Posted on Tuesday, March 18 @ 08:24:03 MYT by SongkokPutih

"oleh Ust Zamihan Mat Zin

AlHamdulillah, kami berjaya mencari kata sepakat untuk melaksanakan Kursus Falak Kiblat yang bakal di adakan bulan depan. Ini merupakan inisiatif kami bagi mengatasi kes lebih 100 buah masjid dan surau tersasar arah kiblatnya di negeri ini. Harapan kami, permasalahan (asas) umat Islam disini dapat diselesaikan dengan jayanya.
Namun diakhir perbincangan hal-hal lain, Datuk Mufti Sabah mengeluh sendirian berkenaan satu ceramah melibatkan Mufti Muda Perlis di Sabah. Tanpa memperkenalkan diri, saya cuba bertanya.. untuk memahami situasinya. Beliau mula membuka bicara dengan nada kesal kerana Yayasan Suria (sebuah NGO yg dianggotai majoriti Imigran Indon di Sabah) ingin menjemput SS Muftin Perlis untuk menyampaikan ceramah bertajuk ISLAM ITU MUDAH DAN MUNASABAH. Justeru, apa masalahnya Datuk?..tanya saya ingin merancakkan sedikit perbualan dan berkongsi masalah.
SS Datuk Mufti menjelaskan bahawa Dr Asri tidak wajar membawa fahaman Wahhabi-Liberalnya ke Sabah. Kehadirannya dikhuatiri memberi kesan :
1) Membawa fahaman baru
2) Memecahbelah masyarakat Islam di sana
3) Menganggu agenda pembangunan dan dakwah negeri Sabah
Saya setuju mengangguk dan Datuk Pengarah saya juga begitu. Pada hemat saya, memang ada kewajarannya. Lebih-lebih lagi SS Datuk Mufti sendiri yang meluahkannya.
Selanjutnya, SS Datuk Mufti Sabah menceritakan sedikit sebanyak tentang sikap Mufti Perlis khususnya dalam Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Katanya, Dr Asri min juhala' wa qillatil Adab. Contohnya, apabila berbahas sesuatu permasalahan Dr Asri tidak menggunakan disiplin ilmu yang benar dan jelas. Dr Asri juga tidak meraikan pandangan panel lain. Deemikian pendapat dan ulasannya.
Beliau menceritakan lagi bahawa pernah satu ketika, Dr Asri bertikam lidah dengan Dr Hayyi Shukor berhubung masalah solat kanak-kanak dibelakang saf. Dr Asri dengan keras mengatakan bahawa amalan ini adalah tafsiran sempit agama. Bahkan menganggapnya sebagai amalan khurafat yang disandarkan kepada feqah. Beliau berhujah membawa beberapa potong hadis. Tetapi hujah Dr Asri kemudiannya disangkal oleh Dr Hayyi yang membawa pandangan Imam Nawawi bersumberkan pelbagai dalil. Khususnya dari Sunan Abu Daud dan menjadi amalan mazhab al-Shafi'iyy. Namun Dr Asri tetap berkeras dengan pendapatnya dan cuba berhujah menggunakan qiyas. Dakwanya kulup kanak2 itu sama dengan najis orang dewasa dalam perut.
Berasaskan kepada alasan tadi, Dato Mufti Sabah bertekad untuk membatalkan ceramahnya. Tetapi Mufti Perlis khabarnya masuk juga ke Sabah secara senyap dan menyampaikan ceramah dirumah individu tertentu secara tertutup. Dato' Mufti Sabah jelas kecewa dengan sikap Mufti Perlis setelah mengetahui perbuatannya itu.
Saya juga pernah diberitahu Syeikhuna Dato' Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang bahawa apabila Dr Asri tidak mampu menyanggah hujah2 Dr Hayyi kelihatan wajahnya merah padam. Bahkan Dr Asri seringkali keluar awal @ menarik diri dari mesyuarat JawatanKuasa Fatwa jika sesuatu perbincangan itu tidak 'berkenan' dihatinya. Saya terfikir sendirian. : Inikah sikap seorang Mufti Sarjana.
Semalam, (mlm Sabtu 16/3/08) saya diberitahu seseorang bahawa Dr Asri diundang oleh KETENGAH untuk menyampaikan ceramah Maulid Rasul di Masjid al-Muktafi Billah, Bukit Besi, Paka, Terengganu. Tetapi ceramah itu khabarnya tidak diizinkan oleh SS Mufti Terengganu, Dato' Ismail Yahya. Beliau khuatir, jika Mufti Perlis menyelitkan unsur kewahhabiannya..nescaya masyarakat bertambah keliru. Kira-kira jam 3:30 ptg saya dikhabarkan bahawa ceramah tersebut telah dibatalkan oleh Mufti Terengganu.
Namun, pada jam 7.00ptg semalam saya diberitahu bahawa ada orang dalaman KETENGAH yang bermati-matian mahukan Dr Asri berceramah. Sedangkan penaung program tidak tahu apa-apa. Kecoh seketika keadaannya.
Memandangkan persiapan telah dibuat. Perbelanjaan mencecah ribuan ringgit. Akhirnya, Jabatan Mufti terpaksa berdiplomasi dengan penganjur. Ceramah dibenarkan asalkan tidak menyentuh isu sensitif agama. Pada hemat saya, isu sensitif tersebut adalah 'unsur Salafiah Wahhabiyyah' yang diperjuangkan Dr Asri selama ini. Apa cerita.. Dr Asri sendiri ceramah Maulid Rasul yang dianggap bid'ah sebelum ini.? Bid'ah..bid'ah jugak. Tapi masyuukkk Syeikh..masyyuuukk..
Tahniah Dr Asri kerana tidak mudah patah semangat dalam menyuburkan perjuangan Salafi Wahhabi. Beliau mula berceramah. Tetapi tetap dengan style biasa beliau. Sifat 20 tetap dikutuk. Dakwanya mempelajari sifat 20 hanya melemahkan minda sahaja. Contohnya Allah ada lawan tiada. Benarkah Tuan Mufti? Atau anda yang tidak mengerti dan tidak menguasai?Bagi saya, hujah sebegini hanyalah modal lama beliau. Orang yang tidak berilmu hanya mengitarkan modal lama sahaja.
Dr Asri juga mengatakan bahawa amalan sambutan MaulidRasul ini merupakan adat orang Kristian. Terperanjat segala hadirin termasuk VIP yang hadir. Masya Allah! Betul ke Syeikh! Yang entum pi sambut undangan ceramah sampai ke Tganu Kite tu guane pulok? Kecek dok ghok starang. Penganjur program membayangkan tidak lagi menjemput Mufti Muda ini dalam program mereka. Saya difahamkan bahawa pihak penganjur juga bercadang mengenakan tindakan terhadap 'org dalam' yang bertanggungjwb menjemput Mufti Huru Hara ini.
Sepatutnya, seorang Mufti bertanggungjawab mendidik ummat. Memperkasakan iman dan jatidiri mereka. Bahkan menyeru mereka menuju Allah. Bukankah ini sebahagian dari tanggungjawab beliau. Tetapi, kalau sekadar pusing modal lama..ternyata Dr Asri tak sampai kemana-mana. Kemungkinan besar tidak mampu mengekalkan jawatan kontraknya. Jika Dato' Seri Shahidan telah selamat Harakiri..bagaimana pula dengan Dr Mohd Asri?
dipetik dari laman :http://www.al-ghari.blogspot.com/"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI