|
Oleh ning
"Assalamualaikum,,...
Sejak beberapa bulan yang lalu dan sehingga 2 minggu selesai PRU,nampaknya terengganu terus menjadi negeri yang menarik perhatian seluruh negara.istimewanya kedudukan dan kejadian di terengganu cukup menarik untuk diulas dan diambil pengajaran darinya.
bermula kedudukan fizikal terengganu yang membolihkan BN membawa berbagai bagai jenis hantu dan pula menjadi benteng kepada hantu rayau yang cuba memasuki kelantan serta sumbangan terengganu sebagai pencetus perubahan di 4 negeri lain sehingga kejadian dalaman yang mencatat sejarah mencipta tamaddun.
terengganu mencacat sejarah sebagai negeri pertama sesudah 50 tahun merdeka melepaskan peluru hidup sehingga mencederakan 2 pemuda.kemudian 2 pemuda ini didakwa atas tuduhan cuba mencederakan polis dan tidak dibenarkan ikat jamin.sejak itu terengganu menjadi tumpuan dengan kes rayuan ikat jamin pemuda tersebut.beberapa siri solat hajat diadakan dihadapan mahkamah tinggi sehingga akhirnya rayuan ikat jamin diterima olih mahkamah tinggi.
keistimewaan terengganu berterusan dihari pengundian.perarakan besar besaran hantu rayau dengan diiringi olih polis serta dipantau olih helikopter polis mula kelihatan sejak sehari sebelum hari pengundian serta beberapa siri percubaan menahan hantu tersebut terjadi.beberapa tangkapan dibuat dan yang paling menonjol ialah kekecohan dimarang dimana anak TGHA cedera kerana terkena tembakan peluru hidup FRU(walaupun berita arus perdana melaporkan dia terkena serpihan cermin van FRU).maka berulanglah peluru hidup yang dilepaskan kepada rakyat terengganu.suatu yang tidak terjadi di tempat lain dan tidak pernah terjadi sebelum ini.itulah sejarah yang terpahat dibumi terengganu.barangkali benar kata paklah masa PRU 2004 dulu bahawa rakyat terengganu akan melihat satu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
terengganu juga memahat sejarah sebagai satu satunya negeri yang memiliki masjid kristal.masjid sebegini tidak terdapat dimana mana bahagian dunia malah dalam sejarah kegemilangan Islampun tidak pernah dibina masjid sebegini.
mengupas kejadian ini menginsafi kita semua betapa terengganu ialah tempat asal presiden PAS TGHA yang mana telah berpuluh tahun menyampaikan tarbiyah dimasjidnya.bermula dari sebuah surau yang kecil hari ini masjid tok guru menjadi sebuah masjid yang besar dan menjadi tumpuan setiap hari jumaat dimana kita semua dapat melihat pergerakan manusia yang begitu ramai setiap hari jumaat termasuk hari jumaat selepas hari pengundian.aneh tapi benar walaupun tarbiyah TGHA mendapat sambutan besar bukan saja dimasjidnya malah diinternet (yang disiarkan secara langsung) tetapi terengganu gagal dikuasai.disana terdapat pengajaran kepada kita semua kerana walaupun tarbiyah TGHA tidak mampu menawan terengganu tetapi tarbiyahnya telah berjaya menyedarkan rakyat negeri lain sehingga perak, selangor dan kedah akhirnya dapat ditawan.namun terengganu tetap degil.sebahagian rakyatnya masih terbelenggu dengan belenggu sogokan wang yang dikenali dengan berbagai bagai dana dan belenggu hiburan yang sengaja dibawa masuk olih pemimpin BN.
difahamkan dana dana yang terdapat diterengganu tidak ada dinegeri lain.begitulah sebahagian rakyat yang lena dibuai dengan sogokan wang yang pula menyebabkan BN terus berkuasa.PAS pernah menerintah terengganu dari 1999 hingga 2004 dimana kuasa itu dirampas kembali olih BN dengan strateji licik dan ditambah kelekaan PAS ketika itu kerana memerintah.sepanjang pemerintahan PAS berbagai tekanan dikenakan olih BN yang menguasai kerajaan pusat.royalti minyak ditarik balik dan diperkenalkan dana wang ehsan untuk rakyat terengganu.sesudah itu berlakulah siri menunjukan kelemahan dan kerakusan kerajaan PAS yang sebenarnya ditekan dengan berbagai bagai cara.kelemahan dan kerakusan PAS kemudiannya dihidupkan kembali sepanjang kempen PRU yang lalu.
kain rentang yang menunjukan kelemahan ini ada di mana mana seolah memerlihatkan PAS tidak pandai mengurus negeri dan juga memperlihatkan ketakutan kelemahan ini akan berulang jika PAS memerintah.masjid bujal yang diroboh dikatakan markaz PAS serta PAS dikatakan mengagihkan tanah kepada kroni mereka.takutnya rakyat terengganu kepada PAS sehingga mereka lupa apa yang dibuat olih BN sepanjang pemerintahan mereka sesudah PAS.masjid kristal.
monsoon cup dan taman tamadun islam tidak langsung memberi menafaat kepada rakyat tetapi rakyat seolah tidak nampak perkara ini kerana mereka lebih nampak keburukan pemerintahan PAS.dalam pada itu juga rakyat tidak sedar betapa selama 4 tahun PAS memerintah mereka tidak bayar cukai pintu,tidak bayar tol jambatan.semua kebaikan yang rakyat terima selama PAS memerintah dilupakan malah turut dilupakan fakta bahawa PAS berjaya menaikan taraf negeri dari kedua termiskin kepada keempat termiskin sehingga diturunkan kembali olih BN kepada kedudukan kedua termiskin.kenapa ada rakyat begitu bodoh ?malah ada diantara mereka berkata jiwa mereka bersama BN walaupun mereka tak setuju dengan apa yang berlaku dalam BN.
demikianlah serba sedikit apa yang berlaku di terengganu hari ini tetapi apa yang paling menarik sekarang ini ialah kegagalan BN membentuk kerajaan selepas 2 minggu PRU selesai.berbagai spekulasi dan berbagai kejadian dilaporkan namun belum ada tanda jelas bila kerajaan BN terengganu akan dibentuk.
satu lagi sejarah terpahat diterengganu yang juga merupakan keanehan kerana selepas menang dengan selesa BN masih tidak mampu menguasi terengganu sehingga kini.barangkali keanehan ini telah ditunjukan olih klip video masjid kristal yang bertukar menjadi muka tokkong dan kepala anjing.barangkali hikmah video itu telah ditunjukan olih ALLAH walaupun ada pihak mempersoalkan kesahihan kip tersebut.pun begitu suka ana sebut disini pengalaman seorang rakyat terengganu yang melihat sendiri rupa masjid kristal yang sama seperti klip video tersebut seperti diakui sendiri olih yang empunya diri.barangkali ramai lagi rakyat terengganu yang melihat rupa masjid kristal tersebut.wallah wahlam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI