Musa angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
KOTA KINABALU 9 Mac - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri di sini petang ini.
Beliau menyempurnakan upacara angkat sumpah itu pada pukul 3 petang di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah.
BN Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam, menang dengan majoriti besar iaitu 59 kerusi daripada 60 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan membentuk semula kerajaan negeri.
Musa pula memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga dengan majoriti 7,657 undi selepas menerima 10,570 undi menewaskan tiga lagi pencabar iaitu Ahmad Thamrin Jaini daripada Parti Keadilan Rakyat yang memperoleh 2,913 undi; calon Bebas Gusniah Diong (295 undi) dan calon Bersekutu, Osman Enting (291 undi).
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Musa mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah kerana sekali lagi memberikan kepercayaan dan mandat kepada kerajaan BN.
"Saya bagi pihak rakan saya dan semua wakil rakyat BN mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah. Saya berjanji dan percaya mandat ini akan dipergunakan sebaik mungkin bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,'' ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI