Calon PAS buat Abdullah tidak tidur lena di Kepala Batas |
Mohd Sabri Said Sun | Mar 09, 08 | 10:46:47 am MYT | |||||
KEPALA BATAS, 9 Mac (Hrkh) - Walaupun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menang di Parlimen P41 Kepala Batas tetapi cukup membuatnya 'tidur tak lena' dengan penurunan majoriti yang mendadak dalam pilihan raya umum ke-12 semalam.
Itulah reaksi awal bekas pencabarnya yang juga calon PAS, Ustaz Subri Md Arshad ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, kerjasama yang kuat antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal memberi isyarat kepada Dato' Seri Abdullah bahawa masa depan politik Kepala Batas lebih condong kepada Barisan Alternatif (BA). Beliau juga mengucap terima kasih pada pengundi seluruh parlimen kerana memberikan undi kepada BA terutamanya pengundi bukan Islam yang tinggal di pekan ekoran kesungguhan yang tinggi. "Saya kira walaupun tidak menang tapi dah cukup beri isyarat bahaya kepada Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang, " ujarnya. Beliau bertekad akan bekerja lebih efesyen di Parlimen Kepala Batas dan akan cuba menyusun berbagai aktiviti yang lebih terancang tambahan lagi negeri ini sudah dikuasai pembangkang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sokongan masyarakat di Kepala Batas kali ini menyukarkan Umno untuk bertapak lebih lama lagi kerana mereka kini hanya pembangkang. "Sebagai pembangkang Umno akan sedar betapa deritanya mereka selepas ini terutamanya penggunaan dewan kerajaan secara berleluasa. Umno dan BN selalu salahguna dewan masyarakat tapi kali ini mereka kena akur atau keluar dari mana-mana dewan yang menjadi bilik gerakan, " katanya. - mks. Cetak
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI