TKM sampai awal, YDP Perbandaran tak nampak muka |
Abdul Halim Mohd Rashid Sat | Mar 22, 08 | 4:38:36 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) - Apabila mendapat tahu 12 pam yang tidak berfungsi mengakibatkan banjir kilat yang terburuk sejak beberapa tahun lalu di Zon Perindustrian Seberang Prai, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy bergegas ke tempat kejadian dan sampai seawal pukul 8.30 pagi. Malangnya, Ketua Jurutera Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak kelihatan langsung sehinggalah jam 10 pagi. Lebih hebat lagi, Yang Dipertua MPSP pula langsung tidak dapat dihubungi sehinggalah pukul 12.30 tengah hari. Sambil menyatakan kedua-duanya perlu menyatakan apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka, perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, www.jeffooi.com Ketika itu, Dr Ramasamy, Jeff dan pembantu-pembantu sedang menyelaraskan usaha untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengenai banjir kilat itu. Beliau menyatakan kekecewaanya pihaknya terhadap dengan apa yang berlaku itu. Lebih malang lagi, katanya, Timbalan Pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) cawangan utara, Datuk Muhammad Ismail mengadu, masalah itu telah lama berlaku dan pihak MPSP telah diberitahu mengenai perkara itu dalam beberapa pertemuan. Jeff yang juga seorang blogger terkenal membayangkan pihaknya akan mendedahkan segala-galanya. Dr Ramasamy pula dipetik oleh sebuah akhbar tempatan sebagai berkata: "Saya telah mengarahkan MPSP mengambil tindakan-tindakan pemulihan kerana banjir tersebut akhirnya mungkin akan menjejaskan keyakinan para pelabur". |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI