PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Jun 13, 2009

Ibu Mano: Tuhan akan tolong kami

Ibu Mano: Tuhan akan tolong kami
Jimadie Shah Othman | Jun 12, 09 2:58pm
kemaskini 7.25pm Daisy Fajarina tidak gentar berdepan dengan "orang-orang berpengaruh" di Malaysia bagi menegakkan dakwaan bahawa anaknya Manohara Odelia Pinot didera oleh menantunya Tengku Temenggong Kelantan.

"Saya bersedia menghadapi orang-orang berpengaruh. Saya bukan mahu takabur, tetapi (apa yang berlaku ini) sudah luar biasa sekali.

"Saya akan terus berjuang semaksima mungkin dan terus berserah kepada Allah yang Maha Esa," katanya kepada Malaysiakini melalui telefon hari ini.

"Semua yang berlaku kepada anak saya sehingga sekarang benar-benar di luar imaginasi. Saya percaya Tuhan akan menolong kami."

Daisy berkata, walaupun beliau mengkritik tindakan menantunya Tengku Muhammad Fakhry Petra tetapi beliau tidak menafikan "masih terdapat kerabat kesultanan Kelantan yang masih bergaul mesra dengan orang ramai."

daisy fajarina mother manohara odelia pinot 120609Daisy memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan polis menantunya, yang dikenali juga Tengku TT, terhadap beliau dan anaknya atas dakwaan memfitnahnya.

Dalam aduannya semalam, putera Sultan Kelantan itu dilaporkan menyifatkan tuduhan isteri dan ibu mertuanya sebagai "pembohongan besar."

Polis Kuala Lumpur menyerahkan kes yang dilaporkan itu untuk disiasat oleh polis Kubang Kerian, Kelantan.

Semalam, peguamnya Mohd Haaziq Pillay berkata, Tengku Muhammad Fakhry juga merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya berhubung tuduhan mereka, sejak April lalu.

Daisy berkata, setakat ini, beliau tidak perlu ke Malaysia untuk membantu siasatan polis berdasarkan laporan yang dibuat terhadapnya semalam.

"Saya tidak nampak keperluannya untuk ke sana. Soalnya sekarang, apakah mereka (Tengku Temenggong) berani datang ke Indonesia atau tidak?" katanya ketika mengulas kenyataan peguamnya Farhat Abbas hari ini.

Manohara, ibu disiasat

Farhat dilaporkan berkata beliau sendiri akan menemani anak guamnya ke Kuala Lumpur jika polis Malaysia memanggil Manohara dan Daisy susulan aduan polis Tengku Muhammad Fakhry.

Namun harus ada jaminan terlebih dahulu bahawa Manohara dan Daisy Fajarina dapat pulang ke Indonesia, lapor akhbar internet Detik.com.

Ketika Malaysiakini minta mengulas kemampuannya mencabar Tengku Temenggong melalui proses undang-undang, Daisy hanya berkata:

"Saya akan terus berjuang seperti sebelum ini."

Daisy bagaimanapun tidak dapat bercakap panjang kerana, menurutnya, beliau sedang diwawancara media Indonesia di Jakarta ketika itu.

Dalam perkembangan berkaitan, timbalan ketua polis Kelantan berkata polis akan mendapatkan keterangan Manohara dan Daisy untuk melengkapkan siasatannya.

Bercakap kepada New Straits Times petang ini, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menyatakan siasatan tersebut akan dijalankan bersama siasatan terhadap beberapa blog yang didakwa menfitnah kerabat istana Kelantan.

Tambahnya, siasatan itu dibuat bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan menfitnah.

Laporkan sendiri kes

Sementara itu, di Jakarta, kementerian luar Indonesia menyarankan Manohara agar melaporkan sendiri kesnya kepada polis Malaysia tanpa perlu mengadu kepadanya, lapor Detik.com.

Kementerian itu bagaimanapun sedia membantu proses aduan polis Manohara - mengulas hasrat bekas model muda itu untuk mengadu kepada kementerian isu yang sedang dihadapinya, minggu depan.

"Idealnya sebagai pihak yang berperkara, bisa langsung mendaftarkan perkaranya ke pihak polis Malaysia," jurucakap kementerian itu Teuku Faizasyah dipetik berkata hari ini.

"Kita akan fasilitasi jika diperlukan penyampaian berkas-berkas perkaranya ke sana."

Diminta mengulas aduan polis Tengku TT, Faizasyah menyerahkan sepenuhnya pada Manohara dan peguamnya.

Semalam, Farhat dilaporkan bercadang membawa kesnya kepada pengetahuan kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta jika Indonesia tidak mampu berbuat demikian.

"Dia kan juga warga negara Amerika. Kalau Indonesia nggak mampu (membantu laporan), ya kita ke Amerika," katanya, lapor akhbar web itu lagi.

Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS

Sumber
Jimadie Shah Othman | Jun 12, 09 4:55pm
Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.

Ahad lalu, usul yang dibawa PAS Shah Alam diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.

PAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.

Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar 2 petang Ahad ini bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.

Titah Sultan Perak mengenai keistimewaan Melayu disokong

Sumber

PANTAI REMIS: Tindakan mana-mana pihak yang mempertikaikan kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu adalah perbuatan melampau yang tidak sepatutnya timbul selepas sekian lama negara mencapai kemerdekaan dan dinaungi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata kedua-dua perlembagaan berkenaan mempunyai peruntukan yang jelas mengenai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

"Mana boleh mana-mana pihak mempertikaikan kepentingan Melayu dan Bumiputera kerana perkara itu telah termaktub dalam perlembagaan, malah ia merupakan perkara asas dalam perlembagaan kita," katanya ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam bahawa sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Hamdi berkata perlembagaan telah dibentuk hasil rundingan semua kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan dan diputuskan secara bersama sebagai menghormati hak Melayu dan bumiputera.

Beliau berkata pihak yang terus mempertikaikan kuasa itu sebenarnya ada agenda lain dan bukan dengan niat melaksanakan gagasan 1Malaysia tetapi lebih mirip kepada konsep "Malaysian Malaysia".

Pertubuhan bukan kerajaan, Gagasan Melayu Perak (GMP), pula menggesa masyarakat di negara ini menerima kenyataan Sultan Perak itu dan menyedari bahawa mereka tidak boleh mempersendakan Raja-raja Melayu.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail berkata rakyat pelbagai kaum perlu faham bahawa kemerdekaan negara dicapai selepas Raja-raja Melayu bersetuju mengorbankan kuasa autonomi mereka untuk bebas daripada penjajah British.

"Kita bangga kerana Tuanku berani bersuara dan menerangkan kepada rakyat agar mengerti dan faham tentang kuasa Raja-raja Melayu di dalam perlembagaan yang telah dipersetujui awal-awal dahulu," katanya.

Mohd Hilmi berpendapat titah Sultan Perak itu tepat pada masanya kerana sudah ada kedengaran suara yang mempertikaikan kuasa raja malah ada yang mahu Malaysia menjadi sebuah republik.

Turut menyokong titah Sultan Perak ialah Dewan Pemuda Pas Perak dan Pemuda Umno Perak.

Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak, Salman Saleh, berkata dewan itu menyokong saranan yang dititahkan itu kerana ia selaras dengan asas Raja Berperlembagaan yang diamalkan.

Beliau berkata Pemuda Pas akan memberikan komitmen jitu dalam usaha memahamkan seluruh rakyat mengenai asas-asas yang telah dibawa sejak merdeka lagi.

"Akibat rakuskan kuasa, sesetengah pihak sanggup menolak dan menafikan keutuhan sistem Raja Berperlembagan ini sebagai prinsip," katanya.

Ketua Pemuda Umno Perak, Maslin Shah Razman berkata negara ini ditubuhkan atas dasar kesefahaman antara kaum dengan berpegang kepada Perlembagaan yang menjadi teras penubuhan dan pembinaan negara bagi memenuhi dan melindungi hak semua kaum.

"Sebarang tindakan mempertikai kuasa Agung dan Raja Melayu merupakan tindakan yang melanggar peruntukan asas dalam perlembagaan. Seharusnya semua individu termasuk ahli politik perlu menghormati perlembagaan berkenaan dan jangan disebabkan kepentingan tertentu maka asas yang kita samasama persetujui semasa kemerdekaan negara dicapai diketepikan," katanya. BERNAMA

Mangsa dera dipertemukan dengan kakaknya

Sumber
PEMBANTU rumah warga Indonesia, Siti Hajar, 33, sebak apabila menceritakan pengalamannya didera semasa diketemukan dengan kakak sulungnya, Nani Suriani (kiri) di Kedutaan Indonesia hari ini. Siti Hajar yang berasal dari Jawa Barat, dilaporkan didera selama tiga tahun bekerja dengan majikannya di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Beliau melarikan diri dari rumah majikan dan bertindak mendapatkan perlindungan dari Kedutaan Indonesia di sini. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Suasana sebak dan pilu menyelubungi pekarangan lobi Kedutaan Indonesia di sini tengah hari tadi apabila pembantu rumah warga Indonesia Siti Hajar yang didera majikannya dipertemukan dengan kakaknya, Nani Suriani selepas hampir tiga tahun tidak berjumpa.

Siti Hajar yang berasal dari Garut, Jawa Barat mendakap erat Nani hampir 10 minit sambil menitiskan air mata kegembiraan. Mereka kemudian dibawa ke sidang akhbar yang turut dihadiri Duta Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bactiar, wakil media tempatan dan Indonesia.

Ketika ditanya perasaannya, Siti Hajar, 33, yang masih memakai kain pembalut luka di lengan dan lehernya itu melahirkan perasaan syukur tidak terhingga dan gembira kerana dapat bertemu kakaknya itu.

"Saya gembira... banyak kenangan yang sama-sama kami kecapi di kampung... saya paling rapat dengannya," katanya.

Siti Hajar berkata, beliau mahu majikannya diberi hukuman setimpal kerana telah mencederakannya dan meninggalkan kesan trauma dalam hidupnya.

"Saya hanya mampu menyebut "Allahuakhbar" setiap kali didera... saya tertanya bilakah penderitaan ini akan berakhir dan syukur segalanya telah selesai," katanya.

Isnin lepas Siti Hajar keluar dari rumah tanpa disedari majikannya dan terus ke kedutaan dengan bantuan seorang pemandu teksi bagi mendapatkan perlindungan.

Beliau kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut selama empat hari dan hanya dibenarkan keluar tengah hari tadi.

Siti Hajar berkata beliau menyerahkan kepada polis dan kedutaan untuk menyiasat kejadian ini.

Nani Suriani, kakak sulung dari empat beradik itu berkata, sejak Siti Hajar bekerja di Malaysia, mereka terputus hubungan dan beliau hanya mengetahui nasib adiknya itu melalui Kedutaan Indonesia di Malaysia dan media yang melaporkan peristiwa malang tersebut.

"Kami berasal dari keluarga yang susah, sejak tidak berhubungan kami sekeluarga sentiasa berusaha mencari adik saya ini namun sukar mendapat sebarang maklumat sehinggalah kisah sedih yang menimpanya keluar di media," katanya.

Sementara itu, Da'i berkata, kedutaan itu akan bekerjasama dengan polis membantu siasatan kes ini.

"Kita perlu tunggu hasil siasatan penuh dari polis dan laporan kesihatan Siti Hajar dilengkapkan sebelum boleh melakukan usaha membawanya pulang ke Indonesia," katanya.

Beliau berkata, Siti Hajar akan ditempatkan di rumah perlindungan yang disediakan kedutaan sementara menunggu hasil siasatan polis siap. BERNAMA

Pelabuhan Klang, Cheras catat kualiti udara tidak sihat


Pelabuhan Klang, Cheras catat kualiti udara tidak sihat

PETALING JAYA: Cheras dan Pelabuhan Klang merupakan dua kawasan yang mencatatkan kualiti bacaan udara tidak sihat hari ini, masing-masing di paras API 107 dan 138.

Pembakaran terbuka juga telah dikesan di beberapa bahagian dalam daerah Sepang dan kawasan Johan Setia di Kuala Lumpur.

Sehingga pukul 11 pagi tadi, Jabatan Alam Sekitar mendapati 30 lagi kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana manakala 18 lokasi merekodkan bacaan baik.

Kawasan lain yang mencatatkan julat tidak sihat di antara 101 dan 200 termasuklah Shah Alam (95), Petaling Jaya (92) dan Kajang (97).

Sehingga tengah hari tadi, jarak penglihatan di Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah kurang empat kilometer.

Petaling Jaya merekod bacaan-bacaan jarak penglihatan dua kilometer pada pukul 9 pagi dan kemudiannya bacaan itu bertambah baik kepada lima kilometer pada pukul 12 tengah hari.

Sementara itu REUTERS melaporkan jumlah kebakaran hutan di Indonesia yang semakin meningkat turut memberi kesan jerebu kepada Malaysia.

Sehingga kini 47 "titik panas" direkodkan di wilayah Riau di Sumatera.

Rekod tersebut berdasarkan pengawasan satelit dan suhu dikesan pada tahap luar biasa tinggi ialah 35 darjah Celcius (95 F).

"Bilangan titik panas berpotensi untuk meningkat dan situasi jerebu bertambah buruk jika tiada hujan," kata ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik di Riau, Blucer Dolok Saribu.

Mainan komputer tulisan jawi

Sumber

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melakar kejayaan dengan penghasilan permainan komputer berasaskan tulisan jawi yang dinamakan My Jawi Games.


NOOR AZLI menunjukkan pingat emas yang diterimanya kerana berjaya menghasilkan permainan komputer berasaskan tulisan jawi.


MENGIKUT catatan sejarah, tulisan jawi wujud di Nusantara sejak abad ke-14. Pembangunannya dikaitkan dengan penyebaran Islam dari Tanah Arab.

Di Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan jawi sedikit demi sedikit hilang pengaruh berikutan perkembangan tulisan rumi, isu memartabatkan tulisan jawi mula diperkatakan.

Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan jawi dilatari kewajipan mempelajari ilmu agama, yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun, keistimewaan tulisan jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Justeru, sebarang usaha dalam mengetengahkan penggunaan tulisan jawi tentunya berbaloi.

Baru-baru ini, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melakar kejayaan dengan penghasilan permainan komputer berasaskan tulisan jawi yang dinamakan My Jawi Games.

Dicipta oleh pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Informasi KUIS, Noor Azli Mohamed Masrop, 37, permainan ini boleh dikategorikan sebagai satu aplikasi mobile learning atau kaedah pembelajaran cara mudah alih.

Pada Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-20 (20th International Invention, Innovation and Technology Exhibition - ITEX 2009) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 15 hingga 17 Mei lalu, My Jawi Games memenangi Anugerah Pingat Emas.

Pameran itu melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi, pertubuhan, syarikat dan individu dari dalam dan luar negara.

Cerita rakyat

My Jawi Games direkabentuk berasaskan cerita rakyat Pahang iaitu Azimat Awang Miskin dengan menggunakan platform animasi multimedia Adobe Flash sepenuhnya.

Cerita Azimat Awang Miskin mengisahkan seorang anak yatim piatu, Awang yang merantau untuk menuntut ilmu. Dalam pengembaraannya, Awang perlu menghadapi pelbagai cabaran.

Melalui tujuh modul, pengguna dicabar dengan pelbagai aktiviti seperti mengutip dan mengira buah-buahan, mendaki bukit, menyeberang sungai yang penuh buaya, memasak dan menangkap ikan.

"Alhamdulillah, permainan ini dapat disiapkan dalam tempoh kira-kira setahun," kata Noor Azli, yang telah berkhidmat di KUIS selama 13 tahun.


NOOR AZLI (tengah) menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya kepada Mohd. Adanan(kanan) di Kuala Lumpur.


"Saya amat berterima kasih kepada KUIS kerana memberikan kerjasama dan bantuan, termasuk cuti bergaji penuh," tambahnya.

Projek ini juga mendapat sokongan daripada pelajar serta guru sekolah, yang memberikan maklum balas dan nasihat berkenaan pendekatan pembelajaran di sekolah.

Permainan ini telah diuji di beberapa buah sekolah di sekitar Bangi dan mendapat sambutan yang amat baik. Hasilnya, ada murid sekolah terlibat yang sebelum ini tidak cekap membaca tulisan jawi kini dapat membacanya dengan lancar.

Objektif dan sasaran

My Jawi Games dihasilkan bertujuan memperkasa dan memartabat tulisan jawi bermula di peringkat kanak-kanak.

Dengan menggabungkan pembelajaran tulisan jawi bersama cerita rakyat, penghasilan My Jawi Games dilihat sebagai menyahut saranan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mahu menjadikan tulisan jawi serta cerita rakyat sebagai warisan negara yang sentiasa diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, My Jawi Games memberi pendedahan kepada pengguna, iaitu kanak-kanak menguasai teknologi maklumat dan multimedia dengan cara yang menyeronokkan.

Idea untuk menghasilkan permainan ini bermula apabila bapa kepada lima orang anak ini sering mendengar kes pelajar ponteng sekolah dan mengunjungi pusat permainan video.

Bertolak daripada rasa tanggungjawab yang menebal, Noor Azli berusaha mencari alternatif yang dapat membendung gejala tersebut.

"Lumrah kanak-kanak sukakan permainan yang menggembirakan, saya membina permainan jawi yang sekali gus dapat memberi motivasi dan nilai-nilai murni kepada mereka," kata Noor Azli.

Menurut Noor Azli, projek ini dihasilkan bagi melengkapi sebahagian daripada kajian beliau di peringkat kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijangka selesai pada tahun hadapan.

Rancangan masa hadapan

Harapan Noor Azli, My Jawi Games dapat diterima ramai.

Anak kelahiran Selangor ini berkata, permainan ini belum dipatenkan lagi kerana masih dalam peringkat percubaan.

Beliau ingin terus menjalankan percubaan di mana-mana pusat pendidikan untuk memenuhi syarat permohonan paten bagi permainan ini.

Noor Azli, yang pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo pertandingan Kemahiran ASEAN, berhasrat menaik taraf dan mempelbagaikan lagi ciptaannya agar penggunaannya tidak terhad kepada peringkat awal pembelajaran sahaja, malah sesuai untuk semua peringkat umur.

Contohnya, pendekatan tulisan jawi boleh digunakan dalam permainan komputer berunsur aksi lasak yang digemari oleh golongan remaja.

Melihat lebih jauh ke hadapan, Noor Azli juga mengimpikan untuk menerapkan penggunaan tulisan jawi dalam pembelajaran matematik dan sains, sebagaimana ia boleh diajar dalam bahasa Inggeris pada masa ini.

"Dalam semangat yang sama, jika tulisan jawi dapat diangkat sebagai satu daripada komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dinilai dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkemungkinan murid akan lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajari jawi," kata Noor Azli.

Menurutnya, pelbagai usaha penyelidikan melibatkan tulisan jawi sememangnya telah dan sedang dijalankan di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya seperti penciptaan pemproses perkataan jawi, penukar rumi-jawi, pengimbas jawi, penukar laman web rumi ke jawi dan perisian pembelajaran jawi.

My Jawi Games pula sebagai permainan komputer diharap akan menjadi permulaan kepada satu lagi sumbangan ke arah memartabatkan tulisan jawi.

Rektor KUIS, Datuk Mohd. Adanan Isman berkata, My Jawi Games merupakan satu penemuan inovasi yang baik.

"Dahulu, kita mendapat sumber bacaan jawi daripada kitab-kitab, surat khabar serta makalah-makalah, tetapi (kini bahan-bahan ini) kurang mendapat sambutan," katanya.

Menurutnya, penemuan teknologi yang sangat menarik ini diharapkan dapat memberi suntikan baru kepada pembangunan tulisan jawi. - Bernama

Peminjam wang dibunuh ala mafia

Sumber


Kok Chin (kiri) memeriksa lokasi Kolandasamy dibunuh di Kampung Kuala Garing, Rawang semalam.


GOMBAK – Kemunculan sebuah kereta Ford berwarna kelabu bersama tiga lelaki di Kampung Kuala Garing, Rawang di sini semalam membawa ajal kepada seorang ketua kampung yang ditembak dan ditetak hingga mati.

Pembunuhan ala Mafia terhadap D. Kolandasamy, 47, berlaku pada pukul 8.22 pagi ketika mangsa berada di hadapan rumahnya sambil memerhati ternakannya.

Dua daripada tiga lelaki tersebut turun dari kereta dan menghampiri Kolandasamy sebelum mereka melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa.

Selepas ditembak, kepala dan leher mangsa kemudian ditetak beberapa kali dipercayai bagi memastikan mangsa mati.

Isteri mangsa, K. Renganagei, 51, yang sedang bersarapan keluar menjenguk selepas hairan terdengar bunyi bising orang bertengkar dengan suaminya.

“Sebaik dua lelaki nampak saya mereka bertanya sama ada saya nampak atau tidak kejadian tembakan itu.

“Belum sempat saya menjawab, salah seorang lelaki itu melepas satu das tembakan ke arah saya tetapi nasib baik ia tersasar,” cerita Renganagei.

Angin bencana dari Sumatera

Sumber


SEORANG lelaki tetap keluar memancing dalam keadaan udara tidak sihat di Pelabuhan Klang iaitu kawasan paling teruk dilanda jerebu yang dirakam pada pukul 1.25 petang semalam.


KUALA LUMPUR – Peningkatan jumlah titik panas di Sumatera serta arah tiupan angin ke Malaysia memberi petanda awal jerebu yang melanda negara ini bukan sahaja dijangka berpanjangan tetapi juga dikhuatiri bertukar lebih buruk.

Imej satelit mengesan 47 titik panas di Riau, Sumatera semalam dengan suhu 35 darjah Celsius iaitu melebihi paras normal.

Ketua Jabatan Cuaca, Meteorologi dan Geofizik Riau, Blucer Dolok Saribu memberitahu Reuters, bilangan titik panas itu dijangka meningkat dan menyebabkan jerebu tebal jika tidak ada hujan.

Beliau berkata, cuaca panas sekarang dijangka kekal sehingga Ogos sebelum tibanya musim hujan mulai September.

Penganalisis meteorologi di Pekan Baru, Riau, Rahmad Tauladani berkata, angin telah meniup jerebu dari Sumatera yang mengehadkan jarak penglihatan setakat enam kilometer ke Semenanjung Malaysia.

Sementara itu di ibu negara, tiga kawasan iaitu Batu Muda, Cheras dan Pelabuhan Klang mencatat tahap kualiti udara tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Tiga ahli Geng Mamak tumpas

Sumber


KERATAN Kosmo! 3 September 2008.


KUALA LUMPUR – Tiga ahli Geng Mamak termasuk dua beradik yang sering terbabit dengan jenayah besar termasuk aktif menyamun kereta mewah ditahan semalam.

Tangkapan ketiga-tiga suspek itu adalah hasil siasatan dan risikan terhadap dua kejadian kereta mewah hilang beberapa hari lalu.

Sebuah membabitkan kereta BMW yang hilang di Damansara Selasa lalu manakala sebuah lagi membabitkan kereta Toyota Camry yang hilang di Batu 9, Kajang baru-baru ini.

Satu sumber berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 2 petang di sebuah restoran 24 jam di Kota Kemuning, Shah Alam.

Suspek yang ditangkap di restoran itu popular dengan panggilan ‘Joe Mamak’.



Obama guna pengalaman hidup baiki imej AS

Sumber

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama baru-baru ini mendapat banyak pujian kerana ucapannya mengenai dunia Islam.

Ucapan yang dibuat oleh Obama di Kaherah, Mesir pada minggu lalu itu turut mendapat reaksi positif di kalangan pemimpin dan golongan intelektual.

Ketika berucap di Kaherah, Obama cuba mengikis tanggapan buruk terhadap Islam yang kerap dikaitkan dengan keganasan.

Ketika berucap di hadapan 4,000 orang, Obama menyatakan Amerika dan Islam berkongsi prinsip keadilan dan kemajuan, toleransi serta maruah manusia.

Obama berkata: "Saya bersimpati tetapi sehingga negara-negara Islam boleh bertoleransi berhubung kewujudan kitab Injil atau pemakaian lambang salib oleh seorang paderi tentera dalam sempadan mereka, kita tidak berkongsi prinsip yang sama itu."

Ada pihak berpendapat George W. Bush yang melancarkan perang ke atas Iraq tidak akan berucap dengan nada serupa seperti Obama.

Sebelum ini ketika AS diperintah oleh Bush selama dua penggal, penduduk Islam di seluruh dunia berasa terhina apabila agama mereka dikaitkan dengan keganasan.

Cara penganut Islam diperiksa di lapangan terbang di Barat dan AS turut mengaibkan mereka selain dipandang serong selepas serangan pengganas 11 September 2001 di New York, AS.

Namun, apakah yang menyebabkan Obama boleh membuat ucapan sedemikian rupa?

Latar belakang hidup Obama dan Bush sebenarnya jauh berbeza.

Obama pernah hidup di Indonesia iaitu sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk Islam di dunia.

Presiden AS itu turut mempunyai saudara-maranya yang beragama Islam di Afrika.

Justeru Obama yang dilayan baik ketika beliau hidup di Indonesia yang menjadi lokasi serangan pengganas pada 2002 di Bali lebih banyak mengetahui mengenai Islam berbanding Bush.

Buat masa ini, Presiden AS itu menjadi kebanggaan sebahagian penganut Islam kerana usahanya yang mahu membaiki hubungan AS dengan dunia Islam.

Pastinya, pengalaman hidup Obama di Indonesia menyebabkan beliau berani menongkah arus Bush yang popular kerana dasar luarnya mencetuskan banyak kontroversi terutamanya melibatkan dunia Islam.

Jumpa tengkorak di Marikh

Sumber




GAMBAR dalam bulatan menunjukkan objek mirip tengkorak manusia yang ditemui di Planet Marikh.SYDNEY - Seorang pemerhati objek terbang yang tidak dikenali (UFO), Michael Middleton menjadi terkenal selepas dia mendakwa terdapat tengkorak dalam gambar planet Marikh yang dirakamkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Middleton menemui objek yang menakutkan itu dalam sekeping gambar yang dirakamkan oleh kapal angkasa kawalan jauh iaitu Spirit Space Robot milik NASA dan disiarkan di laman web agensi berkenaan baru-baru ini.

Penemuan itu berlaku selepas satu objek yang didakwa sebagai tengkorak makhluk asing dijumpai di permukaan Marikh baru-baru ini.

Warga Australia tersebut mendakwa tengkorak berwarna putih seperti tulang manusia itu kelihatan terserlah berbanding latar belakang permukaan planet itu. - Agensi

Kafe tertinggi di United Kingdom

Sumber


GAMBAR menunjukkan bangunan yang menempatkan kafe yang tertinggi di United Kingdom.


LONDON - Kafe yang tertinggi di United Kingdom (UK) dibuka semula kepada orang awam semalam setelah menjalani pengubahsuaian dengan kos mencecah £8 juta (RM45.87 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Ia yang terletak di puncak Gunung Snowdown, Wales pada ketinggian 1,112 meter itu diubah suai atas arahan pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles yang tidak berpuas hati dengan keadaan strukturnya pada masa itu ketika melawatnya lima tahun lalu.

Struktur baru itu kini dibina kukuh untuk menahan keadaan cuaca melampau selain dilengkapi dinding gelas yang menawarkan pemandangan indah kepada para pengunjung.

Kafe itu terletak dalam bangunan yang diberi nama Hafod Eryri.

Ia turut memiliki sebuah kedai dan pusat pendidikan. - Agensi

40 dara kawal Gaddafi di Rom

Sumber


GAMBAR menunjukkan Gaddafi (tengah) dikawal oleh seorang pengawal peribadi wanitanya ketika beliau disambut oleh Berlusconi (kiri) di Rom, Itali pada Rabu lalu.


ROM - Kunjungan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ke Itali mendapat liputan meluas media apabila beliau membawa ratusan pengiring termasuk 40 pengawal peribadi wanita yang masih dara, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berkenaan mencipta kejutan apabila tiba di sini pada Isnin lepas dengan diiringi 300 kakitangan yang menaiki tiga pesawat Airbus dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Silvio Berlusconi.

Seperti biasa, Gaddafi membawa bersama sebuah khemah besar yang didirikan di sebuah taman di sini untuk dijadikan tempat tinggalnya sepanjang lawatan itu.

Setiap anggota pasukan pengawal peribadi wanita Gaddafi memakai pakaian seragam dan membawa raifal separa automatik tetapi pada masa sama mereka tidak melupakan ciri-ciri kewanitaan dengan memakai mekap, gincu dan pewarna kuku.

Pemimpin berusia 67 tahun itu merupakan antara diktator paling taksub di dunia dan beliau tidak suka kalah kepada sesiapa kecuali kepada pasukan 40 pengawal wanita itu yang rela berkorban untuknya pada bila-bila masa.

Semua pengawal wanita Gaddafi perlu mengangkat sumpah taat setia dan mereka tidak sesekali akan meninggalkan beliau bersendirian dan wanita berstatus dara sahaja akan diterima menyertai pasukan elit itu.

Mereka menerima latihan di sebuah kolej khas dan perlu lulus ujian fizikal ketat selain mahir membunuh, menggunakan senjata api dan pakar dalam seni mempertahankan diri.

- Agensi

Jumaat, Jun 12, 2009

PAS kutuk serangan di Selatan Thailand

PAS kutuk serangan di Selatan Thailand
Irwan Muhammad Zain
Fri | Jun 12, 09 | 12:26:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut.

"PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku.

"Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan, PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.

PAS, kata Hadi, tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak di Selatan Thailand.

Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka. - mns_

Pemuda Pakatan debat halatuju PAS

Sumber
Jun 12, 09 12:20pm
Tiga Ketua Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.

Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Seorang lagi panelis ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Majlis tersebut - Sembang Kopitiam anjuran Angkatan Muda PKR (AMK) Selangor dan Shah Alam - membawa tajuk 'Pasca muktamar PAS - kerajaan perpaduan?'

Dalam satu kenyataannya, ia berkata majlis tersebut diadakan mulai jam 8 malam bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam.

Menurutnya, banyak isu yang kontroversi timbul selepas muktamar PAS minggu lalu, antaranya penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno, pemansuhan 30 peratus ekuiti bumiputera dan usul menggesa pengharaman Sistem in Islam (SIS) yang membawa aliran Islam liberal.

Pekembangan tersebut, kata kenyataan itu, telah menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan orang ramai, termasuk golongan muda yang ingin melihat perubahan tulen selepas tsunami politik yang berlaku tahun lalu.

Menurutnya lagi, empat persoalan utama yang bakal dibincangkan dalam majlis tersebut ialah:

bullet button Dengan pimpinan baru yang dipilih, ke manakan PAS ingin menuju selepas muktamar?

bullet button Mengapakah Presiden PAS ingin mengutarakan tentang konsep kerajaan perpaduan?

bullet button Apakah persediaan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan telah dijalankan dalam Pakatan Rakyat?

bullet button Bagaimana hubungan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat?

"Kesemua persoalan akan dikupas oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin muda masakini," kata kenyataan tersebut.

Manohara sedia disiasat polis KL

Sumber
Jun 12, 09 11:29am
kemaskini 1.35pm Manohara Odelia Pinot dan ibunya bersedia ke Malaysia jika dipanggil untuk disiasat polis berhubung isu melemparkan dakwaan palsu didera oleh suaminya Tengku Temenggong Kelantan, kata peguamnya.

Seorang peguam bekas model muda itu, Farhat Abbas berkata beliau sendiri akan menemani anak guamnya ke Kuala Lumpur jika polis Malaysia memanggil mereka berdua susulan aduan polis Tengku Muhammad Fakhry Petra semalam, lapor Detik.com.

Namun harus ada jaminan terlebih dahulu bahawa Manohara dan Daisy Fajarina dapat kembali pulang ke Indonesia, lapor akhbar internet itu lagi.

"Kalau ada jaminan kedutaan besar Amerika Syarikat dan Indonesia tentang keselamatan mereka, boleh saja," Farhat dipetik berkata hari ini.

police report tengku muhammad fakhry petra lawyer mohd haaziq pillay soberi manohara pc 120909 03Tengku Temenggong membuat aduan polis terhadap isterinya - yang mendakwa putera Sultan Kelantan itu memperlakukannya "seperti binatang" - bersama seorang peguamnya petang semalam di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Menurut peguamnya Mohd Haaziq Pillay (foto atas, kiri), Tengku Muhammad Fakhry menafikan segala dakwaan yang dilemparkan oleh Manohara dan Daisy.

"Laporan (polis) yang telah dibuat adalah terhadap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut. Laporan itu mengatakan Manohara dan ibunya (menfitnah)," kata Mohd Haaziq.

Sementara itu, satu blog yang sering membela Tengku Temenggong Kelantan sejak dakwaan negatif dihadapkan kepadanya April lalu, Truth Appeared, mempertikaikan tindakan Manohara mendedahkan foto-foto bahagian badannya kepada media kelmarin.

"Tidak malukan Manohara untuk mendedahkan supaya orang lain dapat melihat selain daripada suaminya.

"Ingat, Manohara adalah masih lagi isteri TT (Tengku Temenggong) yang sah dan haram untuk orang lain memegang dan melihat aurat isterinya," satu artikel terbaru blog itu dipetik.

"Sesiapa yang menjamah dan melihat isipadu tubuh Manohara tanpa mendapat izin suaminya adalah haram dan boleh diambil tindakan undang-undang dengan tuduhan sengaja menjamah dan melihat tubuh badan Manohara tanpa kebenaran suami."

Blog tersebut, dipercayai dibangunkan oleh orang Malaysia yang mempunyai maklumat tentang hubungan pasangan diraja itu, mengulas tindakan Manohara menjalankan pemeriksaan perubatan rapi untuk mengukuhkan dakwaannya didera.

Manakala beberapa foto yang mendedahkan kesan-kesan luka di badan Manohara - dilaporkan akibat penderaan suaminya - didedahkan kepada media.

manohara odlia pinot kelantan 260509Truth Appeared mempertikaikan foto-foto itu yang tidak menunjukkan payudara Manohara, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, walaupun mendakwa bahagian badan itu juga meninggalkan kesan didera.

"Dan tidak nampak pun buah dada di dalam gambar itu yang mana Manohara sendiri mengaku dan menunjukkan di depan televisyen bahawa bahagian buah dada adalah tempat yang disilet-silet oleh TT," kata penulis blog itu lagi, yang tidak pernah mendedahkan identitinya.

Selain membela Tengku Muhammad Fakhry, blog itu sejak awal menerbitkan pelbagai siri foto pasangan diraja tersebut yang menunjukkan mereka berdua mesra dan tiada sebarang masalah rumah tangga.

Cadangan wajib lulus MUET syarat masuk universiti

Sumber
Muda Mohd Noor | Jun 11, 09 9:30pm
Pemuda Umno mencadangkan supaya pelajar diwajibkan lulus ujian bahasa Inggeris MUET sebagai syarat memasuki universiti tempatan.

"Ia bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dan universiti," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Ketika ini, katanya, 70 peratus pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus ujian bahasa Inggeris dan 30 peratus lagi gagal dalam subjek itu.

"Mereka yang gagal itu kerana lemah dalam kefahaman bahasa Inggeris," katanya.

Pada masa ini, para mahasiswa hanya diwajibkan lulus MUET semasa pengajian untuk layak mendapatkan ijazah.

Mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Khairy berkata, Pemuda Umno akan mendapatkan hasil kajian dari kementerian pelajaran mengenainya.

Katanya, Pemuda Umno perlu menlihat kajian yang lebih saintifik sama ada dari kumpulan yang menyokong atau menentang PPSMI.

Perlu kajian berkecuali


"Kita perlukan kajian yang berkecuali, kajian yang menyokong dan menentang dasar itu mungkin prejudis.

"Kelemahan PPSMI ialah guru-gurunya tidak dapat menyampaikan maklumat dalam bahasa Inggeris kepada pelajarnya di kawasan tertentu, kawasan luar bandar umpamanya," katanya.

Mengenai cadangan mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM, Khairy berkata, walaupun bersetuju tetapi Pemuda Umno tidak mahu ia dibuat secara terburu-buru.

Khairy berkata, kementerian pelajaran mesti menyediakan cukup guru bahasa Inggeris untuk mengajar subjek tersebut.

"Kita perlukan tenaga pengajar yang cukup dan terlatih dan kalau tidak cukup, boleh mengambil guru dari Australia dan England.

"Boleh juga mengambil guru bahasa Inggeris yang sudah bersara untuk mengajar subjek tersebut," katanya selepas mesyuarat exco pergerakan itu di ibunegara hari ini.

Khairy juga berkata, kementerian pelajaran perlu mencari kaedah untuk mempertingkatkan pendedahan kepada subjek bahasa Inggeris.

Kaedah itu, katanya, termasuk jam pertuturan yang lebih banyak dan lebih menyeluruh lagi.

Lagi p'raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan

Sumber
Athi Veerangan | Jun 11, 09 5:37pm
Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 05Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 03Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Wanita mati ditikam suami, dua anak cedera

Sumber

KLANG: Seorang bekas kontraktor disyaki menikam isterinya bertubi-tubi sehingga mati dan mencederakan dua anak perempuannya sebelum melarikan tiga lagi anaknya dalam kejadian di Taman Seri Andalas di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata kejadian berlaku pada 9 pagi, apabila suspek yang berumur 54 tahun dan dipercayai mengalami gangguan mental, mengamuk akibat perselisihan faham dengan isterinya yang berusia 47 tahun itu.

"Pergaduhan itu berlarutan ke lorong belakang rumah apabila mangsa melarikan diri dengan baju berlumuran darah sambil dikejar suspek yang membawa pisau. Pada masa yang sama, dua anak perempuan mangsa berusia 14 dan 23 tahun dengan pakaian berlumuran darah kerana cedera dipercayai dilibas dengan pisau dilihat cuba menghalang bapa mereka daripada terus menyerang mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohamad berkata mayat wanita itu ditemui terbaring 20 meter dari pintu belakang rumahnya dengan kesan tikaman dan tetakan pada leher, perut, dada, belakang badan serta tangan.

Beliau berkata polis menahan suspek kirakira 3.55 petang tadi di Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa di sini ketika sedang memandu kenderaannya dipercayai sebaik menghantar tiga anaknya berusia 10, 11 dan 13 tahun di rumah seorang rakannya di kawasan perumahan berhampiran.

"Kita tengah siasat motif pembunuhan kerana berdasarkan maklumat daripada penduduk sekitar, pasangan suami isteri itu kerap bergaduh dan tidak suka bercampur dengan jiran," kata Mohamad.

Pasangan itu mempunyai sembilan anak berumur antara 10 dan 23 tahun.

Mohamad berkata seorang lagi wanita yang juga isteri suspek meninggal dunia lapan tahun lepas, dipercayai menggantung diri kerana masalah keluarga.

Seorang jiran, Nurfateha Abdul Hamid, 19, ketika ditemui di tempat kejadian berkata beliau terkejut apabila terdengar jeritan dan melihat kelibat seorang lelaki mengejar seorang wanita dengan pisau disusuli dua lagi wanita di belakangnya.

"Bila saya tengok luar tingkap dapur rumah saya, saya ternampak lelaki yang merupakan jiran saya heret isterinya melalui lorong belakang rumah saya sambil dua anak perempuannya yang dibasahi darah menangis dan bercakap dalam bahasa Tamil.

"Kemudian saya lihat lelaki itu menikam leher isterinya lebih tiga kali dengan pisau panjang sebelum dia masuk ke dalam rumah dan membawa lari tiga lagi anaknya," katanya.

Nurfateha, seorang pelajar kolej, berkata beliau dan tiga adiknya hanya mampu memerhatikan kejadian itu dari tingkap rumah mereka dan keluar sebaik sahaja lelaki itu melarikan diri.

"Saya pergi lihat keadaan wanita itu dan nampak tiga lubang di lehernya selain baju dan seluarnya berlumuran darah sementara dua anaknya hanya menangis dan memberitahu saya ibunya sudah mati," katanya. BERNAMA

Putera Kelantan buat laporan polis nafi dakwaan Manohara

Sumber

KUALA LUMPUR: Setelah pelbagai tuduhan dilemparkan oleh isterinya Manohara Odelia Pinot mengenai penganiayaan sepanjang perkahwinan mereka, akhirnya Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra tampil membuat penafian.

Putera Sultan Kelantan itu semalam membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 7 malam ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay.

Pada sidang akhbar sejurus selepas laporan dibuat, Mohd Haaziq berkata: "Satu laporan polis telah dibuat petang ini oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan...kami akan menimbang tindakan undang-undang berhubung dakwaan palsu terhadap Tengku.

"Kita tidak mahu mengulas apaapa, biarlah pihak berkuasa siasat," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan akan dipindahkan ke Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan kerana kes itu didakwa berlaku di Istana Kelantan yang terletak dalam daerah itu.

Manohara, bekas model muda Indonesia, pulang ke Indonesia pada 31 Mei lepas dari Singapura ketika beliau berada di republik itu menemani suaminya melawat Sultan Kelantan di hospital Mount Elizabeth.

Sebaik saja berada di Indonesia, Manohara yang dikahwini Tengku Temenggong pada Ogos tahun lepas dilaporkan membuat pelbagai kenyataan di media Indonesia termasuk dakwaan dianiayai oleh suami.

Akhir bulan lepas, Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan isu Manohara merupakan urusan peribadi suami isteri. BERNAMA

Ancaman meninggalkan solat Jumaat

Sumber

MENINGGALKAN solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah S.A.W, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: "Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?" (Muslim)

Huraian

Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Maizawati terkilan ditipu...

Sumber

Maizawati bakal bergelar Duta program BondaMama setelah kontrak ditangani. -foto mStar

SAYA hampir tertipu..," jelas Maizawati Zainal, isteri Akhil Hayy yang hampir menarik diri daripada bergelar duta program BondaMama oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH).

Maiza berkata demikian setelah seorang wanita menghampiri beliau baru-baru ini dan memberitahu sesuatu yang menghakis kepercayaannya tentang YPNH.

“Saya agak cemas juga kerana pada waktu itu saya tidak tahu apa-apa dan belum lagi membuat persetujuan.

"Selepas menyiasat dan bersemuka dengan pihak YPNH petang semalam, saya dapati ada salah faham," kata Maiza yang teruja untuk meneruskan khidmatnya sebagai Duta BondaMama.

Program BondaMama merupakan program kerja dari rumah yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bagi membantu ibu-ibu tunggal dan wanita-wanita bekerjaya untuk bergantung antara satu sama lain dalam usaha membimbing, mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.

Bonda merupakan gelaran kepada surirumah sepenuh masa yang berhasrat untuk menjadi pengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah mereka. Oleh itu, mereka akan diberikan latihan khas oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dengan kerjasama Universiti Malaya di bawah Unit Pendidikan Berterusan.

Sementara Mama pula adalah gelaran kepada ibu bapa yang memerlukan pengasuh untuk anak-anak mereka semasa mereka keluar bekerja.

Ditanya mengapa baru sekarang Maiza berasa gembira dengan perlantikannya berbanding ketika sidang media perlantikannya sebagai duta BondaMama pada 5 Jun lalu.

Presiden YPNH, Ameer Soekre Ishak (dua dari kiri) ketika sidang media perlantikan Maizawati sebagai Duta BondaMama.

“Waktu tu saya tengah ‘blur’ dan hanya terdiam. Sebab itu apabila wartawan tanya tentang kontrak dan bayaran, saya tidak dapat menjawabnya kerana tidak tahu apa-apa.

“Masa tu saya bodoh dan ‘blank’ kerana saya benar-benar tidak tahu apa-apa ketika itu.

“Semuanya berlaku secara mendadak....tiba-tiba saja saya sudah dilantik menjadi duta ibu tunggal. Saya ingatkan hanya menjadi sebagai tetamu khas untuk slot mereka," kata Maizawati yang diperkenalkan dengan YPNH melalui rakannya, Nordin Jaafar (bekas anggota Raihan).

Maiza telah dipanggil menandatangani kontrak pada hari Isnin lalu namun sehingga kini dia masih belum menandatangani kontrak.

"Saya ingin melihat dulu final draf kontrak.Saya akan ikat kontrak selama 1 tahun untuk menjadi duta BondaMama," kata ibu kepada enam orang anak ini.

Dalam pada itu, Pengasas merangkap Presiden YPNH, Ameer Soekre Ishak berkata pihaknya dengan Maiza telahpun berbincang.

"Maiza telah bersetuju dan membuat keputusan muktamad. Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan bayaran kerana kami saling bantu-membantu.

"Kiranya dia boleh dianggap seperti bekerja dengan yayasan," kata Ameer.

Pelajar Malaysia maut dalam kemalangan jalan raya di Kaherah

Sumber

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah, Mesir, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kelmarin.

Muhammad Amar Zulkifli, pelajar perubatan tahun tiga yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan bersama empat rakannya sewaktu pulang dari Ain Sokhna, selepas waktu Maghrib, semalam (waktu Mesir).

Menurut laporan laman web Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (Mesir) kenderaan yang mereka naiki terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori dan mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

Muhammad Ammar meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya cedera. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kasr El Ainy untuk rawatan lanjut.

Mangsa lain dikenali sebagai Abdul Rahman Ramdzan dikatakan patah lengan kanan manakala seorang lagi Akram Abdul Kadir masih koma. Bagaimanapun dua lagi rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang tengah hari tadi (waktu Mesir).

Jenazah Ammar disembahyangkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas solat Zohor.

Sementara itu, jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata jenazah Muhammad Ammar dijangka tiba di Malaysia Sabtu ini.

"Semalam, pihak Wisma Putra juga telah menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan," katanya. BERNAMA

Khamis, Jun 11, 2009

Tengku TT balas tuduhan isteri

Sumber
Jimadie Shah Othman | Jun 10, 09 7:37pm
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra akan membuat mengambil tindakan balas terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya atas dakwaan memfitnah.

"Kita akan buat laporan polis dan ambil tindakan undang-undang kerana memfitnah Tengku TT (Tengku Temenggong).

"Kita cuma sedang tunggu masa sahaja untuk siapkan dokumen (berkaitan)," kata sahabat karibnya Mohd Soberi Shafii.

Ahli perniagaan itu menambah, Tengku TT sedang mencari dua peguam yang sesuai dari kedua-dua negara bagi memfailkan saman terhadap Cik Puan Temenggongg Kelantan.

"Kita yakin berada di pihak yang benar. Kita tidak perlu 16 peguam seperti Manohara dan ibunya Daisy," kata Mohd Soberi kepada Malaysiakini lewat petang ini.

Selasa minggu lalu, Tengku Temenggung Kelantan memberikan tempoh tujuh hari kepada Manohara bagi mengemukakan bukti penderaan yang didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Manohara dan ibunya Daisy Fajarina juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sejak hujung April lalu.

Bagaimanapun, setelah tempoh seminggu itu tamat semalam, amaran putera ketiga Sultan Kelantan itu tidak dilayan.

Hari ini, media Indonesia melaporkan terdapat foto-foto yang menunjukkan kesan tersebut, selain pemeriksaan perubatan yang menyokong dakwaan Manohara didera.

Media republik itu juga melaporkan Manohara membuat aduan polis terhadap Sultan Kelantan, Raja Perempuan Kelantan dan Mohd Soberi, selain suaminya sendiri.

Media dedah luka di dada Manohara

Sumber
Jimadie Shah Othman | Jun 10, 09 4:55pm
kemaskini 7.21pm Kesan luka di dada Manohara Odeli Pinot, yang mendakwa akibat penderaan putera Sultan Kelantan, kini boleh disaksikan oleh semua pihak apabila ia didedahkan oleh sebuah media Indonesia hari ini.

Sekeping foto, daripada 10, yang dianalisis seorang pakar fotografi republik itu dimuatkan dalam akhbar internet terkenal Detik.com.

Penganalisis foto itu, yang juga seorang ahli parlimen Partai Demokrat, Roy Suryo Notodiprojo meneliti gambar-gambar itu yang diambil oleh ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu.

manohara odelia pinot scars on her body 100609 02Selain pemeriksaan perubatan yang rapi itu, Manohara juga menjalani satu lagi pemeriksaan perubatan bersama pegawai penyiasat polis selepas memberikan keterangan kepada pihak berwajib itu semalam bagi melengkapkan siasatan kesnya.

Roy Suryo dilaporkan berkata beliau membuat analisis foto itu atas permintaan keluarga Manohara dalam satu pertemuan dengan wanita itu dan ibunya Daisy Fajarina di sebuah hotel malam tadi.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, menyerahkan 16 keping foto kepada ahli parlimen itu tetapi hanya 10 yang dianalisis kerana bakinya tidak begitu jelas.

Mengesahkan keaslian foto-foto itu, Roy Suryo berkata foto yang dirakam melalui kamera telefon bimbit dipercayai diambil sendiri oleh Manohara pada waktu malam antara Mac hingga April lalu.

Isteri Tengku Muhammad Fakhry Petra melarikan diri ke Jakarta pada 31 Mei setelah berada di Malaysia selama beberapa bulan sejak selesai mengerjakan umrah di Jeddah pada 9 Mac lalu - hari beliau mendakwa diculik oleh suaminya.

Pakar teknologi maklumat itu berkata, hasil analisisnya terhadap foto-foto tersebut, beliau menemui beberapa kesan luka di serata badan Manohara.

manohara odlia pinot kelantan 260509"Ada 11 titik luka di bagian (bahagian) depan tubuh. Lukanya berbagai macam, sayatan (calar), sundutan (kesan cucuhan api rokok), dan lebam.

"Saya bisa memastikan (foto itu) asli. Tetapi lukanya saya serahkan kepada ahli (pakar) yaitu doktor," Roy Suryo dipetik berkata hari ini sewaktu menunjukkan foto-foto tersebut di komputer ribanya di sebuah hotel.

"Saya menyatakan foto itu masih asli sesuai dengan ukuran asli di (telefon jenama) Blackberry tidak ditambahi dan tidak diedit, (atau) diubah setting-nya."

Roy Suryo menunjukkan, antaranya, foto kesan lebam di tangan Manohara yang bertarikh 10 Mac lalu, manakala foto kesan calar di bahagian tangannya dirakam 29 Mac lepas.

Terdapat juga foto kesan cucuhan api rokok di bahagian kening yang diambil pada 5 April lalu, serta dua foto kesan calar di dada pada 6 April, lapor Detik.com lagi.

Foto-foto itu mampu menjadi bukti sokongan terhadap bukti utama, pemeriksaan kesihatan rapi, tambah ahli parlimen itu.

Sementara itu, akhbar Surya petang ini melaporkan, hasil pemeriksaan perubatan rapi mendapati terdapat bekas calar, suntikan dan kesan terbakar "seperti akibat diseterika" ditemui di bahagian-bahagian dada, leher, belakang dan paha Manohara.

Peguamnya Hotman Paris Hutapea dilaporkan berkata, dua doktor yang memeriksanya telah mengambil gambar Manohara menggunakan kamera khas untuk mengecam kesan-kesan tersebut.

Sultan, Raja Perempuan diseret dalam laporan polis Manohara

Sumber
Jun 10, 09 11:14am
kemaskini 2.46pm Manohara Odelia Pinot akhirnya membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan, berhubung dakwaannya beliau diculik dan didera suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis Indonesia di Jakarta semalam, lapor akhbar Surya hari ini.

surya live indonesia news website manohara sultan kelantan police report 100609Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan nama kapten pesawat peribadi yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu, kenalan dekat suaminya Mohd Soberi Shafii dan seorang pengawal peribadi yang dituduh memukulnya dalam pesawat tersebut.

Peguam itu berkata kelapan-lapan itu ingin dituntut disiasat menurut Seksyen 285 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (seperti Kanun Keseksaan di Malaysia) berhubung kesalahan penganiayaan dan penculikan.

Menurut akhbar yang sama, beliau juga bercadang membawa kelapan-lapan nama itu bawah Seksyen 333 kitab undang-undang jenayah itu, yakni kesalahan menyekat kebebasan orang lain.

Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.

"Setelah visum (pemeriksaan perubatan) kami harapkan pihak Kelantan ditetapkan sebagai tersangka (suspek)," peguam itu dipetik berkata, sambil menambah pemeriksaan perubatan itu dibuat secara rasmi oleh polis sesuai menurut siasatan bawah Kitab Undang-undang Hukum Pidana.

"Visum seluruh tubuh termasuk jiwa dan hatinya. Bukti visum ini adalah bukti utama karena dilakukan secara bersama dengan penyidik (pegawai penyiasat) Mabes (ibu pejabat polis).

"Saya yakin (pemeriksaan) ini bisa jadi bukti utama."

manohara odelia pinot jakarta 100609Sambil menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media, peguam yang sama semalam dipetik berkata terdapat kesan luka pada dada Manohara, termasuk dekat dengan payudaranya.

"Jika kalian para perempuan tidak sedih... ini aneh. Ini adalah bukti jelas, saya pun hampir menangis," Hotman Paris dipetik Surya.

Sementara ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu juga mengesahkan wujud kesan luka, termasuk kesan yang "masih baru", lapor agensi berita AFP semalam.

Mengulas lanjut kes anak guamnya itu, Hotman Paris berkata Manohara akan meminta bantuan polis Indonesia untuk bekerjasama dengan Interpol untuk menyelesaikan siasatan.

"Juga kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini. Begitupun dengan Dubes (duta besar) di Malaysia agar memfasilitasi (memudahkan)," kata seorang lagi peguam wanita itu, Warsito Sanyoto.

Istana Kelantan dengan rasmi menganggap dakwaan Manohara ini sebagai krisis rumahtanggan pasangan diraja itu, sementara Mohd Soberi bertegas menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

Nik Aziz setuju jika terima Husam, Mohd Sabu

Nik Aziz setuju jika terima Husam, Mohd Sabu
Mohd Nor Yahya
Thu | Jun 11, 09 | 7:17:57 am MYT

KOTA BHARU, 11 Jun (Hrkh) - Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Tuan Guru, beliau telah mengenali kedua-dua tokoh tersebut agak lama kerana mereka berdua merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum pemilihan baru-baru ini.

"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"ujarnya ketika ditemui di majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur Semenanjung kali ke-10 di Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Nik Aziz juga berharap mereka ini diterima dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana keduanya merupakan aset yang bernilai tinggi dalam perjuangan PAS dan amat mesra dengan kaum-kaum lain seperti India dan Cina.

"Kita kini dalam menuju ke arah Pilihan raya ke-13,amat wajarlah kedua-dua tokoh ini diterima dalam Dewan tersebut kerana mereka ini mempunyai idea dan pandangan yang luas dan amat rugi kalau tak ambil mereka ni,"katanya lagi.

Namun demikian ini adalah merupakan cadangan dan pandangan dari Naib Presiden PAS yang baru dan terserahlah kepada Presiden untuk mempertimbangkannya. Mesyuarat pertama dijangka diadakan pada hari ini.

Sebelum ini, Husam Musa dan Mohammad Sabu merupakan Naib Presiden PAS Pusat dan telah tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden daripada Nasaruddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan dengan undi sebanyak 480 undi. - mks._

Nik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS

Nik Aziz ingin lihat Cina Muslim pimpin PAS
Basiron Abdul Wahab
Thu | Jun 11, 09 | 7:30:44 am MYT

MENTAKAB, 11 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim.

Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi.

Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN.

Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan.

Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000. - mks. _

Peguam dedah ada luka di tubuh Manohara

Sumber

JAKARTA - Peguam bela Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry menyatakan terdapat luka di tubuh remaja itu, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.

Menurutnya, penemuan itu didapati menerusi satu pemeriksaan oleh Dr. Abdul Mun'im Idries dan Dr. Khaida di Hospital Cipto Mangunkusomo di sini.

"Ada luka di bahagian tubuh. Kita hanya menunggu hasil ujian darah dan psikologi," kata peguam itu, Hotman Paris Hutapea.

Hasil pemeriksaan itu akan diserahkan oleh Manohara kepada pejabat polis.

Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia selepas ibunya mendakwa anaknya itu didera oleh Tengku Muhammad Fakhry.

Pada 31 Mei lalu, Manohara pulang ke Indonesia dari Singapura ketika beliau berada di negara tersebut bagi menemani suaminya melawat ayahanda putera itu di Hospital Mount Elizabeth.

- Agensi

Anak mati dalam MPV

Sumber

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my


KUALA LIPIS: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas terkurung ketika bermain seorang diri dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di rumah neneknya di Kampung Batu 9, Jalan Kereta Api, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd Farhan Aiman bersama bapa, Mustafa Majid, 39, ibu, Mimi Azura Zaidon, 35, serta empat lagi adik-beradiknya baru tiba dari Kuantan untuk melawat neneknya yang sakit akibat lumpuh di kampung berkenaan.

Bagaimanapun, ketika ibu dan bapa serta adik-beradiknya turun, mangsa masuk semula dalam MPV berkenaan sebelum menutup semua pintu dan bermain seorang diri di tempat duduk bahagian tengah sebelum kehilangannya disedari bapanya, kira-kira jam 2 petang.

Terkejut melihat keadaan anaknya yang terbaring dalam keadaan sesak nafas, Mustafa cuba memberikan bantuan pernafasan menggunakan mulut (CPR) sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis (HKL) sebaik tiba untuk menerima rawatan kecemasan.

Mustafa ketika dihubungi enggan mengulas panjang mengenai kejadian itu kerana terlalu sedih.

“Yang sudah berlaku itu sudahlah...bukan saya tidak mahu menceritakan kejadian, tetapi tidak mahu keluarga terus menanggung kesedihan.

“Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak boleh mengulas lanjut dan arwah memang anak kesayangan kami,” kata kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPK) itu.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, mengesahkan kejadian itu dan berkata hasil bedah siasat di HKL pada jam 3.30 pagi semalam, anak bongsu daripada lima beradik itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan ibu dan bapa mangsa berhubung kejadian itu untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.

Katanya, polis mengesahkan kejadian itu tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

“Kejadian ini kali pertama dilaporkan berlaku di daerah ini dan polis berharap kes seperti ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.

Pelajar putus cinta cuba bunuh diri

Sumber

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana putus cinta, seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di bandar raya ini sanggup mengelar pergelangan tangannya dengan sebilah pisau, kelmarin.

Difahamkan, remaja itu nekad bertindak demikian selepas beberapa jam dia dihubungi teman wanitanya yang meminta hubungan mereka diputuskan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, polis yang menerima aduan orang awam menghantar sepasukan tiga pegawai dan 10 anggota ke tempat kejadian berhampiran pagar sebuah sekolah menengah di Jalan Sultan Omar, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata remaja berusia 17 tahun dari Kampung Gong Tok Nasek, dekat sini, dilihat menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan dirinya.

Menurutnya, sebaik tiba, anggota polis terus memujuk remaja itu menyerahkan pisau dipegangnya dan kira-kira jam 1 pagi, pelajar terbabit masih berdegil dan enggan menyerahkan senjata berkenaan.

Katanya, remaja itu yang melihat anggota polis cuba menghampirinya kemudian melarikan diri ke sebuah surau di Lorong Haji Da, Batu Buruk sebelum terpaksa diekori.

Beliau berkata, dia sekali lagi terpaksa dipujuk dan selepas 45 minit, baru dia melepaskan pisau yang dijadikan senjata untuk cuba membunuh diri sebelum dapat ditahan.

“Remaja itu menggunakan sebilah pisau sebagai senjata dan dia kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membantu siasatan berhubung cubaan membunuh diri.

“Punca dia bertindak demikian dipercayai berikutan permintaan kekasihnya mahu memutuskan hubungan dan kerana terlalu mengikut perasaan, remaja itu kemudian menggunakan pisau menghiris tangannya,” katanya.

Menurutnya, pada April lalu, mangsa pernah cuba membunuh diri dengan menghiris pergelangan tangannya selepas tindakannya tidak pergi ke sekolah diketahui bapanya dan selepas dimarahi, dia terus melarikan diri sebelum ditemui terlantar di depan pintu rumahnya.

Katanya, polis akan menghantar mangsa menjalankan pemeriksaan perubatan dan mental di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dalam masa terdekat sebelum tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh diri.

Dituduh cabul guna bunga

Sumber

SHAH ALAM: Seorang bomoh warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dakwaan memasukkan beberapa kuntum bunga ke dalam kemaluan seorang wanita selain mencabulnya di sebuah rumah.

Suparman Sukardi, 40, yang masuk ke Malaysia pada 14 April lalu atas alasan untuk menghantar ubat tradisional membabitkan penyakit kencing manis dan darah tinggi bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas perbuatan itu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Serendah, Hulu Selangor terhadap mangsa berusia 24 tahun itu.

Bagi perbuatan itu, Suparman didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Suparman juga tidak mengaku bersalah melakukan perbuatan cabul terhadap wanita itu di tempat dan waktu sama.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim.

Hakim Zaman Mohd Noor tidak membenarkan sebarang jaminan berikutan tertuduh adalah seorang warga asing selain masuk ke Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri dan menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pembantu kedai cat dihadapkan atas dakwaan merogol seorang pelajar berusia 14 tahun tujuh bulan.

Tertuduh Muhamad Azrul Firdaus Mohd Ghani, 19, dari Kuantan, Pahang tidak mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Bukit Sentosa, di sini, pada jam 10 malam, 15 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula dan membenarkan jaminan RM6,000.

Tertuduh peluk gambar Ashaari

Sumber

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu, bahawa pasukan polis melihat seorang lelaki terbaring di sofa sambil memeluk gambar pemimpin tertinggi Al-Arqam, Abuya Ashaari Muhamad, ketika menyerbu sebuah rumah, Oktober tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan saksi pendakwaan ketujuh, Asisten Superintendan Sydney Clyde Jeremiah, 48, mengenai tertuduh pertama kes pembunuhan ‘luar biasa’ membabitkan pasangan suami isteri pada Aidilfitri lalu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu di sebuah rumah di Taman Pandan Indah selama lima minit, muncul seorang lelaki membuka pintu iaitu tertuduh kedua, Muhammad Fauzi Abdul Razak, 22, yang kelihatan letih dan lesu.

“Kemudian saya masuk ke dalam rumah terbabit dan ternampak tertuduh pertama, Muhammad Ilyas Abdul Razak, 24, sedang terbaring di sofa sambil peluk gambar Ashaari lalu saya mengejutkannya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin.

Tambah Sydney, sepanjang pemeriksaan dijalankan, dia menemui tuala putih, kemeja-T berwarna putih yang mempunyai kesan darah dan dua pasang kain pelekat direndam dalam baldi merah di bilik air.

Pada 14 Oktober 2008, Muhammad Ilyas, Muhammad Fauzi, dan sepupu mereka, Muhammad Nizam Mohd Ibrahim, 21, didakwa bersama-sama di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh pekerja teknikal di Telekom Malaysia, Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47, di 5-7C Blok Flet Seri Sarawak, Jalan Kenanga, di sini, antara jam 12 tengah hari hingga 8 malam, 1 Oktober lalu.

Mereka bertiga turut menghadapi tuduhan kedua iaitu membunuh isteri Mohd Ibrahim, Rosina SM Mydin, 41, di tempat dan waktu sama yang mana kedua-dua mangsa adalah ibu bapa kepada tertuduh ketiga, Muhammad Nizam.

Muhammad Ilyas adalah seorang penganggur, manakala Muhammad Fauzi bekerja sebagai penjaga kaunter monorel dan Muhammad Nizam seorang pelajar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, Sydney berkata, sebelum ke Taman Pandan Indah, dia ke Flet Seri Sarawak iaitu tempat berlakunya kes pembunuhan itu dan ketika berada di sana, dia dan seorang anggota lain sempat melakukan soal jawab dengan dua saksi kejadian iaitu seorang kanak-kanak, dan seorang remaja berusia 14 tahun.

“Dua saksi itu bagaimanapun menafikan sebarang pertanyaan kami berkenaan punca insiden berkenaan. Mereka turut menangis selepas saya bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejadian itu,” katanya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, kedua-dua mangsa ditawarkan salah seorang daripada tertuduh untuk menyertai upacara rawatan pelik yang dipercayai boleh mengubati penyakit hati dan ketagihan rokok yang dihidapi mereka.

Tertuduh mendakwa dia mampu mengubati penyakit itu dengan melakukan rawatan memukul bertalu-talu menggunakan batang penyapu dan topi keledar selain menghentak kepala di atas meja.

Perbicaraan bersambung hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Supramaniam Kasia Pillay.

Budak lari dari rumah dirogol

Sumber

ALOR STAR: Gara-gara tidak tahan dimarahi ibu, seorang kanak-kanak perempuan sanggup melarikan diri dari rumahnya dan mengikut seorang lelaki yang baru dikenalinya sebelum dirogol di sebuah rumah di sekitar bandar raya ini.

Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu dikatakan merajuk selepas ibunya memarahi kerana tindakannya yang sering ponteng sekolah sebelum dia bertindak keluar dari rumahnya untuk mencari ketenangan sejak 14 Mei lalu.

Dia bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim untuk mencari duit poket sendiri sebelum berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang kerap datang ke kedai itu menghantar barang.

Lelaki itu mengajak mangsa tinggal di rumah adik perempuannya sementara waktu kerana kasihan melihat mangsa keseorangan.

Mangsa yang bersetuju dengan pelawaan lelaki itu mengikutnya tinggal di rumah itu tanpa menyedari muslihat sebenar lelaki berkenaan terhadapnya.

Namun, nasib malang menimpa kanak-kanak itu apabila lelaki itu mengajaknya melakukan hubungan seks ketika adiknya tiada di rumah dan disebabkan takut, mangsa hanya mengikut telunjuk suspek yang menjadikan mangsa sebagai tempat memuaskan nafsunya.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumahnya dan menceritakan perkara itu kepada ibunya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menjalani pemeriksaan selepas mengadu sakit di kemaluan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan setakat ini pihaknya sedang mengesan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes itu untuk membantu siasatan.

Abdul Ghafar berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 14 Mei hingga kelmarin ketika mangsa yang dipercayai melarikan diri dari rumahnya dan tinggal di sebuah rumah bersama adik perempuan suspek.

“Mangsa mendakwa dirogol ketika berada seorang diri di rumah berkenaan dan hanya menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas dia pulang ke rumah kelmarin.

Intai rakan mandi

Sumber

Oleh Sarah Zulkifli dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘gila seks’ bukan hanya berbangga selepas berjaya merakam aksi seorang gadis juga rakannya sedang mandi, malah bertindak ganas apabila cuba memecahkan pintu bilik air terbabit selepas tindakan biadabnya disedari mangsa.

Sebelum itu, lelaki berusia 30-an dikatakan cuba ‘mengumpan’ mangsa dengan berjanji memadamkan video yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya jika gadis itu membuka pintu bilik air berkenaan.

Cubaan lelaki itu memujuk mangsa bagaimanapun, gagal sebelum dia kemudian cuba masuk ke dalam bilik air berkenaan dengan memecahkan pintu.

Mangsa yang ketakutan dikatakan terus menghubungi rakan lelaki lain mengadu hal berkenaan menyebabkan lelaki terbabit yang terdengar perbualan itu melarikan diri.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, mangsa berusia 21 tahun juga pelajar institusi pengajian tinggi menyedari perkara itu apabila ternampak telefon bimbit terbabit di ruang bawah pintu bilik air di rumah rakannya di Selayang di sini, kelmarin.

“Sebaik menyedari dirinya dirakam menggunakan telefon bimbit, mangsa dikatakan menendang pintu bilik air dan menjerit kuat,” katanya di sini, semalam.

Lelaki yang sudah ‘tertangkap’ itu melarikan diri dan pulang semula ke rumah berkenaan kemudian.

Sumber itu berkata, khuatir dengan kelakuan buruk rakannya itu, gadis berkenaan dikatakan tidak berani keluar daripada bilik air terbabit sehingga rakannya lain pulang ke rumah berkenaan.

“Namun, gadis itu terkejut apabila lelaki itu datang semula ke bilik air berkenaan sebelum mengugutnya supaya membuka pintu jika mahu rakaman video dipadamkan.

“Apabila mangsa enggan, lelaki itu dikatakan ‘berang’ serta cuba memecahkan pintu berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa yang panik bernasib baik kerana membawa telefon bimbitnya ke dalam bilik air sebelum menghubungi seorang rakan bagi mendapatkan pertolongan.

“Lelaki itu yang terdengar perbualan mangsa dan rakannya dikatakan ‘kecut perut’ sebelum keluar daripada rumah terbabit dan melarikan diri sekali lagi,” katanya.

Khuatir rakaman video itu tersebar, mangsa kemudian membuat laporan polis.

Tempah kubur lebih awal

Sumber

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Selepas kerap keluar masuk hospital, suami sempat menempah kubur di Keramat pada Mac lalu,” kata Faridah Mat Desa, 51, isteri pelakon, Mohamad Shukery Hashim, 55, yang meninggal dunia akibat kanser pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini, jam 1.45 tengah hari semalam.

Faridah ketika ditemui menyifatkan tindakan arwah itu seolah-olah seperti sudah mengetahui ajalnya semakin hampir.

Menurutnya, selain mahu dikebumikan berhampiran pusara arwah ibunya, dia sempat bertemu rakan lama dan melangsaikan segala hutang dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini.

“Arwah baru kehilangan adiknya yang meninggal dunia penghujung tahun lalu. Ketika menziarah kubur ibunya pada Mac lalu, arwah sempat bertanya pihak pengurusan tanah perkuburan itu mengenai penempahan kubur. Dia pula memang ramah dan mengenali orang di sana selain kerap berkunjung ke tanah perkuburan itu.

“Jadi penjaga kubur kata tidak ada masalah untuk tempah kubur awal. Disebabkan itu, jenazahnya dikebumikan di sana. Sebelum meninggal dunia arwah ada bertemu kawan-kawan lamanya dan melunaskan segala hutang. Dia turut memaklumkan tujuan berbuat demikian supaya dia tidak menyusahkan sesiapa apabila sudah tiada (di dunia) nanti,” katanya, menahan sebak.

Menurutnya lagi, penyakit Shukery mula serius sejak Mac lalu selepas menjalani beberapa pembedahan. Selepas mengadu sakit pada Jumaat lalu, dia mendapat rawatan di HUKM. Arwah meninggal dalam keadaan tenang ketika anggota keluarga berada di sisi katil hospital itu.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd Amirul, 14, berkata sebelum meninggal dunia bapanya ada berpesan supaya dia adik-beradik tidak bergaduh dan sentiasa menjaga kelakuan.

“Bapa sakit tenat sejak pagi. Dia pernah berpesan kepada kami adik-beradik supaya jangan berpecah-belah dan sentiasa jaga perangai.Bapa seorang yang garang dan kadangkala suka berjenaka,” katanya.

Jenazah Shukery dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat selepas solat Asar. Arwah meninggalkan seorang balu, lima anak iaitu Norshikin, 28, Norizety, 26, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidil, 22, selain Amirul dan tiga cucu berusia dua bulan hingga dua tahun.

“Perwatakan dalam televisyen ternyata berbeza dengan kehidupan sebenarnya. Kadangkala bapa agak tegas dalam beberapa perkara,” katanya.

Mohamad Shukery atau popular dengan nama komersialnya Shukery Hashim, menceburi kerjaya lakonan sekitar 1980-an dan di antara filem lakonannya ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh... Dia Datang.

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995 turut membintangi ratusan drama, antaranya Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Jenazah Shukery dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat selepas solat Asar. Arwah meninggalkan seorang balu, lima anak iaitu Norshikin, 28, Norizety, 26, Mohd Firdza, 25, Mohd Aidil, 22, selain Amirul dan tiga cucu berusia dua bulan hingga dua tahun.

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN