Sumber
JAKARTA - Peguam bela Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry menyatakan terdapat luka di tubuh remaja itu, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.
Menurutnya, penemuan itu didapati menerusi satu pemeriksaan oleh Dr. Abdul Mun'im Idries dan Dr. Khaida di Hospital Cipto Mangunkusomo di sini.
"Ada luka di bahagian tubuh. Kita hanya menunggu hasil ujian darah dan psikologi," kata peguam itu, Hotman Paris Hutapea.
Hasil pemeriksaan itu akan diserahkan oleh Manohara kepada pejabat polis.
Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas ibunya mendakwa anaknya itu didera oleh Tengku Muhammad Fakhry.
Pada 31 Mei lalu, Manohara pulang ke Indonesia dari Singapura ketika beliau berada di negara tersebut bagi menemani suaminya melawat ayahanda putera itu di Hospital Mount Elizabeth.
- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI