|
Oleh yb_pmn
"
Ahli parlimen (MP) Serian, Richard Riot telah keluar dari Supp - parti komponen Barisan Nasional (BN) - bersama ramai ahli-ahli parti itu dari kawasannya selepas tidak dicalonkan sebagai Menteri dalam Kabinet Abdullah Badawi baru-baru ini.
Berikutan itu, beliau mungkin akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan karier politiknya di peringkat tertinggi. Kekecewaan beliau yang bertanding di atas tiket SUPP (BeEnd) menguatkan lagi teori BR yang akan memerintah negara dalam sedikit masa lagi.
Spekulasi sebelum ini yang mengatakan MP dari Sarawak dan Sabah akan menyertai BR semakin benar dan tepat. Ianya ekoran kerja keras Penasihat PKR sendiri , Anwar Ibrahim yang akan memastikan BR mengambil tampuk pemerintahan sebelum PRU13 nanti.
Kita tunggu dan lihat reaksi seterusnya...semoga BR mampu membentuk kerajaan..Takbir!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI