PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Oktober 10, 2009

Pakatan sedia depani provokasi akhir Umno

Pakatan sedia depani provokasi akhir Umno
Dzulfikar Mashoor
Sat | Oct 10, 09 | 7:02:29 pm MYT
TELOK KEMANG, 10 Okt: Demi merosakkan nama baik PAS di kalangan pengundi Bagan Pinang, PAS mendapat maklumat akan ada dua aksi provokasi dicetus bermula malam ini sehingga esok.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub lewat petang tadi berkata demikian, andaian ini dibuat berdasarkan beberapa maklumat risikan dalam Umno sendiri.

"Ianya (kumpulan itu) mungkin memakai baju PAS, menyertai konvoi liar menggunakan apa jua simbol PAS di kawasan kediaman; dengan laungan takbir dan sebagainya agar pengundi tempatan membenci PAS."

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi pula mendakwa, akan ada suatu surat Dewan Pemuda PAS yang palsu disebarkan, menggunakan tandatangannya.

"Surat palsu itu adalah fitnah, kononnya saya mengaku bersalah dan terpaksa membelakangkan Islam demi tunduk pada DAS yang anti Melayu."

Beliau juga mengumumkan bahawa PAS telah pun membuat laporan Polis berhubung kedua-dua rancangan provokasi tersebut.

Tambahnya lagi, bermula jam 12 malam ini, Pemuda tidak akan menganjurkan sebarang konvoi bermotor; sebagai bukti menghormati arahan pihak berkuasa.

Jika berlaku juga konvoi liar atas nama pemuda malam ini; sekaligus mengesahkan segala dakwaan itu.

Kedua-dua dakwaan tersebut tidak merujuk pada 'komando Pemuda' Umno; yang dipertikai sebagai kes samseng sejak beberapa hari lalu.

Mencelah dalam majlis kenyataan akhbar tergempar petang tadi, Mahfuz menyifatkan penolakan 2 kepimpinan utama Mca - Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Datuk Seri Chua Soi Lek petang tadi adalah isyarat awal - bahawa rakyat menolak calon tidak berintegriti.

Ujar Naib Presiden PAS itu lagi, penolakan itu sekali gus menjadi isyarat awal bahawa rakyat di Bagan Pinang juga bakal menolak calon tidak bersih; iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap pengundi mempertahankan maruah Bagan Pinang dengan memberi undi kepada calon Pakatan, Zulkefly Mohamad Omar.

Saat-saat akhir tempoh berkempen ini menjadikan PAS begitu berhati-hati, agar petugasnya tidak lagi diserang samseng-samseng Umno seperti sebelum ini. _

Pengundi Bagan Pinang perlu jadi pahlawan memerangi rasuah

Pengundi Bagan Pinang perlu jadi pahlawan memerangi rasuah
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 10, 09 | 6:36:20 pm MYT
BAGAN PINANG, 10 Oktober: Para pengundi Bagan Pinang mesti bangkit sebagai pahlawan-pahlawan penentang rasuah dengan menolak calon Barisan Naional (BN) Tan Sri Mohd isa Abdul Samad yang dihukum kerana politik wang, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Para pengundi Bagan Pinang akan dicatat oleh sejarah jika mereka bangkit menyelamatkan masa depan politik negara dari pemimpin yang bersalah kerana politik wang yang merupakan rasuah paling bahaya kerana ia melibatkan pemilihan kepimpinan," kata beliau.

Sambil menyifatkan hari pengundian di Bagan Pinang esok sebagai peluang untuk berjihad memerangi rasuah, Mohamad berkata setiap undi menolak calon yang didapati bersalah kerana politik wang adalah sumbangan yang amat besar kepada negara dan masa depannya.

"Hari pengundian esok adalah peluang untuk melaksanakan mar ma'ruf nahi munkar dan para pengundi Bagan Pinang mesti mengambil peluang itu untuk berjihad memerangai rasuah.

"Bila kita sebut jihad, ia bermakna mereka mengambil peluang pada hari pengundian esok untuk menolak calon Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan politik wang dan memilih calon yang bersih dari disabitkan dengan kesalahan rasuah dan politik wang," katanya.

Beliau menyeru pada pengundi muda di Bagan Pinang yang tinggal di perantauan seperti di Kuala Lumpur supaya balik untuk mengundi menentang rasuah dan membantu ibu bapa, saudara mara dan rakan kenalan mereka untuk melakukan perkara yang sama.

Image"Anak-anak Bagan Pinang di perantauan kali ini berpeluang mengulangi apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka di Kelantan yang pulang beramai-ramai untuk mengundi menolak BN seperti yang berlaku dalam tahun 1999 dan tahun 2008.

"Di Bagan Pinang, ada orang yang dituduh menjadi maskot rasuah. Inilah peluang mereka untuk menolak siapa saja yang dituduh menjadi maskot rasuah," katanya.

Mohamad yakin, anak-anak muda d Bagan Pinang tidak sanggup diwakili oleh sesiapa sahaja yang dituduh sebagai maskot rasuah.

Isa digantung keahliannya dalam Umno pada tahun 2005 lalu kerana didapati bersalah terlibat dengan politik wang.

Beliau sebelum itu adalah Naib Presiden Umno yang menang dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu dalam tahun 2004.

Dalam pilihan raya Bagan Pinang, beliau menentang calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar. _

Najib akan tubuhkan parti Ang Pau ganti MCA?

Najib akan tubuhkan parti Ang Pau ganti MCA?
Harakahdaily
Sat | Oct 10, 09 | 6:54:14 pm MYT
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Perwakilan MCA tidak percaya kepada Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat? Mereka juga tidak bersetuju timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memegang balik jawatannya.

Kemanakah MCA akan pergi? Apakah Presiden Umno perlu menubuhkan sebuah parti baru untuk menggantikan MCA yang hancur sebagaimana parti Makkal Sakthi ditubuhkan untuk menggantikan MIC?

Seorang pemerhati politik pula mencadangkan, Najib menubuhkan parti baru untuk gantikan MCA dan namanya adalah Ang Pau.

Apakah pandangan ini satu jenaka. Tidak, kerana nama ini sesuai dengan keadaan politik wang dalam Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib sekarang.

Para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Datuk Seri Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula ke jawatan timbalan presiden.

Seramai 1,155 perwakilan mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Tee Keat, manakala 1,141 satu lagi menolaknya. Terdapat lapan undi rosak, lapor Malaysiakini.

Manakala 1,184 perwakilan mengundi menolak Soi Lek dilantik semula ke jawatan timbalan presiden, manakala 1,110 perwakilan menyokongnya. Terdapat 10 undi rosak.

ImageBagi usul kedua, 1,204 perwakilan mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahlian Soi Lek, manakala 1,095 menyokongnya. Terdapat 5 undi rosak.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong.

Presiden MCA yang tidak dipercayai ahlinya, Ong Tee Kiat ketika mengulas keputusan ini berkata, beliau akan bermesyuarat dengan Majlis Presidennya sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Dari hari pertama kita mahu menyelesaikan krisis parti melalui EGM, inilah dia dan kami menerima keputusannya," kata Tee Kiat dalam sidang medianya mengulas keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini.

Sebelum EGM bermula, pengerusi mesyuarat agung luar biasa itu, Datuk Yip Phooi Hong, mengumumkan bahawa dua daripada tiga usul telah ditarik balik.

Dua usul tersebut ialah usul membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.

Yip berkata, dua usul tersebut diketepikan kerana ia tidak lagi menjadi isu.

Bagan Pinang: Kebangkitan rakyat menentang rasuah

Bagan Pinang: Kebangkitan rakyat menentang rasuah
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 10, 09 | 2:38:44 pm MYT
BAGAN PINANG, 10 Sept: Para pengundi khususnya pengundi-pengundi muda di Bagan Pinang diyakini akan menjadikan hari pengundian dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang esok sebagai hari kebangkitan rakyat menentang rasuah, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Saya yakin sepenuhnya para pengundi Bagan Pinang akan menjadikan hari pengundian esok untuk melancarkan gelombang ketiga rakyat negara ini yang cintakan demokrasi dan pemerintahan yang bersih dari rasuah.

"Gelombang pertama dicetuskan dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 lalu, gelombang kedua dicetuskan dalam perhimpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lalu dan hari pengundian di Bagan Pinang esok adalah pelancaran gelombang ketiga kebangkitan rakyat, kalai ini menentang rasuah," katanya.

Pengarah jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut yakin rakyat Bagan Pinang mahu membuktikan bahawa rakyat Malaysia khususnya pengundi di Bagan Pinang masih mempunyai integriti dan harga diri kepada seluruh dunia yang memberikan perhatian dan liputan kepada keputusan pilihan raya itu.

"Saya yakin mereka tidak mahu diri mereka dituduh memilih calon dari Umno yang disebut sebagai parti perasuah oleh bekas presiden parti itu sendiri, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, imej Umno akan terjejas jika Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Isa sudah didapati bersalah (terlibat dalam politik wang), kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini," kata beliau.

Mengambilkira kenyataan Dr Mahathir itu, Salahuddin yakin majoriti rakyat Bagan Pinang bukan dari jenis yang tidak mengambil berat isu rasuah dan sanggup merelakan diri mereka dianggap tidak serius memerangi politik wang.

Beliau yakin, rakyat Bagan Pinang tidak lagi percaya kepada Umno dalam usaha menyelamatkan negara ini dari rasuah.

"Bukan sahaja Isa mereka calonkan di Bagan Pinang sebagai calon BN, (Datuk Seri Mohd) Ali Rustam yang dihukum kerana kesalahan yang sama mereka kekalkan sebagai Ketua Menteri Malaka dan lantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, malah presiden mereka (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menghalalkan pula politik wang di sisi undang-undang negara.

"Jika mereka menghalalkan politik wang yang merupakan amalan rasuah di sisi undang-undang negara, rakyat tidak boleh menaruh harapan lagi kepada Umno untuk rasuah.

"Rakyat Bagan Pinanglah yang bertanggungjawab melancarkan gelombang kebangkitan rakyat menentang rasuah pada hari pengundian esok," katanya.

Salahuddin juga menolak "dakwaan karut" kononnya Umno memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.

"Lihatlah sendiri tanah rezab Melayu seluas 20 ekar di dalam kawasan DUN Bagan Pinang ini yang terlepas kepada kroni dari tangan orang Melayu ketika Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan", katanya.

Tanah tersebut terletak di Batu 6, Telok Kemang berhadapan bilik gerakan Barisan Naional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang di mana terletaknya Marina Bay Resort kini.

"Bukan setakat itu, tanah rizab Melayu diambil bagi tujuan ternakan babi. Tidak cukup dengan itu para penternak babi di Bukit Pelanduk pula akhirnya mengadu ditipu apabila tanah berharga RM18,000, antaranya dibeli dari Kumpulan Guthrie, hendak dijual kepada mereka dengan harga RM160,000.

"Di Telok Kemang ini, tanah hutan simpan malah hutan simpan kekal telah dihadiahkan kepada kroni. Tanah dasar laut pun dijual. Pulau pun dijual dengan lautnya sekali. Kita ada laporan bertulis mengenai perkara itu," katanya.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu bukan sahaja bukti pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu malah kepada seluruh rakyat Malaysia. _

Dulu serang, kini tunjukkan sayang

Dulu serang, kini tunjukkan sayang
Harakahdaily
Sat | Oct 10, 09 | 3:53:42 pm MYT
TELOK KEMANG, 10 Okt: Ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Umno mengambil pendekatan memukul dan menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, namun di Bagan Pinang, Umno mengambil pendekatan baru...kami hormat Nik Aziz.

Sebab itulah di mana-mana sahaja anda akan jumpa papan tanda besar gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz ketika Menteri Besar Kelantan itu dirawat di hospital.

"Dulu Umno serang Nik Aziz, dalam pilihan raya ini Umno berpusing habis, dia tunjukkan mereka simpati dan sayang kepada Tok Guru (Nik Aziz) pula," kata Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.

Beliau merujuk kepada billboard yang dipasang Umno di merata-rata tempat dalam pilihan raya Bagan Pinang ini.

Dalam pilihan raya lalu, Nik Aziz menjadi sasaran jentera khasnya media Umno untuk menyerangkan, namun terbukti PAS menang besar di Permatang Pasir.

Image

Dalam ceramahnya malam tadi, Datuk Seri Anwar Iberahim menyifatkan tindakan Umno ini sangat tidak beretika dalam kempen mereka.

Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik.

Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib sekiranya mahu menunjukan perwatakan yang baik supaya jangan zalim pada rakyat, jangan memfitnah, bekerja kuat bantu rakyat miskin dan jangan gunakan gambar lawatan ke hospital sebegitu untuk kepentingan politik. _

Rasuah: Pengundi Bagan Pinang perlu pertahankan maruah

Rasuah: Pengundi Bagan Pinang perlu pertahankan maruah
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 10, 09 | 2:47:35 pm MYT
BAGAN PINANG, 10 Okt: Rakyat Bagan Pinang pasti akan mempertahankan maruah dan harga diri mereka dengan menolak Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dihukum oleh partinya sendiri kerana politik wang yang merupakan amalan rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Biasanya, selain mempertahankan harta bendanya, seseorang manusia akan mempertahankan maruah dan harga dirinya. Malah, maruah dan harga diri dipertahankan melebihi harta benda," kata beliau dalam ceramahnya semalam dalam siri kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Beliau percaya, para pengundi di Bagan Pinang terutama anak-anak Bagan Pinang di perantauan yang sudah mula pulang beramai-ramai untuk mengundi akan menebus maruah rakyat Malaysia di mata dunia yang begitu tercemar dengan isu rasuah.

"Selamatkanlah maruah kita semua sebagai rakyat Malaysia dan maruah negara ini dengan memilih calon PAS yang tidak pernah dikaitkan dengan rasuah dan menolak calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang didapari bersalah oleh partinya sendiri kerana terlibat dengan politik wang.

"Politik wang sebenarnya merasuahkan para perwakilan Umno supaya memilih seseorang calon menjadi pemimpin. Pemimpin naik dengan rasuah dan sebab itulah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata Umno sudah menjadi parti perasuah," katanya.

Mahfuz mengibaratkan memilih pemimpin atau wakil rakyat seperti memilih menantu.

"Adakah kita akan memilih menantu yang bersih dari jenayah dan kesalahan atau kita mahu memilih menantu yang menjadi pencuri atau penyamun serta pernah dihukum pula kerana melakukan kesalahan?" tanya beliau.

Beliau juga mengingatkan pesanan Dr Mahathir supaya diudi calon yang bersih.

"Dr Mahathir berpesan demikian kepada para perwakilan mesyuarat agung khas MCA.

"Saya ingin bertanya kepada para pengundi Melayu di Bagan Pinang yang ada di sini. Adakah pemimpin masyarakat Cina sahaja yang perlu bersih?

"Adakah pemimpin Melayu yang tidak bersih kita biarkan menjadi pemimpin orang Melayu dan kita pilih pula untuk menjadi wakil rakyat di tempat kita?" kata beliau.

Beliau berkata, jika orang-orang Cina akhirnya memilih pemimpin yang bersih dan orang-orang Melayu pula memilih para pemimpin yang tidak bersih, di manakah maruah dan harga diri orang-orang Melayu sedangkan kita beragama Islam yang menekankan kepmpinan yang bersih serta memerangi rasuah," kata beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu seterusnya mengingatkan, tugas dan tanggungjawab para pengundi di Bagan Pinang bukan sahaja untuk menebus maruah dan harga diri mereka sendiri yang disogokkan oleh calon yang pernah dihukum kerana politik wang malah mereka juga bertanggungjawab mempertahankan maruah negara dan rakyat Malaysia seluruhnya.

"Negara kita semakin merudum dalam indeks rasuah. Dari kedudukan ke 43 jatuh lagi ke kedudukan ke 47 setelah jatuh demi jatuh sebelum ini. Kita sebagai rakyat Malaysia pula rugi lebih dari RM10 bilion setahun kerana rasuah.

"Adakah setelah Dr Mahathir kata Umno sudah menjadi parti perasuah, kita akan dengar pula tuduhan bahawa Malaysia negara perasuah atau syurga perasuah?

"Sebab itulah saya katakan para pengundi Bagan Pinang mesti menyelamatkan negara ini dari dituduh syurga perasuah," kata beliau. _

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin
Harakahdaily
Fri | Oct 09, 09 | 9:19:50 pm MYT
TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Image(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS serah bukti BN rasuah tentera kepada SPRM

Pemuda PAS serah bukti BN rasuah tentera kepada SPRM
Hazayani Zakaria
Sat | Oct 10, 09 | 11:16:32 am MYT
PUTRAJAYA, 10 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera ke atas dua pemimpin BN yang didakwa melakukan rasuah politik kepada tentera dalam kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.

Gesaan itu dibuat ketuanya Ustaz Nasrudin Hasan dalam satu aduan rasmi kepada SPRM petang semalam berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Dalam aduan dua muka surat itu, Pemuda PAS memberikan maklumat lengkap mengenai rasuah politik yang dilakukan dua pemimpin BN itu dan diserahkan kepada seorang pegawai SPRM, Siti Fairuz.

Menurut Nasrudin, pihak SPRM menerima aduan tersebut dan berjanji akan memanjangkannya kepada pihak atasan dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan,aduan itu dibuat kerana perbuatan dua pemimpin itu merupakan satu kesalahan pilihanraya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Nota:Seksyen 10) AKP.

Zahid dan Mohamad Hassan juga telah menggunakan kedudukan mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin kerajaan untuk masuk berkempen di kem tentera di Bagan Pinang bertujuan untuk mempengaruhi anggota tentera yang merupakan pengundi pos untuk mengundi BN.

Semalam, Nasrudin mendedahkan kepada media rakaman ucapan Zahid dan Mohamad Hasan dalam satu majlis hari raya yang diadakan di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kampung Sawah di Port Dickson sekitar jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Dalam rakaman 10 minit ucapan yang diperdengarkan kepada media itu, kedua-dua pemimpin BN itu menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera sekiranya mereka mengundi BN.

Antara janji dan rasuah politik yang ditawarkan ialah bantuan pendidikan kepada anak tentera, pembinaan kolam renang dan gelanggang futsal di dalam kem, penyediaan perkhidmatan internet tanpa wayar serta sumbangan bernilai RM100, 000 untuk menaik taraf surau IJED.

Cakera padat rakaman ucapan berkenaan yang diberikan kepada media semalam turut diserahkan kepada SPRM sebagai bukti dakwaan tersebut.

Nasrudin dalam pada itu berkata, perbuatan pemimpin BN itu juga mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan mencalarkan integriti BN sebagai sebuah kerajaan yang memerintah.

"BN ajak kita(PAS) sertai pilihanraya tapi meletakkan kita dalam suasana yang tidak seimbang. Kita tak dibenarkan masuk berkempen dalam kem. Tapi mereka boleh masuk bahkan menawarkan pelbagai rasuah politik,"katanya.

Beliau juga berharap pengundi di Bagan Pinang khususnya pengundi pos dapat berfikir dengan baik dan sedar mengenai rasuah yang ditaburkan BN itu.

"Sekaligus kita ingin nyatakan kepada pihak pengundi di Bagan Pinang bagaimana sikap tidak adanya satu kejujuran dan juga satu ketelusan dalam politik mereka.Integritai yang mereka laungkan selama ini juga satu kepalsuan. Mereka terlibat dengan rasuah dan menyogok pengundi dengan mengggunakan kelebihan material yang mereka ada,"katanya lagi.

Mengenai laporan kepada dua pihak lagi iaitu pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya, Pemuda PAS menyerahkan perkara tersebut kepada jentera operasi PAS untuk diambil tindakan.

Pemuda PAS ujarnya menunggu tindakan positif dari pihak SPRM berhubung aduan yang dibuat itu._

PAS bimbang kalau-kalau ada konspirasi undi pos

PAS bimbang kalau-kalau ada konspirasi undi pos
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 10, 09 | 11:10:53 am MYT
BAGAN PINANG, 10 Sept: Kewujudan nama pemilih awam yang juga wujud dalam senarai pengundi pos di Bagan Pinang dibimbangi membuka ruang kepada pakatan jahat yang selama dibangkitkan berulang kali, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Di dalam daftar pengundi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, terdapat lebih 250 pengundi pos yang juga tersenarai sebagai pengundi awam di tempat lain, walaupun tidak disenaraikan di Bagan Pinang.

"Mereka mungkin pesara tentera yang telah pun mendaftar sebagai pengundi awam di tempat mereka masing-masing," katanya.

Mahfuz bimbang wujudnya pakatan jahat di mana pihak lain yang mengundi untuk mereka jika mereka tidak datang mengundi memandangkan mereka sudah berpindah dan tidak lagi berada di Bagan Pinang.

"Amat sukar untuk menolak kewujudan pakatan jahat itu dengan mengambilkira pengakuan begitu ramai bekas tentera bahawa mereka pernah diarahkan memangkah Barisan Nasional (BN) pada kertas undi anggota-anggota tentera yang lain," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengaitkan pengakuan-pengakuan tersebut dengan trend di Kuala Lumpur di dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu di mana kesemua kerusi Parlimen di situ dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) kecuali kerusi Parlimen Setiawangsa.

"Mengapa Setiawangsa dimenangi BN ketika semua kerusi lain di Kuala Lumpur dimenangi oleh PR?

"Semua pihak mengaitkannya dengan kewujudan lebih 26 peratus oengundi pos di situ," kata beliau.

Persoalannya, kata beliau, benarkah kesemua pengundi pos di Setiawangsa itu mengundi sendiri atau ada pihak lain yang diarahkan memangkah BN pada kertas-kertas undi mereka sebagaimana yang didedahkan oleh pesara-pesara tentera itu?

"Begitu juga di Bagan Pinang. PAS bimbang kemungkinan pakatan jahat yang sama berlaku," kata Mahfuz.

Beliau yakin kewujudan nama pengundi pos yang sama dengan nama pengundi awam di tempat lain itu berlaku kerana pengundi-pengundi pos yang telah bersara mendaftar sebagai pengundi awam di tempat lain.

"Soal sama ada pertindihan berlaku dalam kawasan Bagan Pinang juga atau tidak bukan isunya.

"Isunya mengapa nama pengundi pos berkenaan juga terdapat dalam senarai pengundi awam di tempat lain?" beliau mempertikaikan.

Sepatutnya, kata Mahfuz, apabila seseorang pengundi pos telah bersara dan tidak sepatutnya lagi menjadi pengundi pos, nama mereka hendaklah dikeluarkan dari senarai pengundi pos yang berkenaan.

"Tetapi apa yang berlaku, nama mereka tetap tersenarai sebagai pengundi pos walaupun mereka telah mendaftar sebagai pengundi awam di tempat masing-masing," kata beliau.

Ditanya apakah penyelesaian kepada pelbagai misteri yang berlaku dalam senarai pengundi pos itu, Mahfuz mengulangi tuntutan Bersih supaya undi pos dimansuhkan kecuali bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

Posted by admin
Thursday, 08 October 2009 14:55
(Harakah Daily) - Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

PAS tuntut hentikan undi pos serta merta

PAS tuntut hentikan undi pos serta merta
Dzulfikar Mashoor
Fri | Oct 09, 09 | 12:31:44 pm MYT
TELUK KEMANG, 9 Okt: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana pilihan raya itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah dan dikeluarkan pada hari penamaan calon.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981.

Statut tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi..."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain; kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun; didapati terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

ImageDalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat; turut digugurkan dalam senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salehuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat perhitungan akhir.

Pakatan dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat; sama ada di sini atau di Putrajaya.

Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar puteh.

Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini.

Undi calon bukan parti, pilih yang amanah - Dr Asri

Undi calon bukan parti, pilih yang amanah - Dr Asri
Azamin Amin
Fri | Oct 09, 09 | 8:15:04 am MYT

TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."

Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)

Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syar�iyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.

Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: �Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah� (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.

"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.

"Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai," katanya tegas.

Bagi Pengundi Bagan Pinang katanya hendaklah dengan teliti menilai perkara ini dan kesimpulannya ialah memilih yang berkemampuan dan amanah kerana ianya memenuhi tuntutan Islam.

Beliau di samping itu turut menasihati penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

"Jika kita sesama muslim bergaduh dan �berperang� antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?"

Bekas pensyarah itu juga tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya justeru menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup adalah tanggungjawab terhadap Islam

"Maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

"Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)...(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)," katanya merujuk insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Bagan Pinang baru-baru ini.

Lagi video bukti Azeez tidak ditumbuk didedah

Lagi video bukti Azeez tidak ditumbuk didedah
Nazri Abdullah
Fri | Oct 09, 09 | 12:07:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Beberapa laman blog hari ini menyiarkan rakaman video mendakwa Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak ditumbuk sewaktu melalui kumpulan penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil PRK DUN Bagan Pinang, 3 Oktober lalu.

Video sepanjang 45 saat yang dimasukkan ke dalam laman video popular Youtube itu memaparkan Abdul Aziz bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa lagi penyokong Umno berjalan ditengah penyokong Pakatan sambil disorak dan dihambur dengan laungan 'rasuah'.

Rakaman amatur tersebut juga tidak menunjukkan sebarang kekasaran berlaku dan turut kelihatan pihak keselamatan berkawal dan meminta para penyokong PR bertenang.

Untuk lebih jelas, keseluruhan video tersebut di ulang dengan suntingan gerak perlahan.

Rakaman di dakwa milik sebuah laman web itu disiar di internet sejak dua hari lalu dan sudah ditonton hampir 3000 penonton.

Ianya boleh dicapai dengan mencari tajuk 'PRK N31 Bagan Pinang - Azeez Kene Pukul???' pada carian Youtube.

Abdul Azeez sebelum ini mendakwa telah ditumbuk semasa hari penamaan calon PRK Bagan Pinang sehingga mengemparkan seluruh negara.

Dia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, mendakwa dipukul oleh sembilan penyokong PAS lawan dan telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas.

Harakahdaily sebelum ini turut menyiarkan beberapa keping gambar yang diterima, juga menunjukan tiada sebarang insiden kekasaran dilakukan penyokong PAS terhadap Abdul Aziz.

PAS menyifatkan Abdul Azeez berbohong sehingga ada bukti yang menjelaskannya.

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) pula masih membuka tawaran RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk atau dicederakan.

Tawaran tersebut bagaimanapun akan berakhir jam 12 malam, 10 Oktober ini. _

Kerajaan PR Kedah sasar setinggan sifar

Kerajaan PR Kedah sasar setinggan sifar
Bashir Ishak
Fri | Oct 09, 09 | 10:46:24 am MYT
ALOR SETAR, 9 Okt: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah berhasrat menjadikan negeri ini sebagai sifar setinggan.

Katanya, dua bandar utama iaitu Alor Setar dan Sungai Petani akan dijadikan bandar sifar setinggan memandangkan kawasan-kawasan yang terbabit tidak mempunyai kemudahan yang baik selain mempunyai masalah keselamatan, kesihataan serta sosial.

"Selepas kebakaran di Kampung Kilat yang menyebabkan kematian dua orang kana-kanak baru-baru ini, kerajaan akan mengatasi masalah setinggan bandar di dua bandar utama iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani.

"Di Alor Setar umpamanya, kita mengenalpasti kawasan-kawasan seperti di Kampung Kilat dan sepanjang sungai di Kuala Kedah sepertiKampung Tok Pasai, Kampung Ulu dan Kampung Tengah,"katanya.

Untuk tujuan itu jelasnya, syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) akan diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi membina rumah kos rendah untuk penempatan semula penduduk setinggan.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pihak pemaju perumahan yang tidak mahu membina rumah kos rendah kerana ini adalah sebahagian dari tanggung jawab sosial mereka.

"Kalau mereka tak mahu buat, kita tak akan bagi lagi projek kepada mereka kerana ini merupakan tanggunngjawab sosial mereka. Kiita tak mau lagi tengok rakyat menderita.

"Hari ini kita bercakap tentang industri perumahan untuk memajukan Kedah tapi dalam masa sama kita melupakan rakyat yang kurang bernasib baik, yang miskin yang tidak mendapat tempat tinggal yang selesa.

Kita akan memberikan rumah kos rendah ini kepada golongan yang berhak tanpa mengira kaum atau pegangan politik," jelasnya kepada pemberita selepas mempenegrusikan mesyaurat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini baru-baru ini. _

Umno yang gagal, bukan PAS Kelantan-Nik Aziz

Umno yang gagal, bukan PAS Kelantan-Nik Aziz
Rizal Tahir
Fri | Oct 09, 09 | 12:48:37 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Okt: "Jika ingin melihat contoh parti yang gagal melaksanakan tanggungjawab pada rakyat serta bercelaru di Negara ini, ianya adalah parti Umno dan rakan rakan dalam Barisan Nasional (BN)".

Itu antara reaksi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendakwa Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS.

"Jika dia (Muhyiddin) kata rujuk Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS, saya pula nak kata Umno dan BN contoh parti yang bercelaru serta membawa banyak masaalah," ujarnya kepada media di pejabatnya semalam.

Muhyiddin dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang menyeru rakyat mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lalu dan sebaliknya menilai rekod kejayaan Barisan Nasional (BN).

Tuan Guru bagaimanapun menafikan kenyataan Muhyiddin itu sambil menyifatkan orang nombor dua pemimpin Negara itu sebagai sengaja ingin �membutakan mata� bagi menutup kemajuan serta pembangunan pesat Kelantan.

Sambungnya, beliau hanya ingin memberikan jawapan yang sama sebagaimana menjawab tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang turut mendakwa perkara yang sama.

Tambahnya, sekiranya Kelantan mundur serta kuasa membeli rakyat rendah, pelabur tentunya tidak akan melabur lagi di negeri itu.

"Kenapa nak cari nahas kerugian kalau Kelantan mundur,�soalnya.

Menurutnya lagi, kerana Kelantan semakin maju antaranya boleh dilihat pada pasaraya besar sebagaimana yang terdapat di negeri lain seperti Tesco, Giant, Parkson, juga turut terdapat disini disamping pasaraya lain seperti The Store, Pasiffic, Billion, Pantai Timur Hypermarket dan lain lain lagi.

Sambungnya, beliau juga dijangka akan merasmikan sebuah pasaraya baru Nirwana minggu hadapan.

Beliau juga turut menambah, kerana kemajuan juga bank yang berteraskan Islam di negeri itu semakin bertambah ekoran kesungguhan kerajaan negeri yang mengutamakan dasar Islam pada pentadbirannya.

"Jika sebelum ini hanya ada Bank Islam, namun kini bank bank lain juga turut menggunakan kaedah Islam dalam usaha memberi peluang pada masyarakat menggunakannya tanpa riba,"ujarnya lagi._

Umno patut halalkan politik wang

Umno patut halalkan politik wang
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Oct 09, 09 | 10:30:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Umno sepatutnya menghalalkan secara rasmi amalan politik wang dalam pindaan perlembagaan parti itu pada perhimpunannya dari 13 hingga 16 Oktober ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana (Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) yang dilaporkan 'didapati bersalah terlibat dalam politik wang' boleh menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, saya tidak nampak sebarang sebab mengapa Umno tidak boleh menghalalkan perbuatan itu dalam pindaan perlembagaannya," kata beliau.

Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengesahkan bahawa apa yang dilakukan oleh Isa itu "bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini".

"Lagi pun, bekas Presiden Umno, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri menyatakan 'Umno sudah jadi parti perasuah'.

"Dengan perisytiharan Dr Mahathir itu, tidak perlu lagi Umno cuba membuat tayangan ulangan kepada rakyat negara ini kononnya hendak menghapuskan politik wang sebab rakyat sudah menerima dan yakin sepenuhnya kepada perisytiharan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah'," kata Mahfuz.

Jika Isa bersih dan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara setelah beliau dilaporkan didapati bersalah terlibat dalam politik wang, katanya, Umno juga patut menarik balik hukuman ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan 26Mac lalu.

Ali menerima hukuman itu kerana apa yang dilaporkan sebagai kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

"Jika hukuman terhadap Ali tidak ditarik balik dan pertandingan timbalan presiden Umno tidak diadakan semula sedangkan beliau mendapat pencalonan yang begitu banyak, ia amat tidak adil kepadanya ketika Isa boleh bertanding sebagai calon BN dan diiktiraf pula tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara oleh Presiden Umno sendiri," katanya.

Mahfuz juga yakin, jika politik wang dihalalkan dalam Umno, parti itu akan bertambah kukuh dan aman kerana tidak ada lagi ahlinya yang menunjuk perasaan kerana marah terhadap tindakan ke atas mereka yang terlibat dalam politik wang.

30 Januari lalu, sekumpulan ahli Umno mengadakan demonstrasi membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Mereka berdemonstrasi di pekarangan Menara Dato Onn yang menempatkan ibu pejabat Umno dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Mahfuz juga berharap Umno akan melantik peguam untuk membela ahli-ahlinya yang menghadapi tindakan undang-undang kerana politik wang.

"Oleh kerana Isa sudah boleh menjadi calon BN kerana Najib sendiri yang menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Umno itu 'bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini,' adalah tidak adil jika (bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk) Norza Zakaria serta ahli Jawatankuasa Umno Maran, Halimi Kamaruzzaman umpamanya dibiarkan sendiri-sendiri menghadapi tindakan mahkamah.

"Umno sepatutnya menghantar panel peguamnya untuk membela mereka kerana presidennya sendiri mengesahkan perbuatan Isa yang dilaporkan 'didapati bersalah terlibat dalam politik wang' sebenarnya 'bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini'.

"Memang patut sangat Umno menghantar panel peguam membela mereka kerana Isa sendiri menyatakan 'politik wang bukan rasuah'," kata Mahfuz.

13 Mac lalu, Norza dan Halimi didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan Umno.

Sebelum itu, dalam siasatan ke atas Halimi, beliau mendakwa telah dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM, ditendang di bahagian rusuk dengan lutut, dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel, dicekik sehingga tidak bernafas, ditolak ke dinding, ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai, diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali dan diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan.

Malah beliau mendakwa, mereka juga mengugut akan menangkap dan membogelkan isterinya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakarialah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwa beliau dalam satu aduan polis._

Isa diselamat, Norza diseret ke mahkamah

Isa diselamat, Norza diseret ke mahkamah
M Faqih
Fri | Oct 09, 09 | 10:05:27 am MYT
KOTA BHARU, 9 Okt: Bolehkah Tan Sri Isa Samad diumpamakan seperti bayi yang sudah bersih dari segala dosa rasuah setelah digantung keahlian Umno sekadar tiga tahun.

Sedangkan pemimpin lain yang juga disabitkan dengan kesalahan politik wang telah diheret ke mahkamah.

Lihat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutan, Datuk Norza Zakaria.

Norza beberapa kali diseret ke Mahkamah Majistret Temerloh setelah didakwa atas kesalahan rasuah wang ketika pemilihan Umno peringkat pusat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Dan jika sabit kesalahan Norza boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Nasib yang sama juga menimpa Naib Ketua Umno Beruas, Azman Noh apabila disyaki memberi rasuah ketika pemilihan bahagian itu, 12 Oktober tahun lalu.

Persoalannya sekarang mengapa Isa diselamatkan dan tidak kedengaran pula didatangi SPRM seperti dialami Norza dan Azman.

Sumber Umno di Kuala Lumpur mengakui kesalahan Norza dan Azman lebih kurang sama dengan Isa, di mana sama-sama terbabit dengan politik wang.

"Cuma dalam isu ini Isa terlepas kerana ada campurtangan pihak atasan Umno. Biar pun terlepas namun dosa politik wang tetap masih melekat kepada Isa.

"Norza sudah diketahui umum pemimpin muda yang rapat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekarang Paklah sudah tidak ada kuasa, jadi orangnya dibiarkan terdedah kepada SPRM," ujarnya ketika dihubungi di sini.

Biar pun ketika ini Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah mencongak meraikan kemenangan di Bagan Pinang, namun �dosa� Isa tidak terlepas begitu sahaja.

Ramai pemerhati politik melihat Bagan Pinang seumpama Ijok dan Pengkalan Pasir yang mungkin dimenangi BN buat seketika dan dirampas semula Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum depan.

"Rata-rata orang Melayu yang ditemui di Bagan Pinang kelihatan sudah sebati dengan Isa, lagi pun ayahnya dikatakan membuka penempatan di situ.

"Mereka seakan kurang menghiraukan dosa rasuah yang membelenggu Isa. Namun bagi generasi muda mereka lebih berminat kepada pemimpin yang ada integriti," kata seorang petugas dari Kubang Kerian, Harman Nor, 40.

Sebenarnya isu yang membelit diri Isa juga turut dibimbangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila terpaksa membuat penjelasan dari Paris Isnin lalu dan menyebut Isa telah dihukum dengan penggantungan sebagai ahli Umno.

Katanya, Isa layak bertanding dan berhak mendapat peluang kedua kerana beliau sudah menebus kesalahannya selepas menerima hukuman yang cukup berat sehingga hilang jawatan menteri dan Naib Presiden Umno.

Najib juga tidak nampak BN mampu menang dengan majoriti besar di Bagan Pinang kerana kesalahan lama dilakukan Isa.

"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," kata Najib.

Tahap keselamatan petugas di Bagan Pinang tidak terkawal

Tahap keselamatan petugas di Bagan Pinang tidak terkawal
Hazayani Zakaria
Fri | Oct 09, 09 | 9:39:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mahu Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) bertanggungjawab di atas tahap keselamatan petugas-petugas pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang khususnya petugas-petugas dari Pakatan Rakyat.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily berkata, insiden pemuda-pemuda Umno yang yang menyerang petugas-petugas PAS di markas unit peti undi (upu) parti itu dan merobohkan khemah-khemah program Pakatan Rakyat membuktikan polis tidak berjaya memastikan keamaan di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa turut melahirkan kekesalan di atas sikap berdiam diri pimpinan BN dengan insiden yang berlaku itu.

"Saya kesal dan kecewa pimpinan Umno BN membiarkan pemuda-pemuda samseng umno menyerang petugas-petugas PAS di markas-markas upu dan merobohkan khemah-khemah program PR malah muslimat PAS juga dihalang dan diganggu."katanya.

Beliau juga menegaskan, pimpinan Wanita Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri sekiranya ada petugas muslimat PAS atau Wanita Pakatan diganggu secara fizikal.

"Saya mengingatkan pimpinan Umno BN sekiranya petugas muslimat PAS atau wanita pakatan diganggu secara fizikal, kami pimpinan Wanita Pakatan tidak akan berdiam diri."tegasnya lagi.

Dr Lo' Lo' turut menyifatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai orang suruhan BN apabila tidak berusaha memastikan suasana kempen pilihanraya kali ini berlangsung dengan aman tanpa ada sebarang tindakan liar dan tidak bermoral.

SPR dilihat sangat berat sebelah dan menjadi alat umno BN sekarang ini,"tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berharap insiden ganas pihak BN itu menjadi satu faktor untuk mereka tidak lagi memilih BN pada pilihanraya kali ini sebaliknya memberikan sokonagn kepada Pakatan Rakyat.

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki yang memakai t-shirt berlambang dacing ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Sementara itu, Pengurus jentera kempen HalWa Negeri Sembilan, Rosenadiah Zainuddin ketika dihubungi petang ini menceritakan, beberapa petugas muslimat menghadapi gangguan sihir sepanjang berkempen termasuk beliau sendiri.

Beliau memberitahu, pada mulanya mereka menganggap sakit-sakit badan yang dialami disebabkan keletihan akibat aktiviti yang terlalu penuh sepanjang hari. Namun, ianya berlarutan selam beberapa hari dan seorang ustazah yang arif mengenai gangguan sihir memberitahu mereka terkena gangguan itu.

"Saya sendiri pada awal kempen, mengalami lemah anggota badan dan lupa ingatan. Kadang-kadang samapi tidak tahu apa yang sedang dilakukan."cerita beliau.

Namun petugas muslimat dapat mengatasi masalah itu dengan melakukan solat hajat dan minum air penawar yang diberikan ustaz dan ustazah yang mengamalkan perubatan Islam dalam hal-hal seperti ini.-mna_

Bagan Pinang bagai zon perang malam kelmarin

Bagan Pinang bagai zon perang malam kelmarin
Azamin Amin
Fri | Oct 09, 09 | 3:16:21 am MYT

TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan Balai Polis Telok Kemang.

Demikian dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian sebegini berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupakan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

Pilihan raya kecil paling kotor, Umno amat tertekan!

Pilihan raya kecil paling kotor, Umno amat tertekan!
Azamin Amin
Fri | Oct 09, 09 | 3:09:10 am MYT

TELOK KEMANG, 9 Okt : Jika SPR masih tidak endah dan Umno masih 'bermaharajalela' memanipulasi dan mengganasi, PAS tidak menolak kemungkinan rakyat akan bangkit menyatakan bantahan besar-besaran sekali lagi seperti ditunjukkan dalam Himpunan Bersih 100,000 dua tahun lalu.

Ini bagi memberi pengajaran perit kepada kerajaan Barisan Nasional agar menghormati hak rakyat dan tidak menzalimi mereka seperti insiden belasah dan pukul di Bagan Pinang sekaligus menghukum parti itu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Demikian kata AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika ditemui Harakahdaily di Markas Operasi Utama PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini semalam.

Kata Kamaruddin pelbagai pelanggaran akta pilihan raya dan tindakan ganas samseng Umno ke atas petugas dan penyokong Pakatan Rakyat hanya menjadikan pilihan raya kecil kali ini antara terkotor dalam sejarah selepas pilihan raya 2008.

Sambil menyatakan rasa terkejut dengan insiden pukul petugas PAS oleh penyokong Umno yang cukup kerap berlaku sejak 7 Oktober, Kamarudin menyatakan hal ini berkaku walaupun dengan kehadiran polis yang ramai.

"Tindakan ini menunjukkan Umno sangat tertekan dan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk mengganas demi untuk memastikan calon terpalit rasuah mereka menang

"Asakan-asakan ini menunjukkan mereka sudah mendapat 'feedback' bahawa rakyat sudah menolak mereka dan imej Umno makin jatuh," katanya.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan pihak berkuasa yang gagal menangani masalah provokasi dan pergaduhan yang berlaku, menampakkan kelemahan pihak polis sekaligus memburuk imej institusi itu yang dilihat dipergunakan oleh Umno.

Jika sebelum ini pihak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sering memberi jaminan bahawa keselamatan petugas, orang awam dan petugas lain diberi keutamaan semasa kempen pilihan raya kecil mahupun umum, tetapi kali ini suara KPN tidak kedengaran, katanya.

"Kali ini polis didapati tidak berjaya dan Umno perlihatkan kegelisahan dan ketakutan mereka itu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan melakukan tindakan yang sangat tidak demokratik.

"Peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan suasana demokrasi masih dihalang Umno.

"Dan parti yang menyalahguna kuasa ini mesti ditolak oleh rakyat khususnya di Bagan Pinang,"katanya.

Rabu, Oktober 07, 2009

Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!

Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!
Dzulfikar Mashoor
Wed | Oct 07, 09 | 9:06:32 am MYT

TELOK KEMANG, 7 Okt: Seperti dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) turun bertemu rakyat bagi menjelaskan pengkhianatan Umno terhadap bahasa ibunda, di sini.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said malam tadi, menegaskan perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama - sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu.

Bagaimanapun, usaha memansuhkan akta itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu.

Beliau yang lebih dikenali khalayak sebagai Pak Samad berharap kempen GMP kali ini akan memberi impak yang lebih besar dalam kalangan rakyat.

Beliau juga berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengetuai Kementerian Pelajaran agar kembali meletakkan bahasa Ibunda (bahasa Melayu) pada luhur perlembagaan.

ImageSetiausaha GMP Hasni Abbas yang ditemui kemudian memaklumkan, sukarelawan GMP akan berkampung di N31 sehingga Jumaat ini.

Mewakili Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad, Hasni telah menghantar surat janji temu kepada Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jentera Umno BN, di sini.

Selebihnya, terpulanglah kepada Timbalan Perdana Menteri itu untuk membuat perhitungan.

Jika PPSMi tidak dimansuhkan serta-merta, beliau berharap pengundi N31 sekali lagi memberi pengajaran pada parti pemerintah; sama seperti beberapa pilihanraya kecil Lalu.

Ditanya tentang mekanisma kempen kali ini, Husni berkata,fokus GMP adalah rakyat Melayu luar bandar.

Dalam perkembangan berkaitan, didapati calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing masih tidak menyentuh isu nasional itu, dalam siri-siri kempen mereka.

Pun begitu, kempen GMP yang dilaporkan bermula semalam, dijangka sedikit banyaknya mengganggu emosi 66 peratus pengundi Melayu, di sini.

Keputusan kabinet Julai lalu, memansuhkan akta itu secara berperingkat sehingga 2012 ini nampaknya masih meletakkan Umno BN terus dalam tanggapan bersalah. - mks.

Sila hantar komen untuk berita di atas ke: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _______________________

KOMEN PEMBACA

_______________________

1. Inilah pembelot dan pengkhianat bangsa...sapa lagi kalau bukan puak-puak umno-bn...terbukti masa depan anak-anak bangsa hancur akibat dasar yang tak relevan. - teropong jauh, shah alam.

2. Miinta PAS SAMAD kempen terus di pentas PR...minta umno-bn tunaikan janji. - ajit, kulai.

3. ini semua taktik-taktit yahudi israel yang nak hapus islam dengan menjahanamkan bangsa yang dominan kuasai/anuti islam disesebuah negara. -jali, kanpus sintok._

Tentera perlu pimpin gerakan rakyat perangi rasuah

Tentera perlu pimpin gerakan rakyat perangi rasuah
Mohd Khalil Abdullah
Wed | Oct 07, 09 | 10:25:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Anggota tentera digesa tidak gentar dan berasa takut untuk mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kelak kerana menjadi tugas tentera untuk memerangi musuh negara iaitu rasuah.

Seruan ini dilahirkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya kepada anggota keselamatan negara yang akan membuang undi pos tidak lama lagi.

Katanya, anggota tentera wajar memimpin gerakan kebangkitan rakyat dalam memerangi penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin sesebuah negara sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain.

"Kebangkitan rakyat yang berlaku di sesebuah negara sebenarnya tidak meminggirkan peranan anggota tentera . Sebahagiannya anggota tenteralah yang memimpin kebangkitan tersebut.

"Saya sebenarnya tidak bimbang sokongan anggota tentera kepada Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya tetapi malangnya kita dihambat oleh sistem undi pos yang terdedah kepada manipulasi pihak Umno dan BN.

"Begitu juga tekanan atau ugutan dari pegawai atasan kepada anggota tentera yang memaksa mereka mengundi UMNO dan BN seperti penggunaan borang 2 yang memuatkan data dan latar belakang pengundi tersebut . Sedang undi dalam sistem pilihan raya negara kita adalah rahsia . Apabila undi tersebut terdedah kepada pengetahuan pihak lain , ia mengganggu ketulusan dan ketelusan demokrasi,"jelasnya sambil menegaskan bahawa anggota tentera wajar berada di barisan hadapan bersama kebangkita rakyat untuk menuntut perubahan khasnya menentang rasuah.

"Inilah antara yang berlaku di negara-negara lain seperti Thailand yang akhirnya berjaya menuntut perubahan total dan meruntuhkan kerajaan rasuah.

"Tiada apa sebenarnya yang perlu dibimbangi jauh sekali ditakuti oleh anggota tentera sesuai dengan semangat wira mereka sebagai anggota tentera yang sasa dan berani . Apatah lagi hanya sekadar untuk mengundi dan memberi sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang meskipun undi itu diketahui,"katanya lagi.

ImageSementara itu, Nasrudin turut memberi jaminan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana - mana anggota tentera yang diambil tindakan semata-mata kerana mengundi PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kelak .

"Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti.

"Ingat pesan Mursyidul Am PAS, jangan sesiapa takut untuk mengundi PAS . Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi. Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara. Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman,"tambahnya.

Nasrudin juga menegaskan bahawa,"bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat , Dewan Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya dalam jarak sejengkal dibelakang dan mendahului kawalan dan pengawasan sejengkal di hadapan agar tiada sebarang penyelewengan.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana - mana individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos sekalipun melibatkan pegawai-pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera,"tegasnya lagi.

Sementara itu,Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan sebelum ini, yakin anggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang.

"Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang.

"PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.

Menurut Salahuddin, pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah peluang kepada anggota-anggota tentera untuk menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh menerima wabak rasuah yang boleh mengancam nyawa mereka.

"Menentang rasuah adalah soal mempertahankan nyawa bagi angkatan tentera.

"Rasuah boleh mengakibatkan pembelian peralatan pertahanan yang mengancam nyawa seperti membeli kereta kebal yang disesuaikan harganya dengan kepentingan perasuah dan kemudiannya dipasang senjata berat sehingga tidak boleh digunakan untuk tujuan pertahanan.

"Perkara sedemikian, jika benar berlaku seperti yang dilaporkan sebelum ini, membuktikan bahawa rasuah akhirnya mengancam nyawa anggota-anggota tentera," kata beliau.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi di Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa, 2 KAD Kem Sunggala, IJED Kem Kg Sawah, IPDA Port Dickson, 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa, 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah, Sekolah Pertukangan Perintis dan Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) Port Dickson. - mks._

Calon Pakatan janji tiga perkara

Calon Pakatan janji tiga perkara
Dzulfikar Mashoor
Tue | Oct 06, 09 | 2:04:18 pm MYT
TELOK KEMANG, 6 Okt: Berbekalkan pengalaman bergiat dalam kerja-kerja kemasyarakatan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar bertekad mahu meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk tempatan seandainya diamanahkan menjadi Adun Bagan Pinang kelak.

Bercakap pada pemberita di sini semalam, Zulkefli menggariskan tiga fokus utama dalam manifestonya 'Bersama Kehendak Rakyat' beliau.

"Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat (Bagan Pinang), umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan.

"Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan.

"Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat," katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri turut mengulas dakwaan Umno, kononnya permasalahan malar segar N31 tidak mampu ditanganinya, walaupun Zulkefly ditakdirkan menang kelak.

"Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List)," jelasnya.

"Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang.

"Sedangkan, jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan," tambah beliau.

ImageBeliau turut menasihatkan kepemimpinan Umno agar mengutamakan kepentingan rakyat selagi mempunyai kuasa memerintah kerajaan negeri dan persekutuan.

"Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang (Datuk Kamarul Baharin Abbas) membawa isu ini di Parlimen.

"Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan," katanya.

Dalam perhitungan khalayak, jika Zulkefly menang, bermakna perbezaan kerusi Pakatan dan Barisan Nasional hanya 2 kerusi sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkefly mahu rakyat tempatan bersama beliau, mendesak pihak berwajib menyelesaikan isu perparitan � yang dianggapnya sebagai 'akar masalah' pada banjir kilat, pembiakan lalat-nyamuk, sampah-sarap serta bau busuk, di sini.

Tiga inti manifesto Zulkefli itu meletakkan calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terus dalam sindrom penafian; kerana kebanyakan projek terbengkalai yang menjadi rahsia umum rakyat tempatan sebelum itu melibatkan peribadinya; sewaktu menjadi Menteri Besar 22 tahun yang lalu. _

Dakwaan Kelantan mundur, Idris jawab Muhyiddin

Dakwaan Kelantan mundur, Idris jawab Muhyiddin
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Oct 06, 09 | 6:03:42 pm MYT
TELOK KEMANG, 6 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membandingkan jumlah banglo Melayu di Kuala Krai dan di Pagoh terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri yang mundur, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Saya percaya Muhyiddin sebelum ini berulang alik ke Kuala Krai untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Manek Urai.

"Saya harap dia ada mata untuk melihat berapakah jumlah banglo Melayu di sekitar pekan Kuala Krai dan sebagai wakil rakyat Pagoh, cuba kira berapa banyak pula banglo Melayu di sekitar pekan Pagoh. Saya tidak mahu sebut Pasir Mas kerana bimbang tidak padan dengan Pagoh."

"Selepas itu, baru bercakap tentang soal pembangunan di Kelantan," kata beliau.

Idris juga menjemput Muhyiddin dan juga calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang turut memperkecilkan pembangunan di Kelantan melawat negeri itu.

"Tak perlu susah-susah buat kajian sana-sini. Muhyiddin dan Isa bawa payung dan kerusi, selepas itu duduk depan Tesco di Kota Bharu untuk melihat sendiri kuasa beli rakyat di negeri itu."

"Setiap hari minggu Tesco Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

"Kalau Kelantan mundur seperti yang digambarkan oleh Muhyiddin dan Isa, rakyatnya tidak akan mempunyai kuasa beli sedemikian rupa," kata beliau.

Menurut Idris, beliau sengaja tidak mahu mengemukakan statistik untuk menyedarkan Muhyiddin kerana beliau tidak yakin Timbalan Presiden Umno itu sanggup mendedahkan statistik tentang kadar kemiskinan di negara ini.

"Jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat pada 3 September 2007 menunjukkan dengan jelas bahawa bilangan isi rumah dalam kategori miskin tegar di Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak ternyata lebih besar berbanding negeri Kelantan."

"Muhyiddin buat apa ketika statistik itu dinyatakan di Dewan Rakyat? Tidak datang ke dewan? Tidur?" beliau mempersoalkan.

Berdasarkan jawapan perdana menteri di Dewan Rakyat itu, Sabah mempunyai bilangan isu rumah dalam kategori miskin tegar yang tertinggi iaitu 32,297, diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) Kedah (4,938) dan Kelantan (3,550).

"Ketika perdana menteri memberikan statistik itu, Terengganu, Perak dan Kedah semuanya berada di bawah pemerintahan BN.

"Lebih buruk lagi, statistik itu juga menunjukkan BN sengaja membiarkan Sabah dan Sarawak mundur sedangkan rakyat Sabah dan Sarawaklah yang paling setia dengan BN," kata Idris.

Beliau walau bagaimanapun yakin rakyat di Bagan Pinang tidak akan terpengaruh dengan sikap bodoh sombong kedua-dua pemimpin itu. _

Mahasiswa UM lancar kempen sokong Kartika

Mahasiswa UM lancar kempen sokong Kartika
Nazri Abdullah
Tue | Oct 06, 09 | 4:25:18 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan melancarkan kempen 'Kelab Sahabat Kartika' bagi memberi sokongan moral kepada Kartika Sari Dewi Shukarnor berhubung isu penangguhan hukuman sebat terhadap wanita tersebut.

MPMUM melalui unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), akan melancarkan kempen tersebut tiga hari bermula pada 15 hingga 17 Oktober ini bersempena Festival Mahasiswa Universiti Malaya (FEMINA).

Lebih menarik, pada tarikh sama turut akan diadakan demonstrasi sebat oleh wakil penjara mengikut undang-undang syariah.

"Kami anjurkan semua ini bagi menunjukkan kebersamaan dan sokongan mahasiswa terhadap dia (Kartika).

"Kami lihat terlalu banyak pihak yang memberi tekanan kepada dia, " ujar Setiausaha MPMUM, Shah Rizul Ayuni Zulkiply.

Keputusan mengadakan kempen dan demonstrasi sebat tersebut dicapai selepas pertemuan kali pertama mereka dengan model sambilan tersebut 4 Oktober lalu.

ImageDalam kunjungan itu, MPMUM bersama-sama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah menjemput Kartika berkongsi pendiriannya kepada mahasiswa dalam satu program khas anjuran mereka bulan ini.

Setelah berbincang, Kartika hanya bersetuju untuk hadir selepas selesai menjalani hukuman atas alasan keselamatan.

"Kartika ada beritahu kami, banyak NGO dan wakil parti politik datang jumpa, tapi tak ramai yang menyokong keputusan dia yang mahu disebat. Yang medesak dia tarik keputusan tersebut ramai la.

"Dia (Kartika) juga kesal dengan laporan media yang membuat laporan tapi tidak sampai tahap yang dia mahu, " kata Ayuni lagi.

24 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

Dari sudut sejarahnya, Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini sedangkan Iran, Pakistan, Arab Saudi, Sudan dan negara-negara yang mengamalkan hukum islam, ia merupakan satu fenomena biasa._

Isa ikon kepalsuan, kata PAS

Isa ikon kepalsuan, kata PAS
Dzulfikar Mashoor
Tue | Oct 06, 09 | 2:28:02 pm MYT
TELOK KEMANG, 6 Okt: PAS dakwa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah ikon kepalsuan, berdasarkan beberapa rekod projek terbengkalai di bawah kepemimpinan bekas Menteri Besar itu.

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pembangunan palsu Umno itu bermakna tidak mengutamakan kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat.

"Ini (projek terbengkalai) telah menjadi tema, cara urus tadbir Isa (calon Umno) sejak sekian lamanya, sama ada di (Dun) Linggi dan akan terus berlaku di (Dun) Bagan Pinang ini jika Isa dimenangkan.

"Sebab itu kita angkat Isa sebagai ikon kepalsuan, kerana keutamaannya (pembangunan) bukan untuk rakyat, tetapi kronik-kroninya.

"Berdasarkan beberapa pendedahan yang dibuat sejak tiga hari lalu, pembangunan yang dibawa Umno adalah pembangunan palsu," kata beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, ikon kepalsuan itu bukan sesuatu yang direka-reka, tetapi sesuatu yang boleh dilihat di sini.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Pengarah pilihan raya ini, Salehuddin Ayub meminta semua wartawan dan blogger membuat perhitungan berdasarkan beberapa gambar projek terbengkalai tersebut.

ImageSambil menyifatkan projek-projek tersebut sebagai pembangunan hantu, Salehuddin juga meminta Isa menjelaskan agenda politiknya sama seperti Zulkefly.

Semalam, PAS mendedahkan masalah perparitan, penaiktarafan jalan utama Telok Kemang - Port Dickson serta pencemaran pusat perlancongan dan pantai Port Dickson.

Beberapa hari lalu, sebuah perhentian bas di Linggi, Dun yang pernah diwakili Isa sejak 1978 lalu turut didedahkan kepada khalayak.

Isa yang sejak awal tempoh berkempen dilihat tidak bersih, sekali lagi terpaksa menafikan bahawa beliau bukanlah ikon kepalsuan sebagaimana yang didakwa PAS Pakatan Rakyat.

Rasuah bukan isu penentu Bagan Pinang?

Rasuah bukan isu penentu Bagan Pinang?
Haris Zalkapli
Tue | Oct 06, 09 | 9:12:46 am MYT

TELUK KEMANG, 6 Okt: PAS memulakan kempen di pilihan raya kecil Bagan Pinang di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan agak yakin, sekurang-kurangnya berdasarkan pilihan calon kedua-dua parti bertanding.

Dengan memilih Tan Sri Isa Abdul Samad yang pernah disabitkan dalam kes rasuah politik oleh lembaga disiplin partinya, PAS mendapat modal untuk menyerang calon Umno seperti dilakukan di Permatang Pasir lebih sebulan lalu.

Walau bagaimanapun, isu rasuah yang menjadi perhatian PAS dan parti-parti pembangkang lain dinilai sebagai bukan isu utama yang akan mencorakkan pilihan pengundi di Bagan Pinang.

Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, isu rasuah bukan isu dominan bagi pengundi di kawasan pilihan raya itu.

"Pada pandangan saya, isu rasuah Isa bukan lagi isu dominan jika kita lihat pada isu dalam kempen di sini, dan tidak berperanan besar dalam menentukan aliran pengundi,"kata Abu Hassan.

Jelas beliau, kes Isa itu, yang sudah sedia diketahui umum, lebih kepada isu dalaman Umno.

"Pihak oposisi, khasnya PAS tidak akan mendapat kesan besar dari segi undi sekiranya memberi fokus pada isu rasuah.

"Rasionalnya, isu rasuah tidak boleh tentukan kemenangan," ujarnya.

PAS dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir memberi tumpuan pada rekod peribadi calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman.

Walau bagaimanapun, disebabkan sikap sebahagian besar pengundi sudah terbentuk sejak Pilihan Raya Umum ke-12, isu calon tidak memberi kesan besar kepada pengundi.

Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh mempunyai jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang besar dan realiti ini dilihat pada keputusan-keputusan pilihan raya sejak Mac 2008.

Bagi Abu Hassan, isu yang lebih utama dan bersifat jangka panjang ialah berkaitan penstrukturan pembangunan kawasan terbabit.

"Pembangunan yang perlu diberi perhatian bukan sahaja melibatkan hotel dan sebagainya, tetapi pembangunan sebuah daerah pelancongan yang disusun dengan lebih bijak,"katanya.

Beliau menegaskan kawasan terbabit, yang dikenali sebagai kawasan pelancongan perlu membangun tanpa mengorbankan budaya setempat.

Abu Hassan juga menekankan isu pemilikan tanah di Bagan Pinang sebagai isu yang perlu diberi perhatian, disebabkan nilainya yang akan meningkat pada masa akan datang.

"Isu tanah ini akan menjadi isu dominan pada masa akan datang, khususnya kepada orang Melayu yang sering melihat pembangunan mengorbankan hak milik tanah mereka,"tegas Abu Hassan.

Beliau juga melihat kualiti hidup penduduk tempatan sebagai isu yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan kawasan Bagan Pinang.

"Kualiti hidup penduduk Melayu di kawasan ini masih tidak jauh berbeza, walaupun Negeri Sembilan itu dilihat sebagai salah sebuah negeri yang agak berjaya dari segi ekonomi," kata Abu Hassan.

Ibrahim Sufian, pengarah pusat tinjauan pendapat Merdeka Center juga berpendapat isu rasuah Isa bukan penentu utama dalam pilihan raya kecil ini, tetapi mengingatkan bahawa pengundi semakin memberi perhatian pada soal kelayakan calon.

Ibrahim berpandangan isu berhubung rekod Isa memberi kesan kepada Umno, berdasarkan reaksi defensif parti itu sejak bekas menteri besar itu dipilih.

BN masih memberi penjelasan tentang pemilihan Isa sebagai calon di Bagan Pinang.

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata di Paris, Perancis bahawa Isa sudahpun menjalani hukuman dan perlu diberi peluang kedua.

"Ramai yang akui Isa seorang yang mesra, rendah diri dan mudah didekati, tetapi semenjak Pilihan Raya Umum ke-12, rakyat semakin peka dengan isu integriti,"katanya.

Beliau mengatakan Isa turut membawa pembangunan semasa tempoh beliau menjadi menteri besar dan ini menyumbang kepada populariti beliau.

"Tetapi kalaupun pengundi memilih BN, pilihan itu bukan disebabkan pembangunan itu tetapi kerana pilihan-pilihan peribadi,"kata Ibrahim.

Walau bagaimanapun, pemilihan Isa sebagai calon Umno di Bagan Pinang akan membawa kesan kepada BN pada masa akan datang.

"Hal ini akan mendatangkan implikasi nasional kepada BN, seperti yang disebut (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), mungkin menang di Bagan Pinang tetapi selepas ini belum pasti lagi," tegasnya.

Mengulas mengenai kempen PAS memberi tumpuan pada rekod Isa dan dilihat sesetengah pihak sebagai pembunuhan karakter, Ibrahim berkata ada perbezaan antara penilaian seorang penjawat awam dengan pembunuhan karakter.

Menurut Ibrahim, Isa ialah seorang penjawat awam dan rekodnya boleh dinilai.

"Sebagai penjawat awam, tindak-tanduknya semasa memegang jawatan ialah rekod awam yang memang boleh diketahui orang ramai,"jelasnya. - mks.

Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin - ulama

Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin - ulama
M Faqih
Tue | Oct 06, 09 | 1:39:18 pm MYT
KOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.

Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.

Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.

Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).

"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno.

Pengerusinya panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa.

Sebelum itu pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang).

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.

Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.

"Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan.

Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin. _

Paul Low dicadang sertai Pakatan Rakyat

Paul Low dicadang sertai Pakatan Rakyat
Harakahdaily
Tue | Oct 06, 09 | 11:54:59 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Bekas Presiden Tranparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low dicadangkan menyertai parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk membolehkan beliau perjuangkan ketelusan dengan lebih bermakna lagi.

Cadangan ini dibuat oleh anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali selepas Paul meletakkan jawatannya baru-baru ini.

Langkah sebegini telah diambil oleh bekas presiden TI-M sebelum ini, Tengku Abdul Aziz yang menyertai DAP dan dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

Aziz kemudiannya dipilih sebagai Senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Sebagai Senator dari negeri itu, Aziz dianggap antara pihak yang terlibat dengan usaha untuk membanteras rasuah dan ketelusan di negeri itu sehingga diiktiraf oleh TI International baru-baru ini.

Paul meletakkan jawatan sebagai Presiden TI-M baru-baru ini selepas Laporan Rasuah Dunia 2009 (GCR 2009) menjadikan kes penyelewengan projek Perlabuhan Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ) sebagai contoh penyelewengan di Malaysia.

Image Paul (gambar) meletakkan jawatan kerana selain Presiden TI-M, dia juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Task Force yang dibentuk untuk menyiasat PKFZ.

Beliau merasakan dirinya bertembung kepentingan antara Presiden TI-M, TI-Dunia dan ketua pasukan Task Force itu. Oleh itu, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden TI-M itu.

Menurut Setiausaha TI-M, Dr Loi Kheng Min berkata, Paul Low menerima segala tanggungjawab sehingga tersiarnya chapter Malaysia dalam laporan GCR 2009.

Bagi Paul Low, Skandal PKFZ adalah titik hitam penting dalam sejarah rasuah negara ini dan berharap ia menjadi pengajaran kepada agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ketika mengemukakan laporan TI-M baru-baru ini, Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu.

Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45. _

RM 1000 untuk gambar Abdul Azeez ditumbuk

RM 1000 untuk gambar Abdul Azeez ditumbuk
Harakahdaily
Tue | Oct 06, 09 | 11:59:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM 1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.

Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang semalam telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM 1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar Datuk Azeez di tumbuk.

Dzohir berkata, tujuan Pembela membuat tawaran membeli gambar berkaiatan insiden tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian di atas dakwaan Datuk Azeez bahawa dia di tumbuk oleh penyokong parti Pakatan Rakyat ketika hadir di hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang.

"Pembela harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekaligus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah jika insiden yang mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik yang disiar sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini tidak ada pihaknya yang merakamkan gambar tersebut yang di kira cukup penting sebagai modal politik ketika berkempen oleh Umno/Bn di Dun Bagan Pinang bagi memburukkan Pas khususnya.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa.

Di petik dari sebuah media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Abdul Azeez mendakwa, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini._

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN