Posted on Sunday, November 08 @ 01:38:04 PST by SongkokPutih
Oleh: Anak_Pejuang
Assalamu'alaikum.
Saya tertarik dengan Artikel Pandangan Rasmi Jakim Mengenai Wahhabiyyah.
Namun penghantar artikel itu lupa mengapa Jakim menolak Wahhabi di Malaysia iaitu :
Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.
Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.Memang tidak dinafikan fahaman Wahhabi inilah yang telah menimbulkan pecah belah di Malaysia bahkan di seluruh dunia, menghukum sesat majoriti ulamak dan umat Islam. Benarlah seperti yang disebutkan oleh ulamak :
Sesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bid'ah.
Pada Hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.
Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya "al-Salafiyyah al-Mu'assarah" menulis :
"Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama ALlah... kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan... hingga memporak perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid'ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..."
Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalah gunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh RasuluLlah s.a.w dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:
"Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka."
Ia turut diakui oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali yang pernah menjawat sebagai Ketua Lembaga Pengawasan Da'wah di Dubai. Iaitu golongan yang suka menggunakan nama seperti Firqotun Najiah, Muwahhidun, Salafi ini telah menghukum kafir kepada penduduk di Abu Dhabi dan Dubai hanya kerana mereka bermazhab Maliki dan mengikut aliran Asya'iroh sehingga beliau telah menulis sebuah buku yang menerangkan pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan ini terhadap umat Islam beserta bukti-buktinya.
Contoh pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan Wahhabi Salafi ini ialah :
1. Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :"Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya".Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian 'Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :
"Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.
2. Di dalam Akhbar al Muslimin ad Dauliyah : apabila ditanya tentang 2 imam besar iaitu Imam An Nawawi dan Ibnu Hajar (semoga keduanya dirahmati ALlah) :
"Sesungguhnya kedua Imam itu memiliki aqidah yang rosak dan melakukan penyimpangan (tahrif) dalam beberapa masalah I'tiqad".3. Safar al Hawali dalam risalahnya bertajuk Minhaj al Asya'iroh fil Aqidah hal 28 :
"Seandainya dikatakan bahawa al Hafizh Ibnu Hajar adalah orang yang tidak menentu aqidahnya nescaya ia lebih mendekati kebenaran".
Antara bukti golongan wahhabi salafi ini menghukum sesat kepada ulamak Islam dan jemaah Islam yang boleh dibaca secara langsung dari laman web :
1. Menghukum sesat kepada Prof Dr Yusof al Qardhawi, Imam Hassan al Banna, dan Jemaah Ikhwan Muslimin :
http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=630
2. Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna :
http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=375
3. Menghukum sesat kepada golongan Asya'iroh :
http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715
Dan banyak lagi contoh-contoh hukuman sesat, kafir dan syirik tanpa hak yang dilakukan oleh golongan yang melampau ini.
Sumber :
1. Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu Al Fadl AbduLLah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor
2. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha
asasalamualaikum syeikh, pinta izin copy artikel ni utk paste kat blog ana. TQ (dah paste pun..)
BalasPadam