan terbaru AMENO Terengganu yang tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat sebenarnya bukan tidak sedar bahawa semua Adun dan MP BN Terengganu mempunyai rekod rasuah dan pecah amanah masing-masing. Tetapi bila diperlukan, nasib badanlah siapa yang akan dijerat atau terjerat.

Jika Mat Said disiasat BPR dan didapati salah, apakah kesudahannya isu kerajaan negeri BN di Terengganu? 

Bagaimana pula dengan kuasa Istana yang mentauliahkan Mat Said? Semua ini adalah sikap semua wakil rakyat Terengganu yang telah membuka PEKUNG DI DADA sendiri. 

Rakyat sedang memerhatikan gelagat mereka. Jangan lupa Allah menurunkan bala! Sekarang ada dua team di Terengganu. Satu team dipilih raja tetapi tunggal, satu team boikot pilihan raja=23 orang. Bagaimana?

Harap-harap ada peruntukkan dalam undang-undang tubuh Terengganu, jika mana-mana pihak gagal membentuk kerajaan negeri dalam tempoh tertentu, maka akan diadakan pilihanraya semula.

Kalau lu orang ada itu JANTAN...aku cabar 23 Adun yang boikot itu letak jawatan dan adakan pilihanraya semula. Janganlah bukak pekung sendiri dan dapat tahik terpalit di muka. Sedangkan kamu itu adalah wakil rakyat...

Memang bodolah wakil rakyat BeEnd nih!
!!

Terengganu dalam perhatian

Terengganu dalam perhatian
Posted on Saturday, March 22 @ 19:42:04 MYT by SongkokPutih

Respon @ UlasanOleh ning

"Assalamualaikum,,...

 Sejak beberapa bulan yang lalu dan sehingga 2 minggu selesai PRU,nampaknya  terengganu terus menjadi negeri yang menarik perhatian seluruh negara.istimewanya kedudukan dan kejadian di terengganu cukup menarik untuk diulas dan diambil pengajaran darinya.

bermula kedudukan fizikal terengganu yang membolihkan BN membawa berbagai bagai jenis hantu dan pula menjadi benteng kepada hantu rayau yang cuba memasuki kelantan serta sumbangan  terengganu sebagai pencetus perubahan di 4 negeri lain sehingga kejadian dalaman yang mencatat sejarah mencipta tamaddun.

terengganu mencacat sejarah sebagai negeri pertama sesudah 50 tahun merdeka melepaskan peluru hidup sehingga mencederakan 2 pemuda.kemudian 2 pemuda ini didakwa atas tuduhan cuba mencederakan polis dan tidak dibenarkan ikat jamin.sejak itu terengganu menjadi tumpuan dengan kes rayuan ikat jamin pemuda tersebut.beberapa siri solat hajat diadakan dihadapan mahkamah tinggi sehingga akhirnya rayuan ikat jamin diterima olih mahkamah tinggi.

keistimewaan terengganu berterusan dihari pengundian.perarakan besar besaran hantu rayau dengan diiringi olih polis serta dipantau olih helikopter polis mula kelihatan sejak sehari sebelum hari pengundian serta beberapa siri percubaan menahan hantu tersebut terjadi.beberapa tangkapan dibuat dan yang paling menonjol ialah kekecohan dimarang dimana anak TGHA cedera kerana terkena tembakan peluru hidup FRU(walaupun berita arus perdana melaporkan dia terkena serpihan cermin van FRU).maka berulanglah peluru hidup yang dilepaskan kepada rakyat terengganu.suatu yang tidak terjadi di tempat lain dan tidak pernah terjadi sebelum ini.itulah sejarah yang terpahat dibumi terengganu.barangkali benar kata paklah masa PRU 2004 dulu bahawa rakyat terengganu akan melihat satu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

terengganu juga memahat sejarah sebagai satu satunya negeri yang memiliki masjid kristal.masjid sebegini tidak terdapat dimana mana bahagian dunia malah dalam sejarah kegemilangan Islampun tidak pernah dibina masjid sebegini.

mengupas kejadian ini menginsafi kita semua betapa terengganu ialah tempat asal presiden PAS TGHA yang mana telah berpuluh tahun menyampaikan tarbiyah dimasjidnya.bermula dari sebuah surau yang kecil hari ini masjid tok guru menjadi sebuah masjid yang besar dan menjadi tumpuan setiap hari jumaat dimana kita semua dapat melihat pergerakan manusia yang begitu ramai setiap hari jumaat termasuk hari jumaat selepas hari pengundian.aneh tapi benar walaupun tarbiyah TGHA mendapat sambutan besar bukan saja dimasjidnya malah diinternet (yang disiarkan secara langsung) tetapi terengganu gagal dikuasai.disana terdapat pengajaran kepada kita semua kerana walaupun tarbiyah TGHA tidak mampu menawan terengganu tetapi tarbiyahnya telah berjaya menyedarkan rakyat negeri lain sehingga perak, selangor dan kedah akhirnya dapat ditawan.namun terengganu tetap degil.sebahagian rakyatnya masih terbelenggu dengan belenggu sogokan wang yang dikenali dengan berbagai bagai dana dan belenggu hiburan yang sengaja dibawa masuk olih pemimpin BN.

difahamkan dana dana yang terdapat diterengganu tidak ada dinegeri lain.begitulah sebahagian rakyat yang lena dibuai dengan sogokan wang yang pula menyebabkan BN terus berkuasa.PAS pernah menerintah terengganu dari 1999 hingga 2004 dimana kuasa itu dirampas kembali olih BN dengan strateji licik dan ditambah kelekaan PAS ketika itu kerana memerintah.sepanjang pemerintahan PAS berbagai tekanan dikenakan olih BN yang menguasai kerajaan pusat.royalti minyak ditarik balik dan diperkenalkan dana wang ehsan untuk rakyat terengganu.sesudah itu berlakulah siri menunjukan kelemahan dan kerakusan kerajaan PAS yang sebenarnya ditekan dengan berbagai bagai cara.kelemahan dan kerakusan PAS kemudiannya dihidupkan kembali sepanjang kempen PRU yang lalu.

kain rentang yang menunjukan kelemahan ini ada di mana mana seolah memerlihatkan PAS tidak pandai mengurus negeri dan juga memperlihatkan ketakutan kelemahan ini akan berulang jika PAS memerintah.masjid bujal yang diroboh  dikatakan markaz PAS serta PAS dikatakan mengagihkan tanah kepada kroni mereka.takutnya rakyat terengganu kepada PAS sehingga mereka lupa apa yang dibuat olih BN sepanjang pemerintahan mereka sesudah PAS.masjid kristal.

monsoon cup dan taman tamadun islam tidak langsung memberi menafaat kepada rakyat tetapi rakyat seolah tidak nampak perkara ini kerana mereka lebih nampak keburukan pemerintahan PAS.dalam pada itu juga rakyat tidak sedar betapa selama 4 tahun PAS memerintah mereka tidak bayar cukai pintu,tidak bayar tol jambatan.semua kebaikan yang rakyat terima selama PAS memerintah dilupakan malah turut dilupakan fakta bahawa PAS berjaya menaikan taraf negeri dari kedua termiskin kepada keempat termiskin sehingga diturunkan kembali olih BN kepada kedudukan kedua termiskin.kenapa ada rakyat begitu bodoh ?malah ada diantara mereka berkata jiwa mereka bersama BN walaupun mereka tak setuju dengan apa yang berlaku dalam BN.

demikianlah serba sedikit apa yang berlaku di terengganu hari ini tetapi apa yang paling menarik sekarang ini ialah kegagalan BN membentuk kerajaan selepas 2 minggu PRU selesai.berbagai spekulasi dan berbagai kejadian dilaporkan namun belum ada tanda jelas bila kerajaan BN terengganu akan dibentuk.

satu lagi sejarah terpahat diterengganu yang juga merupakan keanehan kerana selepas menang dengan selesa BN masih tidak mampu menguasi terengganu sehingga kini.barangkali keanehan ini telah ditunjukan olih klip video masjid kristal yang bertukar menjadi muka tokkong dan kepala anjing.barangkali hikmah video itu telah ditunjukan olih ALLAH walaupun ada pihak mempersoalkan kesahihan kip tersebut.pun begitu suka ana sebut disini pengalaman seorang rakyat terengganu yang melihat sendiri rupa masjid kristal yang sama seperti klip video tersebut seperti diakui sendiri olih yang empunya diri.barangkali ramai lagi rakyat terengganu yang melihat rupa masjid kristal tersebut.wallah wahlam

21 Adun boikot Majlis angkat sumpah MB baru TRG

21 Adun boikot Majlis angkat sumpah MB baru TRG
Posted on Saturday, March 22 @ 20:27:33 MYT by SongkokPutih

ArtikelOleh yb_pmn

" Hangat dan Panas.... ingatkan dah selesai apabila Majlis Pemangku Raja Terengganu umumkan Mohd Said sbg MB Terengganu yang baru tetapi 21 Adun yang diketuai Rosol Wahid menyatakan pendirian akan memboikot majlis angkat sumpah Mohd Said sebagai MB esok.

Senerio terbaru ini membuatkan keadaan BeEnd Terengganu yang menguasai dewan dgn 23 kerusi semakin bercelaru dan akan membawa krisis yang berpanjangan.

Dengan sifat Idris yang tidak mahu mengalah dan Mohd Said tidak menandatangani surat sokongan Idris sebagai MB, meletakkan Terengganu dalam kemelut politik yang paling hangat abad ini.


Rosol dalam sidang media di TV3 suku malam ini menjelaskan bahawa mereka sepakat tidak akan hadir dalam majlis yang akan diadakan di Istana Maziah esok.

Jika benar...apa kesudahannya? Macamana Mat Said nak menggerakkan pentadbiran negeri jika semua menolak, dan ini bermakna tiada Exco akan dilantik.

Rumit lagi memeningkan. Mat Said merupakan antara Adun yang paling dibenci oleh semua wakil rakyat BN Terengganu termasuk orang kuat Chukai Awang Tera...

Tetapi, tindakan rosol dan awak2nya itu mungkin mengundang kemurkaan Sultan Terengganu dan pemangkunya yang dilihat sebagai tidak menghormati institusi diraja.

Untuk setakat ini, kita lihat apa kesudahannya, dan siapakah yang akan ditunjukkan kebenaran dalam hal ini.

Apakah satu piluhanraya semula akan diadakan di Terengganu? Mungkin..TUnggu dan lihat kemelut paling hebat di negara kita. Cuma ingat...Allah bayar cash di atas segala penipuan yang dilakukan BeEnd dan Ameno...Takbir!!


TKM sampai awal, YDP Perbandaran tak nampak muka

TKM sampai awal, YDP Perbandaran tak nampak muka
Abdul Halim Mohd Rashid 
Sat | Mar 22, 08 | 4:38:36 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Apabila mendapat tahu 12 pam yang tidak berfungsi mengakibatkan banjir kilat yang terburuk sejak beberapa tahun lalu di Zon Perindustrian Seberang Prai, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy bergegas ke tempat kejadian dan sampai seawal pukul 8.30 pagi.

Malangnya, Ketua Jurutera Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak kelihatan langsung sehinggalah jam 10 pagi.

Lebih hebat lagi, Yang Dipertua MPSP pula langsung tidak dapat dihubungi sehinggalah pukul 12.30 tengah hari.

Sambil menyatakan kedua-duanya perlu menyatakan apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka, perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, www.jeffooi.com

Ketika itu, Dr Ramasamy, Jeff dan pembantu-pembantu sedang menyelaraskan usaha untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengenai banjir kilat itu.

Beliau menyatakan kekecewaanya pihaknya terhadap dengan apa yang berlaku itu.

Lebih malang lagi, katanya, Timbalan Pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) cawangan utara, Datuk Muhammad Ismail mengadu, masalah itu telah lama berlaku dan pihak MPSP telah diberitahu mengenai perkara itu dalam beberapa pertemuan.

Jeff yang juga seorang blogger terkenal membayangkan pihaknya akan mendedahkan segala-galanya.

Dr Ramasamy pula dipetik oleh sebuah akhbar tempatan sebagai berkata: "Saya telah mengarahkan MPSP mengambil tindakan-tindakan pemulihan kerana banjir tersebut akhirnya mungkin akan menjejaskan keyakinan para pelabur".

Sampai masanya derhaka lagi - Dr M

Sampai masanya derhaka lagi - Dr M
Abdul Halim Mohd Rashid 
Sat | Mar 22, 08 | 4:07:39 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau berjumpa dengan ramai anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan parti itu.

"Bila saya meminta (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) meletak jawatan, tiada siapa menyahutnya tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!" seorang blogger Umno, The "thirteen million plus Ringgit" guy memetik beliau sebagai berkata.

Keadaan itu berlaku, katanya, kerana rasa takut untuk menyuarakan pendapat di kalangan anggota parti amat amat jelas.

Sebab itulah, ketika beliau menggesa Abdullah meletakkan jawatan berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, tiada seorangpun anggota Umno yang berani menyokongnya.

"Pemimpin Umno masih lagi kata, 'Kami sokong kepimpinan'," kata bekas Presiden Umno itu ketika menekankan suasana takut kepada pemimpin (climate of fear) yang kini memenjarakan Umno.

Dr Mahathir mengingatkan orang-orang Melayu bahawa sudah sampai masanya menderhaka kepimpinan yang ada sekarang.

Beliau memberi tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun.

Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, menderhaka dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Hasilnya, kata beliau, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.

Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu menderhaka kembali, untuk mengembalikan hak mereka, blogger Umno itu memetik beliau.

Apabila ditanya adakah tindakan mencabar kepimpinan di dalam Umno akan mengundang perpecahan, Dr Mahathir berkata: "Umno masa saya pun biasa berpecah. Dua kali. Sekali Tengku Razaleigh (Hamzah) cabar saya dan sekali lagi kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Namun Umno berjaya dipulihkan dan orang Melayu kembali bersatu, dalam masa terdekat. Lihat bagaimana Umno begitu kuat dalam tahun 2004�.

Dr Mahathir juga mencadangkan konsep 'Majlis Presiden' yang menjadi badan penasihat rasmi dalaman Umno untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang presiden parti itu.

"Kita tidak boleh mengamanahkan terlalu banyak kuasa pada satu orang".

Apabila ditanya adakah 'Tingkat Empat' kini bertindak sebagai 'Majlis Presiden Umno', dengan sinis beliau berkata: "Mereka diturunkan oleh malaikat (created by angel)".

Menjawab pandangan agar penggal kepimpinan dihadkan, beliau menjawab: "Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekiranya Presiden Umno dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, �mengatur� agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu".

Mengenai ketiadaan wakil Wanita Umno dalam kabinet, Bernama melaporkan beliau berkata, mereka sepatutnya memprotes tetapi beliau mendengar �pemberontakan itu hanya sekerat jalan sahaja dan selepas itu kata, saya sokong�.

Ditanya mengenai ada cubaan membeli anggota Parlimen dari BN untuk menyertai pembangkang, beliau secara sinis berkata ia berlaku pada kedua-dua pihak dan `ia sangat demokratik�.

Beliau juga beliau menyokong cadangan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah supaya Umno mengadakan mesyuarat agung luarbiasa pada 11 Mei depan.

Beliau berkata mesyuarat agung luarbiasa itu perlu diadakan bagi membincangkan sebab-sebab mengapa BN yang diterajui Umno hilang majoriti dua pertiga dan mengalami kekalahan di lima buah negeri pada pilihan raya umum lepas.

Ditanya sama ada beliau menyokong hasrat Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno bagi memulihkan parti itu, beliau berkata soal siapa mahu bertanding sepatutnya dibincangkan selepas mesyuarat agung luar biasa tersebut.

Dr Mahathir berkata: �Mungkin ada orang lain juga berminat nak jadi presiden, jadi kena beri peluang kepada semua orang. Bukan soal presiden, soalnya Umno. Apa yang kita lihat pada pilihan raya lepas ramai anggota Umno telah mengundi parti lawan".

Anwar jamin pemberian kontrak lima negeri pembangkang secara telus, tiada komisen

Anwar jamin pemberian kontrak lima negeri pembangkang secara telus, tiada komisen
Johari Jaafar 
Sat | Mar 22, 08 | 1:09:25 pm MYT

IPOH, 22 Mac (Hrkh) - Penasihat Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan lima kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS, KeADILan dan DAP akan mengamalkan pemberian kontrak secara telus dan tidak ada 'jalan belakang' untuk mendapatkan kontrak.

"Kelima-lima Kerajaan Negeri akan mengamalkan pendekatan yang sama, kita akan bersikap telus dalam pemberian kontrak dan pelabur-pelabur jangan bimbang tidak ada komisen yang diminta," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, di Pejabat Menteri Besar Perak semalam.

"Kita akan pastikan semua projek pelaburan di lima negeri, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan mendapat kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

"Kita juga akan memastikan proses pelaburan di kelima-lima Kerajaan Negerui ini berjalan licin dan tidak ada kebocoran," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kelima-lima kerajaan negeri memberi jaminan kepada pelabur-pelabur asing dan tempatan akan mengwujudkan iklim pelaburan baik dengan harapan ianya dapat menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

"Saya akan melawat negara Arab minggu depan serta menemui beberapa syarikat besar China dan perkara tersebut akan dimaklumkan kepada mereka bagi menarik minat mereka melabur di kelima-lima buah negeri ini," jelasnya.

Menurutnya lagi, kelima lima kerajaan negeri tersebut perlu menumpukan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

Jika ianya gagal dilakukan kelima-lima negeri tidak akan dapat mengagihkan kekayaan dengan adil dan saksama kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum yang baru lalu, katanya./wann.

Isu Kain rentang Daulat Tuanku, empat yang ditahan telah dibebaskan

Isu Kain rentang Daulat Tuanku, empat yang ditahan telah dibebaskan
Awang Harun 
Sat | Mar 22, 08 | 12:38:55 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 22 Mac (Hrkh)- Empat lelaki yang ditahan Polis Terengganu kononnya bagi membantu siasatan kes pemasangan kain rentang berunsur hasutan dan fitnah di Jalan Sultan Mohamad dua hari lalu dibebaskan.

Mereka dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan yang sebelum itu kesemua suspek ditahan di bawah tiga akta iaitu Akta Percetakan Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957.

Hari ini, Harakahdaily dimaklumkan keempat-empat lelaki terbabit telah dibebaskan polis pada jam 4.00 petang semalam.

Harakahdaily dimaklumkan, mangsa tahanan Mohd Hafiz Haji Harun, 27, dari Kampung Kuala Ibai ditahan polis bersama tiga rakan-rakannya ketika cuba memasang kain rentang menyokong pihak Istana.

Antara yang ditahan polis iaitu Mohd Zulhafiz Mohamad, 23, Rosmawi Mamat, 32, dan Mohd Faizul Embong, 26, dan kesemua mereka itu dari Kampung Kolam Kuala Ibai.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri mengesahkan penahan empat lelaki dalam lingkungan umur 23 hingga 32 tahun kira-kira jam 1.45 pagi itu.

Menurutnya, pihak polis berjaya mendapat perintah mahkamah serta ditahan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Difahamkan juga, kain rentang yang didakwa berunsur fitnah dan hasutan tersebut berbunyi 'Daulat Tuanku, Selamatkan Terengganu Darul Iman', 'Daulat Tuanku, Patik Rakyat Terengganu Berdiri Teguh di Belakang DYMM Tuanku', 'Daulat Tuanku, Rakyat Terengganu Tolak Deris Demi Keharmonian Terengganu Darul Iman' dan 'Jangan Lok Patrick Lim Mengatur Kuasa Politik Dan Harta Rakyat Terengganu' dipasang di seluruh lokasi utama di ke pusat Bandaraya ini.

Harakahdaily dimaklumkan,dua hari sebelum itu sebanyak 60 keping kain rentang (banner) yang dipasang 'warga kota' (rakyat) dan disokong oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu 'hilang'hanya beberapa jam tergantung./wann

Jika PM dengar suara rakyat, bebaskan tahanan ISA-Hindraf - Kit Siang

Jika PM dengar suara rakyat, bebaskan tahanan ISA-Hindraf - Kit Siang
Wan Nordin Wan Yaacob 
Sat | Mar 22, 08 | 11:34:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Jika benar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa beliau mendengar suara hati rakyat, beliau mesti membebaskan segera lima pemimpin Hindraf yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Lim Kit Siang berkata, dua hari selepas pilihan raya, Abdullah dipetik dalam sebuah rencana di akhbar Asian Wall Street Journal sebagai berkata 'telah mendengar suara rakyat dan akan menumpukan kepada usaha menangani perpecahan yang jelas berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya umum lalu.'

Lim berkata, Abdullah juga berkata akan mengambil inisiatif baru dan konkrit, dan bukan sekadar retorik semata-mata, untuk menyatupadukan rakyat dan memastikan tiada yang ketinggalan kemakmuran negara sama ada Melayu, Cina dan India.

Sehubungan itu Kit Siang mengingatkan Abdullah bahawa antara punca berlakunya tsunami politik dan kekalahan teruk BN ialah merosotnya undi kaum India sebanyak 35 peratus daripada 82 peratus.

"Kemerosotan sokongan pengundi India telah hampir-hampir melenyapkan MIC di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-semuanya akibat daripada peminggiran selama ini kaum India di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan agama - yang telah melahirkan Hindraf dan fenomena 'Makkal Sakti' (kuasa rakyat)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya semalam berhubung tuntutan membebaskan lima tahanan ISA-Hindraf.

Kit Siang juga mempersoalkan mengapa sejak 13 hari lalu, Abdullah tidak membebaskan lima pemimpin Hindraf tersebut, jika beliau benar-benar telah mendengar 'suara rakyat'.

Lima tahanan itu ialah, M Manoharan, P.Uthayakumar, V.Ganabatirau, R Kengadharan dan K.Vasantha Kumar-semuanya ditahan pada 13 Disember lalu selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Dalam pilihanraya umum, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP di kerusi Dun Kota Alam Shah di Selangor dan menang dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, beliau akan menulis surat kepada Abdullah sebelum mesyuarat kabinet Rabu depan supaya membebaskan segera tanpa syarat pemimpin-pemimpin Hindraf.

Katanya, pembebasan ini satu ujian terhadap Abdullah sama ada beliau benar-benar mahu mendengar hasrat rakyat selepas tsunami.

EGM Umno : Mahathir sokong Ku Li

EGM Umno : Mahathir sokong Ku Li
Malaysiakini.com 
Sat | Mar 22, 08 | 10:40:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong saranan tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah agar Umno menganjurkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya 8 Mac.

"Saya dimaklumkan Tengku Razaleigh telah menulis surat kepada semua bahagian menggesa mereka meluluskan usul untuk menganjurkan EGM untuk membincangkan masalah-masalah melibatkan Melayu. Saya sokongan cadangan itu," katanya.

Beliau bagaimanapun 'tidak memihak' apabila Tengku Razaleigh ingin mencabar presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti diumumkan kelmarin.

Ditanya kali kedua persoalan yang sama, bekas presiden Umno itu berkata: "Jika saya menyokongnya untuk jawatan presiden, calon-calon lain akan minta sokongan juga".

"Soal memilih presiden baru sepatutnya dibincang selepas kita menyelesaikan masalah kita. Kerana mungkin juga calon lain berminat pada jawatan itu," katanya di sidang media di Carcosa Seri Negara selepas satu majlis pelancaran buku petang tadi.

"Lagi pun, untuk melayakkan bertanding presiden Umno, beliau (Tengku Razaleigh) memerlukan sokongan daripada 60 bahagian. Saya tidak fikir 60 bahagian berani menyokongnya."

Tengku Razaleigh mengisytiharkan kesediaannya mencabar Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Parlimen Gua Musang gagal memperolehi sokongan pada 2004 walaupun menyatakan bertanding. Beliau hanya mendapat satu sokongan sahaja - daripada bahagiannya sendiri, Gua Musang.

Dalam perkembangan di luar dugaan hari ini, naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong saranan Tengku Razaleigh dengan syarat "ia dijalankan mengikut perlembagaan parti" dan "tidak melemahkan Umno".

Dr Mahathir, mengulas kebimbangan akan wujud perpecahan jika ada pertandingan seperti yang dialami pada 1987 dan 1999, berkata perkara itu tidak berbangkit sekarang.

"Semasa yang presiden dan Perdana Menteri, Umno berpecah dua kali," akuinya.

"Akibatnya, muncul Semangat 46 dan KeADILan. Walaupun mengalami perpecahan, Umno mampu bersatu semula dan ketika pilihanraya umum 2004, kita dalam keadaan padu.

"BN menang 90 peratus kerusi dan itu bermakna pengundi tidak memilih KeADILan."

Walaupun perpecahan tidak elok untuk parti, jelasnya, tetapi perbahasan terbuka itu penting.

"Malangnya, suasana kini tidak mengizinkan pertentangan idea atau perbincangan. Ahli-ahli sekarang takut bersuara, bimbang hilang kedudukan dalam kerajaan, bahagian dan malah cawangan."

Halangan bersuara itu, tambahnya, bukanlah cara Umno.

"Sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), Umno sentiasa mewujudkan budaya berbeza pandangan. Ketika presiden pertama Datuk Onn (Jaafar) mahu menjadikan Umno parti berbilang kaum, ahli-ahli membantah. Dan beliau menarik diri.

"Dan ketika saya membuat masalah pada Tunku, beliau menarik diri dan Umno kekal bersatu."

Jadi akibat ruang bersuara yang terbatas, ramai anggota Umno menyokong pembangkang sebagai melahirkan bantahan, katanya.

"Ia bukan bermakna mereka menyokong pembangkang, tetapi kerana mereka menentang pucuk pimpinan," kata Dr Mahathir lagi.

Untuk menghalang gejala ini, beliau mengesyorkan ditubuhkan satu jawatankuasa peringkat presiden untuk mengawal pemimpin nombor satu itu. Kalau tidak, terlalu banyak kuasa di tangan seorang pemimpin, hujahnya.

Bekas negarawan itu turut bersetuju dengan idea menghadkan jawatan Presiden Umno. Tetapi, tambahnya, peralihan itu tidak bererti bapa mertua menyerahkan jawatannya kepada menantu sendiri - dengan jelas merujuk hubungan Abdullah dengan Khairy Jamaluddin, (Naib Ketua Pemuda Umno)./wann.

Dipetik dari Malaysiakini.com

Anwar tegaskan 'beli orang' bukan tradisi KeADILan, PAS dan DAP

Anwar tegaskan 'beli orang' bukan tradisi KeADILan, PAS dan DAP
Wan Nordin Wan Yaacob 
Sat | Mar 22, 08 | 10:24:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata emang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemuinya yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beliau menegaskan 'beli orang' seperti yang didakwa Umno/BN bukan tradisi parti pembangkang.

"Memang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemui saya dan prinsip kita siapa sahaja yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beli orang bukan tradisi kita," katanya.

"Kalau ada yang berbicara soal (bayaran) kita batalkan perbincangan sama sekali...kita tidak terburu-buru kerana kita mempunyai waktu," katanya.

Anwar juga berkata pihaknya akan membuat pengumuman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Serian, Dato' Richard Riot Anaj Jaem selepas parti itu mendapat surat rasmi mengenainya.

Beliau berkata demikian dalam satu laporan akhbar versi internet (klpost) ketika ditanya mengenai berita mengenai Richard Riot yang dikatakan telah menyertai KeADILan.

Mengulas mengenai laporan bahawa KeADILan sedang melobi anggota Parlimen BN menyertai pakatan KeADILan, PAS dan DAP, beliau mendakwa ramai anggota parlimen BN telah menyatakan hasrat menyertainya tetapi pihaknya tidak mahu terburu-buru.

Beliau mengakui telah mengadakan perjumpaan dengan wakil BN di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

Wakil rakyat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Richard Riot bakal menjadi ahli parlimen Pertama meninggalkan BN jika perkara itu berlaku namun Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan semalam menganggap ia sebagai khabar angin dan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan daripada Richard.

Pakatan KeADILan, PAS dan DAP kini menguasai 82 kerusi Parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menguasai parlimen ialah 112 kerusi.

Sebelum itu, Anwar berkata lima kerajaan negeri yang diperintah PAS, DAP dan KeADILan memberi jaminan kepada pelabur asing dan tempatan semua projek pelaburan di negeri-negeri terbabit diberi kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

"Kita akan pastikan proses pelaburan di negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) berjalan licin dan tidak ada kebocoran," katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak.

Beliau berkata kepimpinan tiga parti itu memberi jaminan kepada para pelabur asing dan tempatan akan mewujudkan iklim pelaburan tersebut dalam usaha mereka memberi tumpuan utama menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri.

Anwar berkata beliau akan melawat negara Arab minggu depan serta menemui beberapa syarikat besar China dan perkara berkenaan akan dimaklumkan kepada mereka bagi menarik mereka melabur di negeri-negeri terbabit.

Beliau berkata lima kerajaan negeri itu perlu memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kerana jika perkara itu gagal dilaksanakan, kerajaan negeri terbabit tidak akan dapat mengagihkan kekayaan dengan adil dan saksama kepada rakyat seperti dijanjikan dalam pilihan raya.

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN