Sunday, March 9, 2008
NAJIB JUGA PATUT BERUNDUR
PERMATANG PAUH 10 Feb 2008 -Kenyataan Najib Razak sewaktu melawat Permatang Pauh beberapa hari sebelum pilihanraya dengan menyatakan bahawa Permatang Pauh dan Machang Bubuk harus disingkirkan membuktikan bahawa beliau juga gagal untuk merancang dan mengatur strategi dalam politik tanahair.
Kini jika Pak Lah berundur, najid juga akan membawa padah yang lebih teruk kepada UMNO kerana najib dikaitkan dengan berbagai skandal yang melibat wanita, skandal terbesar kewangan pembelian senjata , malahan beliau juga dikaitkan dengan kematian Altantunya Syaribu.
Bahawa Najib juga harus tidak menjadi bebanan kepada UMNO kerana ianya juga dikaitkan dengan berbagai skandal yang masih menjadi rahsia yang belum dibongkar dan ini akan menyebabkan Barisan Rakyat yang semakin kukuh akan mempersendakan UMNO dan kemungkinan UMNO akan harus menjadi sebuah parti yang di kuasai oleh golongan tua.
Puncak kepada kejatuhan UMNO bermula dengan pemecatan DSAI, Maka punca itulah yang harus dirungkai dan bagaimanakah UMNO harus boleh meyakinkan semula orang-orang Melayu untuk menerimanya. UMNO tidak bersalah, tetapi yang bersalah ialah yang mengemudikannya.
Maka kerana itu, selamat tinggal UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI