BN akan tewas pilihanraya umum jika masalah dalaman komponen tidak diselesaikan segera – Chedet September 12, 2009
Posted by nikmj in By election, General, Malaysian Mirror, National, Politics, harakahdaily, malaysia today, malaysiakini, mstar, news.Tags: BN akan tewas pilihanraya jika masalah dalaman komponen tidak diselesaikan segera - Chedet
trackback
Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir meramalkan yang BN akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah dalaman komponen seperti MCA, MIC, UMNO dan lain-lain lagi tidak diselesaikan dengan segera.
MIC sebagai contoh, bekas presiden Umno itu berkata, masyarakat India tidak lagi menyokong MIC kerana bosan dengan kepimpinan Samy yang mahu menguasai parti itu – beliau menguasai parti ketiga terbesar dalam BN selama 29 tahun.
“Sekarang orang India sudah terbahagi kepada lapan parti. Kalau dulu semuanya sokong MIC, sekarang ini, tidak ramai yang sokong MIC. Dan mereka beri alasan yang sama, iaitu mereka dah bosan dengan Samy Vellu yang hendak kuasai MIC,” jelas Dr Mahathir.
Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri kerja raya itu berkata, Dr Mahathir sendiri seorang pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya” sendiri.
“Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.
“Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.
“Adakah pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali,” kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.
MCA kini tidak berkesempatan untuk membuat postmortem kekalahan BN di Permatang Pasir dan meningkatnya undi kaum Cina kepada Pas kerana mereka sibuk dengan pertelingkahan. Masalah yang melanda Presiden dan Timbalan Presiden menyebabkan parti ini seperti kehilangan nakhoda.
Tiada siapa yang nampak Tee Keat mampu bertahan lama dalam politik. Walaupun beliau sedang berusaha keras untuk mempertahankan kedudukannya, dalam masa yang sama, mereka yang berada di bawahnya sudah membayangkan MCA akan kehilangan Tee Keat selain Soi Lek.
Betul kata pepatah Melayu, yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. Tiada siapa yang untung dalam pertelingkahan ini. Malahan, sedikit sebanyak, kesan yang paling teruk terkena ialah parti MCA sendiri kerana, ketika rakyat semakin sangsi dengan perjuangan mereka, pemimpin-pemimpin mereka terpalit dengan skandal pula
Apa yang pasti Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan peluang terbuka ini untuk membuktikan kepada rakyat yang mereka lebih berupaya untuk mengambil alih tapuk pemerintahan negara demi kebaikan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Comments»
- 1. nikmj - September 12, 2009
- 2. nikmj - September 12, 2009
- 3. nikmj - September 12, 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI