SELAMAT HARI GURU- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
16 Mei yang dinobatkan sebagai satu hari yang disarankan untuk mengenang segala jasa guru yang dikenal sebagai “HARI GURU” seluruh negara
Tiada siapa menafikan betapa guru adalah insan mulia yang pertama mengajar kita tulis , baca dan kira. Gurulah yang bertanggung jawab menyebabkan kita berada ditahap yang kita ada sekarang. Derhaka kepada guru pulak menyebabkan kita berada dalam balasan Allah SWT dengan kedudukan kita yang kita rasa sekarang. Kerana taat kepada guru kini kita menerima pulangan (pahala) yang baik dengan kedudukan (darjat orang berilmu) yang membanggakan. Kerana selalu ingkar arahan guru ketika dialam persekolahan dahulu kini nasib kita ada sedikit
Apapun sekarang ini disaat kita sedang menerima “ganjaran dunia” sesuai dengan apa yang pernah kita lakukan sebagai seorang murid atau pelajar atau penuntut satu ketika dahulu, kita sering mengungkapkan kata-kata keluhan dan penyesalan. Kalaulah aku menjadi murid yang taat dan rajin ketika belajar dahulu sudah tentu aku mendapat kedudukan yang baik atau lebih baik dari kedudukan aku sekarang. Kita akhirnya mengakui Simpulan Bahasa Melayu yang sering diulang-ulang oleh guru ketika memberikan nasihat: “Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna”. Ketika guru menyebut simpulan bahasa itu bukan kita tak faham, cuma rasa menyesal itu yang gagal dibayangkan bagaimana rasanya.
Kini nak menyesalpun sudah tiada gunanya. Setiap kali rasa menyesal itu timbul maka setiap kali pulak kita akan terbayang wajah guru yang dulu pernah kita benci kerana tak jemu-jemu memberi nasihat yang menyebabkan kita jadi meluat, marah dan akhirnya jadi murid yang bermasaalah. Ya, bermasalah kerana terpengaruh dengan kawan atau rakan sebaya yang haho-haho yang terdapat dalam perjalanan antara sekolah dan rumah. Di rumah demikian nasihat, didikan serta bimbingan oleh ibu-bapa dan di sekolah pula sekian pengajaran serta tarbiyah oleh para guru yang berdidikasi. Ibu-bapa dan para guru ibarat menyiram dan mambaja setiap hari, namun liku-liku dan ranjau sepanjang jalan antara rumah dan sekolah bagaikan menyembur racun. Ibu-bapa dan guru ibarat mamberi madu sedangkan selain dari rumah dan sekolah hidangan racun bagaikan ABC, bagaikan Teh Tarek, bagaikan minuman kegemaran. (tak mahu sebut Coca Cola dan Pepsi produk US/Yahudi yang wajib di BOIKOT).
Siapa yang tidak tertarik dengan nama “Sure Heboh”, siapa yang tidak tergoda dengan Karaoke, Cyber Café, Pusat Permainan Video bahkan Pusat Snooker yang menjadi kegilaan para remaja yang gilakan hiburan kerana cuba lari dari tekanan suasana rumah dan persekolahan (kononnya). Walaupun tiada apa-apa tekanan di rumah dan juga di sekolah, tarikan untuk turut bergelumang dengan gejala sosial sesama remaja memang tidak mudah dikalahkan. Biasanya pertarungan melawan nafsu memang diungguli oleh syaitan, apabila kita kosong dari pengisian Iman dan Taqwa. Namanya juga remaja, bila masa dadanya dipenuhi Iman dan Taqwa? Sedangkan semasa pengisian Iman dan Taqwa itu remaja sering tuang, selalu sangat ponteng. Paling tidak anak-anak yang bermasalah ini akan terjebak dengan ROKOK bila dicabar dan dimalukan oleh kawan-kawan sebagai pondan, yang tragis apabila mereka terlibat dengan najis DADAH, dan yang paling tragis terlibat dalam kumpulan SAMSENG dan Mat Rempit.
Dalam dua daripada tiga (2/3) institusi iaitu rumah, sekolah dan “Ranjau dan Duri” antara keduanya yang berusaha mempertahankan kesucian dan maruah anak-anak pun masih ramai yang tewas atau kecundang dalam pergelutan menentang hawa nafsu tunggangan syaitan.
Thema Hari Guru 2009
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” itulah thema sempena hari guru tahun ini. Nampaknya memang GAH, tapi hakikatnya slogan akan hanya tinggal slogan dan thema akan hanya tinggal thema yang tidak akan membuahkan hasil apa-apa. Pihak guru dan Ibu-Bapa bagaikan sebelah tangan dan pihak ketiga (antara rumah dan sekolah) yang dikuasai oleh kerajaan (termasuk media
Apa yang ingin disarankan ialah supaya kita sama-sama berganding bahu berpegang tangan dengan hati dan tekad yang ikhlas berjuang kerana Allah SWT demi agama, bangsa dan negara. Tanpa ada keikhlasan, hasrat kita untuk melihat anak-anak kita berjaya adalah angan-angan kosong apa tah lagi untuk merealisasikan thema “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” jauh panggang dari api.
SELAMAT HARI GURU
Ambuyat nak ambil kesempatan sempena Hari Guru ini mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua pengunjung/pembaca artikel ini yang menjawat jawatan sebagai guru. Tidak lupa marilah sama-sama kita doakan guru-guru kita yang pernah mengajar kita dahulu dari peringkat rendah hingga kita menamatkan pengajian, semoga mereka semua dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia (yg muslim dan non-muslim) dan di akhirat (muslim sahaja) Insya Allah Amin ya Rabbal 3alamin!
Sekian terima(lah) kasih.
Ambuyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI