Posted on Wednesday, March 12 @ 19:27:57 MYT by greenboc
Oleh malaysiakini
Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak.
Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.
Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.
DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam).
Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang esok.
Menurut Mohamad Nizar berkata perkenan Sultan itu dimaklumkan kepadanya oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta jam 5 petang ini.
Selain nama Nizar, PAS, DAP dan PKR semalam mengemukakan dua lagi nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut - pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, 47; bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi.
Senarai nama berkenaan dikemukakan selepas ketiga-tiga parti itu mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran.
Bercakap kepada pemberita di perkarangan Istana Kinta, Nizar berkata pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, 47, akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar I. Ngeh, adalah Adun Sitiawan.
Manakala jawatan Timbalan Menteri Besar II akan diumumkan kemudian, yang akan mewakili masyarakat India di Perak.
Nizar berkata kedua-dua jawatan Timbalan Menteri Besar itu diwujudkan bagi mengambilkira kepentingan rakyat berbilang kaum di negeri ini khususnya Cina dan India.
LAPORAN HARAKAHDAILY
Desas-desus siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak yang baru terjawab apabila Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, yang juga Adun Pasir Panjang, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin diperkenankan dan disahkan memegang jawatan yang menjadi tumpuan awam itu.
Jam 5.00 petang tadi, ketiga-tiga calon dari ketiga-tiga parti alternatif, Ngeh Hoo Ham (DAP) dan Mohd Radzi (KeADILan) serta Nizar (PAS) telah menghadap Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta, dekat sini.
Hasil pertemuan itu Raja Nazrin, yang mewakili Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah memperkenankan Mohammad Nizar sebagai Mentei Besar Perak yang baru.
Majlis angkat sumpah jawatan akan diadakan pada esok pagi, Khamis, di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI