Posted on Thursday, March 13 @ 00:54:54 MYT by greenboc
Oleh marifikir
Hari ini 12 Mac 2008, calon PAS Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik menjadi MB Perak setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan Perak. Malam sebelum itu di TV3 ditunjukkan ketiga-tiga calon dari DAP, PKR dan PAS sebulat suara bersetuju untuk menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik oleh Baginda Sultan. Siap boleh saling berjabat tangan lagi
Tiba-tiba hari ini DAP melalui Penasihat DAP Pusatnya Lim Kit Siang meluahkan rasa terkejutnya berikutan pemilihan Ir. Mohammad Nizar sebagai MB. Dia akan memulaukan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung di Istana Iskandariah esok.
Alasannya Ir. Mohamad Nizar belum mendapat mandat dari Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. Berita ini sangat-sangat mengejutkan semua orang. Tidak dapat dinafikan lagi berita ini akan digunakan habis-habisan oleh media BN bagi menanam perasaan saling benci membenci antara penyokong Barisan Rakyat terutama dari kaum Melayu dan Cina. Jika ini terjadi maka apa yang dihajati oleh BN akan berjaya.
Siapa silap dalam hal ini? Yang silap ialah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS dan DAP. Apabila Parti PAS berusaha bersungguh-sungguh bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang tulen di Malaysia, ianya ditentang hebat oleh DAP. Karpal Sigh sanggup mencabar supaya dilangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebuah negara Islam di Malaysia. TG haji Hadi membalas dengan mengatakan pimpinan DAP sudah tidak relevan dan diumpamakan sebagai Dinosour. Maka bermulalah satu episod persengketaan di kalangan pemimpin.
Episod yang telah lama berlalu rupanya masih tidak dilupakan oleh pimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang. Sepatutnya beliau melupakan peristiwa tersebut dan membina satu halatuju baru dalam membentuk pola pemikiran rakyat. Setelah puluhan tahun BN mencanangkan bahawa DAP ialah sebuah parti Cina. Walhal ia adalah parti berbilang kaum. Jauh lebih baik daripada UMNO, MCA dan MIC.
Apakah untungnya DAP memulaukan perlantikan Ir. Mohamad Nizal? Untungnya sangat sedikit sebenarnya malah kemudaratannya sangat banyak. DAP hanya menerima puji-pujian daripada kalangan yang rapat dengan pimpinan sahaja tapi di sebalik itu DAP akan menerima padah yang bukan kepalang kelak. Antaranya ialah;
1) BN akan memanipulasi habis-habisan isu ini.Apa pula faedah bila DAP menerima perlantikan Ir. Mohamad Nizal sebagai MB Perak?
2) Rakyat akan menganggap DAP adalah parti Cina yang memperjuangkan kaum Cina sahaja
3) Tidak ada tolak ansur di kalangan pimpinan DAP
4) DAP anti-Melayu
5) Rakyat akan mengganggap Perak telah ditakluki oleh orang Cina sebagaimana P.Pinang dan Singapura
6) DAP akan dianggap menderhaka kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak
1) BN terkedu bila melihat kerjasama yang terjalinJadi kepada pemimpin DAP, fikirkanlah secara mendalam kesan yang bakal muncul....
2) Rakyat akan melihat DAP bukanlah parti perkauman Cina
3) Pimpinan DAP adalah terdiri daripada mereka yang berhemah
4) DAP parti pelbagai kaum
5) Tidak timbul langsung Cina menakluki Perak kerana MBnya adalah orang Melayu
6) DAP akan dianggap sangat menghormati Raja-Raja Melayu
7) Rakyat akan lebih menghormati DAP. Satu kejutan baru akan timbul iaitu DAP bukanlah sebagaimana yang mereka sangkakan selama ini. Ini akan membuka lebih ruang bagi rakyat yang karat BN untuk menukar arah.
Artikel berkaitan
DAP JANGAN CABAR PENGUNDI MELAYU
Saya merasa terpanggil untuk menulis berikutan keenganan DAP menerusi Lim Kit Siang, untuk melantik Menteri Besar Perak yang baru daripada PAS, iaitu Ir. Mohamad Nizar Jamaludin. Sedarkah Kit Siang mengapa Barisan Alternatif berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 setelah hampir 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Ini semua tidak lain adalah disebabkan rakyat benar-benar inginkan perubahan dalam hidup menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu sanggup memberikan undi kepada Barisan Alternatif terutama DAP.
Ingatlah Kit Siang, bahawa apa yang berlaku ini mungkin hanya sementara. UMNO dan Barisan Nasional masih relevan, pada bila-bila masa sahaja pengundi boleh beralih arah untuk kembali menyokong BN untuk selama-lamanya kerana sudah mengetahui apakah sifat sebenar DAP.
Jika selera pengundi kali ini hampir menumbangkan BN, tidak mustahil DAP dan Barisan Rakyat juga mengalami nasib yang sama.
Saya fikir sudah lama Barisan Rakyat menantikan saat ini, hingga ada yang mengalirkan air mata lantaran penghinaan dan kezaliman yang diterima sejak sekian lama.
Tetapi mengapa DAP lupa semua itu sehingga apa yang dilaungkan oleh BN selama ini benar mengenai kegagalan Barisan Rakyat bersatu untuk rakyat. Adakah DAP juga lupa kemenangan mereka adalah disebabkan oleh peranan besar PAS dan PKR bagi menentukan Barisan Rakyat berjaya pada kali ini.
JIka tidak kerana skandal Linggam, faktor Anwar Ibrahim serta kempen-kempen yang dijalankan, sudah tentu DAP tersungkur. Selain itu DAP harus ingat, jika tidak kerana pengundi Melayu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan beberapa tempat lagi, tidak akan dimenangi oleh DAP.
Secara ringkasnya baik ketepikan perbezaan dan buktikan terlebih dahulu kemampuan anda wahai Kit Siang.
Jangan jadi igauan pengundi untuk lima tahun yang akan datang kerana belum pun apa-apa sudah mula tunjuk taring.
Akibatnya rakyat rela pangkah yang lain !
Malah DAP jangan lupa betapa pentingnya Raja-Raja Melayu, jangan cabar dan jangan sekali-kali bantah kuasa mereka kerana orang Melayu sangat sensitif mengenai Raja-Raja Melayu.
Buruk padahnya jika DAP cuba bermain api. Ini bukan untuk menimbulkan sentimen perkauman tetapi DAP kena tahu realiti politik di Malaysia.
- Kalam Nurani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI