Posted on Wednesday, March 19 @ 08:35:11 MYT by greenboc
Oleh su_dut
"
PRU 12 mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan, PAS mengekalkan kerajaan Kelantan, berkongsi kuasa dengan PKR di Kedah, dan bersama-sama DAP dan PKR memimpin Kerajaan Perak dan Selangor. Malah PAS mencatatkan kejayaan memperolehi 2 kerusi di DUN Johor dan satu di Negeri Sembilan. Kejayaan PRU 12 adalah kejayaan terbesar PAS dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.
PAS sekali lagi gagal memenangi sebarang kerusi di Melaka. Walaupun majoriti kemenangan BN agak menurun kali ini, tetapi itu bukanlah target yang diharapkan oleh PAS Melaka. PAS Melaka seawal perancangan pilihanraya telah meletakkan target untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi di DUN Melaka dalam PRU 12. Maknanya dalam pru 12 PAS Melaka gagal mencapai target yang diharapkan.
Beberapa blog yang dikendalikan oleh orang-orang PAS Melaka, menyalahkan orang Melayu yang tidak mahu berubah dan masih pekat BN, yang menjadi punca PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi. Soalnya apakah punca kekalahan ini telah dianalisis sebaiknya. Apakah benar orang Melayu Melaka tidak mahu berubah atau PAS Melaka yang terlalu sukar untuk berubah ?
Pasca PRU 12 sebenarnya mengandung mesej yang amat penting untuk PAS Melaka mengorak langkah lebih agresif, berstruktur dan realistik bagi menghadapi masa depan yang lebih baik dan memberangsangkan. Kepimpinan PAS Melaka mestilah bersedia untuk membedah siasat setelus mungkin sebarang permasalahan yang boleh membantutkan perancangan. Permudahkan perancangan agak lebih bersifat praktikal dan elakkan perancangan yang terlalu idealistik, sehingga ianya hanya cantik diatas kertas tetapi gagal dilaksanakan.
Note:
PAS sudah mempunyai wakil di negeri-negeri lain di Semenanjong kecuali Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI