PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Februari 23, 2008

Munajat dan Taubat

Munajat dan Taubat
Posted on Saturday, February 23 @ 10:21:38 MYT by SongkokPutih
Tazkirah Oleh pena_prima

" Bismillah.
Segala pujian untuk Allah Tuhan seluruh alam. Berbanyak selawat dihulurkan buat nabi junjungan, rasul termulia sepanjang zaman, Nabi Muhammad al-musthafa ‘alaihissolatu wassalam. Buat seluruh jentera pilihan raya PAS dan PKR yang muslim.

Sesungguhnya Allah swt sangat menyayangi kita semua lantaran itu kita bersama dengan agamaNya yang mulia ini. Malah bukan itu sahaja, Dia memilih kita untuk menjalankan urusan memuliakan agamaNya di negara ini. Biarpun setiap kita merasakan diri ini tidak layak untuk memikulnya, ia suatu yang jangan dipersiakan dengan kelalaian dan kealpaan.

Munajat dan taubat.

Berpijak di atas bumi yang nyata, menjunjung perintah rasul yang tercinta, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha untuk mendekatkan diri kepada pemilik sebenar perjuangan suci ini, Tuhan Rabbul Jalil. Tiada siapa tempat kita mengadu ketika dikelilingi musuh yang menanti, selain Tuhan Maha Perkasa yang mengubah dan mencipta sesuatu dengan Kun, maka terjadilah. Mudah-mudahan pengaduan itu membawa kebaikan yang besar.

Dua cara yang telah dan sedang kita usahakan ke arah mendekati Allah ta’ala ialah bermunajat dan bertaubat. Ya, munajat dan taubat mengukuhkan keazaman dan thabat perjuangan.

Munajat saya maknakan bahawa kita kembali merebahkan diri di hadapan Pencipta teragung. Menelanjangkan diri bagi mendedahkan semua keburukan dan keterlanjuran diri bagi diampunkan dosa dan noda, terus mencari dan meraba-raba simpati Tuhan untuk beroleh keampunan dan kasih sayangNya.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan usaha bermunajat kepada Allah ‘azza wa jalla. Jangan lagi dilalaikan dengan kekuatan dan kehebatan diri yang dipinjamkan, kemudian lupa kepada pergantungan dan penyerahan. Juga jangan disibukkan dengan kenikmatan hidup yang sementara, kemalasan yang bermaharaja lela dan kebiadaban tidak mahu mencari Allah ta’ala dalam perjuangan ini.

Firman Allah : Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu. Muhammad; 19.

Ketika bermunajat, kita tidak hanya mengharapkan bantuan dan kemenangan semata-mata, sebaliknya dimulai dengan berusaha membersihkan diri dan jiwa.

Dosa yang menimpa-nimpa di atas setiap pundak pejuang ini mesti disingkirkan, dihumban jauh2 dan dibenamkan ke dasar lautan, jika mampu. Semuanya bermula dengan sebuah taubat yang suci. Ketika itulah munajat sangat bererti, iaitu ketika ianya disulami dengan taubat yang sebenarnya dan penyesalan yang bukan kecil terhadap semua dosa kecil dan besar yang diamalkan saban masa. Jika semuanya bergerak lurus, insyaAllah kebaikan akan muncul pada masanya.

Harapan kita semua ialah Allah akan mengambil kira munajat dan taubat ini dengan memberi apa yang diingini oleh pejuang di dunia ini. Sesungguhnya Maha Mengetahui Allah akan apa yang kita usahakan, di mana kita berusaha dan apa yang kita mahukan daripada usaha tersebut.

Oleh itu jangan sekali-kali dosa itu dibiarkan mengiringi di sepanjang perjalanan ini. Perbanyakkan apa sahaja yang membawa ke arah penyucian. Paling tidak adalah dengan memperbanyakkan beristighfar kepadaNya. Itu juga dikira bermunajat dan bertaubat kepada Allah ta’ala.

Direkodkan bahawa para ulama silam sering mengamalkan zikir istighfar beratus kali untuk melepaskan diri daripada masalah dan ujian hidup yang dilaluinya. Bukan kecil cabaran beliau ketika berhadapan ancaman penguasa bongkak dan zalim.

Munajat dan taubat mengagungkan Tuhan.

Munajat dan taubat ini juga tanda kita mengecilkan diri di hadapan Allah ta’ala yang Maha Agung. Direkod di dalam surah az-Zumar ayat ke 91, Allah berfirman yang bermaksud:

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya.Maha suci Tuhan dan maha tinggi Dia daripada apa yang mereka persekutukan.


Nah, bumi dan langit serta seisinya bukan milik mereka, bukan milik manusia dan bukan milik kezaliman itu,maka marilah kita terus mengagungkan Allah yang memiliki dunia dan perjuangan ini. Jangan pula kita seperti mereka yang berterusan bongkak, sombong dan takabbur melata di bumi ini, sambil lupa mengagung dan membesarkan Tuhan siang dan malam.

Munajat dan taubat menyatukan tenaga.

Selain itu, apa yang kita mahukan daripada munajat dan taubat ini adalah kekuatan bersatu dan bertenaga. Ia datang daripada Allah, kepada Dialah kita mencari kesatuan tenaga dan satu itu Allah mengingatkan di dalam Anfal, ayat ke 63:

Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya dia maha perkasa lagi maha bijaksana.


Jelas, hanya Allah yang mampu menyatukan kita semua, maka kepada Dialah kita berambat, berkejar dan bertolak-tolak untuk mendekati dan mengharapNya. Tanpa kesatuan itu, cerai-berailah kita. Tanpa kesatuan itu, lemahlah kita. Tanpa kesatuan itu, robohlah kita di hadapan manusia yang tidak pernah mahu mengagungkan Allah ta’ala.

Maka jika kita berjaya merakyatkan munajat dan taubat di kalangan jentera pilihanraya ini, mengagungkan Tuhan yang Maha Kuat, memperolehi kasih sayang, dan keampunanNya, terus, mampu bersatu dan mengukuhkan tenaga, kita akan terus mengingati janjiNya di dalam al-A’raf, ayat ke 96.

KataNya: Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ( ayat-ayat kami ) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Ayat ini membawa erti kita tiada pilihan selain memenuhi ciri iman dan takwa melalui munajat dan taubat tadi, jika tidak mahu termasuk dalam golongan mereka yang akan disiksa Allah taala, walaupun tidak menyertai barisan mereka, lantas terus menjadi orang yang tewas dalam perjuangan.

InsyaAllah, munajat dan taubat menyatukan tenaga dan menunjuki jalan kemenangan.

Khamis, Februari 21, 2008

Wasiat Kepada Pemimpin

Wasiat Kepada Pemimpin
Posted on Wednesday, February 20 @ 10:43:15 MYT by greenboc
Tazkirah Oleh izo

"Syeikh Mutawalli Sya’rawi
Walaupun wasiat Syeikh Mutawalli Sya’rawi ini ditujukan kepada presiden Mesir, tetapi sesuai jugak rasanya kepada mana-mana yang menjadi calon untuk pilihanraya nanti mendengar dan mengambil iktibar bersama. Inilah yang dikatakan ulama yang berani. Berani menyatakan kebenaran di depan pemimpin yang zalim.


Lihat Videonya : http://www.youtube.com/watch?v=QRVWqt_s6HM

Translate:

Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden,

Aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq.
Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.
Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka.
Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).

Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan(Namrud).
(surah al-baqarah :258)

Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.
Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah.
Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.

Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.
Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian,
Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang(perkara yang jahat) dan Allah juga merancang.

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga)

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya.

Wahai Tuan Presiden,
Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!

اذا كنت قدرنا فليوفقك الله .. واذا كنا قدرك فليعنك الله على أن تتحمل..

“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

Ahad, Februari 17, 2008

Coca cola kesayangan anda

Coca cola kesayangan anda

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dankemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabunbadan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang sajasetin Coke pasti kesan hakisan hilangserta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudianbolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya".Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap- silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti mukatersenyum.Tambah pula dengan ais!.

Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis.

Lidah ngan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Samajer! Anak bapak dan Keluarga 69...

View technorati.com

Banyak Ketawa Hilang ilmu

Banyak Ketawa Hilang ilmu

BANYAK ketawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju ke destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.

Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana, sama ada berbahagia atau menderita.Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi di akhirat azabnya berterusan dan berkekalan.Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.

Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki bagi tempoh panjang.Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu.

Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.Nabi pernah bersabda: Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.Saidina Ali sentiasa mengeluh: ... jauhnya perjalanan... sedikitnya bekalan... Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud: Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan.

Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak, tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.Beberapa sahabatnya pernah berkata:
Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.
View technorati.com

Kelebihan Solat Dari Sudut Sains

Kelebihan Solat Dari Sudut Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama
View technorati.com

FAKTA HOT...MESTI BACA!!!!!!!!!

FAKTA HOT...MESTI BACA!!!!!!!!!

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya Karsinogen tu? Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula Adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana anda Akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari Health Corporation of Singapore .

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa.Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannyajenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, Koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas Mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang Dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan Pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas Makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTORdari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor jugamemberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari system badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai makan untuk mendapat barah. Kalau istilah James Bond, Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan Kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
View technorati.com

Cermin Mata Hitam dan Kesihatan

Cermin Mata Hitam dan Kesihatan

Cahaya matahari yang dipancarkan mengandungi spektrum cahaya bermula dari jarak gelombang 10 nonometer (nm) hingga ke 100 mikrometer (m) iaitu dari gelombang sinaran gamma hingga ke gelombang radio.
Di antara spektrum gelombang cahaya ini terdapat spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Bagaimana kita mengenali dan menghayati alam adalah dengan menggunakan jarak gelombang. Jarak gelombang adalah asas kepada kita mengenali dunia.
Kita menerima dan menganalisis jarak gelombang tertentu dengan dua organ utama iaitu mata dan telinga. Kita melihat cahaya melalui mata dan menangkap bunyi dengan telinga.
Dari gelombang radio hingga pancaran gamma, jarak gelombang semakin memendek, menyebabkan frekuensinya bertambah dan akan menyebabkannya menghasilkan tenaga yang semakin bertambah. Ini bermakna gelombang ini semakin berupaya menembusi sesuatu dan amat berbahaya pada mata.
Pendedahan pada cahaya matahari terlalu lama juga boleh mengakibatkan ketajaman penglihatan menurun, kehilangan kontras, silau, pening dan keletihan visual.
Spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah berjarak gelombang antara 380nm hingga 780nm iaitu antara cahaya Ultraungu (UV) dan Infra merah (IR).
Ini bermakna, mata manusia hanya mampu melihat cahaya antara jarak gelombang ini sahaja (380nm hingga 780nm).
Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain.
Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata.
Oleh itu, penggunaan cermin mata hitam yang sesuai adalah perlu bagi mengelakkan kesan negatif yang disebabkan oleh cahaya tersebut ke atas tisu mata.
Cermin mata hitam selalunya dipakai untuk menghalang kesan cahaya matahari yang boleh mengganggu penglihatan dan merosakkan sel-sel mata.
Dalam kes-kes tertentu ia juga dipakai untuk kelihatan menarik. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga IR yang akan merosakkan tisu mata.
Cahaya UV dan cahaya biru juga mempunyai kesan resapan 10 kali lebih tinggi dibandingkan dengan cahaya IR. Sebahagian besar cahaya UV dari matahari diserap oleh lapisan ozon di atmosfera, namun sebahagian daripadanya masih dapat sampai ke permukaan bumi.
Pendedahan pada cahaya UV yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada mata seperti masalah katarak.
Jadi cahaya UV berkenaan perlu dihalang daripada meresap masuk ke dalam mata.
Kegunaan cermin mata hitam
Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut;
1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang.
2. Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru.
3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata.
4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata.
5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).
Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah mempunyai cermin gelap yang menghalang silau, dibuat dari bahan yang tahan lasak dan mempunyai kualiti menyerap cahaya UV.
Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata.
Kandungan UV yang tinggi pula akan memberi kesan kepada mata.
Pendedahan pada sinar UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah katarak kerana sebahagian besar cahaya UV akan diserap oleh kanta mata.
Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap.
Sekiranya anda menggunakan cermin mata yang murah dan tidak mengikut piawaian, ia mungkin tidak berupaya menapis cahaya UV.
Ini akan menyebabkan kerosakan tisu-tisu mata seperti tisu pada bahagian kelopak mata yang boleh membawa kepada kanser pada bahagian tersebut.
Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata.
Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu.
Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata.
Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina.
Kerosakan tisu retina boleh menyebabkan kebutaan.
Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa orang menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV, seperti;
1. Tujuan kosmetik (penampilan)
2. Bersukan atau riadah
3. Mengelak malu (menyorokkan muka)
Selain masalah tiada fungsi perlindungan UV, terdapat juga cermin mata hitam murah yang tidak dibuat dengan bahan yang tahan lasak.
Cermin mata hitam sebegini bukan sahaja tidak melindungi mata akibat penggunaan bahan tidak berkualiti, malahan boleh menyebabkan masalah seperti:
1. Pening.
2. Silau semakin teruk.
3. Keletihan mata.
4. Imej tidak sekata.
Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli cermin mata hitam, berbincang dengan pakar mata untuk mendapat ciri-ciri perlindungan yang diperlukan di samping mendapatkan rupa penampilan yang lebih menawan.
- Pembaca ruangan ini ditawarkan pakej istimewa daripada Clear Optical dengan membawa keratan berlogo artikel ini ke mana-mana cawangan Clear Optical Sdn. Bhd. sehingga 30 Jun 2008.

Pelajar akan diberikan bingkai cermin mata secara percuma (selagi stok masih ada) sementara potongan diskaun diberikan untuk pakej keluarga.

Untuk maklumat lanjut sila e-mel ke clearopticalsdnbhd@gmail.com atau hubungi Clear Optical di talian 03-42705543 atau 03-42784525.
Artikel ini dibawa oleh Clear Optical.
View technorati.com

Hukum Memakai GELANG TANGAN MAGNET

Hukum Memakai GELANG TANGAN MAGNET

SOALAN: Adakah orang lelaki boleh memakai gelang tangan bertujuan untuk berubat dan bukan daripada emas?
Sayuti Zakaria, Bukit Sekilau,
Kuantan,Pahang.

JAWAPAN: Hukum menyerupai wanita memang tidak dibenarkan sama ada melalui pakaian, lagak, perbuatan dan sebagainya. Namun dari segi hukum berubat ada yang ditegah dan ada yang dibenarkan. Adapun yang ditegah itu ialah melalui bomoh, ramalan jampi mantera yang bertentangan dengan ajaran Islam dan melalui amalan sihir jin dan sebagainya. Sedangkan berubat dengan bacaan ayat suci al-Fatihah dan lainnya dibenarkan sekalipun dengan menerima bayaran dan juga cara saintifik yang jelas berkesan dan diakui ramai.

Persoalan

Jadi persoalan anda ini mungkin dapat dikategori dari jenis ini (tidak dilarang) malah disuruh agama seperti kita berubat dengan madu, berjumpa doktor dan sebagainya.
Cuma cara memakai gelang magnet tersebut hendaklah tidak seperti gelang yang boleh dikatakan gelang seperti bentuk perhiasan wanita dan pakailah di tempat yang tersembunyi bukan di tempat yang biasa (tempat terbuka) dipakai untuk perhiasan. Tetapi bila berlaku khilaf ulama dalam satu hukum itu, maka digalakkan seseorang itu meninggalkanya untuk menjauhkan diri daripadanya (khilaf tersebut). Kata ulama: “keluarkan diri dari suatu perselisihan (khilaf) itu digalakkan”, tanpa memaksa orang lain untuk mengikuti dan menerima pendapatnya sahaja. Begitulah dalam segala hukum khilaf yang lainnya. Wallahualam.
View technorati.com

Petua Awet Muda

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud

Sentiasa tenang dan bersikap positif

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.
View technorati.com

Jumaat Penghulu Segala Hari

Jumaat Penghulu Segala Hari

JUMAAT adalah penghulu segala hari. Pada hari ini umat Islam akan berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat.

Pentingnya hari ini kepada umat Islam kerana pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkannya ke dalam syurga, dikeluarkan darinya dan pada hari itu juga akan terjadinya kiamat.
Pada hari ini juga asalnya, umat terdahulu digesa untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Namun, mereka memilih kesesatan. Oleh kerana kesesatan itu, maka orang Yahudi memilih Sabtu sebagai hari besar mereka. Orang Nasrani pula memilih hari minggu (Ahad) sebagai hari peribadatan mereka, sedangkan Allah menetapkan pada umat yang terakhir ini ialah Jumaat. Pada hari itu, Dia menyempurnakan penciptaan makhluknya iaitu pada hari keenam.

Hal di atas disebutkan oleh Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kita adalah orang terakhir yang paling utama di hari kiamat kelak, meskipun mereka diberi kitab sebelum kita. Sesungguhnya hari ini (Jumaat) adalah hari Allah memberikan kewajipan kepada mereka, lalu mereka berbeza pendapat mengenainya. Maka Allah memberikan petunjuk kepada kita mengenai hari itu. Pada hari itu, orang akan mengikuti kita, Yahudi hari selepasnya, sedangkan Nasrani hari selepasnya lagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pada Jumaat, umat Islam diperintahkan oleh Allah untuk mendirikan solat dan meninggalkan jual beli. Firman Allah bermaksud:” Wahai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.” (Surah al-Jumuah, ayat 9).

Maksud diseru dalam ayat di atas ialah seruan azan yang dikemundangkan oleh bilal. Seruan azan yang pertama bagi mengumpulkan orang ramai di dalam masjid supaya mereka boleh beriktikaf dan melakukan zikrullah sebelum imam naik ke atas mimbar.

Apabila diserukan azan untuk kali kedua, maka orang ramai dilarang untuk berjual beli. Lelaki merdeka diperintahkan berangkat ke masjid melaksanakan sembahyang Jumaat dan tidak diperintahkan bagi wanita dan anak.

Bersegera dalam ayat di atas pula, bukannya menyuruh kita bergegas dengan tergesa-gesa untuk menunaikan kewajipan itu, sebaliknya kita diperintahkan datang dengan penuh ketenangan untuk mengadap Rabb.

Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mendengar iqamah, berjalanlah untuk mengerjakan solat dengan tenang dan janganlah kamu tergesa-gesa. Solat yang kamu dapati, maka kerjakanlah dan sebahagian rakaat solat yang tertinggal, maka sempurnakanlah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Qatadah pula menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan bersegera dalam ayat di atas bermaksud hendaklah kamu berjalan dengan penuh kekhusyukan hatimu dan berikan sepenuh perhatian untuk menuju ke tempat bersembahyang untuk mengadap Rabb.
View technorati.com

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.

Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.

Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

''Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.''

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.''

Wallahuallam...

Yang Wajib Kita Amalkan Setiap Hari

Yang Wajib Kita Amalkan Setiap Hari

Assalamualaikum wbkt.

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusyuk & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah panjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser.

Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga.

Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai.

Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA menerima sedekah saya.Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit di hospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife, Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh,insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan.
Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu 'alam

Five Worst Cancer - Causing Foods

Five Worst Cancer - Causing Foods

1. Hot dogs

Because they are high in nitrates,the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.

2. Processed meats and bacon

Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other proc essed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.

3. Doughnuts

Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries

Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acrylamides which occur during the frying process. They should be called cancer fries, not French fries, said Adams ..

5. Chips, crackers, and cookies

All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.

Kembara Syria- Episod VI

Kembara Syria- Episod VI

Sepanjang perjalanan dari Halab menuju ke Dimashq saya hanya terlelap sebentar. Saya perlu menunjukkan arah jalan kepada Abu Basil. Takut-takut dia tersalah masuk ke persimpangan bandar Hama dan Homs.

Sepanjang perjalanan saya banyak berbual dengan Abu Basil. Adakala dia sentiasa mengingatkan kenangan kembara Syria pada tahun lalu dan tahun sebelumnya. Tahun ini Abu Basil sedikit merungut kerana jarak perjalanan kali ini agak jauh berbanding kembara sebelum ini. Saya terus menyampuk bahawa kali ini perjalanan lebih panjang dan sewa coaster pun saya bayar lebih.

Saya berkata kepada Abu Basil jika diizinkan Allah, sekiranya ada kembara Syria yang akan datang, saya nak susun jadual untuk pergi ke Deir Zor, Hasakeh, Lazzakiah, Tartus untuk melengkapkan pengembaraan ke seluruh pelusuk tanah Syria. Dia pula yang membalas, sekiranya duit sewa ditambah, semuanya boleh.

Tiba di sebuah kawasan di Homs, Abu Basil memberhentikan coasternya. Dia turun membawa sebotol air untuk membersihkan cermin coaster yang penuh berdebu. Cahaya lampu kenderaan yang tinggi dari arah berlawanan menyebabkan kesukaran Abu Basil melihat jalan di hadapan. Mana tidaknya, sudah berkilo-kilo debu melekat di cermin depan coaster tanpa dibersihkan oleh Abu Basil sejak dari awal perjalanan dari Jordan.

Ketika mula membasuh cermin, Abu Basil disapa oleh beberapa penduduk tempatan yang berada di sebuah bengkel membaiki kereta berdekatan. Mereka memberitahu bahawa bersebelahan dengan bengkel terdapat kedai menyediakan perkhidmatan mencuci kenderaan. Abu Basil tidak berlengah dan terus menghidupkan enjin menuju ke kawasan tersebut. Hampir 30 minit juga masa dihabiskan di situ dan hasilnya segala 'kulat' yang ada di badan coaster habis dibersihkan.

Kami meneruskan perjalanan berbaki 205 km dari kawasan tersebut. Ramai yang kembali menyambung tidur sehingga coaster mula memasuki bandar Dimashq.

Tiba di Dimashq, coaster terus menuju ke kawasan Marjeh untuk mendapatkan hotel. Malam tersebut kami bermalam di Hotel Ettihad Arabiah yang terletak bersebelahan Masjid Sanjaqdar dan berhadapan dengan Souq Jild. Setelah selesai mendapatkan no bilik, kami terus ke Masakin Barzeh untuk makan malam.

10.15 malam, kami kembali ke hotel. Tiada aktiviti malam tersebut untuk peserta kecuali kesemua peserta lelaki berpakat untuk mandi Hammam di Midan Jazmatiah. Setelah berehat dan solat, ke semua peserta lelaki bergerak menuju ke Hammam Rifa'i yang terkenal di kawasan tersebut.

Mengecewakan. Hammam sudah tutup dan jam ditangan pada ketika itu sudah 11.30 malam. Kami bersiar-siar di kawasan sekitar Midan Jazmatiah, membeli Halawiyat serta menikmati Chocolate Milk Shake di Restoran Sahah, Bab Musolla.

Menikmati Chocolate Milk Shake setelah tak dapat mandi Hammam

Ke Pergunungan Kalamun
Cuaca keesokkan harinya di Dimashq amat cerah.

Perjalanan di hari kelima Kembara Syria terus membawa kami menuju ke pergunungan Kalamun. Iaitu sebuah kawasan yang terletak berhampiran sempadan negara Lubnan. Tepat jam 8.00 pagi, coaster mula bergerak dan kami sarapan pagi di dalam perjalanan.

Di kawasan pergunungan Kalamun terdapat Makam anak Nabi Adam a.s iaitu Nabi Habil. Sepanjang perjalanan menuju ke kawasan makam, kami disajikan pemandangan indah pergunungan salji dari negara Lubnan. Turut kelihatan Mount Hermon atau dikenali dengan Jabal Syeikh yang sentiasa terdapat salji dipuncaknya sepanjang tahun. Jabal Syeikh boleh dilihat dengan jelas dari Irbid, Jordan sekiranya cuaca cerah dan ia merupakan bukit yang menjadi punca air kepada Sungai Yarmouk yang mengalir hingga ke negara Jordan.

Pemandangan bukit bersalji di dalam perjalanan ke Makam Nabi Habil

Dari persimpangan ke Zabadani kami mengambil jalan kanan untuk ke Makam Nabi Habil. Kawasan tersebut merupakan kawasan kem tentera Syria memandangkan ia merupakan kawasan yang hampir dengan sempadan antarabangsa Syria dan Lubnan. Setelah melalui pemeriksaan askar, pasport pemandu (Abu Basil) perlu ditinggalkan di check-point pemeriksaan askar dan dipulangkan ketika ingin keluar dari kawasan tentera tersebut. Jarak dari check-point ke Makam Habil ialah sejauh 5 km.

Kami tiba di kawasan bukit yang menempatkan Makam Habil dalam keadaan cuaca yang agak sejuk. Matahari menyinari, namun angin masih bertiup sejuk.

Makam Nabi Habil anak Nabi Adam a.s

Setelah selesai menziarahi Makam Habil, beberapa peserta perempuan telah menemui saya dan bertanyakan dengan lokasi gua tempat Habil di bunuh oleh Qabil yang mana dari kawasan tersebut dapat melihat keseluruhan bandar Dimasqh.

Saya mula menghitung masa dan jadual untuk meraikan permintaan peserta. Sesahihnya lawatan sehari di Dimashq tidak mencukupi untuk menziarahi ke seluruh tempat-tempat menarik di kota tertua di dunia itu. Aturcara selepas menziarahi Makam Habil ialah ke kawasan Old City Damascus untuk menziarahi Makam Sallehuddin Al-Ayubi, Makam Saidatina Ruqayyah, Masjid Umawi Dimashq dan Makam Nabi Yahya a.s. Selepas solat Jumaat, jadual yang telah saya susun akan terus ke Bab Saghir yang menempatkan banyak makam sahabat dan ahli bayt Rasulullah S.A.W.

Sekiranya ingin ke kawasan Habil dibunuh iaitu di Jabal Qassiyun, aktiviti selepas solat Jumaat ke beberapa Makam terpaksa dibatalkan.

Setelah bertanyakan pendapat kepada semua peserta, majoriti memilih untuk mendaki Jabal Qassiyun melihat kawasan gua di mana dikatakan tempat Habil dibunuh oleh saudaranya sendiri Qabil. Dan bersebelahan dengan gua tersebut terdapat Makam Wali Arba'in (Wali Abdal Sham) yang disebut oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya. Ini bermakna, beberapa lawatan ke Makam Sahabat dan Ahli Bayt Rasulullah S.A.W terpaksa dibatalkan.

Sekitar Old City Damascus
Setelah mendapat kata sepakat, kami terus bergerak dari Makam Habil menuju ke Kota Lama Dimashq. Lawatan pertama di kota lama Dimashq terus menuju ke Makam Pahlawan Islam yang terkenal iaitu Sallehuddin Al-Ayubi. Sallehuddin Al-Ayubi sentiasa menjadi sebutan oleh para umat Islam yang mencintai perjuangan menegakkan agama Islam. Sallehuddin menjadi pahlawan Islam yang telah berjaya membuka Baitul Muqaddis pada tahun 583 Hijrah. Beliau dari bangsa Kurdi dan dilahirkan di Tikrit pada tahun 532 dan wafat ketika berumur 57 tahun pada tahun 589 Hijrah. Pada asalnya, jasadnya telah disemadikan di dalam Kota Dimashq yang pernah ditawannya kemudian dipindahkan ke kawasan yang sedia ada pada ketika ini.

Selepas menziarahi Makam Sallehudin Al-Ayubi, kami terus bergerak ke Masjid Umawi yang merupakan masjid serta pusat pemerintahan kerajaan Bani Umawiah. Di dalam masjid ini turut terdapat Makam Nabi Yahya a.s dan kawasan persinggahan Nabi Hud a.s dan Nabi Khidir a.s.

Setelah itu, kami memasuki lorong ke arah Bab Faradis untuk menziarahi Makam Saidatina Ruqayyah iaitu cicit Rasulullah S.A.W. Ruqayyah merupakan anak perempuan Saidina Hussein ibn Ali iaitu cucu Rasulullah S.A.W

Kesemua peserta solat Jumaat di Masjid Umawi kecuali saya dan Shahrul Ifwat bergerak ke Shariq Khalid Al-Walid dan solat Jumaat di Jami' Zaid berhadapan Souq Sreijei. Tujuan saya ke kawasan tersebut adalah untuk membeli makanan tengahari iaitu Nasi Bukhari yang terdapat di salah satu restoran berdekatan Jami' Zaid.

Atas: Makam Sallehudin Al-Ayubi
Tengah: Makam Nabi Yahya a.s
Bawah: Makam Saidatina Ruqayyah binti Hussein ibn Ali


Jabal Qassiyun
Seperti yang telah dipersetujui oleh semua peserta, lawatan selepas solat Jumaat terus ke Jabal Qassiyun. Trip ke Jabal Qassiyun bukanlah satu program yang singkat. Ia perlu memakan masa paling kurang 2 jam untuk trip ke situ. Coaster tidak boleh naik ke kawasan bukit yang tinggi disebabkan keadaan jalan yang tidak membolehkan coaster sebesar itu naik.

Kami bergerak dari Old City menuju ke Shariq Ibn Nafis dan terus ke Sahah Shamdeen. Dari kawasan tersebut kami menyewa 2 buah pick-up untuk naik ke Jabal Qassiyun. Kami melalui jalan berbukit yang sempit untuk tiba di anak tangga pertama ke Makam Arba'in dan kawasan gua.

Alhamdulillah, atas inisiatif yang baik oleh kerajaan Syria, kini sudah terdapat anak tangga disediakan dari bawah sehingga ke pintu masuk Makam Wali Arbain. Beberapa tahun dahulu ketika pertama kali saya tiba di kawasan tersebut, anak tangga hanya ada separuh jalan dan bakinya terpaksa melalui batuan bukit yang curam.

Kami menghabiskan masa hampir 2 jam lebih di Makam Wali Arbain dan menikmati Nasi Bukhari di atas bukit tersebut dengan pemandangan seluruh bandar Damascus yang sikit berkabus.

Digambarkan gua membentuk seperti mulut yang sedang ternganga.
Terkejut dengan peristiwa pembunuhan Habil oleh saudaranya Qabil
di kawasan tersebut.


Masjid dan Makam Wali Arba'in

Ketika mula menuruni anak tangga untuk kembali ke kawasan bawah. Terdapat suara peserta lelaki yang mencadangkan agar kembara Syria yang sepatutnya berakhir pada petang tersebut dilanjutkan hingga keesokkan harinya. Atas alasan, mereka belum puas berjalan di kawasan Dimashq dan ada barang yang dihajati belum dapat dibeli disebabkan kebanyakkan pasar tutup pada hari Jumaat.

Ia merupakan perkara kedua yang perlu saya rai pada hari tersebut setelah permintaan untuk menaiki Makam Wali Arbain di Jabal Qassiyun. Kepala sesahihnya sedikit serabut tetapi semuanya kena difikirkan, diusahakan dan diputuskan dengan baik.

Akhirnya, ketika semua peserta berkumpul di Shariq Ibn Nafis, saya terlebih dahulu meminta suara majoriti sekiranya ingin melanjutkan lawatan ke hari ke-6 dengan bayaran tambahan hanya pada bas dan hotel. Selepas itu baru 'mental' saya berhadapan dengan pemandu bas mamastikan ia bersetuju untuk pulang ke Jordan keesokkan harinya.

Semua peserta bersetuju terutama peserta lelaki yang meluap-luap ingin mandi Hammam pada malam hari tersebut. =)

Akhirnya, kembara Syria disambung untuk hari ke-6 setelah Abu Basil bersetuju.
Setelah tiba di hotel, saya berehat sebentar untuk menenangkan semua perkara yang bermain difikiran pada ketika itu.

30 minit selepas itu, saya keluar ke kawasan Abu Nur untuk mendapatkan makan malam. Menu malam itu ialah Sandwich Jirou

Ada perkara dan ketika perlu kita raikan rakan-rakan..

Hati saya gembira, minda saya lapang.. Kami terus berada di Dimashq pada malam 8 Februari 2008.


Gambar-gambar kenangan sepanjang ziarah
ke Makam Wali Arbain

3 komen Links to this post

Kembara Syria- Episod V

Kembara Syria- Episod V


Jika di tanya bandar yang paling ingin saya kunjungi selalu di Syria, jawapannya yang pasti saya berikan sudah tentu Halab. Ada perkara istimewa di Halab yang membuatkan saya selalu mengkaguminya. . Kota lama penuh tinggalan sejarah

Malam hari ketiga di Syria kami bertolak dari Qala'at Ja'bar menuju ke bandar Halab. Jarak di antara Thawrah dan Halab sejauh 145 km dan berjalan di waktu malam sudah pasti memberi keselesaan kepada semua peserta untuk melelapkan mata. Walaupun kerusi coaster tidak ada penyandar kepala, ia tetap membuat semua lena seketika.

Saya yang terlena sejak coaster mulai bergerak dari Thawrah tersedar ketika tiba di Mithanet Abu Hurairah. Abu Basil mulai merungut ingin mendapat secawan kopi untuk menyegarkan matanya. Sepanjang perjalanan dari Mithanet Abu Hurairah mata saya tajam memerhatikan gerai-gerai kecil dan perkampungan kecil yang dilalui untuk mendapatkan secawan kopi. Saya dapat bayangkan keletihan Abu Basil yang memandu dari awal pagi hingga ke malam hari sejak 3 hari sebelumnya.

Coaster melalui perkampungan Dibsi Affan, Maskaneh, Al-Mahdoum, Deir Hafer sebelum tiba di Halab. Apabila coaster tiba di Dibsi Affan, terdapat sebuah gerai menjual minuman panas di tepi jalan. Kesalahan aku lambat mengesan gerai tersebut menyebabkan Abu Basil lewat untuk memperlahankan coaster. Coaster terus terlajak dan Abu Basil terus mengharapkan 'candu' yang mesti diminumnya.

Sehingga perjalanan sampai ke Deir Hafer, kopi masih belum dapat dan Abu Basil sudah mulai putus asa. Perjalanan diteruskan sehingga tiba di Halab dengan sebotol air kosong habis diteguk olehnya.

Kami tiba di Halab melalui jalan Raqqa-Halab. Saya tidak berapa mahir masuk ke Halab melalui jalan tersebut. Kebiasaan sebelum ini masuk melalui jalan Idleb-Halab. Ini menyebabkan Abu Basil terpaksa berhenti banyak kali untuk bertanya arah Markaz Madinah Halab. Sekiranya sudah menemui Shariq Odonis atau mana-mana Shariq menuju ke Markaz Madinah, saya akan dapat mengesan dengan cepat jalan untuk menuju ke Markaz Madinah terutama untuk ke Bab Faraj.

Setelah memasuki jalan ke Madinah Sina'iyah, Abu Basil berpusing dan jalan ke arah kanan terus membawa kami menuju ke Markaz Madinah Halab. Dari kawasan tersebut kami terus melalui kawasan Hammidiyeh, Aziziyeh dan terus ke Bab Faraj untuk menginap.

Bab Faraj merupakan kawasan yang terkenal di Halab sebagai kawasan yang menempatkan hotel untuk para tetamu Halab menginap. Bermula dari hotel tiada bintang sehinggalah ke 5 bintang. Setelah tiba di Halab, saya terus berjumpa dengan seorang sahabat yang telah lama aku kenali dari bangsa Kurdi. Kali ini beliau mencadangkan aku bermalam di Hotel Jneidi yang baru sahaja melakukan kerja-kerja membaikpulih bilik hotel.

Alhamdulillah, bilik di Hotel Jneidi agak kemas, baru dan sedikit moden. Jika ditanya kepada peserta di mana bilik penginapan paling selesa sepanjang trip, sudah pasti Halab menjadi jawapan. Setelah selesai Check-In, kami berehat selama sejam sebelum keluar makan malam. Tepat jam 8.10 semua sudah berkumpul untuk ke Restoran Kindi berdekatan dengan Jam Lama Bab Faraj.

Malam itu kami menikmati nasi dengan Kebab, Syuqof (Daging Bakar), Ayam Panggang, Sheesh Tawook (Ayam Grill), Fasooliya dan Salad Campur yang amat lazat. Selesai makan, ramai yang Order MILO panas yang sesahihnya tidak akan dijumpai di restoran-restoran arab di Jordan. (Ada pun Hot Coklat dari jenama lain)..

Kelazatan Syuqof, Kebab, Ayam Panggang, Sheesh Tawook.
Dinner di Restoran Kindi berdekatan Bab Faraj, Halab


Suasana malam di Halab pada malam tersebut agak sejuk. Selesai makan, kami bersiar-siar di kawasan bandar Halab yang rata-ratanya sudah 'lena'. Kedai-kedai banyak sudah tutup dan setelah 40 minit berjalan, semua pulang ke hotel untuk istirehat.

Seawal jam 7.30 pagi, semua sudah berkumpul di bawah untuk memulakan aktiviti lawatan di sekitar bandar Halab. Keadaan pagi yang cerah turut menceriakan semua peserta yang sudah mulai serasi. Lokasi pertama yang dikunjungi di Halab ialah ke Bab Antakya. Bab Antakya merupakan salah satu dari tujuh buah pintu untuk memasuki kota Halab Lama. Pintu-pintu lain yang terdapat ialah Bab Qinnesrin, Bab Al-Maqam, Bab Nayrab, Bab Al-Ahmar, Bab Al-Hadid dan Bab Al-Nasr. Kota lama ini telah dibina sejak pemerintahan Rum namun ia dibaik pulih ketika era pemerintahan Islam. Masjid telah dibina disetiap pintu masuk kota.

Peserta 'dibiarkan' menunggu di kawasan Bab Antakya dan saya terus mengambil teksi menuju ke Mal'ab Baladi untuk membeli sarapan pagi. Sarapan pagi tersebut ialah Muajanat Laham, Pizza Mini dan Muhammara'.

Setelah sarapan pagi, kami terus menuju ke Masjid Umawi bandar Halab atau dikenali dengan Jami' Zakariye. Masjid ini telah diasaskan pada tahun 715 masihi oleh Khalifah Walid I dan disempurnakan pembinaannya ketika era Khalifah Suleiman (715-717 masihi). Terdapat sebuah menara setinggi 45m yang dibina ketika zaman Tutush iaitu Sultan Seljuk antara tahun 1090-1092 masihi.

Makam Nabi Zakaria a.s di Masjid Umawi Halab

Masjid Umawi Halab ini juga menempatkan Makam Nabi Zakaria a.s iaitu bapa Nabi Yahya a.s yang makamnya terdapat di Dimashq. Masjid ini juga menempatkan mimbar lama yang dibuat dari kayu sekitar abad ke-15. Mimbar ini dahulunya diletak bersebelahan makam Nabi Zakaria a.s

Semua peserta Kembara Syria seramai 16 orang
bergambar kenangan di hadapan Aleppo Citadel

Berdiri dari kiri : Farah Wahida, Nur Syamimi, Kamilah, Nor Ashikin, Nur Zehan,
Siti Nabilah, Naila Adlin, Syamihah Mardhiah, Siti Khuzaimah
Duduk dari kiri: Nik Abdul Hadi, M. Fakhruddin, M. Fudhail, M. Shahrul Ifwat,
M. Shafiq, A. Faiz Fakhruddin & M. Hazimin Sulaiman



Kami

Aleppo Citadel
Halab dikenali oleh barat dengan nama Aleppo. Atau arab menyebutnya dengan Alebbo.
[Sebab arab tidak boleh menyebut huruf P dengan P. Tetapi dengan B =) ]

Kota Halab merupakan salah satu kota yang amat terkenal pada setiap zaman yang memerintahnya. Tapak asal kota ini dipercayai ditemui oleh Yamkhad sekitar abad ke-16 sebelum masihi. Di kota ini terdapat kesan ukiran dua ekor singa yang menyamai ukiran yang terdapat di Ain Dara sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 30km dari pusat bandar Halab. Tujuan ini dibina dikenalpasti sebagai kawasan ibadat kepercayaan mereka pada ketika itu.

Kota berdinding dipercayai awal dibina oleh Seleucid (sekitar 333-364 sebelum masihi). Kesan penemuan dikota turut membuktikan Greek dan Rum pernah menduduki kota ini sebelum Islam berjaya menawannya.

Kota ini pernah dikuasai oleh Saif Ad-Daulah dari kerajaan Hamdaniah. Kekuatan Islam ternyata ketika zaman Sallehudin Al-Ayubi apabila sejarah mencatatkan tentera panglima Islam tersebut berjaya mengalahkan tentera Salib di Halab. Anak Sallehudin Al-Ayubi ialah Al-Malik Al-Zaher Ghazi telah membuka kota baru di Halab pada ketika itu. Kota ini penah diserang oleh Mongols dan merosakkan kota ini pada tahun 1292 masihi.

Kerajaan Mamluke menjaga kota ini pada abad ke-14 dan seterusnya dijaga oleh kerajaan Turki Uthmaniah sehinggalah kejatuhannya.

Antara kesan binaan yang masih kekal terdapat di dalam kota ini ialah Hammam (Bath) yang dibina pada tahun 1367 masihi. Selain itu terdapat Masjid Nabi Ibrahim yang dibina ketika era Nuruddin Zinki. Tapak masjid tersebut dipercayai pernah disinggahi oleh Nabi Ibrahim ketika baginda datang dari bumi Harran di Turki. Nabi Ibrahim a.s keluar dari tanah Babylon menuju ke Harran dan terus ke Halab sebelum meneruskan perjalanannya ke Tanah Palestin.

Terdapat sebuah istana dibina di dalam kota. Istana tersebut dibina oleh Al-Aziz pada tahun 1230 masihi dan dipercayai pernah diduduki oleh Sallehudin Al-Ayubi. Kota Halab amat kukuh dan terletak di kawasan bukit yang amat strategik. Seluruh bandar Halab dapat dilihat dengan jelas dari puncak kota.

Berdekatan dengan pintu masuk kota, terdapat Makam Nabi Khidir a.s. Ia dipercayai tempat yang pernah disinggahi oleh Nabi Khidir a.s Istilah makam ialah dari perkataan arab yang bermaksud tempat berdiri atau tempat berada. Bukan semuanya bermaksud kubur yang disemadikan jasad.

Pemandangan bandar Halab dari Aleppo Citadel

Hammam/Bath yang terdapat di dalam kota

Istana

Makam Nabi Khidir a.s

Setelah selesai melawat kota Halab, kami terus menuju ke sebuah masjid lama yang terletak berhadapan dengan pintu masuk kota Halab. Masjid tersebut ialah Masjid Sultaniah atau dikenali dengan Jami' Zahiriah yang telah diasaskan oleh Malik Zahir Ghazi iaitu anak Sallehudin Al-Ayubi pada tahun 613 Hijrah.

Setelah itu, kami bergerak menuju ke Masjid Karimiyyah untuk melihat kesan tapak kaki Rasulullah pada sebuah batu yang ditempatkan di dalam masjid tersebut. Masjid tersebut hanya buka ketika masuk waktu solat jemaah. Kebetulan pada ketika itu, azan zohor baru berkumandang dan kami terus menuju ke masjid tersebut dan solat berjemaah disitu. Imam masjid tersebut ialah Syeikh Bakri Hayyani. Beliau memberi layanan yang baik kepada kami. Selepas solat dan melihat kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W, beliau mempelawa kami untuk bersama dengan anak-anak muridnya, namun pelawaan tersebut terpaksa kami tolak dengan baik disebabkan masa amat terhad dan selepas aktiviti di Souq kami perlu kembali ke Dimasqh yang jarak perjalanannya dari Halab 4 jam perjalanan menaiki coaster.

Menurut sumber lisan salah seorang yang pernah saya temui beberapa tahun yang lalu, kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W yang terdapat di Masjid Karimiyyah bukan bermakna Rasulullah S.A.W pernah tiba di Halab. Tetapi kesan tapak kaki pada batu tersebut telah dibawa dari tanah hijaz ke Turki untuk dijaga oleh pihak kerajaan Turki Uthmaniah. Namun ketika perjalanan sampai di Halab, batu yang dibawa telah dicuri dan kemudian ada yang menemui batu tersebut lalu ditempatkan di kawasan Masjid Karimiyyah. Wallahualam.

Kesan Tapak Kaki Rasulullah S.A.W
pada sebuah batu di Masjid Karimiyyah


Dari Masjid Karimiyyah kami menuju ke Souq Halab yang terkenal dengan jualan barang yang lebih murah dari kawasan lain di Syria. Ia merupakan Souq atau pasar lama Halab yang dibina sejak 800 tahun yang lalu. Antara souq yang kekal ada ialah Souq Al-Qasabiye, Souq Al-Saqutiye, Souq Al-Atarin, Souq Al-Fara'in. Selain itu terdapat Khans Al-Sabun, Khan Al-Wazir, Khan Al-Nahasin dan Khan Al-Gumruk. (Khan: Combined Warehouse And Hostel For Merchants)

Saya turut mengambil kesempatan membeli beberapa untuk keperluan Jun nanti. Semua peserta turut mengambil peluang membeli belah di sekitar souq Halab sehingga jam 3.00 petang. Coaster bergerak meninggalkan bandar Halab menuju ke ibu negara Syria, Dimashq tepat jam 4.00 petang- 7 Februari 2008.


Atas: Bab Antakiah
Tengah: Masjid Sultaniah atau Zahiriah
Bawah: Souq Madinah, Halab


2 komen Links to this post

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN