PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Selasa, Mac 18, 2008

Lima Presiden parti komponen BN wajar letak jawatan

Lima Presiden parti komponen BN wajar letak jawatan
Maulana Purnama
Mon | Mar 17, 08 | 1:13:33 pm MYT

Angka lima dalam pilihan raya umum ke-12 amat menarik.Lima negeri dimenangi pembangkang: Kelantan, Kedah,Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Lima parti barisan pembangkang yang menang: Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Demokratik Malaysia (MDP). Dan lima parti barisan kerajaan yang kalah: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC), Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Ketika ucapan tahniah diberikan kepada lima pemimpin parti pembangkang iaitu Abdul Hadi Awang, Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Dr Nasir Hashim dan Wee Choo Keong, maka lima presiden parti yang kalah; Abdullah Ahmad Badawi, Ong Ka Ting, Samy Vellu, Koh Tsu Koon dan Kayveas wajar meletak jawatan.

Presiden Umno, Abdullah wajar letak jawatan kerana kekalahan partinya hingga terlepas empat negeri; Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Sesuatu yang tidak pernah dialami oleh presiden Umno terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein Onn dan Dr Mahathir.

Tunku hanya terlepas tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang. Dr Mahathir hanya terlepas Sabah, Kelantan dan Terengganu. Tetapi Abdullah terlepas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Tunku dan Dr Mahathir berundur beberapa tahun selepas kekalahan itu. Maka adakah Abdullah patut berundur sekarang atau tunggu beberapa tahun lagi?

Bayangkan kalau kelima-lima pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berundur dan digantikan dengan ketua-ketua baru. Pastinya BN mempunyai barisan pemimpin yang lebih segar.

Pelbagai sebab diutarakan sebab rakyat menolak BN. Pastinya lebih mudah untuk menyatakan rakyat negara ini menolak kepimpinan Pengerusi BN dan Presiden Umno. Mereka juga menolak kepimpinan Presiden MCA, MIC, Gerakan dan PPP kerana bersekutu dengan Pengerusi BN.

Cuba lihat sejarah perdana menteri dahulu. Walaupun Tunku terlepas Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya pertama pada tahun 1959, dia dapat merampas kembali Terengganu yang belum sempat diperintah oleh PAS, apabila ahli dewan undangannya melompat ke Umno.

Kekalahan Umno di Kelantan diterima kerana ia merupakan pilihan raya pertama Tanah Melayu dan ia menunjukkan bahawa rakyat Kelantan dari awal lagi memilih PAS daripada Umno. Maknanya dari asal Kelantan adalah kubu PAS dan Umno hanya cuba untuk mengambil alih.

Dalam pilihan raya umum pertama Malaysia iaitu tahun 1969, Perikatan pimpinan Umno dan Tunku kehilangan Pulau Pinang kepada Gerakan. Keadaan ini sudah cukup bagi Tunku untuk melepaskan jawatan.

Tetapi tekanan masih perlu diberikan dan akhirnya Tunku menyerahkan jawatan kepada Tun Razak. Tun Razak merombak kembali Perikatan dan menubuhkan BN yang terbentuk di atas kerajaan campuran dengan PAS, Gerakan dan PPP. Dengan menggunakan gagasan ini, Tun Razak berjaya mengembalikan Pulau Pinang dan Kelantan melalui dominasi Umno ke atas BN.

Tun Razak meninggal dunia daam sanjungan rakyat. Semasa Hussein Onn pula, beliau berjaya mengembalikan Kelantan bukan ke dalam pangkaun BN tetapi terus ke dalam dakapan Umno. Ketika PAS dipecat daripada BN, ia membawa keluar Kelantan daripada pemerintahan BN. Tetapi melalui pemerintahan darurat dan mendokong parti pecahan PAS iaitu Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hussein berjaya merampas kembali Kelantan, melalui kerajaan campuran BN-Berjasa dan selanjutnya parti itu menyertai BN, menggantikan tempat PAS.

Tetapi rekod terlepas negeri Dr Mahathir lebih meluas. Mula-mula beliau terlepas Sabah ke tangan Parti Bersatu Sabah (PBS). Setelah Umno berpecah, BN turut terlepas Kelantan ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Tetapi PBS dapat dikembalikan ke tangan BN apabila Umno memasuki Sabah dengan mengambil tempat Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) bagi mengalahkan PBS.

Kemudian PBS menyertai semula BN. Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum tahun 1999, Dr Mahathir terlepas Terengganu. Selepas itu barulah Dr Mahathir meletakkan jawatan. Terengganu hanya dapat dikembalikan ke tangan BN oleh Abdullah pada tahun 2004.

Kini Abdullah kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Usaha untuk mengembalikan negeri-negeri itu ke pangkuan BN buat masa ini sukar.

Hanya Perak mempunyai keadaan seperti Terengganu pada tahun 1959. Kalaulah ada ADUN Perak yang melompat ke BN, maka negeri itu boleh kembali diperintah oleh BN. Tetapi setakat ini, perkembangan seperti itu adalah di luar jangkaan.

Ataupun Abdulah mahu mengikut jejak Mahathir yang berjaya mengembalikan Sabah ke pangkuan BN. Tunggu hingga pilihan raya 2012 dan cuba rampas kembali empat negeri itu. Kalau berjaya, maka kedudukan politik Abdullah bertambah kuat.

Jika perkara ini ditimbangkan, maka Abdullah patut tunggu hingga pilihan raya 2012. Tetapi keadaan itu hanya dapat berlaku jika Abdullah dapat terus memenangi undi para perwakilan Perhimpunan Agung Umno. Sebaik saja pilihan raya lepas berlalu, bermulalah kempen dalam Umno untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin-pemimpin lemah. Antara agendanya tentunya penyingkiran Abdullah.

Masalah yang dihadap Umno dan BN ini dapat dielakkan jika semua parti menjalankan pemilihan mengikut kadual. Andai kata tahun lalu, Umno telah menjalankan pemilihan, maka parti itu akan lebih segar dan mempunyai pemimpin lebih berkaliber serta mencerminkan kehendak parti. Malah mungkin jika pemilihan Umno dilakukan pada tahun lalu, Abdullah dicabar dan Najib Razak atau Muhyiddin Yassin menerajui parti. Maka Umno dan BN dapat menghadapi pilihan raya ke-12 dengan lebih meyakinkan.

Amalan tidak demokratik yang menangguhkan pemilihan parti hingga selepas pilihyan raya umum adalah idea Mahathir. Justeru, parti nampak stabil tetapi beliau menghadapi ancaman kekalahan sebanyak dua kali iaitu 1990 dan 1999. Amalan Mahathir ini diteruskan oleh Abdullah dan 2008 inilah padahnya.

Justeru, kebaikan untuk Umno dan BN ialah pastikan amalan demokratik berjalan lancar dalam parti. Demokrasi bukan saja untuk negara tetapi juga parti.

Pelajaran yang sama patut diterima juga oleh parti-parti lain baik dalam BN mahupun pembangkang. Demokrasi mesti diwujudkan semula dalam MCA, MIC, PAS, DAP dan KeADILan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN