Posted on Wednesday, March 19 @ 08:10:18 MYT by greenboc
Oleh datozaini
"
Terjawab sudah senarai nama penuh barisan kabinet Pak Lah yang telah diumumkan tengahari tadi. Barisan yang penuh warna-warni, tanpa wibawa, tanpa dipandang hormat oleh rakyat yang memandang. Kabinet penyalamat ini dikhuatiri menjadi tempat sementara PM bergayut daripada dilambung ombak kemaraan rakyat.
Apa yang rakyat belum kata mengenai kabinet baru ini? Kabinet yang diragui wibawa kepimpinan kerana terpaksa melantik enam orang sebagai Senator sebelum menyertai kabinet PM.K abinet yang dicemari dengan pelakon skandal tunai RM 3 juta? Kabinet yang membuang jauh tokoh agama hadhari? Kabinet yang melantik mereka yang telah digantung keahlian dan dibuang oleh perhubungan negeri dari menjadi calon? Kabinet yang menghimpunkan seluruh kroni PM untuk melenyapkan TPM Najib? Kabinet yang penuh simbol balas dendam terutamanya yang melibat menteri dari Perlis? Kabinet yang dihuni beberapa orang generasi veteran yang pandai memuji PM?
Pertamanya, disaat semua Presiden parti Komponen BN baik Samy Vellu,Ong Ka Ting dan Khoo Tsu Kon tidak mahu menyertai barisan kabinet atas alasan mengaku bertangungjawan terhadap kemerosotan undi kepada parti mereka TETAPI hal ini tidak berlaku bagi satu lagi parti Komponen BN iaitu Umno, Presiden Umno masih tetap mahu mengekalkan jawatan beliau dengan pelbagai alasan yang dicipta. Tidak malukah mereka kepada rakan sejawat yang sanggup menerima kekalahan? Dimanakah maruah orang Melayu yang masih tidak mahu mengundur diri tidak seperti rakan yang lain? Tepok dada tanyalah selera Melayu anda.
Keduanya, demi menyelamatkan diri sendiri kerana tidak mengundurkan diri maka beberapa Menteri senior dikambinghitamkan seperti Ketua Wanita Umno dan Setiausaha Agung Umno yang telah digugurkan dari menjawat sebarang jawatan dalam kabinet beliau. Perkiraannya dianggap mudah, jika parti komponen BN yang lain mengorbankan Presiden dan Timbalan Presiden masing-masing, maka kepimpinan Umno juga mendakwa aku juga telah membuang dua orang kuat dalam parti aku, maka adillah jadinya. Yang penting Presiden dan Tim.Presiden Umno kekal menjadi PM dan TPM, inikah nilai persahabatan mereka dalam komponen BN? Tidak terdetikkah di hati para Presiden parti komponen lain untuk melihat mereka juga mengundur diri seperti mereka? Itulah Melayu!
Ketiganya pula, berbaloikah Pak Lah melantik muka-muka baru sebagai Menteri penuh? Melantik juga veteran Umno sebagai Menteri? Juga individu yang dilantik menjadi Senator? Adakah ini barisan yang terbaik yang ada? Jika tidak ada barisan terbaik, ayuh rakyat bandingkan juga dengan Kabinet BA jika BA menerajui kepimpinan negara? Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai PM, TG Hj.Abd.Hadi Awang, Lim Kit Siang, Dato Kamaruddin Jaafar, Dr.Hatta Ramli, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Mahfuz Omar, Ust.Taib Azzamuddin, Theresa Kok, Karpal Singh, Ust.Nasharuddin Mat Isa, Gobala Krishnan, Zulkefli Nordin, Dr.Hayati Osman ,Dr.Lo'Lo', Tian Chua, dan yang lain-lainnya, merupakan barisan pilihan rakyat yang mampu menjana kesejahteraan rakyat Malaysia. Perbandingan inipun nampaknya tidak mampu diatasi kabinet Pak Lah, jadi macam manakah rakyat hendak menerima barisan kabinet baru ini? Cubalah fikirkan aspirasi dan kehendak rakyat wahai pemerintahku, di manakah rasa itu atau hilangkah ia disebalik kemewahan yang engkau telah kecapi selama ini.
Kita mengharapkan barisan kabinet yang mampu ditawarkan PM ini akan dinilai dalam tempoh 100 hari, jika rakyat melihat mereka gagal membuang persoalan rasuh,penyelewengan kuasa,kronisme,nepotisme, maka bangkitlah wahai rakyat, bangkitlah 25 orang Ahli Parlimen BN, bangkitlah, berikan sokongan kepada BA bagi membentuk kerajaan baru. Jika 100 hari terlalu lama sehingga boleh melenyapkan impian rakyat Malaysia, maka bertindaklah segera, bertindaklah demi rakyat, rakyat bersama pemimpin yang berjiwa rakyat. Bangkitlah wahai pejuang kebenaran, masa untuk berubah telah hamir tiba, cahaya kemenangan BA pasti akan hadir dalam waktu terdekat ini. Salam perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI